Setelah
terkejut dengan Majlis "Perjuangan Baru Bermula" oleh kumpulan
profesyenal G-18 di Bakri Muar Johor pada pertengahan bulan lalu untuk
persediaan kpeada penubuhan Pakatan 2.0, kumpulan ulama PAS pula cuba
membuat perhimpunan "Istiqamah Hingga Kemenangan 2.0" atau ringkasnya
PIHAK 2.0.
PIHAK 2.0 dilaporkan akan berlansung pada 11 Julai 2015 di Ayer Hitam.
Tak disebutkan apa tujuan diadakan PIHAK 2.0, mungkin untuk
memperkenalkan barisan pimpinan PAS yang baharu. Yang pasti tiada ada
apa-apa tema yang signifikan untuk perhimpunan itu. Mungkin akan keluar
surat pekeliling untuk sekalian AJK PAS KAwasan Johor mmewajibkan mereka
hadir seperti yang dilakukan di Pulau Pinang minggu lalu.
Beberapa portal sebelum ini melaporkan ahli-ahli PAS di Johor sudah muak
dengan grup ulama malah ramai yang sedang menunggu kewujudan parti
baharu Syawal ini untuk keluar beramai-ramai dari PAS.
Mesyuarat pertama Badan Perhubungan PAS Johor sebekum ini hanya berjalan
dengan dihadiri 11 ahli daripada 52 AJK yang hadir itu hanya sekitar
20% yang hadir.
Mesyuarat pertama itu sepatutnya dihadiri 52 ahli dari 26 kawasan, iaitu
yang dipertua dan setiausaha kawasan di samping Pesuruhjaya Johor Datuk
Dr Mahfudz Mohamad yang dilantik PAS Pusat.
Mesyuarat pada 13 Jun itu diteruskan dengan melantik dua timbalan
pesuruhjaya sahaja daripada tiga yang diperuntukkan manakala pengarah
pilihan raya masih belum dilantik.
Jadi ada kemungkinan Pesuruhjaya PAS Johor memohon bantuan AJK PAS Pusat
untuk "beri taklimat" dan akan mengeluarkan pekeliling "memaksa" AJK
Kawasan dan cawangan untuk hadir supaya Badan perhubungan PAS Negeri
Johor dapat berfungsi. Dah cukup tenant PAS Johor sekarang ni.
Yang GB rasa agak sedikit lucu, di poster PIHAK 2.0 itu tertulis
perkataan "Mempersembahkan". Ertinya perhimpunan itu hanya satu
"persembahan" - mungkin persembahan drama atau persemhahan sandiwara
oleh grup ulama. Atau satu perhimpunan yang "mempersembahkan" beberapa
"pelakon" seperti selebriti wayang opera (?)
Demikian berjalannya hukum kebenaran dan keadilan.... apabila golongan
profesional disingkirkan. Sampaikan buat poster pun sudah tidak
profesional dan melakukan kesilapan yang memalukan.
Sekadar makluman, pada 5hb Jul 2015 (malam esok) ada dua program dari
kumpulan progresif G-18 diadakan. Satu di selatan tanahair di Tongkang
Pecah batu Pahat dinamakan Himpunan Badar Kubro dan satu lagi di utara,
iaitu di Tapah Perak, iaitu Himpunan Nuzul Quran.
Sila rujuk iklan di bawah:
Ketumbuhan 4cm di buah pinggang, pindahkan Anwar segera – Peguam 30 Jun
(Oleh Azuan Ab Rahman)
KUALA LUMPUR 5 JUN: Tahap kesihatan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin merosot dan amat membimbangkan.
Pasukan peguam antarabangsa yang mewakili bekas Ketua Pembangkang itu
mendakwa akses kepada rawatan yang amat diperlukan anak guamnya itu
dinafikan.
Mereka menyarankan Anwar dipindahkan segera ke tahanan kediaman bagi mendapat rawatan perubatan yang seharusnya.
Sivarasa
“Masyarakat antarabangsa patut risau dengan tahap kesihatan Anwar
yang semakin teruk, keadaaan ini diburukkan lagi dengan penafian akses
kepada rawatan dan kemudahan ketika beliau ditahan dengan salah.
“Amatlah penting beliau dipindahkan segera ke tahanan kediaman, di
mana beliau boleh dibenarkan menemui doktor-doktor beliau sendiri untuk
mendapatkan rawatan perubatan,” kata peguam Anwar, Sivarasa Rasiah dalam
kenyataan.
Mei lalu, Ketua Whip KEADILAN, Datuk Johari Abdul mendedahkan
kesihatan Anwar yang dijadikan mangsa tahanan politik sejak 10 Februari
lalu didapati makin merosot.
Berat badan Anwar menurun dengan mendadak, tekanan darahnya tidak
menentu termasuk terdapat kesan darah dalam sampel najis beliau.
Johari juga berkata, Anwar berulang kali membuat permintaan untuk
mendapatkan rawatan perubatan namun kerajaan bertindak sangat lambat.
“Kezaliman yang dikenakan terhadap Anwar berterusan. “Pada 2 Jun 2015, tahap kesihatan beliau telah dinilai di Hospital
Kuala Lumpur, doktor secara lisan melaporkan bahawa beliau memerlukan
penilaian dan rawatan lebih lanjut.
“Ia berkaitan beberapa isu kesihatan dialami Anwar melibatkan tekanan
darah yang tidak menentu, gastritis yang memerlukan diet tanpa gluten
selain merawat ketumbuhan 4cm di buah pinggang yang memerlukan CT scan
dan otot bahu yang koyak serta artritis kronik yang memerlukan
fisioterapi secara intensif,” jelas Sivarasa lagi.
Amnesty International pada 17 Februari lalu membuat ketetapan bahawa
Anwar yang dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun sejak 10 Febuari
lalu merupakan seorang tahanan politik.
Mereka turut menyifatkan keputusan mahkamah tersebut adalah
“penghakiman yang amat buruk, dan hanya merupakan satu lembaran terbaru
dalam usaha pihak kerajaan Malaysia untuk mendiamkan pengkritik
kerajaan.
“Datuk Seri Anwar sebenarnya telah dipenjara kerana beliau merupakan
ancaman demokratik dan ancaman tanpa kekerasan terhadap Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak.
“Ini kali kedua Datuk Seri Anwar dihukum sebegini oleh rejim yang
sama, penahanan itu berlaku di dalam konteks tangkapan, pendakwaan,
malah penahanan begitu ramai pimpinan Pembangkang, wartawan dan aktivis
di bawah Akta Hasutan dan undang-undang kuku besi,” tegas Sivarasa dalam
kenyataan itu lagi yang turut ditandatangani Jared Genser, peguam dan
Pengasas Freedom Now, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan
pembebasan tahanan politik seluruh dunia.
Naib
Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin bercakap kepada media di
Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, di Shah Alam hari ini. Beliau
memaklumkan beberapa siri jelajah ke seluruh negara bagi memberi
penerangan berhubung Pakatan baharu akan dilakukan selepas Aidilfitri. –
Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 4 Julai, 2015. Pakatan
Rakyat (PR) baharu hanya akan diputuskan selepas sambutan Hari Raya
Aidilfitri, dengan PKR akan mengadakan jelajah ke seluruh negara bagi
menjelaskan kedudukan mereka, kata Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Naib presiden PKR itu pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar
Selangor di Shah Alam petang tadi berkata, jelajah berkenaan akan
bermula di Sarawak pada 22 Julai dan akan diikuti jelajah ke seluruh
negeri-negeri.
"Jelajah ini akan menyediakan parti untuk kemungkinan dan senario baru
dan memberikan penjelasan mengenai masa depan parti," kata Shamsul.
"Naratifnya adalah menjelaskan kedudukan kami sekarang."
Ahli Parlimen Bukit Katil itu berkata, jelajah berkenaan akan turut
disertai Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR Mohamed
Azmin Ali dan beberapa pemimpin lain bagi mempersiapkan jentera dan akar
umbi parti.
Beliau berkata, antara jadual jelajah yang dirancang adalah di Tanjung
Karang, Selangor pada 24 Julai, diikuti Pulau Pinang pada 25 Julai,
Kangar (26 Julai), Ketereh, Terengganu (31 Julai).
Manakala jelajah di Kuala Lumpur akan dianjurkan pada 1 Ogos, diikuti
Bukit Katil, Melaka (2 Ogos), Batu Pahat, Johor (8 Ogos), Sabah (11
Ogos), Ipoh, Perak (12 Ogos), dan Bentong, Pahang (15 Ogos).
Bekas pemimpin PAS Pusat yang bekerjasama di bawah panji-panji yang
dinamakan G18 sebelum ini dilaporkan berkata, pakatan baharu akan
dibentuk selepas Hari Raya Aidilfitri bulan ini.
Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, mereka mesti membina
PR yang baharu yang lebih hebat daripada PR yang kini terkubur.
Beliau berkata ia perlu menjadi pakatan yang menjunjung integriti sebagai nilai paling penting.
"Tugas kita bukan hanya menggantikan Umno dan Barisan Nasional. Kita perlu bentangkan satu formula baru.
"Saya sokong kuat kerajaan Pulau Pinang kerana ia mempunyai integriti
dan mengamalkan budaya dan nilai yang serupa dengan ajaran Islam.
"Ia bukan tentang semangat Melayu tetapi semangat harmoni. Tiada ubat
lain selain daripada mengubah kerajaan," katanya pada majlis berbuka
puasa anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang.
Bila PAS melalui
beberapa taukeh besar mereka mendambakan UMNO sebagai rakan perkongsian
baru mereka, walau pun ditentang hebat oleh kumpulan progresif dalam
PAS..maka terhasillah seperti yg terjadi dalam Muktamar PAS ke 61 lepas,
kumpulan progresif kecundang habis dibersihkan oleh mereka yg
menggelarkan diri sebagai pro ulama? Akibatnya akhlak dan
budi ulama2 ini tidak menunjukan bahawa mereka benar2 cintakan adab
Islam dalam 'persaingan' antara dua kumpulan ini..mereka, 'ulama2' ini
tidak dapat meraikan perbedaan pendapat dan pandangan dari kumpulan lain
dari mereka..akhirnya nilai dan komitmen tinggi yg ditunjukan oleh
kumpulan progresif ini, tidak langsung dihargai? malah mereka dilabelkan
pula dgn berbagai label dan jenama baru yg mengelirukan, semata2 untuk
mereka ulama ini meraihkan cita2 mereka menduduki 'puncak kuasa' dalam
parti, bagi mencorakan parti mengikut faham assobiyyah yg jahiliah ! ia
ibarat ketinggalan zaman dan terkeluar dari landasan pemikiran Islam
yang sehat bro ! Maka lahirlah
gabungan baru, rakan baru PR 2.0. atau Gabungan Baru atau apa jua
nama..ketika ini, barulah puak2 lobai dalam PAS mula cemas, mula
rimas..berpeluh bro ! kah kah kah So n So..kita lupakan saja PAS dengan mimpinya, dgn igauannya... Biarkan mereka
berangan masih bersama dalam PR. Kalau mereka mahu PR, berikan sahaja
kepada mereka. Biarkan lobai-lobai ini syok sendiri dengan fatwa dan
politik label-melabel mereka bro !..
Sekarang mereka
nampak cukup cemas, cukup rimas dengan kesungguhan kumpulan progresif
PAS dulunya, yang mula mengorak langkah menubuhkan rakan baru PR 2.0
atau dgn pelancaran G 18 yang membariskan 'think tank' PAS yg telah
berjaya meyakinkan rakyat massa dari pelbagai bangsa, melayu, cina dan
india ! sehingga sebelum ini PAS dapat diterima oleh mereka bukan melayu
dengan begitu menakjubkan sekali..slogan PAS for all telah disambut
baik sehingga hampir2 menumbangkan BN pada PRU lepas.. Mat Sabu, Khalid
Samad dan lainnya menggempur kubu2 UBN seluruh pelusuk negara..lepas nie
kita nak tengok, mampukah lobai2 jadian Muktamar 'CHAI' menggalas
peranan yg pernah dilakukan oleh 'komrad' profesional PAS dulunya?
Rasanya sukar bro ! Laa nie pun tak dak orang nak dengaq ceramah dan
labun depa? Kasiann aku tengok ! Bila sekali orang menyampah ! orang
meluat!? nak habaq apa pun orang dah tak ambik pot ! Itu pasal laa,
kumpulan ini ditawar semula beberapa jawatan penting selepas mereka
semua kecundang dulu di muktamar tu..kononnya untuk membantu PAS kembali
yg telah dimamah usia tu? Kah Kah Kah Tapi apakan daya bro !
sorang pun tak kebuloq lagi jawatan tu? setelah mereka dihina, ditohmah
dgn begitu dahsyat, dan setengahnya merasakan mereka seolah telah
dihalau, diperambat jauh2 supaya jangan lagi mendekati PAS? maka
terjawablah segala yg tersirat..sehinggakan Mazlan Aliman pun melepaskan
jawatan yg dimenangi satu2nya oleh kumpulan progresif itu..Barulah PAS
nampak cemas sungguh..KAH KAH KAH
Cemas 1 Datuk Dr Mahfodz Mohamad berkata,
ketika ini keanggotaan Majlis Syura masih belum lengkap di mana baru
sebahagian ahlinya dilantik
Usul putus dengan DAP, Majlis Syura bermesyuarat selepas Aidilfitri
KUALA LUMPUR, 29 Jun: Usul
memutuskan hubungan dengan DAP oleh Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) dalam
Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini akan dibincangkan dalam mesyuarat
Majlis Ulama selepas Hari Raya Aidilfitri. Ketua DUPP, Datuk Dr Mahfodz
Mohamad berkata, ketika ini keanggotaan Majlis Syura masih belum..BACA ARTIKEL PENUH Nak bincang apa lagi bro ! orang tak buat keputusan dua tiga kali ! Sat lagu tu, sat lagu nie ? kona banyak sangat ! silap kona? boleh kena bro ! Itulah bahana lidah bro ! sekali terlepas? payah mau u-turn balik bro ! orang dah hilang keyakinan dan konsentarsi dgn PAS ini ! patut
pun DAP tak percaya lagi dgn taukeh Besaq PAS? kan ke dia sendiri yang
bilang keputusan tu 'without Q'? tanpa bahas laa tu..nak kona apa
lagi..memang dah mau lagu tu? terjadilah apa yg dah terjadi? susahlah
mcm nie? tak faham2 ? Kah Kah Kah kah
Cemas 2
Terlajak perahu boleh berpatah balik, terlajak kata buruk padahnya. Itu pepatah Melayu, terang dan jelas. Setelah membawa syair Arab
tentang "biarlah serigala menyalak, tetapi kabilah akan teruskan
perjalanan", kini masih-masing cuba mempertahankan Presiden PAS...See More
Itu komen dari Dr. Asri ZA bro !
kalau ada ulama yang 'menjual' nilai ajaran Islam'?
maka 'de so called ulama' tu cukup hina bro ! HINA !!
macam anjing yg dok jelir lidah bro ! dok minta2' suruh
bagi makan? untuk kepentingan donia laa bro?
'ulama' macam nie lagi hina dari anjing ! memang perangai?
HARAPAN DAN IMPIAN BARU Tuesday, June 30, 2015 Jawatan Timbalan Ketua Ulama Sedunia : Hj Hadi tidak ada kena mengena dengannya..Continue Reading
Mohd Bob Burhanudin
Biar Gambar Bebicara
Kalau Komen Lebih-Lebih
Nanti Ada Yang.............????
