Pemimpin Rasuah Akan Disingkir, Kata Hadi




GOMBAK 3 JUN : Bukan polisi PAS mahupun Pakatan Rakyat untuk terus 'menyimpan' ahli yang mengamalkan konsep rasuah dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang pemimpin, demikian menurut Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abd Hadi Awang.

Malah tegas beliau, pimpinan Pakatan Rakyat tidak akan menghalang jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu menjalankan siasatan mereka kepada pemimpin yang terlibat dalam aktiviti penyelewengan ini.

"Kita tidak ada kuasa, tak ada kuasa perundangan, yang ada kuasa SPRM. Kita terbuka kepada SPRM, Menteri Besar kita di semua negeri mengikut amalan pentadbiran SPRM.

"Kalau SPRM hendak bertindak mesti mendapat kebenaran daripada MB dan PM sebab itu MB dan Pakatan Rakyat terbuka untuk SPRM menyiasat semua yang dituduh dan yang difitnah kalau terlibat dengan rasuah kerana kita betul-betul nak bersih walaupun exco dan MB sekalipun kalau tak betul kita pecat,"kata Hadi.

Beliau ditanya pemberita pada sidang media bagi mengulas dakwaan blogger Syed Azidi Abd Aziz atau yang lebih mesra dikenali sebagai “Kickdefella” yang mendakwa Datuk Paduka Husam Musa membayar sebanyak RM 350,000 kepada beliau untuk mendapatkan bantuan berkempen pada pemilihan PAS pusat yang sedang berlangsung sekarang.

Ujarnya yang juga ali parlimen Marang, bukan sahaja siasatan terhadap Datuk Husam sahaja, malah bagi semua pemimpin yang tidak telus dan jujur juga akan disiasat bagi membendung gejala rasuah yang menjadi agenda Pakatan Rakyat melalui Buku Jingga.

Dua hari lalu sebelum bermulanya Muktamar PAS Kali Ke-57, Utusan melaporkan keengganan penulis blog Kickdefella mengulas dakwaan di blog bahawa beliau menerima bayaran RM300,000 untuk berkempen bagi pihak Husam.

Bagaimanapun, akhbar sama semalam melaporkan Syed Aziz mengakui menerima wang RM350,000 dari Husam, tetapi bukan bagi tujuan itu.

Beliau juga dilaporkan berkata tidak bertemu lagi dengan Husam sejak tahun 2009 dan hanya berbual di telefon dan bertukar SMS sahaja.

Pada pemilihan PAS kali ini, Husam bertanding merebut jawatan naib presiden bersama-sama lima calon lain iaitu Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Datuk Mohd Amar Abdullah, Idris Ahmad dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Amanat Presiden : Pertahan Negeri PR Sehabis Kudrat




GOMBAK 3 JUN : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini secara rasminya mengarahkan seluruh jentera PAS bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 sebaik sahaja muktamar berakhir.

Beliau juga menggesa seluruh pimpinan berikrar untuk mempertahankan negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat dengan sepenuh daya dan kudrat.

" Walau bila pun tarikhnya, saya dengan ini mengarahkan seluruh jentera PAS untuk bersiap sedia sebaik sahaja muktamar kita selesai untuk menghadapi pilihan raya umum, dengan membuka bilik gerakan dan aktivitinya dengan penuh taktikal, seterusnya menyiapkan gerak kerja secara berstrategi yang akan diperincikan oleh Jabatan Pilihan raya PAS Pusat nanti. Manakala ILPAS juga perlulah melalui fasa keduanya dalam menjadi nadi utama latihan kepada semua petugas parti di pelbagai peringkat,"katanya.

"Pada hari ini juga, marilah sama-sama kita berikrar untuk mempertahankan negeri Kelantan dan Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang telah kita tadbir secara bersama ini dengan sepenuh kudrat yang kita ada, biarlah keringat kita membasahi bumi tempat berpijak, biarlah tenaga kita bergelora dengan semangat yang tinggi, kita akan mempertahankan kemenangan yang telah kita kecapi selama ini dengan izin Allah SWT,"tambah beliau.

Mengumumkan perkara itu, Hadi turut mengarahkan seluruh jentera memberi tumpuan 70 peratus ke arah mendekati pengundi atas pagar.

" Manakala jentera di peringkat Unit Peti Undi (UPU) pula wajar mengalami perubahan drastik di atas peranan mereka yang semakin penting, terutamannya kerana merekalah yang setiap hari berada paling hampir dengan pengundi di unit yang paling kecil
dalam sistem pilihan raya kita ini. Mereka wajar mengenali kesemua pengundi di lingkungan mereka seumpama mereka mengenali saudara-mara mereka sendiri,"kata Hadi lagi.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan supaya seluruh jentera parti sentiasa hikmah dalam menjalankan tanggungjawab.

" Santunilah pengundi yang ada di depan kita secara peribadi supaya akhirnya mesej kita kepada mereka dapat disampaikan dan diterima oleh semua, kerana pendekatan ceramah terbuka kadangkala hanya berlegar di kalangan ahli kita sahaja.

Hadi : Umno Bebalkan Rakyat Islam, Kotorkan Politik Negara




GOMBAK 3 JUN : Dalam ucapan yang dianggap paling keras terhadap Umno, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan parti pemerintah itu sebagai pengotor politik negara menerusi amalan rasuah, fitnah, pembohongan dan perkauman sempit.

Penegasan beliau sekaligus menzahirkan bahawa parti Islam itu tidak “termakan” dengan pelawaan-pelawaan Umno untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini mendedahkan Umno menawarkan tiga jawatan Menteri jika PAS setuju meninggalkan Pakatan Rakyat dan bersama Umno.

Namun, ucapan Abdul Hadi ketika merasmikan Muktamar PAS di Kuala Lumpur pagi tadi menyerlahkan pemikiran PAS mengenai pemimpin-pemimpin Umno yang membuat cadangan itu.

“Pemimpin Melayu Islam yang membebalkan majoriti rakyat beragama Islam, tidak boleh menjadi model Islam yang sebenar kepada rakyat bukan Islam, kerana (mereka) dijangkiti keruntuhan moral, rasuah dan menyalah guna kuasa sehingga tidak menunaikan amanah besar yang diwajibkan oleh Islam kepada penganutnya,” kata Hadi.

“Politik seperti ini perlu dimurnikan dan sudah tentu Umno-Barisan Nasional akan gagal untuk membersihkan politik yang dikotorkan oleh tangan mereka sendiri,” tambah beliau.

Hadi berkata kemurnian politik negara dicemari dengan tindakan jijik menerusi pelbagai angkara dan perkara kotor sehingga memalukan anak-anak yang menjadi penonton kepada perlakuan sedemikian.

Ahli parlimen Marang itu kesal kerana amanah besar yang diberikan kepada Umno untuk mengisi kemerdekaan negara sebaliknya digunakan sebagai peluang kebendaan untuk menyuburkan perbuatan rasuah dan khianat.

“Akhirnya harta negara menjadi milik peribadi pemimpin mereka (Umno), meninggalkan rakyat berhempas pulas untuk melangsungkan kehidupan di dunia ini,” tambah beliau.

Hadi berkata cita-cita untuk membina sebuah Malaysia yang sejahtera dan aman digagalkan oleh sebuah pemerintahan yang mengaut khazanah negara dan membelakangkan falsafah dan tuntutan Islam.

“Hakikatnya Umno telah menjadikan penyokong Melayu Islam buta dan pekak dengan politik wang, media dan hiburan yang melalai dan meperbodohkan mereka,” kata beliau.

Justeru Hadi berkata adalah tanggungjawab PAS untuk terus memperkenalkan ajaran Islam secara ilmu dengan mengembalikan umat Islam yang jahil kepada Islam.

Langkah sedemikian akan membebaskan ummah “daripada khurafat politik Umno bahawa mereka sahaja boleh memerintah,” jelas beliau.

Pemilihan Parti Lambang Keberanian PAS




GOMBAK 3 JUN : Kematangan para pewakilan untuk memilih pemimpin yang mantap selain mampu membawa kejayaan parti adalah cermin kepada keberanian PAS tidak menangguhkan pemilihan pucuk pimpinan parti itu.

Berbeza dengan Umno-BN, parti Islam itu malah yakin mampu membawa kejayaan parti terutama dalam menghadapi Pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata walaupun banyak parti politik lain menangguhkan pemilihan pucuk pimpinan parti mereka sehingga selepas PRU-13, namun PAS yakin pemilihan kali ini tidak akan memecahbelahkan parti sebaliknya akan memantapkan perpaduan pemimpin serta anggota parti.

"Sejak proses pemilihan bermula, kami yakin tidak akan timbul sebarang unsur negatif daripada pertandingan yang berlaku dan proses pemilihan akan dapat dilaksanakan tanpa sebarang gangguan sehingga pemilihan ini selesai,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan aluan pada Muktamar Tahunan Pas ke-57 di sini hari ini.

Pemilihan kali ini menyaksikan Presiden PAS, DatuK Seri Abdul Hadi Awang menang tanpa bertanding manakala bagi jawatan nombor dua parti menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang Nasharudin Mat Isa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mohamad Sabu.

