Bersih 2.0 : Pemuda Didakwa Pegang Pisau Mahu Saman Berita Minggu

KUALA LUMPUR 18 JULAI : Seorang peserta Himpunan Bersih 2.0 dari Unit Amal PAS mahu menyaman Berita Minggu milik Kumpulan New Straits Times kerana mendakwa dia memegang pisau semasa perhimpunan di ibu negara, 9 Julai lalu.

Abdul Razak Endut, 32, dari Temerloh berkata edisi 10 Julai yang menyiarkan gambarnya dengan tajuk “seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram” manakala tajuk kecilnya pula berbunyi “perusuh guna senjata, batu, lawan polis” adalah tidak benar.

Sebaliknya Abdul Razak yang mesra dengan panggilan “Ajak” berkata dia hanya memegang sebatang bendera Malaysia dan bukannya pisau seperti mana yang didakwa.

Selain Berita Minggu, gambar sama turut dimuatkan oleh akhbar New Sunday Times dengan tajuk “Peaceful (Aman)?” pada muka depan.

“Saya mahu saman Berita Minggu kerana telah menjatuhkan imej saya, disebabkan gambar itu ramai yang bertanyakan hal sama kepada saya.

“Setakat ini saya tidak tahu berapa jumlah yang akan disaman, saya akan berbincang dulu dengan peguam saya,” kata Abdul Razak kepada The Malaysian Insider.

Kelmarin, Abdul Razak yang bekerja sendiri tampil membuat pendedahan berhubung gambar yang disiarkan Berita Minggu.

Dia berkata selain tidak memegang pisau, dia juga menafikan membaling batu ke arah pihak keselamatan.

Pada perhimpunan Bersih 2.0, Abdul Razak diarah agar menjaga Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Dr Hatta Ramli dan peserta perhimpunan berhampiran Menara Maybank.

“Apabila polis menembak gas pemedih mata, saya ternampak angin meniup ke arah orang ramai... saya mengambil kanister itu dan membalingnya ke arah sebuah padang dengan harapan orang ramai akan selamat,” kata Abdul Razak mendedahkan perkara sebenar dengan berpakaian sama seperti yang disiarkan dalam Berita Minggu.

Gambar Abdul Razak berdepan pancutan meriam air dengan memegang bendera negara juga dirakamkan turut disiarkan media antarabangsa sekali gus menolak dakwaan beliau memegang pisau.

“Ketika itu (saya baling kanister gas pemedih mata) gambar saya dimanipulasikan. Mana logiknya saya bawa pisau dari Temerloh? Saya terpaksa lalui tiga sekatan jalan (untuk sampai ke ibu negara),” katanya.

Sementara itu, peguam yang mewakili Abdul Razak, Ahmad Nizam Hamid berkata pihaknya akan memfaikan saman itu dalam masa terdekat.

“Sebelum ini saya telah nasihatkan dia (Abdul Razak) untuk saman NST dan Berita Minggu kerana siarkan gambar palsu... ini satu kes yang bagus kerana melanggar etika.

“Tindakan ini perlu diambil kerana ia sangat tidak beretika mereka ubah gambar asal, ia adalah satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab,” katanya.

Pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Pada perhimpunan itu, lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Pakatan Rakyat dan Pemuda Umno ditahan.

Rakyat Tertunggu-Tunggu Video PDRM-Prof Aziz Bari

SHAH ALAM 18 JULAI: Rakyat tertunggu-tunggu jika pihak kerajaan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai bahan bukti bagi menjelaskan situasi sebenar ketika Himpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu sehingga polis terpaksa bertindak mengasari rakyat.

Bagaimanapun bahan bukti seperti video itu janganlah pula disunting atau ditokok tambah sehingga boleh menyebabkan situasi yang berlainan dipaparkan kepada rakyat, tegas Penganalisis Politik, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Beliau menyatakan demikian ekoran kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu polis menyegerakan siaran rakaman video serta bukti lain bagi menghalalkan tindakan polis menyuraikan orang ramai pada 9 Julai lalu.

“Ya pada saya terpulanglah kalau polis ada video , bukti dan sebagainya boleh dkemukakan, tinggal lagi kita tak mahulah video atau gambar itu diubah-ubah atau ubah suai sebagainya seperti yang kita lihat dalam NST dan Berita Minggu baru-baru ini. Gambar itu sudah diubahsuai sudah disunting dan sebagainya dipaparkan, jadi kekeliruan itu tak bolehlah.

"Sama juga dengan video... jika video itu sudah disunting, dipotong dan sebagainya (tetapi) kita harap jangan begitulah,"kata Aziz kepada Tv Selangor.

Muhyiddin sebelum ini berkata, media dalam dan luar negara dilihat melakukan tohmahan kepada pihak polis dengan hanya menyiarkan rakaman video pihak polis
menyuraikan orang awam.

Namun katanya, video-video yang dipamerkan tidak pula memuatkan tindakan para peserta yang sengaja melakukan provokasi dan bertindak ganas membaling batu.

Hakikatnya hujah Aziz yang juga Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu ada asasnya apabila Berita Minggu pada 10 Julai lalu memaparkan watak seorang peserta yang disifatkan ganas dengan memanipulasi tindakan peserta itu pada hari kejadian.

Abdul Razak Endut, individu yang dipaparkan gambarnya di muka depan akhbar itu dikatakan bertindak membalas serangan pihak polis ke atas orang awam.

Malah beliau didakwa membawa pisau dan membaling batu ke arah polis.

Namun menceritakan apa yang berlaku pada hari itu, Abdul Razak yang merupakan Unit Amal PAS berkata, beliau hanya memegang sebatang bendera Malaysia dan bukannya pisau seperti yang dilaporkan akhbar milik Umno-BN itu pada ceramah PAS malam tadi.

"Apabila polis menembak gas pemedih mata, saya ternampak angin meniup ke arah orang ramai... saya mengambil kanister itu dan membalingnya ke arah sebuah padang dengan harapan orang ramai akan selamat,"ujar beliau.

Gambar Abdul Razak berdepan pancutan meriam air dengan memegang bendera negara juga dirakamkan oleh Reuters yang sekaligus menolak dakwaan beliau memegang pisau.

"Ketika itu (saya baling kanister gas pemedih mata) gambar saya dimanipulasikan. Mana logiknya saya bawa pisau dari Temerloh? Saya terpaksa lalui tiga sekatan jalan (untuk sampai ke ibu negara),” katanya.

Justeru itu menurut Aziz, beliau agak sangsi dengan rakaman video mahupun gambar yang bakal dipaparkan oleh PDRM sendiri.

"Dan saya fikirkan kalau bahan-bahan bukti itu ada, sudah lama dikeluarkan.. tak perlu tunggu lama sehingga sekarang setelah diserang, dikritik bertubi-tubi belum ada yang kita lihat. Begitu juga tuduhan polis tembak air ke hospital,itu sudah banyak dikemukakan bukti dan nampaknya selepas itu kerajaan dan polis cuba pula buat siasatan lain.

"Kalau mereka ada (bukti) mereka boleh keluar lebih awal lagi sebelum mereka diserang. Sebenarnya sebelum himpunan Bersih itu pun pihak polis telah dikecam dan dikritik begitu hebat. Jadi mengapa perlu tunggu lama untuk mengeluarkan bukti yang ada,"kata Aziz.

Namun ujar beliau, jika polis berani bertindak menyunting mahupun menokok tambah video sedia ada, ia hakikatnya boleh menjadi boomerang kepada PDRM sendiri.

“ Bukti-bukti seperti itu bukan saja tak menyakinkan tetapi menjadi boomerang juga boleh menjauhkan lagi imej pasukan polis.

" Dan saya fikir dalam hal ini, saya rasa pihak kerajaan janganlah menarik polis begitu teruk atau melibatkan pihak polis sebab kalau imej dan kredibiliti polis itu jatuh begitu teruk...yang menerima kesan ialah rakyat,"tambah beliau lagi.

DEMONTRASI NAJIB



Minister of Malaysia's Foreign Affair, Y.B. Datuk Anifah bin Haji Aman approached the demonstration group to attempt changing their perspective on what everyone saw happened during the Bersih 2.0 rally at Kuala Lumpur on 9th July 2011.

Datuk Anifah was trying to indicate we do not know what exactly happened by asking, " How long have you not been back to Malaysia?"

Visit 'Bersih 2.0 UK Walk' on Facebook to see other photos and videos of what rakyat in London did for Bersih 2.0 Day and the 3-day Welcoming Demonstration for Najib & Rosmah.







The demonstration took place on 15 July 2011 at a small road divider/pavement in front of Intercontinental Hotel near Hyde Park Corner. It began from 6.45pm until slightly past 8pm. One of our objectives was to create awareness for the arriving guests of the event Najib & Rosmah were attending.

Leaders took turn to lead the chant and we shouted even louder when we realized Najib had just arrived. He escaped from facing us and from being seen because we were embarrassing him with our chants like, " Shame, shame, shame on you, Najib!"





After Najib scrambled his way into the Intercontinental Hotel, we chanted for a while more. Then we sang this Yellow Submarine parody, Negaraku and observe a moment of silence before the gathering dispersed.

We know what we have done in London could be nothing compared to our fellow rakyat's bravery at the Bersih 2.0 rally in Malaysia. But thank goodness, at this foreign turf we get to humiliate the brutal PM without being harassed by police.

JADUAL INQUIRI AWAM MENGENAI HAK ORANG ASAL OLEH SUHAKAM

Kematian Baharuddin : Kerajaan, Polis Nampak Macam Nak 'Cuci Tangan'- Wan Azizah

KUALA LUMPUR 18 JULAI : Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mahu punca kematian peserta Baharuddin Ahmad disiasat dengan adil dan saksama.

Menurut beliau, punca kematian Allahyarham yang menyertai himpunan Bersih untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil pada 9 Julai lalu masih tidak diketahui keluarga beliau walaupun ramai saksi menyaksikan tindakan polis pada hari tersebut.

"Cara polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tangani himpunan tuntutan yang murni itu menunjukkan ada sesuatu yang tak kena dengan sistem negara kita, " kata beliau dalam sidang media di sini hari ini.

Polis sebelum ini telahpun membuat kenyataan bahawa mangsa meninggal dunia akibat penyakit jantung yang dialaminya.

Setakat ini, keluarganya hanya menerima surat kebenaran membawa keluar jenazah untuk dikebumikan, namun masih belum menyatakan sebab kematian kerana masih menunggu hasil ujian makmal.

"Kita percaya ajal di tangan Tuhan tetapi cara hidup dan mati jadi pengajaran kepada kita.

"Apa-apa yang berlaku kita mesti tuntut keadilan kepada arwah. Kita mesti buat secara adil dan saksama," kata beliau lagi.

Pengerusi Biro Displin PKR itu turut mempersoalkan mengenai kenyataan rasmi kematian Baharuddin oleh kerajaan dan polis yang seolah-olah cuba 'mencuci tangan' dari sebarang tanggungjawab.

"Apa yang kita tahu, Baharuddin sihat ketika keluar dari rumah pada hari itu.

"Tindakan polis menembak gas pemedih mata pada orang ramai yang tidak bertindak ganas pada hari itu dilihat semua. Saya nampak dengan mata sendiri di Sogo polis mengejar orang ramai yang telahpun bersurai. Adakah itu namanya 'crowd control' ?," soal beliau merujuk kepada ratusan video dan gambar serta cerita orang ramai mengenai kejadian pada 9 Julai lalu.

BN Rasa Kedudukan Mereka Terancam, Kata Marina Mahathir

KUALA LUMPUR 18 JULAI : BN yang berada dalam kedudukan panik merasakan kerajaannya kini terancam dan tidak mampu berfikir secara jelas lagi, kata anak sulung mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Paduka Marina Mahathir.

