'Pas berkuasa tidak buat apa, bila tiada kuasa banyak isu dimainkan'


 Pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman diingatkan tidak termakan janji dan retorik Pas.


Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Pas kebelakangan ini begitu celupar menuduh Kerajaan Perpaduan menindas agama Islam pada waktu mereka berkuasa selama 33 bulan (2020 - 2022) tidak pula kelihatan usaha untuk menguatkan Islam.


"Pengundi di sini terutama sekali di Kemaman, inilah sikap mereka (Pas). Bila tak berkuasa banyak isu mereka mainkan. Bila berkuasa judi pun dinaikkan dari 8 kepada 22 (cabutan sebulan)," katanya Ceramah Mega MADANI PRK Kemaman, malam tadi.


Berkenaan isu konsert kumpulan Coldplay dari Eropah yang dibenarkan oleh Kerajaan Perpaduan dan menjadi isu dalam kempen di Kemaman, Mohamad berkata, Pas juga didapati membenarkan konsert di Kelantan dan penyanyi wanitanya mendedahkan aurat.


"Saya dengar ramai marah kepada Pas, jangan. Mereka pun berubah. Dulu kalau nak tengok konsert boleh pergi Selangor. Sekarang boleh pergi Bachok.


"Jadi mereka nak liberal sikit, kamu marah. Mereka pun nak tengok konsert juga. Lebai lebai sekarang terkedu tengok konsert di Bachok. Aku pun tak gamak tengok.


"Itu di negeri Serambi Mekah," katanya menyindir.


Berkenaan calon PRK Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Mohamad berkata beliau sewaktu menjadi Menteri Pertahanan sempat bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu dan amat menghormati pendiriannya untuk menjadi calon BN kali ini.


"Dulu masa saya jadi Menteri Pertahnan inilah jeneral tentera yang sambut saya. Saya mesyuarat berapa kali dalam Majlis Angkatan Tentera, dia bukan tahap Sarjan Hassan. Dia bukan Leftenan Adnan, ini Panglima ATM.


"Panglima angkatan tentera ini dalam tentera macam raja, dia berdehem orang lari.


"Askar Melayu diRaja kalau Kerajaan Perpaduan ini tak bela orang Melayu, takkan orang macam ini nak jadi calon kepada BN dan Kerajaan Perpaduan. Ini bermakna Melayu terancam, Islam terancam pudar sekarang ini kerana orang menawarkan diri menjadi calon belas Panglima ATM


"Dia pencen Turus 1, gaji berapa saya tak mau cakap, ada drebar, Pengerusi LTAT. Nak jadi Ahli Parlimen. Habis duit dia, bukan dapat duit. Tetapi dia nak berbakti kepada bangsa, agama dan negara," katanya disambut tepukan gemuruh.


Tegas Mohamad, Raja Affandi amat sesuai diundi oleh pengundi Kemaman kerana telah menunjukkan sifatnya yang sanggup berkorban untuk berkhidmat kepada rakyat.


"Orang macam ini kita kena lantik jadi wakil rakyat. Bila sudah jadi wakil rakyat di Kemaman tentu membanyakkan lagi Ahli Parlimen Melayu dalam kerajaan, inshaAllah jika dia bisik ke telinga PM mengenai kemajuan di sini, PM akan mendengar," katanya.




PADU JAWAPAN RAFIZI. KALAU ADA PKEN- TETAPI PENGURUSAN DAN KEJAYAAN TIDAK SEMESTINYA MAJU. KALAU MASIH MEMERLUKAN BANTUAN KERAJAAN PERSEKUTUAN ITU BLOM BERJAYA.




 Semasa berpeluang bertanya soalan kepada saya di Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Bachok cuba serang hendap saya dengan mempromosikan betapa hebatnya kerajaan-kerajaan negeri pembangkang membina pelaburan bersinergi sesama mereka. Contohnya, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Terengganu melabur di Perlis dan sebagainya.


Jawapan yang saya bagi tidak disenangi oleh ahli-ahli parlimen pembangkang yang bangun beramai-ramai membuat bising untuk menghalang saya terus memberi jawapan.


Sebab jawapan saya itu pahit untuk mereka terima. Malu pun ada.


Saya hanya kongsikan fakta.


Ia bukan sama ada PKEN (Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri) negeri-negeri pembangkang diberi mandat dan sokongan untuk mengadakan pelaburan rentas negeri sesama negeri pembangkang seperti yang dibawa Bachok.


Itu hak PKEN masing-masing. Memang mereka ada mandat itu dalam undang-undang pertubuhan mereka dan mengikut Akta PKEN pun.


Isu sebenar ialah kemampuan kewangan dan pengurusan PKEN yang berbeza-beza yang menjadi penghalang kepada mereka membangunkan ekonomi masing-masing dengan mengusahakan pelaburan yang tidak merugikan.


Di satu sudut, kita ada PKEN yang telah berjaya sehingga mempunyai pelaburan milik mereka yang disenaraikan di Bursa seperti PKNS (Selangor), JCorp (Johor) dan SEDC Sarawak (Sarawak). Mereka berdiri atas kekuatan kewangan sendiri dan menyumbang hasil kepada kerajaan negeri masing-masing.


Di satu sudut lagi, kita ada PKEN yang menangggung kerugian dari pelaburan -pelaburan sehingga terpaksa bergantung kepada suntikan wang rakyat secara berterusan (baik Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat).


Faktanya, PKEN dari negeri-negeri yang ditadbir pembangkang inilah yang terus mendapat suntikan peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan sebahagian aktiviti-aktiviti mereka.


Pahit untuk mereka dengar, tapi itulah hakikatnya.


Roh roh roh neh neh neh

Benda yang keroh tambah lagi aneh.



PN TAK USAH BUANG MASA LAYAN CAKAP TUN MAHATHIR, LEBIH BAIK FOKUS HADAPI PRU16


Di sebalik kedudukan Anwar Ibrahim yang kian mengukuh untuk terus kekal menerajui negara, Tun Mahathir Mohamad nampaknya masih lagi berilusi tentang kejatuhan kerajaan.


Ternampak dendam dan sakit hati yang bersarang dalam diri bekas Perdana Menteri dua kali itu lebih menguasai pemikirannya sehingga beliau tidak mampu lagi berpijak di atas hakikat realiti.


Menyusul selepas lima Ahli Parlimen Bersatu mengumumkan sokongan kepada Anwar, Tun Mahathir berkata, PN masih mampu untuk mengambil alih kerajaan dengan mengguna pakai kaedah mengisytiharkan sokongan tanpa perlu keluar parti.


Katanya, kaedah itu ialah sebagaimana dilakukan lima Ahli Parlimen Bersatu yang mengumumkan sokongan kepada Anwar sebelum ini.


Hakikatnya, tambah Tun Mahathir, PN juga boleh mendapatkan sokongan daripada Ahli Parlimen kerajaan untuk menubuhkan pentadbiran baru.


“Untuk dirikan kerajaan, PN perlu ada jumlah wakil rakyat lebih 112. Macam mana nak dapat? (Kaedah) sama seperti lima (MP Bersatu) sokong Anwar.


“Mereka tak keluar parti (maka) tak digugurkan (sebagai Ahli Parlimen).


“Kalau ada Ahli Parlimen tak suka kerajaan, katakan dalam 30 orang daripada UMNO, Amanah dan PKR yang sedia tolak Anwar, (ia boleh) membawa kepada kejatuhan beliau sebagai Perdana Menteri.


“Dengan itu PN boleh pilih orang lain sebagai Perdana Menteri, ia sama seperti ketika Muhyiddin (Yassin) dijatuhkan selepas 15 Ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan yang kemudian membawa kepada Ismail Sabri dipilih jadi Perdana Menteri.


“Perkara ini boleh diulang sekarang,” katanya dalam sebuah program di Yayasan Kepimpinan Perdana semalam.


Sejujurnya, dalam usia mencecah hampir 100 tahun dan telah dua kali merasa jadi Perdana Menteri, hujah Tun Mahathir kali ini pasti membuatkan ramai berada “kesian” dengannya.


Mengapakah beliau masih berkhayal mahu menjatuhkan kerajaan, sedangkan jumlah Ahli Parlimen PN hanya tinggal 69 orang saja lagi ketika ini?


Bagaimana Tun Mahathir mahu menukar angka 69 itu menjadi kepada sekurang-kurangnya 112?


Meskipun Tun Mahathir menyebut “katalah ada 30 Ahli Parlimen kerajaan yang tidak suka Anwar, ia boleh menyebabkan kerajaan jatuh”, soalnya siapa 30 Ahli Parlimen kerajaan yang mahu beralih menyokong blok pembangkang itu?


Lagi pun, angka 30 itu jika dicampur 69 Ahli Parlimen PN sedia ada, ia masih lagi jauh untuk mencapai jumlah 112 yang diperlukan untuk menjatuhkan Anwar.


Mana lagi nak cekau sokongan selebihnya?


