DBKL PULA DISERBU SPRM

Masalah air Pahang berlarutan, Tengku Zul minta kerajaan pusat campur tangan


Masalah gangguan air di negeri Pahang bukanlah sesuatu yang baru namun ia terus berlarutan meskipun telah banyak kali dilaporkan kepada agensi terbabit dan disuarakan di Dewan Undangan Negeri.
Baru-baru ini, Sinar Harian melaporkan bahawa penduduk beberapa kawasan sekitar Raub terpaksa berhadapan dengan ketiadaan air kira-kira dua minggu sehingga menyebabkan mereka terpaksa menggunakan air hujan akibat ketiadaan air.
Masalah itu berkalu akibat penutupan Loji Rawatan Air Bilut akibat kekeruhan air mentah yang tinggi sebagaimana diumumkan Pengurusan Air Pahang Berhad 25 Mei lalu.
Mengadakan pertemuan bersama JPS Raub
Masalah tersebut bagaimana pun mendapat perhatian Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji yang selama ini sering mengadakan pertemuan dengan agensi-agensi terbabit khususnya Pengurusan Air Pahang (PAIP).
Bagi menyelesaikan masalah ini, beliau mencadangkan supaya dua pendekatan diwujudkan iaitu untuk jangka masa pendek dan panjang.
Menurutnya, penyelesaian jangka masa pendek dapat dilakukan dengan menambah dan menyediakan lori tangki khususnya di kawasan kritikal supaya penduduk memperolehi bekalan air secukupnya.
“Dalam jangka masa panjang, saya akan memanggil semua agensi atau jabatan berkenaan (bertemu) dengan agensi Persekutuan seperti pihak PAIP sendiri, Jabatan Alam Sekitar, Perhutanan, SPRM dan sebagainya untuk kita tubuhkan sebuah pasukan khas (task force) bagi menyelesaikan masalah loji di Bilut (akibat kekeruhan air),” katanya yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu.
Beliau berkata, pihaknya akan bertemu dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk membincangkan penyelesaian masalah yang berlarutan lama itu.

Hati-hati dengan fitnah berita palsu cetus ketegangan


Walaupun pilihan raya sudah selesai, parti pemerintah sudah bertukar, Perdana Menteri dan jemaah kabinet sudah pun masuk kerja, namun propaganda keji dan fitnah bertujuan mencetus kekeliruan dan sentimen kaum agama masih berlaku – tak ubah seperti musim kempen pilihan raya lepas.
Pihak pembangkang nampaknya belum menyerah kalah apabila satu demi satu fitnah jahat dilemparkan ke atas kerajaan persekutuan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Motif propaganda jahat ini jelas bertujuan melaga-lagakan pemimpin kerajaan dengan Yang Di Pertuan Agong serta kemarahan rakyat kononnya kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan tidak menghormati institusi Raja-Raja Melayu.
Terbaru, tular di media sosial kononnya Menteri Kewangan Lim Guan Eng ‘menyanggah’ Yang Di Pertuan Agong berhubung isu pelantikan Peguam Negara yang baru.
Fitnah itu menggunakan grafik kononnya laporan Astro Awani yang memetik laporan Bernama dengan tajuk berita: Agong tiada hak tolak nama Peguam Negara PH.
Sehubungan itu, Astro Awani telah mengeluarkan penafian menyanggah laporan tersebut.
“Satu berita dengan tajuk Agong tiada hak tolak nama Peguam Negara PH ditularkan dengan meletakkan logo Astro AWANI sebagai menerbitkan laporan tersebut adalah TIDAK BENAR.
“Laporan yang turut memaparkan gambar Menteri Kewangan, Lim Guan Eng itu dipercayai mula tersebar HARI INI.
“Sehubungan itu, Astro AWANI meminta agar orang ramai agar tidak mempercayai sumber yang tidak benar ini.
“Segala kandungan berita yang dilaporkan boleh terus dirujuk di laman web utama kami,www.astroawani.com.” lapor Astro Awani. 

SENTUHAN EMAS ANWAR: AGONG PERKENAN LANTIK TOMMY THOMAS

Calon Bersatu P Pinang kemuka petisyen cabar keputusan PRU 14

AHLI PERNIAGAAN TAWAR RM10,000 PEMBERI MAKLUMAT JAMAL

TUN MAHATHIR JAMIN PH PERTAHAN ISLAM

BN digesa tunai janji manifesto, jangan jadikan Temerloh hub bangkai ikan



Khaidir Ahmad

Dua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Negeri Pahang digesa menunaikan janji Manifesto BN Negeri itu yang masih lagi tidak ditunaikan untuk menjadikan  Temerloh sebagai Hub Ikan Air Tawar  sekiranya menang Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.
Perikatan Pencinta Alam Malaysia (Alam) Khaidri Ahmad berkata,  Adun Lancang Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin dan Adun Kuala Semantan Datuk Nor Azmi Md Ludin perlu menunaikan janji-janji manifesto pilihan raya di negeri itu segera mungkin.



“Saya harap dua wakil rakyat BN Pahang yang menang dalam PRU14, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dan Datuk Nor Azmi Mat Ludin akan mengotakan janjinya untuk menjadikan Temerloh sebagai Hub Ikan Air Tawar.
“Mereka perlu sedar apa yang mereka janjikan ketika kempen PRU14 itu bukan mudah untuk dilaksanakan kerana kualiti air Sungai Pahang yang menjadi tempat rakyat menternak ikan dalam sangkar kini di tahap Kelas 4,” ujarnya dalam kenyataan di facebooknya.
Pada PRU14 lalu Parlimen Temerloh  dan  Dun Mentakab di menangi calon PKR , Mohd  Anuar Tahir dan Wong Chee Wan.
Khaidir yang juga bekas wartawan TV3 itu bertanding sebagai calon bebas menentang Mohd Shakar di kerusi Parlimen Temerloh dan kerusi Dun Lanchang sebagai calon bebas tetapi Khaidir kalah di dua kerusi tersebut.
(dari kiri) Datuk Mohd Sharkar Shamsudin dan Datuk Nor Azmi Mat Ludin.
Menurut Khaidir lagi, wakil rakyat BN perlu menyelesaikan isu kemerosotan kualiti air di Sungai Pahang yang semakin kritikal dikalangan penternak ikan air tawar di tiga sungai utama negeri itu.
“Mereka perlu selesaikan dulu isu kemerosotan kualiti air Sungai Pahang yang menyebabkan penternak ikan sangkar di Temerloh kini mengalami kerugian besar yang puncanya adalah disebabkan kegiatan pembalakan, perlombongan dan industri yang tidak terkawal di Hulu Sungai Tembeling, Sungai Jelai dan Sungai Semantan.
“Jangan jadi “Temerloh Hub Bangkai Ikan Air Tawar” sudahlah,” katanya.
Mohd Shahkar yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno dipetik berkata, Temerloh yang terkenal sebagai bandar ikan patin itu akan menjadi hub ikan air tawar apabila isu pencemaran di Sungai Pahang akan diatasi oleh BN sekiranya BN menerajui negeri itu pada PRU14.
Ia adalah sebahagian daripada janji BN  untuk membantu usahawan dan penternak selain menarik lebih ramai pelancong ke Temerloh kerana prospek perniagaan di kawasan itu.

WEE AKUI BN SUKAR KEMBALI BERKUASA, BIARPUN 15 TAHUN LAGI

PAS PERNAH GUNA KHIDMAT TOMMY SEBELUM INI


Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan diingatkan bahawa kerajaan pas tahun 1999-2004 agar tidak menjadi pelupa apabila menggunakan khidmat peguam Tommy Thomas yang dipertikaikan oleh Pas . "mungkin dia masih mentah ketika itu atau berada di  bangku sebagi pelajar.Elok jaga Harakah sebelum melingkup lagi" demikian beberapa komen yang diterima Tontowi. Menurut Hanipa lagi yang pernah menjadi peguam Pas terdahulu, menjelaskan bahawa cadangan bagi mengangkat Tommy adalah dari bekas hakim dan beliau diberikan khidmat selama 2 tahun bagi menyelesaikan kemelut 1 MDB sebagaimana yang di sarankan  oleh kerajaan PH.
Sehubungan itu, ahli parlimen Sepang yang juga seorang peguam, Mohamed Hanipa Maidin mengingatkan Pas agar jangan cepat pelupa.

BUKA PUASA PELBAGAI KAUM: ERA MALAYSIA BARU BERMULA

KENAPA NEGERI YANG KALAH MELEBIH-LEBIH?




Mula-mula Kelantan, kini Terengganu pula menuntut jawatan menteri.

Tuntut dan menuntut ini sebenarnya adalah suatu perkembangan yang tidak sihat kerana perlantikan menteri tidaklah berasaskan kouta negeri, tapi lebih bersandarkan kelayakan seseorang yang mahu dilantik itu.

Jika negeri yang kalah mula membuat tuntutan, bagaimana kiranya negeri atau parti yang menang banyak kerusi juga menuntut bahawa mereka lebih berhak memperolehi lebih jawatan dalam kabinet?

Kenapa negeri yang kalah berlebih-lebih dalam hal ini?

Bukankah lebih baik bermuhasabah?

Siapa pun yang dilantik sebagai menteri, mereka adalah bekerja untuk negara dan tidak akan meminggirkan mana-mana negeri. Pakatan adalah kerajaan untuk seluruh Malaysia.

Maka,  hentikanlah budaya ini!!

Lagi pun sekarang ialah era Pakatan Harapan mentadbir negara, lagi bukan BN. (ShahbudinHusin 03/06/2018)