“Mereka rasa terancam kerana memandang remeh Bersih pada 2007 dan pada pilihan raya umum 2008 mereka hilang banyak kerusi di parlimen dan dewan undangan negeri. Dan oleh kerana kini dalam keadaan panik, mereka tidak boleh berfikir dengan jelas lagi. Apa di kepala mereka adalah hanya cara untuk menang pilihan raya.

“Awak boleh dapatkan semula sokongan orang ramai dengan hanya berbaik kepada mereka. Awak tidak boleh dapatkan sokongan dengan bersikap jahat. Awak tak boleh tuduh peserta perhimpunan itu semuanya kumpulan samseng, mungkin ada segelintir. Tetapi bukan semua mereka.

“Majoriti mereka adalah kumpulan professional. Kumpulan itu adalah berbeza-beza dan ia sebenarnya 1Malaysia, muda, kaya, miskin, setiap bangsa dan agama menyertainya,” kata Marina dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Pada 9 Julai lalu, Marina juga mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih 2.0. Beliau turun ke jalanan bersama anak dan rakan-rakannya.

Mereka bermula berhampiran Jalan Pudu (Berjaya Times Square) dan berarak sepanjang Jalan Hang Jebat di hadapan Stadium Negara menuju ke bangunan Majlis Olympik Malaysia.

Katanya, mereka yang turun pada hari itu begitu bangga dengan pertubuhan Bersih 2.0.

“Saya mungkin tidak setuju dengan perjuangan mereka tetapi mereka melakukan perkara yang baik. Kami semua menjadi 1Malaysia.

“Sekarang kerajaan melabelkan kami dengan pelbagai nama. Biar saya beritahu, mereka kini kehilangan banyak undi.

Mereka mungkin beranggap mereka telah tewas tetapi biar saya beritahu, sebenarnya banyak yang masih di atas pagar dan sudah tentu (tindakan kerajaan itu) mereka akan menyokong pihak satu lagi. Saya lihat ini jelas dalam media sosial, terutamanya di emel, twitter dan blog,” kata Marina.

Melaka Lanjutkan Tempoh Operasi Pusat Hiburan



MELAKA 18 JULAI : Di sebalik usaha kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan PAS mahu menutup bar, disko dan kelab karaoke pada bulan Ramadhan yang akan datang, lain pula yang berlaku di negeri Melaka.

Negeri Melaka di bawah kerajaan BN, baru-baru ini pada mesyuarat exco telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi.

Malaysiakini difahamkan, tindakan itu seiring dengan kepesatan pembangunan sektor pelancongan Melaka di samping mendapat permintaan daripada pengusaha pusat hiburan terbabit.

Bagaimanapun Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika ditanya berkata, lanjutan masa hanya boleh dilaksanakan pada hari Jumaat sehingga Ahad.

Manakala, bermula Isnin sehingga Khamis, pusat berkenaan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 atau 2 pagi sahaja.

“Ini adalah atas permintaan pengusaha pusat hiburan dan pelaksanaan ini hanya dibenarkan untuk 15 premis sahaja di Melaka Raya.

“Bagaimanapun, sekiranya mereka ingkar melanjutkan waktu operasi dalam tempoh diberikan, kebenaran itu akan ditarik balik,” katanya.

Ditentang pelbagai pihak

Mohd Ali juga menjelaskan, kerajaan negeri telah pun mendapat maklumbalas daripada pihak polis bahawa keputusan itu tidak akan menjejaskan tahap keselamatan kawasan terlibat.

Sementara itu, keputusan yang dibuat kerajaan negeri Melaka itu ditentang banyak pihak termasuk dari kalangan ahli Umno sendiri.

YESSS...MALAYSIA BOLEH....


Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tangga Batu, Muhammad Ahyad Abdullah yang merasakan keputusan itu menggambarkan keseronokan sesetengah pihak yang berkepentingan.

"Mereka lupa keadaan ini akan membiarkan lebih banyak perkara tidak senonoh berlaku di negeri Melaka. Sudahlah pusat hiburan muncul bagaikan cendawan tumbuh ditambahkan pula tempohnya dilanjutkan hingga ke jam 3 pagi.

"Cukuplah, keruntuhan akhlak yang berlaku kini di kalangan warga muda dan peningkatan kadar jenayah disebabkan pusat hiburan dan keseronokan yang tidak ada batasnya," katanya.

Ketua Pembangkang dari DAP, Goh Leong San berkata, kerajaan negeri sepatutnya mendapat maklum balas dari semua pihak dan bukannya semata-mata meminta pandangan daripada pengusaha pusat hiburan sahaja.

"Tindakan ini menampakkan kerajaan negeri mengenepikan kepentingan rakyat hanya semata-mata mahu mengejar keuntungan tanpa memikirkan kesan daripada tindakan itu," katanya.

Hanya Negara Komunis Tak Benar Demontrasi-Hadi




KUALA LUMPUR 18 JULAI: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan fahaman komunis apabila tidak membenarkan rakyat meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan.

Menurut Hadi, sebuah negara bercorak demokrasi moden membenarkan rakyatnya meluahkan perasaan mereka terhadap pemerintah, bukan sahaja melalui wakil rakyat mereka di parlimen, malah melalui media dan demontrasi aman.

"Kerajaan bertanggungjawab melalui polis untuk menjaga keamanan dan keselamatan jalan raya dan peserta demonstrasi. Ini berlaku di seluruh dunia.

"Yang tak benar demonstrasi ini hanya negara komunis sahaja, kalau demonstrasi dia tangkap" kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa PAS di sebuah hotel di Ampang, semalam.

Hadi berkata demikian membidas tindakan kerajaan yang melabelkan himpunan Bersih 9 Julai lalu sebagai sebuah himpunan haram.

Menurut Hadi, apa yang lebih teruk berlaku sewaktu himpunan Bersih itu ialah pihak keselamatan menggunakan kekerasan sehingga ramai yang mengalami kecederaan termasuk seorang meninggal dunia.

Sementara itu, beliau yang juga ahli parlimen Marang menambah, himpunan Bersih yang disertai lebih 50,000 penyertaan membuktikan kesedaran rakyat tentang kepincangan dalam sistem pilihan raya di negara ini.

"Alhamdulillah, kita dapat respon positif dari masyarakat yang bermaklumat.

"Susulan kita diseluruh negara, melalui ceramah-ceramah kita mendapat sambutan yang sangat hebat," katanya.

ORANG CINA PULAK YANG SURUH TUBUH JAWATANKUASA MEMANTAU.ORANG UMNO SIBUK MEMFITNAH...MALU......



KUALA LUMPUR 18 JULAI : DAP Kedah mencadangkan supaya sebuah badan pemantau khas ditubuhkan bagi memastikan pusat hiburan di negeri itu tidak dikunjungi umat Islam sepanjang Ramadhan.

Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik yang dipetik dari portal The Malaysian Insider berkata, tindakan yang diambil oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak adalah keputusan yang tepat.

“Seperti yang kita maklum pengusaha pusat hiburan ini adalah orang bukan Islam. Kalau ditutup sepanjang Ramadhan, habislah mata pencarian mereka terjejas, lagipun dalam Islam juga ada mengatakan hak orang bukan Islam juga harus dijaga dan saya harap perkara ini tidak berulang lagi,” ujar beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Datuk Aman ini memberitahu, kerajaan negeri harus mewujudkan satu badan pemantau sekiranya mahu memastikan orang Islam tidak memasuki pusat hiburan seiring dengan penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Lee berkata badan pemantau itu boleh ditubuhkan di bawah agensi agama negeri seperti pasukan pencegah maksiat.

“Undang-undang boleh dilaksanakan, tapi kalau tidak buat penguatkuasaan atau pemantauan macam mana? Kita juga tidak mahu orang Islam masuk pusat hiburan dan kita juga mahu orang Islam sendiri menghormati agama mereka.

“Saya percaya kalau ada pemantauan mungkin pengusaha pusat hiburan boleh bekerjasama dengan pihak pentadbiran untuk pastikan orang Islam tidak memasuki pusat hiburan,” katanya.

Terdahulu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pusat hiburan di Kedah boleh beroperasi sepanjang Ramadhan dan pengendali juga secara sukarela bersetuju permit mereka dibatalkan jika membenarkan umat Islam memasuki premis mereka pada bulan Ramadhan.

Jelas Presiden PAS, kekeliruan telah berlaku berhubung perkara itu ekoran media arus perdana yang tidak menyiarkan laporan tepat sehingga membangkitkan rasa kurang senang di kalangan orang bukan Islam.

Ini kerana kata beliau, kerajaan negeri Kedah pimpinan Azizan hanya melaksanakan undang-undang yang digubal oleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Sebelum ini Azizan berkata pihaknya memutuskan untuk melaksanakan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 sepenuhnya tahun ini.

Azizan berkata, peraturan dan undang-undang pusat hiburan yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan di Kedah tertakluk kepada Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan yang wujud sejak 1997, dan bukannya satu dasar baru.

Kata beliau, enakmen itu terpakai sejak BN mentadbir Kedah, cuma tidak dikuatkuasakan sepenuhnya sebelum ini.

Tambah Azizan, di bawah enakmen itu, kategori hiburan yang tidak boleh diadakan sepanjang Ramadhan ialah pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar, warung kopi, karaoke dan disko.

176 doktor Perak desak Putrajaya bebas MP Sg Siput, lima ahli PSM


July 17, 2011

KUALA LUMPUR, 17 Julai — Lebih 170 pakar perubatan yang mewakili pertubuhan perubatan Perak mendesak Putrajaya membebaskan Ahli Parlimen Sungai Siput Dr. Michael Jayakumar dan lima anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Kesemua mereka telah ditahan lebih daripada tiga minggu kerana didakwa cuba memerangi Yang di-Pertuan Agong.

Dalam satu kenyataan yang ditandatangani 176 pakar perubatan, kesemua mereka menyifatkan penahanan keenam-enam individu tidak sah selain mendesak Putrajaya melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) membebaskan mereka dengan segera.

“Kami mengambil berat dan risau akan penahanan Dr Michael Jeyakumar (gambar) yang juga rakan sejawat kami dan kami bimbang kesihatan beliau akan terjejas ekoran penahanan itu.

“Ia satu perkara yang menyedihkan, menyakitkan dan mengecewakan apabila badan kehakiman (yang sepatutnya bebas) menangguhkan tarikh pendengaran permohonan habeas corpus ditangguhkan,” katanya kenyataan itu.

Tambah kenyataan bersama itu, penahanan Jeyakumar dan lima ahli PSM itu tidak sah kerana tiada bukti sahih yang mengaitkan dengan tuduhan yang dikenakan terhadap mereka.

“Malaysia adalah anggota Majlis Hak Asasi Manusia, kerajaan Malaysia seharusnya memberi keadilan selaras dengan kedudukannya dalam majlis ini dengan mengiktiraf hak Michael Jeyakumar dan lima ahli PSM yang ditahan tanpa sah.

“Cara terbaik yang boleh dilakukan adalah berpegang kepada prinsip hak asasi manusia dan tidak melanggarnya.

“Dengan berpegang kepada prinsip ini adalah tidak adil sekiranya penahanan Michael dan lima yang lain dibuat tanpa mendapat pembelaan seadilnya di mahkamah,” katanya.

Minggu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Pada perhimpunan itu lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Pakatan Rakyat dan Pemuda Umno ditahan.

Sementara itu, Angkatan Warga Aman Malaysia (Warga Aman) berkata pihaknya menyokong lapan tuntutan Bersih 2.0 yang perlu dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Selain menyokong lapan tuntutan itu, menurut Setiausaha Agungnya Barathidasan Saminathan, pihaknye mengutuk sekeras-kerasnya kegagasan polis yang dilakukan semasa menghuraikan perhimpunan itu.

“Kami mengutuk, kecewa dan kesal dengan tindakan polis dan KDN yang bertindak kejam dengan menggunakan kekerasan terhadap peserta perhimpunan... banyak bukti polis menggunakan kekerasan,” katanya.

