Ini sebabnya Sultan Brunei di IJN


 


HarapandailyMay 27, 2025

Perdana Menteri mengesahkan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ketika ini berada di Institut Jantung Negara (IJN).

Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan baginda berasa keletihan dan mengambil keputusan untuk berehat di sana.

“Beliau berasa penat dan mahu berehat di IJN,” kata beliau ringkas menjawab soalan media pada sidang media penutupan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 hari ini.

Sultan Hassanal, 78, sebelum ini tidak kelihatan dan hadir pada Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China petang tadi.

Baginda yang menaiki takhta pada 1967 merupakan pemerintah monarki paling lama di dunia dan juga antara individu terkaya dunia.

 

Hantaran mesej lucah kepada remaja, apa jadi ‘CEO Batu’?


 


HarapandailyMay 27, 2025

‘CEO Batu’ yang disiasat berhubung hantaran mesej berunsur lucah terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.

Pempengaruh media sosial berusia 22 tahun itu masih dalam siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Perkara tersebut disahkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan ketika dihubungi BH.

Terdahulu,’CEO Batu’ ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada 22 Mei lalu sebelum direman selama empat hari.

Tempoh reman kemudian disambung sehari lagi bagi membantu siasatan lanjut.

 

Menjawab Lim Sian See: Nombor plet kereta Menteri Ekonomi


HarapandailyMay 28, 2025

Najib Bakar

Menjawab Lim Sian See berkenaan nombor plet kereta YB Menteri Ekonomi. Aku cerita dari awal hingga habis.

Bila jadi Menteri, mereka berkelayakan untuk dapat nombor plet istimewa. Mereka boleh pilih apa-apa nombor yang ada, tetapi nombor tersebut sebenarnya adalah hakmilik Spanco.

Kereta yang YB Rafizi guna itu sebelum ini digunakan oleh Menteri lain, dengan nombor plet lain sebelum zaman Kerajaan Perpaduan.

Bila Menteri tersebut tidak lagi jadi Menteri, beliau beli nombor plet yang asal daripada Spanco.

Seseorang yang pernah jadi Menteri boleh beli nombor yang mereka guna dengan harga nominal, murah sahaja, cuma berharga dalam lingkungan 3 atau 4 angka.

Jadi bermaksud, semasa YB Rafizi dapat kereta itu, beliau perlu pilih nombor yang baru untuk dipadankan dengan kereta tersebut.

Itu sahaja.

Kalau kereta tersebut dah ada nombor, sudah tentu beliau pun tak fikir nak nombor baru.

Kelayakan ini cuma khas untuk Menteri. Jadi kalau ternampak kereta Timbalan Menteri, atau Ahli Parlimen single/double digit, itu bermakna mereka beli sendiri.

Faham, yang Lim Sian See mahu mewujudkan naratif seolah-olah YB Rafizi membazirkan sejumlah wang yang besar semata-mata untuk nombor plet.

Cuma nak tanya saudara Lim, menteri-menteri di zaman Najib Razak dulu tak guna nombor plet sebegini ke?

 

 

PENYANYI ASAL LAGU ANAK


 

BELIAU SEORANG MUSLIM

 



PULAK SEMUA ANAK MALAYSIA.


 

PUJUK RAFIZI


 

HATI HATI DENGAN PENGUNDI ATAS PAGAR.


Norshidah Md Daud 



PRU 16 


Andaian kita buat masa ini adalah 1 vs 1 di mana UMNO akan bekerjasama dengan PH


Ada la cybertrooper PH yang kata kita akan menang besar

Kononnya kita akan dapat manfaat daripada kerjasama dengan UMNO hanya utk menyedapkan hati kita selepas melihat kemenangan di PRK Air Kuning Tapah baru2 ini


Sebenarnya di PRK Air Kuning tu kita cuma dapat  menambah sedikit sokongan kepada UMNO, bukan disebabkan PN itu lemah

Kita boleh semak, undi yg diperoleh PN tu solid Melayu


Unjuran sebenar undi Melayu tak berubah pun kepada PH terutama jika PKR & Amanah yang bertanding..


PRK Sg Bakap yang lalu di kawasan Fadlina,  PKR di beri laluan di situ tetapi kalah

Kawasan seorang Menteri sebagai Ahli Parlimen di situ pun x dapat membantu menambah undi

Undi dari ahli UMNO pun kita x dapat sebenarnya.


PRU 16 jika kita mengharapkan keajaiban dari PRK Air Kuning, kita silap sebenarnya..


Selepas pemilihan PKR tenpohari kita nampak jelas sokongan kepada PH terutama kepada Anwar Ibrahim makin merudum

Banyak kedengaran suara penduduk d bandar2 utk tidak lg menyokong PH

Apa lagi yang kita nak harapkan? 


Penyokong yang sekian lama menyokong pun kini ramai yg telah menzahirkan kekecewaan dan ada yang merancang utk boikot PRU


Ditambah lagi tiada pemimpin yang di lihat mampu menaikkan semangat pengundi atas pagar...

Seiring perjalanan masa,  kita akan saksikan rumah yang kita duduki selama ini bakal mereput di mamah anai2


2014 hingga sekarang media sosial memainkan peranan besar dalam kejatuhan empayar BN...

Maka media sosial juga yg akan menjatuhkan PH...



KATANYA CERDIK LA.. TAPI CHOIIHH APA PUN TAK BUAT


 

LENSA ASEAN-GCC 2025❗️





Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN 2025 berjalan bersama Putera Mahkota Kuwait merangkap Pengerusi Tertinggi Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Sheikh Sabah Khaled Al-Hamad Al-Sabah bagi memulakan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 27 Mei 2025. 


#MalaysiaMADANI 

#MyASEAN2025 

#ASEANGCC2025


Foto: Bernama



RAFIZI AKAN LETAK JAWATAN SELEPAS SIDANG ASEAN BERAKHIR?

 

27 May 2025

Ramai yang bertanya, bila Rafizi Ramli nak letak jawatan?

Kenapa beliau masih datang ke pejabat dan hadir Sidang Kemuncak Asean?

Apakah beliau tak jadi letak jawatan?

Sejak semalam, inilah antara soalan yang banyak berlegar di mana-mana.

Seolah-olah ada yang tidak sabar mahu melihat Menteri Ekonomi itu segera menunaikan janjinya.

Sabar…dan jangan risau tentang janji Rafizi itu.

Beliau adalah seorang yang berprinsip dan pasti akan berpegang kepada janjinya.

Jadi, bilakah beliau akan letak jawatan?

Adalah diyakini Rafizi akan menghantar surat perletakan jawatannya sebaik saja Sidang Kemuncak Asean berakhir esok iaitu 28 Mei.

Dipercayai Rafizi berbuat demikian kerana mahu menjaga nama baik negara dan tidak mahu Sidang Kemuncak Asean terganggu dengan berita perletakan jawatannya.

Kiranya beliau meletakkan jawatan ketika Sidang Kemuncak Asean sedang berlangsung, sudah tentunya berita mengenainya akan tersiar di media-media serta dibaca oleh menteri-menteri yang hadir di persidangan itu.

 

Sudah pasti nanti tumpuan dan perhatian akan terkalih kepada berita perletakan jawatannya itu, malah pastinya juga Perdana Menteri akan ditanya media berkenaan dengannya.

Pemimpin-pemimpin Asean juga akan bercakap sesama sendiri tentang perletakan jawatan Rafizi itu.

Akhirnya, Sidang Kemuncak Asean akan kelihatan tidak cantik perjalanannya.

Dalam hal ini, terbukti Rafizi mempunyai pertimbangan yang matang dalam tindakannya, meskipun barangkali hatinya sedang kecewa dan tersakiti ketika ini.

Jadi, sabar sikit dan tunggulah selepas 28 Mei apabila semua menteri dan delegasi daripada negara Asean kembali ke negara masing-masing, pasti ketika itulah nanti surat perletakan jawatan Rafizi akan tiba di atas meja Perdana Menteri. – ShahbudinHusin 27Mei2025.

 

PAS JOIN MADANI SELEPAS RAFIZI BERUNDUR POLITIK ? DULU KERANA RAFIZI BAN...

Fuziah Salleh proxy ja SUA, Rafizi Ramli next SUA PKR.... Cai cai

KEMUNCULAN RAFIZI RAMLI MENCURI TUMPUAN RAMAI DI PERSIDANGAN ASEAN!


Menteri Ekonomi Rafizi Ramli muncul pada hari kedua Sidang Kemuncak Asean ke-46 dan persidangan berkaitan. Beliau menghadiri Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) ke-16 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang bermula 8 pagi. Beliau menyertai Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar Mohamad Hasan pada mesyuarat peringkat tinggi itu, yang turut menyaksikan kehadiran pemimpin serantau termasuk Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto. Rafizi dilihat bersalaman dengan Anwar dan perwakilan Asean lain sebaik tiba. Kehadirannya menarik perhatian susulan spekulasi mengenai masa depannya dalam Jemaah Menteri, selepas tewas pemilihan jawatan timbalan presiden PKR, Jumaat lalu. Pada 10 Mei lalu, Ahli Parlimen Pandan itu berkata beliau sedia meletak jawatan dalam Kabinet jika gagal mempertahankan kedudukan dimenangi pada pemilihan 2022. Rafizi yang mendapat 3,866 undi. tewas kepada Nurul Izzah Anwar yang memperoleh 9,803 undi




APA PUN JANGAN BAGI PADA PAS.

 


Pemilihan PKR dah selesai. Yang kalah tetap kalah. Yang menang tetap menang.


Yang kecewa lalu tak nak undi PKR lagi, itu hak masing². Yg tak nak keluar mengundi PRU16, itu hak masing². Kalau dulu nak buat undi rosak, skrg tak kedengaran pulak, pun hak masing².


Yang pasti, pemilihan PKR ibarat gaduh adik beradik.  Yang pasti, takkan PRU16 kita nak undi PAS. Takkan PRU16 nak bagi PAS jadi kerajaan kot. NAUZUBILLAHIMINZALIK!


Daripada bagi pepuak PAS yg kita tak kenal jadi kerajaan, atau yg kita kenal tak perform jadi kerajaan. Lebih baik kita bagi orang yang kita kenal terus menjadi kerajaan. Hati yg panas akan sejuk. Yg susah tak selamanya susah. Yg senang tak selamanya senang.  Kitaran itu pasti. Allah sebut 2 kali dalam surah al-Insyiirah bahawa setiap kesusahan itu akan disertai kemudahan. Apa nak heran.


Akhir kata, takkan kita nak tengok Hj Hadi kembali menjadi Duta Khas Timur Tengah. Abahkau jadi PM kali kedua.  TITM jadi menteri MEWA. Paling parok Mat Jargon jadi Menteri Ekonomi. Kang dicetaknya duit RM50 berguni² kang baru ada akai?


Ambil masa tenangkan diri. Kita org jantan ni akalnya selilit rumah. Yg penting, jaga keluarga & jaga ekonomi sendiri. Tak mendatangkan beras, skip aje.


Tuan Guru Ariff Kadir Al-Katami

Calon Presiden PAS (jika PAS bertelur buat pertandingan)




RAFIZI PEGANG SPRM?






Nak bagi jawatan apa pulak? Rasa-rasa DS Rafizi Ramli nak terima atau tak?




 

𝗕𝗔𝗖𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗜𝗦𝗪𝗔𝗥𝗗𝗬 𝗠𝗢𝗥𝗡𝗜 : 𝗗𝗜𝗡𝗔𝗠𝗜𝗞𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 - 𝗛𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗔𝗦, 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝗕𝗡 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗠𝗜𝗟𝗜𝗞𝗜 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜#Sebarkan

 


𝗕𝗔𝗖𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗜𝗦𝗪𝗔𝗥𝗗𝗬 𝗠𝗢𝗥𝗡𝗜 : 𝗗𝗜𝗡𝗔𝗠𝗜𝗞𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 - 𝗛𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗔𝗦, 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝗕𝗡 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗠𝗜𝗟𝗜𝗞𝗜 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜#Sebarkan #Biar_Rakyat_Faham

(Ramalan Iswardy Morni yg wajar dilihat semula selepas PRU16)


1) 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗙𝗕 𝗦𝗧𝗔𝗧𝗨𝗦 saya yg terakhir, saya membuat “𝗣𝗥𝗘𝗗𝗜𝗖𝗧𝗜𝗢𝗡” atau memberi “RAMALANKU” secara jujur (bukan RamananKu) bahawa NATIJAH kekecohan, percaturan secara berjemaah, penyingkiran dan kezaliman yg berlaku ke atas DS Rafizi Ramli (DSRR), 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗟 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗕𝗔𝗕𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗞𝗥 𝘁𝗲𝘄𝗮𝘀 banyak kerusi dan akan memberi kesan kepada PH. Sebab 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗱𝗶 𝗣𝗞𝗥 𝗠𝗔𝗝𝗢𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 (𝗣𝗔𝗣 – 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗱𝗶 𝗔𝘁𝗮𝘀 𝗣𝗮𝗴𝗮𝗿) 𝗴𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗠𝟰𝟬 𝘆𝗴 𝗕𝗘𝗥𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗱𝗮𝗻 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗢𝗗𝗢𝗛 seperti walaun & untit JUHALA’. 


2) ANDA boleh shj TIDAK bersetuju dgn pendapat saya, “𝗡𝗼 𝗣𝗿𝗼𝗯𝗹𝗲𝗺𝗼”. Tapi saya yakin, mereka (𝗣𝗔𝗣) 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻 𝘂𝗻𝗷𝘂𝗸 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗮𝗺 (𝗦𝗜𝗟𝗘𝗡𝗧 𝗣𝗥𝗢𝗧𝗘𝗦𝗧). Mereka TAK akan lupa, selepas ini hanya menunggu PRU16 lalu menggunakan kuasa undi. PKR dan PH berhentilah dari terus berada dalam “𝗗𝗘𝗡𝗜𝗔𝗟 𝗦𝗬𝗡𝗗𝗥𝗢𝗠𝗘”. Belajarlah dari sejarah. Sejak 1998 sehinggalah BN tewas (2018), banyak artikel saya tulis, menyebut bahawa “𝗗𝗘𝗡𝗜𝗔𝗟 𝗦𝗬𝗡𝗗𝗥𝗢𝗠𝗘” yg bakal dan telah “membunuh sokongan” terhadap BN sejak 1998 sebenarnya. Ia ternaya benar, sokongan kpd mereka merosot PRU demi PRU kerana sikap enggan mengaku Rakyat sudah marah.


3) Akibat dari 𝗟𝗢𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡 atau 𝗧𝗘𝗟𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗮𝘁𝗮𝘂 “𝗣𝗿𝗲𝗱𝗶𝗰𝘁𝗶𝗼𝗻” itu saya menerima byk kecaman, maki hamun, dituduh BODO, dituduh mahu “cucuk” (𝘄𝗮𝗹𝗵𝗮𝗹 𝗮𝗵𝗹𝗶 𝗣𝗞𝗥 𝗶𝘁𝘂 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗽𝘂𝗻 𝗷𝗮𝘂𝗵 𝗧𝗘𝗥𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗹𝗲𝘃𝗲𝗹 𝗮𝗸𝗮𝗱𝗲𝗺𝗶𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝘀𝗶𝗼𝗻 𝘆𝗴 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗰𝗮𝗽𝗮𝗶), khianat dan pelbagai lagi kutukan. Ini 𝗠𝗔𝗡𝗜𝗙𝗘𝗦𝗧𝗔𝗦𝗜 keangkuhan dan ego pendokong 𝗡𝗜𝗔𝗽𝗼𝘀𝘁𝗶𝘀𝗺𝗲 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 hakikat bahawa UMNO BN sememangnya MERANCANG mahu jadi DOMINAN semula dan itu BAKAL berlaku di PRU16. Walhal, saya provoke minda mereka supaya berfikir waras, 𝗖𝗔𝗧𝗨𝗥 𝗴𝗲𝗿𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶, 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗻𝗴𝗴𝗲𝗹𝗮𝗺 𝗱𝗴𝗻 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗥𝗢𝗡𝗢𝗞𝗔𝗡 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝗶𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔𝗞 dan ingat NIA layak Ganti NUA . Takpe, saya buktikan dgn menyertakan keratan video dari berita TV bahawa memang benar UMNO BN berhasrat jadi 𝗗𝗢𝗠𝗜𝗡𝗔𝗡 dalam keadaan PKR pula terlalu seronok menyahkan Pang5 Perang sendiri yg sangat mereka BENCI..!! 


4) Senyum lebar semua parti yg berhasrat rebut kuasa kerana “𝗵𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮” yg menjadi benteng Pakatan Harapan sudah “𝗗𝗜𝗛𝗔𝗟𝗔𝗨” 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗣𝗘𝗥𝗪𝗔𝗞𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗞𝗥 sendiri. Yg paling seronok adalah lebai PA$ dan PERTIKAIAN Nasional. Seorang MB Lebai pasti tersenyum gumbira, 𝘄𝗮𝗻𝗴 𝗧𝗔𝗠𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 (𝗿𝗮𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗷𝘂𝘁𝗮) 𝗽𝗲𝗿𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗙𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗼𝘁 𝗱𝗼𝘁 𝗱𝗼𝘁 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗣𝗿𝗼𝗷𝗲𝗸 𝗱𝗼𝘁 𝗱𝗼𝘁 𝗱𝗼𝘁 akan mereka terima setelah DSRR ditunjukkan jalan keluar. Teruskan tender yg baru keluar itu, wang selebihnya akan tiba. InsyaAllah. Adakah kita akan mendengar projek “Hiway” yg baharu selepas MenEko ini berundur? Entah, kita tunggu tengok ajelah. Sungguh rancak. (𝗗𝗜𝗦𝗖𝗟𝗔𝗜𝗠𝗘𝗥 : 𝗕𝗮𝗴𝗶 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗖𝗔 𝘆𝗴 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗻𝗮𝗶𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗯𝘂𝘁 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦 𝗧𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗱𝗶 𝗿𝘂𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗼𝗺𝗲𝗻, 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯 𝗸𝗲 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗸𝗲𝗯𝗼𝗰𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻, 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶).


5) Disebabkan saya telah 𝗘𝗫𝗜𝗧 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗪𝗵𝗮𝘁𝘀𝗮𝗽𝗽 𝗚𝗿𝗼𝘂𝗽 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 sebagai persediaan berundur sepenuhnya selepas DSRR dan Nik Nazmi meletakkan jawatan sebagai Menteri, beberapa org rakan Whatsapp saya memaklumkan geng 𝗮𝗵𝗹𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗛 menuduh KUNUNnya ahli PKR (penyokong DSRR) asyik berpolitik, tidak tumpukan pada usaha mentadbir negara. Ini meleset, saya faham mereka yg terus bersuara adalah 𝗥𝗘𝗙𝗢𝗥𝗠𝗜𝗦 𝘀𝗲𝗷𝗮𝘁𝗶 yg BUKAN tidak menerima kekalahan tetapi 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗘𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗔𝗗𝗜𝗟𝗔𝗡. Mereka diasuh supaya TIDAK taksub dgn batang tubuh tetapi guna akal menentang Ketidak adilan kerana prinsip 𝗔𝗺𝗮𝗹 𝗠𝗮𝗸𝗿𝘂𝗳 𝗡𝗮𝗵𝗶 𝗠𝘂𝗻𝗴𝗸𝗮𝗿.


6) Firman Allah SWT :


وَلْتَكُنْ مِّنْكُمْ اُمَّةٌ يَّدْعُوْنَ اِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُوْنَ بِالْمَعْرُوْفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۗ وَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الْمُفْلِحُوْنَ


Artinya: "𝗛𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝗹𝗮𝗵 𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗶 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗸𝗮𝗺𝘂 𝘀𝗲𝗴𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘂 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗯𝗮𝗷𝗶𝗸𝗮𝗻, 𝗺𝗲𝗻𝘆𝘂𝗿𝘂𝗵 (𝗯𝗲𝗿𝗯𝘂𝗮𝘁) 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝗸𝗿𝘂𝗳, 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗴𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗮𝗿. 𝗠𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗶𝘁𝘂𝗹𝗮𝗵 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴-𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝘂𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴."


[Surah Ali 'Imran Ayat 104]


Oleh itu, mereka hanya berkata benar meskipun pahit, demi masa depan Malaysia. 𝗠𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗦𝗬𝗔𝗜𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗜𝗦𝗨 demi kepentingan DUNIA. Mengandaikan bahawa 𝗣𝗮𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗽𝗮𝗻 (𝗣𝗛) 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗟 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗲𝘀𝗮𝗻 dgn perbuatan PKR ini adalah 𝗧𝗔𝗛𝗬𝗨𝗟 𝗱𝗮𝗻 𝗢𝗧𝗔𝗞 𝗧𝗨𝗠𝗣𝗨𝗟. Namun perlu diingat “𝗞𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗠𝗔𝗥𝗨𝗔𝗛 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗠𝗨𝗟𝗜𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗘𝗧𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗨𝗔𝗟 𝗠𝗔𝗥𝗨𝗔𝗛”.


7) Saya nak bagitahu begini. Pemilihan PKR yg lepas adalah pertandingan adik beradik di padang yg sama rata, sebab itu saya TAK peduli sgt DSRR vs DS Saif. Namun, kali ini sejak dari awal lagi saya 𝗶𝗻𝗱𝗶𝘃𝗶𝗱𝘂 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 yg menyebut bahawa 𝗧𝗔𝗥𝗚𝗘𝗧 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗧𝗣 𝗣𝗞𝗥 yg disusun rapi (utk tidak menyebelahi DSRR, pasukannya dan pasukan DS Saifuddin Nasution Ismail sendiri) adalah 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗘𝗞𝗢𝗡𝗢𝗠𝗜 (𝗠𝗲𝗻𝗘𝗸𝗼) tetapi ada ahli PKR yg mencemuh saya dungu kununnya pemilihan parti tiada kena mengena dgn jawatan Menteri. ANDA lihat DS Saif sebak?? 𝗦𝗜𝗙𝗜𝗥𝗡𝗬𝗔 𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗧𝗔𝗞 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗿𝘂𝗻𝗴𝗸𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻. Tanya apa beliau sudah buat, tetiba jadi begini dan turut mengejutkan dirinya sendiri, namun akur dlm keterpaksaan?? 


8.) 𝗝𝗨𝗝𝗨𝗥𝗻𝘆𝗮 𝗺𝗲𝘀𝗸𝗶𝗽𝘂𝗻 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗽 𝗯𝗲𝗿𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗱𝗲𝗺𝗶𝗸𝗶𝗮𝗻, namun "𝗟𝗜𝗧𝗘𝗥𝗔𝗟𝗟𝗬" wujud sekelumit perasaan nak meludah ke muka beliau dan kata BODOH. Saya menyebut tentang dirinya apabila menulis 𝗗𝗨𝗔 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 Artikel bertajuk : 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥𝗡𝗬𝗔 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗠𝗣𝗜𝗡 𝗣𝗞𝗥 “𝗝𝗔𝗧𝗨𝗛 𝗦𝗘𝗧𝗔𝗡𝗗𝗔𝗡”? Banyak HINTS, namun semua sudah berlalu, maka biarlah kekal begitu.


9) Saya telah menjawap hujah DANGKAL yg menyanggah jawatan MenEko bakal tergugat dlm sebuah artikel selepas DSRR memberi kepastian beliau akan letak jawatan jika kalah pemilihan TP PKR. Baca : 𝗗𝗦 𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜 𝗦𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡 : 𝗠𝗘𝗦𝗞𝗜𝗣𝗨𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗟𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗧𝗣 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜, 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗞𝗢𝗡𝗩𝗘𝗡𝗦𝗬𝗘𝗡 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗣𝗗 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗘𝗞𝗢𝗡𝗢𝗠𝗜 

Link : https://www.facebook.com/Zusdin3/videos/2798361753691216


10) SILA tonton dan dengar betul-betul TELAHAN yg disampaikan oleh 𝗜𝘀𝘄𝗮𝗿𝗱𝘆 𝗠𝗼𝗿𝗻𝗶 𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗜𝗡𝗔𝗠𝗜𝗞𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝘆𝗴 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂 dari bacaan Politik beliau selepas DSRR meninggalkan politik. Ini mungkin berlaku setelah DSRR berundur setelah disingkirkan dan tidak lagi menjadi Pang5 perang pilihanraya. Meskipun saya mempunyai “𝗣𝗿𝗲𝗱𝗶𝗰𝘁𝗶𝗼𝗻” sendiri TETAPI saya kira 𝗟𝗢𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡 atau 𝗧𝗘𝗟𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗯𝗲𝗹𝗶𝗮𝘂 𝗶𝗻𝗶 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗥𝗜𝗞 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗗𝗜𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗛𝗔𝗧𝗜𝗔𝗡. Menurut beliau UMNO BN memang sedang 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗢𝗣𝗧𝗜𝗢𝗡 ini yg mana utk menjadi 𝗣𝗲𝗿𝗱𝗮𝗻𝗮 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶, mereka mesti bekerjasama dgn PA$ sebab GRS akan ikut UMNO BN.


11) Saya tertarik dengan bacaan politik Iswardy ini kerana itu juga bermakna 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝗕𝗡 boleh menjadi 𝗗𝗢𝗠𝗜𝗡𝗔𝗡 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 selepas PRU16 yg mana ia adalah RAHSIA UMUM. Anda boleh tonton video yg saya sertakan. 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗜𝗚𝗨𝗦 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗽 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶-𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶, 𝗞𝗖 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘄𝗮𝗸𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗞𝗥 𝘆𝗴 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗶𝗽𝘂 𝗱𝗴𝗻 𝗶𝗺𝗶𝗴𝗶𝗻𝗮𝘀𝗶, 𝗘𝗠𝗢𝗦𝗜 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗞𝗨𝗡𝗨𝗡𝗻𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 “𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂𝗽𝗮𝗱𝘂 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶”dgn menyingkirkan DSRR dan Team REFORMIS sejati, sebenarnya sedang membakar PKR.


12) Adakah LONGTARA atau TELAHAN Politik saya dan Iswardy Morni akan menjadi kenyataan atau sebaliknya?? 𝗠𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 𝗸𝗮𝗺𝗶 𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹, 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 𝗸𝗮𝗺𝗶 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵. Ia bergantung kpd 𝗡𝗜𝗔 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗮𝗺 #𝗗𝗔𝗠𝗔𝗜𝗟𝗔𝗛𝗦𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧 utk mencatur keutuhan genggaman PKR kpd kuasa. 𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔 langsung keperluan bagi DSRR utk membentuk parti baharu, 𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔. Penyokong beliau 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜 kerana pemimpin datang dan pergi. 


13) 𝗞𝗘𝗧𝗜𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚 𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂 𝗞𝗜𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗯𝗲𝗯𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 tahun lagi utk kembali aktif, SECARA PERIBADI saya anggap 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗗𝗦𝗥𝗥 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗥𝗔, bantu Rakyat melalui kaedah lain. DSRR perlu menjauhkan diri dari percaturan kuasa 𝗘𝗹𝗶𝘁𝗲 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗧𝗜𝗞𝗔𝗠 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔𝗡𝗚 tahap tertinggi, bimbang terluka lagi kerna 𝗛𝗔𝗠𝗣𝗜𝗥 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗽𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗣𝗞𝗥 telah berpaling dari beliau. JIKA DSRR kembali selepas tamat penggal DSAI jadi Presiden, beliau TETAP terpaksa hadap 𝘀𝗲𝗴𝗲𝗿𝗼𝗺𝗯𝗼𝗹𝗮𝗻 𝗛𝗜𝗣𝗢𝗞𝗥𝗜𝗧 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗨𝗡𝗔𝗙𝗜𝗞 yg pada bila-bila masa shj bersedia utk khianat. Sebenarnya byk yg DSRR terpaksa rahsiakan kerana jika beliau dedahkan boleh ditakrifkan sebagai pelanggaran undang-undang justeru mungkin didakwa.


14) Sebab itu lebih elok 𝗦𝗧𝗔𝗡𝗗 𝗗𝗢𝗪𝗡 dan perhatikan shj. 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗧𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜. Kumpulan REFORMIS tulen patut kekal wujud. 𝗞𝗜𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡 itu pasti berlaku, apabila 𝘁𝗶𝗯𝗮 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗦𝗨𝗦𝗔𝗛 𝗯𝗮𝗿𝘂 𝗹𝗮𝗵 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝗵, 𝗜𝗱𝗲𝗮𝗹𝗶𝘀𝗺𝗲 𝗥𝗘𝗙𝗢𝗥𝗠𝗔𝗦𝗜 𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗹𝗶 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗥𝗘𝗧𝗢𝗥𝗜𝗞 utk menggamit semula kuasa. Mungkin TIADA lagi seorang Rafizi, Malaysia akan menyesal meratapi. Namun mungkin muncul watak seorg “Rafizi” lagi sekali. 𝗦𝗮𝘆𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗽 𝗶𝗻𝗶 𝗮𝗿𝘁𝗶𝗸𝗲𝗹 𝗧𝗘𝗥𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝘀𝗮𝘆𝗮, 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗶𝗻𝘁𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗶𝗻𝗶.  Cukuplah. 𝗦𝗜𝗟𝗔 𝗕𝗘𝗟𝗜 𝗣𝗢𝗣𝗖𝗢𝗥𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗢𝗥𝗜, 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡 𝗨𝗡𝗗𝗨𝗥 𝗗𝗜𝗥𝗜. Jika panjang umur kita jumpa di 𝗞𝗜𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡 seterusnya. Hanya takdir dan masa yg akan menentukannya. Wallahualam.


𝗔𝗗𝗜𝗢𝗦, 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗜𝗔𝗧𝗨𝗦 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜𝗦𝗧𝗜𝗥𝗘𝗛𝗔𝗧. 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗥𝗘𝗙𝗢𝗥𝗠𝗔𝗦𝗜.


-Zus Din 

27052025

********

#DSRR

#IdealismeREFORMASI

(Nota Admin : #LTL sudah jadi 𝗟𝗔𝗡𝗧𝗜𝗞 𝗧𝗘𝗧𝗔𝗣 𝗟𝗔𝗡𝗧𝗜𝗞, walau anak dan menantu sendiri)




ANE JUGA UNTUNG

 

MMMS



Mula-mula tertanya-tanya juga apa formula untuk dapat 80 kerusi  PKR, lepas menang jawatan baru dapat jawapan. 



Kalau macam ini bukan takat 80, 800 kerusi campur meja pun boleh capai, eloklah tu dari lingkup terus ghuyub.


Help me to understand, apa jasa dia pada PKR@PH selama ini yang signifikan?




APA AKAN BERLAKU .


 

Ezam Bongkar Rahsia Anwar Ketakutan Perlukan Izzah..

KAU TAK BACA HABIS KAH ?


 

HILANG 8K UNDI ?


 

RAFIZI OUT, AZMIN IN ? WAKIL AZMIN HADIR KONGRES PKR ?

RANCANGAN TUN M BANTU AZMIN ALI JADI PM | KINI BERULANG KEPADA RAFIZI | ...

Nampak sangat keterdesakan pembangkang - Tiba-tiba suka Rafizi, tiba-tib...

TIGA TUGAS BERAT MENANTI NURUL IZZAH

 

27 May 2025


Saya telah menulis sebelum ini bahawa pertembungan antara Rafizi Ramli dengan Nurul Izzah Anwar bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR kali ini adalah peluang terbuka untuk kedua-dua pemimpin itu melakar sejarah.

Dalam sejarah yang terlakar sejak PKR ditubuhkan, tidak pernah mana-mana pemimpin yang memegang jawatan Timbalan Presiden dapat lepas ke kerusi Presiden.

Semuanya tersadai di tengah jalan – sama ada meletak jawatan dan kemudian keluar parti, berundur  atau dipecat.

Artikel berkenaan boleh dibaca di sini – https://shahbudindotcom.net/2025/05/rafizi-dan-nurul-izzah-peluang-melakar-sejarah/

Tetapi, disebabkan Anwar Ibrahim tidak dibenarkan lagi meletakkan dirinya memegang jawatan Presiden pada pemilihan 2028 akan datang, maka siapa yang menang Timbalan Presiden pada 2025 ini akan berpeluang cerah untuk melangkah selesa duduk di kerusi kepresidenan parti.

Oleh sebab Rafizi tewas kepada Nurul Izzah, bererti beliau hanya mampu menuruti sejarah pendahulu-pendahulu Timbalan Presiden PKR sebelum ini yang juga tersungkur di tengah jalan.

Malah, Rafizi juga mencipta sejarah kerana satu-satunya Timbalan Presiden yang dikalahkan dalam pertandingan dan sebab itu beliau dilaporkan membuat keputusan membawa diri tidak hadir di hari terakhir Kongres PKR di Johor Bahru hari ini.

Bagi Nurul Izzah, dengan kemenangannya ini, laluannya untuk beliau mengambil tempat duduk di kerusi Presiden yang sebelum ini diduduki bapanya ternampak tiada masalah lagi.

Cuma, ada halangan besar yang perlu dilalui dengan kerja berat terlebih dahulu oleh Puteri Reformasi itu.

Sebagai Timbalan Presiden yang baru, perkara paling dekat yang mesti dilakukan oleh Nurul Izzah sebaik berkahirnya Kongres PKR ini bagaimana beliau harus berusaha untuk menyatukan kembali penyokong-penyokong Rafizi yang ketika fasa kempen begitu agresif menolak, mengecam dan tidak meyakininya.

Nurul Izzah tiada pilihan lain melainkan perlu menunjukkan kewibawaannya dan meyakinkan mereka untuk kembali bersama-sama parti, khususnya bagi mendepani PRU16 akan datang.

Sekarang ini, penyokong Rafizi memang diketahui lebih “mendonia” di media sosial dan kini mereka terbahagi kepada dua kelompok – satu memilih untuk berehat daripada kerja-kerja sukarela membantu parti, manakala satu kelompok lagi ternampak terus mempertikai kemampuan anak sulung Anwar itu, termasuk terus bercakap isu nepotisme yang dikaitkan dengannya.

Gagal membawa mereka ini kembali bersama parti bererti PKR akan terus berpecah dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Kelompok ini, jika tidak didekati kembali juga, bererti PKR sengaja mengundang bahaya pada PRU16 akan datang.

Perkara kedua yang perlu didepani oleh Nurul Izzah ialah segera melakukan siri “engagement” atau libat urus dengan pelbagai kelompok masyarakat yang berada di luar parti.

Ketika ini, mereka juga secara umumnya lebih meyakini Rafizi berbanding Nurul Izzah sebagai pemimpin yang berkemampuan dan ada menarik sokongan selepas Anwar.

Dengan itu, Nurul Izzah harus segera turun padang bertemu, bersemuka dan berdialog dengan mereka bagi menimbulkan keyakinan itu.

Tanpa sokongan atau penerimaan daripada masyarakat luar, Nurul Izzah akan kelihatan tempang dan tidak cukup “ummphhh” untuk mengambil alih jawatan Presiden PKR.

Perkara ketiga yang akan menentukan sama Nurul Izzah mampu mengambil alih jawatan Presiden PKR pada 2028 nanti banyak sekali bergantung kepada keputusan PRU16 yang dimesti diadakan sebelum 2027.

Jika beliau berjaya membantu PKR dan membantu Presiden mengecapi keputusan lebih baik atau sekurang-kurangnya sama seperti keputusan PRU15 lalu dan PH kekal lagi sebagai kerajaan, memang permaidani merah lagi tebal akan disediakan di laluannya.

Ketika itu, beliau bukan saja sangat dialu-alukan untuk menjadi Presiden PKR, malah juga sebagai Perdana Menteri selepas Anwar.

Namun begitu, jika keputusan PRU16 nanti lebih buruk hasilnya, ketika itu tidak mustahil Rafizi akan dicari kembali. – ShahbudinHusin 24Mei2025.

 

Luahan akar umbi & pengundi atas pagar

Juliana Johari





Kami rehat dulu,, kami serahkan tugas pd team damai nurul,, papa,,mama,, samsul iskandar,, ramanan,, ketua AMK,, MB selangor,, pengerusi Jkom mail liquid paper


Rajin2 lah buat ceramah road tour mcm rafizi,,, pacak bendera,, bagi flyer di pasar mlm,, pasar pagi,, market ikan,, pintu masuk supermarket


GOOD LUCK



DEBAT DEBAT DEBAT......


 

HIMPUNAN MELAYU ?

 


KEMANA KERAJAAN MADANI SELEPAS INI??


Che Ibrahim




Maaf ambo sebenarnya cuba menahan diri untuk komen dakwaan tentang kekalahan Rafizi kepada NIA sebagai pembuka jalan kepada kejatuhan "Dinasti Anwar" atau lebih tepat sebagai langkah awal kepada kekalahan PH. 


Sejarah telah membuktikan pertandingan perebutan jawatan dalam parti sering menyebabkan luka yang parah dan parut yang kekal. Namun mengaitkan kekalahan atau kehilangan seorang individu atau "team tertentu" sebagai permulaan kejatuhan kepada sesebuah parti adalah satu anggapan yang tidak tepat di segi apa yang telah berlaku secara realiti. 


Dato' Onn Jaafar pernah meninggalkan UMNO dan menubuh Parti Negara, 


Tengku Razaleigh telah meninggalkan UMNO bersama "Team B" setelah tewas kepada "Team A" yang diketuai oleh Mahathir, kemudian menubuhkan S46. 


DSAI sebagai Timbalan Presiden UMNO, selepas berkrisis sakan dengan Tun Mahathir sehingga dipecat dari jawatan TPM dan keahlian UMNO, menubohkan PKN (sekarang KEADILAN @ PKR),


Begitu juga tindakan TSMY menubohkan PPBM, Shafie Afdal menubohkan Warisan selepas kedua duanya dipecat dari UMNO, ternyata UMNO masih gagah dan masih wujud. 


Sejarah yang sama juga telah berlaku kepada Pas;


YDP Pas, Dato' Asri lari meninggalkan Pas dan menubohkan Hamim, 

Bekas MB Kelantan, Dato' Mohd Nasir menubohkan Berjasa, 

Lebih 1/2 Jawatankuasa Agung Pas yang diketuai oleh Timbalan Presidennya bersama 18 orang Jkuasa Agung Pas yang kalah dalam pemilihan Pas tahun 2015 menubohkan Amanah, tetapi Pas tetap gagah dan tetap wujud, bahkan semakin kuat. 


Itulah juga yang berlaku kepada PPBM dan PEJUANG, walaupun Mahathir sebagai pengasasnya telah meninggalkan parti tersebut, namun parti tersebut tetap wujud.


Sebenarnya DSAI berjaya menjadi PMX bukan kerana PKR kuat, bukan kerana PH telah menguasai majoriti mudah di Parlimen, bukan kerana disumbang oleh kebijaksaan tokoh tertentu, tetapi kerana apabila tidak ada mana mana parti menguasai majoriti, YDPA yang mempunyai kuasa mutlak telah menamakan Dsai sebagai PMX kerana Baginda yakin DSAI mampu mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen.  Ternyata anggapan itu benar!!!


Maknanya sebagai PMX, DSAI bukan sahaja bertanggungjawab kepada PH dan PKR, tetapi perlu menjadi "ketua" kepada parti parti yang mendokongnya dalam Kerajaan Perpaduan. 


Maknanya lagi, selagi DSAI mendapat sokongan jitu dari PH, BN dan gabungan parti parti dari Sarawak dan Sabah, insyaAllah dsai akan kekal sebagai PMX dan Kerajaan Madani  sehingga PRU 16.


Jika semasa DSAI berwatak pembangkang pun beliau boleh menjadi PMX dalam situasai berhadapan dengan berbagai halangan dan sekatan, maka sebagai PM, sudah tentu lebih mudah bagi DSAI mengatur strateji untuk mengekalkan kuasanya menjelang PRU 16 seterusnya memenangi PRU 16.


Apa pun kita menunggu siapakah pula yang akan muncul sebagai penghalang dan pencabar kepada DSAI untuk terus menerajui Putrajaya untuk sekurang kurang sepenggal lagi (PRU 16) setelah dilihat pembangkang sekarang (PN) semakin tidak bermaya dan hilang upaya. 


Adakah lawan kepada DSAI nanti ialah rakan politiknya sendiri dari Kerajaan Perpaduan, atau satu pihak lain yang muncul secara tiba tiba??


Ambo meramalkan negara bakal berhadapan dengan satu penjajaran baru politik kepartian samada di sebelah Kerajaan Madani mahu pun di sebelah pembangkang yang ingin menjatuhkan DSAI. Pertembungan selepas ini mungkin antara team yang menyokong DSAI dengan team yang menentang DSAI termasuk puak yang memulakan sentimen PKR parti anak beranak atau team No Anwar No Dap.




KALI INI PENENTANGAN AKIBAT TERSINGKIRNYA RAFIZI MAKIN KUAT

 

Hamdan Taha


Ceramah Ezam Mohd Nor di Terengganu tiba tiba lebih dari 300 ribu orang tengok di media sosial sedangkan ceramah Ezam ni dari tahun 2008 lagi dah cerita siapa Anwar ni tak dapat sambutan seperti hari ni.... Selama ini apa saja yang dia cakap dia akan di serang dan ahli pkr dan penyokong bijak pandai melayu ni tak percaya dan anggap Ezam cerita di reka dan bukan bercakap benar


Tapi pelik ceramah beliau beberapa hari lepas meletop dan orang hantar sampai ke saya pun ada dua kali orang hantar.... Ada tanda tanda selepas kongres di johor dan selepas RR di buang ahli PKR dan penyokong atas pagar PKR mula ingin membuka ruang fikiran mereka sedikit dan nak ambil tahu sedikit anwar ni dah kenapa dan siapa sebenarnya....


Kalau RR  yang buat ceramah dan menyerang anwar saya tak tau apa akan jadi pada dia... Tapi bagi saya Anwar dah cukup seronok dah sebab dapat juga jadi PM malaysia dalam keadaan Tun Dr M masih hidup... Dia punya nak jadi PM ni sangat tinggi motivasi pada diri beliau... Dan sekarang dia dah jadi PM lebih lama dari Muhidden Yasin dan Ismail Sabri.... Itu satu pencapaian peribadi yang baik dan luarbiasa.... Dan lebih lama dari Tun Dr M jadi PM kali ke 2....rekod tu PMX dah berjaya pegang...



KENAPA RR DITOLAK ?


Hamdan Taha


 Untung juga jadi macam saya ni kerana menulis tentang PKR, saya dapat call dari pihak NI dan Anwar pula untuk bagi penjelasan kepada saya supaya tak terlalu menyerang Keluarga Anwar dan hujah dia ialah...


PKR ni parti Anwar Ibrahim seperti mana kenyataan Saifuddin, tampa Anwar dan Azizah tahun 98 di pecat PKR tak akan ada dan di ujudkan, maka Anwar ada kuasa penuh nak tentukan siapa selepas dia sebagai penganti Presiden, kerana kepercayaan Anwar jika bukan keluarga dia yang menerajui PKR parti itu akan tidak mendapat sokongan, kerana Roh parti itu ialah Anwar Ibrahim, Reform itu ada selogan untuk kekal kuat dan semanggat sahaja


2. Pemilihan boleh di tangguhkan sehingga selepas PRU tapi jika ketika itu berlaku apa apa kepada Anwar Ibrahim kerana banyak faktor terutama umur dan sebagainya, atau kalah dalam PRU kuasa yang ada pada Anwar untuk menaikkan Nurul Izah sangat terbatas dan bahaya buat keluarga beliau, jika kalah sudah tentu Anwar tidak boleh lagi jadi Presiden kerana faktor umur dan tak kan masih nak jadi Calun PM lagi...


Ke 3. Rafizi memang tidak di senangi oleh semua team Presiden terutama yang berada di sekeling Presiden termasuk juga Wan azizah dan Nurul, satu ketika NI memang bersama rafizi ketika berlawan Azmin, tapi selepas itu dan selepas PRU NI tidak lagi berada dalam kumpulan RR, Ketua Cabang dan Ramai yang minta RR di ganti kerana RR tidak melayan dengan baik pimpinan parti ini sangat tidak baik buat parti


Ke 4 setelah di buat kajian secara terperinci saifuddin tidak akan mampu mengalahkan RR atau jika Saifuddin pula menang dengan cara seting seperti sekarang, watak saifuddin itu tidak mampu memberi kelebihan kepada PKR, Saifuddin ialah pemimpin yang sentiasa kalah dan tidak dapat mempertahankan kemenangan, bagaimana nak jadi timbalan yang boleh membantu Presiden


Ke 5 RR dalam banyak perkara tidak selari dengan kehendak Presiden terutama dalam menentukan Calun Pru, beliau keterlaluan menonjolkan calun calun Pro RR sehingga menidakan calun calun dari Presiden dan Wan Azizah, contoh sungai Buluh RR berkeras untuk meletakkan calun dari kem beliau sedangkan Presiden dan berjanji dengan Ramanan, dan Kerusi ampang juga begitu, jika kekalkan RR untuk mengadap PRU ke 16 dan dia masih Pengarah Pilihanraya akan berlaku perselisihan pendapat dengan Presiden


Ke 6 RR terlalu mendesak kerajaan untuk mengikut agenda beliau, hari ini anwar dah umum tak akan menaikan harga Petrol kerana yang kuat mencadangkan kenaikan Petrol ini ialah RR dan dari kementerian Ekonomi, banyak lagi agenda kerajaan yang RR cadangkan yang tidak di sukai oleh ahli Kabinet dan parti parti dalam kerajaan Perpaduan, maka RR perlu di tamatkan usia politik dia, nak gugurkan tak boleh kerana dia adalah Timbalan Presiden, maka pemilihan parti wajib di laksanakan segera supaya boleh menukar RR dan Nik Nazmi, Nik Nazmi juga menteri yang gagal berfungsi dan ada masalah, Presiden tak boleh nak tukar kerana dia Naib Presiden, maka dengan pemilihan parti dan dapat menukar mereka memudah kan kerja Presiden... 


Ini semua hujah orang Anuar bukan hujah saya... Saya hanya di minta tulis dan keluar kan hujah mereka di wall saya untuk pembaca saya.... Katanya tulisan saya banyak sangat di copy dan berlegar di media sosial jadi dia minta sangat saya buat penjelasan supaya orang boleh faham.



PENULIS LAMA KENA HENTAM. AKU AMBIK SIKIT SAJA.








 

BEREHAT DULU.

Alif Jamil


Berehat dulu, Panglima.

Tuan Rafizi Ramli,



Berehatlah sebentar.

Bukan kerana tuan kalah, tapi kerana tuan sudah terlalu lama berjuang tanpa henti.


Dari dedah korupsi hingga ke bina dasar ekonomi,

tuan bukan sekadar ahli politik biasa tetapi panglima yg berdiri waktu kami semua hampir hilang harapan.


Kami tahu tuan tidak maksum.

Ada juga tersilap langkah, tergelincir bicara.


Tapi kami juga tahu tiada satu pun lahir dari niat untuk melukakan.. 


Jika hari ini tuan memilih untuk berundur sebentar, maka berundurlah dengan kepala yg tinggi.


Rehat bukan tanda lemah, ia tanda tuan juga manusia.


Saya yakin , Tuhan tidak akan sia-siakan hamba-Nya yg ikhlas berjuang untuk membawa perubahan..


Saya juga yakin bahawa Tuhan sedang mempersiapkan sesuatu yg lebih besar buatmu dihadapan nanti. 


Dan bila tiba masanya nanti,

Kami yakin kau akan kembali.

Dengan langkah lebih teguh. 

Dengan semangat yang tidak pernah mati.


Terima kasih, Tuan Panglima..



JANGAN KERAP TEST RAKYAT


Mohd Amir Hamad


95% komen bantai pmx pasal nepotisme..sudahnya tutup komen...dia ingat walanon macam walaun boleh terima pembodohan.





Soalan untuk Dr Fuziah Salleh selaku Setiausaha Agung PKR


Norshidah Md Daud



1. Atas alasan apa Xavier Jayakumar menjadi tetamu khas pd Kongress PKR tempohari sedangkan dia merupakan salah sorang pengkhianat PH 1.0?


2. Sehingga kini kempimpinan teratas belum menjawap tuduhan calon Ketua Wanita PKR, Rodziah berkenaan tangan ghaib yg menurunkan wahyu sehingga menyebabkannya kalah merebut Kerusi Wanita PKR walaupun mengikut kiraan undi, beliau yg memungut jumlah tertinggi 


3. Sehingga saat ini juga, ramai rakan dlm parti mengadu, segala aduan mereka berkaitan pemilihan ini diabaikan oleh parti


4. Mana tindakan Dr terhadap pihak yg mengabaikan hierarki parti utk melancarkan Jentera Pilihanraya Sabah? Nampak jelas program tersebut telah diatur dengan jayanya. Mustahil Dr selaku Setiausaha Agung Parti, xtau menahu tentang perancangan ini 😏


Cadangan sy, jika x mampu lagi berlaku ADIL, tukarkan sahaja nama parti kepada AMAN (singkatan utk r AMAN an). Sangat sesuai dengan DAMAI. 


Mohon Dr respon berkenaan isu ni

Tq




NURUL IZZAH MESTI DIJADIKAN MENTERI



25 May 2025


Walaupun Nurul Izzah Anwar sebelum ini mengatakan dirinya tidak berminat menyertai kabinet jika berjaya memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR, tetapi setelah memperolehi kemenangan dengan majoriti agak besar, adalah dirasakan beliau wajar menarik balik kata-kata tersebut.


Seorang Timbalan Presiden parti yang menunjangi kerajaan, pada hakikatnya tidak manis  jika tidak berada dalam kabinet.


Lebih tidak manis jika perlantikannya sebagai anggota kabinet itu dilakukan melalui tiket Senator.


Meski boleh dilantik sebagai menteri atas tiket Senator, tetapi dalam kes Nurul Izzah, sangat kelihatan manis jika beliau menganggotai kabiinet dengan menjadi Ahli Parlimen terlebih dahulu.


Kenapa Nurul Izzah mesti berada dalam kabinet sebagai menteri?


Pertama, Rafizi Ramli sudah berjanji sebelum ini bahawa beliau akan meletakkan jawatan jika kalah kepada Nurul Izzah. 


Sekarang beliau bukan lagi Timbalan Presiden PKR dan mungkin esok atau lusa, surat perletakan jawatannya akan sampai di atas meja Perdana Menteri.


Pengisian kekosongan jawatan dalam kebinet yang ditinggalkan Rafizi mesti diisi oleh Nurul Izzah atas kapasitinya sebagai pemimpin nombor dua yang baru dalam parti.


Tetapi, tidak semesti Nurul Izzah mesti memegang jawatan Menteri Ekonomi, mungkin satu kementerian lain yang difikirkan sesuai oleh Anwar Ibrahim.


Adalah menyakitkan mata melihat amalan parti menguasai kerajaan apabila Timbalan Presiden PKR dan bekas Timbalan Presiden parti sama-sama berada di luar kerajaan.


Makanya, biar Rafizi saja duduk di luar, tetapi Nurul Izzah mesti ada di dalam.


Kedua, jika Nurul Izzah tidak memegang jawatan menteri, ia akan membuatkan, contohnya Saifuddin Nasution Ismail, berasa canggung dan malu untuk terus berada dalam kabinet.


Ini kerana Saifuddin tiada apa-apa jawatan dalam PKR, melainkan hanya sebagai Ketua Setiausaha PH saja.


Dalam hati Saifuddin tentu berkata-kata – macam mana ni, saya tiada jawatan dalam parti, tapi jadi menteri, Nurul Izzah orang nombor dua parti, namun tidak dijadikan menteri.


Untuk menjaga air muka Saifuddin, Nurul Izzah harus sedia untuk jadi menteri.


Ketiga, sebagai Timbalan Presiden PKR di mana parti itu kini menunjangi kerajaan, Nurul Izzah adalah bakal peneraju masa depan parti dan juga kerajaan.


Tambahan lagi, pada pemilihan 2028 nanti Anwar tidak dibenarkan lqgi menawarkan diri sebagai Presiden PKR.


Untuk melengkapkan kedudukan Nurul Izzah sebagai pewaris masa depan, beliau seharusnya mula dipakaikan serta dibiasakan dengan aksesori kuasa agar beliau tidak begitu kekok apabila tiba masanya mengambil alih kuasa nanti.


Kuasa adalah aksesori yang menjadikan manusia kelihatan hebat dan Nurul Izzah pasti akan kelihatan lebih hebat jika kuasa ada bersamanya.


Keempat, Nurul Izzah mesti dibawa menyertai kabinet sebagai persediaan jika berlaku apa-apa yang tidak diiingini kepada Anwar dalam waktu terdekat ini.


Sementara disedari bahawa ajal maut itu di tangan Tuhan, harus juga disedari Anwar kini sudah berusia 78 tahun.


Untuk itu dan sebagai mengambil pedoman daripada kata pepatah – sediakanlah payung sebelum hujan – Nurul Izzah harus dibawa ke dalam kabinet atas tiket Ahli Parlimen dan bukannya Senator.


Hanya Ahli Parlimen boleh dilantik sebagai Perdana Menteri dan jika berlaku apa-apa kepada Anwar dan melalui kedudukan sebagai Timbalan Presiden PKR serta telah sedia ada berada dalam kerajaan, barangkali tiada masalah untuk PH mencalonkan beliau sebagai pengganti.


Kalau Nurul Izzah jadi menteri atas tiket Senator, andai berlaku apa-apa yang tidak diingini kepada Anwar, jawatan Perdana Menteri sudah tentu akan jatuh kepada parti lain.


Untuk menjadi Ahli Parlimen, ada tiga kerusi yang boleh diarahkan oleh PKR untuk dikosongkan bagi memberi laluan kepada Nurul Izzah – Bandar Tun Razak (kini dipegang ibunya, Dr Wan Azizah Wan Ismail), Gombak (kini dipegang Menteri Besar Selangor) dan Port Dickson (kini diduduki Menteri Besar Negeri Sembilan).


Apa pun, untuk mengelakkan kecanggungan dalam parti dan kerajaan serta menjamin kelangsungan masa depan PKR, Nurul Izzah mesti dijadikan menteri dalam waktu terdekat ini. – ShahbudinHusin 25Mei2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/05/nurul-izzah-mesti-dijadikan-menteri/



PULAK DAH.

 


Hamzah Rie Na


Kena minta izin dengan mana2 Dewa dulu ker nak makan dgn anggota2 parti keadilan?  Sorang bekas pengarah pilihanraya Tambun dan sorang lagi mp sungai buluh dari parti keadilan. 


Ish makin pelik2 bila nak cari kesalahan orang. Aku confused ni.....nak lawan pembangkang ker dulu atau Divaun dulu?



KEMANA RAFIZI SELEPAS INI.... PASTI PENGIKUT BELIAU AKAN SOKONG.

 

KE MANA AGAKNYA RAFIZI SELEPAS INI?


26 May 2025


Dalam catatan di media sosialnya semalam, Rafizi Ramli yang kalah kepada Nurul Izzah Anwar dalam mempertahankan kerusi Timbalan Presiden PKR berkata, beliau tidak berhasrat untuk berputus asa.


Katanya, beliau akan terus berjuang untuk masa depan Malaysia yang lebih baik.


“Saya tidak berniat untuk berputus asa dan lari dari cita-cita idealisme kita selama ini, iaitu Malaysia berhak mendapat sesuatu yang lebih baik.


“Cita-cita itulah yang dahulunya telah menjerumuskan saya ke dalam aktivisme dan dunia politik. 


“Setiap satu masalah ada pelbagai penyelesaiannya. Setiap satu rintangan ada banyak jalan pintasnya,” katanya lagi.


Beliau yang dijangka meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi, berkata, dengan lebih banyak masa yang ada padanya selepas ini, ia akan membolehkannya  meluangkan masa bersama rakyat biasa.


Rafizi juga turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada para penyokong yang setia bersamanya.


“Terima kasih atas ratusan mesej sokongan yang saya terima. Terima kasih juga kepada mereka yang mendoakan saya dan bersolat hajat. 


“Saya sangat tersentuh apabila beberapa ahli muda parti menitiskan air mata semasa saya meninggalkan dewan (Kongres Nasional PKR), sambil merayu agar saya tidak meninggalkan PKR walaupun dilayan sedemikian rupa.


“Kepada mereka yang kecewa, kita mesti reda dengan ketetapan dan hikmah di sebaliknya. 


“Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita,” tambah Rafizi.


Daripada apa yang diluahkannya itu, satu perkara yang jelas ialah Rafizi tidak akan bersara atau berehat begitu saja daripada politik selepas kekalahannya kepada Nurul Izzah.


Beliau malah tidak berputus asa dan akan terus berjuang, meskipun pengorbanan, perjuangan dan titik peluhnya selama ini seakan sia-sia serta dipersiakan.


Cuma Rafizi tidak memberi gambaran jelas tentang hala tuju sebenar tentang masa depannya.


Jika beliau ingin kekal bersama PKR, masih adakah lagi masa depannya dalam parti itu?


Dengan tiada apa-apa jawatan dalam parti selepas ini, apakah beliau akan terus diberi peluang bertanding di Pandan atau kerusi selamat itu akan diambil oleh pemimpin lain?


Ataukah Rafizi akan menyertai mana-mana parti yang sedia ada di negara ini?


Agak-agak parti mana yang sesuai untuk Rafizi?


Pilihan lain, mungkinkah Rafizi akan menubuhkan sebuah parti baru dan membawa semua pengikutnya kepada parti itu, sama seperti Mohamad Sabu membawa pengikut setianya dalam Pas beralih kepada Amanah?


Jalan mana agaknya akan dipilih Rafizi? – ShahbudinHusin 26Mei2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/05/ke-mana-agaknya-rafizi-selepas-ini/