AKHIRNYA WAKIL RAKYAT BANTU . CUBA TANYA FADLI SAARI DAN MP QAZAF, APA MEREKA BUAT ?

 

Masalah elektrik Rumah Pangsa Kayu Ara selesai, ditanggung oleh pejabat Adun



Masalah terputus bekalan elektrik di Rumah Pangsa Kayu Ara telah selesai jam 11 malam Selasa, kata Adun kawasan berkenaan Jamaliah Jamaludddin.

Ia telah menamatkan masalah terputus bekalan elektrik yang dihadapi 265 penduduk di situ sejak seminggu lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jamliah, Adun Damansara Utama (gambar atas) itu, beliau kesal kerana MIC telah mempolitik perkara itu seolah-olah beliau tidak mengambil endah tentang masalah itu.

Padahal, katanya, pegawai beliau sejak hari pertama kejadian telah berada di kawasan itu untuk membantu manakala beliau sendiri menghubungi pelbagai pihak untuk menyesaikan masalah itu.

Manurut Jamaliah, pada Khamis 26 Februari lalu, JMB Rumah Pangsa Kayu Ara telah memaklumkan kerosakan teruk kepada papan suis Utama bangunan itu akibat litar pintas dan kebakaran.

Insiden ini telah menyebabkan penduduk di situ terputus bekalan elektrik dan seterusnya bekalan air apabila pam tidak boleh berfungsi.

Kesosakan ini memerlukan perbelanjaan sebanyak RM20,000 ke 25,000 untuk pembaikan dan pihak JMB telah memohon bantuan Pusat Khidmat Jamaliah untuk pembaikan.

“Isu di tapak selesai pada jam 11 malam Selasa melalui kerja-kerja pembaikan yang ditanggung oleh pejabat saya, dan tanpa melibatkan apa-apa penyelesaian daripdaa MIC,” kata Jamaliah yang kesan dengan Tindakan MIC yang mempolitikkan perkara itu.

MIC mendakwa, Adun kawasan itu tidak nampak muka untuk menyelesaikannya padahal ia perlukan proses kerana melibatkan wang kerajaan.




Persempadanan pilihan raya: Langkah penting pulih kesaksamaan


 


Oleh MARTIN VENGADESAN

Tahun ini bermula dengan nada positif apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berikrar untuk meluluskan empat reformasi utama di Parlimen.

Antaranya termasuk rang undang-undang (RUU) untuk memisahkan kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara, had tempoh 10 tahun bagi jawatan Perdana Menteri, penubuhan Ombudsman serta rang undang-undang kebebasan maklumat.

Namun, kelmarin RUU had tempoh tersebut gagal diluluskan apabila kerajaan Madani tidak berjaya memperoleh 148 undi yang diperlukan di Dewan Rakyat.

Ini mengingatkan saya bahawa selain reformasi yang sedang diusahakan kerajaan, kita juga sedang berada dalam proses penting persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Hakikatnya, pada masa ini wujud jurang ketara dari segi jumlah pengundi dalam kawasan Parlimen.

Walaupun kawasan luar bandar di Sarawak, Sabah dan sebahagian Semenanjung adalah paling luas dari segi keluasan tanah, kawasan ini lazimnya mempunyai kepadatan penduduk yang rendah berbanding kawasan bandar yang padat dan kecil di negeri maju seperti Selangor.

Kawasan yang lebih kecil ini menunjukkan ketidaksamarataan ketara dari segi nilai undi, di mana satu undi di kawasan luar bandar yang kecil kadangkala bernilai sehingga tiga kali ganda berbanding satu undi di kawasan bandar yang padat — fenomena yang dikenali sebagai malapportionment.

Sebagai contoh, dalam Pilihan Raya Umum 2022, kawasan Jerlun dan Sik di Kedah masing-masing mempunyai antara 60,000 hingga 70,000 pengundi berdaftar, dengan jumlah keluar mengundi sedikit melebihi 50,000 orang.

Di Jerlun, Abd Ghani Ahmad daripada Pas menang, manakala Ahmad Tarmizi Sulaiman daripada parti yang sama memenangi kerusi di Sik.

Di Jeli, Kelantan, calon Perikatan Nasional (PN,) Zahari Kechik menang dengan jumlah keluar mengundi hanya 43,732 orang.

Angka ini jauh lebih kecil berbanding kawasan besar di Lembah Klang seperti Bangi, Kota Raja, Damansara dan Petaling Jaya.

Bangi merupakan kawasan terbesar di negara ini dengan 303,430 pengundi berdaftar dan 246,795 orang keluar mengundi.

Ini bermakna Syahredzan Johan daripada DAP menang dengan majoriti besar sebanyak 69,701 undi — satu angka yang lebih besar daripada keseluruhan jumlah pengundi di sesetengah kawasan kecil.

Keadaan sama berlaku di Kota Raja apabila Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu menang dengan majoriti 73,998 undi.

Di Petaling Jaya, Lee Chean Chung daripada PKR menang dengan majoriti 50,575 undi, manakala di Damansara, Gobind Singh Deo menang dengan majoriti luar biasa sebanyak 124,619 undi.

Keadaan ini turut berulang di kawasan bandar lain seperti Shah Alam, Titiwangsa, Setiawangsa, Wangsa Maju, Bandar Tun Razak, Seputeh dan Ampang.

Hentikan ketidakseimbangan

Saudara dan saudari rakyat Malaysia, ini bukan sekadar kisah menarik atau trivia politik — ini adalah manipulasi yang terancang dan ketidakseimbangan ini mesti dihentikan.

Jelas bahawa Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan Madani kini berada dalam kedudukan tidak seimbang dari segi nisbah undi kepada kerusi.

Malah, parti-parti dalam kerajaan Madani memperoleh hampir 70 peratus undi dalam pilihan raya umum lalu, walaupun ada yang bertanding sesama sendiri.

Berapa lama lagi ketidakseimbangan ini boleh berterusan? Jawapannya, ia mesti dihentikan sekarang.

Tahun lalu, Timbalan Menteri M. Kulasegaran memaklumkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menjalankan kajian semula persempadanan kawasan bagi negeri-negeri di Semenanjung selepas tamat tempoh lapan tahun semasa.

Tempoh tersebut berakhir bulan ini, pada Mac 202

SPR bertanggungjawab menyemak persempadanan kawasan pilihan raya Persekutuan dan Negeri selaras dengan Fasal 2 Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan serta prinsip dan prosedur yang digariskan dalam Bahagian 1 dan 2 Jadual Ketiga Belas.

Prinsip persempadanan termasuk memastikan keseimbangan jumlah pengundi, kecekapan pentadbiran pilihan raya, kemudahan pengundi serta pemeliharaan hubungan komuniti setempat.

SPR juga akan mengambil kira aspek pentadbiran, kepadatan dan pertumbuhan pengundi, geografi dan topografi kawasan, ruang pembangunan yang tersedia, kemudahan infrastruktur serta akses rakyat kepada perkhidmatan wakil rakyat.

Perkara ini amat relevan di kawasan Sarawak seperti Hulu Rajang dan Baram, di mana satu kawasan Parlimen lebih besar daripada kebanyakan negeri di Semenanjung.

Namun lebih penting daripada itu, SPR mesti mengakui bahawa ia turut memainkan peranan dalam menginstitusikan ketidakseimbangan ini.

Kini, buat pertama kali, kita mempunyai peluang untuk melaksanakan keadilan yang lebih memulihkan dan benar-benar mewakili rakyat.

*MARTIN VENGADESAN merupakan bekas editor yang kini berkhidmat sebagai perunding komunikasi strategik kepada Kementerian Komunikasi.


650 askar Amerika mati, cedera pada 2 hari pertama perang, dakwa Iran

 







Iran mendakwa, kira-kira 650 askar Amerika terbunuh atau cedera sepanjang dua hari pertama sahaja perang antara Iran dengan Amerika dan Israel, kata Ibu Pejabat Pegawal Revolusi Iran.

Bagaimanapun angka ini disanggah oleh Amerika tetapi mengesahkan ramai juga tenteranya yang mati dalam perang ini.

Sekurang-kurangnya enam anggota tentera Amerika Syarikat (AS) terbunuh ketika operasi selepas AS dan Israel mula mengebom Iran pada Sabtu, menurut pihak tentera Amerika.

“Pasukan AS baru-baru ini menemui kembali mayat dua anggota yang sebelum ini tidak dapat dikesan dari sebuah kemudahan yang diserang ketika serangan awal Iran di rantau ini,” kata U.S. Central Command (CENTCOM) dalam satu kenyataan.

“Operasi pertempuran utama masih diteruskan. Identiti anggota yang terkorban tidak akan didedahkan sehingga 24 jam selepas ahli keluarga terdekat dimaklumkan,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berikrar untuk membalas kematian tiga anggota tentera AS yang terkorban dalam konflik yang semakin memuncak dengan Iran.

Dalam satu video yang dimuat naik di platform Truth Social, Trump menyifatkan anggota yang terbunuh itu sebagai “patriot sejati” dan memberi amaran bahawa lebih banyak korban mungkin berlaku.

“Amerika akan membalas kematian mereka dan memberikan tamparan paling dahsyat kepada pengganas yang telah mengisytiharkan perang,” katanya dalam kenyataan itu.

Israel dan Amerika telah mula menyerang Iran pada 28 Februari lalu yang mengakibatkan sejumlah pemimpinnya meninggal termasuk Ayatullah Khomeinie dan keluarganya.

Ekoran itu, Iran telah membalasnya dengan menyerang Israel dan hampir kesemua pengkalan tentera Amerika di rantau itu yang menyebabkan kematian anggota tentera dan juga kemusnahan besar kepada asset yang dimiliki Amerika dan Israel.




Tengku Zafrul Dilantik Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri

 

Pelantikan Tengku Zafrul dibuat bagi mengisi kekosongan jawatan Setiausaha Politik (Kanan) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri berkuat kuasa hari ini.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan, memaklumkan pelantikan itu dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi tempoh selama dua tahun.

Pelantikan itu juga bertujuan bagi mengisi kekosongan jawatan Setiausaha Politik (Kanan) kepada Perdana Menteri.

“Perdana Menteri menzahirkan harapan supaya beliau dapat melaksanakan amanah yang diberikan ini dengan baik dan penuh tawaduk demi kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat,” menurut kenyataan itu.

Tengku Zafrul dilantik menerajui agensi promosi pelaburan utama negara sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada 3 Disember 2025 bagi tempoh dua tahun.

Pelantikan terbabit dibuat bagi memanfaatkan kepakaran beliau dalam memacu agenda pelaburan nasional serta memperkukuh daya saing ekonomi Malaysia di peringkat antarabangsa melalui penyelarasan dasar industri yang lebih dinamik.​

Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) selama enam tahun, iaitu tempoh maksimum yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Kerjaya beliau dalam pentadbiran kerajaan bermula apabila mengangkat sumpah sebagai Senator buat kali pertama pada 10 Mac 2020 untuk jawatan Menteri Kewangan, sebelum menyambung penggal kedua pada 3 Disember 2022, dan secara rasmi menamatkan perkhidmatan di Dewan Negara pada 2 Disember 2025.

Hanya Ibu Bapa Dibenar Buka Akaun Media Sosial Anak Bawah 16 Tahun – Fahmi

 


Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyantuni dan menyerahkan sumbangan kepada para penerima dari meja ke meja pada Majlis Penyerahan Sumbangan dan Iftar bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan Wilayah (ICU Wilayah) di Masjid Al Khadijah, Pantai Dalam pada 4 Mac 2026. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Hanya ibu bapa dibenarkan untuk membuka akaun media sosial anak-anak mereka yang berumur di bawah 16 tahun yang mereka sendiri kendalikan, kata Datuk Fahmi Fadzil.

Menteri Komunikasi itu berkata, ketetapan itu bertujuan melindungi golongan bawah umur daripada risiko keselamatan dalam talian termasuk ancaman pemangsa siber yang berpotensi menghubungi kanak-kanak menerusi pelbagai platform media sosial.

“Isu utamanya ialah siapa yang mengawal akaun tersebut… kita tidak mahu anak-anak yang mengawal akaun itu sendiri… kalau akaun itu dibuka oleh ibu bapa, sekurang-kurangnya mereka boleh tahu kalau ada individu yang tidak dikenali berhubung dengan anak mereka,” katanya pada sidang media Program Sejahtera MADANI Kebajikan: Sumbangan Ihsan Kasih Ramadan.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyantuni dan menyerahkan sumbangan kepada para penerima dari meja ke meja pada Majlis Penyerahan Sumbangan dan Iftar bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan Wilayah (ICU Wilayah) di Masjid Al Khadijah, Pantai Dalam pada 4 Mac 2026. Foto Bernama

Turut hadir Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan (ICU JPM Wilayah) Datuk Megat Azlani Megat Ramli, Pengurus Cawangan Jalan TAR, Bank Muamalat Malaysia Berhad Fadhil Adnan, warga ICU JPM Wilayah dan komuniti setempat Lembah Pantai.

Fahmi juga berkata kerajaan sedang melaksanakan ‘regulatory sandbox’ atau medan uji bersama dengan platform media sosial untuk mengenakan sekatan umur 16 tahun bagi pendaftaran akaun baharu.

Beliau berkata pendekatan Malaysia berbeza daripada ‘Model Age Assurance’ yang digunakan di Australia, dengan Malaysia akan memanfaatkan perundangan khusus mengenai MyKad sebagai elemen keselamatan tambahan untuk pengesahan identiti dan umur pengguna.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyantuni dan menyerahkan sumbangan kepada para penerima dari meja ke meja pada Majlis Penyerahan Sumbangan dan Iftar bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan Wilayah (ICU Wilayah) di Masjid Al Khadijah, Pantai Dalam pada 4 Mac 2026. Foto Bernama

“Anak-anak masih dibenarkan menonton kandungan seperti di YouTube… cuma mereka tidak boleh membuka akaun sendiri,” katanya.

Fahmi juga berkata ibu bapa perlu lebih prihatin terhadap aktiviti digital anak-anak dan tidak membiarkan mereka menggunakan peranti tanpa pengawasan bagi tempoh yang terlalu lama.

“Peranti bukan pengasuh. Ibu bapa ada tanggungjawab juga,” katanya.

APA KATA IRAN.

 


Coach Zul



Menarik sekali terbaca posting Iran yg berKata Mereka ada 250,000 Peluru Berpandu dan mampu lepaskan 800 misil sejam. Cukup untuk menghancurkan 2-3 buah negara.






Tapi jika US dah kuasai Ruang Udara Iran, ada kemungkinan tak sempat mereka nak lancarkan missile. Tapi cam biasa lah, mereka selalu claim macam²


Iran juga mengatakan sudah mengetahui lokasi Netanyahu. Jika Iran berjaya membunuh setan ini, rasanya tiada pengganti yg gila sanggup sambung perjuangan ini.


Tapi sebaliknya Iran, sekalipun telah kematian Pemimpin² Utama dan Pemimpin No 1,, lahir berpuluh lagi Jeneral yg sanggup menggalas tugas seakan akan perang ini skrip yg sudah lama dihafal - Tunggu Bertindak sahaja.


Dan sememangnya dalam Quran sendiri mencegah Umat Islam Memulakan Peperangan, kecuali selepas di serang oleh Musuh² Allah.


Pada Hemat Saya, jika 250,000 misil, tentu sekali mereka letakkan di pelbagai kawasan. Keluasan Iran tak sama dengan Palestin. 


Keluasan Tanah Iran 1.65 juta KM² (Bapak Luas Weh)

Hujung ke hujung 2250 KM

Kurang lebih kalo balik keter balik kampung, mau 2-3 hari.


Ini yg menyebabkan kalo US serang ngan Jet, Jet Pon Habis Minyak

Kalo US Serang dengan keter kebal, minggu depan pon tak sampai² lagi


Kecuali Bantuan Dari Negara Jiran.

Dan katanya negara jiran itu tidak lain tidak bukan: Negara Arab. Negara Islam. Dan kata ust, tak keterlaluan kalo nak sebut: itu lah Negara Sunni, menggadaikan maruah utk tentera kafir. Jawab lah di hadapan Allah swt. Bahkan mereka lah yg duk bangga berjaya tembak jatuh dron² dan misil² Iran. Dari Base US tu lah agaknya.


Sangat Mengecewakan Kita Semua. 


Iran langsung tak dapat support dari Negara² Yg Sepatutnya bangkit membantu mereka. Bahkan bertahun tahun kerjasama ini tidak pernah berlaku.


Kata sorang ust, kalo Semua Negara Arab hulur bantuan hanya dengan Ludah sekalipon, sudah cukup membuatkan Orang² Kafir Gerun dan Takut pada Bersatunya Saf orang Islam.


Tp Malangnya kita berhadapan dengan 1 Zaman yg dikatakan oleh Rasulullah saw, umat Islam yg Ramai tapi Umpama Buih² di lautan. 


Semoga Sinar Kemenangan Untuk Iran Tetap Ada Meskipon Peritnya Nak Bertahan & Berlawan dengan 8 Negara (2 Negara Kafir + 6 Negara Arab)





PERAMG US IRAN AKAN BERLARUTAN

 


Singgura Siburi


Trump kelihatan tidak berada dalam keadaan yang baik. Perang dengan Iran tidak tamat secepat yang dijangka. Semakin berlarutan, semakin besar kerugian Amerika. Trump akan kehilangan kelebihan, manakala Iran yang sudah terdesak kini bersedia bertempur habis-habisan...






➡️ Trump sedang terperangkap dalam perang dengan Iran kerana terdapat beberapa kekangan yang mengikat dirinya sendiri, iaitu:


👉 Tentera Amerika tidak boleh mengalami korban yang terlalu ramai. Tentangan terhadap perang daripada rakyat Amerika, khususnya gerakan MAGA yang melihat Trump mengkhianati ideologi “America First”, semakin kuat.


👉 Perang tidak boleh berlarutan kerana kekurangan kelengkapan dan persenjataan, sedangkan Iran masih belum menggunakan senjata berat sepenuhnya, namun sudah mampu menyebabkan kerosakan besar terhadap pangkalan tentera, radar dan aset ketenteraan Amerika di Timur Tengah.


👉 Kerajaan Amerika mengalami masalah kewangan yang serius.


👉 Iran terlalu besar untuk ditundukkan dengan mudah, dan mampu menanggung kerugian lebih lama. Senjatanya, sama ada dron atau peluru berpandu, juga mempunyai keupayaan yang setanding dengan Amerika.


👉 Iran mendapat sokongan dari Rusia dan China di belakangnya, yang tidak akan membiarkannya tumbang.


👉 Matlamat ketenteraan tidak jelas. Trump mahukan kemenangan, tetapi apakah maksud “menang”? Menukar rejim pemerintahan? Itu pun sukar, kerana jika pemimpin tertinggi atau komander tentera terbunuh, akan ada generasi baharu yang menggantikan mereka. Semangat kebangsaan Iran tidak akan berubah. Jika mahu menang secara ketenteraan sepenuhnya, Amerika perlu menghantar tentera darat, yang akan menjadikan perang itu berpanjangan tanpa penghujung. Tentera Amerika akan terkorban dalam jumlah yang besar dan kemenangan tetap tidak terjamin. Atau adakah Trump mahu mengebom Iran sehingga kembali ke Zaman Batu? Jika begitu, Amerika Syarikat juga akan menerima tindak balas yang sama.


👉 Jika terpaksa kalah atau berundur di tengah jalan, Presiden Trump akan berakhir.




SUDAH-SUDAHLAH TAN SRI…TAN SRI BUKAN LAGI PENGERUSI PN!!



4 Mac 2026


Nampaknya Muhyiddin Yassin sejak tidak lagi memegang jawatan Pengerusi PN semacam makin dibelenggu dengan kekacauan pemikiran yang kronik.


Relakslah Tan Sri dan bawalah banyak-banyak bertenang.


Kurang  bebanan politik dengan tidak lagi mengetuai PN sepatutnya menjadikan Tan Sri lebih tenang, bukannya tak habis-habis meroyan yang memperlihatkan sifat pendendam yang terlalu mendalam.


Bukankah Tan Sri anak seorang ulama terkenal di Muar, tak baik ada menyimpan sifat dendam dalam hati?


Dua isu yang diungkapkan Muhyiddin sebagaimana dilaporkan media pastinya membuatkan ramai yang geleng kepala terhadap beliau.


Pertama, Muhyiddin  berkata, perlantikan Naib Presiden PAS,  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar atau Dr Sam sebagai Pengerusi PN bukan jaminan Menteri Besar Terengganu itu bakal dinamakan sebagai calon Perdana Menteri.


Katanya, perlantikan sebagai Pengerusi PN adalah isu yang berbeza dengan calon Perdana Menteri.


Sebagai pemimpin yang pernah menjadi Perdana Menteri tetapi ditanggapi gagal oleh banyak pihak, Muhyiddin sepatutnya mengalu-alukan Dr Sam sebagai calon Perdana Menteri bagi PN.


Beliau tidak perlu bercakap yang memberi gambaran menolak Dr Sam yang kini adalah Pengerusi PN sebagai calon Perdana Menteri.


Apakah apabila Tan Sri menyebut bahawa Dr Sam tiada jaminan dipilih sebagai calon Perdana, ia memberi maksud agar Tan Sri ada peluang untuk mengisinya?


Sudah-sudahlah Tan Sri, kalau Pengerusi PN dikatakan tiada jaminan untuk dijadikan calon Perdana Menteri, insaflah bahawa bekas Pengerusi PN lagilah tiada jaminan sama sekali.


Pun begitu, dalam kedudukan PN ketika ini, setelah Dr Sam dilantik menerajui gabungan itu, akuilah bahawa tiada calon Perdana Menteri yang lebih tepat selain daripada Naib Presiden PAS itu.


Beliau memiliki pakej yang hampir sempurna, lebih baik berbanding Perdana Menteri semasa dan mampu menjana lebih potensi kemenangan buat PN.


Dalam hal ini Muhyiddin sepatutnya bersikap seperti negarawan dan berperanan meletakkan PN ke jalan yang lebih mudah untuk memenangi PRU akan datang, bukan mempersulitkannya.


Caranya tidak lain ialah dengan menyokong atau lebih terpuji jika secara terbuka mencadangkan nama Dr Sam sebagai “poster boy” PN pada PRU akan datang.


Isu kedua yang dilaporkan yang turut membuang orang geleng kepala dengan Muhyiddin ialah kenyataannya ingin menyekat kemasukan parti yang diterajui Hamzah Zainuddin untuk menyertai PN.


“Kalau dia hendak cari haluan, itu hal dialah. Saya tak nak campur tangan. 


“Tapi kalau dia nak masuk PN... saya akan jawab “tidak boleh” sebab once bitten twice shy (sekali dikhianati kena waspada),” demikian beliau dipetik sebagai berkata. 


Sedarkah Muhyiddin apa yang diucapkannya  itu?


Apakah beliau ingat beliau masih lagi Pengerusi PN?


Dengan parti Hamzah - Parti Keluarga Malaysia - masih dalam proses pengambil-alihan dan belum pun memohon menyertai PN, tetapi dengan Muhyiddin sudah lebih awal mahu menolak penyertaannya ke dalam gabungan itu, sekali lagi, ini juga sifat pendendam yang begitu mendalam ada dalam dirinya.


Apa lagi yang Muhyiddin tak puas hati dengan Hamzah, bukankah Bersatu yang dipimpinnya sudah memecat keahlian Ahli Parlimen Larut itu?


Sama ada parti Hamzah diterima atau tidak menyertai PN, biarlah gabungan itu menentukannya.


Ini tidak, Pengerusi PN belum bercakap apa-apa, bekas Pengerusi PN pula yang lebih-lebih.


Sudah-sudahlah Tan Sri, Tan Sri bukan lagi Pengerusi PN.


Tetapi jangan lupa, matlamat PN ialau untuk memenangi PRU akan datang dan siapa jua yang boleh memberi nilai tambah atau mampu meningkatkan potensi PN menang PRU16, pihak tersebut tidak seharusnya dibiarkan begitu saja.


Dalam hal ini, Dr Sam yang menerajui PN dan PAS yang mempunyai jumlah kerusi Parlimen terbanyak dalam gabungan itu, tentunya lebih arif menilai siapa yang boleh dibawa masuk sebagai komponen tambahan bagi memungkinkan kemenangan lebih mudah dicapai.


Namun, dengan awal-awal lagi Presiden Bersatu itu sudah mahu menghalang kemasukan parti yang berpotensi mempunyai nilai tambah kepada PN, siapa yang sebenarnya Muhyiddin mahu menang PRU16 akan datang? - ShahbudinHusin 04Mac2026.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1229431752513275&id=100063393840098




LAGU MANA NAK SATUKAN MELAYU...LAAA....


Che Ibrahim


Macamana kamu nak satukan melayu kalau sampai nak duduk sebelah pun tak boleh?..... Ni dah jadi perbalahan peribadi. 



Di sebelah sana pula perbezaan politik dijadikan sebagai perbezaan agama sehingga musuh politik parti mereka dianggap musuh Islam. Berlawan dengan parti mereka dianggap berlawan dengan Islam.



GEMPAR!! - PEMBANGKANG DOUBLE STANDARD - PMX BALUN KOW-KOW ARAU | TUMBANGKAN PMX - Untuk Rafizi juga

 







Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata cubaan menjatuhkan kerajaan yang kini dalam siasatan polis dipercayai didorong oleh siasatan rasuah berskala besar dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata, pihak terbabit menggunakan kekuatan dan pengaruh luar serta dalam Malaysia untuk mempertikaikan keseluruhan sistem negara dan kedudukan kerajaan. “Strategi mereka adalah menghubungi semua media asing dengan pendekatan mempertikaikan usaha kerajaan, khususnya SPRM. “Ini supaya rakan-rakan dari pembangkang juga turut hadir dan mendengar apakah kita boleh bersama bekerja membantu menyelamatkan negara dan keselamatan negara kita,”

SENATOR PAS NAK TUNJUK PANDAI, 'LUNYAI' KENA DIBANTAI OLEH DATUK SERI JO GHANI


 

KEH KEH TAK SANGKA HANG PUNYA MANGKOK. Beria ria MP Pembangkang meraikan kekurangan dua undi, yg pasti Hadi Awang tak jadi PM smp kiamat


 

APA LAH ..GANTUNG JA MUSIBAT NI. Gantung 6 bulan: Kota Bharu mohon maaf, elak dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen


 

YB AZALINA! PAS KALAU DIA SEMUA BOLEH SAMPAI SANUSI PEGANG 6 EXCO & KEWANGAN DIAM SAJA!




 


Kes RM1.1 Bilion: Seorang Bekas Menteri Dipanggil SPRM

 


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki. Foto Facebook SPRM

PUTRAJAYA, 4 Mac – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah merakam keterangan seorang bekas menteri Kerajaan MADANI berhubung siasatan perjanjian mega kementerian berkenaan, yang dianggarkan bernilai RM1.1 bilion.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan 12 individu sudah dipanggil memberi keterangan berhubung isu sama setakat ini.

“Setakat ini SPRM sudah memanggil 12 individu daripada kementerian terbabit, antaranya Ketua Setiausaha (KSU) kementerian dan pihak Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA),” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Bekas Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli. Foto Arkib

Ditanya adakah Rafizi Ramli juga akan dipanggil SPRM, Azam bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Namun difahamkan menurut sumber, menteri terbabit ialah bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, tetapi menunggu pengesahan lanjut selagi belum dapat disahkan.

Fahmi Zainol Digugur Dari Exco Pulau Pinang

 

Chow telah mengadakan pertemuan dengan Fahmi (dua dari kanan) bagi memaklumkan keputusan penggugurannya dari Exco kerajaan Pulau Pinang pada 4 Mac 2026.

GEORGE TOWN, 4 Mac – Adun Pantai Jerejak, Fahmi Zainol digugurkan daripada barisan Exco Pulau Pinang, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Chow berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Fahmi pagi ini bagi memaklumkan keputusan itu, sambil menambah anggota KEADILAN itu menerima keputusan berkenaan.

Menurut Chow, beliau akan mengemukakan cadangan pengganti Fahmi kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib petang ini.

Fahmi Zainol mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan sengaja mencederakan isterinya, Nur Hidayah Abd Jabar di rumah mereka di Bayan Lepas pada 22 Februari 2025.

Terdahulu, KEADILAN menggantung Fahmi daripada semua jawatan parti serta-merta sehingga kes itu diputuskan oleh mahkamah.

Setiausaha Agungnya, Fuziah Salleh, berkata langkah itu menyusul mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN pada 1 Mac lalu, yang turut mengarahkan beliau menghantar surat kepada ketua menteri Pulau Pinang berhubung jawatan exco Fahmi.

Pada 27 Februari lalu, Fahmi mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan sengaja mencederakan isterinya, Nur Hidayah Abd Jabar di rumah mereka di Bayan Lepas pada 22 Februari.



KEH KEH KEH...KIOK..NO IDEA.


 

LAGU KHAS BUAT TAKIYUDDIN.


    LAGU KHAS BUAT KAMU.KIOK




LEKEH AIHHH..APA PUNYA TAK DAK MORAL. MAJLIS AGAMA TAK TANGKAP KAH.?


 

KENAPA ANWAR PERLU DIJATUHKAN


PENULISAN YANG BAGUS. TAPI MACAM BACA TRENBKAS LAK..KENA BAIKI MUTU EJAAN ..



Norman Radzuan






Pagi ini sebelum saya menghabiskan penulisan penuh, saya ringkaskan dahulu. Acapkali saya menulis mengenai bahaya peranan kapitalis atau golongan Maha Kaya dan baru2 ini terbukti penglibatan isteri mantan seorang Menteri yang kaya raya.


Konon negara ini akan musnah, puas kita beri penerangan mengenai pemulihan ekonomi negara bergerak pantas samada pelaburan, perdagangan, saham, ringgit dan lain2 yang merupakan tanda aras bahawa ekonomi negara kini sgt baik.


Pelik ada yg tidak suka… kenapa? Jika mereka tidak suka kita faham sb2 mereka tetapi mereka terpaksa menghasut kerana pemulihan ekonomi ini tidak baik utk mereka.


Anda kenalkan bangsa Melayu dari data atas fakta… terkenal dgn bangsa yg suka makan rasuah (easy money). Hanya dgn kuasa mereka mudah menerima rasuah.


Awas golongan ini !


1. Ahli politik mahukan kuasa. Dgn kuasa mereka boleh gunakan utk menerima rasuah. Sb itu org politik zaman sebelum ini kaya raya.


Manakala orang bahawan dpt jadi Ketua Kampung, Tok Penghulu, Ahli Majlis dan lain2 tidak senang apabila parti mereka bukan menjadi kerajaan lalu hilang jawatan.


2. Golongan kapitalis atau Maha Kaya. Sebahagian mereka jadi kaya raya dgn bergelumang dgn rasuah. Mereka berjaya merasuah orang2 politik yang mempunyai kuasa. 


Apabila kerajaan yang melawan rasuah bukan sahaja mereka didakwa, malah mereka sudah tidak boleh mencipta kekayaan kerana kartel kartel mereka telah terputus. Mereka inilah yang akan menggunakan dana2 yang ada utk ‘melabur’ kepada pihak2 tertentu utk menjatuhkan kerajaan yang menyusahkan mereka.


3. NGO2 yg dahulu hidup kaya raya dengan dana kerajaan dan org ramai. Skg mereka tidak mampu lagi memperolehi dana yang byk seperti dahulu. Malah banyak NGO2 diganggu oleh SPRM yang membuatkan rimas. Ramai pemilik NGO hidup kaya raya hasil duit dana NGO kerajaan dan sumbangan orang ramai.


4. Kakitangan awam yang terpalit rasuah. Mereka yang terpalit dengan rasuah dari kuasa yang ada sangat tidak senang dengan kerajaan sekarang. Jika dahulu ada kereta, rumah dan percutian ditaja kini mereka sangat berhati hati.


Maka mereka semua inilah yang kuat menghasut rakyat dengan isu perkauman dan agama untuk jatuhkan kerajaan. Kerajaan Madani tidak boleh diserang berdasarkan ekonomi kerana lalu siang malam apa sahaja melibatkan kaum Cina dan India akan dipolemikkan.


Yang kesian pengundi atas pagar atau rakyat marhaen… Mereka tidak sedar sedang diperhambakan pemikiran mereka oleh golongan kapitalis ini.


Anda pernah melihat gambar beberapa pemimpin politik yang duduk dari kamar hotel melihat rakyat yang mereka hasut turun ke jalan raya berpanas berhujan. Sedangkan mereka dlm bilik mewah hotel berhawa dingin…


Nantikan penulisan lengkap saya….




MATEMATIK DSN STEM HARUS DITAMBAH WAKTU

 


Malaysia sudah lama ketinggalan dalam jumlah waktu pembelajaran Matematik dan STEM di sekolah rendah.






Bila saya tanya apa pelan sebenar untuk tutup jurang ini, jawapannya cuma pertambahan 32 jam untuk tempoh 6 tahun.


Itu bukan reformasi.


Itu setengah jam sebulan.


Dalam masa yang sama, kita mahu murid kuasai kemahiran berfikir aras tinggi, selesaikan masalah Matematik dan Sains seperti negara-negara yang lebih maju. Tetapi masa untuk guru mengajar dengan betul, kita tidak berani tambah dengan serius.


Akhirnya siapa yang tanggung? Ibu bapa.


Bila masa belajar di sekolah tak cukup, kerja itu dibawa pulang ke rumah. Mak ayah pula yang terpaksa pening kepala, garu kepala, cari jalan sendiri untuk bantu anak.

Masalah sebenar bukan tak tahu apa yang perlu dibuat.


Masalah sebenar ialah kerajaan tak berani buat keputusan yang mungkin ada kos politik.


Nak tambah masa STEM dengan betul, mestilah ada subjek lain yang dikaji semula. Mestilah ada pihak yang tidak selesa.


Tetapi itulah tugas Menteri. Untuk menyelesaikan masalah, bukan menangguhkan masalah.


Kalau asyik main "play safe", 10 tahun lagi jangan terkejut kalau negara yang kita selama ini pandang rendah dalam pendidikan STEM sebenarnya sudah jauh meninggalkan kita.


Tonton kupasan isu subjek STEM ini di Podcast YBM #37:

https://youtu.be/cZQPDnfu4Go?si=HmcGEhdnm_I7YBIV




KERAJAAN JIMAT RM4 BILION SUBSIDI DIESEL



Ahmad Mursi


Kerajaan Madani berjaya mengurangkan subsidi diesel daripada RM10 bilion pada tahun 2024 kepada RM6 bilion pada tahun 2025.


Ini hasil pelaksanaan penyasaran subsidi dari Jun 2024 hingga Disember 2025.


Sebelum ini memang banyak berlaku penyeludupan, dan subsidi turut digunakan secara haram oleh pihak yang tidak layak.


Syarikat logistik, bas sekolah dan pengangkutan awam masih menerima subsidi, jadi kenaikan harga barang masih boleh dikawal.


Penjimatan RM4 bilion ini disalurkan semula kepada rakyat melalui pembangunan dan bantuan sosial seperti STR, SARA dan Bantuan Awal Persekolahan.


Inilah hasil bila kerajaan yang ada sekarang berani buat keputusan, bukan sekadar sibuk agih jawatan dan makan gaji buta.


Kerajaan ada “telur” untuk buat keputusan yang mungkin tak popular, tapi perlu demi menyelamatkan fiskal negara.


Kita masih ingat serangan bertubi-tubi pembangkang masa kerajaan nak laksanakan subsidi bersasar ini.


Puluhan tahun orang bercakap pasal nak jimat subsidi, akhirnya Kerajaan Madani yang buat dan berjaya.


Alhamdulillah, dapat kawal kegiatan penyeludupan yang dah lama jadi parasit, sedut keluar hampir 3 bilion liter minyak negara, dan akhirnya wang itu dapat dipulangkan semula kepada rakyat.





SEMOGA MEZAH MELINGKUP AKHIRNYA.





 RUMAH BAHARU HAMZAH - PARTI KELUARGA MALAYSIA - AUTOMATIK ADA  19 AHLI PARLIMEN BERSAMANYA


04 Mac 2026


Sebaik dipecat daripada Bersatu baru-baru ini, Hamzah Zainuddin mengumumkan akan ada rumah baharu bagi beliau meneruskan perjuangan politik bersama para penyokongnya.


Semalam, rumah baharu itu telah pun diumumkan secara terbuka.


Dilaporkan Hamzah yang juga Ketua Pembangkang akan mengambil alih Parti Keluarga Malaysia.


Dilaporkan lagi, proses pengambil-alihan itu buat masa sudah pun 90% selesai.


Ini bermakna, hanya tinggal sedikit saja lagi proses yang masih belum dimuktamadkan.


Meneruskan perjuangan dengan mengambil alih Parti Keluarga Malaysia adalah pilihan terbaik buat Hamzah selepas dipecat daripada Bersatu.


Apa yang menarik mengenai Parti Keluarga Malaysia ini ialah sebaik saja Hamzah mengambil alihnya nanti, sekurang-kurangnya sudah tersedia 6  Ahli Parlimen ada bersamanya.


Mereka ialah Ahli-Ahli Parlimen yang dipecat daripada Bersatu sebelum ini - Hamzah sendiri (Larut), Wan Saiful Wan Jan (Tasek Gelugor), Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang), Fathul Huzir Ayob (Gerik) dan Azahari Hasan (Padang Rengas).


Lebih menarik lagi, selain enam Ahli Parlimen terbabit, Parti Keluarga Malaysia juga dipercayai akan memperolehi sokongan daripada 13 Ahli Parlimen Bersatu.


Mereka ini adalah kumpulan yang setia menyokong Hamzah dan terbaru sokongan mereka dizahirkan menyokong Ahli Parlimen Larut itu dikekalkan sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen, meskipun Bersatu mahu jawatan Hamzah itu digugurkan.


Maknanya,  mereka ini bukan menyokong Hamzah secara senyap-senyap atau di belakang tabir, tetapi secara terbuka di depan muka Presiden Bersatu sendiri.


13 Ahli Parlimen Bersatu yang dijangka akan menyokong Partj Keluarga Malaysia ialah Ronald Kiandee (Beluran), Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah), Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Rosol Wahid (Hulu Terengganu),  Ku Abd Rahman Ku Ismail (Kubang Pasu), Muslimin Yahaya (Sungai Besar), Abdul Khalib Abdullah (Rompin), Khlir Mohd Nor (Ketereh), Zakri Hassan (Kangar), Roslan Hashim (Kulim Bandar Baharu), Nordin Ahmad Ismail (Lumut) dan Kalam Salan (Sabak Bernam) serta Islahuddin Abbas (Mersing).


Ertinya, ada 19 Ahli Parlimen secara automatik ada ada bersama atau sedia menyokong Hamzah.


Tidak pernah berlaku dalam sejarah mana-mana parti yang wujud sebelum ini di mana sebaik saja lahir ke dunia ia terus memilki sokongan seramai 19 Ahli Parlimen.


Juga tidak pernah berlaku dalam sejarah ada Ahli Parlimen parti lain tetapi  menyokong perjuangan dan pemimpin parti yang lain.


Semua itu hanya dicipya oleh Parti Keluarga Malaysia.


Dalam waktu yang sama, keadaan itu akan menjadikan Ahli Parlimen yang tinggal bersama Muhyiddin Yassin dan Bersatu hanyalah 6 orang saja.


Inilah hebat dan luar biasanya Parti Keluarga Malaysia - ia lahir daripada Bersatu, tetapi lebih besar daripada Bersatu.


Daripada beberapa maklumat yang diperolehi, setelah Parti Keluarga Malaysia disahkan diterajui Hamzah nanti, lebih banyak lagi kejutan akan muncul yang akan membuatkan - terutamanya Bersatu - pasti akan benar-benar terkejut. - ShahbudinHusin 04Mac2026.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1229139399209177&id=100063393840098