PROGRAM TAK SALAH- NAMA APA PUN TAK SALAH- YANG SALAH CARA BAGI TENDER




 Azmin kata, selepas Mahiaddin letak jawatan, PM seterusnya iaitu Ismail Sabri masih meneruskan program Jana Wibawa. Tapi mengapakah hanya pemimpin Bersatu yang didakwa?

Betul juga, kan?

Tapi, bukan program tu yang salah. Program tu tak ada masalah kalau dibuat dengan betul. Yang jadi masalah ialah cara tender itu diberi. Melalui orang dalam. Dahlah begitu, dapat komisen pula.

Wan Saiful bukan didakwa kerana jalankan program Jana Wibawa tu. Tapi dia didakwa kerana meminta dan terima sejumlah wang sebagai balasan kerana tolong dapatkan projek.

Kalau tak ada duit dari kontraktor yang masuk ke akaun Ismail, macamana nak dakwa Ismail, Azmin oi! Sebab tu aku kata, nak fitnah orang hal berkaitan duit ni susah. Sebab ada money trail.

Nak melenting apanya? Kalau sah duit dalam akaun Wan Saiful tu bukan dari kontraktor, tunjukkan je la bukti dari mana datang duit tu. Kalau terbukti duit tu bersih, lepaslah nanti tu.

Ini tidak, baru kena tuduh dah meroyan. Belum pun mula lagi perbicaraan. Gelabah sangat tu kenapa? Memang ada buat salah ke? Kalau tak salah, jangan gelabah. Guane boh?

Raja Gelap

 

No comments: