KEPALA BAPAK HANG...SANUSI KATA


 

YB KABU TAK ADA IDEA.

 






YB KABU Haim Hilman Abdullah ni bekas VC sebuah IPTA, sampai isu pokok Kabu dalam sekolah pun dia bawa masuk bahas dalam Sidang DUN Kedah.

Berberapa hari lepas CikguMail Sp upload di Fb, Cg Rahim, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah pergi lah tengok pokok KABU yang PROF KABU duk riuh tu. 


Berbeza orang reti buat kerja dengan kaki teori. 


Nak tebang pokok tu pun sampai kena tulis surat kepada PMX Anwar Ibrahim? Kena gelak dgn pakcik kedai kopi ja.


Rupanya pokok KABU tu duk luar pagar sekolah, atas tanah persendirian. 20% kanopi dalam Sekolah, 80% duk luar sekolah.


Beliau dah pakat pergi jumpa PIBG dan pengurusan sekolah tu pun, nanti mrka tebang.


Kerja level tu pun seorang YB, Exco Kedah, bekas VC Universiti, Profesor tidak boleh nak selesai sampai kena bawa ke sidang DUN. 


Amat memalukan lah jika tara ni je level YB Exco Pas Kedah. Bagi ajelah duit, orang kg pun boleh tebang. setel!


Kalau di Sekolah saya lah, saya sendiri ambik chainsaw tebang, tak perlu upah orang lain. Ada 3 biji chainsaw kat rumah.


Lemah! Inilah masalah 33-3 menang majoriti besar di Kedah, sampai Yb2 pun takda kualiti.


Baru hantar 3 orang ja Sidang DUN, semua dah terduduk. 


Pru16 tukar lah Kerajaan PH-BN pula. Ubah Kedah



Bos Google Beri Amaran: Tiada Syarikat Akan Terlepas Jika "Buih AI" Meletup




Maksud "Buih AI":


· Bayangkan sebuah gelembung sabun yang sangat besar.

· Gelembung ini mewakili semua hype, pelaburan, dan jangkaan tinggi terhadap teknologi Kecerdasan Buatan (AI) sekarang.

· Semua orang begitu teruja dan melabur banyak duit, menyebabkan gelembung itu menjadi terlalu besar.

· Jika gelembung ini meletup, nilainya akan hilang serta-merta.


Apa Kata Bos Google (Ruth Porat):


1. Tiada Siapa Selamat: Beliau memberi amaran bahawa SEMUA syarikat termasuk gergasi seperti Google sendiri akan terjejas jika buih AI ini meletup. Tiada yang "kebal".


2. Pentingnya "Nilai Sebenar": Syarikat-syarikat perlu membangunkan AI yang:

   · Menyelesaikan masalah sebenar pengguna dan perniagaan.

   · Menghasilkan wang atau menjimatkan kos.

   · Bukan sekadar retorik teknologi yang "hebat" tetapi tidak praktikal.


3. Fokus kepada Kecekapan: Beliau menekankan kepentingan mengawal kos dan memastikan setiap pelaburan dalam AI memberikan pulangan yang bernilai.


Ringkasnya:

Bos Google sedang beriamaran awal kepada semua orang dalam industri teknologi. Beliau berkata, "Janganlah kita terlalu over-confident dan lupa tanya, adakah AI ini benar-benar berguna dan menghasilkan nilai? Jika kita tidak berhati-hati, apabila gelembung ini meletup, semua orang akan merasai kesannya."


Apa Maknanya Untuk Kita?

Ini adalah peringatan yang sihat.Teknologi AI perlu dibangunkan dengan bijak untuk manfaat jangka panjang, bukan hanya kerana ia sedang menjadi trend.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/business/2025/11/19/google-boss-warns-no-company-immune-if-ai-bubble-bursts-2



Kedah Nak Ambil Pulau Pinang Balik?

60 tahun hubungan diplomatik: Malaysia, Ethiopia sepakat pacu kerjasama bernilai tinggi


 


Dalam semangat memperingati 60 tahun hubungan diplomatik Malaysia-Ethiopia, kedua-dua negara sehaluan bahawa ia harus dipacu dengan hala tuju baharu merentasi kerjasama tradisional kepada sektor bernilai tinggi.




Dalam pertemuan ringkas bersama Presiden Republik Demokratik Persekutuan Ethiopia, Taye Atske Selassie Amde petang tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim  menzahirkan komitmen Malaysia melalui pembukaan semula Kedutaan Besar Malaysia di Addis Ababa pada September lalu.



Ia selaras dengan pengiktirafan terhadap Ethiopia sebagai hab diplomatik penting di benua Afrika.



Malaysia turut mengalu-alukan penubuhan Kedutaan Ethiopia di Kuala Lumpur sebagai satu lagi langkah memperkukuh jambatan persahabatan, kepercayaan dan kerjasama dua hala.

“Semoga hubungan Malaysia dan Ethiopia terus diperkasa dengan semangat persahabatan tulen, keyakinan bersama dan manfaat yang dirasai rakyat kedua-dua negara,” katanya.





Status pajakan Pulau Pinang: 'Tak timbul soal Kedah cabar perlembagaan'

SPRM cari Adam Radlan, menghilang lepas bayar penalti RM4.1 juta


 


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sedang menyiasat sama ada pemimpin Bersatu yang dikehendaki, Adam Radlan Adam Muhammad, berada di London.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, Adam didakwa lari keluar negara selepas dikenakan penalti oleh mahkamah sebanyak RM4.1 juta berhubung projek Jana Wibawa.


Memetik New Straits Times (NST), pemimpin Bersatu itu dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung projek Lebuhraya Putrajaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) (MEX 2) yang tergendala.



“Adam Radlan ialah individu yang dikehendaki yang kami perlukan untuk membantu siasatan kami berhubung kes MEX II.


“Dia meninggalkan Malaysia beberapa bulan lalu selepas membayar penalti yang dikenakan mahkamah sebanyak RM4.1 juta untuk projek Jana Wibawa.


“Selepas itu (selepas bantu siasatan), dia mempunyai kebebasan untuk meninggalkan negara,” kata Azam seperti dilapor portal bahasa Inggeris itu.


Mahkamah Sesyen sebelum ini melepaskan dan membebaskan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan daripada 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan projek Jana Wibawa selepas dia membayar kompaun RM4.1 juta.





PN agak ‘underdog’ di Sabah, tiada poster boy dan tokoh menonjol


 


Meskipun bertanding di 42 buah kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, Perikatan Nasional (PN) dilihat berada di posisi lemah atau “underdog”.

Pengamal undang-undang, Dr Zulqarnain Lukman berkata, PN tidak mempunyai wajah pemimpin yang cukup kuat untuk diangkat sebagai ‘poster boy’, dengan tokoh pemimpin dari Sabah mahupun Semenanjung tidak begitu menyerlah dalam radar pengundi tempatan.

“PN nampaknya sangat underdog walaupun bertanding di 42 kerusi. Tiada poster boy PN di



“Tiada juga tokoh PN di Sabah atau Semenanjung yang popular di Sabah. Tan Sri Mahiaddin Md Yassin pun semakin pudar pengaruhnya,” katanya.

Menurut Dr Zulqarnain, majoriti pengundi kali ini adalah pengundi muda iaitu yang berumur 18-29 tahun sebanyak 533,929 orang dan 30-49 tahun (739,272 orang).

Pengundi muda mempunyai kecenderungan untuk memilih calon yang muda dan tidak ada baggage lampau.

Beliau melihat, calon yang mendominasi kempen di media sosial akan mudah memenangi hati pengundi muda kerana anak muda tidak gemar menghadiri ceramah politik.

“Orang muda jarang pergi dengar ceramah politik. Mereka lebih suka dengar klip ceramah dalam TikTok, Reel dan YouTube shorts. 

“Sekiranya kempen di media sosial ini menarik hati mereka ada kemungkinan besar mereka akan memilih calon yang populis di media sosial,” ujarnya.

Dalam pada itu Dr Zulqarnain berkata, kaedah untuk mengatasi populariti media sosial adalah dengan cara kempen tatap muka. 



Melalui kempen tatap muka mereka berpeluang untuk berinteraksi dengan calon secara terus, tetapi ia memerlukan modal dan masa. 





China, Vietnam bina pulau buatan di Lautan China Selatan, ini respon Malaysia


 

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan telah mengesahkan bahawa kerajaan telah mengeluarkan nota bantahan diplomatik kepada Vietnam dan China ekoran tindakan kedua-dua negara membina pulau buatan dan infrastruktur lain di Laut China Selatan.

“Setiap tindakan yang diambil oleh Kerajaan adalah berdasarkan pertimbangan yang komprehensif dan tidak sesekali akan memprejudiskan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara.

“Ini termasuk bantahan diplomatik oleh Kementerian Luar Negeri ke atas projek pulau buatan, atau dengan izin, artificial islands, dan infrastruktur yang dibangunkan oleh Vietnam dan Republik Rakyat China di Laut China Selatan.



“Nota Diplomatik merupakan antara saluran komunikasi diplomasi dan rasmi peringkat tertinggi di antara dua negara.

“Ia merupakan mekanisme komunikasi untuk menegakkan kepentingan negara atau untuk melakukan bantahan.”

Mohamad berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) di Dewan Rakyat.


Isu ini turut dibangkitkan dalam pertemuan peringkat serantau.

Putrajaya yang berpendieian tidak mahu meningkatkan ketegangan, bersikap provokatif turut mengambil pendekatan self restraint selaras dengan Declaration on the Conduct of Parties in the South China Sea (DOC).



MP PAS SANGAT MEMBACA SOALAN AKHIRNYA DISEKOLAHKAN DS ANWAR!

MP PAS KAKI MEMFITNAH DALAM PARLIMEN! TERBAIK YB SANY HAMZAN!

KECIL TAPI LEBIH BERFUNGSI



 Rombakan Kabinet dijangka akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal Disember dengan fokus mengecilkan saiz Kabinet dan mengukuhkan pasukan ekonomi.





Sumber memaklumkan Khairy Jamaluddin kembali sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air, manakala Datuk Seri Johari Abdul Ghani bakal mengetuai Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri. Tengku Zafrul pula dilapor berperanan sebagai Penasihat Ekonomi Kanan.


Datuk Seri R. Ramanan dikatakan menggantikan Ewon Benedick di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, sementara portfolio Ekonomi digabung di bawah Kementerian Kewangan. Beberapa timbalan menteri turut ditukar dan perkhidmatan senator tertentu akan disambung.


Langkah ini turut membuka ruang kepada muka muda seperti Muhammad Kamil Abdul Munim, Sim Tze Tzin dan Taufiq Johari, selain penampilan kuota Sabah melalui Datuk Ruji Ubi. Sumber menyifatkan perubahan ini bukan kosmetik, tetapi usaha menjadikan Kabinet lebih kecil dan lebih cekap.


Sumber: Malaysia Gazette

Gambar: Utusan Malaysia





KITA GAGAL JADI GANGSTER BILA ORANG NAK QIMBOK KITA , KITA LARI. KIOK....


 

TAKKAN PANDANG RENDAH HADI AWANG? WALAUN RAMAAI PATUT TUNTUT LA HADI AWANG JADI PM

 


Lantik haji hadi la jd ketua pembangkang...Takkan tak pandai orang tua tu ja

di ketua..pandai depan walaun jer ker..




ANWAR TIBA DI ADIS ABABA

 


Sejurus tiba di Addis Ababa, saya dipandu sendiri oleh Perdana Menteri Dr Abiy Ahmed Ali ke Muzium Sains Ethiopia yang mempamerkan sejarah pembangunan sektor teknologi dan AI yang dipacu kerajaan pimpinan beliau. 














Alhamdulillah, saya dan delegasi teruja dengan mercu pembangunan yang dicapai Ethiopia, lantas menjadi antara  negara yang pesat membangun di Tanduk Afrika. 


Saya kemudian berkunjung ke Friendship Park yang turut menempatkan zoo dan arkib sejarah kenegaraan Ethiopia, selain menjadi pusat riadah dan rekreasi. 


Kemesraan yang ditonjolkan sangat dihargai tatkala kita berusaha untuk merapat serta meluaskan peluang serta potensi negara bersama Ethiopia. 


🇲🇾🤝🇪🇹 


#MalaysiaMADANI 

#MADANIbekerja 

#RancakkanMADANI

#DiplomasiMADANI




WOIII...MASA JADI KERAJAAN TAK TERASA NAK SELESAIKAN KE BAB ROYALTI...KOMANG MU NIM.KIOK.

 


Cik Yannie


ya Allah, tak habis-habis menipu pasal Royalti.

walhal masa PAS jadi kerajaan, satu sen taknak beri royalti kepada Terengganu.




UPDATE: JUSTICE FOR WAN AHMAD FARIS







Alhamdulillah.

Sebentar tadi, kami menerima surat rasmi bertulis dari PDRM Bukit Aman.


Kes Faris kini telah diambil alih sepenuhnya oleh Bahagian Siasatan Khas / Jenayah Terancang (D9), Bukit Aman.

Ini salah satu permintaan utama keluarga. 

Dan ia dipenuhi akhirnya. Syukur Ya Rabb.


Setakat ini:

🔹 83 orang saksi telah diambil keterangan

🔹 37 sampel DNA telah diperoleh untuk tujuan padanan dengan barang kes, termasuk kain pelekat arwah.


Untuk kes yang telah 12 tahun tertangguh, perkembangan ini adalah sesuatu yang signifikan. 


Jika PDRM berjaya menyelesaikannya dan memberi keadilan kepada Allahyarham, tabik kami berikan. 


Walaupun kes ini sangat mencabar, tapi usaha dan komitmen yang diberikan harus dihargai. 


Terima kasih kepada Datuk Fazley dan pasukan D9 Bukit Aman. Mereka sangat profesional, prihatin, dan komited.


Terima kasih Tan Sri Peguam Negara yang sangat hands-on mengenai kes ini. Wartawan tanya pun dia sentiasa entertain. 


Moga Rakyat kembali percaya dan teguh dibelakang sistem keadilan negara. Mereka benteng terakhir kita. 


Al-Fatihah untuk Faris dan Zara, mangsa buli yang tidak mampu lagi bersuara. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki


KEH KEH KEH

Alif Jamil



 Hahaha abam senarnya memang suka menyakat puak pemuja atoksaka nih. 




Lagi kuat depa meroyan , lagi kuat la abam troll sampai berbuih mulut depa kena sawan. 


Tapi abam ni jenis jarang reply komen sesiapa tambah² lagi komen dari set² sakatua nih. 


Cumanya pepagi ni ada satu komen dari walatoksaka ni buat abam jadi geli hati 😂


Dia punya koyak sebab abam troll si Naimah nenek kesayangan dia tu sampai habis nenek moyang keturunan abam dimakinya. 


Kalu tentuan baca lenggok bahasa dia dalam komen tu nampak macam ganas sungguh. 


Tapi cuba tengok muka dia. 

Seriau abam. 


Abam nak maki pon jadi kesian. 

Ni muka org ke muka makhluk spesis apa nih 😂


Memang spesis walatoksaka ni takdak hat elok langsung ka ? 😩


SETAHU AKU ,ORANG SABAH TAK LA MAKAN UMPAN DENGAN ROTI GARDENIA. SABAH MAJU DARI KELANTAN TERENGGANU DAN KEDAH SERTA PERILIS..

 






Aku ulang kali baca benda ni. Tak tahulah 𝗸𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 ke saja borak-borak. Sebab tak nampak motif kenapa 𝗯𝗲𝗻𝗱𝗮 ni diterbitkan.


Yang boleh nampak, ia semacam cubaan menafikan yang kempen PN di Sabah 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝘀𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 dan 𝗵𝗮𝗺𝗯𝗮𝗿. PN 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗮𝗸𝘂.


Ini bukti PN sedang dalam 𝗸𝗲𝘁𝗲𝗿𝗱𝗲𝘀𝗮𝗸𝗮𝗻 yang amat sekarang ini. Sampai terpaksa dia keluarkan 𝗯𝗲𝗻𝗱𝗮 ni untuk tenangkan walaun.


Aku percaya 𝗯𝗲𝗻𝗱𝗮 ni bukan untuk rakyat Sabah tapi untuk 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗱𝗶 𝘀𝗲𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴 yang semakin koyak hatinya melihat PN 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶𝗿.


Maka tepatlah ramalan. Tak sampai PRU16, PN akan terkambus dalam 𝗸𝘂𝗯𝘂𝗿 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗴𝗮𝗹𝗶 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

WOIII LEBAI QAZAF...KO BALIK JENGUK LOQ SETAQ LAGI BAGUIH LA...SEMAK SAMUN JALAN DENGAN RUMPUT TAK DIJAGA ELOK.




 𝗠𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮 𝗻𝗼𝗿𝗺𝗮𝗹 biasanya akan berfikir, kemudian akan 𝘁𝗮𝗽𝗶𝘀 dahulu idea yang mereka dapat sebelum buka mulut untuk bersuara.


Tapi 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 lain. Sebab lebai 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 manusia normal. Kadang-kadang nak kata 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮 pun masuk akal juga sebab perangai pelik.


𝗟𝗲𝗯𝗮𝗶 𝗾𝗮𝘇𝗮𝗳 ni cadangkan agar disediakan 𝗯𝗲𝗻𝗴𝗸𝗲𝗹 𝗸𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻 di 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗽𝗹𝗮𝘇𝗮 𝘁𝗼𝗹 ataupun R&R. Agaknya mana lebai dapat idea ni? Dalam mimpi ke?


Siapa nak buat bengkel tu? Pengusaha awam ke atau pemilik konsesi tol sendiri?


Kalau pengusaha awam, ada ke yang 𝗴𝗶𝗹𝗮 nak buka bengkel di plaza tol? Berapa kerap pelanggan masuk? Sebab pada kebiasaannya, orang akan servis dulu kenderaan mereka 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗺𝘂𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻𝗮𝗻


Kalau nak tunggu kereta rosak, berapa banyak sehari boleh dapat? Makan modal boh! 𝗞𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 ada pulak aktiviti rosakkan kereta tengah hiway sebab nak tarik pelanggan.


Lagi lebai ni punya 𝘤𝘰𝘯𝘤𝘦𝘳𝘯 adalah motorsikal. Lagi la tak masuk akal. Berapa banyak pengguna motor atas lebuh raya? Berapa kerap rosak?


Kalau nak pemilik konsesi tol sediakan, akan tambah kos operasi mereka. Untuk 𝘤𝘰𝘷𝘦𝘳, mereka akan minta 𝗻𝗮𝗶𝗸𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗼𝗹 lagi pula nanti.


Memang diakui kos tunda kereta memang tak murah. Tapi kalau kenderaan rosak tengah hiway, kan tetap kena tarik juga, walaupun cuma ke plaza tol?


Sepatutnya lebai cadangkan supaya bayaran insurans 𝗱𝗶𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻𝗸𝗮𝗻. Sebab yang bebankan rakyat sebenarnya insurans. Jika insurans tak mahal, rakyat boleh ambil  pakej yang siap 𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁 𝘁𝘂𝗻𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗰𝘂𝗺𝗮.


Tapi sekarang ni pun dah banyak dah insurans yang tawarkan khidmat tunda percuma. Manakala untuk motorsikal, mungkin boleh disediakan lori yang boleh angkut motorsikal untuk keluar tol.


Yang itu lebih mudah dilaksanakan oleh kerajaan dan aku percaya majoriti rakyat akan sokong. Tapi itu la. Lebai kalau berfikir, boleh runtuh KLCC.


Lagipun khidmat 𝗽𝗲𝗿𝗼𝗻𝗱𝗮 𝗹𝗲𝗯𝘂𝗵 𝗿𝗮𝘆𝗮 dah cukup baik setakat ini. Bila ada kenderaan bermasalah, mereka lekas membantu.  Tak macam lebai yang sanggup suruh rakyat parlimennya minta bantuan daripada MP parlimen lain.


Ini semua 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻. Bodoh sangat sampai ditipu lebai. Akhirnya dapat 𝗠𝗣 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗵 macam ni. Rugikan duit rakyat bayar gaji dia je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 



PADAN LAH DENGAN MUKA KAU ...FITNAH NI MAINAN BAGI KAU..KEMUDIAN PLAY VICTIMS...KIOK

 


Baru lepas tergelak besar. Bukan apa. Kelakar tengok 𝗽𝘂𝗷𝗮𝗮𝗻 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 si 𝗚𝗼𝗺𝗼 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗴𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝗿 disaman oleh 𝗠𝗖𝗠𝗖. Dia akan dihadapkan ke mahkamah pada 24 November ini. Jika sabit kesalahan dia boleh didenda sebanyak RM500,000 atau penjara tak lebih 2 tahun.


Aku ingat berani sangat makhluk tu. Rupanya, sekali dapat surat saman terus meroyan. Siap tanya tu 𝗮𝗽𝗮 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗮. Hahaha... Tak pastilah aku dia ni manusia ke apa. Sebab kalau manusia, dan tentu dia tahu yang menyebarkan 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗽𝗮𝗹𝘀𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 itu salah.


Lepas tu dia mengeluh tarikh sama peguamnya ada kes di mahkamah lain. Cara cerita nak bagi nampak macam sengaja nak 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗮. Eh dia ingat dia tu siapa sampai nak kena 𝘤𝘩𝘦𝘤𝘬 𝘴𝘤𝘩𝘦𝘥𝘶𝘭𝘦 peguam dia sebelum terapkan tarikh dia ke mahkamah? 𝗣𝗶𝗴𝗶 𝗱𝗮𝗮.


Benda ni biasa la. Kalau tarikh bertindan, mohon je la tukar tarikh. Bukan tak boleh. Lagipun dia kan kata dia hebat. Tahu serba serbi. Pergi je la mahkamah sorang diri. Kalau dah kau tu betul, ada bukti segala apa yang ko cakap, tak perlu peguam pun untuk bela diri. Kan?


Yang paling kelakar, dia kata kena saman ni 𝘴𝘵𝘢𝘯𝘥𝘣𝘺 duit 𝗶𝗸𝗮𝘁 𝗷𝗮𝗺𝗶𝗻. Yang ni paling kelakar. Pengakhirnya, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗺𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮. Walaun juga la diperbodohkan untuk keluarkan duit. Walaun nak isi minyak motor pun tak cukup duit, lagi kena tanggung Gomo.


Makhluk ni pemfitnah dan penipu. Perosak pemikiran rakyat. Siapa yang bela dia dikira 𝗯𝗲𝗿𝘀𝘂𝗯𝗮𝗵𝗮𝘁 dengan pemfitnah. Kalau dah sedia nak kongsi dosa dengan makhluk ni, bazirkan la duit korang tu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 

TAKKAN LAH ZAHID NAK KENA TIPU LAGI ?

 EHH…ADA MESYUARAT MN PULAK?






Dikhabarkan esok akan berlangsung mesyuarat Muafakat Nasional (MN) di Kuala Lumpur.


Diberitakan sudah hampir setahun MN ini tidak mengadakan mesyuaratnya.


Ehh..kenapa tiba-tiba ada mesyuarat?


Takkan burung tempua saja-saja bersarang rendah?


Adakah MN sedang bersiap sedia menunggu sesuatu yang bakal berlaku selepas PRN Sabah nanti?


Apakah mesyuarat MN esok ada kaitan dengan Hamzah Zainuddin yang sudah berpelukan dengan Zahid Hamidi baru-baru ini?





HADI TAK LEH BACKUP DAH ...KIOK.


 

PECAT SUPOL YANG TAK ADA INTEGRITY. SOH JAGA MEDIA MELINGKUP. MASA TAK JADI KERAJAAN..MEDIA BAGUS..JADI KERAJAAN HARAP PROBONO .LEKEH BETOI PKR.

 

Zuwairi Md Yusof




PMX Sembur SETPOL















PMX sembur SETPOL dia yang mana satu?Tonton video ini sekarang juga https://www.facebook.com/watch?v=1435952574809758


Shamsul Iskandar?Farhan Fauzi?Azman Bidin?Chan Ming Kai atau Kamil Munim?Semua petunjuk ke arah yang paling senior itu yang cakap orang lain pemimpin Sialan sedikit masa lalu,kehkehkeh.Sekarang siapa yang sial sebenarnya?



Tegur tak jalan punya terus Gantung tidak bertali ja ubat paling mujarab.Kalau tak buat Surat Sokongan macam mana nak dapat hasil untuk menjenguk Bini Muda di USA sana.Dulu2 kalau PM keluar negara dia akan tumpang Transit.Ingat kita tak tahu ke.Rekod semua ada.Dah pandai nak berbini PJJ pakai la duit sendiri.


Bak kata Rafizi sedikit masa lalu ' Sayang Shamsul Iskandar,tangan tangankan '.Tak rugi PMX dan MADANI pecat dia ni masih ada 4 SETPOL lagi.Ada pun jadi beban Kabinet dan PKR itu sendiri,kehkehkeh


Link post twitter https://x.com/md_zuwairi/status/1990809932426588590




AKAI TAK DAK.



 Kapal PMX pergi servis, bukan bawa PMX sekali masuk workshop. Itu pesawat kerajaan, bukan karpet ajaib. Kau ingat PMX ada mesin masa macam Doraemon ke boleh ke Switzerland 30 minit, kemudian pagi ni muncul balik di Kota Kinabalu?






Helikopter tentera pun ikut jadual, kapal komersial pun ikut servis, tapi kau punya otak nak PM terbang ikut kapal yang tengah diservis?🤣


Pesawat dihantar servis itu adalah rutin. PMX tak ada dalam pesawat tu normal. Yang tak normal ialah kau cuba cipta teori konon PMX teleport merentas dunia macam main game. 


Pendek kata, hantar servis itu fakta.

Kau yang terbang tanpa akal itu masalah.




AGC Akan Merayu 40% Sabah? Mengapa Sanusi Buat Tindakan Claim Penang?

KOW-KOW!! - PMX BALUN SANUSI | PAJAKAN KEDAH PULAU PINANG

DIA CAKAP APA? - ROTI GARDENIA VS BELI BOEING | Ceramah Hadi Awang PRN S...

18 November 2025

Drama Bersatu memuncak, jamuan malam jadi tumpuan; MIC beri isyarat kera...

KOYAK TERUS YB PN ! "MANA RM4.25 JUTA DUIT PERGI, PAGOH" ! KECOH PARLIMEN !

60 PERKARA YANG TELAH DAN AKAN BERLAKU APABILA UPSR DAN PT3 DIKEMBALIKAN



Mari kita tarik nafas sekejap dan renungkan. Lebih 30 tahun kita terlibat dalam sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan di Malaysia, dari UPSR, PT3, SPM, hingga STPM. Ditambah pula dengan sekolah agama seperti UPKK, PSRA, SMA, dan lain-lain.


Apa yang berlaku bukan teori atau retorik semata-mata; ini real happen. Murid, guru, ibu bapa, dan pentadbir sekolah telah melalui pengalaman yang sama, tekanan untuk skor tinggi, latihan berulang, tusyen, kelas tambahan, dan ujian percubaan yang bermula bertahun-tahun sebelum peperiksaan sebenar.


Bahkan, dari segi amalan keagamaan pun tidak terkecuali; majlis solat hajat, mohon restu, dan aktiviti rohani lain dijalankan beriringan dengan persediaan akademik. Semua ini menjadi sebahagian daripada ekosistem yang membentuk pengalaman pembelajaran mereka.


Pengalaman ini memberi kita gambaran jelas tentang bagaimana sistem pendidikan kita obses dengan peperiksaan. Murid belajar untuk lulus, bukan untuk faham. Guru mengajar untuk menanda dan memastikan markah, bukan menggalakkan kreativiti. Ibu bapa menekan anak untuk skor tinggi, bukan membina minat belajar; dan sekolah pula menilai kejayaan melalui prestasi peperiksaan semata-mata. Kreativiti, kemahiran insaniah, pembangunan holistik, dan pembelajaran abad ke-21 sering diketepikan kerana semua tumpuan tertumpu pada peperiksaan.


Maka, apabila kita membincangkan kesan kembalinya UPSR dan PT3, kita bukan bercakap secara hipotesis. Kita bercakap berdasarkan PENGALAMAN NYATA selama lebih tiga dekad, dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5, termasuk sekolah kebangsaan dan sekolah agama petang, yang telah terdedah kepada budaya peperiksaan berulang, latihan tusyen, kelas tambahan, ritual kerohanian sebagai sokongan mental, dan aktiviti kokurikulum yang sering terpinggir.


Untuk peringkat persijilan seperti SPM dan STPM, kita boleh faham kepentingan kesediaan akademik, namun di peringkat awal persekolahan, yang sepatutnya mengembangkan potensi, perkembangan seimbang, dan harmoni, kita sudah melihat banyak isu yang jelas menunjukkan kecenderungan sistem untuk menekankan skor dan peperiksaan, bukannya perkembangan murid secara menyeluruh.


Dari pengalaman inilah kita boleh menyenaraikan 60 perkara yang telah berlaku, yang menjadi refleksi mendalam tentang apa yang terjadi dalam sistem pendidikan kita selama ini.


Percayalah, jika digali lagi, senarai ini boleh bertambah, menunjukkan betapa mendalam dan kompleksnya cabaran sistem berorientasikan peperiksaan ini.


1. Latihan intensif bermula awal – Murid Tahun 4–5 sudah bersiap untuk UPSR Tahun 6. Ada yang bermula seawal tahun 3.


2. Tusyen dan kelas tambahan meningkat – Murid dihantar ke kelas tambahan sejak Tahun 1–2 untuk persediaan awal. 


3. Tekanan emosi murid – Murid berdebar, gelisah, dan hilang minat belajar kerana fokus peperiksaan.


4. Guru bertindak sebagai jurulatih peperiksaan – Fokus kepada menanda, skema jawapan, dan teknik menjawab.


5. Tiada Autonomi guru – Guru terikat silibus, jadual ketat, dan keperluan menghabiskan silibus sebelum peperiksaan.


6. Pengasingan pelajar mengikut prestasi – Kelas depan cemerlang, kelas belakang lemah; jurang motivasi meningkat.


7. Subjek bukan teras dipinggirkan – Seni, Muzik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam, Bahasa Arab, dll kurang diberi perhatian.


8. Aktiviti kokurikulum terganggu dan menjadi second class – Kelab, sukan, badan beruniform, terganggu kerana jadual tambahan.


9. Budaya hafalan dominan – Fokus murid kepada hafalan fakta dan formula.


10. Tekanan kepada murid cemerlang – Risiko burnout meningkat kerana perlu mengekalkan prestasi tinggi seawal tahun empat dan lima. 


11. Jurang sosial melebar – Murid bandar/berkemampuan mendapat tusyen, murid luar bandar ketinggalan.


12. Kreativiti PdPc terabai – Projek, pembelajaran kreatif, pemikiran kritikal dikurangkan.


13. Keputusan sekolah dinilai berdasarkan markah – Tekanan pada guru dan murid meningkat.


14. Kebocoran soalan meningkat – Tekanan tinggi menimbulkan isu integriti peperiksaan. 


15. Guru dibebani pelaporan – Ujian bulanan, percubaan, rekod prestasi akan menjadi high stakes. 


16. Burnout guru dan murid – Tekanan berpanjangan menjejaskan motivasi dan kesihatan mental.


17. Penilaian berterusan dikurangkan – PBD dan penilaian projek kurang diberi perhatian, mungkin diabaikan. 


18. Ibu bapa lebih demanding – Tekanan skor tinggi meningkatkan tuntutan ke atas guru.


19. Sekolah fokus skor, bukan pembelajaran – Kejayaan diukur melalui peperiksaan semata-mata.


20. Pengalaman pendidikan sempit – Murid belajar untuk peperiksaan, bukan kehidupan.


21. Pengulangan soalan lama menjadi norma – Murid belajar format yang dikenali, bukan konsep.


22. Kebosanan PdPc meningkat – Pengajaran berulang, berorientasikan soalan.


23. Tekanan pelajar pra-UPSR – Tahun 4–5 sudah menghadapi latihan intensif.


24. Guru mengajar untuk peperiksaan – Guru mengajar berfokus dan mengejar untuk habiskan silibus secara menjawab soalan peperiksaan. 


25. Guru kurang masa bimbingan individu – Fokus pada markah keseluruhan murid.


26. Persaingan murid meningkat – Rivaliti antara murid cemerlang dan lemah.


27. Kehilangan minat membaca – Fokus murid pada hafalan nota dan soalan. 


28. Soft skills terabai – Kepimpinan, kerja berpasukan, empati dikurangkan.


29. Murid takut gagal – Rasa takut menguasai motivasi, bukan minat belajar.


30. Drilling menjadi norma – Latihan intensif berulang, kurang eksplorasi.


31. Pusat sumber kurang dimanfaatkan – Fokus pada buku latihan UPSR/PT3.


32. Tekanan ibu bapa meningkat – Memaksa anak belajar lebih lama.


33. Kebiasaan ponteng kelas – Murid hilang motivasi menghadiri kelas.


34. Guru kurang masa inovasi PdPc – Pendekatan pedagogi baru tidak diteroka.


35. Pendidikan inklusif terhad – Murid berkeperluan khas kurang diberi perhatian.


36. Kebergantungan kepada soalan setara – Format peperiksaan lama menguasai pembelajaran.


37. Kesihatan mental terancam – Burnout, anxiety, tekanan meningkat.


38. Guru dinilai berdasarkan keputusan murid – Tekanan tambahan kepada guru.


39. Pendidikan abad ke-21 terabai – Kreativiti, problem solving kurang.


40. Polarisasi pengalaman pendidikan – Murid luar bandar/kurang berkemampuan terpinggir.


41. Budaya sekolah berorientasikan peperiksaan – Suasana kompetitif menguasai pembelajaran.


42. Masa rehat murid berkurang – Kokurikulum dan PdPR dikorbankan.


43. Kepelbagaian kaedah pengajaran hilang – Guru fokus format soalan.


44. Tekanan pentadbir meningkat – Pengetua/GPK dinilai berdasarkan keputusan UPSR/PT3.


45. Buku latihan dan soalan setara meningkat – Fokus murid pada latihan berulang.


46. Motivasi intrinsik menurun – Minat belajar diganti motivasi markah.


47. Persaingan antara sekolah meningkat – Sekolah berlumba-lumba skor tinggi.


48. Murid belajar untuk lulus, bukan faham – Pembelajaran bermakna diganti hafalan.


49. Tekanan ibu bapa terhadap anak meningkat – Konflik rumah-sekolah.


50. Pengalaman pendidikan tidak seimbang – Murid B40 dan luar bandar terpinggir.


51. Kelas tambahan agama dan akademik dijalankan serentak – Tahun 1–6, murid sekolah agama juga ikut kelas tambahan.


52. UPKK dan PSRA menambah tekanan – Murid sekolah agama petang menghadapi peperiksaan setara pusat.


53. Majlis kerohanian dijadikan persediaan mental – Solat hajat, majlis pohon restu digunakan untuk fokus peperiksaan.


54. Ritual keagamaan digabungkan dengan akademik – Kerohanian menjadi alat sokongan tekanan akademik.


55. Persaingan akademik antara sekolah agama dan kebangsaan meningkat – Tekanan seimbang prestasi akademik.


56. Guru sekolah agama menjadi jurulatih peperiksaan – Fokus menyiapkan murid untuk PSRA/UPKK.


57. Beban ganda kepada murid – Akademik kebangsaan + sekolah agama + kelas tambahan.


58. Kehilangan masa bermain dan eksplorasi – Aktiviti santai dan kreatif dikorbankan.


59. Peningkatan penggunaan teknik hafalan dan drilling dalam sekolah agama – Fokus kepada lulus peperiksaan, bukan kefahaman holistik.


60. Tekanan keseluruhan murid meningkat – Murid kecil belajar untuk berjaya dalam pelbagai peperiksaan serentak, akademik dan agama.


Malaysia Mendidik





RAMAI YANG TIDAK TAHU DISEBALIK TABIR DAIM DAN MAHATHIR


Alif Jamil


 Sebelum kita kupas tu, lebih adil kalau sy letak satu disclaimer siap² bahawa individu bernama Saiful Baharom ni bukan seorang penyokong PH atau kerajaan Perpaduan.


Bahkan jauh sekali bukan penyokong PMX.







Apa yg diceritakan itu datang drpd pengalamannya yg pernah berada dalam orbit kuasa lama, dunia politik elitis korporat era hegemoni yg penuh lapis, deals dan permainan belakang tabir.


Jadi bila dia buka aib atau bongkar sisi gelap Almarhum Daim, itu bukan bermaksud dia pro kpd PMX atau nak angkat imej PMX.


Sebaliknya itu sekadar realiti orang dalam yg pernah nampak bagaimana jaringan kuasa, korporat dan legal team itu berfungsi pada zaman Mahathir~Daim.


Apa yg disebut dalam tulisannya itu sebenarnya mengesahkan tiga perkara penting tentang era berkenaan.


Pertama, memang wujud satu inner circle yg sgt berkuasa dan sangat opaque dalam mengurus patronage ekonomi negara.


Ini selari dgn rekod kajian² akademik tentang ekonomi politik Malaysia yg menghuraikan bagaimana struktur corporate nominees, trustee dan proksi digunakan dalam konsolidasi kekayaan dan penguasaan korporat oleh kelompok yg rapat dgn pimpinan politik.


Kedua, memang wujud rangkaian akaun dan pasukan legal yg bergerak di belakang tabir.


Ini bukan perkara pelik kerana state business nexus sewaktu dasar penswastaan era 1980~2000 memang beroperasi melalui pelbagai entiti syarikat, instrumen kewangan dan instrument undang² yg berlapis.


Laporan seperti Pandora Papers pula menunjukkan bahawa keluarga Daim yg menggunakan trust dan syarikat luar pesisir sebagai satu amalan yg biasa dalam jaringan kewangan global sementara beliau menegaskan aset itu datang daripada perniagaan yg sah sebelum menyertai politik.


Ketiga, dekad 1990an memang puncak pengaruh Mahathir~Daim.


Rekod² ekonomi menunjukkan beberapa corak besar:


1. Penswastaan yg agresif bermula tahun 1983 dan memuncak sepanjang era 1990an.


2. Kejatuhan dan penyelamatan syarikat² mega seperti Renong UEM, MAS dan kesan² legasi BMF.


3. Konsentrasi kekayaan dan kawalan² korporat pada konglomerat yg berkait rapat dgn circle politik yg tertinggi dan high table. 


Semua ini berlaku ketika Dr Mahathir berada di puncak kuasa sebagai Perdana Menteri dan Daim pula berkhidmat sebagai Menteri Kewangan serta tokoh kewangan UMNO..


Dan gabungan ini membentuk satu pusat kuasa politik dan ekonomi dalam satu paksi yg sama.


Dan disinilah munculnya istilah yg disebut oleh sesetangah pihak pada era itu yg menggelar mereka berdua ini sebagai Twins Evil.


Gelaran itu bukan kerana mereka ni jahat peribadi, tetapi kerana gabungan mereka berdua dilihat sebagai satu struktur pengaruh yg mendominasi arah negara.


Dalam naratif orang lama:

1. Mahathir = Political power

2. Daim = Financial power


Gabungan ini menghasilkan sistem dimana kuasa politik dan korporat bergerak seiring, saling melindungi dan saling melengkapi.


Ia dipanggil bilateral dominance structure dimana dua kutub kuasa yg mengawal arah dasar, pergerakan modal dan tatasusun korporat² negara.


Didepan rakyat, Dr Mahathir dilihat sebagai pemimpin tegas yg membentuk naratif nasional.


Dibelakang tabir pula, Daim dilihat sebagai “custodian of wealth” yg menentukan aliran modal, struktur korporat dan pemain² utama dalam ekonomi.


Itulah sebabnya banyak memoir dan tulisan wartawan asing menggambarkan hubungan mereka seolah² Dr Mahathir menentukan arah , Daim pula menentukan siapa yg kaya.


Apa yg Saiful Baharom cerita itu bukan soal suka atau benci pada dua figura tersebut, tetapi ia satu retrospective insight tentang fasa penting yg pernah berlaku dalam sejarah negara ini..


Ia menerangkan mengapa banyak kesan dari skandal lama kekal sampai hari ini, kenapa GLC dan konsesi moden masih berpaut pada struktur 90an dan kenapa budaya proksi serta nominee ini terus hidup subur dalam ekonomi kita.