Kesimpulan mudah di sini, bukan saja Tun Mahathir harus berhenti daripada terus berilusi dan berkhayal untuk menjatuhkan kerajaan, kepada PN juga ingin diingatkan agar tidak melayan lagi sebarang cakap bekas Pengerusi GTA itu.


Tun Mahathir pada hakikatnya sudah tidak relevan lagi dalam politik negara ini, apatah lagi bila bercakap untuk menjatuhkan kerajaan.


Jika beliau relevan, tentulah dirinya tidak hilang deposit dan GTA yang diterajuinya tidak kalah semua kerusi ditandingi, malah tidak hilang semua deposit juga pada PRU15 lalu.


Dalam keadaan sekarang, lebih baik PN lupakan saja sebarang minat untuk menjatuhkan kerajaan kerana perkara itu semakin mustahil sekarang ini.


Lebih wajar PN menumpukan usahanya kepada mengukuhkan lagi parti bagi menghadapi PRU16 akan datang kerana hanya itu cara terbaik untuk menjatuhkan kerajaan.


Buat sementara ini, sebagai cara untuk mengelakkan PN terus kehilangan lebih ramai Ahli Parlimennya, Mahiaddin serta Hamzah tiada pilihan lain melainkan harus membawa secara “en bloc” seluruh Ahli Parlimen gabungan itu bersama-sama membina negara ini.


Untuk berlawan, tunggu saja PRU16 yang tempohnya empat tahun lagi.


Dengan yang demikian, Ahli-Ahli Parlimen PN tidak lagi terpecah dan dalam masa yang sama, peruntukan untuk menjaga kawasan masing-masing juga akan diperolehi.


Buang masa PN saja jika terus melayan Tun Mahathir yang penuh dendam kesumat dan sakit hati kepada Anwar itu. – ShahbudinHusin 30/11/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/11/30/pn-tak-usah-layan-cakap-tun-mahathir-lebih-baik-fokus-hadapi-pru16.html



BEZA DALAM DAN LUAR NEGARA.


Zunar Cartoonist Fan Club.



 

Ketika di luar negara dia bersukaria. Balik ke Malaysia maksiat semuanya. Haramjadah.

KEH..KEH..KEH..USTAZAH OTAK KEMETOT

 




Ustazah oh ustazah. Bila dah tersepit, tak tahu nak back up macamana, terus spin.


Konsert Coldplay bukan main dia hina, siap doakan yang jelik, sekali tengok di negeri Serambi Mekah dia tu ada konsert yang lebih besar maksiatnya. At Least Coldplay tak pakai seksi.


Eh tiba-tiba dia buat alasan konsert Coldplay tu ada promosi besar-besaran. Konsert Loy Krathong tak ada promosi pun. Maknanya kalau nak buat konsert maksiat diam-diam dibenarkan la ek?


Suatu ketika dahulu, masa PAS sibuk mahu hudud, ada orang berhujah pada aku yang hudud PAS nak buat tu bukanlah hukum Allah. Sebab, kalau orang sendiri salah, takkan dihukum.


Masa tu aku tak setuju. Tapi hari ni, melihatkan apa yang berlaku sekarang ini, suara itu mula terngiang ngiang di telinga aku. Betul la kata dia. Memang PAS takkan adil menghukum.


Dalam isu konsert ni, bahkan banyak isu lain, kita sendiri boleh lihat. Bila orang lain buat, semua tak Islamik. Semua haram. Tapi kena tang dia, jadi halal segalanya. Minda mereka korup.


Masa kes MP pandu uji Raptor pun macam tu juga. Bukan dia yang langgar PKP yang dikecam. Tapi orang yang dedahkan jenayah dia pulak yang jadi sasaran tohmahan.


Bayangkan kalau PAS dah buat hudud. Nanti ada anak menteri curi sorok masak, tiba-tiba dia kata sorok minyak masak tak dikira mencuri. Menteri seleweng dana, tiba-tiba dia kata tu bukan seleweng tapi sedekah.


Pokok pangkalnya, perjuangan PAS hanya bermotif politik. Bukan berlandaskan Islam. Sebab tu lebai PAS rela halalkan maksiat dan haramkan perkara yang baik demi kepentingan politik.


Segala apa kebaikan yang DS Anwar dan Kerajaan Madani buat semuanya nak dinafikan dan diputar belitkan. Manakala segala kebejatan yang puak dia buat semuanya dibela dan dicipta dalil.


Bagaimana nak tegakkan hukum Islam jika begitu caranya? Itu bukan ajaran Islam. Bukan apa yang Nabi saw ajar untuk kita amalkan. Habis tu ajaran siapa? Fikirkanlah sendiri. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


USTAZAH NI NAK BAGI TAU PASAL HARGA TIKET DAN IKLAN LAMA. JADI FAHAM TAK APA MAKSUD DIA.