Selain itu, beliau juga mendesak agar kesemua individu yang ditahan di bawah Ordinan Darurat dibebaskan selain menuntut keadilan untuk seorang peserta Himpunan Bersih 2.0 yang meninggal dunia semasa perhimpunan itu.

DR LO LO MENINGGAL DUNIA

BERITA DARI FACEBOOK..BELIAU TELAH MENINGGAL DUNIA JAM 10.MLM TADI

Dalang Bersih 2.0 : AMK Kecam Kenyataan Aziz




PETALING JAYA 17 JULAI : Timbalan Ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menyelar dakwaan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bahawa penganjuran Himpunan Bersih 2.0 didalangi oleh parti politik khususnya Pakatan Rakyat.

Tegas Khairul Anuar, ini kerana mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi memberikan hak sepenuhnya kepada orang ramai untuk berhimpun serta menyuarakan pandangan mereka, seperti mana yang termaktub dalam Perkara 10 (1) (b) Perlembagaan dan Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

"Kita ingin menyatakan disini dengan tegas dan jelas bahawa PR mempunyai 'legitimate right' (hak sah) untuk mendukung Bersih 2.0 bagi menuntut pilihan raya yang bersih, bebas dan adil. Pemimpin-peminpin PR, Anwar Ibrahim, Abdul Hadi, Kit Siang mempunyai 'ilegaltimate right' untuk bersama-sama dalam perhimpunan Bersih 2.0,"tegasnya.

Malah, katanya hak sah itu meliputi semua lapisan masyarakat di negara ini.

"Penyokong-penyokong PR juga mempunyai 'legitimate right' untuk terlibat dalam perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu dan pada perhimpunan-perhimpunan Bersih akan datang," katanya dalam sidang media AMK di Ibu pejabat PKR, hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini dilihat cuba untuk terus menyerang kepimpinan Bersih 2.0 dengan mendakwa mereka didalangi parti politik dan “tidak benar-benar ikhlas.”

“Saya sebenarnya tidak pasti adakah penganjur perhimpunan haram Bersih benar-benar ikhlas atau mempunyai maksud lain di sebalik perhimpunan itu,” kata Aziz dalam tulisannya disiarkan Mingguan Malaysia, akhbar Kumpulan Utusan hari ini.

Aziz juga mendakwa beliau berpandangan sedemikian kerana dalam perjumpaan pertamanya dengan Bersih 2.0 akhir tahun lalu, pihaknya memaklumkan bahawa ia adalah gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan tidak melibatkan parti politik.

Bersih 2.0 dianggotai oleh sebanyak 62 NGO dan mengemukakan tuntutan lapan perkara dalam membawa pembaharuan sistem pilihan raya.

Bagaimanapun, pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga telah berulang kali menekankan bahawa pihaknya telah mengundang kesemua parti politik termasuk Barisan Nasional(BN) dan Pakatan Rakyat untuk menyertai usaha mereka dalam menuntut pembaharuan pilihan raya, tetapi ia hanya disambut oleh komponen Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, BN dan pihak-pihak yang pro-BN mendakwa Bersih 2.0 bersekongkol dengan komponen Pakatan Rakyat.

Khairul Anuar atau lebih dikenali sebagai Jonah turut menyifatkan kenyataan Aziz itu sebagai dangkal dan hanya bertujuan mengaburi mata rakyat.

"Hujah-hujah yang mengatakan bahawa Bersih 2.0 didukung pemimpin PR adalah satu hujah yang dangkal dan kita tidak boleh terima sama sekali," ujarnya.

Apatah lagi, berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke 12 lalu Pakatan Rakyat berjaya memperolehi lebih 49 peratus undi popular daripada rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, Jonah turut mendesak polis agar menghentikan sebarang bentuk intimidasi terhadap rakyat yang ingin mendukung perjuangan Bersih 2.0 sekali gus menjunjung keluhuran perlembagaan dan bukan sebaliknya.

"Kita desak polis agar hentikan sebarang bentuk intimidasi terhadap anggota-anggota parti, AMK baik disemua peringkat serta kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendukung perjuangan Bersih 2.0,"tambahnya.

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu di ibu negara meskipun dihalang dan disekat oleh pihak berkuasa termasuk Putrajaya mengisytiharkannya sebagai sebuah badan haram.

Puluhan ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Pada perhimpunan itu, lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat .

AMK Ajak SPR Debat Jika Benar-benar Telus Perbaiki Sistem Pilihan Raya



PETALING JAYA 17 JULAI : Angkatan Muda Keadilan(AMK) Pusat akan memperinci ‘buku jawapan’ Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan proses pilihan raya, sebelum bercadang mengajak agensi itu untuk berdebat secara terbuka.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pakar dan aktivis Bersih 2.0 juga akan dipanggil bagi membuat perincian terhadap buku bertajuk ‘Penjelasan Terhadap Isu-isu Yang Dibangkitkan Mengenai Pilihan raya’ itu.

Katanya, melalui buku kuning itu pihaknya akan memanggil pakar-pakar termasuk aktivis Bersih 2.0 bagi membincangkan secara terperinci apakah langkah susulan yang akan dibuat serta berdasarkan jawapan-jawapan yang dinyatakan oleh SPR.Dimana hasil daripada jawapan itu nanti kita akan bukukan. Dan rumusan daripada perbincangan ini kita akan kemukakan cabaran debat secara terbuka dengan pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz berhubung lapan tuntutan yang telah dibuat oleh Bersih 2.0 sebelum ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

Tegasnya lagi, AMK sama sekali tidak gentar untuk berdebat mahupun berdepan sendiri dengan pengerusi SPR walaupun pihaknya mengungkapkan secara fakta.

"Kalau SPR mengungkapkan ia secara fakta ataupun mengikut kata mereka secara ilmiah serta diulas satu-persatu, kita juga akan menjawab perkara-perkara ini secara detail satu-persatu. Kerana ini ialah buku yang kononnya akan diedarkan ke seluruh negara dan diberikan penerangan tentang isu-isu yang kita bangkitkan,” tegasnya.

Dalam pada itu, Shamsul juga mendesak agar Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam untuk membuta permohonan maaf secara terbuka kepada Datuk S Ambiga dan rakyat Malaysia berhubung kenyataannya meminta kerajaan menarik balik kerakyatan pengerusi Bersih 2.0 itu hanya kerana berbeza ideologi.

"Kita juga merakamkan kekesalan yang tak terhingga terhadap Ali Rustam dan beberapa pihak yang meminta kerakyatan Ambiga itu ditarik balik. Dan kita menganggap itu satu tindakan atau penyataan politik usang daripada pemimpin yang tidak berani berhadapan dengan fakta dan hujah oleh pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan mereka," ujarnya.

"Kita desak Ali Rustam untuk segera minta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, kerana mana mungkin kita boleh biarkan situasi dimana kita berbeza pendapat maka kerakyatan kita juga akan diminta untuk dicabut. Ini satu perkara yang tidak masuk akal sama sekali,"tambahnya.

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu di ibu negara meskipun dihalang dan disekat oleh pihak berkuasa termasuk Putrajaya mengisytiharkannya sebagai sebuah badan haram.

Puluhan ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Pada perhimpunan itu, lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat .

Dr Lo' Lo' Kritikal Dan Masih Menerima Rawatan

KUALA LUMPUR 17 JULAI : Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo Mohd Ghazali kini masih menerima rawatan rapi di Hospital Selayang kerana derita penyakit barah dan penyebaran berita bahawa beliau meninggal dunia adalah tidak benar sama sekali.

Khabar angin tersebut turut dinafikan pimpinan tertinggi PAS yang hadir ke mesyuarat jawatankuasa kerja PAS hari ini.

"Itu hanya khabar angin, ia tidak benar," kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dipetik Harakahdaily.

Sejak tengah hari tadi, khabar angin mengatakan Lo' lo' yang juga AJK PAS Pusat itu meninggal dunia disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas atau SMS dan di laman sosial Facebook dan Twitter.

Bagaimanapun anaknya, Md Fawwaz Aminuddin ketika dihubungi pemberita menafikan perkara itu dan memaklumkan ibunya masih menerima rawatan.

Beliau juga meminta kepada orang ramai agar mendapatkan pengesahan dari ahli keluarganya terlebih dahulu sebelum menyebarkan sebarang berita berhubung keadaan semasa ibunya.

Penafian sama turut dibuat oleh pengendali laman Facebook dan Twitter ahli parlimen itu.

"Berita yang mengatakan bahawa DrLo'Lo' telah meninggal dunia adalah tidak benar. Doakan supaya beliau terus diberikan kekuatan dan rahmat Allah swt," tulisnya.

Dr Lo’ Lo’, 54, kini berada dalam keadaan kritikal kerana kanser yang dihadapinya dan kini dirawat di Hospital Selayang.

Dr Lo'Lo juga adalah anak perempuan kepada bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.

Beliau sangat aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008 dan banyak menumpukan perhatiannya kepada parlimen Tititwangsa, yang dimenanginya apabila menewaskan calon Barisan Nasional(BN), Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi.

Cincin Belian RM70 Juta : Ada Cubaan Rekayasa Bukti, Kata Chegubard

SHAH ALAM 17 JULAI : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dilaporkan telah menyoal siasat seorang individu yang dikaitkan dengan dakwaan sebentuk cincin berlian bernilai lebih RM70 juta dibawa masuk ke negara ini tanpa cukai untuk isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor.
Menurut pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, SPRM telah menyoal A.Krishnan, individu yang dikenalpasti oleh SAMM sebagai bertanggungjawab menguruskan dokumen-dokumen Kastam Diraja Malayasia (KDRM) yang berkaitan.
SAMM memperolehi nama individu berkenaan daripada salinan ceraian dokumen pengisytiharaan Kastam yang dicetak melalui komputer.
“(Tindakan) SPRM bertindak dengan 'menahan' individu yang namanya terdapat dalam sistem komputer tersebut, membuktikan bahawa pendedahan itu bukan palsu,’ katas Chegubard.
Beliau melaporkan isu cincin belian itu kepada SPRM Pulau Pinang, minggu lalu.
“SPRM telah menahan A.Krishnan dan siasatan berkisar kepada bagaimana belian tersebut boleh dibawa masuk dengan cukai 'RM0' sahaja,”katanya.
Pada masa yang sama, beliau mempersoalkan sama ada pengecualian cukai untuk berlian itu ada hubungan dengan tindakan Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini untuk mengecualikan cukai untuk belian, perhiasan serta pakaian (termasuk yang mewah) dalam belanjawan yang lalu.
“Adakah pindaan cukai itu untuk memenuhi selera individu tertentu?," soalnya.
Chegubard juga mendakwa sebaik sahaja siasatan SPRM bermula, sistem kastam di Kargo, KLIA telah mengalami gangguan hampir 3 jam.
Ini menurut beliau, menyebabkan kakitangan agen pengurusan kargo tidak lagi boleh mengakses sistem kastam seperti biasa dan selepas itu dipulihkan, perbagai 'syarat' dikenakan untuk mendapat akses kepada dokumen sebegitu.
Chegubard berkata dalam usaha untuk menimbulkan keraguan mengenai pemilik belian itu, semalam muncul pula borang asal di alam siber dan apa yang disebut sebagai borang 2 Kastam.
Borang itu "diadakan" untuk "membuktikan" cincin belian itu dibawa keluar ke Singapura empat hari selepas ia dibawa masuk ke Malaysia.

Chegubard berkata borang itu adalah untuk menyokong dakwaan kononya cincin belian itu hanya untuk pameran yang dibuat di rumah VVIP sahaja dan kemudian dibawa keluar semula ke Singapura.

Chegubard berkata sumber dalaman beliau mengesahkan beberapa percanggahan ketara dalam maklumat borang 2 kastam termasuk nilai barangan. Borang itu juga tidak meyenaraikan sebarang terma untuk pameran yang dimaksudan, seperti lazimnya, kata beliau.
Chegubard sebelum ini mendedahkan cincin itu diimport daripada syarikat beralamat di New York.
Sebelum ini, Rosmah yang digelar ‘Imelda Marcos Malaysia’ membelanjakan sebanyak RM4,498,0949.99 juta wang rakyat untuk mengadakaan Sidang Kemuncak Wanita Pertama di Ibu negara Oktober tahun lalu, selain suaminya sendiri Najib Razak membelanjakan RM8.7 juta untuk mengadakan lawatan ke 42 negara seluruh dunia.

Dalam rangka lawatan ke Arab Saudi, Oman dan bangladesh, Rosmah Mansor membelanjakan sebanyak RM134,317.76.

Malah, Rosmah turut berbelanja mewah dengan menghabiskan lebih RM100,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk semalaman.

Agong : Keamanan Negara Berkait Rapat Dengan Perpaduan Ummah






KUALA LUMPUR 17 JULAI : Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah bahawa keamanan sesebuah
negara adalah berkait rapat dengan perpaduan ummah.

Seri Paduka bertitah sesungguhnya Islam melarang umatnya membiarkan perselisihan pendapat, pandangan atau apa-apa keadaan yang akhirnya melemahkan negara, dan perkara ini turut ditekankan dalam Al-Quran.

Malah, titah baginda "Islam mengajar kita bahawa setiap perselisihan pasti ada penyelesaian manakala penyelesaian yang dicapai hasil daripada pendekatan dengan cara yang berhemah mengikut cara Rasulullah adalah yang lebih mulia dan terpuji di sisi Allah".

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa ke-53 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan bertemakan 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah'.

Oleh itu, titah baginda umat Islam perlu menghayati perihal Rasulullah SAW yang telah menunjukkan kaedah dan cara menunaikan kewajipan terhadap agama, masyarakat dan negara.

"Iaitu dengan mengukuhkan persefahaman dan perpaduan warganegara Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa, agama dan keturunan. Rasulullah dalam Piagam Madinah mewajibkan semua penduduk Madinah agar menyayangi dan menghormati bumi Madinah," titah baginda dipetik Bernama Online.

Seri Paduka bertitah antara yang termaktub dalam piagam itu ialah sesiapa yang melakukan perkara-perkara yang menjejaskan perpaduan di kalangan warga Madinah maka orang itu dikira sebagai mencabul kesejahteraan Madinah.

Tuanku Mizan turut bertitah jika ada perselisihan pendapat dan sukar untuk mencari keputusan, maka Allah telah menggariskan supaya al-Quran dan al-Sunnah dijadikan tempat rujukan seperti firman Allah dalam Surah An Nisa.

"Inilah yang ingin beta tekankan supaya kita kembali kepada ajaran Islam sebenar," titah baginda.

"Namun harus kita fahami bahawasanya ini bukanlah bermakna Islam menolak perbezaan pendapat kerana Islam mengharuskan kepelbagaian pendapat tentang sesuatu perkara untuk menghasilkan kebaikan," titah baginda.

"Beta percaya bahawasanya keamanan negara berkait rapat dengan perpaduan ummah. Perkara ini ditunjukkan dengan kehancuran empayar-empayar hebat pada masa lampau akibat perlakuan rakyatnya yang tidak bersatu padu malah mengenepikan persefahaman dalam menjaga kemakmuran negara.

"Sesungguhnya Islam melarang umatnya membiarkan perselisihan pendapat, pandangan atau apa-apa keadaan yang akhirnya melemahkan negara," titah baginda.

Turut berangkat Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

Seramai 81 peserta termasuk 50 qari, dari 50 negara akan mengambil bahagian dalam tilawah kali ini yang akan berakhir pada 23 Julai ini.

Malaysia diwakili oleh qari Amirrahman Abas dan qariah Suraya Abu Hassan yang muncul johan pada majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-54 di Kuching, Sarawak.

Kita Mahu Kebebasan Media, Mahfuz Jawab Najib

GOMBAK 17 JULAI : Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyelar Perdana Menteri berhubung kenyataanya bahawa demonstrasi jalanan bukan jawapan bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan.

Tegas Mahfuz, cara berpolitik yang sebenar dan intelektual ialah melalui kebebasan media, yang gagal dijamin oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurut Mahfuz, dengan adanya kebebasan media rakyat akan dapat mengakses segala maklumat dengan tepat dan tidak hanya memihak kepada kerajaan pemerintah serta berat sebelah.

“Dia (Najib) bercakap mengenai ‘kami bentangkan kes kami dan pembangkang kemukakan kes mereka’. Apa yang kita mahukan ialah maklumat yang bebas,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Selain tuntutan Bersih, kita juga menuntut media yang bebas. Jika tidak, rakyat yang inginkan berita yang benar pun sukar kerana media yang sedia ada memutarbelitkan cerita.

“Media yang bebas mesti ada. Dengan itu barulah kita dapat berpolitik secara intelektual. Bukan dengan cara bentangkan kes,” kata beliau pada ceramah sempena pelancaran ‘Yellow Saturday’ anjuran PAS Wilayah Persekutuan di sini malam tadi, selepas genap seminggu perhimpunan Bersih 2.0. berlangsung.

Sebelum ini, Putrajaya telah mengisytiharkan setiap kemeja-T warna kuning Bersih 2.0 sebagai haram.

Dalam satu kenyataan Najib di London kelmarin, beliau berkata demonstrasi jalanan bukan jawapan bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan kerana perbuatan itu boleh menjadi tidak terkawal dan mungkin mengakibatkan kecederaan serta kerosakan harta benda.

“Sekiranya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan kerajaan, marilah kita selesaikannya apabila tiba pilihan raya dan biar rakyat yang membuat keputusan,” katanya.

“Kami akan bentangkan kes kami dan pembangkang akan kemukakan kes mereka. Biar rakyat yang menentukannya,” kata Perdana Menteri.

“Kita tidak perlukan semua ini (demonstrasi).”katayanya.

Jelas Mahfuz, tumpuan utama Pakatan Rakyat juga kini ialah untuk mendapatkan gelombang yang lebih besar menghadapi pilihan raya akan datang.

Ujarnya, dengan kehadiran golongan muda pada himpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu, jelas menunjukkan golongan itu kini telah bangkit.

“Antara manfaat yang kita dapat lihat daripada himpunan Bersih lalu ialah sebanyak 70 peratus yang hadir ialah daripada golongan muda. Inilah kebanggaan Malaysia. Anak-anak muda kini bangkit untuk pertahankan masa depan negara,” ujarnya.

Tambah Mahfuz, kehadiran lebih 50,000 menunjukkan rakyat kini inginkan satu pilihan raya yang bersih kerana pilihan raya di Malaysia merupakan pilihan raya yang paling tidak demokratik.

“Rakyat sekarang sudah sedar mengenai sikap sebenar polis pada himpunan lalu dan kerana tindakan polis itu juga ia membangkitkan kebencian rakyat kepada BN dan Umno yang mahukan pilihan raya yang bersih.

“Kita juga perlu hayati apa yang dituntut bersih. Jangan pergi himpunan sahaja tetapi tidak hayati lapan tuntutan ini,” katanya.

Orang Muda Suara Dan Kuasawan Kepada Negara', Kata Pak Samad

GOMBAK 17 JULAI : Genap seminggu selepas perhimpunan Bersih 2.0, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said meneruskan mesejnya dengan menegaskan hanya golongan muda yang mampu membawa perubahan kepada corak kepimpinan negara.

Justeru, beliau menekankan corak kepimpinan itu boleh diubah melalui pilihan raya yang demoktratik.

“Demonstrasi ini hanya boleh diubah oleh golongan muda. Dunia ini untuk anak muda. Suara yang akan mengubahnya ialah anak-anak muda ini. Mereka ialah suara dan kuasawan kepada negara.

“Cuma, kuasa untuk berubah masih lagi dikuasai sekelompok bangsawan. Mengapa tidak kita kawal ia dengan pilihan raya supaya kuasawan pula yang naik,” kata beliau kepada The Malaysian Insider pada ceramah sempena pelancaran ‘Yellow Saturday’ anjuran PAS Wilayah Persekutuan di sini malam tadi.

A Samad Said atau lebih mesra dipanggil Pak Samad turut berharap agar golongan tua dapat mengubah fikiran dan memberi peluang kepada golongan pelapis untuk mencuba tampuk pimpinan.

“Saya berharap pilihan raya akan datang, orang-orang yang tua ini boleh berubah fikiran mereka. Berilah waktu kelompok yang lebih bawah yang datang dari bawah menjadi ketua supaya tidak sia-sia pilihan raya akan datang.

“Berilah suara kita. Berilah undi kita supaya kita tidak tinggal di dunia yang penuh dendam,” katanya.

Sejak sebulan lalu, Samad di sebalik perkembangan sosiopolitik semasa dilihat sebagai “ikon baru”.

Pada majlis pelancaran Himpunan Bersih 2.0 pada 19 Jun lalu, Pak Samad telah membacakan sebuah puisi “Unggun Bersih”, sekali gus membawa kepada tindakan pihak berkuasa menyoal siasat beliau atas dakwaan menghasut.

Di sebalik perhimpunan Bersih 2.0, Samad merupakan antara beberapa personaliti bersama 600 penyokong gabungan menuntut pembaharuan pilihan raya tiba di Stadium Merdeka di setelah dihalang dengan sekatan ketat pihak polis.

Malah, katanya beliau menyifatkan perhimpunan Bersih 2.0 sebagai “satu kejayaan besar” kerana berjaya menarik puluhan ribu rakyat pada 9 Julai lalu.

Catatan 709: Propaganda murahan tidak laku


Aishah


Demokrasi mempunyai dua aspek. Pertama-tama, sebagai sebuah sistem dan bentuk negara dan kedua sebagai nilai-nilai universal yang diperjuangkan demi kemanusiaan. Islam lebih kepada sebuah agama dan aturan hidup bermasyarakat, tidak berbicara tentang sistem, apalagi bentuk sebuah negara. Di Eropah pula, ide demokrasi dikembangkan melalui sekularisme (Niccolo Machiavelli), Negara Kontrak (Thomas Hobbes), pengasingan kuasa (John Locke) yang disempurnakan (Baron de Montesquieu), kedaulatan rakyat dan kontrak sosial (Jean-Jacques Rousseau). Doughlas Lummis kemudian datang dengan ide demokrasi radikal tentang perlunya meredefinisi demokrasi, kerana demokrasi kini telah menggantungkan maknanya pada para demagog. Katanya, "Democracy doesn't means 'feeling' powerful. It means holding real power…Radical democracy describes the adventure of human beings creating, with their own hands, the conditions for their freedom".

Proses inilah yang berlaku pada 9 Julai 2011/ 7 Sya’aban 1432. Perhimpunan aman BERSIH juga diadakan di 18 buah bandar, mungkin lebih, yang melibatkan New Zealand, Korea dan lain-lain. "Anwar Dalang Perhimpunan Haram", "BN Tak takut", "Proses demokrasi salah" dijadikan tajuk berita media perdana agar perhimpunan dipandang serong. Stadium Merdeka mula dicanang mempunyai simbol negara. Walhal pada suatu ketika, stadium itulah yang mengalu-alukan Justin Bieber dan bakal dirobohkan untuk mendirikan bangunan 100 tingkat. Ramai masih dalam bebalisme-nya itu, tidak terkecuali para cendekiawan, yang "ter"pelajar dan penganut agama rasis- masih kukuh pendirian "orang Melayu itu seperti boneka yang dimainkan 'bangsa' lain".

Perhimpunan 9 Julai antaranya melibatkan wakil rakyat seperti Saifudin Nasution dan Liew Chin Tong dan ramai lagi, basah dengan rahmat rabbal alamin. Mungkin mengejutkan ramai orang, tetapi yang melaungkan kata-kata semangat, bukan "boneka" Melayu sahaja, tetapi etnik Cina dan India.

Inilah Malaysia yang rakyat perlukan. Tiada sempadan kelas, etnik, agama, gender yang menghalang hasrat rakyat yang inginkan keadilan (atau dengan "K" besar). Tiada siapa-siapa yang mampu untuk berkompromi dengan penindasan.

PM iaitu Perdana Menteri yang tercinta turun padang hanya selepas 24 jam perhimpunan diadakan semalam. Tidak cukup berani untuk berdepan dengan massa semalam. Hari ini (10 Julai 2011), kelihatannya yang beramai-ramai bersama beliau itu hidungnya terletak, orang luar, mungkin orang yang sama dalam "perhimpunan" Patriot. Malah, orang awam mengatakan baju Patriot disebarkan dengan percuma kepada mamat-mamat Bangladesh di KL. NGO terus mengutuk perhimpunan ini seperti pengerusi silat gayong - meminjam kata Hishamudin Rais, taktik persilatan ghaib amat berkesan semalam.

"Baru kena sikit tear gas, muka dahi berkerut, macam dah kena belasah je…lepas tu dah terlentang di hospital."- PM

Benarlah kata Rosmah sebelum ini yang ditemubual akan hal suaminya, PM kita ini pandai bergurau! Jika lihat di berita TV3 jam 8 malam semalam, orang yang dimaksudkannya itu mungkin Khairi Jamaludin!

Malah, kodok besar yang selama ini menyanyikan lagu sumbang, juga tidak ada semalam. Kodok yang satu ini tidak lebih tidak kurang seperti Encik Ghaffar. Rakyat masih ingat kata-kata Ibrahim Ali yang lancang menyuruh Cina duduk rumah. Tanggal 9 Julai sudah cukup membuktikan pihak yang berani dan pihak yang kecut. BERSIH 2.0 dikatakan hanya akan melagakan Melayu sesamanya, menjayakan agenda pembangkang, menjadi alat kepentingan politik dan macam-macam lagi telah menunjukkan ia perayaan yang dikongsi rakyat multi etnik. Mereka berganding bahu melindungi satu sama lain, menghulur tangan bagi mereka yang tersungkur di jalan dan memberi air mineral dan garam kepada yang lain. Mereka yang merupakan "bangsa pendatang", "kafir", dan entah apa lagi tohmahan ini melindungi pakcik-pakcik tua dan anak muda tampan yang sedang solat dalam hujan tetapi diserang atas arahan parti yang dikatakan membela "bangsa" dan agama.

Di situ, hari itu, cukup membuktikan rakyat telah menolak politik primordial yang berasaskan warna kulit, agama, "bangsa". Mereka berkongsi agama Cinta, rentas agama, etnik/ kaum, gender; mendahulukan kebajikan bersama daripada kepentingan diri. Perempuan juga sehebat bilangan lelaki turun ke jalan, lagaknya tidak seperti Maria Sunari dan Musa Elba. OKU juga didapati hadir dan bergerak bersama dalam laungan "Hidup Rakyat", "Daulat Tuanku", dan nyanyian lagu Negaraku. Unit amal terus mengawal lalu lintas, mereka yang hadir walaupun tidak cukup jari yang mengira, membuka jalan kepada kereta-kereta, biarpun itu kereta polis! Pemandu, penumpang, malah mereka yang berada dalam monorail menyatakan sokongan mereka dengan membunyikan hon dan melambai-lambai. Siapakah gerangan yang senang-senang dibodohkan dengan "BERSIH 2.0 tidak mendapat sokongan"?

Seperti biasa, media TV1, TV2, TV3, NTV7 dan banyak lagi tidak akan putus-putus menyaring dan memilih berita yang serasi dengan kepentingan rejim sedia ada. Bukan semalam, tetapi sejak minggu-minggu lepas. Sekejap kerugian peniaga mencecah RM1 juta, sekejap RM100 juta? Setelah kerajaan mengarahkan peniaga-peniaga menutup kedai, kini melalui presiden Ikhlas dengan tag 1Malaysia di dadanya menawarkan khidmat percuma peguam kepada peniaga-peniaga?? Berita Harian juga tidak terlepas mempamerkan gambar pemuda memegang senjata berupa pisau semasa "perhimpunan haram". Propaganda murahan itu tidak laku. Media bukan satu. Rakyat multietnik semalam membawa bunga, membawa cinta kasih untuk disampaikan pada anjing-anjing penguasa. Turut kelihatan juga belon-belon kuning dengan mesej "balloons not bombs". Namun, semua itu dibalas dengan tuba.

Media sebagai aparatus politik terus mengabsahkan kata-kata dan tindakan kerajaan menipu orang ramai. Solidariti yang ditunjuk semalam itu tidak mampu dibeli dengan harga RM200, mungkin hanya dalam perhimpunan Belia di Putrajaya. 907 itu ekspresi rakyat yang mencapai kesedaran atas penindasan yang mereka alami. Pemerintahan BN selama lebih lima puluh tahun cukup untuk membuatkan siapa-siapa sahaja turun. Tambah lucu, penganjur dan pengikut perhimpunan ini dikatakan "menderhaka/ mengkhianati perintah YDP Agong". Orang ramai ada di Brickfields, ada di Hospital Tung Shin, dan ada juga yang memenuhkan jalan-jalan di hadapan KLCC, tertera "Daulat Tuanku" di situ. Mereka duduk. Sambil mendengar ucapan. Helikopter berlegar-legar di langit pun tidak mampu menutup suara dan telinga yang ingin mendengar. Ada juga yang sanggup keluar dari BMW untuk duduk mendengar bersama. Membuat stadium mereka sendiri. Semua ini gara-gara stadium tidak diberi, permit tidak dikeluarkan, "pertubuhan" BERSIH diharamkan kerana yang di atas itu tidak mampu atau mahu mengabulkan tuntutan berkehendakkan pilihan raya bersih.

Hari itu di sekitar Kuala Lumpur diakhiri dengan "tren rakyat". Di KL central pada malam harinya, kelihatan ramai yang melabuhkan punggung di lantai menantikan pembohongan tepat jam 8 malam. Berita Utama TV3 hanya menjadi hiburan bukannya alat hegemoni. Dalam tren, ramai yang masih melaungkan "Hidup hidup, hidup Rakyat!" sambil memberi laluan pada yang lain. Kata mereka ini tren rakyat, dan dengan senangnya perempuan masuk ke dalam gerabak bukan-perempuan. Budak- budak muda semuanya mendengar kata-kata nasihat dan komen orang tua yang juga penumpang. Gelak tawa seolah difahami pelancong luar yang ada. Sesudah tiga orang tua itu turun di Bandar Tasik Selatan, kedengaran takbir dilaung berkali-kali. Beberapa minit kemudian, tren berhenti di UKM. "FRU dan kereta black Maria telah menjadikan UKM sebagai tempat mereka keluar masuk." Universiti yang didirikan atas usaha rakyat, kini menjadi balaci penguasa yang zalim! Itulah mesej yang tertera di media baru seperti Tweeter, Facebook, WhatsApp.

Walaupun tidak dinafikan ia mungkin menjadi landasan buat mereka yang mempunyai kepentingan politik tetapi ia juga hasrat warga, hak yang telah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Hak untuk bersuara. Penguasa bukan sahaja menggunakan berpuluh trak FRU tetapi polis dengan anjing buruan, polis yang berkuda di sekitar KL dan telah memberi amaran awal jika keadaan tidak terkawal, tembakan dengan peluru juga akan dibenarkan. "dispersed or we'll shoot" itu tidak lagi hanya tembakan gas pemedih mata. Penguasa harusnya menjalankan tanggungjawab melindungi rakyat bukan melindungi tembolok diri dan anak cucu cicitnya.

MEMANG NAK SELESAIKAN DALAM PILIHANRAYA. NAMUN BERSIHKAN DAHULU TUNTUTAN BERSIH.TN PM

Rakyat pun tidak mahukan demontrasi jalanan.Namun tuntutan yang di kemukakan BERSH adalah tuntutan munasabah yang perlu di buat kerajaan.BERSIH kan dahulu sistem pilihanraya,berlawan di padang yang sama rata,hapuskan undi pos,dan sebagaimana tuntutan yang lainnya, maka rakyat akan berpuas hati jika Umno nak memerintah sampai kiamat.Jika tidak adalah tidak mustahil semakin ramai generasi anak muda akan turun ke jalanraya dan pilihan jalanraya adalah sesuatu yang biasa walau MR PM menggunakan walau sebatalion tentera sekalipun menentang rakyat sendiri.


Najib: Demonstrasi jalanan bukan jawapan, mari selesai masa PRU


LONDON, 16 Julai – Datuk Seri Najib Razak berkata demonstrasi jalanan bukan jawapan bagi melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap kerajaan kerana perbuatan itu boleh menjadi terkawal dan mungkin mengakibatkan kecederaan serta kerosakan harta benda.

“Sekiranya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan kerajaan, marilah kita selesaikannya apabila tiba pilihan raya dan biar rakyat yang membuat keputusan,” katanya dipetik Bernama Online.

“Kami akan bentangkan kes kami dan pembangkang akan kemukakan kes mereka. Biar rakyat yang menentukannya,” kata Perdana Menteri (gambar) ketika berucap pada perhimpunan rakyat Malaysia di United Kingdom (UK) di sini malam tadi.

Kata Najib: “Kita tidak perlukan semua ini (demonstrasi).”

“Apa yang kita mahu ialah sebuah negara Malaysia yang ditransformasikan, sebuah negara Malaysia yang boleh menjadi kebanggaan dan kesayangan kita,” katanya lagi.

“Kita mahukan sebuah negara yang boleh berdiri sama tinggi dengan negara yang maju sepenuhnya, yang boleh menjadi contoh ketara sebagai sebuah negara maju. Inilah harapan kita untuk Malaysia.

“Kalau pun kami hendak dianggap membuat kesilapan, kesilapan itu semata-mata bertujuan untuk memastikan ketenteraman, keselamatan awam dan keharmonian awam sentiasa terpelihara kerana apabila berlaku sesuatu kesilapan, ia akan merebak dengan amat pantas dan sukar untuk dibayangkan apa yang akan terjadi selepas itu kerana keganasan pasti akan membuahkan keganasan juga,” katanya.

Merujuk kepada beberapa perkara, termasuk pencapaian pembangkang pada pilihan raya umum lepas, Najib berkata itu menunjukkan wujudnya demokrasi di Malaysia.

“Dan pilihan raya di Malaysia diadakan secara bersih. Kalau anda rasa itupun belum memadai, kami akan lakukannya dengan lebih baik lagi – kami akan perkenalkan sistem biometrik, contohnya, untuk memastikan tidak wujud pengundi hantu,” kata beliau.

Generasi 709 Berarak Peringati Mangsa Bersih 2.0







KUALA LUMPUR 16 JULAI : Sekumpulan orang awam yang menggelar diri mereka sebagai Generasi 709 hari ini mengadakan perhimpunan aman bagi memperingati kematian seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0, Allahyarham Baharuddin Ahmad pada 9 Julai lalu.

Kira-kira kurang 60 orang peserta perhimpunan berkenaan yang memakai pakaian bewarna kuning berarak secara aman dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) menuju ke Avenue K pada jam 2.00 petang tadi.

Jurucakap kumpulan berkenaan yang juga Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon menyatakan kesedihan diatas kematian Baharuddin dan menggesa polis menyiasat mengenai kejadian berkenaan.

“Kami amat prihatin terhadap kematian Baharudin dan mangsa lain semasa perhimpunan itu,” katanya kepada pemberita di sini.

Anak saudara mangsa, Azhar Kassim, 53, berkata perhimpunan itu bertujuan bagi mendapatkan keadilan di atas kematian bapa saudaranya.

“Kami percaya pihak berkuasa gagal bertindak terutamanya dalam memberi rawatan dengan cepat kepada mangsa,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Baharuddin iaitu suami kepada Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Setiawangsa yang dipercayai turut serta dalam perhimpunan berkenaan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Polis juga telah menafikan dakwaan yang dibuat menerusi beberapa laman web yang mendakwa Baharuddin meninggal dunia selepas terkena gas pemedih mata.

Isu Scopene : Pegawai Kerajaan Dapat Sogokan Jauh Lebih Besar, Dakwa Suaram



KUALA LUMPUR 16 JULAI : Isu pembelian kapal selam Scopene di bawah teraju Datuk Seri Najib Tun Razak dikejutkan dengan pendedahan terbaru bahawa pegawai-pegawai kanan kerajaan disogok dengan komisyen yang jauh lebih besar daripada jumlah yang terbongkar sebelum ini.

Seorang peguam dari Perancis akan memberikan butiran lebih lengkap mengenai sogokan itu dalam sesi penerangan di Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur bermula minggu depan, kata jurucakap Suaram Cynthia Gabriel.

Beliau berkata peguam William Bourdon akan memberitahu hasil siasatan beliau ke atas pembelian dua kapal selam itu dari Peranchis pada tahun 2002 yang turut dikaitkan dengan pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Sharibuu.

Sebelum ini, syarikat Perimekar yang dikendalikan oleh Abdul Razak Baginda, penasihat kepada Najib ketika itu, dilaporkan menerima komisyen RM540 juta ringgit daripada syarikat DCNS berpangkalan di Paris.
Komisyen lumayan itu disifatkan oleh pembangkang sebagai pendapatan “atas angin” untuk Perimekar hanya kerana hubungan Abdul Razak dan Najib yang ketika itu adalah Menteri Pertahanan.

Abdul Razak dituduh bersubahat dalam pembunuhan Altantuya pada tahun 2005. Beliau mengaku menjalin hubungan sulit dengan Altantuya namun dilepaskan daripada tuduhan itu. Dua anggota polis disabit membunuh bekas model itu pada tahun 2007.

Gabriel berkata bukti-bukti terbaru yang dikumpul oleh pasukan penyiasat di Peranchis menunjukkan pembayaran komisyen yang jauh lebih besar daripada apa yang dibayar kepada Perimekar.

"Kami terkejut untuk mengetahui bahawa wujud lebih banyak pembayaran komisyen kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan di negara ini,” tambah beliau.

Pembayaran komisyen adalah dilarang di bawah undang-undang Peranchis. Suaram menerusi peguam-peguam di negara itu telah menyerahkan bukti-bukti yang ada kepada pendakwaraya untuk memulakan siasatan.

Polis Boros?

SHAH ALAM 16 JULAI : Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mempersoalkan sejauh mana kebenaran polis membelanjakan sebanyak RM25 seorang untuk menyediakan makan dan minum kepada peserta Himpunan Bersih 2.0 yang ditahan pada 9 Julai lalu.

“Jika benar, ini bermakna pihak polis sudah menyalah guna dana awam ketika menyediakan makan minum peserta yang ditahan,” ujar beliau yang dipetik dari laman blognya semalam.

Badrul Hisham, yang dikenali sebagai CheguBard, berkata demikian bagi merujuk laporan media yang memetik kenyataan polis apabila cuba membela diri kononya semua peserta Himpunan Bersih diberikan layanan sempurna.

“Bila ditanya kepada mereka yang ditahan, rata-rata memberitahu bahawa mereka makan ayam goreng, sayur, sambal dan nasi kosong beserta dengan air manis. Hah! adakah ini harganya RM25 satu orang?” soalnya.

“Pergilah ke mana-mana pembekal makanan memasak, tanyakan harga menu tersebut untuk lebih dari 1,000 orang makan secara buffet…..rata-rata akan mengatakan RM6 satu kepala malah ada yang akan menawarkan semurah RM4 sahaja jika cara pembayaran dipermudahkan,” jelasnya.

Chegubard berkata, ini bermakna, polis mengeluarkan belanjawan RM25 untuk seorang daripada wang rakyat. Mana pergi lagi RM20? Ini melibatkan salah guna kuasa.

Justeru itu, beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melaksanakan tugasnya untuk menyiasat perkara ini.

Menurut CheguBard, perkara seperti ini sememangnya sudah lama berlaku dimana makanan dalam lokap tidak pernah diperiksa berapakah harga yang diperuntukkan dan bagaimana mutu makanan disajikan serta siapa yang bertanggungjawab meraih keuntungan ‘rasuah’ tersebut?

“Satu lagi teori menurut mereka yang ditahan, jumlah peserta demonstrasi Bersih sebenarnya menjangkau lebih 3,500 orang tetapi sebaliknya yang diisytiharkan ditahan hanya lebih 1,000 orang,” katanya.

Tambahnya, beliau mahu pihak polis memberi penjelasan mengenai adakah benar sebanyak RM25 dibelanjakan untuk seorang peserta dan adakah jumlah yang ditahan melebihi dari jumlah yang diisytiharkan.

Bersih 2.0 : Polis Akui Salah Guna Dana Awam

SHAH ALAM 16 JULAI : Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mempersoalkan sejauh mana kebenaran polis membelanjakan sebanyak RM25 seorang untuk menyediakan makan dan minum kepada peserta Himpunan Bersih 2.0 yang ditahan pada 9 Julai lalu?

“Jika benar, ini bermakna pihak polis sudah menyalah guna dana awam ketika menyediakan makan minum peserta yang ditahan,” ujar beliau yang dipetik dari laman blognya semalam.

Badrul Hisham, yang dikenali sebagai CheguBard, berkata demikian bagi merujuk laporan media yang memetik kenyataan polis apabila cuba membela diri kononya semua peserta Himpunan Bersih diberikan layanan sempurna.

“Bila ditanya kepada mereka yang ditahan, rata-rata memberitahu bahawa mereka makan ayam goreng, sayur, sambal dan nasi kosong beserta dengan air manis. Hah! adakah ini harganya RM25 satu orang?” soalnya.

“Pergilah ke mana-mana pembekal makanan memasak, tanyakan harga menu tersebut untuk lebih dari 1,000 orang makan secara buffet…..rata-rata akan mengatakan RM6 satu kepala malah ada yang akan menawarkan semurah RM4 sahaja jika cara pembayaran dipermudahkan,” jelasnya.

Chegubard berkata, ini bermakna, polis mengeluarkan belanjawan RM25 untuk seorang daripada wang rakyat. Mana pergi lagi RM20? Ini melibatkan salah guna kuasa.

Justeru itu, beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melaksanakan tugasnya untuk menyiasat perkara ini.

Menurut CheguBard, perkara seperti ini sememangnya sudah lama berlaku dimana makanan dalam lokap tidak pernah diperiksa berapakah harga yang diperuntukkan dan bagaimana mutu makanan disajikan serta siapa yang bertanggungjawab meraih keuntungan ‘rasuah’ tersebut?

“Satu lagi teori menurut mereka yang ditahan, jumlah peserta demonstrasi Bersih sebenarnya menjangkau lebih 3,500 orang tetapi sebaliknya yang diisytiharkan ditahan hanya lebih 1,000 orang,” katanya.

Tambahnya, beliau mahu pihak polis memberi penjelasan mengenai adakah benar sebanyak RM25 dibelanjakan untuk seorang peserta dan adakah jumlah yang ditahan melebihi dari jumlah yang diisytiharkan.

Hishammuddin Digesa Dedah Kos Operasi Banteras Bersih 2.0

SHAH ALAM 16 JULAI : Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein didesak supaya mendedahkan perbelanjaan yang ditanggung kementerian itu dalam operasi besar-besaran membanteras Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad berkata, beliau difahamkan kos bagi operasi tersebut mencecah jutaan ringgit.

“Hishammuddin perlu dedahkan berapa perbelanjaan yang digunakan oleh Kementerian Dalam Negeri sepanjang operasi itu berjalan apabila mengerahkan begitu ramai polis dengan segala logistiknya, makanan untuk pegawai bertugas selama beberapa hari menjaga dan mengawal Kuala Lumpur . Kita nak tahu sejak dari mula operasi sampai habis.

“Saya difahamkan perbelanjaan itu mencecah jutaan ringgit,” katanya.

Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas memfailkan saman pemula terhadap empat individu termasuk Hishammuddin berhubung tangkapan yang dilakukan ke atas ahli Pas di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Sebelum Himpunan Bersih 2.0 berlangsung pada 9 Julai lalu, polis telah mengerahkan anggotanya untuk mengambil tindakan serta menahan sesiapa sahaja yang mempunyai kaitan dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil itu.

Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Pada perhimpunan itu lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat ditahan.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, beliau berharap Kementerian Dalam Negeri menarik balik semua pengisytiharan pengharam terhadap Bersih 2.0 termasuk baju-T.

Semalam Ketua Polis Shah Alam ACP Ahmad Zahedi Ayob berkata pihaknya akan mengambil tindakan termasuk merampas barangan dan menangkap individu yang menjual barangan yang mempunyai logo Bersih 2.0 pada Sabtu lalu kerana ia menyalahi undang-undang.

Tambahnya lagi, sebarang penjualan barangan termasuk pakaian seperti kemeja-T atau tali leher yang mempunyai logo penganjur perhimpunan haram itu adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Mat Sabu Selamat Jalani Pembedahan

SHAH ALAM 15 JULAI :Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu selamat menjalani pembedahan membetulkan ligamen lututnya yang terkoyak akibat dirempuh kenderaan Land Rover polis dalam perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu.

Menurut isterinya Normah Alwi, suaminya menjalani pembedahan itu di Hospital Pakar KPJ Selangor di Shah Alam pada jam 3 petang hari ini.

"Sekarang ini dia stabil, OK, sudah makan dan sedar," katanya sambil menambah pembedahan itu mengambil masa kira-kira satu jam.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Normah berkata, doktor memasukkan skru sepanjang 2.5 inci ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan.

"Sekarang dia dipindahkan ke wad biasa kira-kira jam 5 petang tadi," katanya.

Setakat ini Mohamad belum menerima pelawat, tambahnya.

Menurut Normah juga, Mohamad akan bermalam di hospital itu selama tiga hari sebelum dibenarkan mendaftar keluar.

Sebagai isteri, Normah berkata beliau tidak dapat menerima tindakan polis yang didakwa mencederakan Mohamad.

"Saya tidak boleh menerima kejadian macam ini. Hanya Allah sahaja yang akan membalas orang yang berbuat zalim," katanya lagi.

Catatan seorang peserta Cina: Saya rasa selamat bersama orang PAS

Chen Shu Yong

... Seorang pakcik yang berkopiah menuju ke arah saya, "Di manakah stadium?" Saya menuding jari ke depan. Lantas beliau berjalan ke arah sana, tanpa sebarang keraguan. Saya merasakan diri saya amat tidak berguna pada ketika itu. Mengapa tidak saya bertindak sebagaimana pakcik itu? Berarak adalah hak kita. Mengapa pula saya takut? Saya tetap berdiri di situ, menyaksikan bagaimana orang tua itu dihalang polis, dan kemudian beliau terus berjalan ke depan.

Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda. Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan. Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap. Saya tahu beliau cuba menakutkan saya. Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar.

Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka. Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka. Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu. Ya, saya rasa sangat selamat.

Pada kira-kira jam 12.20 tengah hari, kelompok di sini hanya kira-kira 20 orang. Tiba-tiba kami dengar jeritan orang, dan kami bergegas ke situ dan mendapati kira-kira 2,000 orang. Mereka muncul entah dari mana, sungguh ajaib! Tapi kami masih menganggap bilangan ini terlalu sedikit!

Pada kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya tak berapa ingat lagi. Kami nampak sekumpulan manusia menuju ke arah kami melalui Jalan Sultan, sambil melaungkan slogan. Bilangan mereka terlalu ramai berbanding kami. Ramai orang tua yang bertanya, PERKASA? Pemuda UMNO? Kami berdiri di situ dan memandang, gagal mendengar apakah yang dilaungkan.

Tiba-tiba, ada yang bertepuk tangan, berkata "Tengok, Cina ada, India ada, bukan PERKASA, bukan Pemuda UMNO, orang kita!" Kami bertepuk dengan gemuruh, berarak ke arah mereka untuk berkumpul bersama. Kami seolah-olah dapat membentuk pasukan kami, dan tidak lagi keseorangan atau kesepian.

"BERSIH! BERSIH! Hidup BERSIH!" Ribuan yang membanjiri Jalan Sultan. Orang berada di tengah dan di tepi jalan, warga tua dan warga muda. Maka kami terus berjalan, tidak memasuki jalan ke arah Stadium Merdeka. Saya sedar, bilangan kami masih tidak mencukupi. Kami menuju ke arah Pudu Raya, dan di situ telah dibanjiri lautan manusia yang lebih daripada 10 ribu.

Abang saya menghantar sms kepada saya, memberitahu bahawa pasukan di Hotel Hilton telah mula bertolak. Dengan serta-merta saya berkongsi maklumat ini dengan orang yang berada di sisi saya.

Kira-kira jam 1 tengah hari, kami nampak satu pasukan yang lebih besar, kemas susunannya berarak dari arah Hospital Tung Shin. Kemudian, muncul lagi satu pasukan dari Kota Raya. Tidak berhenti kami bertepuk tangan. Kami menjerit sepuas-puasnya. Saya nampak ramai yang menakung air di matanya. Saya amat terharu. Saya kini berada di tengah-tengah belasan, malah puluhan ribu orang. Saya tidak kesepian, kami tidak kesepian!

Terharu kerana dibantu orang yang saya tidak kenal langsung!

Kami berkumpul di depan Menara MayBank. Saya tak dengar apa yang diucap pemidato. Tapi saya hanya seorang penyokong. Saya hanya menyorak bersama kelompok manusia, bertepuk tangan apabila semua orang berbuat demikian.

Kemudian saya mendapati trak FRU. Seorang warga tua, mungkin dari PAS, memesan agar saya undur dahulu. Tidak lama kemudian, FRU melepaskan gas pemedih mata, dan meriam air kimia yang berwarna biru. Saya rasa macam tersengit. Baunya sangat tidak menyenangkan. Orang di sisi saya (sahabat dari kaum lain) menuangkan air ke atas kepala saya. Ada seorang yang menyapu minyak angin di bawah kelopak mata saya. Ada pula yang memberi garam kepada saya.

Saya teringat, air mata saya mengalir pada ketika itu bukan disebabkan gas pemedih mata, tetapi mengalir kerana terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh orang-orang yang saya tak kenal ini.

Pada ketika itu saya nampak polis, kononnya, menangkap orang ramai di depan Menara MayBank. Ramai yang memanjat ke atas di cerun pada mulanya, kemudian mereka melompat dari tembok yang tinggi. Saya sangat marah ketika itu, kerana saya nampak ramai wanita dan warga tua. Dan mereka yang kononnya polis itu dicemuh dalam hati saya, "Bukan manusia!"

Saya berehat seketika. Saya menjangkakan bahawa orang ramai akan menuju ke Jalan Sultan. Maka, saya berjalan dahulu ke arah sana. Apabila berdekatan dengan KFC, hujan mulan turun. Seorang peserta yang tua berkata kepada saya, "Komunis pun tak macam ini!" Saya tercengang seketika, gagal memberi apa-apa jawapan....

Matlamat sama..

Pada sebelah malam, saya dimaklumkan bahawa kawan dari kaum Melayu amat terharu dengan kehadiran kami. Mereka berkata, "Itu kebanggaan kami apabila kamu muncul bersama. Kamu duduk belakang sikit, biar kami yang hadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan di depan!"

Nota: Akhirnya saya sedar, mengapa saya berselindung dalam kelompok orang PAS. Mereka membuktikan dengan tindakan mereka, itu yang membuatkan saya terharu dan berasa selamat. Lain kali, saya tetap akan bersama mereka, berada di garis depan, untuk menghadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan.

Terima kasih, sahabat semua. Walaupun kita tidak berkenalan, tapi matlamat kita sama. Dan ini hanya boleh dirasai mereka yang hadir dalam perhimpunan.

Saya menyeru agar lebih ramai bangkit dari tidur, dan mereka yang sudah sedar, biarlah bertindak.

Adegan yang terharu buat 1Malaysia: "Bagi Cina semua keluar dulu, kita jalan nanti"

Pada 9 Julai 2011, saya menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0. Saya dibasahi hujan, dua hari keletihan dan saya merehatkan diri selama dua hari, sekarang barulah ada mood untuk mencatatkan perasaan saya. Ramai warga internet telah menulis kisah 709 masing-masing, maka saya cuma nak mencatatkan adegan-adegan yang memahat hati sahaja.

1. Saya berkenalan dengan kawan Melayu baru. Seorang ahli PAS yang berpengalaman dalam demonstrasi sebelumnya memegang tangan saya, "Terima kasih kerana sokongan kamu (orang Cina)". Saya menjawab, "Ini usaha yang saya patut lakukan. Ini negara saya juga." (Rupa-rupanya dari pandangan mereka, orang Cina hanya mengaut keuntungan dan mengutamakan keuntungan sahaja. Jadi mereka amat gembira apabila ternampak dua tiga wajah orang Cina.)

2. Seorang uncle Cina membawa isterinya dan dua orang anak yang usianya kira-kira 20 tahun. Tinggi, kurus dan kelihatan lemah. Beliau memesan anaknya, "Cepat, cepat ikut mereka (kelompok orang). Apa takut? Bukan suruh kita pergi mati pun? Jangan takut, kita bukan orang besar. Sekarang bilangan orang yang diperlukan (perhimpunan), kita mesti sokong!" (Kebanyakan ibu bapa akan memarahi anak mereka, agar tidak terlibat dalam perhimpunan. Mengapa pula keluarga ini "terbalik" keadaannya?)

3. Seorang Melayu yang agak lanjut usianya berkata kepada beberapa orang pemuda Cina, "Kita mahu tunjuk perasaan , bukan kemarahan." (EQ pemuda Melayu lebih tinggi daripada orang Cina kali ini, memang cukup kelayakannya untuk berkata sedemikian.)

4. Sepasang suami isteri membawa dua orang anak, yang usianya kira-kira 8 hingga 10 tahun, mengambil makanan ringan di atas tangga. Hati saya berfikir, "Berkelah ke?" Wanita Melayu itu menatap saya, seolah-olah memahami apa yang bermain dalam fikiran saya. Maka beliau senyum dan berkata, "Kami nak mereka tahu, dari kecil lagi, malah belajar bagaimana memperjuangkan demokrasi." (Lantas saya mengangguk-angguk kepala saya, agak malu dengan diri saya yang memandang rendah orang tadi.)

5. Sepasang suami isteri Melayu yang lanjut usianya, mengeluarkan topeng yang kelihatan seolah-olah alat mainan dari beg plastiknya, dengan tangan yang bergetar. Mereka dengan ghairah berkata kepada saya, "Kami ada buat persediaan, kamu ada?" (Hati saya berfikir, memang kamu perlukannya, sebab kamu tak dapat lari dengan cepat!)

6. Sepasang suami isteri Cina yang muda, bukan sahaja turun ke jalan raya, malah membawa kereta bayinya. Mereka memakai baju hujan semasa air hujan mencurah dari langit. Malah, kereta bayinya sudah disediakan dengan kain kalis air. Dengan cepat saya menutup kereta bayinya, kemudian bersama dibasahi hujan di situ. (Bayi pun turut serta dalam perhimpunan, comel juga bayi tu!)

(Selepas saya balik, saya menceritakan kisah ini kepada jiran saya. Makcik-makcik itu mencelah, "Aiyoh, buat apa pergi demo? Apa kena-mengena dengan kita? Memang tak ada otak langsung. Bawa bayi pulak? Mengapa tidak kamu marahnya?" Saya berbisik dalam hati, "Aunty, saya terasa nak marah kamu...")

7. Seorang Mat Salleh nampak saya mengejar untuk merakamkan gambar bagaimana FRU menyuraikan orang ramai. Beliau berlari mengikut saya, malah berulang-kali berkata kepada saya, "You must put it in the media." (Brother, kamu terlebih memandang tinggi teknik sayalah. Saya bukannya pro (profesional) sangat...)

8. Kawan Melayu saya memberitahu saya, dirinya mempunyai pengalaman yang banyak untuk berdemonstrasi - bagaimana beliau tidak gentar dengan kuasa, bagaimana bertahan sehingga akhir, malah beliau berjanji untuk menjaga saya. Ketika gas pemedih mata ditembak untuk pusingan pertama, beliau menarik saya dan berlari. Dalam hati saya tertanya-tanya, "Bukankah kamu kata nak bertahan sampai ke akhir?"

Selepas kami keluar dari kelompok manusia, beliau menunjuk ke satu arah, "Kamu jalan dari sini. Tunggu kami di Stadium Merdeka. Kami akan berjumpa kamu di sana. Hubungi kawan yang lain. Bilangan yang menyertai perhimpunan dah mencukupi sekarang. Saya percaya polis akan lebihkan serangannya. Kamu tak boleh singgah di sini."

Saya bertanya, "Macam mana kamu pula?" Dia jawab, "Saya nak ke baris depan, bersama kawan saya." Seterusnya, beliau memaling dan melangkah menuju ke kepulan asap gas pemedih...

Akhirnya, saya berhimpun dengan kawan saya di tempat yang berhampiran dengan stadium, dan menyertai perarakan terakhir yang menuju ke Stadium Merdeka. Polis mengejar dan menangkap. Saya tidak lagi menemui kawan Melayu saya itu lagi. Saya dimaklumkan kemudiannya bahawa beliau telah ditangkap, bagaimanapun dibebaskan juga akhirnya.

Nota akhir:


Saya membaca pengalaman ramai peserta, termasuk cerita Aunty Anne yang membuatkan saya terharu. Tetapi saya tidak menitiskan air mata, sehingga saya terbaca catatan seorang warga internet,

"Adegan yang paling memahat ingatan saya sepanjang perhimpunan itu adalah, ketika kami sekumpulan orang melarikan diri dari tangkapan polis melalui pagar di belakang Hospital Tung Shin, orang Melayu menendang pagar itu dengan kakinya, dan berkata 'Bagi Cina semua keluar dulu, kita jalan nanti'. Kata-kata ini terus menusuk hati saya, saya amat terkagum! Kini barulah saya menghayati apa makna sebenarnya 'saling menolong tanpa mengira kaum dan budaya dalam Satu Malaysia', dan bukannya '1 Bumi, 1 Malaysia' yang didukung Barisan Nasional'. "

Tiba-tiba saya sebak. Saya tahu apa yang dikatakannya adalah kisah benar, ini kerana kawan Melayu saya juga menjaga saya. Lebih-lebih lagi, kawan saya dalam Facebook rata-ratanya menceritakan pengalaman bagaimana sahabat Melayu menjaga orang Cina kali ini. Mungkin mereka menganggap orang Cina jarang menyertai perhimpunan, tiada pengalaman.

Mengapa saya tersentuh dengan hal yang remeh sebegini? Kerana saya amat memahami, orang Cina adalah kaum minoriti di Malaysia. Seandainya minda perkauman ini tidak dipecahkan, orang Cina akan tetap ditindas dan tidak dilayan dengan adil. Namun, kerajaan kita bersikap perkauman, ditambah pula PERKASA yang melaga-lagakan, hal ini sukar diselesaikan!

Perhimpunan ini melakar gambaran masa depan untuk saya, malah mengubah persepsi saya terhadap kaum Melayu secara menyeluruh. Seandainya dikatakan negara ini musnah kerana politikus dari kaum ini, maka negara ini juga akan bangkit kerana kaum ini! Saya masih menaruh harapan dan keyakinan terhadap kaum ini dan negara ini.

Kawan-kawan Cina saya, perhimpunan aman tidak menakutkan. Jom turun untuk sokong lain kali!

Penafian Najib Di Media Asing Tambah Kelukaan Rakyat



SHAH ALAM 15 JULAI : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi membelakangi realiti Bersih 2.0 apabila mendakwa polis hanya menggunakan kekerasan ringan ketika menyuraikan Himpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu.

Kata-kata itu keluar dari mulut Najib ketika kali pertama beliau ditemu bual media asing berhubung Himpunan Bersih Sabtu lalu.

Bagaimanapun, kenyataan Najib itu nyata sekali mengundang reaksi kurang senang penganalisis politik termasuk Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah yang menyifatkan kenyataan Perdana Menteri itu sebagai menambah luka di hati rakyat Malaysia.

Malah menurut beliau, Najib sekaligus membuka pekung di dada bahawasanya polis sememangnya menggunakan kekerasan untuk menyuraikan himpunan aman itu walaupun dikatakan "agak ringan".

"Apa yang dijelaskan di Britain adalah satu gambaran yag sebaliknya iaitu gambaran yang menafikan bahawa telah berlaku kelukaan pada rakyat sedangkan ia adalah satu proses pandangan rakyat terhadap pemimpin,"kata Dr. Abu Hassan kepada Tv Selangor.

Najib ketika ditemu bual CNN semalam berkata, pihak polis hanya menggunakan kekerasan minimum dalam usaha menyuraikan himpunan Bersih.

Namun lensa kamera dan seluruh media yang membuat liputan pada himpunan Bersih itu menyaksikan sebaliknya.

Gambar-gambar dan rakaman video di ibu negara pada 9 Julai lalu memperlihatkan tindakan kejam polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan tembakan gas pemedih mata dan semburan air kimia kepada para demonstran yang berjalan secara aman.

Malah ada di antaranya, FRU menembak gas pemedih mata secara terus kepada orang ramai yang sepatutnya dilepaskan 45 darjah ke arah udara.

Selain seorang meninggal dunia, puluhan mengalami kecederaan dan himpunan itu menyaksikan 1,667 peserta himpunan itu ditahan polis selama beberapa jam.

Namun Najib berkeras bahawa polis menjalankan tugas mereka dengan baik di sebalik kritikan keras pelbagai pihak.

“Tiada penggunaan tindakan yang tidak wajar dan penunjuk perasaan disuraikan dengan menggunakan pasukan yang minumum,” kata Najib kepada CNN.

Ia temu bual pertama Najib dengan media asing sejak perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Terdahulu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga mempertahankan tindakan polis.

Melihat kepada senario itu, Dr Abu Hassan yang juga Pengerusi Zentrum Future Studies Malaysia (Zentrum) menyifatkan tindakan pemerintah menggunakan kekerasan sebagai formula utama mendepani suara rakyat jelas satu bentuk penyelewengan demokrasi.

"Perhimpunan Bersih 2.0 itu sendiri harus dilayan dengan baik kerana ia adalah satu keperluan dan kedudukan yang termaktub dalam Perlembagaan, jadi kita tidak nampak kenapa perhimpunan ini dilihat sebagai satu ancaman kerana ia langsung tidak memberi gambaran sedemikian.

"Sebab itulah kita cuba elakkan kekejaman, kurangkan krisis, dan cegah peperangan menerusi diplomasi. Bagaimana kita ingin semai budaya diplomasi? Iaitu budaya berbincang, budaya saling berbagi-bagi dan bukanya membeza-beza jika pemerintah menggunakan jalan mudah menyelesaikan masalah dengan kekerasan,"katanya.

Malah kenyataan Najib yang acapkali menggambarkan polis melayani peserta himpunan dengan baik adalah jelas satu pembohongan dan keterangan sedemikian hanya
satu hipokrasi yang mengaibkan.

"Tindakan polis adalah satu tindakan yang melampaui daripada ramalan yang dijangka, sedangkan rakyat hanya ingin berkumpul, bersuara dan berdendang tentang keinginan dan perasaan mereka tetapi sebaliknya berlaku,"kata beliau lagi.

Maria Chin : Rombak Sistem Atau Tiada Pilihan Raya

SHAH ALAM 15 JULAI: "Jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mahu mengambil pendekatan untuk berubah, maka tidak perlu adakan pilihan raya."

Demikian kenyataan ahli jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah seraya mendesak suruhanjaya itu mempertimbangkan empat tuntutan utama bersabit rombakan sistem pilihan raya yang boleh dilaksanakan oleh suruhanjaya itu dengan kadar segera.

Tambahnya lagi, Bersih akan mengemukakan petisyen kepada SPR dalam masa terdekat sebagai tindakan lanjut termasuk memberi tempoh tiga bulan untuk melihat sebarang perubahan yang akan dilakukan agensi bebas itu.

Beliau berpendirian tindakan tersebut adalah sebahagian daripada cara gabungan 62 badan bukan kerajaan (NGO) itu mengekalkan momentum selain inisiatif rakyat menganjurkan program 'hari kuning' pada setiap Sabtu.

"Kita mahu bergerak ke hadapan. "Bola" kini berada dalam gelanggang SPR dan mereka perlu respon sekarang," katanya.

Bercakap dalam wawacana khas bersama Tv Selangor, Maria menyifatkan SPR tidak mengambil pendekatan proaktif untuk mencapai persetujuan dalam rundingan dengan pihak Bersih.

Malah katanya, sehingga kini suruhanjaya itu lebih gemar memberi pelbagai alasan seolah-olah cuba untuk melindungi pihak berkepentingan.

Menurut beliau, SPR mempunyai kuasa untuk merombak sebarang peruntukan yang diyakini dapat menambahbaik sistem pilihan raya di negara ini memandangkan agensi itu terletak di bawah kuasa Majlis Raja-Raja.

"Dalam perbincangan antara Bersih 2.0 dan SPR, kita sudah jelaskan mereka ada kuasa untuk merubah undang-undang dan mengemukakan kepada kabinet. Tapi mereka menghadkan peranan dengan mengatakan mereka hanya pentadbiran.

"Jadi inilah (sebenarnya) empat tuntutan yang utama (dalam aspek) pentadbiran. Membersihkan senarai pengundi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal dan tempoh berkempen selama 21 hari. Ini tidak perlu ubah undang-undang. Jadi saya rasa sekarang mereka tidak ada alasan (untuk tidak) melakukan dalam tempoh tiga bulan," kata beliau.

Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar baru-baru ini mengakui kelemahan aspek komunikasi suruhanjaya itu yang menyebabkan mereka gagal menjelaskan kepada rakyat tentang langkah penambahbaikan sistem pilihan raya.

Beliau turut berdalih tentang ruang yang terhad berikutan terikat dengan Akta Pilihan Raya 1957 selain mendakwa Bersih 2.0 membuat andaian tanpa sebarang bukti.

Beliau juga mendakwa pembangkang memanipulasi isu ketelusan pilihan raya sehingga menyebabkan rakyat turun ke jalanan pada 9 Julai lalu.

Mengulas perkara itu, Maria menyahut baik tindakan SPR untuk bertemu dan memberi penjelasan kepada rakyat namun katanya, tuduhan bahawa Bersih tampil tanpa sebarang bukti ternyata meleset.

"Sampai sekarang ada orang hantar bukti. Semalam, ada individu yang daftar dua kali menggunakan kad pengenalan yang sama dan dia telah mengundi dua kali tetapi dua tempat berasingan.

"Kita juga ada bukti di mana kad pengenalan baru dan lama digunakan untuk mengundi. Ini menunjukkan SPR sebenarnya tidak membersihkan senarai pengundi. Jadi kalau ini berterusan ianya akan memberi impak buruk kepada kerajaan sekarang," ujar beliau lagi.

Beliau turut mengulangi kejadian pembelian undi yang didedahkan portal berita alternatif pada Pilihan Raya Negeri Sarawak April lalu di mana SPR gagal mengambil sebarang tindakan walaupun gambar dan video telah tersebar luas di internet.

Maria menyifatkan sekiranya SPR melaksanakan tugas secara telus maka risiko bagi kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) untuk tumbang adalah lebih kritikal.

Dalam pada itu Maria berkata, pengenalan kepada sistem biometrik amat digalakkan namun katanya kaedah itu memerlukan kos yang tinggi berbanding dakwat kekal.

Jelasnya lagi, dakwat kekal telah digunapakai di kebanyakkan negara termasuk India di mana perlaksanaannya memberangsangkan.

Maka menurut Maria tidak timbul sebarang dakwaan bahawa kaedah tersebut ketinggalan zaman kerana ianya akan memberi kebaikan kepada parti politik yang bertanding seraya mengelakkan daripada salah laku pengundian.

Sehubungan dengan itu kata beliau, Bersih bersedia untuk mengadakakan pertemuan semula dengan SPR sekiranya suruhanjaya itu berhasrat untuk mempertimbangkan empat tuntutan utama yang dinyatakan.

500 Ahli PSM, NGO Desak Enam Tahanan EO Dibebaskan




KUALA LUMPUR 15 JULAI : Badan Bukan Kerajaan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cawangan Kajang hari ini menghantar satu memorandum dan petisyen yang ditandatangani oleh 500 individu mendesak agar enam tahanan Ordinan Darurat (EO) PSM dibebaskan segera.

Menurut wakil PSM Kajang Ganesan Dhanapal, mereka yang ditahan kerana terlibat dengan bersih sepatutnya dibebas kerana Himpunan Bersih telah tamat 6 hari lalu.

"Memang kita, PSM, Jerit dan SUARAM tidak berpuas hati dengan penangkapan mereka. Mulanya mereka ditangkap kerana Bersih tapi himpunan sudah berlalu mereka masih tak dibebaskan.

"Kami kumpul tandangan bersama PSM dari seluruh Malaysia untuk desak mereka dibebas. Penahanan ini tidak munasabah," kata Ganesan kepada TV Selangor hari ini.

25 Jun lalu, 31 aktivis PSM ditahan di Pulau Pinang dan direman di bawah Seksyen 122 kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

2 Julai lalu, enam daripadanya termasuk Dr. D Jeyakumar dilepaskan tanpa tuduhan tetapi ditangkap semula di bawah EO sejurus menjejakkan kaki ke luar balai polis dan ditahan sehingga kini.

Oleh itu hari ini, kira-kira 30 ahli PSM Kajang, Jerit dan SUARAM berkumpul di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar tersebut.

Bagaimanapun keadaan menjadi sedikit tegang apabila sekumpulan polis yang diketuai oleh ASP yang hanya dikenali sebagai Hata telah mengarahkan banner yang dibawa mereka ditutup.

Lebih parah lagi, Hata turut mengatakan pegawai hanya dapat menerima memorandum tersebut di kawasan tempat letak Kereta berhampiran.

Bagaimanapun setelah perang mulut terjadi antara koordinator SUARAM Nalini E dan Wakil Cawangan Perhubungan Awam Bukit Aman, DSP Venu Gopal, pegawai tersebut bersetuju menerima memorandum di hadapan Bukit Aman, tempat berkumpul wakil NGO tersebut.

Memorandum itu kemudiannya diserahkan oleh wakil PSM Lecthmi Doraisamy yang mahukan polis bertindak dengan lebih profesional.

"Kami menegaskan kepada pihak polis agar jangan salah guna kuasa yang diberikan.

"Kami mahu pihak polis tidak menjadi pak turut BN terutamanya Umno, " kata Lecthmi.

PSM kini sedang menunggu permohonan bagi mendapatkan perintah 'habeas corpus' yang akan didengari pada 22 Julai hadapan menerusi peguam mereka, Edmund Bon.