PH HARUS PERKEMASKAN AKTA LOMPAT PARTI


Sebagaimana dilaporkan media sebelum ini, akta lompat parti yang lebih ketat tidak dapat dilaksanakan kerana mendapat tentangan daripada PN ketika proses penggubalannya.

Selepas Khairy Jamaluddin mendedahkan perkara itu, ia kemudian disahkan oleh Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail, wakil PH dalam penggubalan undang-undang berkenaan, Hanipa Maidin serta bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Wan Junaidi Tun Jaafar yang diberi tanggungjawab ketika era kepimpinan Ismail Sabri Yaakob untuk menguatkuasakan akta itu.

Wakil PN yang terbabit dalam penggubalan undang-undang itu ialah Hamzah Zainuddin dan Takiyuddin Hasan.

Kini, apabila sudah ada empat Ahli Parlimen PN mengumumkan sokongan kepada kerajaan perpaduan dan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, sedikit sebanyak, pihak yang harus dipersalahkan oleh gabungan tersebut ialah Hamzah dan juga Takiyuddin

Dalam hal ini, selain memikirkan keuntungan politik, PH haruslah jujur dengan dasar perjuangannya sendiri.

Jika sebelum ini ia mahukan akta lompat parti yang benar-benar ketat, setelah mengetuai kerajaan sekarang, ia mesti kekal dengan pendirian yang sama.

Lagi pula, di samping PN sendiri akhirnya sedar kelonggaran itu sesuatu yang tidak baik untuk kestabilan politik negara dan terbukti telah merugikan mereka, UMNO juga terlihat tidak gembira dengan wujudnya kelonggaran itu.

Ketua Pemuda UMNO, Akmal Salleh, walaupun partinya sebahagian daripada kerajaan dan sokongan empat Ahli Parlimen PN kepada Anwar adalah sesuatu yang menguntungkan kedudukan kerajaan, tetapi beliau tetap menyifatkan mereka itu sebagai “katak politik”.

Malah beliau juga mencadangkan agar Ahli Parlimen itu patutnya diletakkan di luar dewan, bukan dikeluarkan daripada kedudukan bersama blok pembangkang saja.

Hakikatnya, jika PH dengan segera memulakan langkah mengkaji semula akta lompat parti agar itu benar-benar ketat, pasti semua parti akan memberi sokongan.

Sekaligus ini akan menyebabkan PH lebih disanjung rakyat.

Tambahan lagi, cukuplah setakat ini saja bagi Anwar dan kerajaan perpaduan menerima sokongan secara individu daripada Ahli Parlimen blok pembangkang

Kedudukan Anwar sudah cukup stabil, tanpa sokongan mereka itu pun kerajaan tidak akan tumbang.

Demi kestabilan dan inginkan peruntukan, jika PN mahu menzahirkan sokongan, mereka sepatutnya datang secara “en bloc” dan memetrai CSA (perjanjian kepercayaan dan perbekalan) dengan kerajaan.

Ini lebih harmoni buat kerajaan berbanding seorang demi seorang yang datang secara curi-curi” untuk memberi sokongan. – ShahbudinHusin 15/11/2023


TAK PAYAH NAK SOGOK ATAU NAK BELI BAGAI...DAH ADA 147 ..MASIH LAGI KERAJAAN...SEKARANG DAH 151..DAH LEBIH DARI CUKUP.


 

TAK APA..KITA TENGOK BODO KA SOMBONG KA....FAKTA SALAH MACAMANA NAK MENANG


 

ORANG BAHAS BAGET- BILA JADI KERAJAAN JUAL AYAT AGAMA.


 

TENGOK DIA DALAM DEWAN....NAMPAK SANGAT DIA NI KURANG CERDIK.




 

SAMBUTAN TERHADAP PMX.


 

OOOO. TARAF KANGKUNG LA...KALAU DR LAGI KANGKUNG...MACAM SEKOQ TU FAKTA PUN SALAH....KAH..KAH


 

𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗛𝗔𝗗𝗜 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗜𝗡𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗛𝗞𝗔𝗠𝗔𝗛 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔? 𝗞𝗘𝗦 𝗜𝗧𝗨 𝗕𝗘𝗥𝗟𝗔𝗞𝗨 𝗭𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗦.


1. Hj Hadi bohong jika cuba bina persepsi kerajaan tidak bertindak bantu selamatkan Mahkamah Syariah.


2. Masa jadi kerajaan mereka tidak bertindak walhal 2 kes itu berlaku semasa pentadbiran PN-PAS.


3. Bila diberi Amanah jadi duta Khas dan Menteri, mereka khianati amanah, makan gaji buta bila berlaku kes Iki Putra (2021) dan Nik Elin (2022).


4. Dulu janji nak bentang RUU355 dan janji buat Hudud, mereka mungkiri bila kuasa di tangan.


5. Kini oleh kerana berseteru dengan kerajaan Madani, mereka melampau dengan cetuskan fitnah baru.


6. Keempat-empat ini adalah perangai Munafik.


7. Undang2 Syariah adalah topik paling disukai untuk dipolitikkan PAS dan Haji Hadi sejak zaman muda untuk kafirkan lawan.


8. Dulu 80an, Hj Hadi main isu ini hingga anggap UMNO kafir kerana tak laksana Hudud dan pertahan Perlembagaan.


9. Pertahan Mahkamah syariah kerja wajib melalui cara yang betul. Tapi mulakan kempen dengan salahkan pihak lain tonjolkan niat sebenar Hj Hadi dan PAS.


10. Kini melalui media milik PAS, senjata ini ditala kepada kerajaan Madani dan parti2 komponen.


11. Kadang2 Ulama' Su' tidak buat fitnah, kerjanya hanya MENCETUS fitnah dan askar2nya akan buat spekulasi fitnah.


12. "Ulama mereka ketika itu lebih jahat dari siapa yang ada di bawah langit dan daripada merekalah akan keluarnya fitnah dan pada merekalah akan kembalinya fitnah tersebut.” HR Baihaqi.


Ahmad Mursi



𝟭𝟬 𝗙𝗔𝗞𝗧𝗔 𝗞𝗘𝗦 𝗡𝗜𝗞 𝗘𝗟𝗜𝗡 𝗖𝗔𝗕𝗔𝗥 𝗞𝗔𝗡𝗨𝗡 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗦


1. Ini kes kedua masa PN-PAS jadi kerajaan Pusat yang dibenar bicara pada 30/9/2022. Kes pertama bawah PN-PAS ialah Kes Iki Putra 25/2/21.


2. Takiyuddin dan Tuan Ibrahim jadi kerajaan tak buat apa, sekarang sibuk nak berhimpun?


3. Pada Mac 2021, 200 peguam tandatangan petisyen gesa Perlembagaan dipinda rentetan kes Iki Putra. Kerajaan Tebok Atap tido juga.


4. Sebahagian Undang2 Jenayah Syariah dicabar atas alasan Negeri lampaui bidangkuasa menggubal Undang2.


5. Ada beberapa peruntukkan berkaitan Jenayah Enakmen negeri itu ada di bawah senarai kuasa Kerajaan Pusat.


6. Isu ini hanya boleh selesai dengan pinda Perlembagaan selepas kajian mendalam. PN-PAS tak buat juga.


7. Jadi tidak patut Kerajaan Madani dipersalahkan dan difitnah dalam medsos kerana hal ini dah lama timbul sejak 2021 (Iki Putra). Takiyuddin masih menteri Undang2.


8. Nik Elin cabar Undang2 Jenayah Syariah di bawah bidangkuasa Negeri Kelantan, maka Kerajaan Kelantan tak boleh lepas tangan. 


9. Peguam Negara telah beri nasihat sama kepada Kerajaan Madani dan kerajaaan sebelumnya kerana bidangkuasa berkaitan Agama di bawah Kuasa Raja-Raja Melayu dan Negeri bukan Pusat.


10. Pun begitu, pada 19/1/2023 yang lalu, Tiga majlis agama Selangor, Wilayah dah Kedah telah dibenarkan mahkamah menjadi Sahabat Mahkamah (Amicus Curiae).


Ahmad Mursi



BAHAYA.....




 

KEPALA BAPAK HANG- KEPALA BAPAK BUKAN MAKI. TAPI PUJI TUAN TUAN.


Mukhlis Eddie


Hutang harakah x mo bayaq... Sibuk ngan hutang palestin



 

SIB BAIK DAP BELI TOYOTA SAJA ....NAMPAKNYA NEGERI ISLE KENA JUAI BALIK KETA NIM...TAK KAN MCD SEGALA BAGAI JA NAK BOIKOT...NI JELAS NIH...JOM LEBAI..KITA BOIKOT..TAK BOIKOT KAPIAQ...KA MACAMANA ?


 Ah sudoh la… Tokkey nok naik viva?




PMX MENYAMPAIKAN SYARAHAN DI UNIVERSITI CALIFORNIA












 Menyampaikan syarahan umum berjudul “Super Power Rivalry and Rising Tensions in the Asia Pacific” di Universiti California, Berkeley.


Saya singgung kepentingan hubungan strategik antara Malaysia dengan China dan Amerika Syarikat demi kerancakan ekonomi dan kepentingan negara.


Justeru, Malaysia akan terus memperkukuh hubungan meliputi kebhinekaan bidang melibatkan kedua-dua negara tanpa perlu didesak untuk memilih mana-mana blok atau pihak. 


Saya juga jelaskan bahawa Malaysia sentiasa berpegang kepada saluran diplomasi sebagai mekanisme terbaik untuk menyelesaikan sebarang konflik.


Ruangan ini turut saya gunakan untuk membawa suara Malaysia yang mengutuk sebarang bentuk keganasan dan tindakan membunuh nyawa tidak bersalah, menjadikan wanita dan kanak-kanak sebagai tebusan.


Begitu juga, kami dengan tegas mengutuk pengeboman ke atas orang awam, rumah dan hospital serta kekejaman yang berbangkit terhadap nyawa yang tidak bersalah, kanak-kanak, dan wanita tanpa henti di Gaza. 


Malaysia melihat situasi di Gaza sebagai krisis pembantaian secara ‘indiscriminate’ atas nama “memerangi keganasan” oleh rejim Zionis Israel. 


Ia ternyata suatu pelanggaran undang-undang antarabangsa secara terang-terangan dan perlu dihentikan serta-merta.


#MalaysiaMADANI



USM, SPACEIN LANCAR SATELIT PIKO PERTAMA MALAYSIA


Usaha negara untuk mencapai Malaysia Space Exploration 2030 semakin menyinar melalui pelancaran satelit piko pertama Malaysia, SpaceANT-D pada Ahad jam 2.47 pagi waktu tempatan hasil usaha Universiti Sains Malaysia (USM) dan syarikat spin-off universiti tersebut, SpaceIn Sdn Bhd.


SpaceANT-D berukuran 5x5x5 cm dan berat kurang dari 250 gram (g) ini akan mendemonstrasikan misi penstoran dan penghantaran data untuk aplikasi Internet Pelbagai Benda (IoT).


Pelancaran tersebut menggunakan roket Falcon 9 milik SpaceX dari Vandenberg Space Force Base, California, sekaligus menunjukkan komitmen USM dan SpaceIn dalam membangunkan bakat tempatan, menggalakkan inovasi dan memajukan industri angkasa di Malaysia.


SpaceIn pada masa yang sama bercita-cita untuk memimpin aktiviti penjelajahan angkasa di Malaysia dan antara industri tumpuan SpaceIn dalam penggunaan satelit 'Space Advance Network Technology' (SpaceANT) adalah berkaitan industri pertanian, perhutanan, minyak dan gas.


Sumber: Sinar Harian


#JKOM

#KomunikasiKomuniti

#MalaysiaMADANI

#PilihPerpaduan



KEH..KEH....


 Lobai Takiyuddin ludah muka sendiri..!!



SANUSI DAN MAHATHIR SAMA ..MAHATHIR BIJAK TAPI SANUSI BODO


 Mahathir dan Sanusi memang banyak persamaan. Selain kedua-duanya orang Kedah, mereka juga sama-sama suka dengar cakap makcik bawang.


Macam Sanusi kita dah tahu la tukang bancuh kopi pun dia percaya cerita pasal hal pentadbiran lebih dari pegawai. Rupanya Mahathir pun sama.


Dalam Keluar Sekejap, KJ tanya Mahathir kenapa Mahathir membencinya. Mahathir cakap sebab KJ lawan anaknya dan sebab ibu mertua KJ kempen untuknya.


Yang pertama, nampak Mahathir punya nepotisme. Sampaikan orang yang lawan anak dia pun dibenci. Tak profesional langsung. Ciri-ciri kediktatoran.


Kedua, bila KJ tanya soal ibu mertuanya berkempen untuknya, Mahathir cakap dia dengar cakap orang. Bila KJ tanya lebih lagi, Mahathir cuba mengelak.


Itu persamaan Mahathir dengan Sanusi yang bagi aku sangat jelas. Jenis cuka reka cerita, kemudian kata la orang tu ke orang ni cerita. Bila tanya lebih lagi, dia akan lari tajuk.


Mungkin Sanusi punca kenapa Mahathir sanggup jadi penasihat ekonomi 4 negeri tu. Sebab Mahathir nampak Sanusi ada bakat tipu rakyat macam dia.


Cuma Mahathir tu belajar pandai, sampai masuk universiti dan dapat jadi doktor. Tak adalah sampai dua kali kena buang sekolah. Itu je la. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BERITA RINGKAS DENGAN TAJUK JARGON BODO




W.FAUDZIN


Buat report polis tengah malam, esoknya tanya menteri kat parlimen.  Menteri hanya jawab yang latest yang dah disediakan oleh pegawai-pegawainya.  Bila menteri jawab belum terima laporan maksudnya laporan yang hang buat tengah-tengah malam butatu belum masuk daalam sistem lagi. Siapa suruh buat report tengah-tengah malam? bodo. 


PUKUL CURI SAJA- SANUSI KATA DOK GELINTE TELOQ- KEPALA BAPAK HANG....TU BUKAN MAKI. TU PUJI.,..BERANI TUDUH SILA TAMPIL





Jamzuri Ardani


 AMK Seluruh negeri Selangor buat laporan polis ke atas Pemuda PAS lantaran hantaran fitnah sayap pemuda PAS itu di akaun X yang mendakwa undang-undang jenayah syariah akan dihapuskan di Selangor jika rakyat terus mendiamkan diri. 


PAS dan fitnah sudah sebati. 

Menyebar dosa tak ingat mati

Semua berpunca busuk di hati

Merebak jadi budaya parti.



THE MAHAZALIMTWO STORIES..



 THANOS 


Saya ambil masa nak menonton KS minggu ini. Durasi paling panjang sampai 2.5 jam. Minggu ini tetamu jemputan ialah Tun M. 


Saya dengar kesemuanya. Ada yang saya angguk bersetuju, ada yang saya geleng kepala. Ada yang saya sesak nafas dengar jawapannya 😢


Ekspresi muka host pun, macam2 rupa. Walaupun mereka nak tunjuk professional 😅


Kita dengar jawapan dari the longest serving PM. 22 tahun 22 bulan. Konklusi yang saya dapat, pada dia Malaysia dah jahanam sebab dia tak berkuasa, kalau dia berkuasa maka semuanya akan baik punya! 


Semua PM selepas beliau semuanya tak guna. Ngabih boreh sahaja. Hanya dia yang tahu apa yang baik untuk Malaysia dan Melayu. Maka doomed la siapa yang tak bersetuju. 


Dia juga kuat menyatakan, tiada langsung salah ketika beliau berkuasa. Budaya rasuah yang bermula pada zaman beliau, bukan salahnya. Salah orang lain jua. Walhal sebenarnya dia tahu belaka. 


Walaupun dia PM, bukan kerja dia nak membenteras rasuah. Itu kerja penjawat awam. 


Dia juga membalun orang Melayu lemah dalam perniagaan. Ini saya setuju. Fakta belaka tu. 


Mungkin sebab Melayu lemahlah beliau perlu bantu Eric Chia, Vincent Tan dan Ananda Krishnan. Mereka mula jadi kaya raya pun dari bantuan Kerajaan. Dan bagaimana mereka bantu orang politik pula dengan pelbagai habuan. Bermula dari itu zaman. 


Melayu yang kaya raya, berbilion dalam bank. Harta punya banyak kerana perniagaan. Sebenarnya ada. Termasuk anak2 beliau. Tapi yang itu, Melayu exceptional. Melayu Marhein macam kita masih bodoh dan lemah dalam meniaga. Memang patut dibalun sentiasa. 


Dia juga balun PM sekarang. Katanya, reformasi seperti angat2 tahi ayam. Dia tahu Timbalan yang dia angkat. Bagaimana dia rasa tertipu, ingatkan warak katanya, bolehlah sekat PAS dari mara. Rupanya ke laut juga. PM yang ni rasanya lagi dia tak percaya. Memang seteru lama. 


Yang ni kita boleh ambil with a pinch of salt. Ada 4 tahun untuk menilai. Kalau benar telahan the Old Man, PRU16 boleh jatuhkan. 


Cuma dia jangan la berkomplot nak tebuk atap. Yang belah sana pun bukan dia suka. Khianat belaka juga. Depa pun nanti confirm takkan dengar cakap dia. 


Benda yang kita boleh puji, kita puji. At the age of 98, he can still articulate issues. Cakap terang benderang. Straight to the point. Sarcasm semua lengkap 😅 Itu tunjukkan satu benda. He has clarity of mind and he knows what he wants. 


Ini cerita Thanos Malaysia. Bila dia petik saja, pada dia, dia boleh buat semua binasa. 


Cuma di pengakhiran cerita, yang nak dimusnahkan itu selalunya bersatu semula. Melawan dia pula. Sesungguhnya, panjang lagi ini cerita…. 


Salam hormat, 

Liyana Marzuki



PM BRITISH PECAT MENTERI DALAM NEGERI GARA GARA DEMONTRASI AMAN PALESTIN DI KOTA LONDON







Nasaei Ismail


 1. Semalam Rishi Sunak (PM Britain) memecat Menteri Dalam Negeri UK Suella Braverman setelah menimbulkan beberapa kontroversi apabila mendakwa pihak Polis lebih mesra dengan kumpulan Pro-P4 lestin kerana gagal membatalkan himpunan Free-P4lestin di London sabtu lalu. Braverman juga mendakwa himpunan tersebut sebagai himpunan penuh dengan kebencian. Beberapa bulan lalu, beliau juga mengumumkan hasratnya untuk menghantar refugees yang datang ke UK ke Rwanda di Afrika.


2. Sebenarnya Braverman senada dengan Rishi Sunak yang turut mengkritik himpunan bantahan serangan ganas rejim Apartheid Isr4el terhadap G4z4. Namun permintaan kerajaan agar dihalang himpunan tersebut ditolak oleh pihak polis apabila Ketua Polis London mendakwa tiada sebarang larangan himpunan aman dalam undang-undang Britain. Akibatnya 300 ribu orang (angka pihak polis) demonstran memenuhi jalan raya di London sabtu lalu memprotes serangan ganas rejim Haram Isr4el terhadap G4za. Malah beberapa media dan pemerhati menyatakan jumlahnya sekitar 800 ribu peserta membentuk himpunan kedua terbesar dalam sejarah Britain. Bantahan besar-besaran ini meretakkan pentadbiran kerajaan Rishi Sunak sehingga memaksa beliau merombak kabinet dan memasukkan kembali bekas Perdana Menteri 2010-2016 (David Cameron) sebagai Menteri Luar. 


3. Di pihak pembangkang juga menerima tempias yang sama apabila beberapa cawangan Parti Boroh dibubarkan khususnya di Scotland. Malah 9 ahli legaslatif di kawasan berkenaan mengumumkan keluar parti sebagai bantahan terhadap arahan parti melarang sebarang usul serangan terhadap G4za dibincangkan. Suara ahli parlimen kedua pihak juga berpecah sesama sendiri di sidang parlimen apabila sebahagiannya bertindak menyatakan bantahan terhadap kerajaan Sunak dan pemimpin pembangkang yang menyokong tindakan Isr4el. Malah bekas Ketua Pembangkang dan Ketua Parti Boroh (Jeremy Corbyn) turut menyertai dan mengepalai protest Isr4el sabtu lalu. 


4. Hal yang sama terjadi di US. Kajian dilakukan oleh agensi berita AP Dan Brookings memperolehi keputusan yang lebih kurang sama iaitu 58 peratus penyokong parti kerajaan (Demokrat) menentang dasar Joe Biden yang memberikan sokongan penuh kepada rejim Isr4el untuk menyerang G4za. Manakala sekitar 35 peratus penyokong Republican turut membantah serangan Isr4el. Beberapa ahli parlimen kedua dua parti secara terbuka menyatakan sikap mereka yang memihak kepada P4lestin. Manakala 1000 pegawai kerajaan yang bertugas di Capitol (Parlimen US) mendesak dihentikan serangan terhadap G4za.


5. Di Sepanyol, Norway dan Ireland beberapa Menteri dan pihak kerajaan secara rasmi menentang kekejaman Isr4el dan mendakwa ianya adalah perlanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa. Malah tahun lalu, Norway mengenakan larangan import barangan Isr4el yang dibuat di kawasan petempatan haram Isr4el yang dibina di atas rampasan tanah penduduk P4lestin. 


6. Selain negara-negara Barat (US dan Eropah), beberapa negara di Latin Amerika dan di Afrika seperti Colombia, Bolovia, Chile dan Afrika Selatan memutuskan hubungan dengan Israel dan menggelar Isr4el sebagai rejim yang komit dengan genocide dan etnik cleansing. Kesemua ini memberi laluan sukar kepada US dan Britain yang menjadi penyokong utama kepada Isr4el yang bertindak kejam terhadap penduduk P4lestin. 


7. Malah pembohongan media dan pemimpin-pemimpin mereka terus dijawab oleh rakyat yang secara organik menyebarkan rakaman-rakaman atau lintas langsung dari G4z4 yang menunjukkan sekitar 7000 kanak-kanak dan wanita yang tidak bersenjata dibunuh oleh rejim Isr4el. Zaman sudah berubah apabila media berada di mana mana menyebarkan kebenaran di bawah. Sedangkan dakwaan Isr4el kononnya wanita mereka dirogol dan bayi ditembak H4mas 7 Oktober lalu kekal dakwaan tanpa bukti. Sebaliknya kekejaman mereka setiap hari membunuh kanak-kanak dan wanita serta mengebom hospital dan sekolah boleh ditonton secara live di seluruh dunia. 


8. Sebenarnya kesombongan rejim Isr4el ini disebabkan mereka sudah berada di kemuncak hubungan diplomatik yang semakin mengukuh. Jika di hari penubuhan negara tersebut 75 tahun yang lalu, hanya 33 negara menyatakan sokongan terhadap Isr4el. Tetapi hari ini sebanyak 165 daripada 193 negara di PBB mengiktiraf Isr4el. Malah jika di dekad pertama penubuhannya (1948-1958), hanya dua negara Islam sahaja mengiktiraf Israel iaitu Turki (1949) dan Iran (sehingga 1979, kemudian dibatalkan apabila rejim Shah Reza Pahlawi dijatuhkan melalui revolusi). Kini 7 negara Islam secara rasmi mengadakan hubungan rasmi dengan Israel (Turki, Mesir, Jordan, UAE, Bahrain, Sudan dan Morocco). Manakala sekitar 8 lagi negara Islam mengadakan hubungan dagang dengan sekala besar walaupun tidak mengiktiraf secara rasmi menjadikan jumlah negara Islam yang bekerjasama dengan Israel ialah 15 negara. 


9. Azerbaijan negara Islam di Asia Tengah menjadi pembekal utama minyak dan gas kepada Israel (sekitar 40%) dengan nilai setahun lebih USD 800 juta. Sedangkan pembekal kedua iaitu US hanya membekalkan minyak dan gas ke Isr4el dengan nilai USD 300 juta. Manakala Nigeria (negara Islam di Afrika) menjadi pembekal minyak dan gas kelima terbesar ke Isr4el dengan nilai USD 80 ke 100 juta dollar. Negara negara Islam lain yang turut membekalkan minyak ke Isr4el adalah Kazakhstan, Bahrain, UAE dan wilayah autonomi Kurdistan Iraq.


10. Ketika berada di kemuncak kekuatan dan pengukuhan hubungan diplomatik ini termasuk dengan negara-negara Islam sendiri, Maka Isr4el semakin alpa dan sombong. Akibatkan ketika ini, semakin meluas jumlah negara yang membantah kekejaman Isr4el. Hal inilah di ulas oleh beberapa professor di Amerika bahawa tahun ini, kebencian masyarakat US terhadap Isr4el semakin meluas dan memuncak dan ianya membimbangkan kerajaan yang berada dalam dilemma untuk terpaksa menuruti kehendak rakyat yang akan menjadi pengundi mereka tahun hadapan atau menjadi pak turut Zion ist yang berpengaruh di negara mereka. 


11. Di kemuncak kehebatan inilah kini Isr4el berdepan dengan krisis diplomatik dan menjadi semakin terpencil di dunia luar. Mereka hendak melarikan diri dari tanah P4lestin yang dijajah, tetapi mereka juga bimbang hendak ke Eropah, Australia dan Amerika, kerana kebencian kepada mereka semakin memuncak di negara Barat hari ini. Maka 2023 adalah langkah mula mereka menggali kubur sendiri. Sememangnya lumrah kezaliman, ianya akan berakhir dan berkubur. Malah kubur ini sedang digali oleh masyarakat Barat sendiri yang lama dididik dengan human right dan lain lain nilai kemanusiaan dan lebih faham kekejaman rejim Apartheid tersebut.



MAMPOIH LA MAK...SAKIT LA HANG MAT JARGON...JENUH CETAK DUIT LA NAK BAYAQ SAMAN


 Farhash akan buat laporan polis dan saman Jargon. Jaga jaga, Jargon dia tu berduit kalah saman pon xde hal nak bayor . Ko tu nak harap otak pon x boleh pakai....





SEORANG MP BERSATU ENGGAN TANDATANGAN BAI’AH KEKAL SETIA BERSAMA PN?


Sebagai langkah membendung lebih ramai Ahli Parlimennya mengisytiharkan sokongan kepada Anwar Ibrahim, PN baru-baru ini mengambil langkah menetapkan setiap mereka perlu menandatangani watikah ikrar taat setia atau bai’ah sebagai jaminan akan tetap kekal bersama gabungan itu.


Langkah tersebut berikutan setakat ini sudah empat Ahli Parlimen blok pembangkang itu mengisytiharkan sokongan mereka kepada kerajaan perpaduan.


PN sebelum ini mempunyai 74 Ahli Parlimen bersamanya, tetapi kini hanya tinggal 70 saja lagi setelah empat daripadanya mengumumkan sokongan kepada Anwar.


Empat Ahli Parlimen berkenaan adalah Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli).


Keempat-empat Ahli Parlimen itu berbuat demikian demi membolehkan mereka diberikan peruntukan oleh kerajaan untuk menjaga kawasan masing-masing.


Bagaimanapun, daripada 70 Ahli Parlimen PN yang masih tinggal sekarang ini, seorang daripadanya difahamkan masih enggan menandatangani bai’ah tersebut.


Ahli Parlimen berkenaan dikatakan memberi alasan perlukan sedikit masa lagi untuk berfikir sebelum mahu menandatangani ikrar taat setia itu.


Tindakan beliau itu bagaimanapun segera menimbulkan desas-desas beliau juga akan mengumumkan sokongannya kepada Anwar selepas ini, menuruti jejak empat Ahli Parlimen PN yang berbuat demikian sebelum ini.


Jika tidak, mengapa beliau enggan segera menandatangani bai’ah itu?


“Tiada alasan munasabah untuk menangguh atau melewat-lewatkan menandatangani bai’ah jika benar ingin kekal setia lagi dengan PN,” kata seorang pemimpin Bersatu.


Siapakah Ahli Parlimen berkenaan?


Sabarrr…kita mungkin akan mengetahui siapa Ahli Parlimen itu sedikit waktu lagi bila beliau sendiri dijangka akan mengumumkan sokongan terbukanya kepada Anwar dan kerajaan perpaduan. – ShahbudinHusin 14/11/2023.


KENAPA TINDAKAN 4 AHLI PARLIMEN TIDAK SALAH. JOM BACA KRONOLOGI LANGKAH SYAITON



 Baru aku faham kenapa tindakan 4 orang Ahli Parlimen PN sokong PMX tak salah di sisi Akta Anti Lompat Parti. Bab ni Bersatu kena salahkan diri sendiri.


Macam ni cerita dia.


Semasa proses draf undang-undang Anti Lompat Parti di zaman PM Ismail Sabri, wakil parti politik daripada kerajaan dan pembangkang dijemput untuk memberikan pandangan.


Akta tu ada beberapa klausa/unit. Untuk setiap klausa tu dimasukkan dalam akta, semua parti politik perlu setuju sebulat suara.


Tapi ada satu klausa ni Bersatu berkeras tak setuju. Klausa apa?


Bersatu kata, Ahli Parlimen tak sepatutnya mengosongkan kerusi sekiranya dia melanggar prinsip parti serta tidak mengikut pendirian parti di Parlimen.


Parti yang pernah menerima tamparan hebat akibat perbuatan lompat parti ni adalah Keadilan dan UMNO. Mereka mahu sangat klausa ini dimasukkan.


Tapi disebabkan Bersatu berkeras tak setuju, klausa tu dikeluarkan daripada draf undang-undang Akta Anti Lompat Parti.


Bekas Menteri Undang-Undang, Wan Junaidi yang mendrafkan akta tu pun dah pesan awal-awal kepada semua parti politik akan kemungkinan yang akan berlaku.


Jadi apa yang parti lain buat? Mereka bersedia dengan akujanji, ubah perlembagaan parti, baiah, dan sebagainya.


Tapi Bersatu ja wat lek wat pis.


Masa tu Muhyiddin dan Hamzah tidur agaknya.


Ironi betoi, la ni depa yang terima kesan buruk akibat tentangan terhadap klausa tu.


Sebab tu semua 4 Ahli Parlimen Bersatu yang isytihar sokong PMX tetap menyatakan mereka tidak keluar parti walaupun sudah mengalihkan sokongan, berlawanan dengan prinsip parti mereka.


Kerusi mereka masih kekal.


Kalau kena pecat parti pun kerusi mereka masih kekal.


Apa agaknya yang ada dalam fikiran pemimpin Bersatu masa tu ya? 


Aku rasa, sebab mereka ni yang mempelopori Langkah Sheraton dan dah biasa lompat parti macam tukar baju, mereka rasa tentangan itu boleh memberikan satu laba besar di masa hadapan sekiranya mereka sebahagian dari Kerajaan.


Malangnya mereka tidak chukop jumeloh dan keadaan yang sebaliknya berlaku.


Orang melayu kata, senjata makan tuan.


Apa pun, aku rasa akta ni perlu digubal semula untuk menutup kelompongan ini.


Tapi sebelum gubal tu, mungkin satu atau dua senyuman sinis boleh kita tujukan kepada Muhyiddin and co atas kecetekan akal mereka sendiri.


Najib Bakar



Mmmm.....TAK SEKOLAH.....

 

Zainuddin Omar


Ada juga lelaki vanggang zaman sains dan teknologi ini erk. Mesti walaun. Ahaksss




WALAUN MAIN PERSEPSI DAN FITNAH


 

SEMBANG TAPI BUKTI TAK ADA...BAGAI ANJIN SALAK BUKIT.


 

PMX PERJUANGKAN PALESTIN SEJAK BELIAU MUDA


 

SETAKAT NI TAK SAPA BERSUARA LAGI. JADI TANGGUNG SENDIRI.


 

NAK SALAHKAN PMX - KAERAJAAN NEGERI KAMU YANG LEMAH DAN TAK BERDAYA MAJU.LEMAH

 




Walaun nak sabitkan DS Anwar dengan zionis sebab sekat peruntukan untuk wakil rakyat pembangkang.


Respon pertama aku, untuk kesekian kalinya aku nak ulang, peruntukan untuk wakil rakyat tak wujud. Ianya atas budi bicara Perdana Menteri.


Yang ada cuma peruntukan parlimen dan itu tak pun disekat. Buktinya, Wan Fayhsal sendiri buat posting JPS naiktaraf jalan di Machang.


Kedua, bila peruntukan itu bukan kewajipan, jadi tak timbul soal disekat. Jadi dari segi apa walaun ni nak samakan DS Anwar dengan zionis?


Tapi kalau walaun ni nak kaitkan zionis dengan politik  Malaysia, meh aku ingatkan dia siapakah sebenarnya yang zionis.


Kata walaun zionis sekat air. Cuba check negeri mana yang bekalan air terlalu teruk hingga rakyat dinafikan hak bekalan air bersih?


Siapakah yang memerintah hingga rakyat terpaksa bayar bil walau air tak keluar bila buka kepala paip?


Siapa yang gagal sediakan prasarana hingga rakyat terpaksa hidup dalam serba kedaifan? Sampai reban kambing lebih cantik dari stesen bas?


Negeri mana yang pemimpinnya bangga beli kereta mewah tatkala rakyat tidak dapat kemudahan asas yang paling asas?


Siapa yang asyik menebang hutan hingga sebabkan banjir lumpur dan musnahkan harta rakyat? Harimau juga kehilangan habitat dan sumber makanan hingga terpaksa menyerang manusia?


Kemudian cakap tebang hutan baik untuk harimau sebab nanti haiwan kecil datang jadi harimau boleh jadikan makanan. Siapa?


Aku tak mahu jawab. Walaun boleh jawab sendiri. Dah jumpa jawapan nanti pasti akan tahu kerajaan mana yang zionis sebenarnya. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BAWA ISU TAK KESUDAHAN. BILA TAK ADA ISU KENA KOREK ISU


 

KAKI MAKI HAMUN NAK SAMAKAN DENGAN SAHABAT ..


 

TERIMA KASIH DR ZALIHA DARI NAS AHMAD



Norman Radzuan

Subuh tadi selepas saya menaikkan artikel mengenai Nas Ahmad yg seolah olah tiada pembelaan sewajarnya dari mana2 pihak di dlm industri seni…saya fowardkan kpd Menteri Kesihatan, Dr Zaliha.


Seperti biasa Dr Zaliha yg sgt responsif tidak memerlukan masa yg panjang utk respon, “ Wkslm wbt…Apa masalah dia yg sebenarnya Norman? Betul sakit jantung, but what does he need?…..


Begitu juga biasa Setpol KKM Napsiah Khamis Maharan yg terkenal dgn sikap proaktif dan efiesen text saya… “ Berikan detail tentang Nas Ahmad’.


Ptg tadi Napsiah text saya, “Assalamualaikum  Puan Napsiah, mohon maklumkan pesakit temujanji yg telah disetkan. YBhg Dato Dr Asri yg directly bantu dgn Team beliau.”


Terima kasih saya ucapkan kpd Dr Zaliha Mustafa yg membantu memudahkan urusan Nas Ahmad. Ptg tadi saya ke rumah Nas Ahmad bersama rakan saya Ayob Abd Majid ( Presiden Irama ) membawa berita gembira buat dirinya.


Selama ini masih menunggu tarikh utk rawatan sten dan menyampaikan salam Dr Zaliha buat dirinya. Saya juga sampaikan salam YBM Dr Zaliha kpdnya.


Nas Ahmad sgt terharu. Katanya dia tidak mahu mengemis meminta minta dan berasa malu berbuat demikian walaupun dia sebenarnya sgt2 memerlukan pertolongan.


“Terima kasih kpd Menteri Kesihatan Dr Zaliha dan saya sgt2 menghargai jasa baik beliau,” ujar Nas Ahmad sayu.


Nas Ahmad juga sempat berpesan agar rakyat Malaysia yg masih belum mempunyai insuran adalah lebih baik memilikinya. “Jgn jadi seperti saya lalai kerana kesibukan,“ ujar Nas.


Sebab itu saya pernah penulis Dr Zaliha adalah 5 Menteri terbaik Kerajaan Perpaduan. Bukan kerana saya mengenalinya kerana ramai Menteri lagi saya kenal tetapi jujur Dr Zaliha dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek adalah antara yg terbaik dlm kabinet PMX.



PMX TIBA DI SAN FRANCISCO UNTUK MESYUARAT APEC

 







Alhamdulilah, selamat tiba di San Francisco, Amerika Syarikat bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC).

Dalam Persidangan ini, saya akan menekankan komitmen Malaysia ke arah memperkukuh kerjasama ekonomi, memantap kemakmuran ekonomi serta memupuk pembangunan yang saksama dan inklusif buat semua.

Ia juga merupakan peluang terbaik negara untuk menyatakan perspektif Malaysia mengenai kedudukan ekonomi global semasa dan mendengar serta memberi pandangan mengenai isu-isu serantau yang mendesak dengan Ketua-ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang berpengaruh, usahawan-usahawan dan para pemimpin APEC.

Ruangan ini juga akan saya gunakan bagi mengetengahkan keadaan serta penderitaan yang menimpa warga Palestin saat ini, selain meraih dukungan global, merangkul serta memperhebat usaha mempermudah akses dan bantuan kemanusiaan, dan penyelesaian yang adil.

Selain APEC, saya juga dijadual untuk menyampaikan pidato umum berjudul “Superpower Rivalry and Rising Tensions in the Asia-Pacific – The View from Southeast Asia” di Universiti California, Berkeley.

Insya-Allah, saya akan lakukan yang terbaik buat negara dan rakyat.

#MalaysiaMADANI

#APEC202 

JANGAN MAKAN GULA BANYAK FOMCA KATA. NANTI KENA KENCIN MANEH

 



Aku nak beritahu satu. Statement ni bukan datang dari menteri. Ini statement Timbalan SUA FOMCA.

Kena jelaskan sebab aku percaya walaun akan guna ini dan kata kerajaan yang keluarkan kenyataan ini.

Padahal yang pernah kata makan ayam banyak tak elok untuk kesihatan tu pemimpin PAS masa jadi timbalan menteri dulu. Guane boh?

Raja Gelap II

.



KAH..KAH..KAH...HANG MEMANG TAK CERDIK. KALAU PI BALAI LEPAS TU HADAP SAMAN .SATU DARI DAP, SATU LAGI DARI PIHAK SINGAPURA- DUA DUA KAPIAQ YANG HANG FITNAH










 

Sirul Azhar boleh kemukan rayuan, semak hukuman mandatori




 Oleh: Abdullah Zaid


Bekas anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar yang disabit hukuman mati bagi kesalahan membunuh Altantuya Shaariibuu lebih sedekad lalu boleh membuat semakan rayuan berhubung keputusan tersebut di mahkamah.


Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sekiranya sabitan hukuman mati tersebut berubah mengikut budi bicara hakim, barulah proses ekstradisi melibatkan Australia boleh dilakukan.


Jelasnya, langkah itu boleh dipertimbangkan memandangkan negara baru sahaja menguatkuasakan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.


"Kita tidak lagi melaksanakan hukuman mati mandatori iaitu kita beri kuasa kepada budi bicara mahkamah atau hakim.


"Justeru dia (Sirul Azhar) boleh saja kemukakan untuk ruang ini. Jika itu semua telah dibuat, barulah proses ekstradisi kalau rayuannya berakhir dengan adanya perubahan dari segi hukuman (terhadap Sirul Azhar)," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.


Pada 2009 lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini menjatuhkan hukuman mati terhadap Sirul Azhar dan Cif Inspektor Azilah Hadri, selepas mendapati mereka bersalah atas pertuduhan membunuh Altantuya.


Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar dan membebaskan mereka daripada pertuduhan berkenaan.


Bagaimanapun, pada 13 Jan 2015, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan membebaskan Sirul Azhar dan Azilah dan mengekalkan hukuman mati yang diputuskan Mahkamah Tinggi terhadap mereka.


Sirul Azhar tidak hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes itu kerana berada di Australia. Susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.


Dia kemudiannya ditahan pegawai imigresen Australia selepas Interpol mengeluarkan notis merah dan ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney.


Pada 11 November lalu, dilaporkan Sirul Azhar telah dibebaskan dari Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney, Australia


Pembebasan Sirul Azhar susulan keputusan Mahkamah Tinggi negara itu pada 8 Nov, yang memutuskan bahawa tahanan bukan warga negara yang tidak dapat dihantar pulang, tidak boleh lagi ditahan selama-lamanya oleh pihak imigresen.