"Saya menekankan supaya rakyat didahulukan kerana dalam sistem demokrasi berparlimen, suara rakyat adalah suara keramat,” Itu intipati ucapan Perdana Menteri Najib Razak beberapa bulan selepas dinobatkan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009.
Bersih 2.0: Tembelang Najib Pecah
"Saya menekankan supaya rakyat didahulukan kerana dalam sistem demokrasi berparlimen, suara rakyat adalah suara keramat,” Itu intipati ucapan Perdana Menteri Najib Razak beberapa bulan selepas dinobatkan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009.
Polis Selangor Tahan Tujuh Kakitangan Bersih, Rampas 540 kemeja-T
Selangor Mula Agih Geran Tanah Untuk RM1,000
Seri Perdana Zahirkan Pemborosan Kerajaan, Kata Anwar
Bersih Usaha Terakhir Desak Pilihanraya Adil, Telus
KLANG, 29 Jun: Perhimpunan aman Bersih 2.0 adalah jalan terakhir untuk rakyat menuntut sebuah pilihanraya telus dan adil kerana setiap usaha pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan ke arah itu sebelum ini menemui jalan buntu, kata Anwar Ibrahim.
Provokasi polis dan bantahan Umno terhadap perhimpunan aman itu menunjukkan Perdana Menteri Najib Razak gagal mengamalkan kesederhanaan dan menghormati prinsip asas demokrasi, kata Ketua Pembangkang itu
Spekear Jamin Siasat Polis, Ambil Keterangan Di Parlimen
Blogger 'Papa Gomo' Dicabar Dedah Klip Penuh - Johari Abdul (fill update)
PKR Jangka Polis Guna Akta Darurat
Hentikan Kezaliman Terhadap Bersih, kata PKR
Anwar jangka ramai lagi pemimpin BERSIH ditangkap
Beliau juga tidak menolak kemungkinan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) atau undang-undang lain bagi menahan pemimpin BERSIH bagi melindung kedudukan dan kepentingan Umno-BN.
"Pemimpin yang korup dan zalim ini akan mengunakan apa sahaja alasan bagi mengekalkan pegangan mereka kepada kuasa,” katanya kepada wartawan selepas merakamkan kenyataan kepada polis berhubung perhimpunan itu.
Umno Punca Wibawa Polis Terhakis
Nurul Izzah Dan Tiga Yang Lain Disiasat
BERSIH 2.0 : PR Kesal KPM Ugut Pecat Guru
Bersih 2.0 : Anwar Dipanggil Beri Keterangan
Alasan Polis Dakwa Aktivis PSM Sama Dengan Ops Lalang 1987
Tindakan Polis 'Tengok' 300 Pemuda Umno Berhimpun, Ugut Bakar Pejabat PKR Dikecam
Bersih: Polis panggil Anwar beri keterangan hari ini
| |
| KUALA LUMPUR, 28 Jun: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil memberi kenyataan hari ini dipercayai berhubung seruan kepada rakyat agar menyertai himpunan BERSIH 2.0 dalam satu ceramah di Brickfield. Pemuda Umno serang Ibu Pejabat PKR Sidang media berhubung perkara itu dimaklumkan akan dibuat di lobi parlimen esok. |
Duta AS Ragui Penjelasan Putrajaya Berhubung Enjin Jet TUDM
» Exco S'gor Kesal Tindakan Polis Cetus Suasana Tegang
Kakitangan Awam Jana Ekonomi Rakyat Selangor- Anwar
Dakwa BERSIH Guling Kerajaan, Kabinet Najib Mula Gentar
Kerahan Tenaga Untuk Media Dayus Perdana
BERSIH 2.0 : Pak Samad Sedia Beri Keterangan Di Mahkamah
BERSIH 2.0 Dan Tuntutan Murtad Dua Perkara Berbeza
Unggun Bersih. A Samad Said
A Samad Said
Semakin lara kita didera bara -
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita - demokrasi luka;
lama duka kita - demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
24—25, 6.11.
TAK BANGANG KE GITU???
| Harakahdaily |
|
Blog Pemuda PAS Sepanggar melaporkan kejadian yang berlaku di masjid tersebut kelmarin dapat dilihat oleh seluruh ahli kariah yang turut sama bersolat di masjid tersebut. Pemuda yang tidak mahu namanya dikenali itu, sememangnya sering bersolat di masjid tersebut telah dihalau keluar dari masjid ketika selesai bersolat Maghrib. Selain menghalau pemuda tersebut, AJK masjid tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat dengan menuduh pemuda tersebut sebagai munafik. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, beliau turut menolak pemuda tersebut dengan kasar.
Beliau membela pemuda tadi, dan memarahi AJK masjid tersebut kerana menghalau anak muda dari bersolat semata-mata kerana mamakai baju Bersih. Justeru, Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar melihat perkara itu sepatutnya tidak berlaku. Sehubungan itu, DPP Sepangar menggesa agar Jawatankuasa Masjid Bandaraya segera mengambil tindakan terhadap AJK masjid tersebut di atas sikapnya yang merosakan imej Masjid Bandaraya yang sememangnya terkenal di kalangan para pengunjung dan pelancong. |
Bersih 2.0: Sasterawan Negara Samad Said juga dipanggil polis
Bersih 2.0: Sasterawan Negara Samad Said juga dipanggil polis
The Malaysian Insider difahamkan polis mahu bertemu dengan beliau berhubung ucapannya pada majlis pelancaran Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 19 Jun lalu.
Pada majlis tersebut beliau antara lain menyampaikan ucapan dan puisi berjudul “Unggun Bersih”.
Dalam akaun Twitternya lewat malam tadi juga dihantar mesej merujuk kepada puisinya itu dan blognya di bawah alamat “Hujan Pagi http://samadsaid.wordpress.com/2011/06/26/unggun-bersih/”.
Ia seterusnya membawa pengunjung kepada teks ucapan ringkas beliau.
Beberapa pengunjung laman mikro Twitter juga mengulas mengenai perkara tersebut malam tadi.
Peguam dan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Latheefa Koya dalam mesej menerusi akaun Twitternya berkata, Samad dan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan akan disoal siasat oleh polis hari ini.
Mereka dijangka akan hadir di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini, petang ini.
Minggu lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata polis tidak akan memberi permit bagi Himpunan Bersih 2.0 dan dua perhimpunan balas yang akan diadakan pada hari yang sama, anjuran Perkasa dan Pemuda Umno.
“Sasterawan Negara Malaysia berusia 76 tahun, A Samad Said dan pemenang terbaru anugerah International Women of Courage Ambiga akan disoal siasat oleh polis (berkaitan Bersih 2.0) esok (hari ini),” kata beliau dalam mesej Twitternya.
Naib Presiden PKR N Surendran pula mengemukakan persoalan mengapa Sasterawan Negara itu perlu dipanggil polis.
“Apa salah Pak Samad Said, diheret ke balai polis esok (hari ini)? Kerana membaca puisi di majlis Bersih!,” kata beliau dalam mesej Twitternya.
Berdasarkan teks ucapan yang diperoleh dari blog Samad, beliau antara lain menyentuh bahawa “murbawan Malaysia tidak senang dengan apa yang sedang berlaku di negara ini.”
“Kita menghantar pesanan yang sangat waras. Demokrasi perlu murni dan terus dimurnikan,” kata beliau.
Beliau seterusnya berkata, “kenapa kita tidak boleh memperbaik situasi?”
“Kenapa kita harus membiarkan demokrasi diperkuda oleh segelintir kuasawan yang tampaknya bermaharajalela?
“Telah lama kita tidak senang dengan aliran demokrasi yang diperkuda ini. Telah lama kita inginkan demokrasi yang bersih, bergerak atas landas yang murni,” kata Samad lagi.
Anwar: Najib, saya tahu apa kamu buat di PD
Memandangkan pakar asing dilaporkan berkata video - yang menunjukkan pasangan melakukan aksi seks dalam sebuah bilik - 99.99 peratus menyerupai Anwar, maka Datuk Seri Najib Tun Razak telah berkata rakyat boleh menghakimi sendiri ketulenan video tersebut.
Anwar berkata Najib dan isterinya, Rosmah Mansor tidak layak bercakap tentang moral, walaupun ketua umum PKR itu tidak menjelaskan secara terperinci mengenainya.
Katanya, beliau telah dicabar untuk mendedahkan apa yang beliau tahu tentang Port Dickson.
Anwar merujuk kepada satu skandal yang didakwa berlaku pada pertengahan tahun 1980-an, ketika berucap dalam ceramah di Pokok Sena, Kedah malam tadi.
Bagaimanapun, kata Anwar, bukan cara beliau untuk mencerca atau memfitnah hanya untuk menang.
Sebaliknya, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau mahu menang dengan moral yang mantap.
Berucap kepada kira-kira 700 hadirin, Anwar berkata kerajaan Najib tidak memberi respons sewajarnya terhadap semua isu yang dibangkitkan oleh pembangkang.
SPR, BN Jangan Sombong Terima Teguran BERSIH 2.0, Kata Dr Haron Din
Laksana Dahulu Tuntutan Bersih, Baru "Anak Jantan" - Dr Nasir
Arutchelvan: Tohmahan KDN dan polis terhadap PSM adalah tindakan terdesak
Pembohongan besar ini turut digunakan ke atas 30 orang peserta yang terlibat dalam Kempen Udahlah- Bersaralah - sebuah kempen kesedaran Nasional PSM yang berjalan dari 24 sehingga 26 Jun 2011. Mereka yang sepatutnya dibebaskan kini direman selama tujuh hari ekoran cubaan polis mengukir satu cerita fantasi di mana seksyen yang digunakan ke atas mereka adalah seksyen 122 Kanun Kesiksaan iaitu melancarkan perang ke atas Yang Dipertuan Agung.
Kenyataan pihak Berkuasa dan dakwaan keatas Aktivis PSM adalah tidak berasas, tidak masuk akal, pembohongan, bermotifkan politik dan sandiwara dan oleh yang demikian, PSM meminta kesemua mereka yang direman dibebaskan serta merta dan pihak Kerajaan meminta maaf atas tohmahan yang tidak berasas ini.
PSM merasa lucu bahawa Pemerintah cuba mengaitkan PSM dengan Komunis dengan terjumpanya beberapa baju T-shirt dan bahan-bahan yang mempunyai imej pemimpin komunis. Untuk makluman Polis, ini adalah skrip zaman perang dingin di mana hari ini, semua bahan ini boleh didapati di pasaran dan dijual secara umum tanpa sebarang sekatan. Selain itu, Kerajaan Malaysia juga mempunyai hubungan politik dengan Parti Komunsi Cina, Vietnam, Cuba dan lain-lain.
Selain daripada itu, kerajaan Malaysia juga telah menandatangani perjanjian damai dengan PKM pada tahun 1989 dan pemimpin-pemimpin komunis kanan seperti Rashid Maidin, Suriani dan Abdullah CD juga telah diperkenan dengan DYMM Sultan Azlan Shah. Oleh yang demikian, cubaan terdesak polis membawa balik bogey "Komunis" dalam zaman pasca perang dingin adalah satu cubaan terdesak rejim UMNO-BN untuk terus berkuasa dengan cara menakutkan rakyat dan sekali gus mencari peluang untuk menggunakan ISA.
PSM adalah sebuah parti berdaftar yang menjalankan aktiviti secara sah dan ini memang diketahui umum. PSM juga mengiktiraf sumbangan parti-parti kiri sebelumnya yang telah menyumbang kepada kemerdekaan Negara seperti PKMM, API, AWAS, dan PKM. Cubaan polis yang sering melabel parti-parti lain sebagai agen PKM adalah satu taktik lama dan sudah basi.
Pihak Media kawalan UMNO-BN telah menghebohkan tohmahan dan pembohongan ini untuk menakutkan orang ramai menjelang perhimpunan BERSIH 2.0. PSM menyokong penuh perhimpunan BERSIH 2.0 walaupun Kempen Udahlah Bersaralah PSM tidak ada kena mengena dengan BERSIH 2.0, tetapi pihak polis cuba mengaitkan dua aktiviti tersebut untuk menyekat perhimpunan BERSIH 2.0.
PSM sesunguhnya percaya dan sedar bahawa tuduhan keatas PSM hanyalah tindakan terancang pihak polis untuk mengujudkan musuh bayangan dengan niat untuk mengujudkan satu suasana "darurat" untuk membolehkan pemerintah melakukan penahanan besar-besaran "crackdown" untuk mengagalkan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai yang telah mendapat sokongan yang begitu memberangsangkan dari rakyat.
Tindakan polis terkini ke atas PSM tidak akan menghalang PSM untuk terus berjuang dan memperjuangkan hak rakyat Malaysia.
Hidup Rakyat! Hidup Sosialis!
*Kenyataan media oleh S. Arutchelvan (gambar kanan) selaku Setiausaha Agung PSM.