Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim terpaksa membatalkan lawatan kerja beliau ke negeri Pahang yang telah dijadualkan hari ini.
Pembatalan saat akhir ini dibuat atas nasihat pasukan perubatan setelah YAB Perdana Menteri mengalami sakit belakang, yang menyebabkan pergerakan terbatas.
Atas nasihat doktor, YAB Perdana Menteri dinasihatkan agar mendapatkan rehat yang mencukupi.
YAB Perdana Menteri memohon maaf setulusnya, khususnya kepada rakyat Pahang yang telah bersiap sedia menyambut kehadiran beliau.
PEJABAT PERDANA MENTERI
2 November 2025

No comments:
Post a Comment