BILA PMX MENDEDAHKAN SEDIKIT TUBUHNYA, TERINGAT KISAH KEPERITAN PERJUANGANNYA




PMX kini berada di bumi barokah, mengunjungi kota suci Mekah bagi menunaikan umrah bersama isteri tersayang.

Tidak mudah untuk melihat tubuhnya tanpa dibaluti kain, dan sewaktu melihat foto2 ini tadi, saya tertumpu kepada parut yang agak besar kesan dari pembedahan di bahu kanannya.

Teringat kembali peristiwa tahun 2017.

Mengimbau kisah pada September, kenderaan Jabatan Penjara yang membawa Ketua Umum Pakatan Harapan (ketika itu) Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat kemalangan jalan raya. Kemalangan berlaku di persimpangan trafik berdekatan Saujana Utama, Sungai Buloh ketika dalam perjalanan dari Hospital Kuala Lumpur ke Penjara Sungai Buloh selepas diwadkan selama empat hari.

Itulah PMX kita. Tidak pernah mengalah dan terus bangun dan bangkit berjuang meskipun setiap hari dicerca dan difitnah oleh musuh2

Semoga Allah pelihara beliau dan diberi kekuatan untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta.

WFAUZDIN NS

 

No comments: