Sebagai pengguna dan rakyat Malaysia saya menyokong sepenuhnya
tindakan kerajaan untuk mengadakan sistem pembayaran terbuka untuk pengangkutan
awam dan tol di lebuh raya di Malaysia.
Ini sekaligus menamatkan monopoli touch n go (TNG) dalam sistem
pembayaran tol di lebuh raya di Malaysia.
Malah pada Januari 2022 saya sendiri pernah menulis tentang RFID
belum layak digunakan secara mandatori di lebuh raya. (Rujuk https://www.utusan.com.my/.../rfid-belum-layak-digunakan.../).
Saya sangat berharap agar teknologi yang bakal diperkenalkan
benar - benar teruji dan bersedia untuk digunakan sebelum diperkenalkan kepada
pengguna.
Kita tidak mahu kejadian lalu dan undur yang berlaku ketika RFID
mula diperkenalkan akan berulang semula.
Apa yang penting, rakyat mendapat manfaat yang sewajarnya sesuai
dengan cukai yang dibayar kepada kerajaan.
Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
BBA (Hons) Transport UiTM
Mantan Penyelidik Malaysia Institute of Transport UiTM
23 Mac 2023