Cemas 3
PETALING JAYA: Pas bimbang pengambilan masuk 1.5 juta pekerja asing
warga Bangladesh secara berperingkat ada hubung kait dengan persediaan
UMNO/Barisan Nasional menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14). Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin At-Takiri
berkata, kebimbangan itu ditambah dengan pengumuman Presiden UMNO, Datuk
Seri Najib Tun Razak bahawa pemilihan UMNO tahun hadapan ditangguhkan
18 bulan. Selain itu, katanya, pengambilan 1.5 juta pekerja asing itu bukan
sahaja meningkatkan lagi masalah jenayah di negara ini malah menimbulkan
ketidakstabilan sosial. Ahli Parlimen Kuala Nerus itu
berkata, mengikut rekod Kementerian Sumber Manusia, terdapat 6.7 juta
orang warga asing dengan hanya 2.1 juta daripadanya memegang Pas Lawatan
Kerja Sementara di negara ini..Free Malaysia Today
Buat2 cemas bro ?
Kan ke taukeh2 besaq PAS suka sangat ngan Umnuu?
apasal cemas?
Pasai nak berentap ngan PR 2.0, dgn G18 dengan Pasma
sekali? kata dulu..kemenangan tak penting sangat..asalkan?
Biaq mat2 bangla
masuk bagi ramai lagi ! tengok depa pak lobai PAS boleh ke tidak sekat
'phantom voters' (kalo sungguh)? macam progresif dok buat dulu2 tu? Kah
Kah Kah
Cemas juga ke Nie?
Tak dak sapa nak cemburu aihhh !
Lantak pi laa kalo dah hangpa suka sangat?
orang lagi syok ada ler bro ! senang nak buat kerja !
dgn PR bukan main liaq lagi? tapi dgn Umnuu? hangpa seghondoi sungguh !
ejas kalam elok pula tu..'tak seburuk firaun' ler !
tah macam2 lagi, 'berjiwa besaq' ler !
baguih ler kalo dok boleh masuk daun lagu tu !
cepat sikit Pas akan melingkup !
Kini enam tahun
berlalu telah jelas di depan mata PAS memang telah hancur. Rakyat dapat
menilai betapa hancurnya PAS sekarang. Yang tak rasa ianya hancur hanya
orang orang yang mabuk pil kuda wala sahaja. PAS bukan lagi mertabatkan
Islam'? Kerana ianya telah terlalu kontradik dengan segala tindakannya. Banyaknya
perbuatan yang membawa fitnah kepada Islam dan juga fitnah kepada
kemuliaan, kesucian dan ketinggian peribadi Rasulullah saw kesayangan
umat. Rasulullah saw dengan jelas telah kita ketahui, baginda seorang
yang mulia, ikhlas, amanah dan sangat menepati janji. Akhlak baginda
sangat terpuji. Dengan akhlak yang terpuji itulah baru baginda dapat
mengesahkan bahawa baginda di utuskan sebagai rahmat untuk sekalian alam
Surah al anbiya ayat 107:" Dan tiadalah kami mengutuskan akan engkau(wahai muhammad), melainkan (untuk) menjadi rahmat sekalian alam" Akhlaq
berasal dari perkataan al-khuluq. Al khuluq bermaksud tabiat atau
tingkah laku. Akhlaq yang mulia adalah matlamat utama bagi ajaran Islam.
Kerana ianya adalah kulit utama bagi gambaran isi kemuliaan islam itu
sendiri. Umpama sebiji buah, andai kita ingin menarik orang merasa
isinya, maka kulit luarnya hendaklah segar, tidak buruk, serta dapat
meyakinkan orang untuk merasa bahawa isinya tentu manis sekali.
Kemuliaan akhlak ini jugalah yang ditinggalkan oleh Rasulullah saw,
untuk diamalkan oleh para sahabat dan para pewarisnya. Kerana itu kita
dapat mendengar berbagai cerita hebat tentang perangai para sahabat.
Ianya juga diwarisi juga kepada para tabiin dan para ulama. Hari
ini sesuatu yang kita asyik dengar, yang orang cuba kaitkan dengan
Rasulullah saw adalah, "ulama pewaris nabi". Apa yang ulama ini warisi?
Sifat sombong? ujub? riak? sumaah? mungkir janji? suka memfitnah?.
Tidak. Untuk mengesahkan seseorang ulama itu adalah pewaris Nabi, maka
dia patut juga mewarisi akhlak terpuji Rasulullah saw. Jika ia tidak
mewarisi sifat terpuji Rasulullah saw, maka dia bukan ulama pewaris
Nabi. Jika dia suka memfitnah maka dia adalah ulama fitnah.Sekalipun
ada yang dilantik sebagai timbalan ulama Ke'dunia'an, sekalipun
kononnya yang memerintah PAS sekarang semuanya adalah dari golongan
ulama keduniaan, belum tentu ia mereka pewaris nabi. Kerana mereka semua
ulama akhir zaman. Kalau tanya mereka sendiripun mereka dapat
mengesahkan sekarang adalah 'akhir zaman' seperti mana semua tanda tanda
yang Rasullah saw beritahu semuanya sudah muncul. Jadi kalau dah akhir
zaman, maka sesuailah di akhir zaman ini sukarnya untuk mencari ulama
pewaris nabi. Jangan kata hendak mertabatkan Islam. hudud pun jadi
mainan politik ulama keduniaan. Modal untuk mengejar jawatan???...-detikdaily-
Saari Sungib: kalau Kita Nak Ke Putrajaya, Pakatan Rakyat Mesti Solid, Mesti 1 Hati 1 Jiwa Published on Jun 27, 2015Otai Reformis: Forum "Tetap Bersama Mu", Kuala Lumpur 14/06/2015..mediarakyat
Saat Paling CEMAS
PAS hadapi gelombang penghijrahan keluar selepas Aidilfitri
Krisis dalaman PAS sengaja dibayangkan tidak serius oleh golongan ulama
yang mentadbir parti itu sejak Muktamar ke 61, yang memusnahkan sama
sekali kepimpinan puak profesional.
Bagaimanapun, riak-riak cemas dalam kalangan ulama PAS boleh dibaca
lewat amaran yang mereka berikan terhadap pemimpin dan penyokong puak
profesional. Daripada hierarki tertinggi, Presiden Hadi Awang, Timbalan
Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man sehinggalah yang lebih bawah, Ketua
Penerangan Nasrudin Tantawi dan lain-lain; semuanya memberi ingatan
mana-mana pemimpin yang berjuang meninggalkan PAS akan karam...KELAB GREENBOC
Inilah yg paling ditakuti oleh grombolan UGs yg sudah pun mencapai
impian mereka, dgn menduduki kerusi empuk jawatan dalam parti selepas
muktamar lepas dgn pupusnya golongan progresif yg sebelum ini banyak
sekali menyumbang kpd kebangkitan PAS selepas 2008 -
Kehebatan, dan
popularnya kumpulan progresif ini memainkan peranan mereka ketika
menduduki hiraki kepimpinan ini? tidak sangat digemari oleh Pro-Ulama
bro ! mereka dilihat ketinggalan di belakang tanpa fikrah dan wawasan
bernas terutama ketika perbahasan di Parlimen umpamanya, ada kalangan
pro ulama yg 'bankrupt' idea untuk membahaskan isu2 tertentu? ruang dan
kelompongan ini diambil alih oleh kumpulan progresif yg mempertahankan
'PAS' dari serangan UBN misalnya, jadi bila dah tak ada apa yang nak
dibangkitkan? pro ulama tanyalah juga tentang 'mutu pengadilan bola
sepak' umpamanya? Kah Kah Kah
Apa nak diheran bro? tiga kerusi utama kepimpinan Pakatan Rakyat di
Parlimen selalunya akan kosong satu bila adanya isu2 besar yang akan
dibahaskan? Kah Kah Kah
Jadi selepas
aidilfitri ini, politikMalaysia akan jadi lebih meriah bro ! dan
tentunya yg selalu dok 'main mata' dgn UBN akan terasa cemas dan
rimas..bahangnya sudah dirasakan sekarang..hinggakan keluar kenyataan
pelbagai yang entah bukan-bukan dari setiap lapisan kepimpinan mereka?
kah kah kah
PAS is past. Sekarang adalah masa untuk PR2.0 Anda Bersedia?
Pendedahan AWSJ: Ambank dan Bank Negara boleh sahkan kewujudan akaun Najib
Ekoran dari pendedahan oleh Asian Wall Street Journal (AWSJ) dan
Sarawak Report (SR) bahawa sejumlah RM2.6 bilion (pada kadar tukaran
matawang terkini) atau USD692 juta telah dipindahkan dari 1MDB dan anak
syarikat 1MDB ke akaun peribadi milik Dato’ Seri Najib Tun Razak,
kedua-dua pihak sekarang saling mempertahankan fakta dan pendirian
masing-masing.
AWSJ dilaporkan menyatakan di dalam satu temuramah di Hong Kong
bahawa maklumat yang mereka perolehi adalah tepat dari satu siasatan
rasmi mengenai 1MDB. Dato’ Seri Najib Tun Razak pula dilaporkan
menafikan pernah mengambil wang bagi tujuan peribadi.
Perkara
ini boleh diputuskan dengan mudah melalui satu kaedah iaitu mengesahkan
sama ada akaun di Ambank di bawah nama “Dato’ Seri Najib Tun Razak” itu
benar-benar wujud atau tidak.
Sebelum ini, saya telah menyebut bagaimana 3 kakitangan pengurusan
tertinggi Ambank telah ditukarkan kerana pemegang saham bank itu tidak
puas hati dengan keterlibatan Ambank di dalam isu-isu membabitkan 1MDB.
Pendedahan AWSJ dan SR bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak mempunyai satu
akaun di bank itu yang menerima pemindahan wang sejumlah RM2.6 bilion
menimbulkan kembali persoalan sejauh mana keterlibatan Ambank di dalam
urusan berkenaan 1MDB dan Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Oleh yang demikian, untuk membersihkan namanya Ambank perlu
mengesahkan atau menafikan sama ada akaun bernombor seperti yang
didedahkan oleh AWSJ di bawah nama Dato’ Seri Najib Tun Razak itu
benar-benar wujud. Ini akan memberi gambaran paling baik kepada rakyat
sama ada Dato’ Seri Najib Tun Razak benar-benar terlibat dalam mengambil
dana milik rakyat seperti yang didedahkan oleh AWSJ dan SR itu.
Saya pasti jika Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak ada apa-apa yang
hendak disembunyikan, cara terbaik untuk mematikan serangan ke atas
kredibiliti beliau ini ialah dengan membenarkan Ambank (atau mana-mana
bank di negara ini) mendedahkan secara keseluruhan setiap bank akaun
yang pernah beliau buka sejak menjadi Perdana Menteri dalam tahun 2009.
Jika terbukti bahawa akaun di Ambank seperti yang didedahkan oleh
AWSJ dan SR itu tidak wujud, maka dengan mudah sahaja Dato’ Seri Najib
Tun Razak boleh menghentikan isu terbaru ini. Saya juga menyeru supaya Bank Negara Malaysia menggunakan semua
kuasanya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan untuk merungkai kontroversi
ini dengan mengesahkan sama ada akaun yang nombor dan namanya
didedahkan oleh ASWJ dan SR itu benar-benar wujud.
Jika ia tidak wujud, perkara ini tidak perlu dipanjangkan. Jika ia wujud, maka satu siasatan segera perlu dibuat dan Dato’ Seri
Najib Tun Razak perlulah bercuti dan seorang pemangku Perdana Menteri
boleh mengambilalih pentadbiran Kerajaan Persekutuan sementara siasatan
sepenuhnya diadakan.
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
Kesatuan Antara Parlimen (IPU) yang mewakili ahli parlimen dari seluruh
dunia meminta bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan
rawatan perubatan yang sewajarnya.
Gesaan itu dibuat berikutan laporan Anwar kini dipercayai mempunyai ketumbuhan sebesar 4 sm di buah pinggangnya.
"Dalam misi tiga hari IPU... kita maklum tentang masalah kesihatan Anwar
dan turut menggesa supaya pihak berkuasa membenarkan rawatan susulan
yang diminta oleh pihak doktor pada awal Jun selepas Anwar menjalani
rawatan di hospital," kata IPU itu dalam kenyatan medianya.
Lawatan rasmi IPU selama tiga hari berakhir pada Rabu lalu dan antara
agenda mereka ialah mengadakan lawatan menemui Anwar di Penjara Sungai
Buloh.
Perkara berkenaan dibangkitkan IPU kerana mereka bimbang terhadap
ketumbuhan Anwar di buah pinggang bekas timbalan perdana menteri itu.
Malah, IPU juga melahirkan kebimbangan sekiranya Anwar tidak dibenarkan untuk berhubung dengan banduan lain.
Sehari sebelum IPU melengkapkan misi itu, Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak juga meminta supaya pihak berkuasa berkaitan memastikan
Anwar menerima rawatan perubatan yang sewajarnya
Bekas
pemimpin PAS Pusat yang bekerjasama di bawah panji-panji yang dinamakan
G18 menjanjikan pakatan baharu selepas Hari Raya Aidilfitri bulan ini.
Bekas
timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata, mereka mesti membina
Pakatan Rakyat (PR) yang baharu yang lebih hebat daripada PR yang kini
terkubur.
Beliau berkata ia perlu menjadi pakatan yang menjunjung integriti sebagai nilai paling penting.
“Tugas kita bukan hanya menggantikan Umno dan Barisan Nasional. Kita perlu bentangkan satu formula baru.
“Saya
sokong kuat kerajaan Pulau Pinang kerana ia mempunyai integriti dan
mengamalkan budaya dan nilai yang serupa dengan ajaran Islam.
“Ia
bukan tentang semangat Melayu tetapi semangat harmoni. Tiada ubat lain
selain daripada mengubah kerajaan,” katanya pada majlis berbuka puasa
anjuran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di The Light Hotel di
Seberang Jaya malam ini.
Mohamad, juga dikenali sebagai Mat Sabu
berkata, Islam agama yang menganjurkan keamanan dan Al-Quran juga
mengajar umatnya bercakap dengan santun dan menggunakan perkataan yang
baik apabila berbicara atau berhujah, baik dengan orang Islam mahupun
dengan bukan Islam.
“Ia tidak mengajar kita menggunakan perkataan seperti serigala, anjing atau jebon.
“Tak
kena tu,” katanya, memperli Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
yang menggunakan perkataan seperti itu semasa ceramahnya minggu lepas.
Hadi mengatakan serigala dan anjing boleh terus menyalak, tetapi PAS tidak akan berganjak daripada agenda hududnya.
Selain
Mat Sabu, turut hadir ialah presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia
(PasMa) Datuk Phahrolrazi Zawawi, bekas pemimpin PAS Pusat Datuk Dr
Mujahid Yusof Rawa, bekas strategis PAS Dr Mohd Hatta Ramli dan bekas
menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Mujahid berkata, tidak perlu sedih dengan terkuburnya PR kerana satu kuasa baharu akan muncul.
Beliau berkata gabungan yang lebih kuat akan terus berusaha untuk rakyat.
“Kita tidak pernah lihat sebelum ini, yang kalah disanjungi. Saya bercakap ini, tentang parti saya (PAS).
“Kita
akan lihat satu gelombang baharu. Harap-harap dengan ketibaan Syawal,
kita akan lihat munculnya gelombang baharu,” katanya di majlis tersebut.
Phahrolrazi
bersetuju dengan Mujahid, mengatakan wujud keperluan segera untuk
menubuhkan satu gabungan baharu di kalangan parti pembangkang.
Katanya,
beliau berkata demikian bukan bagi pihak organisasinya, tetapi mewakili
semua kumpulan yang menyokong PR, dan menaruh harapan tinggi pada
pakatan tersebut dan kini luluh melihat ia terkubur.
“Kita mesti ada gabungan baru. Saya sudah katakan, kalau G18 tak buat, PasMa akan buat,” katanya.
Lim
yang juga setiausaha agung DAP berkata, sasaran dan hala tuju utamanya
ialah menumbangkan BN, menyelamatkan Malaysia dan mengembalikan negara
kepada rakyat.
Katanya, mereka tidak boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin membina kerajaan perpaduan dengan Umno. Beliau berkata mahu bekerjasama dengan mereka yang benar-benar mahu memperjuangkan rakyat.
“Kami akan menunggu berita terkini (tentang parti baharu) dan menunggu untuk menyatukan kekuatan kita melawan BN,” katanya.
DAP
dan PAS berbalah sejak parti Islam tersebut membentangkan dan
meluluskan rang undang-undang hudud di Dewan Undangan Negeri Kelantan
pada Mac.
Awal bulan lepas di muktamar tahunan PAS, parti itu
menerima tanpa bahas usul dari Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan
dengan DAP.
Berikutan ini, DAP mengisytiharkan PR kini mati dan
pemimpin progresif PAS yang kini dipanggil G18 sedang mempertimbangkan
pertubuhan parti Islam baharu untuk mewujudkan gabungan pembangkang yang
baharu.
Ketua
Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa satu badan
siasatan bebas ditubuhkan secepat mungkin bagi menyiasat dakwaan yang
berbilion ringgit disalurkan ke akaun bank peribadi Datuk Seri Najib
Razak.
Presiden PKR itu berkata, jika perlu, partinya akan
berusaha untuk menghadap Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bagi
mengenalpasti mekanisme untuk membolehkan badan siasatan bebas itu
diwujudkan.
Katanya, perdana menteri kini tiada pilihan selain
menjawab tuduhan yang dilemparkan dan mengisytiharkan hartanya selepas
rakyat Malaysia digegarkan dengan laporan berita Wall Street Journal
(WSJ) dan Sarawak Report itu.
“Perdana menteri tidak punyai
pilihan dan tidak boleh berdolak-dalik. Beliau wajib mengeluarkan satu
respon serta-merta yang khusus dan boleh dipercayai mengenai dakwaan
yang teramat serius ini.
“Perdana menteri juga wajib membuat satu
kenyataan bersumpah untuk mengisytiharkan harta dan aset-aset yang
beliau miliki,” kata Dr Wan Azizah dalam satu kenyataan hari ini.
Akhbar
perniagaan Wall Street Journal (WSJ) melaporkan terdahulu hari ini,
penyiasat kerajaan terhadap firma pelaburan strategik negara 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) mendapati berbilion ringgit disalurkan ke
dalam akaun peribadi Najib.
Sarawak Report, yang sebelum ini kerap
membuat pendedahan mengenai 1MDB juga menerbitkan laporan yang sama
berhubung dakwaan itu.
Syarikat pelaburan bermasalah itu dalam
satu kenyataan hari ini menafikan pernah memberi dana kepada Najib dan
menambah, ia sesuatu yang “sangat tidak bertanggungjawab” untuk media
menyatakan demikian.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya
menyifatkan laporan itu “sabotaj politik”, sambil menambah pendedahan
WSJ itu adalah kerja “individu tertentu” untuk melemahkan keyakinan
dalam ekonomi, memburukkan kerajaan dan menjatuhkan seorang perdana
menteri yang dipilih secara demokratik.
Ia juga mengingatan media
tempatan agar tidak menerima apa-apa dokumen sebagai tulen melainkan
jika disahkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan, selepas portal berita
Malaysia memetik pendedahan yang dibuat WSJ dan laman web pemberi
maklumat Sarawak Report.
Muktamar PAS yang berlangsung di Kuala Selangor sebelum ini merupakan
kesinambungan kepada sistem pecah dan perintah peninggalan British.
Sistem ini diteruskan Umno dan pentadbiran negara dan dilihat sangat
berjaya. Sistem ini mula diaktifkan dalam politik terutamanya PAS
melalui pembentukan Majlis Syura. Klimaks kepada pecah dan perintah ini
membentuk blok pemikiran ulama dan bukan ulama.
Pelbagai gelaran kepada bukan ulama seperti “anwarinas”, “erdogan” dan
“jebon” diketengahkan dalam membentuk blok pemikiran sebagai asas kepada
pecah dan perintah. Penganalisis politik banyak mengatakan
kumpulan ini diketuai Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu atau lebih
dikenali Mat Sabu. Sejauh manakah kebenarannya belum dapat dipastikan
lagi. Pecah dan perintah ini menunjukkan kejayaannya secara 100%
apabila wujudnya kumpulan G18 daripada mereka yang kalah dalam
pemilihan.
Pelbagai serangan dan fitnah yang dihadapi mereka
sebelum, semasa dan selepas muktamar menyemaikan benih-benih kebencian
terhadap sistem parti yang dikatakan undur ke belakang.
Beberapa persoalan dihasilkan seperti sejauh manakah G18 akan menongkah arus dan melawan daya sedia ada.
Penglibatan NGO pula masih samar-samar walaupun PasMa dan Ikram menyatakan hala tuju masing-masing.
Pandangan lain juga ada menyebut G18 perlu lagi diperluaskan kepada PKR
bagi mengelakkan pecah dan perintah menguasai PKR seterusnya memberi
imej yang buruk kepada Pakatan Rakyat. G18 dan pembentukan parti
baru sudah sinonim dengan keadaan semasa. Persoalannya adalah siapa yang
akan mengetuai parti baru ini.
Nama Husam disebut sebagai ketua
akan-rakan dalam G18 walaupun beliau mendiamkan diri dalam dunia politik
bermula April sehinggalah sekarang.
Ketidakhadiran beliau semasa muktamar dan sidang DUN menimbulkan pelbagai persoalan terutama mengenai kesihatan beliau.
Sebenarnya, kelayakan Husam memimpin Gerakan Baru dengan nama parti
atau sebaliknya memang tidak boleh dipertikaikan lagi sebagaimana
pengakuan yang dibuat Tuan Guru Nik Aziz dan disebut kembali Ust. Nik
Omar iaitu Husam untuk Malaysia.
Namun begitu, tahap kecintaan
Husam terhadap PAS amatlah tinggi. Beliau tidak pernah bekerja dengan
mana-mana kerajaan mahupun syarikat perniagaan kecuali dengan PAS
sahaja.
Hal ini berbeza dengan ahli G18 yang lain. Marilah kita
sama-sama saksikan sejauh manakah pecah dan perintah dapat menguasai PAS
seterusnya PR, pendirian Husam yang mendapat ijazah untuk Malaysia
TGNA, penubuhan parti baharu melalui G18 dan momentum rakyat dalam
melawan Barisan Nasional.
Akhir sekali, generasi politik baru
tanpa Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit
Siang perlu diaktifkan secepat mungkin. Keterlibatan anak muda yang progresif perlu ditonjolkan sebagai ancaman baharu kepada BN.
Gaya hidup yang mewah dan berada di kayangan perlu dilupakan seketika
dan menumpukan kepada momentum rakyat supaya PRU14 memberi kemenangan
kepada PKR, DAP, G18 atau PAS. – 30 Jun, 2015.
Beberapa
bekas pemimpin PAS (dari kiri ke kanan) Saari Sungib, Datuk Mujahid Yusuf Rawa,
Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi, Tan Sri Muhamad Muhd. Taib and Datuk Mohd Salleh
Man dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 Datuk Rashid Hasnon pada majlis
berbuka puasa di Seberang Jaya, Pulau Pinang malam ini.
Pakatan baharu diumum selepas Hari Raya, kata Mat
Sabu
Bekas pemimpin PAS Pusat yang bekerjasama di bawah
panji-panji yang dinamakan G18 menjanjikan pakatan baharu selepas Hari Raya
Aidilfitri bulan ini.
Bekas timbalan presiden PAS
Mohamad Sabu berkata, mereka mesti membina Pakatan Rakyat (PR) yang baharu yang
lebih hebat daripada PR yang kini terkubur.
Beliau berkata ia perlu
menjadi pakatan yang menjunjung integriti sebagai nilai paling penting.
"Tugas kita bukan hanya menggantikan Umno dan Barisan Nasional. Kita
perlu bentangkan satu formula baru.
"Saya sokong kuat kerajaan Pulau
Pinang kerana ia mempunyai integriti dan mengamalkan budaya dan nilai yang
serupa dengan ajaran Islam.
"Ia bukan tentang semangat Melayu tetapi
semangat harmoni. Tiada ubat lain selain daripada mengubah kerajaan," katanya
pada majlis berbuka puasa anjuran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di The
Light Hotel di Seberang Jaya malam ini.
Mohamad, juga dikenali sebagai
Mat Sabu berkata, Islam agama yang menganjurkan keamanan dan Al-Quran juga
mengajar umatnya bercakap dengan santun dan menggunakan perkataan yang baik
apabila berbicara atau berhujah, baik dengan orang Islam mahupun dengan bukan
Islam.
"Ia tidak mengajar kita menggunakan perkataan seperti serigala,
anjing atau jebon.
"Tak kena tu," katanya, memperli Presiden PAS Datuk
Seri Abdul Hadi Awang yang menggunakan perkataan seperti itu semasa ceramahnya
minggu lepas.
Hadi mengatakan serigala dan anjing boleh terus menyalak,
tetapi PAS tidak akan berganjak daripada agenda hududnya.
Selain Mat
Sabu, turut hadir ialah presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa)
Datuk Phahrolrazi Zawawi, bekas pemimpin PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa,
bekas strategis PAS Dr Mohd Hatta Ramli dan bekas menteri besar Selangor Tan Sri
Muhammad Muhd Taib.
Mujahid berkata, tidak perlu sedih dengan
terkuburnya PR kerana satu kuasa baharu akan muncul.
Beliau berkata
gabungan yang lebih kuat akan terus berusaha untuk rakyat.
"Kita tidak
pernah lihat sebelum ini, yang kalah disanjungi. Saya bercakap ini, tentang
parti saya (PAS).
"Kita akan lihat satu gelombang baharu. Harap-harap
dengan ketibaan Syawal, kita akan lihat munculnya gelombang baharu," katanya di
majlis tersebut.
Phahrolrazi bersetuju dengan Mujahid, mengatakan
wujud keperluan segera untuk menubuhkan satu gabungan baharu di kalangan parti
pembangkang.
Katanya, beliau berkata demikian bukan bagi pihak
organisasinya, tetapi mewakili semua kumpulan yang menyokong PR, dan menaruh
harapan tinggi pada pakatan tersebut dan kini luluh melihat ia terkubur.
"Kita mesti ada gabungan baru. Saya sudah katakan, kalau G18 tak buat,
PasMa akan buat," katanya.
Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata,
sasaran dan hala tuju utamanya ialah menumbangkan BN, menyelamatkan Malaysia dan
mengembalikan negara kepada rakyat.
Katanya, mereka tidak boleh
bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin membina kerajaan perpaduan dengan
Umno.
Beliau berkata mahu bekerjasama dengan mereka yang benar-benar
mahu memperjuangkan rakyat.
"Kami akan menunggu berita
terkini (tentang parti baharu) dan menunggu untuk menyatukan kekuatan kita
melawan BN," katanya.
DAP dan PAS berbalah sejak parti Islam tersebut
membentangkan dan meluluskan rang undang-undang hudud di Dewan Undangan Negeri
Kelantan pada Mac.
Awal bulan lepas di muktamar tahunan PAS, parti itu
menerima tanpa bahas usul dari Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
Berikutan ini, DAP mengisytiharkan PR kini mati dan pemimpin progresif
PAS yang kini dipanggil G18 sedang mempertimbangkan pertubuhan parti Islam
baharu untuk mewujudkan gabungan pembangkang yang baharu. – TMI
ULASAN
GB
Tertunailah hasrat rakyat Malaysia nanti dan ahli-ahli akar
umbi PAS.... sebuah parti baharu bersama Pakatan yang baharu... InsyaAllah,
Putrajaya sudah makin hampir dengan wujudnya Pakatan Baharu tanpa PAS lagi!
"Biar serigala dan anjing menyalak.... kabilah baharu ini akan berjalan
terus ke Putrajaya..."
Moga Allah menyampaikan hasrat dan cita-cita murni
kita itu bersama dengan keredhaanNya... InsyaAllah.
Jika kita menggunakan istilah “Leadership of the Clergy” untuk merujuk kepada amalan kepimpinan PAS, ia mungkin akan dirasakan janggal. Bunyinya seolah-olah satu konsep yang diambil dari agama lain di mana wujudnya pembahagian diantara golongan “clergy” dan golongan “lay” atau orang-orang biasa. Namun, itulah hakikat konsep kepimpinan ulama. Ia sangat asing pada Islam dan sebenarnya lebih hampir pada fahaman sekular yang membahagikan di antara urusan agama dan duniawi. Ia seolah satu langkah ke belakang atau “rollback’ yang akan memundurkan PAS.
Namun, implikasi dari perkembangan yang berlaku pada Muktamar PAS ke 61 bukan sekadar satu perubahan semantik semata-mata. Ia juga mempunyai implikasi strategik yang amat ketara. Malahan, ia merupakan kemuncak strategi membina kembali “containment” pengaruh PAS dan melemahkan Pakatan Rakyat.
Sebelum PRU 1999, pengaruh PAS dilhat sebagai terbatas. Prestasi pemimpin-pemimpin PAS di luar Kelantan amat tidak menentu. Adakalanya menang dan adakalanya kalah dalam pilihanraya. Bagi Umno, PAS diterima sebagai “necessary evil”. Dengan adanya PAS, Umno dapat memaparkan dirinya sebagai golongan sederhana. Dalam konteks hubungan antarabangsa, PAS boleh digunakan sebagai jembalang untuk mengingatkan pengkritik, sekiranya Umno lemah Malaysia akan jatuh kepada golongan fundamentalis agama. Pendekatan strategik yang digunakan dalam menanggani PAS ialah pendekatan “containment”. Biarkan PAS bertapak di kawasan-kawasan tertentu, khususnya di negeri-negeri Pantai Timur. Biarlah PAS wujud dalam “sphere of influence” yang terbatas dan terbendong ini. Prestasi ulama PAS pula tidaklah begitu memberansangkan. Walau pun mampu memberi ceramah dan pidato berapi-api serta mengistiharkan berbagai hukum, mereka umumnya tidak berkesan dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Kebanyakan mereka tidak mampu membahaskan isu-isu dasar dengan berkesan. Kalau ada pun, sekadar membuat saranan umum memgenai perlu kembali kepada Islam, perlu ikut sistem ekonomi dan pendidikan Islam tetapi tidak melebihi dari itu.
Dalam isu-isu berkaitan dasar fiskal, mengenai strategi merubah ekonomi Malaysia dari ekonomi yang dipacu pelaburan kepada ekonomi yang dipacu inovasi dan bagaimana meningkatkan pelaburan, golongan ulama umumnya mati punca. Demikian juga, apabila muncul skandal-skandal mega golongan ini juga kelihatan ibarat rusa sesat di tengah pekan. Sama ada skandal BMF, Maminco, Perwaja atau skandal spekulasi matawang Bank Negara yang berlaku 20-30 tahun dahulu mahupun skandal-skandal yang mutakhir seperti skandal PKZ, MAS, 1MDB dan NFC, golongan ulama nyata tidak dapat menguasai isu-isu semasa ini. Mereka lebih selesa membisu dalam isu-isu sebegini. Umno menganggap adalah memadai dengan pendekatan “containment” terhadap PAS. Ini berlarutan sehinggalah dua perkembangan yang membimbangkan Umno. Pertama ialah perkembangan politik selepas pemecatan Anwar Ibrahim dari kerajaan pada tahun 1998. Ia menyaksikan lonjakan aktivitisma politik di kalangan rakyat Malaysia.
PKR masih belum wujud, ramai di antara aktivis Melayu menyertai PAS. Ini termasuklah golongan professional. Penyertaaan mereka ini membawa beberapa perubahan penting kepada PAS. Golongan ini lebih canggih dari segi pemikiran politik dan keupayaan menanggani isu-isu semasa. Mereka dapat mengolah isu dan idea dalam bahasa dan gaya yang mempunyai daya tarikan kepada golongan kelas pertengahan Melayu. Golongan ini juga selesa menjalinkan hubungan dengan golongan bukan Islam, sama ada dengan DAP atau NGO-NGO yang turut disertai bukan Islam. Golongan ulama sebaliknya lebih bersikap “insular”. Mereka jarang sekali menyertai program-program bersama yang diwujudkan parti-parti Pakatan Rakyat.
Dari segi aktivisma, golongan ulama lebih selesa dengan program-program dalaman. Sebaliknya, golongan professional lebih aktif dalam ruang lingkup kegiatan-kegiatan yang lebih luas. Ini termasuklah dalam isu-isu seperti reformasi pilihanraya dan hak asasi manusia. Inilah sebabnya pemimpin-pemimpin PAS dari golongan professional lebih ramai menghadapi dugaan ditangkap dan dipenjarakan. Golongan ulama lebih selesa berjuang di medan ceramah sedangkan golongan professional yang selalu berada di barisan hadapan dan menghadapi berbagai ujian dan ibtilak. Sekiranya perjuangan para anbiya dipenuhi dengan dugaan dan ujian, tidak sukar untuk melihat siapakah yang lebih hampir pada perjuangan para anbiya.
Perkembangan kedua ialah PRU pada 2008. Akibat dari jalinan hubungan dengan golongan bukan Islam, PAS mula diterima masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam. Semakin ramai pengundi bukan Melayu yang memberi undi kepada PAS dan membolehkan PAS menang kerusi-kerusi di luar Pantai Timur dan khususnya di kawasan-kawasan bandar.
Hasil PRU 2008 dan 2013 menunjukkan tembok “containment” yang wujud sebelum ini roboh. Perkembangan ini juga turut dirasakan DAP. Pengundi-pengundi Melayu, terutama golongan kelas pertengahan dan generasi muda, mula memberi sokongan kepada DAP. Dengan robohnya tembok “containment” ini, berlakulah tsunami yang merungkaikan penguasaan dua pertiga Parlimen BN dan menafikannya sokongan majoriti pada PRU ke 13.
Untuk menghadapi realiti baru ini, Umno memerlukan satu strategi baru untuk menggantikan strategi “containment”. Strategi ini mestilah mampu memusnahkan sumber-sumber kekuatan yang membolehkan PAS keluar dari tembok “containment” ini.
Bagi Umno, ancaman sebenar kepada pengaruhnya bukanlah ulama PAS. Golongan ulama lama wujud di dalam PAS dan dapat di “contain” dengan mudah. Sebaliknya, ancaman utama kepada Umno ialah golongan professional. Mereka inilah yang berjaya merobohkan tembok “containment”. Adalah perlu kekuatan ini dimusnahkan.
Strategi melemahkan PAS dan PR bolehlah diistilahkan sebagai strategi “rollback”. Tujuan strategi “rollback” ialah menolak kembali PAS ke ruang “containment” yang wujud sebelum 1998. Ini akan dicapai bila kepercayaan di kalangan golongan kelas pertengahan, khususnya di Pantai Barat, dan di kalangan pengundi bukan Melayu terhadap PAS dapat dilunturkan. Untuk tujuan ini, umpan hudud dan sentimen perpaduan Melayu digunakan. Pada ketika yang sama, langkah untuk melemahkan PR dan PKR turut diambil. Ini adalah dengan mewujudkan fitnah liwat terhadap Anwar Ibrahim dan memenjarakan beliau.
Di antara langkah yang diambil untuk menawan hati beberapa ulama PAS ialah program-program “taklimat” tertutup yang diberikan sebuah agensi perang saraf kerajaan.
Dua perkara utama cuba dicapai dari program-program ini. Pertama, memberi gambaran, kedudukan orang Melayu dan Islam akan terjejas jika PR memerintah. Ini kerana golongan MP bukan Islam dikatakan lebih ramai dari golongan Islam dalam sebuah kerajaan PR. Ini dikatakan boleh menjejaskan kedudukan Melayu dan Islam.
Kedua, usaha dilakukan untuk meyakinkan golongan ulama ini, Anwar Ibrahim ialah seorang peliwat dan membawa kefahaman liberal. Di antara perkara yang dilakukan dalam program-program “taklimat” tertutup ini ialah “pengakuan” dua orang bekas pemimpin ABIM dan seorang tokoh korporat yang rapat dengan PAS, mereka yakin Anwar memang seorang peliwat. Salah seorang dari ulama ini di bawa ke sebuah kilang di Thailand yang dimiliki tokoh korporat ini. Ketika di sana dia diberi sanjungan dan layanan istimewa.
Sebelum ini, pendekatan yang hampir sama turut digunakan ke atas pemimpin-pemimpin reformasi yang ditahan di bawah ISA. Mereka diberi maklumat terpilih mengenai “salahlaku” Anwar Ibrahim. Mereka dilayan seperti mereka golongan istimewa dan diberi maklumat yang tidak didedahkan kepada orang lain. Namun, muslihat ini gagal mengubah pandangan tahanan-tahanan ISA ini.
Kedua-dua bekas pemimpin ABIM ini dan tokoh korporat ini menggunakan pendekatan emosi dalam meyakinkan ulama PAS ini, Anwar adalah peliwat, satu ancaman kepada Islam dan harus dihalang dari menjadi Perdana Menteri. Namun, “taklimat-taklimat” ini tidak pula pernah menyebut mengenai bagaimana kepentingan Melayu dan Islam dikhianati elit Melayu melalui pembaziran dan amalan rasuah. Peranan J Lo serta kroni-kroni lain elit Melayu tidak pernah disebut. Demikian juga, penglibatan seorang warga Israel sebagai penasihat komunikasi juga tidak dibincangkan. Sesi-sesi taklimat ini berjaya menambat hidung ulama PAS. Muslihat yang gagal digunakan ke atas tahanan ISA mengena pada ulama PAS ini. Ini membuka jalan untuk membolehkan strategi “rollback” dilaksanakan sepenuhnya.
Pergolakan MB Selangor berjaya digunakan untuk mencetuskan ketegangan di dalam PR dan PAS sendiri. Walau pun pendirian presiden PAS bercanggahan dengan keputusan yang dibuat JK Pusat PAS, yang dipersalahkan ialah golongan professional. Maka berbagai istilah pahit seperti barua, jebon, budak suruhan DAP, perosak dan pengkhianat digunakan untuk melabel golongan ini. Ketika para sahabat Rasulullah tidak menyetujui dengan perjanjian Hudhaibiah dan pada mulanya enggan membuka pakairan ihram mereka, Rasulullah tidak pula mempersoalkan wala mereka atau menggunakan bai`ah yang mereka berikan untuk memaksa mereka akur dengan keputusan baginda. Jauh sekali melabel mereka sebagai pengkhianat atau perosak. Tetapi ulama PAS bertindak sebaliknya dan membiarkan suasana memfitnah, mencaci dan mengecam berterusan seolah-olah inilah sibghah Islam yang mereka bawa. Mungkin ulama PAS tidak mempelajari tafsir surah Al Hujurat, wallahu `alam.
Budaya taat tanpa menyoal dalam PAS turut memudahkan proses memecahbelahkan PAS dilakukan. Muhasabah bukanlah suatu yang mudah dilakukan dalam PAS, terutama apabila ia melibatkan ulama. Sebagai contoh, seorang pemimpin ulama ketika PAS memerintah Terengganu memiliki sehingga enam buah kereta rasmi. Ini kerana kedudukannya dalam Exco negeri dan beberapa jawatan dalam lembaga GLC negeri Terengganu.
Namun, amalan yang keterlaluan ini tidak pula ditegur sesiapa. Ini semata-mata kerana pemimpin ini digelar ulama. Demikian juga, pemimpin yang sama membiarkan diri dipanggil dengan gelaran doktor sejak tahun 1980han walau dia tidak melengkapkan pengajian PhDnya.
Nyata sekali semua asas-asas strategi “rollback” ditegakkan. Golongan professional dalam PAS yang merupakan ancaman utama kepada Umno dinyahkan. Inilah sebabnya pemimpin Umno dan media yang dikawal Umno begitu teruja dengan monopoli “leadership of the clergy” dalam PAS. Inilah sebabnya pemimpin-pemimpin Umno menunjukkan kegembiraan mereka dan cepat mengucapkan tahniah kepada ulama PAS. Mereka tahu strategi mereka berjaya. Kain kafan diikat, hanya tunggu untuk memasukkan PAS ke dalam liang lahad. Dengan ini berjayalah strategi “rollback” mereka dan pengaruh PAS akan kembali terbendung dalam ruang “containment” yang wujud sebelum 1998.
Pada PRU ke 14 nanti, kemerosotan sokongan kepada PAS akan menyebabkan PAS kalah dibanyak kerusi yang dipegangnya ketika ini. Tidak mungkin Umno akan membiarkan PAS mengambil kerusi-kerusi yang kini dipegangnya. Apabila ini berlaku, nilai PAS kepada Umno sudah tidak wujud lagi. Malahan, lebih baik Umno bekerjasama dengan PKR pada ketika itu. Akan jelaslah ketika itu siapa sebenarnya yang merosakkan dan mengkhianati PAS. Pada ketika itu, para ulama PAS bolehlah menggunakan lutut dan siku yang terdapat di bawah jubah mereka untuk bergocoh sesama sendiri. – 1 Julai, 2015. * - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/pas-selepas-muktamar-ke-61-kembali-ke-belakang-minda-jentayu#sthash.uLJz0UKW.dpuf
Menemui Pakcik Anwar yang dikasihi, semoga pakcik berada dalam kesihatan yang baik semasa membaca surat ini. Surat ini ialah surat yang penting, kerana sekurang-kurangnya saya tidak berdiam diri dan bersama-sama kezaliman.
Saya yakin dan saya percaya, ramai anak muda seperti saya sebenarnya ingin mempunyai ruang untuk berbual dan berbincang dengan pakcik. Pastinya, idealisme dan jati diri pakcik, mempunyai banyak hal yang dipelajari, tetapi penjara fizikal itu harus diakui menyekat hal ini.
Pakcik, Kalau masih ingat semasa pakcik memperkenalkan diri dalam kuliah pakcik di Georgetown University, pakcik memperkenalkan diri sebagai seorang lelaki Melayu Muslim. Tiga perkataan itu (lelaki, Melayu, Muslim) merupakan perkataan yang menjadi garis pemisah sosial dalam had politik (political limit) rakyat Malaysia.
Tanpa 3 perkataan itu dalam masyarakat hari ini, hampir mustahil untuk seseorang menjadi perdana menteri mahupun menteri besar di kebanyakan negeri-negeri beraja di Malaysia. Sesungguhnya dengan 3 anugerah itu, yang diadun baik dengan ilmu dan karisma, pakcik secara tidak langsung, harus diakui menjadi “harapan” kebanyakan warga negara ini.
PAS dan DAP
Pakcik, semasa cuti semester yang lalu, saya berpeluang untuk bekerja sementara bersama-sama seorang ahli politik DAP yang sangat saya hormati, YB Yeo Bee Yin. Saya ialah seorang penyokong PAS dan secara jujurnya saya kecewa dengan pemilihan muktamar PAS tetapi saya bertambah kecewa dengan kecekapan PAS dalam mengendalikan peraturan-peraturan PAS sendiri.
Pendirian daripada kedua-dua belah pihak (PAS dan DAP) untuk memutuskan hubungan serta kecekapan dalam menguruskan persepsi masyarakat awam (mass perception) sangat jelas perlu diperbaiki.
Ya, saya sedih dan saya kecewa dengan Pakatan Rakyat (PR), pakcik.
Sepanjang 3 minggu saya bekerja membantu sahabat saya Bee Yin, beberapa “orang besar” anak muda PAS menyertai DAP dan sepertinya media dan DAP sangat memberi publisiti kepada mereka. Dan dalam pengetahuan saya, ramai juga sahabat-sahabat saya yang merupakan penyokong PAS mengisi borang keahlian DAP secara senyap-senyap tidak mahu publisiti.
Ya, saya sedih dan kecewa dengan mereka, pakcik.
Saya sedih dan kecewa dengan sikap memukul rata penyokong-penyokong PAS kepada DAP. Hal yang sama saya sedih dan kecewa dengan sikap memukul rata penyokong-penyokong DAP kepada PAS.
Kekecewaan paling besar
Pakcik,
Jika meneliti kembali kekecewaan yang saya sebutkan, kesemua kekecewaan ini datang daripada sikap rakyat Malaysia. Dengan nada yang jujur dan tegas, sebagai seorang anak muda, saya tidak mahu ibu dan ayah saya menaikkan dan menurunkan kerajaan kerana harga susu adik saya.
Saya tidak mahu ibu dan ayah saya menaikkan dan menurunkan kerajaan kerana harga minyak. Saya juga tidak mahu ibu dan ayah menaikkan dan menurunkan kerajaan kerana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Apa saya harapkan dan saya mahu ialah ibu dan ayah saya menaikkan dan menurunkan kerajaan kerana ilmu dan penelitian.Tetapi saya sedar akan hakikat kata-kata George Bernard Shaw, pengasas London School of Economics, “Kemajuan (progress) adalah mustahil tanpa perubahan. Dan mereka yang tidak mampu mengubah minda mereka, tidak akan mampu mengubah apa-apa.”
Menanti perubahan minda
Pakcik,
Saya sedar perubahan minda ialah perubahan yang paling memakan masa bagi masyarakat yang masih belum cukup terbuka. Secara jujurnya, saya berharap agar pakcik dan rakan-rakan, serta sesiapa juga yang merasakan kerja-kerja mengubah minda ini sebagai satu tanggungjawab amanah Tuhan, akan terus bertahan dalam kehidupan.
Orang-orang yang baik tetapi ego kononnya merendah diri dan tidak cukup ilmu, ialah orang pertama yang perlu kita ubah minda mereka.
Harapan rakyat
Pakcik,
Saya bertanya kepada sahabat saya Bee Yin, “Berikan 3 perkataan yang menggambarkan komitmen bos dalam berkhidmat kepada rakyat.” Seorang DAP ini menjawab, “Benar, kehendak yang kuat, dan keadilan .” Kemudian saya bertanya beliau lagi, “Apakah yang paling dunia perlukan sekarang?” Beliau diam seketika dan menjawab, “Kasih sayang.”
Saya bertanya soalan yang sama kepada seorang pemimpin muda PAS, dan jawapan beliau sama seperti jawapan Bee Yin. Tidak hairan kerana kedua-duanya ahli politik.
Saya bertanya soalan yang sama lagi kepada seorang pemimpin mahasiswa yang turut didakwa mahkamah universiti, dan jawapan beliau sama seperti jawapan Bee Yin. Saya melirikkan senyuman.
Dengan hati yang jujur saya bertanya, dapatkah Pakcik Anwar melihat apa yang ingin saya sampaikan?
Harapan akan tetap dan subur, selagi orang-orang baik memilih untuk bersuara. Tiada istilah tidak berpihak kerana “Silence is with the oppressor.”
Doa
Saya harus mengakui, saya harus berdoa dengan kuat agar pakcik diberikan kesihatan dan kehidupan, sehinggalah sekurang-kurangnya terdapat seorang pemimpin yang berkepimpinan, lelaki, Melayu dan Muslim. Bukan kerana pakcik ialah Tuhan, tetapi kerana wasilah Tuhan tidak turun dari langit tetapi tumbuh dari bumi. Cepat sembuh, pakcik.
Salamun Qaulan Mir Rabbir Rahim. – 3 Julai, 2015.
Oleh : Mardiyyah Nor Azizan
* Penulis ialah seorang anak muda yang bersekolah di sebuah sekolah luar bandar dan melihat wajah harapan orang tua dan anak-anak setiap hari di KL Sentral. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/surat-terbuka-kepada-anwar-ibrahim-mardhiyyah-nor-azizan#sthash.PgxX3d64.dpuf