 

ISU COLDPLAY


 

NOHHHHH- GOYANG JANGAN TAK GOYANG


 

GELAGAT YB


 

WALAUN MEMANG TAK TAU APA- TULISAN CINA DENGAN JEPUN PUN TAK TAU..TU PUN JANGAN...


 

HAAAHH...NANTI KATA DUIT HAQAM PULAK

 

Wang Xiang


LOBAI tak nak keluar ke DALIL dan HUKUM haram bagi walaun/tit/macai terima E Madani?

Tanya aje, baiiiii ....




USTAZAH JANGAN DOA KAPAI TENGGELAM DAH LA...

 

Che Ibrahim


Ambo pun boleh bo nak ceramah tajuk tu muga ambo pun bekas pegawai perkhidmatan awam.... Ustazah tu dah la lawan PHBN, totok Pas.....





KEPALA BAPAK HANG- TU BUKAN MAKI , TAPI PUJIAN.

 




Power betul mamat ni menipu. Tak tak ada cover cover lagi dah. Terang je menipu. Maklumlah. Dia tau walau semua jarang guna otak.


Little Napoleon apanya? Sikap dia sendiri yang tak senonoh. Memfitnah DS Anwar tak sudah. Setiap hari ada je fitnah dia sampaikan.


Ingat lagi kes Elizabeth Tan? Dia cakap apa? Benda tu dirancang. Konon untuk tunjuk DS Anwar suka perempuan. Dalam ceramah tu dia cakap.


Dah dia hina, kutuk, fitnah DS Anwar dengan beribu kejelikan, dia nak expect DS Anwar nak lambung dia ke? Hilang akal ke apa dia ni?


Dia ingat DS Anwar tu tak ada perasaan macam walaun dia? Dengan perangai syaitan begitu, tak perlu little Napoleon untuk keruhkan hubungan.


Walaupun DS Anwar ada perasaan, tapi beliau tak ada dendam. Sebab itu masa perjumpaan dengan PM Thai, DS Anwar jemput Sanusi dan MB Kedah datang walau PM Thai tak jemput.


Sekarang dah sedar dia memang bodoh buat kerja dan terpaksa harap jasa baik DS Anwar, baru nak buat baik. Tapi tetap salahkan orang lain.


Salah sendiri dia tutup. Tapi walau bolehlah dia nak perbodohkan. Rakyat Malaysia selain walaun dah  cerdik semua dah. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

AGAMA PUN MAIN MAIN

 

Che Ibrahim


Adakah wanita muda menyanyi separuh bogel atas pentas terbuka di khalayak ramai adalah antara ajaran agama Budha???


Kesian....agama budha pun dicemarkan demi pertahan politik ghuluw.





SELAIN BODO DAN TAK ADA AKAL, BAIK PERGI MATI.

 



Saja kongsi etek wat hilang puas;

(Puas menunggu doktor tak mari mari)


1. Signboard tu ada 2 bahasa sbgmana papantanda yang lain lain di KL Sentral, tapi telah diedit dengan niat jahat.


2. Signboard ini telah wujud puluhan tahun dahulu ketika KL Sentral dibina (sekitar 2010), bukan baru dipasang zaman PMX.


3. Tulisan tu tulisan Jepun, katanya sebagai penghargaan kepada arkitek Jepun dan kerajaannya kerana sumbangan mereka kepada pembinaan KL Sentral. 


Kalau walaun tak ada kerja, baik ramai ramai gi tolak ombak, takde la sapa sapa nak marah pun....




SIGNBOARD KL SENTRAL





1. Itu bahasa Jepun, bukan bahasa Cina

2. Teks “KLIA Ekspres” dan “KLIA Transit” telah dipadam oleh pemilik akaun “Bohari bin Ibrahim”. Perhatikan ruang kosong kat atas teks Jepun baris kedua dan baris ketiga. Baris pertama ada teks “platform”. Takkan baris kedua dan ketiga dibiar kosong, takde teks dan alignment tak betul?

3. Teks Jepun diletak sebagai penghargaan kepada arkitek yang mereka KL Sentral. Nama dia Dr. Kisho Kurokawa.


4. Kalau ya pun PM nak bunuh bahasa, pembunuhan bahasa ini dibuat pada tahun 2001 ketika KL Sentral dibuka. PM pada ketika merupakan Penasihat SG4 yang dijulang oleh walaun sekarang.


Nama dia Mahathir.




LAGI HINA RAJA RAJA MELAYU. SEMOGA DIA DIPERMUDAHKAN KE PENJARA

 




Mamat gila ni jawab komen saya di posting beliau. 


Katanya saya tak paham apa dia tulis. 


Bila dia tulis “Sultan yang tidak mampu menjaga agamanya, eloklah dipancung sampai mampus” 


Perlu level mantik ke nak paham apa yang ditulis? 


Ni sahkan:


1. Dia sedar dia tulis posting tu dan tak rasa bersalah langsung. 


2. Bukan akaun kena hack atau admin yang tulis ya. Sendiri bikin jua. 


Harap dipermudahkan urusan ke penjara. Fanatik sebegini tak layak duduk di kalangan kita. 


~LM~



PROPAGANDIS



Satu benda tuan puan kena tahu, dalam dunia politik ada Propagandis. Kerja mereka sepenuh masa sebarkan propaganda dan dakyah politik parti. Gaji ribu riban sebulan. Makan duit dari telapak tangan orang politik. 


Sepanjang 5 tahun menulis. Saya banyak kali jumpa mereka ini. Modus operandi mereka senang. Mereka tak sebar fakta. Mereka hanya pupuk politik kebencian. Melaga2kan dan buat fitnah berterusan. 


Saya kenal seorang Professor yang bagi kelas kepada propagandis. Sekarang dah bertaubat. Dia kata dulu zaman 80an/90an, banyak kelas dibuat untuk Propagandis. 


Mereka diajar macam mana nak corak pemikiran Pengundi. Bukan dengan kata2 hikmah tapi kata2 keji. Buat politik benci. Dengan budaya takfiri. 


Contoh: Kita bercakap tentang isu dengan fakta. Depa terus label: liberal, sekular, murtad. Kalau nak kalah hujah, terus guna bahasa keji: Betina, sundal, barua. 


Ini latihan mereka tuan puan. Yang diajar dalam kelas propaganda. Cara2 nak naikkan emosi. Agar galakkan pajakan otak pada pemimpin atau parti. 


Mereka ini juga hati kental. Bab memaki dan menghina, mereka professional. Budaya kerja mereka. Mereka kena hina pun takpe, janji mereka teruskan dakyah kebencian. Laga2kan masyarakat. 


Bila terjumpa orang macam ni, kita kena ingat. They go low, we go high. Takyah layan maki dia, we stick to the facts. Kalau setakat fake account baik bolayan. Tapi kalau jumpa propagandis tua, yang tak habis2 dumbdown rakyat, kalau nak ajar dia, silakan... 


Kalau kita perhatikan propagandis yang ada, tengokkan lah latar belakang mereka. Ada yang mengaku pejuang Melayu, walhal atas Surat Beranak takde tulis Melayu. Melayu tertipu. 


Ada yang polis dibuang kerja sebab isu rasuah. Ada yang through and through kerja nya fitnah dan adu domba dan mengaku terima berjuta. 


Orang ni kalau tuan puan nak pajak otak dan percaya, habislah negara. Propagandist ini kerja mereka itu saja. Naikkan sentimen dan dakyah bukan membina minda. 


Ni dah tahun 2023. Konsep memandirkan rakyat ni, kita kena tolak segara. 


To change the politics, we have to change the society. Ia bermula dengan diri sendiri. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki 


p/s- Terima kasih warga Twitterjaya, defend saya di sana. Moga jihad intelek kita untuk rakyat berjaya.



JANGAN SANGKA DIRI LEBIH ALIM DARI ORANG

 

Abu Miskhat


Jangan sangka orang yang selalu melaungkan nama Tuhan itu benar-benar ikut suruhan Tuhan.




MENYANTUNI WARGA KERJA PETRONAS .

 













Tiba di Kemaman, Terengganu petang ini dan saya terus menyantuni warga kerja PETRONAS Pantai Timur diketuai Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Hiliran Datuk Sazali Hamzah dalam sesi ramah mesra dan penuh santai.


Dalam ucapan, saya singgung keperluan untuk menjadikan negara kembali gemilang melalui lebih banyak kemasukan pelaburan secara glokal untuk dimanfaatkan rakyat jelata.


Ini termasuklah melalui kerjasama antara pelabur dengan PETRONAS yang memerlukan pendekatan baharu untuk terus kekal bersaing di persada antarabangsa mengambil kira pelbagai tantangan masa kini.


Untuk menjayakannya, saya telah mengarahkan Tenaga Nasional Berhad sebagai pemudahcara untuk apa yang dirancang PETRONAS, sayugia ini akan memacu masa depan yang lebih baik untuk kita semua, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI