SEMBANG KUTUK PANDAI...BAWA MAI BELANJAWAN ALTERNATIF...SAM LA DIAM...CEHHHH

 

‘Kalau cakap sekadar nak bunyi, lembu pun boleh’, PN dicabar bentang belanjawan alternatif

Pembangkang dicabar supaya membentangkan belanjawan alternatif, bukannya sekadar mempertikaikan perancangan ekonomi Kerajaan MADANI.

Gesaan orang ramai di media sosial itu susulan kritikan Ketua Portfolio Ekonomi Perikatan Nasional (PN), Syahir Sulaiman terhadap Belanjawan 2027 yang kemudian mengundang reaksi pedas warganet.

Menerusi ruangan komen hantaran Facebook Ahli Parlimen Bachok itu, seorang pengguna, Shahrul Zaquan, secara terbuka mempersoalkan sejauh mana PN mempunyai penyelesaian sendiri terhadap cabaran ekonomi negara.

“Bawalah belanjawan alternatif. Kalau cakap sekadar nak bunyi, lembu pun boleh bunyi,” sindirnya.

Syahir dalam ulasannya bertajuk Belanjawan 2027: Antara Janji dan Pelaksanaan, antara lain mempertikaikan keberkesanan bantuan tunai, peningkatan perbelanjaan kerajaan serta kemampuan belanjawan berkenaan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Syahir Sulaiman

Wakil rakyat Pas itu turut mengaitkan pengumuman pelbagai bantuan dan projek pembangunan dengan kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal tahun depan.

Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berdepan tiga tekanan ekonomi dan politik yang saling berkait, iaitu cukai, subsidi dan undi.

Bagaimanapun, ulasan panjang lebar pemimpin Pas berkenaan dihujani kecaman dan sindiran pengguna media sosial yang mahukan pembangkang tampil dengan cadangan ekonomi lebih konkrit.

Mandul idea

Seorang lagi pengguna Facebook, Tarmizi Rahim, menyindir dengan menulis, “Pembangkang mandul idea.”

Sementara itu, Nik Lee pula mencadangkan supaya Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sendiri tampil membahaskan belanjawan berkenaan.

“Hantar Presiden (Pas) utk bahaskan,” tulisnya ringkas.

Dalam kenyataannya, Syahir mengakui bantuan tunai, subsidi petrol dan diesel serta bantuan sosial mampu memberikan kelegaan kepada rakyat.

Namun, dia berpendapat langkah sedemikian tidak memadai untuk menangani masalah struktur ekonomi seperti gaji rendah, kenaikan harga barang dan kekurangan peluang pekerjaan berkualiti.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, dengan tema ‘menggapai di langit serta mengakar di bumi’.

Belanjawan MADANI kelima ini meneruskan tekad untuk memastikan kemajuan negara dirasai setiap rakyat, agar taraf kehidupan terus ditingkatkan, nasib mereka terbela dan setiap daripada kita dapat hidup secara bermaruah.

Belanjawan 2027 meneruskan dasar fiskal mengembang dengan mendaya guna seluruh kekuatan negara keseluruhannya berjumlah RM510 bilion berbanding RM470 bilion sebelum ini.






Alhamdulillah, setelah sekian lama dipermainkan oleh janji-janji palsu Lebai PAS, akhirnya pusat ambil alih sebelum projek ni jadi batu asas,” tulisnya.





 Isu stesen bas baharu di Kelantan kembali menjadi perhatian apabila seorang pengguna Threads meluahkan rasa syukur terhadap campur tangan Kerajaan Persekutuan dalam usaha merealisasikan projek yang sudah lama dinantikan rakyat negeri itu.


Menerusi hantaran di Threads, pengguna dikenali sebagai @ahmad.ilham22 menyifatkan perkembangan tersebut sebagai berita yang melegakan selepas sekian lama penduduk menunggu kemudahan pengangkutan awam yang lebih baik.


“Alhamdulillah, setelah sekian lama dipermainkan oleh janji-janji palsu Lebai PAS, akhirnya pusat ambil alih sebelum projek ni jadi batu asas,” tulisnya.


Beliau turut mengaitkan isu tersebut dengan pentadbiran PAS di Kelantan sejak 1990, sambil memuji perhatian yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan negeri berkenaan.


Isu kemudahan terminal bas di Kota Bharu sememangnya sering menjadi bahan perbincangan masyarakat, khususnya berkaitan keselesaan penumpang dan keperluan menyediakan prasarana pengangkutan yang lebih moden.


Bagi pengguna pengangkutan awam, terminal bas bukan sekadar tempat menunggu kenderaan, sebaliknya kemudahan penting yang digunakan pelajar, pekerja dan orang ramai untuk perjalanan harian serta perjalanan antara negeri.


Sebab itu, perkembangan mengenai projek stesen bas baharu mendapat perhatian apabila rakyat mahu melihat penyelesaian yang benar-benar dapat dinikmati, bukan sekadar pengumuman di atas kertas.


Bagaimanapun, butiran rasmi mengenai bentuk pengambilalihan projek, pihak pelaksana dan jadual pembinaannya masih perlu disahkan dengan pihak berkuasa berkaitan.


Perkongsian tersebut memperlihatkan harapan sebahagian rakyat Kelantan agar isu stesen bas yang sekian lama dibangkitkan dapat diselesaikan melalui kerjasama kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.


Bagi penduduk, siapa pun yang melaksanakan projek itu, perkara paling penting ialah sebuah terminal bas yang selesa, selamat dan memenuhi keperluan pengguna akhirnya dapat disiapkan.




BALUN HANG BALUN


 

BELANJAWAN 2027 TIMBUL PENYOKONG BARU PMX

 


Pembentangan Belanjawan MADANI 2027 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja mendapat perhatian golongan M40, malah turut mencetuskan reaksi menarik daripada seorang pengguna Threads yang secara terbuka mengaku kini menjadi penyokong baharu PMX.




Menerusi hantaran di Threads, pengguna dikenali sebagai @fahmiaziz_07 merakamkan penghargaan kepada Anwar selepas melihat beberapa pengumuman yang memberikan manfaat kepada golongan berpendapatan pertengahan.


“Terima kasih atas belanjawan yang agak mantap utk M40,” tulisnya sambil menandakan akaun Perdana Menteri.


Pengguna itu turut berpandangan bahawa pengurusan ekonomi dan kewangan negara yang baik serta amanah membolehkan lebih banyak kebajikan rakyat dilaksanakan secara berperingkat.


“Mungkin asbab ekonomi dan kewangan dijaga dengan baik dan amanah, satu demi satu kebajikan rakyat dapat dibuktikan,” katanya.


Menariknya, di sebalik pujian tersebut, beliau turut menyelitkan permintaan supaya projek lebuh raya di Kelantan dapat disiapkan mengikut jadual.


“Mohon siapkan highway di Kelantan on time YA. PMX kesayangan saya,” tulisnya.


Namun, ayat paling mencuri perhatian ialah pengakuannya pada penghujung hantaran tersebut.


“Maaf! Saya penyokong baru PMX!”


Antara pengumuman Belanjawan 2027 yang berkaitan dengan golongan M40 ialah peningkatan pelepasan cukai individu daripada RM9,000 kepada RM12,000 serta pengurangan kadar cukai pendapatan bagi kumpulan tertentu.


Kerajaan turut mengumumkan peluasan bantuan SARA RM200 setahun kepada rakyat dewasa yang bukan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), tertakluk kepada syarat kelayakan.


Perkongsian tersebut memperlihatkan bagaimana pengumuman dasar ekonomi dan bantuan rakyat boleh mempengaruhi pandangan seseorang terhadap pentadbiran kerajaan.


Walaupun pengguna itu menyatakan sokongan baharunya kepada PMX, beliau tetap mengingatkan kerajaan supaya memastikan projek pembangunan di Kelantan dilaksanakan mengikut jadual.


Bagi pengguna Threads berkenaan, penghargaan terhadap Belanjawan 2027 hadir bersama harapan agar manfaat yang diumumkan benar-benar dapat dirasai rakyat.

HANGPA CAKAP HANGPA TEROR....SEMUA HANGPA KATA BOLEH.


 

MENGIRINGI KEBERANGKATAN PULANG PRESIDEN .MESIR

 


Mengiringi Presiden Republik Arab Mesir, Abdel Fattah El-Sisi, dan delegasi berangkat pulang dari Kompleks Bunga Raya, KLIA, selepas selesai lawatan rasmi beliau ke Malaysia.








Moga lawatan ini terus mempererat hubungan persahabatan dan memperkukuh kerjasama strategik Malaysia-Mesir demi kepentingan bersama kedua-dua negara.


πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡ͺπŸ‡¬


#MalaysiaMADANI

#DiplomasiMADANI

#YakinMADANI





TAK KAN PH YANG BERSALAH.

 


KEDUDUKAN MURTAD DALAM UNDANG UNDANG NEGARA




Bila timbul isu Aliff melakukan ritual yang dianggap bertentangan dengan Islam, ramai "pejuang pejuang agama"  bangkit mengkritik macam macam... PH bela orang murtad, PH reda melayu murtad diselang seli dengan maki hamun dan berbagai kata nesta, kebetulan pelaku dikatakan penyokong PH.


Siapa yang perlu disalahkan bila timbul isu isu seperti ini?


Mahkamah Sivil tidak ada kuasa untuk membicara kesalahan murtad. Murtad juga bukan satu dalam mana mana undang undang Persekutuan... Salah siapa? 


Jabatan Agama Islam Negeri dok buat apa??? 


Ambo ada pengalaman peribadi ketika terlibat dengan kes ajaran sesat Ayah Fin, pengikutnya Ust Mohd Ya dan isterinya Ustazah Kamariah (dua dua lulusan Al Azhar ) Dan beberapa orang lagi telah didakwa di Mahkamah Syariah Kelantan, kedua duanya mengaku telah murtad dan peguamnya berhujah OKT tidak boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah kerana mereka bukan orang Islam!!!!!...kes ini berlaku di Kelantan di zaman atgna sebagai MB Dan Pas memerintah Kerajaan Kelantan.


Walaupun Islam memandang serius kesalahan murtad, namun negara masih belum ada undang undang berkaitan kesalahan murtad... PMX atau PHkah yang bersalah????





TANYA BENDA TAK ADA...LAGU MANA NAK PERINTAH NEGARA ?



 Ahaks.




SIARAN MEDIA KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN BELANJAWAN 2027: KETERJAMINAN MAKANAN NEGARA TERUS DIPERKUKUH, KESEJAHTERAAN RAKYAT DIUTAMAKAN





PUTRAJAYA, 10 OKTOBER 2026 – Pembentangan Belanjawan 2027 oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, memperlihatkan kesungguhan Kerajaan MADANI dalam meletakkan agenda keterjaminan makanan negara sebagai antara keutamaan strategik, di samping memperkukuh sektor agromakanan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.


Bertemakan “Malaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi”, Belanjawan 2027 memberi penekanan kepada usaha meningkatkan pengeluaran makanan tempatan, memperkukuh daya tahan sektor agromakanan serta menjaga kebajikan petani, penternak dan nelayan. Tumpuan ini penting bagi memastikan bekalan makanan negara terus mencukupi, selamat, berkualiti dan mampu milik, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada import serta melindungi kepentingan rakyat dalam menghadapi cabaran ekonomi dan perubahan iklim.


Secara keseluruhannya, KPKM menerima peruntukan sebanyak RM6.92 bilion bagi tahun 2027 berbanding RM6.87 bilion pada tahun 2026, iaitu peningkatan sebanyak RM50.31 juta. Peruntukan ini merangkumi Perbelanjaan Mengurus sebanyak RM4.85 bilion dan Perbelanjaan Pembangunan sebanyak RM2.07 bilion.


Peruntukan tersebut akan dimanfaatkan bagi meneruskan pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2021–2030 (DAN 2.0) dan Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2030 (DKMN 2030), khususnya untuk meningkatkan pengeluaran makanan domestik, memperkukuh daya tahan sektor agromakanan dan mengurangkan kebergantungan kepada import.


Antara inisiatif utama yang diberikan tumpuan melalui Belanjawan 2027 adalah seperti berikut:


1. Memperkukuh Keterjaminan Makanan Negara


Peruntukan sebanyak RM300 juta bagi memperhebat kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk pelaksanaan Program Pemerkasaan Agromakanan Negara (PPAN) yang dapat membantu menjana hasil yang bermakna di peringkat komuniti.


2. Memperkasa Industri Padi dan Kebajikan Pesawah


(a) Peruntukan sebanyak RM2.62 bilion bagi meneruskan pemberian subsidi dan insentif kepada pesawah. Pesawah akan menikmati sekitar RM4,300 meliputi antaranya subsidi benih, baja, racun, upah bajak dan harga padi;


(b) Peruntukan sebanyak RM20 juta bagi memulih dan menyuburkan tanah melalui pembekalan Baja Foliar melibatkan lebih 10,000 hektar tanah sawah;


(c) Peningkatan kadar Insentif Penuaian Padi (IPP) daripada RM50 kepada RM100 sehektar semusim. Manakala kadar Insentif Pembajakan Kepada Pesawah (IPKP) yang telah ditingkatkan kepada RM300 sehektar semusim akan dikekalkan dan diperluas kepada pengusaha padi sawah di Sabah dan Sarawak; dan


(d) Pelaksanaan Projek Tanaman Padi Lima Musim Dalam Dua Tahun di kawasan MADA terus diberi keutamaan. Pada masa ini, kerja-kerja menaik taraf sistem pengairan di 15 blok sawah sedang dilaksanakan mengikut jadual. Sementara itu, Projek Pemulihan Empangan Pedu dijangka siap pada penghujung 2027.


3. Memodenkan Sektor Pertanian dan Memperkasa Usahawan Tani


(a) Pembiayaan berjumlah RM1 bilion disediakan melalui Agrobank, Bank Rakyat dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi menyokong peningkatan hasil tani termasuk melalui penggunaan teknologi; dan


(b) Dana RM40 juta bagi penghasilan produk bernilai tinggi melalui teknologi moden.


4. Meneruskan Pelaksanaan Jualan Agro MADANI dan Peluasan SARA bagi Meringankan Kos Sara Hidup Rakyat


(a) Pelaksanaan 5,000 Jualan Agro MADANI (JAM) diteruskan yang menawarkan hasil tani segar seperti ikan, ayam, sayur dan buah pada harga sehingga 30 peratus lebih murah, khususnya bagi membantu komuniti B40 dan M40; dan


(b) Peluasan penggunaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di 216 Pasar Tani atau Tamu di bawah FAMA seluruh negara.


5. Memperkukuh Industri Perikanan dan Kebajikan Nelayan


(a) Peruntukan sebanyak RM30 juta bagi meningkatkan jumlah pemegang lesen sampan khas daripada 17,000 nelayan sedia ada kepada 20,000 nelayan melalui proses pemutihan;


(b) Peruntukan RM40 juta di bawah Agrobank untuk pelaksanaan pembiayaan projek akuakultur. Ini termasuk membekalkan sistem bioflok bagi ternakan ikan tilapia;


(c) Nelayan yang layak terus menikmati harga diesel bersubsidi pada RM1.65 seliter; dan


(d) Peruntukan sebanyak RM178 juta disediakan antaranya untuk penyaluran insentif hasil tangkapan dan Elaun Sara Hidup sehingga RM300 sebulan.


KPKM komited untuk memastikan setiap peruntukan dan inisiatif yang diumumkan dapat dilaksanakan secara cekap, berkesan dan berlandaskan tatakelola yang baik supaya manfaatnya dapat dinikmati oleh golongan sasar serta rakyat secara keseluruhannya.


Saya yakin Belanjawan 2027 akan terus menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh keterjaminan makanan negara dan membangunkan sektor agromakanan yang lebih moden, mampan serta berdaya saing, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI dan matlamat DAN 2.0 dan DKMN 2030.


Dikeluarkan oleh:

YB DATUK SERI HAJI MOHAMAD SABU

MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN






PUNYA TAK DA MARUAH....SANGGUP BUANG BENDERA PARTI GUNA BENDERA UMNO....APA LA PARTI JALANG NI.


 

KIOK

 

Harakatdaily.





PAS desak Menteri Pendidikan letak jawatan susulan MP Bachok rebah ketika siapkan kerja sekolah anak.


"Sampai stress Wan Fayhsal buat kerja sekolah. Pendidikan sekarang keliru dan loss of adab," kata mereka.





MUALAF NI PA HAL PULAK..PINAK BERKUASA TAHU APA TINDAKAN.

 


ADA BERAPA REPORT KEPADA JAIS SETAKAT INI? 






1. Kesalahan ini dikatakan berlaku di Selangor dan kesalahan itu berkaitan amalan agama, maka ianya di bawah bidangkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). PMX atau penyokong PH tidak boleh memulakan tindakan.


2. Jika pemuda PH telah menggerakkan report polis ke atas keculaparan Lim Sian See mempermainkan kalimah al quran, maka kes Aliff ini sewajarnya digerakkan oleh Pemuda Pas kerana Aliff dikaitkan dengan PH selari dengan kecenderungan politik hari ini.


3. Setakat ini berapa laporan telah dibuat oleh Pemuda Pas/puak Pas kepada JAIS atau setakat yoya yoya sahaja kerana gagal back up Lim Sian See??




BANG*NG TANPA SEMPADAN!!







Bila asap kebakaran hutan dari Indonesia sampai ke Malaysia dan Singapura, ramai yang mula merungut tentang masalah jerebu.


Tetapi nampaknya Indonesia ada sesuatu yang mahu diingatkan kepada kedua-dua negara jirannya.


Kalau selama ini Malaysia dan Singapura mengadu menerima asap dari Indonesia, jangan lupa bahawa Indonesia juga membekalkan oksigen!


Itulah intipati kenyataan Dr. Syahganda Nainggolan, Ketua Badan Komunikasi Pemerintah Indonesia, yang menarik perhatian ramai.


Menurut laporan media Indonesia, kenyataan tersebut dibuat pada 10 Oktober 2026 di Jakarta ketika beliau mengulas isu kebakaran hutan dan jerebu yang turut menjejaskan negara jiran.


1. Indonesia bukan sekadar menghantar asap


Menurut Syahganda, Malaysia dan Singapura tidak sepatutnya hanya melihat Indonesia sebagai negara yang menghantar asap setiap kali berlaku kebakaran hutan.


Sebaliknya, kedua-dua negara juga perlu mengingati sumbangan hutan Indonesia kepada alam sekitar.


Beliau berkata:


“Kita bukan hanya mengirim asap, tapi kalau asapnya enggak ada, kita mengirim oksigen.”


Dalam bahasa mudah, kalau tiada kebakaran, hutan Indonesia menghasilkan oksigen yang turut memberi manfaat kepada negara jiran.


2. Malaysia dan Singapura diminta memahami keadaan


Beliau turut meminta Malaysia dan Singapura memahami situasi kebakaran hutan yang berlaku di Indonesia.


Menurut beliau, kebakaran hutan bukan semestinya berpunca daripada kecuaian manusia semata-mata, sebaliknya boleh melibatkan faktor alam.


Justeru, beliau berpandangan negara jiran juga perlu mengambil kira keadaan tersebut dan bukannya hanya memberi tumpuan kepada masalah asap.


3. Tetapi benarkah oksigen Malaysia datang dari Indonesia?


Dari sudut sains, memang benar hutan menghasilkan oksigen melalui proses fotosintesis.


Namun, oksigen yang kita sedut setiap hari bukan datang daripada satu negara sahaja.


Oksigen merupakan sebahagian daripada atmosfera bumi yang sentiasa bercampur dan bergerak merentasi sempadan negara.


Malah, organisma fotosintetik di lautan juga memainkan peranan besar dalam penghasilan oksigen dunia.


Jadi, tidak tepat untuk mengatakan Malaysia dan Singapura bergantung kepada oksigen daripada hutan Indonesia semata-mata.


4. Sumbangan oksigen tidak bermaksud masalah jerebu boleh diabaikan


Tidak dinafikan Indonesia mempunyai kawasan hutan tropika yang sangat luas dan penting kepada keseimbangan alam sekitar.


Hutan-hutan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada Indonesia, malah kepada seluruh rantau Asia Tenggara.


Tetapi apabila kebakaran hutan menghasilkan asap yang merentasi sempadan sehingga menjejaskan kesihatan, aktiviti harian dan ekonomi negara jiran, isu tersebut tetap perlu ditangani dengan serius.


Menghargai sumbangan hutan Indonesia merupakan satu perkara.


Memastikan pencemaran udara tidak menjejaskan negara jiran pula merupakan satu tanggungjawab yang berbeza.


5. Jadi, siapa sebenarnya yang patut bertanggungjawab?


Malaysia, Indonesia dan Singapura sudah lama berdepan masalah jerebu rentas sempadan.


Sebab itu, isu ini bukan sekadar tentang negara mana menghasilkan lebih banyak oksigen atau negara mana paling banyak menerima asap.


Sebaliknya, persoalan yang lebih penting ialah bagaimana negara-negara ASEAN boleh bekerjasama mencegah kebakaran hutan dan mengurangkan pencemaran udara.


Akhirnya, kenyataan Indonesia ini menimbulkan satu persoalan menarik.


Kalau Indonesia mahu Malaysia dan Singapura menghargai oksigen yang dihasilkan oleh hutannya, adakah itu bermakna kedua-dua negara juga perlu lebih bertolak ansur apabila menerima asap kebakaran?


Atau sebenarnya oksigen dan asap merupakan dua isu berbeza yang tidak sepatutnya dijadikan alasan antara satu sama lain?


Apa pandangan anda? Adakah kenyataan pegawai Indonesia ini munasabah atau tidak?


Sumber: Warta Ekonomi, Indonesia






IDUP CINA TAK KAPIAQ...


Harakatdaily




 Nik Abduh seru seluruh umat Islam pertahankan Lim Sian See.


"Ceplos secara dasar suka hina ulama," ujarnya berpuas hati.





HANG HAFAL KA APA KA ...SOH SET MU TANYA MU JAWAB....TAK PA NANTI KITA MINTA STAR NDAN NST TANYA DIA LAM BAHASA INGERIA...




 Tular video berbahasa Inggeris, penyokong PAS desak MP Pasir Mas diangkat jadi Duta Malaysia ke Myanmar. 


“Buts, I am unclear if I can take that role, its very hazy you knows,” ujar Fadhli Plural.



TAHNIAH JAKIM.ISLAM TAK SEMESTINYA MELAYU,MELAYU TAK MESTINYA ISLE....MAKI HAMUN QAZAF TU BUKAN ISLE.FITNAH TAK PULAK KATA DOSA ?

 






Che Ibrahim


Tahniah JAKIM, tangkap dan hukum pelaku tanpa mengira parti apa yang dia sokong.


Kalau tengok kepada maklumat yang viral, pelaku sudah lama beramal @ melakukan ritual seperti ini, takdak sapa cakna pun.


Cuma ia mula viral apabila dikaitkan pelaku sebagai penyokong PH....maknanya sekali lagi politik menjadi ukuran segala galanya...





ALLAH TIDAK PERNAH CIPTA SEMUA MELAYU ADALAH ISLAM


Che Ibrahim




Sudah sampai masanya kita menerima realiti bukan semua cina beragama budha atau agama nenek moyang mereka, bukan semua India beragama Hindu dan bukan semua melayu beragama Islam. 


Orang Arab pun ramai yang menganut Kristian atau Yahudi, maka tidak pelik kalau ada melayu yang beragama Hindu.






PARTI PAS MAKIN TERUK


 

BETUL..DAPAT KUASA KENCING HABIS. TAKAT SEMBANG SAJA.


 

KENA DAH APEK SIAL NI


 

KASUT SUKAN BOLEH MASUK DALAM TAFSIRAN


 

PERKESO BUAT TOK IMAM DAN SETARAF


 

Belanjawan 2027: Kos Sara Hidup Rakyat Terus Jadi Keutamaan Kerajaan – PM Anwar

 

IMG_7873

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diwawancara pada Program Khas Belanjawan MADANI 2027 di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada 10 Oktober 2026. Foto Bernama

PUTRAJAYA, 11 Okt – Kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada pengurusan fiskal yang berhemah dalam Belanjawan 2027 supaya dapat mengembalikan hasil kepada rakyat bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup, khususnya golongan berpendapatan rendah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, penjimatan hasil daripada penambahbaikan tadbir urus dan usaha membendung ketirisan akan disalurkan semula kepada rakyat selaras dengan keperluan memperkukuh kedudukan kewangan negara tanpa menjejaskan bantuan kepada kumpulan yang memerlukan.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, walaupun kadar inflasi Malaysia sekitar dua peratus, iaitu antara yang terendah di dunia, tekanan kos sara hidup masih dirasai rakyat berikutan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tertentu.

“Apabila orang bertanya mengapa perkara ini tidak dapat dilakukan dua tahun lepas? Kita perlu menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu. Kita perlu menangani hutang, berjimat dan menentukan keutamaan,” kata beliau dalam Wawancara Khas Belanjawan MADANI 2027 yang disiarkan RTM malam tadi.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu mengimbangi keperluan mengurangkan hutang dan mengawal perbelanjaan dengan keperluan meningkatkan peruntukan bagi sektor kritikal seperti pertahanan, perumahan anggota tentera dan polis serta kemudahan sekolah.

Menurutnya, pendekatan itu penting bagi memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan kerajaan memberikan nilai ekonomi dan sosial yang lebih besar kepada rakyat.

Anwar berkata, ruang fiskal kerajaan kini bertambah baik hasil pengurusan kewangan yang lebih berdisiplin, namun penjimatan tersebut perlu dilindungi daripada kembali terhakis akibat ketirisan dan pembaziran.

Beliau berkata, kedudukan kewangan yang lebih kukuh membolehkan kerajaan menyediakan bantuan seperti kasut sukan untuk murid sekolah, selain elaun dan sokongan pendapatan minimum kepada pekebun kecil getah serta pesawah.

“Ini semua boleh dilakukan apabila kita mengurus kewangan dengan baik dan memastikan perbelanjaan kerajaan benar-benar sampai kepada kumpulan sasaran,” tegas beliau.

Perdana Menteri berkata, strategi ekonomi kerajaan turut memberi tumpuan kepada pelaburan dalam sektor bernilai tinggi seperti teknologi maklumat (IT) dan kecerdasan buatan (AI), namun pembangunan tersebut perlu disertai langkah meningkatkan pendapatan dan produktiviti rakyat.

“Pelaburan, IT dan AI ialah perkara yang (merujuk kepada tema) kita cuba gapai di langit tetapi mengakar di bumi bermaksud melihat soal gaji, harga barang, keperluan orang kurang upaya (OKU) dan anak-anak yang tidak mendapat kemudahan asas,” kata beliau.

Beliau berkata, pertumbuhan ekonomi yang kukuh perlu diterjemahkan kepada peluang pekerjaan berkualiti, peningkatan gaji dan pengurangan jurang pendapatan, bukan hanya diukur melalui kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada 9 Oktober 2026. Foto PMO

Anwar berkata, kerajaan juga akan terus mengambil kira keperluan pembangunan sosial dan budaya dalam perancangan ekonomi, termasuk latihan pendidikan Islam serta bantuan kepada masyarakat bukan Islam bagi penyelenggaraan rumah ibadat.

Beliau mengakui Belanjawan 2027 tidak mampu menyelesaikan semua masalah ekonomi, namun menegaskan dasar fiskal kerajaan akan memberi keutamaan kepada pengurangan beban kumpulan yang paling terkesan oleh tekanan kewangan.

Selain itu, Anwar menjelaskan sebahagian harga barangan dipengaruhi faktor luaran dan pasaran global, contohnya kos baja fosfat yang diimport melalui Selat Hormuz susulan krisis Asia Barat.

Menurut beliau, perubahan harga komoditi, kos logistik dan gangguan rantaian bekalan antarabangsa boleh memberi kesan langsung kepada harga domestik sekali gus mengehadkan keupayaan kerajaan untuk mengawal semua harga secara langsung.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan masih boleh mengurangkan tekanan harga melalui langkah memperkemas rantaian bekalan, memperluas pasar tani dan meningkatkan penjualan barangan menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Justeru, Anwar berkata, bantuan dan kemudahan kepada rakyat akan disediakan berdasarkan kemampuan kewangan negara, dengan pendekatan lebih bersasar bagi memastikan sumber awam tidak dibazirkan.

Beliau turut memberikan contoh keputusan mengekalkan harga petrol RON95 bersubsidi pada RM1.99 seliter walaupun harga minyak dunia meningkat sebagai langkah melindungi pendapatan boleh guna isi rumah.

Beliau berkata, harga minyak yang digunakan dalam unjuran awal kerajaan ialah US$70 setong, namun meningkat kepada kira-kira US$110 setong, sedangkan harga petrol RON95 kekal RM1.99 seliter.

Anwar berkata, keputusan itu mencerminkan keperluan kerajaan mengimbangi tekanan fiskal akibat subsidi dengan keperluan mengekalkan kestabilan kos pengangkutan dan kuasa beli rakyat.

“Akhirnya, dalam mengurus ekonomi negara, pendapatan dan kehidupan rakyat biasa menjadi perkiraan,” kata beliau.

Beliau turut menegaskan kerajaan akan terus melaksanakan dasar berdasarkan kemampuan fiskal negara, dengan tumpuan kepada pengukuhan ekonomi, peningkatan produktiviti, pengurangan ketirisan dan perlindungan terhadap golongan yang paling terkesan oleh tekanan kos sara hidup.

Semalam, Anwar membentangkan Belanjawan 2027 bertemakan ‘Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi’ dengan peruntukan kerajaan berjumlah RM459.8 bilion, ditambah RM25 bilion pelaburan daripada GLIC; sebanyak RM11 bilion pelaburan awam-swasta; dan RM14.2 bilion pelaburan Badan Berkanun Persekutuan dan Syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD), menjadikan keseluruhan Belanjawan 2027 meneruskan dasar fiskal mengembang sebanyak RM510 bilion.

Belanjawan MADANI Kelima itu bertujuan menterjemahkan pertumbuhan ekonomi yang berdaya tahan kepada manfaat nyata untuk rakyat melalui gaji yang lebih baik, sokongan bersasar yang lebih cekap, disiplin fiskal yang lebih kukuh dan langkah agresif ke arah industri bernilai lebih tinggi. – Bernama





πŸŽ™️ OPEN MIC MALAYSIA | EPISOD 14 : Pendedahan Perpecahan PAS dan BERSATU


 

Pertubuhan Profesor seru semua pihak berganding bahu jayakan Belanjawan 2027

 


Pertubuhan Profesor G70 (PPG70) menyeru semua pihak agar berganding bahu menjayakan Belanjawan 2027 yang dibentang kerajaan dengan meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan bersama.

Pengerusinya, Prof. Emeritus Datuk Dr.Wan Ramli Wan Daud berkata, aspirasi belanjawan itu mencerminkan harapan setiap keluarga terhadap pendapatan yang mencukupi, pendidikan dan perkhidmatan kesihatan berkualiti serta pengurusan kewangan negara yang berhemat dan mampan.

“Atas dasar itu, PPG70 bersedia menyumbangkan kepakaran dan pengalaman ahli-ahli kami bagi memastikan setiap ringgit yang diperuntukkan menghasilkan perubahan yang dapat diukur serta dipertanggungjawabkan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sementara itu PPG70 menyatakan sokongan terhadap aspirasi Belanjawan 2027 untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan mengukuhkan ekonomi negara, selain mengemukakan beberapa saranan supaya matlamat tersebut diterjemahkan melalui pelaksanaan dasar yang memberi manfaat kepada rakyat.

Dari sudut kos sara hidup, PPG70 menyambut baik peningkatan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM16 bilion, selain peningkatan pelepasan cukai individu daripada RM9,000 kepada RM12,000.

Pertubuhan itu turut mengambil perhatian terhadap kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 mulai Jun 2027 serta peningkatan pencen minimum daripada RM1,000 kepada RM1,350 sebulan.

Dalam aspek pendidikan, PPG70 menyambut baik peningkatan peruntukan Kementerian Pendidikan kepada hampir RM69 bilion, penggandaan peruntukan baik pulih sekolah kepada RM2 bilion serta kenaikan Bantuan Awal Persekolahan daripada RM150 kepada RM200 bagi 5.3 juta murid.

Selain itu, bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditangguhkan pada 2027 bagi peminjam berpendapatan sehingga RM2,500 sebulan, melibatkan lebih 400,000 peminjam.

Dalam sektor kesihatan pula, PPG70 menyifatkan tawaran jawatan tetap kepada lebih 9,000 doktor pada 2027 sebagai perkembangan penting, manakala peruntukan Kementerian Kesihatan meningkat kepada RM47.7 bilion berbanding RM46.5 bilion pada 2026.

PPG70 berpandangan pelaburan dalam pendidikan penting untuk pembentukan modal insan, peningkatan mobiliti sosial dan pengukuhan daya saing negara.

Pertubuhan itu turut menegaskan bahawa perbahasan belanjawan berteraskan fakta dan analisis membina akan membantu rakyat memahami keutamaan perbelanjaan negara.





"UMNO TINGGAL 26 KERUSI SALAH SIAPA" ! TOK MAT SINDIR ZAHID ?


 

Apabila PAS menjadi benteng mempertahankan musuh Islam tu.

 



Kita umat Islam sedang diuji dengan kesukaran melawan serangan daripada musuh Islam apabila PAS menjadi benteng mempertahankan musuh Islam tu.