Semalam bagi pemilihan Dewan Muslimat Pas, menyaksikan ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof dipilih sebagai Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat menewaskan penyandang Nuridah MOhd Salleh manakala Ketua Pemuda Nasruddin Hassan menang jawatan berkenaan tanpa bertanding bagi penggal kedua.

Manakala jawatan timbalan jatuh kepada anak Menteri Besar Kelantan, Nik Abduh Nik Aziz.

Hari Belia dan kemunafikan pentadbiran Najib

Hari belia 2011. Saya cuba untuk tidak sinikal dan bersikap non-partisan. Akan tetapi, tidak mampu untuk menyembunyikan perasaan-perasaan tertentu. Di sebalik kemunafikan dan hipokrasi pemimpin. Apalah sangat Najib duduk bersama para belia menonton perlawanan bola di sambutan Hari Belia kelmarin dan ini bukan pertama kali. Sebelum ini, ada yang mengatakan, Najib "nampak cool" apabila turun ke bawah, hang out menonton bola di Bukit Bintang yang digambarkan sebagai tempat paling hip di Kuala Lumpur. Siapa peduli?
Kereta yang dipandu Aminulrasyid ketika ditembak

Najib, selaku Perdana Menteri Malaysia, menonton bola bersama belia-belia, membawa kita mengimbau kembali peristiwa berdarah beberapa ketika tidak lama dahulu. Tewasnya saudara kita Aminulrasyid di tangan Polis juga selepas menonton perlawanan bola. Kematian akibat ditembak Polis selepas menonton bola bukan sesuatu yang biasa di negara ini dan perkara ini amat mengejutkan. Malah, yang melakukan "pembunuhan" bukanlah penjenayah tetapi orang yang menerima amanah untuk menjaga keselamatan kita semua.

Isu "ditembak Polis" ini bukan suatu yang asing di Malaysia. Kita juga masih ingat beberapa kes yang hampir sama di antaranya kes Shahril Azlan Ahmad Kamil, Siti Nasrinda Sumirin, Norizan Salleh dan lain-lain lagi. Sehingga sekarang, inividu tersebut dan waris-waris mangsa masih dalam perjuangan mereka menuntut keadilan.

Najib (gambar kiri), Aminulrasyid dan bola. Ketiga subjek ini secara tidak langsung berkait. Umpama dua manusia yang melakonkan watak masing-masing. Hidup dalam kelas sosial yang berbeza.

Rentetan dari perkara yang telah berlaku, secara politik kita melihat tindakan Najib mendampingi belia dengan menonton perlawanan bola merupakan sebuah lakonan, jelek mata memandang apatah lagi dengan isu keselamatan belia yang masih kabur.

Sekiranya Najib memainkan peranan kerajaan untuk peduli dan menjamin keselamatan rakyat keseluruhan; termasuk golongan belia, Aminulrashid tidak akan mati di tangan polis. Walau apapun bencana keselamatan dan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita, mereka yang berstatus VVIP akan terus diiring oleh pasukan keselamatan dan polis sehingga selamat sampai ke destinasi seterusnya. Beertikah semua ini untuk kita semua?

Skim Rumah pertamaku: Tawaran tidak ikhlas

Selain dari habuan-habuan yang dijanjikan seperti mewujudkan parlimen belia, sebelum itu Bajet 2011 telah menawarkan Skim Rumah Pertamaku terbuka bagi golongan belia yang berpendapatan kurang dari RM3000 di bawah umur 35 tahun. Skim ini, bertujuan menggalakkan golongan belia memiliki kediaman sendiri selain mengikat para peminjam sehingga hampir seumur hidup mereka engan pinjaman minimum RM100,000 sehingga RM220,000.

Seperkara yang menarik perhatian, dari nilai yang dinyatakan, rasanya sangat jauh berbeza dengan realiti harga hartanah, rumah standard yang selesa terutamanya di kawasan bandar terutamanya di Lembah Klang. Lupakan sebuah rumah yang selesa dan tenteram! Lalu persoalan demi persoalan timbul. Apakah kerajaan pimpinan Najib benar-benar ikhlas dalam membantu golongan belia? Sekiranya kerajaan komited untuk membantu golongan belia memiliki rumah, nilai jumlah pinjaman harus ditingkatkan.

Dasar haruslah realis. Mungkin perlu dikelaskan kepaa kawasan-kawasan tertentu agar ia tidak mengetepikan impian golongan belia yang ingin memiliki kediaman yang selesa di sekitar Kuala Lumpur. Kita melihat tawaran ini lari dari realiti yang sebenarnya dan boleh kita nyatakan bahawa tawaran ini cuma sekadar untuk meraih undi?

Belia bangkit melakar sejarah!

Jujur, saya tidak peduli. Biarpun tiga juta belia dihimpunkan di Putrajaya; paling penting kita harus sedar apakah rasional mereka dihimpunkan? Semata-mata untuk menghiburkan atau menunjukkan keprihatinan kerajaan sebagai match maker bagi belia-belia yang masih single? Malah, target 1 juta yang diwar-warkan nampak retorik apabila anggaran yang hadir cuma kurang lebih 10 ribu.

Saya bukan skeptikal, baguslah, sekurang-kurangnya kerajaan melakukan sesuatu untuk mengisi jiwa-jiwa belia ini. Akan tetapi, apakah wajar ratusan ribu ringgit malah mungkin mencatatkan angka juta dibelanjakan untuk program sedemikian lebih-lebih lagi ia jauh tersasar dari target? Semasa rakyat dihimpit dengan rasionalisasi harga gula dan bahan api, terkini, rakyat berhadapan dengan pelarasan semula tarif elektrik, ini merupakan salah satu isu pembaziran wang negara yang harus diambil peduli.

Objektif himpunan 1 juta belia ini bertujuan untuk menghargai sumbangan belia. Justeru, kita melihat dikesempatan inilah Najib mengambil peluang menyeru agar para belia mempertahankan Putrajaya. Antara lain dalam ucapannya berkata,

"Di sini, satu juta belia berkumpul di Putrajaya bagi mempertahankan kerajaan. Sanggupkah anda mempertahankan Putrajaya bersama saya?" lalu disambut dengan jeritan "ya". Ucapan beliau kemudian disambung dengan laungan "Pertahankan Putrajaya" sebanyak tiga kali.

Ucapan ini terang-terang sebuah justifikasi. Lalu, kita berfikir, apakah yang mahu dipertahankan Najib? Dengan rekod pentadbiran yang dihantui dengan skandal-skandal besar seperti isu Scorpene, malah beliau sendiri masih belum bersih dengan isu Altantuya, komplot Liwat II, isu video lucah, isu keganasan Polis, isu rasuah dan SPRM, dilema ekonomi dan sosial negara yang kian menghimpit rakyat malah banyak lagi.

Sekali lagi kita bertanya, pertahankan Putrajaya daripada pembangkang? Apa rasionalnya mempertahankan kerajaan yang telah lama diberi mandat tetapi menunjukkan prestasi yang menjengkelkan? Siapa yang harus ditukar sekarang? Rakyat harus jangan ditipu sekali lagi hidup-hidup dan para belia Malaysia harus bangkit melakar sejarah!

*Hafiz Zainuddin ialah kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

HAKIM YANG BAKAL DIPECAT DI ERA PAKATAN MEMERINTAH



Kes Anwar : Zabidin Sudah Pun Buat Keputusan Muktamad, Kata Karpal




KUALA LUMPUR 2 JUN : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk melucutkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah daripada terus mendengar perbicaraan itu, kerana bersifat berat sebelah.

Ini kerana Zabidin seolah-olah sudah membuat keputusan mensabitkan Anwar di atas tuduhan liwat apabila menerima segala keterangan saksi pendakwaraya termasuk pengadu Saiful Bukhari Azlan sebagai benar tanpa mendengar pembelaan Datuk Seri Anwar, kata peguam Karpal Singh.

Pada 16 Mei lalu, Zabidin mengarahkan Anwar supaya membela diri terhadap tuduhan liwat oleh Saiful itu namun menurut Karpal, Anwar tidak berupaya mendapat perbicaraan adil sebagaimana yang terjamin di bawah Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan.

Karpal Singh berkata, penghakiman Zabidin tidak masuk akal kerana beliau seolah-olah sudah pun membuat keputusan muktamad setelah selesai mendengar keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan.

“Hakim telah salaharahkan dirinya dalam menafsir perkataan prima facie. Beliau telah pun membuat keputusan penuh menerima keterangan Saiful sebagai sesuatu yang benar tanpa mendengar pembelaan Anwar terlebih dahulu,” kata Karpal.

“Apabila hakim mengambil pendirian sedemikian, apa lagi ruang yang tinggal untuk pihak yang membela diri,” tambah Karpal.

"Pada peringkat ini, hakim tidak harus membuat rumusan yang konklusif,” tambah beliau.

Karpal menegaskan tindakan Zabidin bercanggah dengan prinsip keadilan. Justeru pihaknya memohon supaya Zabidin menarik diri dan digantikan dengan hakim yang lain.

Dalam permohonan yang difailkan, Anwar berkata Zabidin tidak boleh membuat rumusan bahawa keterangan saksi-saksi pendakwaraya termasuk Saiful adalah benar tanpa mendengar daripada pihak pembela.

“Hakim telah membuat satu penemuan konklusif, (malah) memutuskan pendakwaraya telah membuktikan kesnya tanpa keraguan mengenai kesalahan tertuduh. Ini menjadikan seksyen 182A(1) Kanun Acara Jenayah sia-sia,” tambah Anwar.

Peruntukan itu mewajibkan hakim untuk membuat keputusan muktamad hanya setelah mendengar kes pendakwaraya dan pembela,” kata Anwar.

“Sekiranya perbicaraan saya disambung oleh Datuk Zabidin, saya percaya saya tidak akan menerima satu perbicaraan yang adil,” tambah Anwar.

Bulan lalu, hakim memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan ada kes prima facie terhadap Anwar dan mengarahkan tertuduh mempertahankan dirinya.

 Hakim Zabidin juga berkata, beliau mendapati bahawa keterangan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang "berwibawa."

Antara lain Saiful member keterangan bahawa beliau dipaksa melakukan jenayah itu tetapi sempat minum kopi dan makan karipap sebelum meninggalkan bangunan kondomium berkenaan.

Beliau juga hadir kerja seperti biasa pada keesokan hari nya dan hanya membuat laporan polis dua hari selepas kejadian itu di dakwa berlaku.

Ini kali ketiga bagi Anwar untuk melucutkan Zabidin sebagai hakim yang mendengar kes itu.

Permohonan pertama dibuat pada Februari tahun lalu apabila Zabidin tidak memberikan amaran kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia atas dakwaan menghina mahkamah.

Satu lagi difailkan pada November lalu berikutan amaran hakim itu yang cuba mengugut peguam utama Karpal Singh dengan tindakan menghina mahkamah.

Kedua-dua permohonan itu ditolak.

Skandal Altantuya-Scorpene - Najib Perlu Jawab Lawatan Macau, Kata Tian



PETALING JAYA 2 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menjelaskan kenapa Kementerian Pertahanan di bawah pimpinannya didakwa berurusan dengan seorang warga Perancis yang terpalit dengan rasuah ketika menguruskan pembelian kapal selam pada tahun 1994.

Jean-Marie Bovin menubuhkan sebuah syarikat berpengkalan di Malta, bernama Gifen untuk membiayai perjalanan penasihat Najib, Abdul Razak Baginda, warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dan seorang lagi yang tidak dikenali, menurut Tian.

Bovin didakwa terbabit skandal pembelian kapal selam oleh Pakistan daripada Perancis yang turut membabitkan pembayaran komisyen lumayan kepada pihak tertentu pada tahun 90an.

Menurut Tian, syarikat Gifen berpengkalan di Malta, dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia yang ketika itu diketuai oleh Najib mengarahkan pembiayaan perjalanan Abdul Razak Baginda, mendiang Altantuya Shaariibuu dan individu ketiga yang masih belum dikenalpasti.

"Pada tahun 2002, kita tahu ada tiga individu yang dibiayai oleh syarikat Malta (Gifen) dari KL ke Macau. Sekali lagi satu kemusykilan wujud mengapa rundingan membeli kapal selam perlu pergi ke Macau," kata Tian kepada wartawan.

 Tian berkata soalan itu perlu dijawab oleh Najib sendiri selaku Menteri Pertahanan ketika itu dan bukannya menteri sekarang, Zahid Hamidi.

Zahid sebelum ini menawar untuk memberi keterangan pada kepada badan kehakiman Perancis yang bersetuju untuk menyiasat unsur rasuah dalam pembelian kapal selam oleh Malaysia.

"Saya tidak rasa (Datuk Seri) Zahid Hamidi mengetahui perkara ini, maka hanya bekas Menteri Pertahanan (Najib) yang boleh jelaskan sebab arahan pembayaran dan identiti (tiga) individu datang daripada Kementerian Pertahanan dan mereka hanya membuat bayaran lawatan tersebut," jelas Tian.

Skandal kapal selam itu berpaksi kepada pembunuhan warga Mongolia dan kekasih Abdul Razak, Altantuya Shaariibuu dan pembayaran komisyen sejumlah RM534 juta dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd, yang dikuasai oleh Abdul Razak dan isterinya, Mazlinda Makhzan.

Antara ahli lembaga pengarah Perimekar ialah Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin.

"Isunya sekarang mengapa bayar kepada Perimekar di mana kami dapat tahu tiada sesiapa dalam syarikat itu mempunyai kepakaran dalam undang-udang Eropah," ujar Tian.

Pertubuhan bukan kerajaan Suaram melantik dua peguam Perancis untuk menfailkan permohonan supaya kes itu disiasat setelah kerajaan Malaysia dilaporkan cuba melindungi amalan rasuah itu, walaupun setelah Altantuya mati dibom pada tahun 2006.

Tian berkata Najib harus mengarahkan Jabatan Imigresen membuat semakan ke atas identiti individu ketiga yang menyertai Altantuya dan Abdul Razak ke lawatan mereka ke Macau pada tahun 2002.

Najib sebelum ini bersumpah beliau tidak mengenali Altantuya sungguhpun dakwaan itu dinafikan oleh penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam.

"Juga untuk keadilan keluarga Altantuya, kita patut korek kerana perbiacaraan pembunuhan kejam itu, maklumat ini tidak pernah diketengahkan," kata Tian.

Tian juga mendesak agar kerajaan memberikan nilai kontrak sebenar pembelian dua kapal selam Scorpene dari Perancis itu kerana berdasarkan maklumat-maklumat yang diperolehi, kos itu melebihi RM1.3 bilion.

Skandal Altantuya-Scorpene - Najib Perlu Jawab Lawatan Macau, Kata Tian



PETALING JAYA 2 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menjelaskan kenapa Kementerian Pertahanan di bawah pimpinannya didakwa berurusan dengan seorang warga Perancis yang terpalit dengan rasuah ketika menguruskan pembelian kapal selam pada tahun 1994.

Jean-Marie Bovin menubuhkan sebuah syarikat berpengkalan di Malta, bernama Gifen untuk membiayai perjalanan penasihat Najib, Abdul Razak Baginda, warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dan seorang lagi yang tidak dikenali, menurut Tian.

Bovin didakwa terbabit skandal pembelian kapal selam oleh Pakistan daripada Perancis yang turut membabitkan pembayaran komisyen lumayan kepada pihak tertentu pada tahun 90an.

Menurut Tian, syarikat Gifen berpengkalan di Malta, dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia yang ketika itu diketuai oleh Najib mengarahkan pembiayaan perjalanan Abdul Razak Baginda, mendiang Altantuya Shaariibuu dan individu ketiga yang masih belum dikenalpasti.

"Pada tahun 2002, kita tahu ada tiga individu yang dibiayai oleh syarikat Malta (Gifen) dari KL ke Macau. Sekali lagi satu kemusykilan wujud mengapa rundingan membeli kapal selam perlu pergi ke Macau," kata Tian kepada wartawan.

 Tian berkata soalan itu perlu dijawab oleh Najib sendiri selaku Menteri Pertahanan ketika itu dan bukannya menteri sekarang, Zahid Hamidi.

Zahid sebelum ini menawar untuk memberi keterangan pada kepada badan kehakiman Perancis yang bersetuju untuk menyiasat unsur rasuah dalam pembelian kapal selam oleh Malaysia.

"Saya tidak rasa (Datuk Seri) Zahid Hamidi mengetahui perkara ini, maka hanya bekas Menteri Pertahanan (Najib) yang boleh jelaskan sebab arahan pembayaran dan identiti (tiga) individu datang daripada Kementerian Pertahanan dan mereka hanya membuat bayaran lawatan tersebut," jelas Tian.

Skandal kapal selam itu berpaksi kepada pembunuhan warga Mongolia dan kekasih Abdul Razak, Altantuya Shaariibuu dan pembayaran komisyen sejumlah RM534 juta dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd, yang dikuasai oleh Abdul Razak dan isterinya, Mazlinda Makhzan.

Antara ahli lembaga pengarah Perimekar ialah Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin.

"Isunya sekarang mengapa bayar kepada Perimekar di mana kami dapat tahu tiada sesiapa dalam syarikat itu mempunyai kepakaran dalam undang-udang Eropah," ujar Tian.

Pertubuhan bukan kerajaan Suaram melantik dua peguam Perancis untuk menfailkan permohonan supaya kes itu disiasat setelah kerajaan Malaysia dilaporkan cuba melindungi amalan rasuah itu, walaupun setelah Altantuya mati dibom pada tahun 2006.

Tian berkata Najib harus mengarahkan Jabatan Imigresen membuat semakan ke atas identiti individu ketiga yang menyertai Altantuya dan Abdul Razak ke lawatan mereka ke Macau pada tahun 2002.

Najib sebelum ini bersumpah beliau tidak mengenali Altantuya sungguhpun dakwaan itu dinafikan oleh penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam.

"Juga untuk keadilan keluarga Altantuya, kita patut korek kerana perbiacaraan pembunuhan kejam itu, maklumat ini tidak pernah diketengahkan," kata Tian.

Tian juga mendesak agar kerajaan memberikan nilai kontrak sebenar pembelian dua kapal selam Scorpene dari Perancis itu kerana berdasarkan maklumat-maklumat yang diperolehi, kos itu melebihi RM1.3 bilion.

Indonesia turun harga petrol, Malaysia?

Indonesia turun harga petrol, Malaysia?
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 2 Jun: PAS mempersoal sikap kerajaan Malaysia yang hanya berfikir mahu menaikkan harga petrol temasuk RON 95 sedangkan Indonesia bertindak menurunkan harga bahan bakar itu kali kedua dalam tempoh seminggu.

Kelmarin, PT Pertamina Indonesia mengambil tindakan untuk kali kedua dalam tempoh seminggu iaitu menurunkan harga petrol antara Rp 200 hingga Rp 600 per liter atau dalam RM0.07 hingga RM0.21 seliter.

Ketua Penerangan PAS Perak ketika mengulas perkara itu berkata, tindakan yang diambil oleh Kerajaan Republik Indonesia itu merupakan satu jawapan yang jelas kepada apa yang telah dikatakan oleh Pakatan Rakyat di Malaysia bahawa harga minyak boleh diturunkan.

"Pakatan Rakyat menegaskan berulang bahawa Malaysia mampu menurunkan harga minyak bila BN jadi pembangkang selepas PRU ke 13 nanti.

"Malah ada isu yang mengatakan sepatutnya harga minyak di Malaysia sekiranya pengurusan ekonomi negara tidak pincang selama 50 tahun lebih sebenarnya boleh sampai ke tahap RM 0.60 seliter dan tidak semahal sekarang,"katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau turut mempersoal apa penjelasan yang mahu diberikan Umno BN dengan tindakan terbaru negara jiran itu.

Sebelum ini kata Khalil, pemimpin Umno BN sering mengatakan ekonomi Malaysia lebih baik dari Indonesia namun Malaysia dia tidak mampu untuk membela rakyatnya dengan menurunkan harga minyak.

"Ternyata Pemimpin BN berbohong kepada rakyat Malaysia dengan tidak mampu membela nasib rakyatnya yang duduk dalam keadaan tertekan dan dihimpit resiko kenaikan harga barang apabila setiap kali harga minyak naik.

"Realitinya pemimpin BN sekarang menjadi penghisap darah kepada rakyat dengan sewenangnya menaikkan harga minyak RON 97 dan pada bila-bila masa RON 95 akan mengalami kenaikan harga,"tegasnya.

Sehubungan itu beliau menyeru rakyat memastikan dalam PRU ke 13 akan datang BN diletakakan sebagai pembangkang dan memberi harapan kepada Pakatan Rakyat bagi menyelamatkan ekonomi Malaysia yang semakin kritikal.

PKR cabar PPA, mahu bawa Putrajaya ke mahkamah

PETALING JAYA, 2 Jun — PKR akan memulakan tindakan perundangan bagi memaksa pentadbiran Najib mengklasifikasikan semula perjanjian belian tenaga (PPA) yang dimeterai dengan pengeluar-pengeluar tenaga bebas (IPP).

Bendahari Agung PKR William Leong berkata, parti itu akan memberi kerajaan masa selama seminggu untuk berbuat demikian dan jika tidak akan memfailkan kes di mahkamah.

SUHAKAM:KENYATAAN AKHBAR








SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA
HUMAN RIGHTS COMMISSION OF MALAYSIA Tel: 603-2612 5600
TINGKAT 11, MENARA TH PERDANA, Fax: 603-2612 5620
JALAN SULTAN ISMAIL, Email:humanrights@suhakam.org.my
50250 KUALA LUMPUR Web:www.suhakam.org.my
“Hak Asasi Untuk Semua”



“Human Rights For All”

KENYATAAN MEDIA
HORMATI HAK PERUMAHAN
HENTIKAN PEROBOHAN PAKSA PENDUDUK PJS1


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menggesa semua pihak termasuk
Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan pihak Pemaju Peter’s
Brickworks Sdn Bhd untuk menghormati Hak Perumahan Rakyat dan menghentikan segera
tindakan merobohkan rumah penduduk PJS1.


Suruhanjaya yang diwakili oleh Pesuruhjaya Encik Muhammad Sha’ani Abdullah dan beberapa
orang pegawai telah melawat kawasan rumah panjang PJS1 pada hari ini untuk memantau
aktiviti perobohan secara paksa tiga buah rumah setinggan yang masih belum berpindah
kerana tidak memiliki rumah yang dijanjikan. Ketika lawatan, Suruhanjaya difahamkan
bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan notis pembekuan kerja pembangunan
terhadap pemaju berkuatkuasa 30 Mei 2011 sehingga masalah penempatan serta sekolah
diselesaikan. Namun Suruhanjaya dimaklumkan bahawa pihak pemaju masih ingin
meneruskan kerja-kerja perobohan tanpa menghiraukan notis tersebut.


Suruhanjaya menyifatkan tindakan pihak pemaju yang tidak prihatin yang mahu meneruskan
perobohan rumah sebagaimana yang didakwa adalah satu tindakan yang menyalahi hak
asasi manusia. Hak perumahan wajar merupakan satu keperluan asas kepada manusia
sepertimana yang termaktub dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR)
dan Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan
(ICESR).


2
Malah, tindakan pemaju juga bertentangan dengan Deklarasi Habitat Agenda 1992,
Local Agenda 21 dan Resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai
pengusiran paksa 1993 (United Nations Resolution on Forced Evictions 1993).
Justeru itu, Suruhanjaya mengesa pihak pemaju untuk memberi jaminan dengan
menyediakan perumahan alternatif yang tetap dan mampu dimiliki sebelum sebarang
tindakan perobohan dilakukan. Selain itu, Suruhanjaya juga menasihatkan pihak pemaju
untuk mengadakan rundingan dengan pihak-pihak yang terlibat agar isu ini dapat
diselesaikan dengan baik. Pada masa yang sama, Suruhanjaya menyarankan Kerajaan
Negeri Selangor memastikan hak perumahan rakyatnya tidak dicabuli oleh mana-mana pihak.



…TAMAT…

“HAK ASASI UNTUK SEMUA”
(TAN SRI HASMY AGAM)
Pengerusi
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
31 Mei 2011

PRU-13 tahun ini untuk selamatkan Malaysia!


Ooi Heng

Adakah kenaikan tarif elektrik dan kemungkinan peningkatan harga bahan api akibat harga minyak global yang terus melambung akan melewatkan pilihan raya umum ke-13 (PRU Ke-13)? Jangkaan pelbagai pihak termasuk penganalisa politik popular Bridget Welsh nampaknya tidak yakin dengan kemungkinan PRU Ke-13 diadakan pada tahun ini.

Pelbagai faktor dilontarkan dalam teka-teki sedemikian. Namun saya berpendapat, tidak kira sebesar mana kesan kenaikan tarif elektrik kepada rakyat jelata, Perdana Menteri Najib (gambar kiri) akan menghadap Yang di-Pertuan Agong dan mengumumkan pembubaran Parlimen ke-12 dalam masa singkat - seawal bulan Jun tahun ini - ya, seawal bulan ini! Malahan saya menjangkakan dan berharap, PRU Ke-13 diadakan seawal bulan Julai tahun ini dan selewat-lewatnya akhir tahun ini juga.

Saya masih ingat, semasa teka-teki tarikh PRU Ke-12 mula menjadi hangat, pendapat sesetengah pihak adalah bahawa Parlimen ke-11 hanya akan dibubarkan selepas "projek koridor Pak Lah" menampakkan hasil pada peringkat awal yang dapat meyakinkan pengundi bahawa Kerajaan Pak Lah berkemampuan mentadbir urus ekonomi negara dengan baik dan berkesan. Maka PRU Ke-12 tidak akan diadakan seawal Mac 2008 seperti yang umum sedia maklum.

Sebagai imbasan ingatan, apa yang berlaku pada ketika itu adalah Parlimen ke-11 dibubarkan sejurus selepas pelancaran Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (Score) di Bintulu Waterfront Prominade oleh Pak Lah. Dengan kata lain, Parlimen ke-11 dibubarkan pada 13 Februari 2008, dua hari selepas Pak Lah (gambar kanan) "menyempurnakan" pusingan pelancaran projek koridor selama dua tahun bermula dengan pengumuman Koridor Iskandar Malaysia pada 30 Julai 2006. Bukan selepas laporan kemajuan secara keseluruhan diumumkan.

Hari ini, kita telah menyaksikan pengumuman satu per satu pelan transformasi yang kononnya dapat mentransformasi ekonomi negara khususnya menaik-taraf Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi. Adakah Parlimen ke-12 hanya akan dibubarkan selepas laporan kemajuan secara keseluruhan diumumkan? Saya rasa tidak. Meskipun laporan satu per satu terus dipaparkan melalui akhbar harian mengenai apa yang bergelar "pencapaian KPI" pelan transformasi, kemajuan sebenar yang bermakna masih tidak kelihatan. Laporan akhbar sedemikian lebih merupakan propaganda daripada menonjolkan transformasi.

Rintangan transformasi datang dari UMNO-Putra

Semenjak krisis kewangan 1997/98, masalah struktur ekonomi negara terus diabaikan dan kitaran ekonomi sering dibangkitkan sebagai sesuatu yang semula jadi dalam arena ekonomi. Maka tiada kaitan langsung dengan rejim pemerintah yang korup. Setelah "khayalan wawasan 2020" berkecai dan rakyat jelata bangun dari "mimpi 2020" atau lebih tepat "jampi 2020", kedua-dua Perdana Menteri yakni Pak Lah dan Najib sedar bahawa transformasi ekonomi negara hanya akan terjadi apabila perubahan besar dilakukan. Namun, rintangan besar yang menghalang perubahan atau transformasi datang dari dalaman UMNO itu sendiri, khususnya golongan UMNO-putra dan kroni mereka.

Hari ini, apa yang menjadi rebutan golongan UMNO-putra ialah keterlibatan mereka dalam proses bergelar transformasi supaya projek-projek dan kontrak-kontrak diberikan kepada mereka, bukan pelaksanaan dasar ekonomi berdasarkan saranan awal Model Ekonomi Baru (MEB). Respons Pengerusi UDA Holdings Bhd Nur Jazlan Mohamed terhadap dakwaan berhubung projek Bukit Bintang City Centre (BBCC) jelas memperlihatkan betapa ghairah dan tidak sabarnya golongan UMNO-putra dalam mengumpul kekayaan sebelum ketibaan PRU Ke-13.

Nur Jazlan mempersoalkan mengapa pemimpin PERKASA dan UMNO menuduh UDA Holdings mengetepikan keperluan syarikat Bumiputera dalam membangunkan projek bernilai RM6.7 bilion itu walaupun keputusan rasmi masih belum dibuat. Antara ungkapan Nur Jazlan seperti "saya juga ahli UMNO, ini bukan pembangkang yang serang kita, tapi ahli UMNO sendiri" dan "agenda Bumi ada kosnya dan UDA tidak boleh lagi untuk menanggung kos-kos ini", jelas membuktikan betapa tidak yakinnya golongan UMNO-putra dalam soal kemenangan PRU Ke-13 oleh UMNO-Barisan Nasional, khususnya selepas kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011.

Dalam konteks ini, Najib berhadapan dengan dilema yang sama dengan Pak Lah. Meskipun Pak Lah berjaya melancarkan senarai projek koridor dan Najib berjaya mengumumkan senarai pelan transformasi satu per satu, mustahil mereka yang merupakan pemimpin UMNO tidak tahu bahawa kelemahan struktur ekonomi negara tidak akan dapat ditangani selagi mentaliti golongan UMNO-putra masih memegang kuat kepada kuota Bumiputra demi kepentingan peribadi.

Dengan kata lain, jikalau PRU Ke13 tidak diadakan dalam tahun ini, apa yang akan dipertikaikan tahun depan bukan lagi sekadar soal inflasi tetapi termasuk kemajuan sebenar ekonomi dan pembangunan negara yang tidak dapat dijawab oleh Perdana Menteri melainkan jika politik talam dua muka diteruskan.

Bayangkan perasaan dan tekanan hidup golongan berpendapatan kurang daripada RM2,300 khususnya orang Melayu pada tahun depan apabila harga barangan utama dan harian semakin tidak terkawal sementara golongan UMNO-putra teruskan gaya hidup mewah selagi kuota Bumiputra dikekalkan untuk mengayakan mereka dan saranan asal MEB diketepikan.

Tarif elektrik di negara ini bakal dinaikkan setiap enam bulan. Ketidaktentuan harga minyak di pasaran dunia lebih besar pada tahun depan. Kerajaan Najib bukan sahaja berdepan dengan tekanan kenaikan harga minyak dan inflasi, tetapi juga berdepan dengan hutang negara dan defisit fisikal yang semakin tidak terkawal akibat keghairahan golongan UMNO-putra yang tidak terhingga dan tata kelola yang lemah.

Pengiraan kasar MerdekaReview pada akhir tahun 2010, mendapati bahawa "Kerajaan Malaysia dijangka berdepan dengan saat-saat gentingnya untuk menyelesaikan hutang sebanyak RM101.65 bilion dalam tempoh tiga tahun, iaitu dari tahun 2010 hingga 2012, apabila Sekuriti kerajaan Malaysia (bon kerajaan) dan Sukuk yang berjumlah ratusan bilion ringgit ini sampai tarikh tebusannya."

UMNO-putra ada masa untuk kaut kekayaan

Lantaran itu, jika sekiranya Parlimen Ke-12 dibubarkan pada tahun depan, golongan UMNO-putra mempunyai masa yang lebih untuk mengumpul kekayaan yang lebih sementara lubang hutang negara akan menjadi lebih besar. Kemarahan rakyat tidak akan diredakan biarpun PRU Ke-13 dilewatkan kepada tahun depan.

Jangan lagi Najib mimpikan perubahan pola pengundian bandar! Undi akan kekal diberi kepada Pakatan Rakyat. Jangan juga Pakatan Rakyat sekadar mimpikan perubahan pola pengundian desa tanpa gerak kerja seluas-luasnya dalam kawasan kampung Melayu, rumah panjang Iban dan Kadazan.

Sesungguhnya, persoalan "Bilakah PRU Ke-13 akan diadakan?" patut ditukar kepada "Bilakah PRU Ke-13 wajar diadakan?" Sebab satu sahaja: jangan kita biarkan kekayaan negara dikaut habis-habisan baharu didesak diadakan PRU Ke-13!

Ekonomi negara lemah kerana golongan UMNO-putra dan dasar UMNO yang mementingkan kepentingan peribadi. Golongan sedemikian juga mahukan PRU Ke-13 dilewatkan. Ayuh kita bangkit mendesak agar PRU Ke-13 dijalankan tahun ini! Biar kita menyelamatkan negara yang berada di ambang bahaya! Demi rakyat, demi generasi akan datang dan demi masa depan yang lebih cerah.

Segera kita bangun dari "jampi 2020"! Tanpa perubahan dan pembaharuan besar, Malaysia tidak akan menjadi negara maju berpendapatan tinggi. Perubahan dan pembaharuan besar bermula dengan pertukaran rejim di peringkat Persekutuan.

*Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview.

Pegawai Kerajaan Juga Wajib Pegang Amanah Untuk Rakyat




SELAYANG 1 JUN : Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pegawai Kerajaan Negeri Selangor termasuk di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya melaksanakan amanah yang diberikan dengan jujur bagi kemudahan dan keadilan rakyat.

Malah kata Anwar, mereka tidak perlu merasa takut untuk menjalankan tugas yang diberikan biarpun ia dikatakan bercanggah dengan prinsip mahupun amalan kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Anwar berkata demikian pada Wacana Ekonomi di Majlis Perbandaran Selayang hari ini.

Menceritakan pengalamannya sebagai Menteri Kewangan selama lapan tahun, Anwar memberitahu bagaimana Pegawai Kementeriannya bertindak mengikut arahan beliau sehingga menyebabkan kenaikan tol tidak berlaku ketika itu, walaupun didesak oleh menteri-menteri lain.

"Ini pegawai yang mainkan peranan. Pegawai di Kementerian Kewangan buat perkiraan beritahu tidak munasabah tol dinaikkan. Saya yakin perkiraan itu,"kata Anwar.

"Satu tindakan dari pegawai itu beri kesan kepada puluhan jika tidak ratusan orang. Ini tanggungjawab kita dalam bicara soal ini. Tetapi lebih dari itu, sebagai rakyat dan pegawai kerajaan, kita harus tahu apa kepincangan yang berlaku dan kenapa sebahagian dari kami termasuk kerajaan negeri beri kenyataan atau ketetapan yang bercanggah dengan Pusat," tambah beliau.

Anwar dalam ucaptama wacana itu hari ini menyatakan perancangan dan dasar kerajaan negeri adalah untuk membela nasib rakyat yang tidak mendapat dokongan sewajarnya dari kerajaan Pusat.

Sebagai contoh, Anwar menyatakan perjanjian antara kerajaan dan Pembekal Tenaga Bebas (IPP) hanya memberi keuntungan kepada ahli perniagaan dan kroni yang rapat dengan pemerintah, sedangkan rakyat pula menanggung beban akibat kenaikan tarif elektrik.

Menurut Anwar, bekas Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Tan Sri Ani Arope pernah menyatakan kepada umum bahawa beliau tidak setuju dengan harga yang terlalu mahal dikenakan oleh IPP kepada TNB.

"Berlaku tahun 96, kesannya sehingga kini.Sekarang naik lagi. Syarikat IPP untung sehingga RM 4 billion, rakyat harus bayar kos lebih. Ini soal dasar dan pentadbiran. Ini fakta yang tidak boleh dinafikan. Media Umno boleh padamkan tapi inilah kenyataan ketua TNB ketika itu, Tan Sri Ani Arope," kata Anwar.

Menurut Anwar hal itulah sebenarnya yang ditentang Pakatan Rakyat kerana dasar sedemikian menjadikan rakyat semakin terhimpit hanya untuk kepentingan pihak tertentu.

"Sepatutnya bila kita swastakan sepatutnya menjadikan ia sepatutnya lebih kompetetif. Samada ia jadi lebih cekap bila kita bayar harga sama, atau harga lebih murah.

"Untung berbilion harga tarif nak naik lagi. Ini perkiraan apa? Ini bermakna kita pelihara syarikat kaya tapi membebankan rakyat di bawah," katanya lagi.


Menjaja Aib Orang Untuk Kekal Kuasa, Punca Keruntuhan Negara


SHAH ALAM 1 JUN : Menjaja kelemahan orang lain dan menabur fitnah ke atas mereka untuk membunuh karier politik dan kemudiannya memenangkan satu lagi pihak bagaikan amalan yang sudah dihalalkan di negara ini.

Hal ini kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin nyata sekali bukanlah perkembangan yang sihat kepada negara dan haruslah dihentikan segera jika tidak mahu moral rakyat di negara ini runtuh hanya kerana fitnah.
Ujar beliau, aib individu yang dianggap musuh kepada kerajaan seperti Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim misalnya dibuka sewenang-wenangnya, fitnah disebar luas tanpa batasan, sehinggakan perkara yang menjadi tunjang kepada pembangunan negara terabai tanpa perhatian.

“Kita tidak bersetuju dengan budaya fitnah ini kerana akhirnya menyebarkan cerita lucah di muka hadapan akhbar. Isu benar atau tidak itu soal kedua. Masalah utama menjadikan masalah peribadi orang sebagai modal politik untuk dibincangkan di peringkat nasional sehingga kita lupa dengan segala isu lain. Itu kita tidak dapat terima.

“Saya ingin menyebut secara adilnya, ia bukan bermula daripada isu tersebut (video seks yang dikaitkan dengan Anwar). Sejak sekian lama di Malaysia ini suka menggunakan kelemahan orang lain untuk diangkat menjadi isu politik. Bukan sahaja isu Anwar Ibrahim, hatta isu Altantuya (Shaariibuu) dan berbagai-bagai isu sebelum ini.

“Dan adalah tidak betul orang agama bila sampai satu isu bila tidak berpihak kepadanya, dia akan keluarkan dalil mengatakan ia tidak boleh digunakan. Apabila kena dengan orang lain, dia diamkan dalil. Itu tidak adil. Saya harap kita konsisten, PAS dengan Umno mesti adil dalam hal ini. Tidak boleh mengeluarkan keaiban orang untuk kepentingan politik secara meluas. Tidak PAS, tidak Umno,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Wacana Fitnah Ancaman Umat Akhir Zaman ketika ditanya salah seorang audiens yang turut membanjiri auditorium Kumpulan Media Karangkraf semalam.

Antara barisan panelis pada program tersebut ialah Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Dr Asri semalam turut memberi peringatan kepada kerajaan untuk menghentikan permainan kotor sebegini yang dilihat sebagai perkara yang membuang masa semua pihak terutamanya rakyat Malaysia terhadap isu-isu sebegini.

“Kita tetap meminta kerajaan menghentikan isu ini dimainkan terutama dalam akhbar-akhbar tertentu dan mainkan dalam media kerana kerajaan telah membazirkan masa rakyat dan telah membazirkan tumpuan rakyat dalam isu-isu yang penting,"katanya.

Sementara Nasrudin pula berpendirian, penyebaran tayangan video seks ke seluruh negara termasuk di akhbar dan Internet lebih menjurus ke arah fitnah dan bukannya berlandaskan untuk menegakkan keadilan.

“Bagi kes Anwar, Islam menyuruh kita membawa empat saksi, bukan empat klip video. Empat saksi yang adil. Kalau kita hendak kontras dengan al-Quran (memang) tidak boleh. Ini wahyu dan satu kehendak agama. Kita perlu lihat hikmah Allah menyatakan demikian, kita tidak mudah menghukum sebab mengikut kaedah Islam, salah membebaskan orang yang silap lebih baik daripada menjatuhkan hukuman orang yang tidak bersalah... Hikmahnya, kerana untuk memelihara maruah orang,” katanya.

Sementara Khairy pula berpendapat, pihak yang menganjurkan tayangan video seks secara terbuka di Carcosa Seri Negara pada Mac lalu harus dikenakan tindakan tegas.

“Berkaitan kes video Anwar, kita semua bersetuju kita tidak mahu mengaibkan orang dalam mana-mana politik terutamanya dalam negara orang Islam seperti Malaysia, kita ada peradaban di mana kita tidak mengaibkan orang,” katanya.

Menjaja Aib Orang Untuk Kekal Kuasa, Punca Keruntuhan Negara


SHAH ALAM 1 JUN : Menjaja kelemahan orang lain dan menabur fitnah ke atas mereka untuk membunuh karier politik dan kemudiannya memenangkan satu lagi pihak bagaikan amalan yang sudah dihalalkan di negara ini.

Hal ini kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin nyata sekali bukanlah perkembangan yang sihat kepada negara dan haruslah dihentikan segera jika tidak mahu moral rakyat di negara ini runtuh hanya kerana fitnah.
Ujar beliau, aib individu yang dianggap musuh kepada kerajaan seperti Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim misalnya dibuka sewenang-wenangnya, fitnah disebar luas tanpa batasan, sehinggakan perkara yang menjadi tunjang kepada pembangunan negara terabai tanpa perhatian.

“Kita tidak bersetuju dengan budaya fitnah ini kerana akhirnya menyebarkan cerita lucah di muka hadapan akhbar. Isu benar atau tidak itu soal kedua. Masalah utama menjadikan masalah peribadi orang sebagai modal politik untuk dibincangkan di peringkat nasional sehingga kita lupa dengan segala isu lain. Itu kita tidak dapat terima.

“Saya ingin menyebut secara adilnya, ia bukan bermula daripada isu tersebut (video seks yang dikaitkan dengan Anwar). Sejak sekian lama di Malaysia ini suka menggunakan kelemahan orang lain untuk diangkat menjadi isu politik. Bukan sahaja isu Anwar Ibrahim, hatta isu Altantuya (Shaariibuu) dan berbagai-bagai isu sebelum ini.

“Dan adalah tidak betul orang agama bila sampai satu isu bila tidak berpihak kepadanya, dia akan keluarkan dalil mengatakan ia tidak boleh digunakan. Apabila kena dengan orang lain, dia diamkan dalil. Itu tidak adil. Saya harap kita konsisten, PAS dengan Umno mesti adil dalam hal ini. Tidak boleh mengeluarkan keaiban orang untuk kepentingan politik secara meluas. Tidak PAS, tidak Umno,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Wacana Fitnah Ancaman Umat Akhir Zaman ketika ditanya salah seorang audiens yang turut membanjiri auditorium Kumpulan Media Karangkraf semalam.

Antara barisan panelis pada program tersebut ialah Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Dr Asri semalam turut memberi peringatan kepada kerajaan untuk menghentikan permainan kotor sebegini yang dilihat sebagai perkara yang membuang masa semua pihak terutamanya rakyat Malaysia terhadap isu-isu sebegini.

“Kita tetap meminta kerajaan menghentikan isu ini dimainkan terutama dalam akhbar-akhbar tertentu dan mainkan dalam media kerana kerajaan telah membazirkan masa rakyat dan telah membazirkan tumpuan rakyat dalam isu-isu yang penting,"katanya.

Sementara Nasrudin pula berpendirian, penyebaran tayangan video seks ke seluruh negara termasuk di akhbar dan Internet lebih menjurus ke arah fitnah dan bukannya berlandaskan untuk menegakkan keadilan.

“Bagi kes Anwar, Islam menyuruh kita membawa empat saksi, bukan empat klip video. Empat saksi yang adil. Kalau kita hendak kontras dengan al-Quran (memang) tidak boleh. Ini wahyu dan satu kehendak agama. Kita perlu lihat hikmah Allah menyatakan demikian, kita tidak mudah menghukum sebab mengikut kaedah Islam, salah membebaskan orang yang silap lebih baik daripada menjatuhkan hukuman orang yang tidak bersalah... Hikmahnya, kerana untuk memelihara maruah orang,” katanya.

Sementara Khairy pula berpendapat, pihak yang menganjurkan tayangan video seks secara terbuka di Carcosa Seri Negara pada Mac lalu harus dikenakan tindakan tegas.

“Berkaitan kes video Anwar, kita semua bersetuju kita tidak mahu mengaibkan orang dalam mana-mana politik terutamanya dalam negara orang Islam seperti Malaysia, kita ada peradaban di mana kita tidak mengaibkan orang,” katanya.

Najib Dibidas Salah Sasar Pengundi




SHAH ALAM 1 JUN : Gesaan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak kepada golongan belia di negara ini supaya bersama-sama beliau mempertahankan Putrajaya daripada pembangkang untuk mengekalkan kekuasaannya, diselar ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Menurut Johari, Najib menghantar mesej beragenda politik dan salah kepada kira-kira lapan ribu belia yang kebanyakannya dihantar sekolah masing-masing untuk menyertai himpunan tersebut, dan mereka juga bukanlah golongan pengundi.

"Saya terkejut bila Datuk Najib kata pertahankan Putrajaya. Beliau bercakap dalam nada politik. Sedangkan belia yang datang itu dengan bas. Umur 15, 16, 17 tahun. Bukan boleh mengundi pun. Beliau sampaikan mesej salah," kata Johari dalam temubual bersama TV Selangor.

Dalam ucapannya ketika melancarkan Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 pada Sabtu, Najib merujuk kepada bantahan pro-demokrasi yang berlaku di beberapa negara di Asia Barat.

Menurut Najib, beliau gembira dengan kehadiran sejuta orang anak muda di Putrajaya untuk menyokong pentadbirannya berbanding kebangkitan rakyat di Mesir awal tahun ini yang menyaksikan kejatuhan Hosni Mubarak.

Walaubagaimanapun hanya kira-kira lapan ribu belia menghadirkan diri dan kebanyakannya pelajar sekolah yang diwajibkan kehadiran ke atas mereka.

Apa yang lebih jelas kata Johari, tindakan Najib yang sengaja memberi gambaran salah bahawa Pakatan Rakyat akan melelong Putrajaya apabila menang pada pilihan raya kelak, membuktikan pentadbirannya yang tidak memahami hasrat dan jiwa murni anak muda.

"Saya rasa pelik. Samada teks Ucapan Datuk Najib disediakan oleh orang yang tidak faham. Atau Datuk Najib sendiri tidak faham hasrat dan jiwa anak muda belia negara ini. Untuk pertahankan Putrajaya kalau tidak nanti pembangkang jual. Apa ini? Bagi saya ini mentaliti tikus bercakap berdegar-degar tapi realitinya tiada," kata Johari.

Johari menyatakan sebagai Perdana Menteri, Najib perlu memberikan galakan dan menyemarakkan idealisme belia supaya membangunkan negara dengan aman dan damai di masa hadapan.

"Yang penting bagi kita ialah politik harus dilihat dari sudut yang lebih besar. Bukan politik kepartian yang sempit. Kalaupun nak bercakap dengan belia, mereka harus diberi satu impian besar untuk bangunkan negara. Kita bukan boleh hidup 100 tahun lagi. Mungkin nanti Umno dan Pakatan Rakyat pun sudah tiada, mereka ada parti lain. Beliau harus mempunyai impian besar untuk membangunkan negara dengan cara yang disepakati," kata Johari lagi.

Perlu Ambil Calon Timbalan Presiden yang "Kebal UMNO"




Abg Mat Sabu seorang yang telah menghabiskan hampir seluruh umur beliau melawan UMNO. Bak kata orang tua-tua, kalau Abg Mat dicincang 30 pun, beliau tetap tidak akan duduk bersama dengan UMNO dalam satu saf.

...Di zaman UMNO gagah dan perkasa dan di zaman PAS lemah dan ditindas (antara pilihanraya 1982 ke 1995), Abg Mat dengan berani melawan dan menentang UMNO sehingga merengkok dalam ISA sebanyak 2 kali.

Ada pun calon2 lain untuk jawatan Timbalan Presiden masih belum teruji.

Komitmen Ustaz Nasaruddin kepada agenda PERPADUANG dengan UMNO adalah satu fakta yang tidak dapat dinafikan lagi.

Adapun Ustaz Tuan Ibrahim bukanlah terkenal dengan agenda ini.

Namun, Ustaz Tuan Ibrahim terkenal dengan sikap "wala'" beliau.

Apa akan jadi sekiranya Tok Guru pergi meninggalkan kita dan Majlis Syura Ulama pula dikuasai oleh mereka2 yang jelas komited dengan agenda PERPADUANG?

Adakah Dato Tuan Ibrahim akan menolak arahan Syura untuk "BERPADU" dengan UMNO?

Tulang Besi sendiri merasakan ianya tidak akan berlaku.

Lebih lebih lagi Dato Tuan Ibrahim mempunyai hubungan rapat dengan PAS TErengganu.

Tidak hairanlah akhbar2 harian serta MUBARAK (persatuan yang 100% UMNO) juga menyokong Dato Tuan Ibrahim sebagai Timbalan Presiden PAS.

Bukan kerana Dato' Tuan Ibrahim ini PRO PERPADUANG sangat. Tapi, mereka amat arif dengan sikap WALA' Dato Tuan Ibrahim yang akan membantu agenda PERPADUANG mereka.

Adapun, Abang Mat Sabu, kita boleh harap untuk memastikan AGENDA PERPADUANG tidak menjadi kesampaian.

Kalau Ustaz Nasa, memang confirm akan terjadi PERPADUANG, tak payah wala'2.

Itu sahajalah "reservation" Tulang Besi berkaitan Dato Tuan Ibrahim. Bukan Tulang Besi kata dia jahat atau PRO UMNO. Tapi, tak konfiden beliau mampu melawan agenda PERPADUANG atas sikap beliau yang wala' itu.

Tulang Besi
See More

Zaid Ibrahim dan KITA Kini Tukang Karut Umno?




KOMENTAR




31 MEI : Banyak pihak sebelum ini mempersoalkan tujuan Datuk Zaid Ibrahim menerajui KITA. Langkah ini sekaligus menambah jumlah parti pembangkang di negara ini, sesuatu yang dilihat kurang bijak dari segi strategi untuk menumbangkan Barisan Nasional.

Namun jawapan kepada persoalan itu terungkai dalam tempoh beberapa bulan lalu dan semakin jelas dengan langkah terbaru pemimpin parti itu menganjurkan peraduan mirip Anwar Ibrahim yang diumumkan semalam.

Peraduan itu menawarkan hadiah kereta Rolls Royce dan wang tunai RM10,000.

Hadiah lumayan itu diatur oleh Pengerusi KITA di Kedah Zamil Ibrahim adalah sebuah sandiwara yang bertujuan membantu Umno meneruskan proses mengaibkan Anwar bersabit video seks Datuk T.

Mungkin kerana “sambutan” orang ramai khususnya masyarakat Melayu terhadap cubaan untuk mengaitkan video itu kepada Anwar semakin hambar, maka KITA tampil membantu Umno memberi kekuatan baru kepada kempen anti- Anwar dengan peraduan sebegitu.

Hubungan Umno-KITA memang akrab pada masa ini, walaupun Zaid Ibrahim pernah digelar kaki kuda dan kaki arak oleh Utusan Malaysia (akhbar milik Umno) khususnya ketika beliau dalam Parti Keadilan Rakyat dan menjadi calon parti itu pada Pilihanraya Kecil Hulu Selangor 13 bulan lalu.

Namun, Zaid menjadi “anak emas” Utusan dan Umno apabila beliau mengkritik Anwar secara terbuka dan pada masa sama serangan beliau terhadap Najib menjadi makin luntur.

Pada masa sama, KITA mencatat sejarah kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan pendaftaran parti itu, hanya tiga bulan selepas Zaid mengambil alih kepimpinan AKIM yang kemudian diubah menjadi KITA.

Hindraf yang membuat permohonan untuk didaftar sebagai NGO pada tahun 2009, masih belum mendapat jawapan daripada ROS.

Begitu juga dengan Pakatan Rakyat yang memohon pendaftaran untuk menjadi entiti politik seperti BN. Permohonan dibuat tahun lalu namun ROS masih membisu.

Berbalik kepada peraduan mencari mirip Anwar – Zamil berkata kereta Rolls Royce yang ditawarkan itu adalah miliknya sendiri. Kereta mewah sebegitu lazimnya sinonim dengan kekayaan yang dimiliki juak-juak Umno.

Bagaimanapun bukan harta mahu pun gaya hidup Zamil atau Zaid yang dipertikaikan. Apa yang perlu diperjelaskan ialah kenapa Zamil dan Zaid dan pemimpin KITA merelakan diri diheret dalam permainan Umno.

Ketika rakyat bergelumang dengan kenaikan harga barangan termasuk tarif elektrik yang diumumkan semalam, pemotongan subsidi barangan keperluan dan risiko cukai GST diperkenalkan, Zaid dan juak-juak dalam KITA masih sibuk dengan video lucah, malah mempunyai “ilham” menganjurkan peraduan mirip Anwar.

Namun itu hak mereka. Tentunya peraduan mirip Anwar yang diumumkan oleh Zamil bertujuan mengisi agenda tertentu yang perlu didokong oleh KITA demi kelangsungan politik parti itu sendiri.

Kesahihan video lucah itu sudahpun diputuskan di dalam mahkamah rakyat. Laporan polis yang dibuat oleh pihak yang menerima video itu menerusi pos, atau menjumpainya di masjid cukup membuktikan rasa mual rakyat dengan isu ini.

Dalam keadaan sebegitu, tampil pula pemimpin KITA menawarkan hadiah kereta Rolls Royce untuk mencari seorang yang seiras Anwar. Tujuan khusus peraduan ini adalah semata-mata untuk mengkitar semula, memerah dan menghangatkan kembali isu berkenaan demi mencari keuntungan politik.

Hakim untuk peraduan mirip Anwar ditetapkan sebagai Presiden KITA, Zaid Ibrahim sendiri, bekas Ketua Pemuda PKR Ezam Mohamad Nor yang kini bergelar Senator selepas lompat masuk Umno, serta ahli perniagaan Sharyzl Eskay – satu daripada tiga Datuk T yang mendalangi video lucah itu.

Zamil berkata peraduan berkenaan beserta dengan barisan hakim yang disediakan bertujuan “membela” nama baik Anwar. Pada anggapan orang-orang “bijak pandai” seperti Zamil dan Zaid ini mungkin kenyataan yang dianggap sinis dan menyindir secara cerdik.

Namun hakikatnya ialah, peraduan mirip Anwar anjuran mereka hanya menyerlahkan budaya politik murahan yang semakin didokong oleh Zaid dan pengikut-pengikutnya.

Alangkah baiknya jika kereta Rolly Royce itu dilelong dan duitnya diguna untuk membela nasib penduduk yang dihimpit kepayahan akibat langkah kerajaan memotong subsidi dan mengizinkan harga barangan perlu melonjak.

Alangkah baiknya jika Zaid memberi tumpuan untuk menggerakkan rakyat supaya bangun dan menuntut kerajaan Umno-BN menghentikan amalan kronisme dan penyelewengan kuasa.

Kenapa desakan ini yang cukup lantang ketika Zaid dalam PKR semakin lesu apabila beliau beralih ke KITA?

Yang dirasakan lebih mendesak ketika ini bukan isu video lucah atau agenda yang tersirat di sebaliknya . Yang lebih utama adalah keperluan untuk bertanya kepada pemerintah kenapa rakyat terpaksa menanggung beban hidup yang semakin meningkat akibat salah urus kewangan negara.

Dan jika ia bukan salah urus kerajaan Umno-BN, salah siapa apabila subsidi untuk rakyat dipotong manakala subsidi untuk syarikat IPP dikekalkan.

Apakah manfaat meluluskan RM5 bilion untuk bangunan setinggi 100 tingkat apabila rakyat yang hidup tidak jauh dari situ tidak berupaya menyara hidup walaupun dengan pendapatan RM3,000 sebulan.

Rasanya persoalan-persoalan seperti ini lebih penting, bukannya peraduan huntuk mencari mirip Anwar dengan kereta Rolls Royce sebagai ganjaran.

PKR Tak Pernah Gagal Bayar Sewa




PETALING JAYA 31 MEI : Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata parti itu tidak pernah mengabaikan perjanjian kontrak sewa bangunan yang menempatkan pejabat PKR di Merchant Square, Tropicana.

Ini katanya berdasarkan pengetahuan beliau, pihak parti tanpa gagal, membayar sewa bangunan terbabit saban bulan.

Justeru beliau menolak dakwaan pihak dalaman mengatakan parti itu tidak membayar sewa bangunan tersebut selama 30 bulan.

"Sangat susah untuk respon dengan laporan yang mengatakan "orang dalaman" parti. Saya adalah orang dalam parti dan saya tidak tahu menahu tentang perkara ini.

"Jadi ia amat susah sebab tiba- tiba wujud orang dalaman ini. Tapi saya boleh pastikan sepanjang saya dalam Biro politik dan majlis pimpinan pusat, isu ini tidak pernah dibincangkan," jelas beliau.

Menurut laporan minggu lalu unit tiga tingkat yang menempatkan pejabat PKR itu akan dilelong oleh Affin Bank pada 9 Jun nanti setelah pemilik gagal melangsaikan hutang tertunggang kepada bank itu.

Terdahulu menurut Bendahari PKR yang juga ahli parlimen Selayang, William Leong berkata parti tidak tahu menahu tentang sewa yang tidak dibayar memandangkan kesemua urusan pinjaman bank dilaksanakan oleh tuan punya unit pejabat berkenaan.

William kemudian menegaskan PKR hanya bertindak sebagai penyewa justeru beliau parti tidak dimaklumkan mengenai sebarang masalah.

Mengulas isu itu, Rafizi berkata, PKR hanya mengetahui tentang perkara tersebut setelah mendapat surat daripada bank.

"Kami tidak sedar mengenai perkara ini hingga kami dapat surat daripada bank. Jika kami tidak bayar maka ianya akan menjadi subjek perbincangan dan kita akan mencari pilihan," jelas beliau.

PKR Fail Permohonan Mahkamah Halang ROS


KUALA LUMPUR 31 MEI : Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) N. Surendran mendakwa Pendaftar Pertubuhan (ROS) berniat jahat dan mempunyai agenda tersendiri apabila menghantar notis pengharaman pertubuhan parti itu pada 9 Mei lalu.

Malah menurut Surendran, tindakan ROS itu juga disifatkan sebagai sebahagian daripada strategi politik kotor Umno-Barisan Nasional(BN) demi mengekalkan kuasanya menjelang pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

"ROS hanya mengikut telunjuk Kerajaan (BN). Pada tahun 1998, Saifuddin Nasution yang kini Setiausaha Agung PKR, Roslan Kassim dan beberapa lagi telah dipecat serta-merta oleh UMNO kerana dilihat berada di rumah Anwar Ibrahim, yang juga dipecat serta merta oleh UMNO. Mengapa ROS tak hantar notis ketika itu?," kata Surendran kepada media di lobi Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini.

PKR hari ini memfailkan permohonan di mahkamah bagi menghalang Pendaftar Pertubuhan (ROS) daripada membatalkan pendaftaran parti itu yang jelas melanggar perlembagaannya.

Jelas Surendran lagi, permohonan semakan semula pembatalan itu juga disusuli dengan satu Perintah Larangan bagi memastikan ROS tidak menjalankan perintah notis mereka selagi semakan kehakiman tidak dilakukan.

Selain Surendran, PKR turut diwakili oleh R. Sivarasa, Latheefa Khoya dan Fadiah Nadwa Fikri.

Awal Mei lalu, PKR menerima notis pembatalan pendaftaran partinya bermula 9 Jun ini kerana didakwa telah memecat seorang ahli bernama A. Jayagopal pada April tahun 2009 tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Displin parti itu.

Namun peruntukkan yang dirujuk RoS itu tidak terkandung dalam perlembagaan parti dan telah melanggar Fasal 32.2.1. Malah nama ahli yang dipecat juga adalah salah.

Tindakan RoS itu juga disifatkan pimpinan PKR sebagai berniat jahat dan bertujuan mengekang penyertaan parti itu pada pilihanraya umum ke-13 yang dijangka akan dipanggil tidak lama lagi.

Bagaimanapun Surendran menyanggah hal tersebut dengan menyatakan Fasal itu tidak pernah wujud.

"Hal ini berlaku pada 2009 tapi mengapa tahun 2011 baru nak beri notis?. Adakah kerana UMNO BN terdesak kerana kurang sambutan rakyat yang menyebabkan mereka cuba mensabotaj dan melumpuhkan PKR dan PR sebelum pilhan raya?. Banyak persoalan di sini," kata beliau lagi.

Tambah Surendran lagi, taktik mengharamkan parti pembangkang hanya merupakan taktik pemerintahan diktator.

"Di Burma atau Mnyanmar, Junta yang berkuasa mengharamkan NLD, parti Aung San Suu Kyi. Di Afrika Selatan pula pihak pelampau Apartheid kulit putih mengharamkan Parti Nelson Mandela? Adakah UMNO nak guna cara ini," kata beliau.

Mahkamah dijangka akan mengambil masa seminggu bagi memproses permohonan mereka dan menetapkan tarikh pendengaran kes.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa Mulakan Siasatan Kes Lynas




KUALA LUMPUR 31 MEI : Panel pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang bermesyuarat di Kuantan pada harini memulakan pertemuan kerja mereka dengan wakil-wakil pihak berkuasa negeri dan jabatan-jabatan teknikal negeri yang berkaitan bagi menyiasat aspek kesihatan dan keselamatan cadangan pembinaan kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) semalam berkata panel itu juga akan menemui wakil kumpulan-kumpulan termasuk "kumpulan warga prihatin Kuantan" yang diketuai oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Bagaimanapun dalam penghujahan Fuziah kepada panel pakar itu berkata panel itu tidak memasukkan seorang pakar perubatan dalam pasukan itu.

Panel pakar yang dilantik oleh IAEA terdiri daripada pakar-pakar mengenai isu-isu kesihatan dan keselamatan berkaitan radiasi, kata MITI.


Peguam tetap heret Najib, Rosmah ke mahkamah


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bagi memberi keterangan di mahkamah dalam kes Fitnah II.

Menurut Sankara Nair, kedua-dua individu itu akan dipanggil apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersidang semula pada 6 Jun hingga 30 Jun depan, lapor Keadilan Daily.

Namun, Sankara berkata pihak polis menyukarkan usaha pihaknya untuk memanggil perdana menteri dan isterinya bagi memberi keterangan.

Menurut Sankara, pasukan peguam Anwar sudah memberikan notis untuk memanggil Najib pada 16 Mei lalu tetapi sehingga kini, selepas dua minggu berlalu polis masih lagi tidak membenarkan Najib disoal siasat peguam Anwar.

“Pihak polis belum buat apa-apa persiapan walau pun kami dah beri notis 16 Mei lalu,” kata Sankara kepada Keadilandaily.com

Najib Razak adalah antara saksi yang mahu dipanggil ke mahkamah oleh peguam Anwar kerana pernah menemui pengadu, Saiful Bukhari Azlan dua hari sebelum dia membuat laporan polis memfitnah Anwar.

Najib sebelum ini memberikan alasan Saiful bertemunya atas urusan biasiswa sedangkan Saiful sebenarnya adalah pelajar yang gagal menamatkan pengajian di sebuah universiti swasta.

Selain Najib dan Rosmah, peguam juga akan memanggil bekas atlet negara yang juga pembantu peribadi Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional, Ezam Mohd Nor.

Pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mac lalu, Pegawai Penyiasat Jude Pereira membuat kejutan apabila mengaku mengambil keterangan Najib dan isterinya berhubung kes berkenaan.

Saiful Bukhari dalam keterangannya turut mengaku bertemu Najib yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri tetapi menafikan berjumpa Rosmah.

Sebaliknya Saiful mengaku pernah bertemu Mumtaz Jaafar di kediamannya. Beliau juga mengaku bertemu Ezam Mohd Nor antara tengah malam 27 Jun dan awal pagi 28 Jun, sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar.