Aku terkedu tengok video seseorang yang didakwa exco Terengganu
menghina Menu Rahmah. Lelaki itu, dikatakan Adun Chukai, Hj. Hanafiah Mat,
dilihat menuang air minuman ke dalam pinggan kerana tidak berkuah.
Aku tahu gaji exco besar. Elaun sebagai Adun lagi. Tapi bukanlah
bermakna boleh hina makan sesuka hati. Yang tak sedap, yang jijik pada dia
mungkin lazat dan amat bernilai kepada orang lain.
Lagipun dah kaya, tak payahlah makan menu tu. Pergi makan di
Salt Bae sana. Dah ambil hak orang miskin, dihinanya pula. Inilah orang yang
bergelar Haji dari parti yang kononnya bawa Islam.
Aku anak beranak pun tak makan Menu Rahmah. Bukan sebab tak mahu
tapi aku cakap dengan anak aku, Menu Rahmah ni terhad. Ada kedai buat 100
hidangan je. Kalau kita yang mampu ni makan, kita buat orang yang kurang
berkemampuan tak dapat.
Tapi orang tua ni, bukan setakat ambil hak orang miskin,
dihinanya pula. Niat konon nak perlekehkan usaha kerajaan. Tapi dia sebenarnya
hina orang miskin. Makhluk lupa diri. Tak faham kesusahan orang.
Ini bukti PAS tak bawa Islam pun. PAS hanya guna jenama Islam
untuk dapatkan undi. Kalau pemimpin yang dilantik exco (maknanya bukan
sebarangan pemimpin) pun tak bersifat begini, apakah wujud tarbiyah Islamiyah
dalam PAS?
Rakyat mesti buka mata. Mereka hina makanan untuk orang yang
kurang berkemampuan, setakat mana parti ini boleh faham dan mampu membantu
rakyat susah? Sebab itu mesti tolak PN. Guane boh?