KENAPA PERJANJIAN MOU AIR DILAKSANAKAN SEBELUM KHALID LETAK JAWATAN?


Aku nak semua rakyat sedar dan lihat tentang tandatangan perjanjian air oleh Khalid Ibrahim sebelum beliau dipecat.

KENAPA TERGESA GESA  ????


Siapa yang mendesak? Kenapa ketika langkah Kajang ? Kenapa tidak selepas Wan Azizah dilantik?

Kenapa payah sangat Wan Azizah..Kenapa serang Anwar ???

Ha.haha...mesti ada wayang dan wayang sedang berjalan. Cuba renung dan tenung mendalam..Kenapa wayang ini lambat habis????

Siapa dapat Untung? siapa dapat komisyan ??? Hai ada Komisyen??? Mesti la ada ...macam lain lain projek. komisyen komisyen......


Ha..ha.ha   .....Kenapa Anwar dikatakan main wayang dengan kata kata akan control isteri ??? Siapa cakap???? Dari mana cakap cakap Anwar nak control dan ada pihak tak suka???..ha.ha.haaa...Biar betul...selalu orang takut dan salah Anwar...Anwar dimangsakan.

Siapa kata????...ha.ha..ha....pikir pikir...kena ada otak semua ni...

Berapa kali MOU berapa kali tukar?  Mula mula MOU...takut tukar MB...Kemudian lain MOU..Tukar MB pun tak boleh buat apa...woiiii..berapa banyak MOU..berapa banyak Komisyen masuk......

Akan ada lagi ni kalau tak silap...nak bagi lengkap sebelum Kak Wan angkat sumpah.... ok.


Anwar mahu Khalid tangguh perjanjian air




  • Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim
1 / 1
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menangguhkan dahulu perjanjian berhubung pembinaan loji rawatan air Langat2 selagi kepimpinan negeri dan Pakatan Rakyat tidak diberi penjelasan sepenuhnya.

Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat (PR) akan membenarkan Putrajaya meneruskan Loji Rawatan Air Langat 2.

Kerajaan Persekutuan dan Selangor pada Rabu menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menstrukturkan semula industri air di Selangor.
Langkah berkenaan juga dilihat sebagai membuka laluan kepada pelaksanaan Loji Air Langat 2 (Langat 2) yang tertangguh sejak 2010.
MoU tersebut ditandatangani di bangunan Perdana Putra di sini.
Kerajaan Persekutuan diwakili Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili sementara Selangor diwakili Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Majlis berkenaan disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.




3 OGOS mou LAGI


Tukar MB tak jejas perjanjian air

  • Majlis Menandatangani "Heads Of Agreement" Pelaksanaan MoU Antara Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri Selangor Berhubung Penstrukturan Semula Industri Bekalan Air Selangor. - Foto ihsan FB Khalid Ibrahim Majlis Menandatangani "Heads Of Agreement" Pelaksanaan MoU Antara Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri Selangor Berhubung Penstrukturan Semula Industri Bekalan Air Selangor. - Foto ihsan FB Khalid Ibrahim
1 / 1
KUALA LUMPUR - Pemeteraian Perjanjian Dasar Induk penstrukturan semula industri bekalan air di Selangor tidak boleh dibatalkan sewenang-wenangnya meskipun berlaku pertukaran Menteri Besar di negeri itu.
Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata perjanjian itu telah melalui proses yang sah melibatkan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
Beliau yakin ia bukan dibuat atas dasar individu memandangkan hala tuju pemeteraian perjanjian itu juga jelas untuk menyelesaikan isu bekalan air yang berlarutan sejak 2008 di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
"Jika misalnya berlaku pertukaran Menteri Besar dan perjanjian itu ingin ditarik balik, akan ada implikasi dari segi undang-undang kerana ia adalah satu perjanjian yang sah.
"Dalam perjanjian itu pasti ada syarat-syarat jelas jika terdapat mana-mana pihak ingin menarik diri, tindakan boleh dikenakan atau perlu membayar ganti rugi," katanya kepada Bernama.
Pada Jumaat, kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor telah menandatangani Perjanjian Dasar Induk berhubung penstrukturan semula industri bekalan air dan penyelesaian jangka panjang isu air di negeri itu.
Kerajaan Persekutuan diwakili Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili manakala kerajaan Selangor diwakili Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Perjanjian itu adalah lanjutan kepada perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani kedua-dua pihak pada 26 Feb lepas berkaitan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) dan Sistem Agihan.
Mengulas mengenai pemilihan tarikh pemeteraian perjanjian itu di tengah-tengah kemelut perebutan jawatan Menteri Besar di Selangor, Ahmad Martadha berkata ia bukanlah ditandatangani dalam keadaan terburu-buru.
"Soal pertukaran Menteri Besar di Selangor tidak ada kaitan dengan perjanjian itu kerana perbincangan mengenai penyelesaian isu air di negeri itu telah lama dibuat antara kedua-dua pihak.
"Kita perlu ingat bahawa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri ada pejabat dan pegawai undang-undang mereka, jadi perjanjian yang penting untuk kesejahteraan rakyat tidak akan dibuat dalam keadaan tergesa-gesa," katanya.
Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia S. Piarapakaran berkata semua halangan terhadap penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Lembah Klang telah dapat diselesaikan menerusi pemeteraian perjanjian itu.
"Perjanjian ini penting dalam memastikan penstrukturan semula industri perkhidmatan air berjalan lancar dan sempurna, tambahan Selangor adalah sebuah zon pesat membangun dan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi," katanya.
Bagaimanapun, Piarapakaran menyarankan beberapa langkah harus dilaksanakan bagi menangani kekurangan air di Selangor untuk jangka masa pendek dan sederhana sebelum hasil perjanjian dapat dirasai pada 2017.
Antaranya ialah dengan memperkenalkan sistem prarawatan untuk mengurangkan kandungan ammonia dalam air mentah bagi Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Tampoi dan LRA Batu 11 Cheras.
Piarapakaran berkata melalui sistem itu, kandungan ammonia boleh dikawal dalam kuantiti boleh dirawat oleh kedua-dua LRA berkenaan, selain daripada kos pelaburan yang lebih berpatutan tanpa risiko tambahan.
Katanya, pemantauan empangan Sungai Selangor juga perlu diperketatkan dan pada masa yang sama tahap kritikal empangan dinaikkan kepada aras 50 peratus.
Beliau berkata tahap kritikal semasa ditetapkan kerajaan Selangor adalah pada aras 30 peratus dan ia tidak bersesuaian memandangkan empangan itu membekalkan keperluan air mentah hampir 60 peratus di Selangor dan Kuala Lumpur.
"Apabila aras air di empangan lebih rendah daripada 30 peratus, kualiti air mentah juga akan terjejas. Jika berlaku gangguan atau perubahan kepada taburan hujan, fungsi empangan akan lebih terjejas seperti situasi sekarang," katanya.
Alternatif lain yang boleh dilaksanakan termasuklah menambah kolam takungan berdekatan LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), SSP2, SSP3 dan Bukit Tampoi bagi meningkatkan kuantiti air mentah di samping mengurangkan kehilangan air mentah dalam pengaliran semasa musim kering, katanya. - Bernama


MENGAPA KAK WAN ?

MENGAPA KAK WAN ?

KRISIS MB Selangor semakin ke penghujung.  
 
Meskipun PKR dan DAP sudah sepakat untuk menghantar nama calon MB hanya seorang iaitu Kak Wan kerana Kak Wan telah memperolehi sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang, dan PAS masih bertindak sendirian untuk menghantar lebih dari dua nama calon yang dikatakan dari Adun PKR juga, pada aku krisis ini semakin sejuk berbanding sebelumnya.

Tidak sukar untuk difahami mengapa PAS bertindak berbeza dari rakan-rakan di kalangan PR walaupun PAS paling galak bermesyuarat.  Masalah bagi PAS adalah mengapa mesti Kak Wan?  Itu saja.  
Sebab itu PAS menambah satu lagi calon pilihan mereka iaitu Azmin Ali walaupun Azmin sendiri tetap menyokong Kak Wan sebagai MB Selangor.


Prinsipnya PAS setuju Kerusi MB Selangor adalah milik PKR.  Tetapi PAS mahu suara mereka didengari juga iaitu mereka seolah-olah keberatan menerima Kak Wan, Presiden PKR sebagai satu-satunya calon tungal yang ingin dipersembahkan ke Istana.  
 
Jangan salahkan PAS di dalam soal ini, cuma salahkan mereka yang masih enggan terima hakikat bahawa PKR juga ada sebab untuk meletakkan Kak Wan sebagai MB Selangor yang baru.  
 
Hanya DAP saja yang mungkin memahami mengapa PKR begitu komited inginkan Kak Wan berada di situ.

Bagi aku, sokongan aku pada Kak Wan sebagai MB Selangor bukan disebabkan Kak Wan itu isteri Anwar.  
 
Aku tahu Kak Wan lahir sebagai orang politik bukan kerana ditunjuk oleh Anwar.  Beliau muncul di kancah politik kerana menyedari tentang kezaliman dan menegakkan keadilan di negara ini.  
 
Awalnya tentulah beliau bangkit berjuang untuk membela nasib suaminya yang difitnah dan dizalimi.  Namun, setelah suaminya dibebaskan wajarkah Kak Wan berhenti berjuang sedangkan beliau sedar ramai lagi yang telah dizalimi.  Begitu juga dengan anak sulungnya Nurul Izzah.  
 
Beliau terpaksa bangkit bersama ibunya untuk meneruskan perjuangan bapanya.  Salahkah mereka berjuang?  


Di era kesusahan melanda, tiada siapa hirau mengapa Kak Wan dan anaknya diangkat rakyat sebagai pemimpin.  Tidak berbunyi pun kalimah 'nepotisme' kerana masing-masing ingin menumpang tuah hasil dari perjuangan keluarga Anwar ini.  
 
Kak Wan juga pernah diangkat sebagai Ketua Pembangkang bagi mengetuai PAS dan DAP di Parlimen.  Waktu itu tiada juga kalimah Kak Wan itu wanita atau nepotisme.  

Selaku seorang pejuang sejati yang pernah diuji dengan kesukaran dan kepayahan yang bukan kepalang, salahkah rakyat dan parti mengangkatnya tanpa perlu diarahkan atau ditunjuk oleh Anwar?  Siapa boleh buktikan Kak Wan naik kerana Anwar mahu dia dipilih?  
 
Dia menang sebagai MP Parlimen Permatang Pauh adalah kerana sokongan rakyat.  Dia jadi Presiden PKR pun atas sokongan sebulat suara tanpa ada pertandingan.  
 
Kak Wan dikatakan menang di Permatang Pauh dulu kononnya itu memang kubu kuat Anwar.  Kak Wan membuktikan sebaliknya, beliau tampil di Dun Kajang dan beliau tetap diangkat oleh rakyat, bukan oleh Anwar.  Itu juga berlaku pada Nurul Izzah.  
Apa pun jawatan Nurul Izzah di dalam parti mahu pun sebagai Wakil Rakyat di Lembah Pantai, tiada langsung boleh dikaitkan dengan pertunjuk dari Anwar.

Ertikata lain, memang tepat PKR dan DAP mencalonkan Kak Wan di Kerusi MB Selangor.  Bukan soal Kak Wan itu isteri Anwar.  Sebelum ini TSKI jadi MB, tiada kaitan pun dengan keluarga Anwar.  
 
Andainya diletakkan Azmin sekalipun pastinya akan ada suara-suara sumbang yang mendakwa Azmin adalah "anak emas" Anwar.  
 
Begitulah politik yang tidak matang.  Politik sakit hati atau busuk hati.

Jika kita gagal lahirkan keluarga yang berjuang untuk rakyat, mengapa harus dengki dan sakit hati dengan keluarga Anwar?  
 
Perlukah kita dengki juga dengan keluarga Tok Guru Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS yang Majlis Syura adalah penentu semua calon Pilihanraya dari PAS?   
Adakah Majlis Syura yang diPengerusikan oleh Tok Guru Nik Aziz telah setuju Nik Abduh bertanding di Pasir Mas dan kini menjadi MP Pasir Mas boleh kita anggap satu 'nepotisme' juga?  
 
Apakah anak Presiden PAS, Tok Guru Hj Hadi iaitu Ustaz Khalil yang kini menjawat jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS dan satu hari nanti bakal menjadi Wakil Rakyat akan kita sebut "nepotisme:" juga?  
 
Adakah "nepotisme" juga bila menantu Presiden PAS kini berada di dalam Syarikat Perangsang di bawah Kerajaan Negeri Selangor?  Aku samasekali tidak bersetuju dengan tafsiran "nepotisme: sedemikian.

Aku bersetuju Kak Wan dicalonkan sebagai MB Selangor hanyalah kerana itu keputusan parti, bukan kerana Kak Wan adalah isteri Anwar.  
Andainya selepas ini parti membuat keputusan baru meletakkan Azmin sebagai calon MB Selangor, aku akan akur kerana Azmin juga layak untuk dicalonkan kerana beliau orang lama di dalam parti dan menjawat jawatan Timbalan Presiden PKR juga sebagai Pengerusi PKR Negeri Selangor.  
 
Sokongan aku pada Azmin bukan kerana Azmin itu dikatakan "anak emas" Anwar.

Kemelut MB Selangor pastinya menjadi lebih mudah jika PR boleh bermuafakat dan saling menghormati.  Pihak Istana juga diharapkan dapat membuat keputusan berlandaskan konsep Raja Berperlembagaan.  
 
MB Selangor seharusnya dipilih dari suara Wakil2 Rakyat yang mempunyai majoriti kerana itu adalah suara rakyat.  Meskipun tidak dinafikan Sultan mempunyai hak memilih mengikut budi bicaranya, namun aku yakin semangat Raja Berperlembagaan itu tetap menjadi keutamaan. 

SURAT AHLI PAS MINTA PAS " CERAI TALAK 3" DENGAN PR

Kepada

Datuk SU Agung Pas

Nampaknya PAS ( PAS ? ) especially Datuk dan pemimpin-pemimpin yg sealiran begitu keras dan tegas untuk menghantar dua nama @ lebih untuk MB Selangor walaupun keputusan telah dibuat dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi PR untuk menghantar satu nama sahaja i.e YB DATUK DR. WAN AZIZAH.

Saya cukup tak faham dengan sikap indisisif PAS dalam isu ini. PAS nampaknya begitu keras dan sukar menerima pandangan pemimpin-pemimpin PR yg lain.

Sebenarnya sikap berdolak-dalik PAS telah menjejaskan kewibawaannya di mata rakyat. PAS bukan semakin dipandang hebat dan tinggi, tetapi digelar dengan pelbagai gelaran negatif yg sebelum ini tidak pernah dijangkakan. Itulah nasib yg menimpa PAS sekarang.

Dengan terus berkeras untuk menghantar dua atau lebih nama, rakyat mula mempertikaikan kewajaran dan tujuan PAS.

Apakah sebenarnya tujuan dan agenda PAS kerana nama-nama yg akan dicadangkan itu dikatakan darpada kalangan ADUN PKR juga, sedangkan kesemua 13 ADUN PKR itu telah membuat SD (akuan bersumpah) menyokong Dr. Wan Azizah sebagai calon MB. Malah YB Azmin sendiri telah menarik diri. Apakah PAS berharap berlaku pecah-belah di kalangan 13 ADUN PKR dan ada yg akan buat cross-over?

Ada beberapa andaian (tuduhan) yg boleh dibuat dengan sikap PAS itu.

1. PAS memang mahu menghancurkan PR terlebih dahulu sebelum menubuhkan kerajaan campuran dengan UMNO.

2. PAS memang sengaja hendak memecah-belahkan dan melemahkan PKR supaya ia menjadi lebih dominan dalam PR.

3. PAS memang tidak ikhlas dengan rakan PR-nya walaupun mencanang retorik tahaluf siyasi dan PAS FOR ALL.

4. PAS memang menunggu masa yg sesuai untuk menikam rakan dari belakang untuk kepentingan diri atau mendapat habuan yg lebih.

Jika beginilah sikap PAS, eloklah PAS ceraikan talak tiga kepada PR atau cari isteri baru. Itupun kalau ada perempuan lain yg sudi.

Drp: -ANAK SIK

Dalam Diam Pas Selangor Hantar Senarai Calon MB Mereka Sendiri????

  

Aku nak ulas berita dibawah ni .Entah sahih entah tidak.Sebab sekarang ni bukan Melayu saja dah tak percaya pada PAS..malahan kaum Cina dan India pun dah makin keliru bila aku bertanya..... Sebahagian maklumat yang akau dapat ni dari maklumat yang sahih dari Tulang Besi. Nak kata Tulang besi ni tak betul, memang banyak yang betul tentang pendedahan beliau. Selain rakan rakan lain pula memperlekekhkan Parti yang dikatakan paling kuat di kalangan orang Melayu dan ada pula alim ulama dna cerdik pandai....

Asalnya exco- exco  dan ADUN ADUN  diberitahu  bahawa  Azmin akan menggantikan  Tan sri Khalid.Maka ramai ramai lah ADUN PAS dan exco menyatakan sokongan pada Khalid Ibrahim. Tiba-tiba ,  Setiausaha  agung PAS sendiri yang nak naikkan Azmin Ali.

  Inilah puncanya Iskandar minta diadakan mesyuarat ajk khas bagi  membincangkan perkara ni. Jangan biarkan Cikgu Mustafa Ali dan Haji Hadi Awang mengikut hawa nafsu mereka dalam menentukan siapa calon MB Selangor.Sepatutnya dipanggil mesyuarat AJK PAS Pusat yang satu lagi bagi membuat kepastian siapakah yang akan dicalonkan.

Kejap kata tak mahu Azizah sbb dia wanita, haram wanita jd MB.
Kejap kata tak mahu Azizah sbb dia bukan anak Sgor.
Kejap kata tak mahu Azizah sebab amalan nepotisme.

Kejap kata tak mahu Azizah sebab Azizah tak boleh urus Selangor, takde pengalaman. Aku dh x ambik tahu nape tiba-tiba berminat sangat nak hantar nama lebih...dulu-dulu dia mintak nama lebih korang kasi satu jugak. Kenapa sekarang taat sangat konon...tengok pada situasi dan satu persatu dari awal...memang dah tahu kenapa. Sebab tu biarkan luncai terjun dgn labu2nya....

Hati yg busuk....

Haa..ha…ha…Nampak ati busuk…Woit…Kalau busuk kena buang. Kalau busuk tak boleh makan. Kalau busuk jangan guna dalil atau fatwa untuk kekalkan kebenaran……

KALAU TIDAK CAM NI LA JAWAPANNYA


Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad menegaskan tiada seorang pun nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada parti itu diberi kepada PAS Pusat untuk dicalonkan sebagai menteri besar Selangor, menafikan laporan sebuah akhbar hari ini.‎ - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-nafi-kemuka-4-calon-untuk-jawatan-mb-selangor#sthash.R33Jnygk.dpuf
Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad menegaskan tiada seorang pun nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada parti itu diberi kepada PAS Pusat untuk dicalonkan sebagai menteri besar Selangor, menafikan laporan sebuah akhbar hari ini.‎ - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-nafi-kemuka-4-calon-untuk-jawatan-mb-selangor#sthash.R33Jnygk.dpuf

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad menegaskan tiada seorang pun nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada parti itu diberi kepada PAS Pusat untuk dicalonkan sebagai menteri besar Selangor, menafikan laporan sebuah akhbar hari ini.‎
 

 Dalam Diam Pas Selangor Hantar Senarai Calon MB Mereka Sendiri



Pendirian Pas dalam isu calon Menteri Besar semakin mengelirukan dan 'berbelit' apabila maklumat terbaharu menyatakan Pas negeri sudah mencalonkan empat nama dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapat perkenan.

Ia bertentangan dengan kenyataan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali malam tadi bahawa Pas tidak akan menuntut jawatan berkenaan malah hanya mencalonkan tiga nama daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sumber dalaman Pas berkata, nama Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail merangkap Presiden PKR dan timbalannya, Azmin Ali juga tidak tersenarai sebagaimana diputuskan dalam mesyuarat Pas negeri di sini malam tadi yang turut dihadiri Mustafa.

Empat wakil rakyat yang dicalonkan ialah Pesuruhjaya Pas negeri, Iskandar Abdul Samad; Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri, Sallehen Mukhyi; Bendahari Pas negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan ADUN Tanjung Sepat, Ir. Mohd. Haslin Hassan.

"Senarai empat nama itu adalah mewakili suara serta kehendak kepimpinan dan ahli di peringkat akar umbi yang mahukan jawatan Menteri Besar diwakili pemimpin Pas Selangor.

"Pas Selangor mempunyai ramai tokoh berkelayakan untuk menduduki jawatan Menteri Besar. Selain itu, senarai tersebut mengambil kira keadaan politik semasa di Selangor ketika ini yang menyaksikan Pas telah banyak memberi pengorbanan dalam memastikan kemenangan pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum 2008 dan 2013," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jelas sumber itu lagi, meskipun Mustafa malam tadi menegaskan Pas hanya mencalonkan nama daripada PKR, keputusan muktamad mengenainya masih bergantung kepada perbincangan di antara jawatankuasa di peringkat Pusat.

"Bagaimanapun, cadangan calon-calon Menteri Besar itu adalah daripada Pas Selangor. Terpulang kepada pertimbangan Pusat untuk menentukan langkah seterusnya yang difikirkan sesuai," ujar sumber itu.

Sementara itu, Iskandar yang ditemui pemberita hari ini menafikan penghantaran empat nama calon Menteri Besar daripada Pas negeri termasuk nama beliau, sebaliknya tegas beliau, pihaknya menyerahkan kepada Pas Pusat untuk membuat keputusan dalam perkara tersebut.

"Pas Selangor tidak akan menghantar nama calon Menteri Besar. Kita serahkan kepada Pas Pusat membuat keputusan untuk diserahkan kepada Istana sebelum 3 September ini," katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sini hari ini.

Usaha untuk mendapat pengesahan daripada Sallehen, Ahmad Yunus dan Mohd. Haslin tidak berjaya berikutan panggilan ke telefon bimbit mereka tidak dijawab manakala khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak dibalas.

Selasa lalu, PKR dan DAP menerusi kenyataan bersama Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua memutuskan akan tetap mempersembahkan nama Wan Azizah kepada Sultan Selangor untuk dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar.

Dalam kenyataan bersama itu, mereka mendakwa pencalonan Wan Azizah adalah selaras dengan konvensi pakatan pembangkang pada 2013 yang mengemukakan hanya satu nama untuk dipertimbangkan sebagai Menteri Besar.

Selain nama Wan Azizah dan Azmin, ADUN Ijok, Dr. Idris Ahmad turut disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar yang mewakili PKR.








PAS Pusat terima, PAS Selangor tolak Azmin?

PAS Pusat terima, PAS Selangor tolak Azmin?

Oleh: Amirulmukminin


Kesungguhan Presiden PAS Hadi Awang dan Setiausaha Agung parti itu Mustafa Ali mencalonkan Adun Bukit Antarabangsa sebagai Menteri Besar Selangor menjadi tanda tanya.


Hal itu berikutan penerimaan dingin PAS Selangor ke atas nama Azmin. Umum mengetahui Azmin tidak mempunyai hubungan baik bersama DAP dan PAS. Azmin dikatakan sering memilih klik dan tidak mesra dengan Adun yang tidak sependapat dengannya.












Bagaimanapun, PAS Pusat yang beriya-iya inginkan beliau menerajui Selangor tidak mengumumkan sebab mereka inginkan Azmin. Pada mesyuarat 17 Ogos, nama Presiden PKR Dr Wan Azizah keluar dari mulut Tuan Guru Hadi sendiri sebagai calon pertama. Kemudian diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat Azizah sebagai calon tunggal.

Rundingan belakang tabir

Tiba-tiba pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS, 25 Ogos Wan Azizah tidak lagi disebut oleh Hadi. Sebaliknya Azmin calon tunggal dari PAS. Apakah yang menyebabkan Hadi berubah dalam seminggu? Adakah wujud rundingan di belakang tabir dengan Azmin?

Dalam mesyuarat tersebut, MP Sepang Hanipa Maidin didakwa mendesak Hadi mengakui wujudnya rundingan bersama Azmin dan Hadi mengakui menemui Azmin. Jadi apakah butiran rundingan tersebut sehingga Hadi berubah melupakan terus nama Wan Azizah ?.

Bekerasnya Hadi ini amat menarik kerana biasanya PAS Pusat akan meminta pendapat PAS negeri. PAS Selangor dilaporkan tidak senang dengan Azmin. Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad didakwa tidak bersetuju Azmin dianggat menjadi MB.

Biar pun Wan Azizah wanita namun beliau lebih memaparkan ketelusan dan tiada kroni di belakangnya yang akan merebut tender atau projek di Selangor. Azmin pada sisi lain mempunyai perniagaan dan mempunyai latarbelakang yang hampir sama dengan Khalid Ibrahim.

Dikhuatiri, belum pun setahun Azmin menjadi MB maka isu sama akan berulang. Isu perniaga Umno memenangi kontrak kerajaan negeri atau pun GLC tertentu diserahkan kepada orang tertentu bakal timbul semula.

Jalan selamat adalah melantik Wan Azizah yang tidak mempunyai kepentingan perniagaan dan kelihatan ‘lurus bendul’ mentadbir.

Oleh itu, menjadi persolan besar apabila beberapa pemimpin PAS Pusat yang bersetuju menolak Khalid kemudian menerima Azmin yang mempunyai ‘DNA’ hampir sama.


Tiada sokongan majoriti

Penerimaan Azmin atau nama kedua selain Dr Wan Azizah juga menimbulkan beberapa masalah. Sebelum ini, Wan Azizah telah membuktikan majoriti 30 kerusi menyokongnya. Azmin tidak diketahui siapa yang menyokong.

Sekiranya Azmin dilantik sebagai MB oleh sultan dan DAP tidak bersetuju maka adun DAP tidak akan mengundi meluluskan dasar-dasar yang dirangka pentadbiran Azmin di DUN. Maka akhirnya sultan terpaksa juga membubarkan DUN.

PAS harus sedar setiap MB yang dilantik mestilah dipersetujui oleh parti-parti dalam PR. Tidak mungkin berlaku situasi parti komponen bersama BN kelak, menentang belanjawan yang dibentang MB misalnya, kerana tidak puas hati tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Sebagai ulama, Hadi wajib mengambil pendekatan agama seratus-peratus. Muktamar PAS, iaitu institusi tertinggi memutuskan perjalanan parti telah bersetuju memperkukuh peranan PAS dalam PR. Oleh itu Hadi dan ulama PAS lainnya wajib berpegang pada janji sehingga muktamar baru yang mungkin membahaskan usul melonggarkan peranan PAS dalam PR.

Jika prinsip menunaikan janji dilanggar maka rakyat dan ahli PAS sendiri tiada contoh untuk diikuti. Islam tidak mengajar munafik. Jadi, tiada pilihan, PAS perlu menerima Wan Azizah sebagai calon tunggal sebagaimana persetujuan dalam mesyuarat Majlis Presiden PR.

WAN AZIZAH BOLEH SAH MENJADI MB MELALUI FASAL 53(2) (a)

Dari : Greenboc

 

Peluang Wan Azizah Sebagai Menteri Besar Masih Cerah


Muktamad, jawatan MB Selangor milik PKR - Mustafa

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah milik PKR.

Justeru, katanya PAS tidak akan menghantar nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada parti itu sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

"Kita tidak akan calonkan Adun PAS untuk jawatan itu kerana Menteri Besar Selangor adalah jawatan milik PKR. Kita hormati perkara ini, ini adalah muktamad," ujarnya ketika dihubungi pagi ini.

Malam tadi, beliau mengadakan mesyuarat dengan kepimpinan PAS negeri itu yang turut disertai Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Exco Kerajaan Selangor, Iskandar Abdul Samad dan setiausaha PAS negeri, Mohd Khairuddin Othman.

Menurutnya, mesyuarat itu tidak menyentuh mengenai isu Menteri Besar Selangor sebaliknya beliau hanya menjelaskan kronologi kemelut jawatan menteri besar kepada ahli PAS negeri itu.

PAS, katanya tetap dengan pendirian akan mempersembahkan tidak kurang daripada dua nama Adun PKR kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai calon menteri besar yang baharu.

"Jika ada laporan yang sebut saya kata sekurang-kurangnya tiga nama, itu tak betul," jelasnya.

Beliau berkata, PAS akan menghantar senarai nama itu kepada Istana Selangor sebelum 3 September ini.

Semalam, Istana Selangor menghantar surat rasmi kepada PKR, PAS dan DAP yang menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama calon menteri besar sebelum 3 September.

Surat itu dialamatkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dengan salinan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mahukan calon yang dinamakan itu beragama Islam dan berketurunan Melayu menurut Perkara L1 (2), Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Kelmarin, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Khalid sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan.

Baginda menitahkan supaya PAS, DAP dan PKR masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi memudahkan baginda menentukan calon berkelayakan. - HARAKAHDAILY


PAS tetap mahu kemuka dua nama

PAS tidak mengendahkan rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tetap bertegas bahawa parti itu akan mengemukakan dua nama kepada istana Selangor untuk jawatan menteri besar.

Bercakap kepada Malaysiakini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata parti Islam itu akan mematuhi titah pemerintah.

"Kita tidak boleh dilihat sebagai memaksa istana (dengan mengemukakan satu nama)," katanya.

Tambahan pula, katanya, kesediaan PAS mencalonkan Wan Azizah untuk jawatan tersebut, boleh dilihat sebagai tanda penghormatan kepada PKR.

Petang ini, Anwar merayu kepada PAS supaya berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos untuk hanya mencadangkan Wan Azizah untuk jawatan itu.

Pada hari Selasa, baginda sultan meminta Pakatan mengemukakan "dua atau lebih nama", dengan tarikh akhir untuk berbuat demikian, ditetapkan para hari Rabu depan.

Bagaimanapun, PKR dan DAP, dengan memetik konvensyen, menyatakan bahawa hanya nama Wan Azizah yang akan dikemukakan.
-mk



PKR: PAS tak kisah pun 'paksa' sultan sebelum ini

PKR enolak hujah yang dikemukakan oleh PAS berhubung keputusan parti Islam itu untuk mengemukakan dua nama kepada istana bagi jawatan menteri besar Selangor.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata selepas pilihan raya umum lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bermasalah untuk hanya mengemukakan satu nama, walaupun sultan meminta empat nama.

PAS Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali berhujah jika tidak mengemukakan lebih daripada satu nama seperti yang dititahkan baginda sultan, ia boleh ditafsirkan sebagai "memaksa" istana.

Mustafa juga menjelaskan bahawa keadaannya berbeza pada masa lalu kerana isu itu tidak diketahui umum seperti yang berlaku sekarang.

Mustafa berkata demikian dalam reaksinya terhadap rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya PAS berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos untuk hanya mencalonkan Wan Azizah.
-mk


 

Sepatutnya kena jengah dulu Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.


Fasal 53(2)(a) memperuntukkan bahawa Sultan perlulah melantik seorang ahli Dewan yang pada hematnya telah mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan.

Menurut pandangan seorang peguam, apa saja budibicara Tuanku Sultan untuk melantik seorang Menteri Besar tidak boleh melanggar Fasal 53(2)(a) kerana seseorang Menteri Besar mesti mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan.

Cuma sekarang ini PR berpecah. PKR & DAP hantar 1 nama, PAS hantar banyak nama. Dalam keadaaan apa pun, "nama" itu perlulah mendapat sokongan majoriti ahli Dewan. Yang jelas sekarang ini, yang dah dapat sokongan majoriti ahli dewan ialah 1 nama saja iaitu.... (anda tahu sendiri).

Yang penting majoriti ahli dewan menyokongnya. Sekalipun PAS ada menghantar nama orang lain sebagai MB Selangor selain Wan Azizah, ia tetap dari PKR. Dan ADUN-ADUN PKR seperti Azmin dan nama ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad misalnya, namun kedua-dua ADUN berkenaan telah terikat dengan Akuan Bersumpah untuk menyokong Presiden mereka, Dr. Wan Azizah sebagai MB. Soal samada Sultan Selangor berkenan atau tidak terhadap nama berkenaan tidak timbul.

Soal PAS tolak wanita sebagai MB pun tidak benar. Jika benar, PAS tak lansung calonkan nama Wan Azizah sebagai MB.

Desas-desus menyatakan Sultan Sulangor tidak berkenan dengan Wan Azizah sebagai MB itu juga tidak benar. Ia hanya propaganda pihak tertentu. TS Khalid Ibrahim sendiri pernah menyatakan bahawa Istana belum menolak pencalonan Wan Azizah. Cuba lihat video ini:




Kerjasama dengan Azmin, Umno: PAS letih berjuang?

Kerjasama dengan Azmin, Umno: PAS letih berjuang?

Oleh: AMIRULMUKMININ


Seandainya tepat laporan The Malaysian Insider bahawa Presiden PAS Hadi Awang berkeras ingin mencadangkan nama Azmin Ali sebagai MB Selangor yang baharu pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS 25 Ogos lalu, maka PAS telah menghidapi sindrom keletihan.

Sesetengah pemimpin tertinggi PAS tidak lagi bernafsu melawan Umno BN sebaliknya bagi mereka bekerjasama lebih baik.
Bagaimanapun, keletihan itu tetap juga sukar diterjemahkan oleh Hadi, Mustafa Ali dan sebilangan strategis PAS menjadi realiti kerajaan yang boleh diterima.

Masakan tidak, PAS mencadangkan Azmin, Khalid bersama Umno sebagai paksi baharu memerintah Selangor. Pemimpin PAS sepatutnya lebih cermat dalam menyusun strategi. Khalid meletak jawatan kerana merajuk PAS menarik balik sokongan kepada beliau dan mengekalkan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat pada 17 Ogos lalu.

Tiba-tiba PAS ingin pula melibatkan Khalid dalam kerajaan baharu dan Azmin sebagai MB. PAS mesti maklum persengketaan peribadi Khalid dan Azmin dalam PKR terlebih dahulu sebelum mengusulkan pakatan bersama mereka.

Jika PAS mahu strateginya diterima maka PAS perlu ada kebijaksanaan. Dan PAS kelihatan tidak bijaksana apabila sebelah kaki masih dalam PR namun sebelah kaki pula bersama Umno.

Hal itu menyebabkan golongan profesional yang lebih berpaksi kepada integriti tidak lagi mempercayai parti berkenaan. Sekiranya PAS menganggap Umno BN sebagai musuh maka mereka perlu bertindak menentang BN, bukan berkawan.

Memang terdapat garis keras dalam PAS seperti Dr Zuhdi  yang mempromosi kerjasama politik dengan BN. Namun itulah punca PAS diperlekeh oleh kedua-dua belah pihak BN dan PR. BN melihat PAS mudah dibeli. Ahli politik PAS, terutama ulama mudah merajuk dengan PKR dan DAP dan mereka akan menunjuk kekuatan bertindak sebagai kuasa penentu serta sanggup bergabung dengan BN.

PAS di mata BN tidak sama dengan sekutu sekular seperti MCA, MIC dan parti-parti di Malaysia Timur. PAS dilihat boleh dijadikan kuda tunggangan untuk memastikan orang Melayu bersatu menentang DAP.

Jika PAS tidak percaya, mereka boleh bertanya kepada pemimpin Hindraf Waythamoorthy yang  mengikat perjanjian dengan BN sebelum pilihan raya ke 13. Enam bulan selepas pilihan raya, tiada apa pun yang dilakukan BN bagi meningkatkan kebajikan kaum India.

Waytha marajuk dan meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Kini Waytha kembali kepada perjuangan Hindraf yang asal.

Bagi PR pula, perangai PAS yang tidak konsisten membuat mereka kurang yakin dengan keikhlasan parti itu untuk terus berjuang bersama pembangkang.

PAS dalam dilema hari ini, sama ada meneruskan langkah politik yang kurang cermat atau kembali menunjukkan kesetiaan kepada PR.

Ulama PAS mungkin berkata parti itu telah cukup kuat untuk bergerak seorang diri. Mereka boleh memenangi pilihan raya melalui sokongan kelab penyokong Cina dan India. Mana-mana pemenang pilihan raya ke 14 kelak yang ingin membentuk kerajaan akan menawarkan PAS peluang tertentu bagi parti itu ikut serta dalam kerajaan.

PAS bermimpi situasi politik Malaysia akan sama dengan Eropah atau sekurang-kurangnya India selepas ini. Dengan itu PAS akan mampu meluluskan undang-undang hudud jika BN ingin bersekutu dengan mereka. Malah jika PR sekali pun, syarat PAS ialah hudud.

Tetapi sabar, jangan gopoh! Realiti politik Malaysia tidak sama dengan kebanyakan negara lain. Di negara ini kaum lebih diutamakan berbanding Islam. Rakyat masih tidak percaya sebuah parti dengan keanggotaan berbilang kaum mampu menyelesaikan masalah pelbagai kaum.

Mereka tetap juga mengutamakan kaum yang dominan dalam sesuatu parti. Sekurang-kurangnya untuk 20 tahun lagi kaum akan menjadi keutamaan bagi pengundi memilih parti. Dengan keadaan yang mengutamakan kaum, PAS sebagai parti agama, tanpa persepakatan dengan PR atau BN akan menemui jalan sukar.

Malah Kelantan juga tidak mungkin boleh dipertahankan jika PAS bersendirian dan kerusinya ditandingi juga oleh parti komponen PR, iaitu PKR dan DAP. Umno akan mengambil peluang dan PAS akan kehilangan negeri itu.

PAS juga tidak boleh lupa separuh ahli parti itu menjadi anggota selepas 1998. Kemasukan pada era Reformasi mesti dihitung sebahagiannya adalah penyokong Anwar tetapi ingin berpolitik dalam lingkungan agama.

Apabila PAS mula membuat onar ingin bekerjasama dengan Umno, bukan sedikit ahlinya yang berkata akan meninggalkan parti itu sebaik sahaja kerjasama terjalin. Juga bukan sedikit penyokong atas pagar PAS berkata tidak lagi akan mengundi PAS jika parti itu terus bersikap lalang.

Langkah yang dilakukan para ulama dan pemimpin aliran lama dalam PAS adalah perjalanan mengundur ke belakang. Maka sudah tiba masanya golongan yang lebih muda menguasai parti itu.

Daripada membiarkan PAS terus kembali ke era Asri Muda dan berpecah belah maka lebih baik pemimpin yang boleh diterima dan tegas dalam perjuangan mengambil tempat. Muktamar pada bulan depan di Johor sepatutnya dijadikan permulaan untuk mendesak kepimpinan gaya lama meletak jawatan dan diisi dengan pemimpin yang lebih berwibawa.

Lagi pun pemimpin seperti Mustafa Ali, Hadi Awang dan seangkatan dengannya telah terlalu lama ditampuk kuasa. Dr Mahathir pun mempunyai tarikh luput dan bersara. Pemimpin baharu seperti Tuan Ibrahim, Husam Musa, Dr Mujahid Yusof, Khalid Samad dan banyak lagi wajar diberi peluang memimpin parti itu agar lebih dinamik dan diterima pengundi pada PRU 14 kelak.

Jika PAS mengekalkan kepimpinan yang telah letih berjuang ini, sama ada parti itu bersama PR atau menjadi bebas maka rakyat tetap akan letih untuk mengundi mereka.


Kronologi krisis Menteri Besar Selangor

Kronologi krisis Menteri Besar Selangor

  • Isu MB Selangor
1 / 1
SHAH ALAM - Krisis perebutan kerusi Menteri Besar Selangor tercetus dengan 'Langkah Kajang' yang dimulakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pada PRK Kajang Mac lepas, bertujuan menjadikan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

27 JANUARI: Wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai Adun kawasan Kajang bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding pada PRK kawasan itu.

Bagaimanapun, hasrat Anwar terbantut setelah gagal menjadi calon kerusi Dun Kajang selepas mahkamah mendapati beliau bersalah atas tuduhan liwatnya, lalu
isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipertaruhkan untuk kerusi itu.
  
26 FEBRUARI: Abdul Khalid mewakili Kerajaan Selangor menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Persekutuan untuk penstrukturan semula industri air di negeri itu yang tertangguh sejak 2008.

Tindakan itu mengecewakan pimpinan PKR yang mendakwa Abdul Khalid tidak membincangkan mengenai perkara tersebut dengan mereka.
  
 26 JUN: Abdul Khalid gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dalam pemilihan parti apabila tewas kepada bekas Ahli Parlimen Kapar, S.Manikavasagam.

21 JULAI: PKR menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Abdul Khalid.
  
22 JULAI: Abdul Khalid dalam kenyataan media berkata walaupun menghormati keputusan PKR yang mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai penggantinya, namun segala tatacara pelantikan perlu dibuat mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. Abdul Khalid berkata sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, beliau akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.
  
25 JULAI: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor atas alasan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.
  
1 OGOS: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyuarakan sokongan penuh parti itu terhadap cadangan meletakkan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
  
4 OGOS: Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution mendedahkan nota setebal lebih 40 muka surat mengenai dakwaan salah laku Abdul Khalid seperti isu penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor kepada Eco World dan projek pembinaan rumah mampu milik di Sungai Sering, Ukay Perdana.

 5 OGOS: Lembaga Disiplin PKR hantar surat tunjuk sebab kepada Abdul Khalid mengenai keengganannya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.
  
6 & 8 OGOS: Abdul Khalid membalas surat tunjuk sebab.

9 OGOS: PKR memecat Abdul Khalid daripada parti berkuat kuasa serta-merta.
  
Abdul Khalid dalam kenyataan media kemudian memberitahu bahawa beliau menerima keputusan PKR yang memecatnya daripada parti walaupun beliau mendakwa tindakan itu salah dan cacat dari segi undang-undang.
  
10 OGOS: Abdul Khalid memberitahu pemberita bahawa beliau akan meneruskan tugasannya seperti biasa sehingga mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor diadakan pada 11 Ogos.
  
11 OGOS: Abdul Khalid menghadap Sultan Selangor bagi memaklumkan pemecatannya daripada PKR selain membincangkan kemelut jawatan Menteri Besar.
  
11 OGOS: Dalam sidang media khas kemudiannya, Abdul Khalid mengumumkan bahawa beliau telah mendapat perkenan Sultan Selangor untuk terus memegang jawatan Menteri Besar Selangor.
  
Menteri Besar itu turut menyarankan supaya anggota Exco yang tidak menyokong kepimpinan beliau supaya meletak jawatan. Beliau juga berkata akan mengadakan pertemuan dengan barisan exco kerajaan negeri secara individu bagi mengetahui sokongan dan pendirian mereka terhadap kepimpinan beliau.

12 OGOS: Empat anggota Exco kerajaan negeri Selangor daripada Pas berkata akan terus berkhidmat di bawah pentadbiran Abdul Khalid seperti yang diarahkan pucuk pimpinan parti itu.

Enam anggota Exco daripada DAP dan PKR dalam kenyataan bersama berkata mereka akan terus menjalankan tugas masing-masing tetapi menegaskan tidak akan berjumpa dengan Abdul Khalid kecuali pada mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat  Kerajaan Negeri (MMKN).
  
Selain itu, keenam-enam Exco itu dilaporkan berkata dalam urusan yang membabitkan mereka, kedudukan dan fungsi Abdul Khalid hanyalah dalam kapasiti peralihan sementara menunggu seorang menteri besar daripada Pakatan Rakyat dilantik. Mereka juga berkata Abdul Khalid dan MMKN tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa melalui proses undian.

12 OGOS: Abdul Khalid mengumumkan telah menghantar surat kepada Sultan Selangor bagi memohon perkenan untuk memecat enam anggota Exco kerajaan negeri daripada DAP dan PKR yang tidak menyokong pentadbirannya.

Keenam-enam Exco terbabit dalam sidang media bagaimanapun bertekad untuk datang ke pejabat masing-masing di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam esok kerana menganggap pemecatan itu tidak sah berikutan belum mendapat perkenan Sultan Selangor.
  
13 OGOS: Abdul Khalid mempengerusikan mesyuarat MMKN dengan dihadiri empat anggota Exco kerajaan negeri daripada Pas dan tiga pegawai ex-officio.
  
13 OGOS: Pada sidang media selepas mesyuarat itu, Abdul Khalid mengumumkan pemecatan lima anggota Exco kerajaan negeri Selangor daripada DAP dan PKR dibuat secara sah dan mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkuat kuasa semalam (12 Ogos).

Beliau turut mengesahkan surat pemecatan kepada seorang Exco daripada PKR Rodziah Ismail masih belum dihantar kerana Adun Batu Tiga itu dikatakan berada di luar negara.
 
Abdul Khalid juga berkata jumlah korum yang menghadiri mesyuarat MMKN memadai dan sah mengikut Artikel 53 (2)(b) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang menetapkan sekurang-kurangnya mempunyai empat anggota MMKN untuk mentadbir negeri secara sah.
  
14 OGOS: Abdul Khalid mengesahkan pihaknya telah menerima surat peletakan jawatan daripada Rodziah sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) berkuat kuasa hari ini (14 Ogos).
  
14 OGOS: Dr Wan Azizah pada sidang akhbar di Subang Jaya hari ini mengumumkan beliau mendapat sokongan majoriti daripada 30 Adun Pakatan Rakyat termasuk dirinya untuk mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor.

Turut menyatakan sokongan kepada Presiden PKR itu ialah Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin, kedua-duanya daripada Pas.
  
Abdul Khalid bagaimanapun dalam satu kenyataan berkata dakwaan Dr Wan Azizah itu perlu diterjemahkan melalui proses undi tidak percaya di Dun Selangor, sebagaimana yang termaktub mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

14 OGOS: PAS Selangor dalam satu kenyataan memberi tempoh 24 jam kepada Hasnul dan Saari untuk menarik balik pendirian mereka yang menyokong Dr Wan Azizah atau berdepan dengan tindakan disiplin daripada parti.

15 OGOS: Sultan Selangor telah menitahkan Abdul Khalid  supaya tidak membuat sebarang keputusan atau pengumuman mengenai jawatan menteri besar sehingga baginda pulang ke tanah air pada 27 Ogos ini.

17 OGOS: Pas mengumumkan tidak menyokong lagi kepimpinan Abdul Khalid dan mencalonkan dua nama, Dr Wan Azizah dan Timbalan PKR Mohamed Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar yang baharu bagi menggantikan Abdul Khalid.

17 OGOS:  Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang bermesyuarat kemudiannya memutuskan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal bagi jawatan Menteri Besar Selangor.

20 OGOS: PKR dipanggil oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 28 Ogos ini berhubung aduan Abdul Khalid yang menuntut ROS menyiasat sama ada keputusan lembaga disiplin dan majlis pimpinan pusat PKR memecat beliau dari parti pada 9 Ogos lepas melanggar perlembagaan parti.
  
21 OGOS: Pas Selangor mengumumkan tidak bercadang untuk meletakkan mana-mana ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) daripada parti itu sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

23 OGOS: Abdul Khalid berkata beliau akan memutuskan tarikh untuk menghadap Sultan Selangor berhubung kedudukannya sebagai Menteri Besar pada Isnin ini.

24 OGOS: PKR mengakui wujud situasi ketidaktentuan dalam PR berikutan masih belum menerima sokongan sepenuhnya daripada Pas berhubung keputusan mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

24 OGOS: Anwar berkata kelemahan Abdul Khalid dalam menangani masalah perbandaran di Selangor merupakan sebab utama beliau perlu melepaskan jawatan sebagai menteri besar.

25 OGOS: Abdul Khalid mengesahkan beliau akan menghadap Sultan Selangor pada 26 Ogos bagi mendapat nasihat dan pandangan berhubung kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor.
  
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dalam sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat berkata 13 Adun Pas Selangor tidak akan menandatangani surat akuan bersumpah yang diminta oleh PKR bagi mengesahkan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk jawatan Menteri Besar Selangor.

26 OGOS: Abdul Khalid menghadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan Shah Alam.

Dalam sidang media kemudian, Abdul Khalid memaklumkan bahawa beliau telah memohon untuk meletak jawatan sebagai menteri besar tetapi Sultan Selangor menangguhkan untuk menerima peletakan jawatannya itu sehingga pelantikan baharu ditentukan.

Abdul Khalid berkata baginda menitahkan pemimpin Pakatan Rakyat - Pas, PKR dan DAP - supaya mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor.
  
Ini bagi memudahkan baginda menentukan dan memberi perkenan kepada calon yang berkelayakan untuk dilantik sebagai menteri besar. - Bernama