PAK YUS MAKI PAS


 

Soalan pemuda Pas makan diri, netizen tepek deretan teguran istana kepada pemimpin PN



Sayap pemuda Pas itu bertanya “parti apakah yang banyak melawan titah Sultan?”.

Hantaran itu yang dibuat bertujuan mengumpul kritikan terhadap saingan politiknya nampaknya tidak berjaya.

Pengguna media sosial menghidu “niat” kepada pertanyaan itu dan menyifatkan soalan tersebut sebagai bola tanggung kepada Pas.

Mereka memulangkan paku buah keras dengan berkongsi beberapa keratan media, mengingatkan kembali banyaknya teguran dari Sultan kepada beberapa pemimpin Pas.

Antaranya pada 2021, Yang di-Pertuan Agong waktu itu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dukacita dengan pengumuman pembatalan Ordinan Darurat di Parlimen oleh Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Baginda berdukacita kerana apa yang telah diperkenankan dan dipersetujui terdahulu dengan Takiyuddin Hassan selaku Menteri undang-undang waktu itu, telah tidak dilaksanakan.

Pada Februari 2024 pula, Sultan Selangor menyatakan rasa dukacita terhadap kenyataan tidak beradab Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang kerana membuat kenyataan mengelirukan terhadap alim ulama, peguam, hakim, ahli-ahli parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta Raja-Raja Melayu.

Baginda pada waktu itu menitahkan agar ahli-ahli politik tidak memperalatkan agama Islam dan mencemari kesucian agama Islam demi kepentingan politik kepartian masing-masing

Pada September 2024 pula, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengemukakan permohonan maaf kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas didakwa mempertikaikan kewibawaan institusi kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besar negeri berkenaan.

Dalam warkah balas baginda pula, Sultan Sharafuddin menerima permohonan maaf tersebut dan menasihati Sanusi “agar menjaga tutur kata serta tatasusila dan jangan terlalu beremosi, menggunakan perkataan-perkataan yang tidak baik dalam memberi syarahan kepada rakyat jelata terutama sekali bila berada di dalam negeri Selangor”.

Pada tahun sama sekitar bulan Ogos, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kemurkaan dan rasa amat terkilan terhadap pemimpin PN, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin yang secara sengaja dan sinis memperlekeh dan mempertikaikan tugas serta peranan Sultan Pahang.



Tiada lagi MN, Umno serik nak bekerjasama dengan Pas lagi – Puad Zarkashi


 

Pengalaman pahit bekerjasama dengan Pas dalam Muafakat Nasional membuatkan Umno serik untuk menjalinkan semula kerjasama dengan parti itu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Pas mempunyai sifat iri hati yang hanya melihat sesuatu perkara dari sudut kepentingan politik.

Beliau mengimbau kembali bagaimana Pas bermain “kayu tiga” dengan menyertai Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu ketika masih bekerjasama dengan Umno.

“Memang betul cakap Shahidan Kassim. Ramai ahli akar umbi mahu “Muafakat Nasional” dihidupkan semula. Tetapi sukar dilaksanakan. Pengalaman pahit bersama Pas menyebabkan Umno serik untuk bekerjasama semula. 

“Pas ada sıfat iri hati. Parti itu melihat dari sudut kepentingan politik. Patut Umno-Pas kuatkan dulu MN. Tetapi Pas main kayu tiga. Parti itu bimbang Umno jadi dominan. 

“Justeru parti itu sertai Perikatan Nasional di bawah Bersatu. Umno sudah hilang kepercayaan kepada kejujuran politik Pas,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Tambah Mohd Puad, Pas bukan sahaja pernah tinggalkan Barisan Nasional tetapi juga Angkatan Perpaduan Ummah dan Pakatan Rakyat dan kini PN bermasalah.

“Maka kalau Pas ada niat untuk hidupkan MN, lebih baik Pas sertai Musyawarah Nasional. Tiada tujuan politik. Ia diketuai oleh TS Abd Ghani Othman. Tokoh berintergriti,” sarannya.



SAYA MENUMPANG GLEMER NIK ZAWAWI YANG HINA SAHABAT??





MZaky AAlim

Dr Nik Rahim & Associates



 SAYA MENUMPANG GLEMER NIK ZAWAWI YANG HINA SAHABAT??


Ada netizen kata saya nak menumpang populariti Nik Zawawi yang terang-terang menghina sahabat-sahabat Nabi.
Alhamdulillah...saya masih WARAS dan mati hidup balik pun saya tak HINGIN nak TUMPANG KESESATAN Nik Zawawi. Moga Allah lindungi saya.
Bukan Nik Zawawi saja, sepupu (bekas sepupu) saya. Ada lagi beberapa orang yang sealiran dengan Nik Zawawi.
Semuanya tidak selari dengan fikrah dan perjuangan saya kecuali al Fadhil Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz - se orang yang warak dan merendah diri. Ustaz Nik Omar - satu-satunya anak Tok Guru Nik Abdul Aziz yang 'menurun' tok guru. Yang lain semua ke laut termasuk anak-anak saudara Tok Guru yang lain.
Ramai yang mulut celupar dan kurang adab. Sanggup menghina sahabat-sahabat Nabi, sanggup buat tuduhan qazaf kepada seteru politik mereka.
Inilah antara punca terbesar kenapa saya langsung tak respect pimpinan PAS - MULUT CELUPAR & SANGAT BIADAB - walaupun bukan SEMUA!
Moga Allah kurniakan HIDAYAH buat mereka dan kembali bertaubat dan insaf dari segala kesesatan.
Ameen!!




Peranan MARA Mesti Diperkukuh Sebagai Teras Pemerkasaan Bumiputera – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi MARA di Putrajaya pada 14 Mei 2026. Foto PMO

PUTRAJAYA, 14 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta peranan Majlis Amanah Rakyat (MARA) terus diperkukuh sebagai institusi teras pemerkasaan Bumiputera melalui agenda pembangunan secara lebih adil, inklusif dan menyeluruh.

Ketika mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi agensi berkenaan yang dikongsikan di media sosial, Perdana Menteri berkata, usaha itu boleh dilaksanakan melalui akses pendidikan berkualiti, latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan kemahiran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi MARA di Putrajaya pada 14 Mei 2026. Foto PMO

Ini termasuk bidang pembiayaan pendidikan, pembangunan usahawan serta sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana.

Ia bagi memastikan agenda pemerkasaan bumiputera terus dipacu dengan tadbir urus yang baik, berintegriti dan berkesan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi MARA di Putrajaya pada 14 Mei 2026. Foto PMO

“Menerusi dasar yang diperjuangkan MARA, lebih ramai pekerja mahir dan separa mahir selain profesional dan usahawan tempatan yang berdaya saing dapat dilahirkan lantas menyumbang kepada tenaga kerja di negara ini.

“Natijahnya, ini sekali gus meningkatkan penyertaan, pemilikan dan penguasaan Bumiputera dalam ekonomi negara selari dengan keperluan semasa dan cabaran masa hadapan,” ujar Anwar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi MARA di Putrajaya pada 14 Mei 2026. Foto PMO

Perdana Menteri turut menegaskan, menerusi pelbagai inisiatif transformasi dan program penskalaan usahawan, MARA juga telah memberi manfaat kepada jutaan pelajar serta usahawan bumiputera dalam memperkukuh mobiliti sosial dan penguasaan ekonomi negara.




Kerajaan MADANI Peruntuk RM5 Bilion Bantu Penjaja Kecil, Usahawan Mikro – PM Anwar

 



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif MARA, TEKUN Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Bank Rakyat, SME Bank, Agrobank dan Bank Simpanan Nasional (BSN) di Putrajaya pada 14 Mei 2026. Foto PMO

PUTRAJAYA, 14 Mei – Lebih RM5 bilion diperuntukkan Kerajaan MADANI bagi tahun ini khusus membantu lebih 400,000 usahawan mikro termasuk peniaga kecil dan penjaja pasar malam di seluruh negara, umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berkongsi kemaskini di media sosial hari ini, Perdana Menteri berkata, kemudahan itu melibatkan pembiayaan sehingga RM100,000 dengan kadar faedah bagi skim tertentu serendah tiga peratus setahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif MARA, TEKUN Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Bank Rakyat, SME Bank, Agrobank dan Bank Simpanan Nasional (BSN) di Putrajaya pada 14 Mei 2026. Foto PMO

Menurut beliau, perkara itu dimaklumkan pada pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tekun Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Bank Rakyat, SME Bank, Agrobank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

“Saya tegaskan kemudahan pembiayaan ini tidak akan mencapai matlamat sepenuhnya sekiranya masih ramai peniaga dan penjaja kecil khususnya di pasar, pasar malam dan kawasan tumpuan rakyat tidak menerima manfaatnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif MARA, TEKUN Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Bank Rakyat, SME Bank, Agrobank dan Bank Simpanan Nasional (BSN) di Putrajaya pada 14 Mei 2026. Foto PMO

“Ketika berkunjung ke negeri-negeri, saya mendengar sendiri keluhan peniaga kecil yang tidak mengetahui mengenai bantuan dan kemudahan pembiayaan yang disediakan,” katanya.

Anwar berkata, ada dalam kalangan peniaga kecil masih bergelut sendirian kerana tidak mengetahui saluran yang boleh membantu mereka mendapatkan modal dan sokongan yang amat diperlukan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif MARA, TEKUN Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Bank Rakyat, SME Bank, Agrobank dan Bank Simpanan Nasional (BSN) di Putrajaya pada 14 Mei 2026. Foto PMO

Untuk itu, Anwar mengarahkan semua agensi dan institusi pembiayaan mikro supaya memperhebat gerak kerja turun padang bagi mendekati lebih ramai golongan berkenaan, termasuk mempertingkat hebahan serta penyampaian maklumat perlu dilakukan secara lebih agresif dan menyeluruh agar tiada golongan tercicir daripada menerima manfaat disediakan kerajaan.

“Proses permohonan juga mesti dipermudah, syarat pembiayaan tidak membebankan dan kelulusan diberikan secara adil serta munasabah supaya kemudahan ini benar-benar sampai kepada golongan memerlukan,” ujarnya.

Beliau berharap, kemudahan tersebut mampu membantu lebih ramai peniaga kecil, wanita, belia, pekerja gig, lepasan TVET, kontraktor kecil, pesawah padi, golongan asnaf dan usahawan mikro untuk bangkit serta mengembangkan perniagaan masing-masing.



Anak Muda Diseru Pupuk Pemikiran Kritis Berteras Ilmu, Akhlak – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis sambutan Hari Belia Negara 2026 yang dilangsungkan di D’Tempat Country Club Sendayan, Negeri Sembilan pada 15 Mei 2026. Foto Bernama

SEREMBAN, 15 Mei – Kepentingan budaya pemikiran kritis dalam kalangan anak muda wajar ditekankan, namum mengingatkan bahawa setiap teguran dan idealisme haruslah berpaksikan kepada ilmu serta keutuhan akhlak, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa bersikap terbuka dalam menerima teguran daripada golongan muda, termasuk kritikan terhadap kepimpinan beliau sendiri, selagi ia disandarkan kepada prinsip dan keyakinan yang murni.

“Sebab itu saya katakan pemikiran kritis itu harus ada. Dalam beberapa pertemuan, mereka (anak muda) memberi teguran kepada bapa-bapa mereka, malah kepada Perdana Menteri. Kita harus terima dengan baik kerana mereka menegur berdasarkan prinsip dan keyakinan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis sambutan Hari Belia Negara 2026 yang dilangsungkan di D’Tempat Country Club Sendayan, Negeri Sembilan pada 15 Mei 2026. Foto Bernama

“Kita mahu anak muda kita berlapang dada menimba ilmu, tetapi prinsip akhlak itu mesti ada,” katanya ketika mengulas mengenai peranan belia dalam mendepani cabaran negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap di sambutan Hari Belia Negara 2026 di sini, pada Jumaat, bagi mengulas isu yang dibangkitkan oleh kepimpinan belia berhubung permasalahan rakyat seperti kadar pengangguran, kos sara hidup dan kestabilan geopolitik di Selat Hormuz.

Menurut Anwar, walaupun Malaysia mencatatkan kejayaan ekonomi yang membanggakan, masih terdapat segelintir pihak, khususnya dalam kalangan pembangkang, yang memilih untuk menolak segala fakta pembangunan demi kepentingan politik sempit.

Mengulas mengenai budaya politik toksik, Perdana Menteri kesal dengan tindakan segelintir pihak yang menggunakan naratif melampau dalam pidato mereka sehingga hilang pertimbangan idealisme.

“Saya dengar ada satu pidato, pertama, dia bayangkan saya dengan Abu Jahal. Kedua, dia kata tidak ada pembangunan, kononnya negara dan ekonomi hancur. Ini dia belajar ‘kitab’ mana pun saya tidak tahu.

“Ini petanda hilangnya pertimbangan idealisme dan pemikiran kritis yang akhirnya didorong oleh hawa nafsu tanpa pertimbangan ilmu serta akhlak. Inilah pesanan saya kepada anak-anak muda,” tegas beliau.

 

Sehubungan itu, Anwar menyeru agar budaya berlapang dada dan semangat musyawarah terus disuburkan dalam menyelesaikan sebarang permasalahan demi mencapai muafakat yang baik untuk negara.

Beliau turut memuji peranan pimpinan belia dan Majlis Belia Malaysia (MBM) yang berani tampil memberi teguran secara berhemah dan membina.

Oleh Faida Rahim




MB PALATAO


Aman Muhamad



 Antara kelebihan MB Kedah ni dia tau semua benda seperti plot, maklumat dan perancangan sulit.






Kecuali bab LRA Sungai Limau yang Widad dapat kontrak daripada kerajaan Kedah pada tahun 2021, sampai hari ni dia tak tau siapa beri kontrak kat Widad tu.


;)

NASI LEMAK RM1 PUN JAKUN ..APA LA...

 


Naimullah Labu


Sidang DUN Pahang ni benar-benar membuka mata rakyat tentang tahap pemikiran sesetengah pihak Pas ni. Banyak isu yang dibangkitkan bukan lagi soal masa depan negeri atau kebajikan rakyat, tapi lebih kepada politik murahan yang mencuit rasa lawak daripada rasa hormat.





Paling kelakar bila media sendiri dikatakan memfitnah pimpinan sendiri. Kalau benar laporan terhadap Tuan Ibrahim Tuan Man itu fitnah, maka samanlah. Jangan hanya pandai bermain persepsi dan drama politik untuk mengaburkan kelemahan sendiri.


Isu nasi lemak seringgit pun mahu dipolitikkan.





 Sedangkan realitinya, di banyak tempat masih ada peniaga kecil yang jual pada harga mampu milik untuk bantu rakyat. Apa yang disebut oleh Wan Rosdy Wan Ismail tidak salah. Tapi mungkin kerana tekak sesetengah pemimpin pembangkang sudah terbiasa dengan “level kayangan”.


Kalau beginilah tahap pemikiran dan mutu perbahasan yang dibawa, simpan sajalah angan-angan untuk menerajui Pahang.Makin punoh negeri nanti.


Tiba2 rindu nak bersidang dalam dewan Yang mulia..Imbau kenangan manis duduk di kerusi YAM MB Tokwan kesayang orang Pahang tumpang bangga sebagai anak jati Jelai


#Pahang1st




ULASAN | Daripada hero filem ke layar politik: Vijay, Gen Z dan enigma anak muda Malaysia




Oleh MOHD NAJIB HASHIM

Ketika idea untuk menulis artikel ini muncul, usai menonton filem Sarkar lakonan Vijay. Tatkala dalam dunia realiti Tamil Nadu, Vijay sudah bergerak dalam politik massa dan desas-desus mula meruap bahawa beliau akan mencetak satu lagi kejayaan besar dalam arena politik.

Sarkar adalah sebuah filem berkisar tentang kuasa rakyat, pilihan raya dan perubahan politik. Mutu lakonan yang neutral, seolah-olah Vijay mempraktikan idealisma untuk dijual kepada khalayak bahawa inilah yang akan dilakukan sekiranya beliau masuk menyertai politik di negeri terkaya di India itu.

Jika dalam Sarkar, Vijay memegang watak Sundar Ramasamy, berkelana di Amerika Syarikat hingga menjadi seorang usahawan korporat kaya pulang ke India untuk mengundi tetapi gagal kerana identitinya telah diguna untuk mengundi. Di sinilah beliau memulakan sikap melawannya. Titik. 

Realitinya, kemunculan pelakon terkenal Vijay sebagai kuasa politik baharu bukan lagi dianggap sekadar eksperimen selebriti. Tetapi menjadi simbol perubahan besar dalam landskap demokrasi moden bahawa pengaruh budaya popular, media sosial dan psikologi anak muda sudah menjadi senjata paling ampuh dalam pilihan raya.

Apabila Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK) muncul sebagai parti terbesar dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu 2026, ramai penganalisis politik India sendiri terkejut. 

Parti yang baru beberapa tahun ditubuhkan itu bukan sahaja berjaya memecahkan dominasi DMK dan AIADMK yang menguasai politik Tamil Nadu sejak 1967, malah hampir membentuk kerajaan negeri.

Dari kisah realiti Tamil Nadu inilah artikel ini akan merungkai bagaimana pempengaruh (selebriti Vijay), Gen Z(anak muda) mencipta pesona sendiri dalam menentukan siapa yang akan diyakini untuk memimpin mereka. 

Dan bagaimana pula generasi muda di negara ini, adakah masih dalam sindrom ‘enigma’ yang sukar dibaca atau boleh ‘tersedut’ dalam gelombang yang melanda dunia ketika ini.

Berdasarkan daripada apa yang berlaku di Thailand, Indonesia, Korea Selatan sehinggalah mungkin ke Malaysia, generasi muda hari ini tidak lagi melihat politik melalui lensa lama.

Mereka tidak menilai pemimpin hanya berdasarkan parti. Mereka menilai naratif. Mereka menilai emosi. Mereka menilai keaslian. Dan lebih penting, mereka mahu merasakan bahawa suara mereka diwakili.

Fenomena Vijay sebenarnya membawa satu mesej penting kepada politik Malaysia. Dalam era digital hari ini, sesiapa yang berjaya menguasai imaginasi anak muda berpotensi menguasai peti undi.

Politik generasi lama dibina atas struktur akar umbi, cawangan parti, ceramah kelompok dan pengaruh media tradisional.Tetapi politik generasi baharu dibina melalui telefon pintar. TikTok kini lebih berpengaruh daripada pentas ceramah.

Podcast lebih dipercayai berbanding kenyataan media. ‘Meme’(kandungan tular satira) politik kadangkala lebih berkesan daripada manifesto setebal 200 muka surat.

Inilah perubahan besar yang gagal difahami banyak parti politik tradisional. Anak muda hari ini membesar dalam dunia internet. Mereka tidak mempunyai kesetiaan politik yang tegar. Mereka tidak terlalu emosional terhadap sejarah parti.

Sebaliknya mereka menilai siapa yang kelihatan paling jujur, paling dekat dan paling memahami keresahan hidup mereka. Sebab itu Vijay berjaya mencipta gelombang.

Beliau bukan sekadar pelakon terkenal. Beliau adalah simbol budaya popular. Dialog filemnya menjadi slogan, tariannya dalam filem Thalapathy Kacheri menjadi ikutan, manakala gaya hidupnya menjadi identiti. Peminatnya pula berkembang menjadi jentera politik organik.

Apa yang berlaku di Tamil Nadu sebenarnya mempunyai persamaan besar dengan perubahan politik Malaysia sejak Pilihan Raya Umum Ke-14.

Pada 2018, Malaysia menyaksikan bagaimana pengundi muda memainkan peranan besar dalam menjatuhkan kerajaan yang dianggap terlalu lama memerintah.

Pada 2022 pula, landskap politik menjadi lebih kompleks apabila Undi18 dan pendaftaran pengundi automatik membawa jutaan pengundi baharu ke dalam sistem demokrasi negara.

Ramai parti politik pada awalnya menyangka anak muda mudah dipengaruhi. Hakikatnya tidak. Generasi muda hari ini jauh lebih kritikal. Mereka menolak propaganda keterlaluan. Mereka cepat menghukum hipokrasi.

Dan mereka mudah berpindah sokongan jika merasakan sesuatu parti gagal memenuhi harapan.

Gen Z bukan sekadar pengundi(sub

Di Malaysia hari ini, Gen Z bukan lagi kelompok kecil. Mereka sudah menjadi kuasa penentu. Dalam banyak kerusi bandar dan separa bandar, undi anak muda mampu menentukan jatuh bangun kerajaan.

Masalahnya, ramai ahli politik masih gagal memahami psikologi generasi ini. Gen Z tidak suka bahasa terlalu formal. Mereka tidak gemar pidato panjang berjela-jela. Mereka mahu komunikasi pantas, ringkas, jujur dan bersifat manusiawi.

Sebab itu ramai tokoh politik lama gagal menembusi kelompok muda walaupun mempunyai pengalaman luas. Mereka bercakap seperti era televisyen. Sedangkan Gen Z hidup dalam era algoritma.

Bagi generasi muda hari ini, keaslian jauh lebih penting daripada kesempurnaan. Mereka lebih tertarik kepada pemimpin yang kelihatan “real” berbanding terlalu tersusun seperti robot politik.

Fenomena ini boleh dilihat di banyak negara. Di Amerika Syarikat misalnya, ramai ahli politik muda menggunakan TikTok untuk mendekati pengundi.

Di Korea Selatan pula, isu kos sara hidup dan tekanan kerja menjadi tema utama kempen kerana ia dekat dengan realiti anak muda.

Begitu juga di Malaysia. Anak muda tidak lagi hanya bercakap soal ideologi. Mereka bercakap soal harga rumah, gaji, kos makanan, peluang pekerjaan, kesihatan mental dan masa depan.

Mana-mana parti yang gagal memahami keresahan ini akan berdepan kesukaran besar dalam pilihan raya akan datang.

Jika Tamil Nadu memberi contoh bagaimana budaya popular boleh menjadi gelombang politik, Thailand pula membuktikan bagaimana Gen Z mampu menggoncang keseluruhan sistem kuasa lama.

Pilihan raya Thailand menjadi titik penting apabila parti Move Forward muncul sebagai kuasa politik paling dominan dalam kalangan anak muda. Parti itu menggunakan pendekatan yang sangat berbeza daripada politik tradisional Thailand.

Mereka agresif di media sosial, bahasa kempen mereka santai, visual mereka moden dan pemimpin mereka pula tampil seperti representasi generasi muda bandar.

Apa yang lebih menarik, sokongan terhadap Move Forward bukan sekadar soal parti. Ia menjadi simbol protes generasi muda terhadap sistem lama.

Anak muda Thailand melihat politik sebagai alat perubahan sosial, mereka mahu reformasi institusi, mereka mahu kebebasan bersuara, mereka mahu kerajaan lebih telus dan mereka mahu masa depan yang lebih baik.

Fenomena itu sangat penting untuk difahami dalam konteks Malaysia. Hari ini, generasi muda Malaysia juga semakin berani menyuarakan pandangan. Mereka lebih berpendidikan, lebih celik digital dan lebih terdedah kepada politik global.

Mereka melihat bagaimana anak muda di negara lain mencorakkan perubahan.

Sebab itu pendekatan politik lama yang terlalu bergantung kepada retorik perkauman sempit semakin kurang berkesan di bandar-bandar besar. Anak muda hari ini lebih memikirkan masa depan ekonomi berbanding sentimen nostalgia politik.

Politik sebagai hiburan(sub

Dalam memahami fenomena Vijay, satu buku yang sangat relevan ialah “Amusing Ourselves to Death” tulisan Neil Postman.

Walaupun buku itu diterbitkan pada 1985, idea yang dibawa Postman seolah-olah sedang hidup sepenuhnya dalam dunia politik hari ini.

Postman berhujah bahawa masyarakat moden akhirnya akan berubah daripada budaya berfikir kepada budaya hiburan.

Dalam dunia yang terlalu dipenuhi visual, manusia tidak lagi memilih berdasarkan hujah paling mendalam. Sebaliknya mereka tertarik kepada siapa yang paling mampu menghiburkan perhatian mereka.

Apa yang menakutkan, Postman mengingatkan bahawa politik akhirnya juga akan berubah menjadi satu bentuk hiburan massa.

Hari ini, ramalan itu sedang berlaku di depan mata, TikTok menjadi pentas politik, podcast menjadi medan perang persepsi, ‘meme’ menjadi propaganda moden dan personaliti kadangkala lebih penting daripada idea.

Hakikatnya fenomena Vijay sangat dekat dengan analisis Postman. Beliau datang daripada dunia hiburan. Beliau memahami emosi massa. Beliau memahami bahasa budaya popular dan beliau tahu bagaimana membina hubungan psikologi dengan generasi muda.

Dalam era digital, pengaruh budaya popular boleh menjadi lebih kuat daripada ideologi politik tradisional. Anak muda hari ini membesar dalam budaya internet yang bergerak terlalu pantas.

Perhatian mereka singkat, maklumat bergerak dalam bentuk video pendek, politik pula perlu bersaing dengan hiburan setiap saat. Sebab itu ramai ahli politik lama gagal menyesuaikan diri.

Mereka masih bercakap dalam bahasa politik era televisyen sedangkan generasi muda hidup dalam budaya skrin telefon pintar.

Postman sebenarnya memberi satu amaran besar.

Beliau percaya demokrasi boleh menjadi lemah apabila rakyat hanya memilih berdasarkan hiburan dan emosi semata-mata. Tetapi dalam masa sama, realiti politik moden menunjukkan bahawa sesiapa yang gagal memahami budaya hiburan digital akan tenggelam.

Inilah dilema politik abad ke-21. Politik perlu serius tetapi untuk menarik perhatian rakyat, ia juga perlu memahami budaya hiburan. Menariknya Malaysia sedang bergerak ke arah realiti yang sama.

Hari ini ramai anak muda mengenali influencer politik lebih cepat daripada mengenali ahli Parlimen. Ada tokoh politik yang petah berdebat di Dewan Rakyat tetapi gagal menarik perhatian di TikTok.

Sebaliknya ada tokoh yang berjaya membina pengaruh besar hanya melalui kandungan media sosial yang dekat dengan budaya anak muda. Ini menunjukkan medan politik sudah berubah sepenuhnya.

Kuasa politik hari ini bukan sekadar tentang siapa mempunyai organisasi paling besar. Tetapi siapa paling berjaya menguasai perhatian masyarakat. Dalam dunia digital, perhatian ialah kuasa. Dan generasi muda ialah pengguna terbesar kuasa tersebut.

Suka atau tidak Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sudah membuktikan walaupun parti MUDA yang diwakilinya tidak sebesar mana saiz organisasinya.

Berbanding dahulu, parti yang mempunyai jentera paling besar biasanya mempunyai kelebihan besar.Tetapi dalam era media sosial, persepsi boleh mengalahkan struktur.

Satu video TikTok boleh mengubah sentimen nasional, satu podcast boleh merosakkan imej politik bertahun-tahun. Satu kenyataan tidak sensitif boleh menyebabkan kemarahan digital besar-besaran.

Politik moden bergerak terlalu pantas. Sebab itu ramai pemimpin lama kelihatan sukar menyesuaikan diri. Mereka masih bergerak dalam kerangka politik era 1990-an. Sedangkan pengundi hari ini hidup dalam dunia digital yang berubah setiap jam.

Dalam konteks Malaysia, parti-parti politik perlu memahami bahawa medan perang sebenar kini bukan sekadar di bilik gerakan. Tetapi di media sosial, di TikTok, di Instagram, di X, di YouTube.

Dan lebih penting, di ruang emosi anak muda, politik bukan lagi sekadar siapa paling kuat tetapi siapa paling dekat di naluri anak muda.

Dalam membicarakan perubahan generasi dan jiwa masyarakat, pemikiran Hamka sebenarnya sangat relevan.

Dalam bukunya “Peribadi”, Hamka menulis bahawa manusia besar bukan sekadar mereka yang memiliki kuasa, tetapi mereka yang mampu memahami denyut jiwa masyarakat.

Hamka melihat bahawa perubahan zaman memerlukan perubahan cara mendekati manusia. Menurut beliau, pemimpin yang gagal memahami perasaan rakyat akhirnya akan ditinggalkan walaupun mempunyai kekuatan besar.

Pandangan Hamka ini sangat tepat dalam membaca politik moden. Hari ini, ramai ahli politik terlalu fokus kepada strategi kuasa sehingga terlupa memahami psikologi rakyat.

Mereka bercakap tentang angka ekonomi, tetapi gagal memahami keresahan emosi anak muda. Mereka bercakap tentang pembangunan, tetapi gagal memahami tekanan hidup generasi baharu.

Dalam buku “Falsafah Hidup” pula, Hamka banyak membicarakan tentang pentingnya keikhlasan dan hubungan manusia. Beliau percaya manusia boleh menilai ketulusan. Dan dalam politik moden, ketulusan itulah yang dicari anak muda.

Sebab itu sesetengah tokoh politik yang tidak terlalu sempurna masih boleh menjadi popular kerana mereka dilihat lebih tulen.

Fenomena Vijay sendiri boleh dibaca melalui sudut ini. Beliau berjaya membina hubungan emosi dengan pengikutnya jauh sebelum memasuki politik.

Apabila beliau memasuki gelanggang pilihan raya, beliau sebenarnya sudah memiliki “komuniti emosi” yang sangat besar. Inilah kekuatan politik moden.

Pilihan raya Malaysia selepas ini kemungkinan besar akan semakin dipengaruhi oleh corak pengundian generasi muda. Parti-parti politik tidak lagi boleh hanya bergantung kepada penyokong tradisional.

Mereka perlu membina hubungan baharu dengan pengundi muda. Dan hubungan itu tidak boleh dibina hanya ketika musim pilihan raya.

Hendak tahu, anak muda hari ini boleh menghidu kepura-puraan, mereka tahu siapa yang benar-benar konsisten, mereka tahu siapa yang hanya muncul ketika mahu undi.

Sebab itu politik masa depan memerlukan pendekatan lebih organik, lebih manusiawi, lebih dekat dengan realiti kehidupan rakyat.

Parti politik juga perlu menerima hakikat bahawa generasi muda hari ini jauh lebih bebas. Mereka tidak mudah takut, tidak mudah terikat dan tidak terlalu obses dengan hierarki politik.

Kesetiaan mereka bersifat cair, hari ini sokong, esok boleh berubah. Ini menjadikan politik masa depan jauh lebih dinamik dan tidak boleh diramal.

Fenomena Vijay juga membuktikan satu perkara penting. Budaya popular kini mempunyai pengaruh politik yang sangat besar. Dulu, hiburan dan politik dianggap dua dunia berbeza. Semuanya kini mempunyai kuasa membentuk persepsi politik.

Kebangkitan Vijay di Tamil Nadu bukan sekadar kisah seorang pelakon memasuki politik. Sebenarnya simbol perubahan besar demokrasi moden.

Harapnya Vijay akan berjaya dalam politik realiti sepertimana perannya dalam filem Sarkar. Dan kita boleh berdoa kejayaan itu akan datang kalau tidak minggu ini, minggu depan, kalau tidak bulan ini, bulan depan dan kalau tidak tahun, ini tahun depan. TITIK.

MOHD NAJIB HASHIM bekas ketua pengarang Suara Keadilan dan bekas editor Selangorkini.  




KISAH TIKAMAN 61 KALI......INI CERITANYA.


Nazri Haris






 Dah tengok 999 malam tadi tentang tik4man 61 kali pada Nurfishah? Sedih, terasa ke ulu hati, tapi juga terkilan pada ibubapa saspek juga. Kenapa?

...

...


#Ceritera1 


=24 Jam Baru Kenal= 


Ya, hanya 24 jam tempoh perkenalan di alam maya sudah cukup untuk mengubah sebuah takdir menjadi tragedi paling menyayat hati di Ketereh, Kelantan.


Nurfishah Zulkifli, seorang gadis berusia 19 tahun,


mahasiswi semester tiga jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak di KPTM, kini hanya tinggal nama dan kenangan.

...

...


#Ceritera2 


=Kronologi Malam Berdar4h=


Mengikut laporan, 1 Mei 2026, bermula seperti biasa.


Nurfishah keluar untuk makan malam di Wakaf Bharu bersama seorang kenalan yang baru dikenalinya sehari melalui aplikasi sosial.


Menaiki sebuah Perodua Bezza putih milik si ibubapa saspek.


Jam 11 malam, Nurfishah masih sempat memuat naik status, detik terakhir dia dilihat masih bernyawa.


Namun, di dalam kenderaan itu, dilaporkan suasana harmoni bertukar menjadi ngeri. Berlaku pertelingkahan.


Suspek, seorang remaja lelaki seusia mangsa, dipercayai gagal mengawal emosi.

...

...


#Ceritera3 


Dalam keadaan marah dan takut yang melampau, saspek bertindak di luar batasan manusia.


Nurfishah ditik4m.


Bukan sekali, bukan dua kali, tetapi 61 kali.


Saat-saat akhir arwah.


Dia cuba menyelamatkan diri, membuka pintu kereta dan terjatuh di atas jalan raya yang gelap gelita di Kampung Simah.


Kawasan itu sunyi, dikelilingi sawah padi, tanpa lampu jalan.


Suspek yang panik melihat cahaya lampu kenderaan lain terus memecut pergi,


meninggalkan Nurfishah kaku dalam genangan d4rahnya sendiri.

...

...


#Ceritera4 


=Bilamana "Kasih" Menjadi Buta=


Ada satu bahagian dalam siasatan ini yang membuatkan kita terkedu.


Selepas membvnuh, suspek pulang ke rumah.


Dia mencuci kereta bapanya itu bukan sekali, tetapi 3 hingga 4 kali bagi menghilangkan kesan darah.


Segalanya berlaku di depan mata ibu bapa suspek yang berusia 60-an.


Apabila polis tiba, ibu bapanya enggan memberikan kerjasama. 


Mereka mendakwa tidak tahu apa-apa.

...

...


#Ceritera5 


=Berhenti sejenak dan berfikir=


Mengapa seorang ibu atau ayah sanggup membisu walaupun melihat anak sendiri mencuci darah pada jam 3 pagi?


Mungkin itu adalah naluri perlindungan (protection instinct).


Dalam fikiran mereka, mungkin ada rasa panik yang amat sangat: 


"Ini anak bongsu aku, aku tak mahu dia masuk penjara, aku tak mahu dia mati di tali gantung."


Kasih sayang itu adakalanya membutakan logik.


Mereka mahu menyelamatkan "dunia" anak mereka, walaupun anak itu baru sahaja menghancurkan dunia orang lain.


Namun, kita perlu sedar satu hakikat pahit, Nurfishah juga adalah seorang anak.


Dia juga mempunyai ibu bapa yang menghantar dia ke kolej dengan harapan melihatnya berjaya.


Kelebihan memberikan perlindungan kepada anak sendiri tidak seharusnya merampas keadilan bagi anak orang lain yang sudah hilang nyawa.


Keadilan bukan sekadar tentang hukuman, tetapi tentang memulangkan hak kepada yang teraniaya.

...

...


#Ceritera5 


=Apa Maksud 'Bersubahat' Dari Sudut Undang-Undang?=


Dalam kes ini, ibu bapa suspek turut ditahan kerana disyaki bersubahat.


Di bawah Kanun Keseksaan (Seksyen 107 & 108), 'bersubahat' (abetment) bukan hanya bermaksud membantu melakukan jenayah.


Ia merangkumi:


❗️1.Menghasut atau menggalakkan seseorang melakukan jen4yah.


❗️2.Melibatkan diri dalam pakatan jahat untuk melakukan jenayah tersebut.


❗️3.Memberi bantuan dengan sengaja (intentional aid) untuk memudahkan jenayah berlaku, atau menyembunyikan fakta serta bukti selepas jenayah dilakukan untuk melindungi pesalah.


Apabila seseorang mengetahui sesuatu jenayah telah berlaku,


tetapi memilih untuk mendiamkan diri atau membantu melupuskan bukti (seperti membasuh darah atau membuang barang mangsa), 


mereka boleh dianggap telah membantu pesalah melepaskan diri daripada undang-undang.

...

...


#Ceritera7 


=Pengajaran Buat Kita Semua=


Tragedi Nurfishah adalah amaran keras bagi anak muda dan ibu bapa.


Buat Remaja:

Dunia maya bukan semuanya indah. Berhati-hatilah dengan siapa anda berkenalan. Emosi manusia sukar dijangka.

...


Buat Ibu Bapa:

Pantau aktiviti anak. Jika nampak perubahan pelik, bertindaklah. 


Jangan biarkan kasih sayang kita menjadi asbab kita turut terjerumus dalam lembah dosa dan jenayah.

...


Nurfishah kini sudah tenang di Kampung Periang, Pahang.


Namun, 61 tikaman itu akan terus berbekas dalam sejarah hitam jenayah negara sebagai peringatan tentang betapa mahalnya harga sebuah perkenalan singkat.


Allahummaghfirlaha warhamha wa 'afiha wa'fu 'anha...