HA.HA...AKU RASA MELAYU PENANG PUN OK LAGI DARI KELANTAN.
Sedih tengok naratif perkauman terus dimainkan demi politik. Keluarga mertua aku di Selangor. Aku pun selalu balik kampung mertua. Aku tengok ok je. Tak ada lagi kes Melayu tersiksa.
Cerita Melayu gigit jari la, negeri diuruskan orang lain la. Padahal segala bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri dinikmati oleh majoritinya orang Melayu.
Yang dapat air free, Melayu. Yang dapat insurans percuma, Melayu. Yang dapat skim mesra usia emas, Melayu. Yang dapat beli barang keperluan pada harga diskaun di jualan Rahmah, pun Melayu. Pendek kata, Melayu Selangor dapat segalanya.
Tapi di Kelantan, Melayu dapat apa? Dapat bekalan air yang keruh. Kepala paip keluar angin je tapi bill tetap kena bayar. Disuruh pula mandi di sungai belakang Tesco Kota Bharu. Jalan pun sempit! Bus stand usang. Itu yang dibanggakan?
Yang rasa penderitaan, kesusahan, kesulitan, pahit jerih semua tu siapa? Bukan Melayu? Orang Melayu di Selangor beribu kali lebih terbela dan beruntung kalau nak dibandingkan dengan Melayu Kelantan.
Melayu mana yang berundur di Selangor? Berikan fakta. Setidaknya, orang Melayu di Selangor dapat bekerja. Jabatan kerajaan pun ramai. Di Kelantan cuma keluarga pemimpin yang diterima. Apa kes?
Selangor masih di bawah jagaan orang Melayu. MB orang Melayu. Begitu juga kebanyakan exco. Malah Sultan juga masih Melayu. Apa dia nak kata Sultan Selangor tak cakna tentang orang Melayu?
Kalau nak dihitung, orang Melayu di Selangor lebih selamat, terbela dan bertuah. Sementara orang Melayu di Kelantan hidup dalam serba kekurangan, orang Melayu di Selangor hidup dengan sebegitu banyak bantuan.
Aku sebut Melayu di Selangor. Bukan hanya Melayu Selangor. Itu termasuklah orang Melayu yang bukan dari negeri Selangor. Kesemuanya dapat menikmati kemakmuran negeri secara saksama.
Tengok dulu nasib bangsa kamu di negeri sendiri. Tengok bagaimana nasib Melayu di negerimu yang diperintah oleh 100% Melayu itu dibela. Baru boleh pertikai nasib Melayu di Selangor. Guane boh?
Raja Gelap
.
CINA PH VS CINA PN. MELAYU TAKUT HILANG NEGERI DAN TUDUH HILANG NEGERI.
Menjawab isu yang diangkat oleh walaun kononnya Melayu Selangor berundur serta negeri dikawal oleh bukan Melayu dan sebagainya, di sini aku lampirkan senarai keputusan PRN Selangor.
Kerusi yang dimenangi oleh calon bukan Melayu PH sebenarnya ditentang oleh juga calon bukan Melayu dari PN. Semua kecuali N56. Bererti, sama ada PH atau PN yang menang, penyandangnya tetap bukan Melayu. Jadi walaun buat isu apa?
Kalau nak kata PH gadai negeri kepada Cina DAP, maka PAS nak gadai Selangor kepada Cina Gerakan la ye? Begitulah sampahnya pemikiran PN. Mereka sebenarnya bukan peduli soal Melayu. Mereka main isu kaum cuma untuk kuasa. Guane boh?
Raja Gelap
.
ELOK LA KALAU DAH SOMBONG SANGAT.
Walaun bila senang belagak la.. Lupa diri kutuk- kutuk dan caci dsai .. Bila terkono terduduk mula merayu-rayu .. Pigi da.. Rasakan lu walaun.
HUKUM SUNGGUH....TAPI RAMAI PERCAYA KE DIA....FATWA APA LA PULAK.
Aku jumpa ni di FB aku. Tak pasti betul atau tidak Ustaz Azhar Idrus ada sebut ni. Tapi setakat yang aku tahu, undi pilihanraya ni tak wujud di zaman Nabi saw. Macamana nak kata haram?
Kalau nak hukum dengan qiyas, memanglah haram jatuhkan kerajaan Islam walaupun pemimpin zalim. Ia bagi mengelak berlaku pertumpahan darah. Tapi kalau secara aman macam PRU, apa salahnya?
Tapi aku tak bercadang nak bangkang fatwa Ustaz Azhar ni. Cuma nak ajak semua fikirkan, sebelum nak berhukum sebegini, tanya dulu adakah kerajaan yang hendak ditukar itu kerajaan Islam?
Apakah kerajaan Islam? Adakah kerajaan Islam itu cukup dengan menjalankan undang-undang Islam?
Tak. Negara Islam mesti mengamalkan dasar Islam yang menitik beratkan keadilan. Islam utamakan kesaksamaan dan kesejahteraan hidup rakyat. Tak cukup sekadar praktikkan undang-undang Islam.
Hinggakan Allah wajibkan ibadah zakat. Tak hanya zakat harta, emas, simpanan dan galian, bahkan ada pula zakat fitrah, yang bertujuan membantu orang kurang berkemampuan menyambut raya.
Jadi jika sesebuah pentadbiran mengaku sebagai kerajaan Islam, kesejahteraan rakyat mesti menjadi agenda utama. Keperluan asas mesti sempurna. Peluang perniagaan mesti adil, tak hanya saudara mara yang dapat kerja. Itu baru kerajaan Islam.
Jika sebuah kerajaan itu sibuk menghukum orang awam atas dosa peribadi tapi kesejahteraan hidup rakyat diabaikan, rasuah dan seleweng berleluasa, peluang kerja hanya untuk golongan tertentu, maka bukanlah ia pemerintahan Islam. Sebaliknya jadilah ia negara Taliban.
Bacalah sirah. Teliti sifat dan kepimpinan Nabi saw sebagai ketua negara. Lihat bagaimana Khalifah ar-Rasyidin mentadbir. Ingati kisah Umar al-Khattab dengan wanita yang masak batu kerana anaknya kelaparan. Banding dengan pemerintah yang ada.
Jika si pemerintah itu memerintah tanpa mengikut sifat kepimpinan Nabi saw atau paling tidak para Khalifah ar-Rasyidin, tapi mengaku pentadbirannya sebagai Islam, ketahuilah bahawa dia telah menipu.
Berbalik kepada tajuk asal. Jika sudah pentadbiran itu bukan pentadbiran atau kerajaan Islam, maka apa yang dituturkan oleh Ustaz Azhar seperti dalam gambar ini tidak terpakai sama sekali. Guane boh?
Raja Gelap
.
TERKINCIT KINCIT MINTA MAAF SEBAB TIDOQ TAK LENA...HAAAA...SIKIT KA KALAU 200K ZAMAN NI. MUNG MINTA SOQANG SIKIT TABUNG MILO. WALAUN BERI JA. NANTI FITNAH LAGI.
Zus Din Kembali.
Kah kah...walaun mintak maaf? Dr Hafidzah patut saman jer...Kakitangan awam memg tak sokong PMX dan Kerajaan MADANI.
DULU KALAU SOKONG PKR DI ZAMAM MAHATHIR, CIKGU KENA TUKAR SEKOLAH. SEBAB GB SEMUA UMNO. SEKARANG GB PULA WALAUN..SOKONG KERAJAAN KENA TINDAS...APA PUNYA MALANG NASIB. BADAN.
Ada penjawat awam yang terang-terang menyokong PN dan menentang Kerajaan Perpaduan. Tapi tiada tindakan pun yang dikenakan kerana kerajaan ini memberikan kebebasan berpolitik.
Kalau zaman Mahathir dulu, siaplah mana-mana pegawai kerajaan yang sokong pembangkang. Yang guru dihantar ke ceruk pedalaman. Begitu layanan diberi kepada penyokong pembangkang.
Jangankan Mahathir, dalam tempoh sekejap PN menguasai kerajaan pun, baca apa orang yang walaun panggil Tok Guru ni kata kalau tak sokong kerajaan. Siapa lebih zalim, siapa lebih Islamik ni? Guane boh?
Raja Gelap
.
IKTIBAR KEPUTUSAN PRN, ANWAR HARUS SEGERA LAKUKAN PERUBAHAN DAN ROMBAKAN
PRN enam negeri sudah pun berakhir dan semua orang setuju bahawa keputusannya tidak cukup ampuh untuk menggugat kedudukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Ini bermakna, Anwar boleh mempertahankan kerajaan perpaduan yang sedang diterajuinya kini hingga PRU16 akan datang.
Tetapi, berdasarkan keputusan PRN di enam negeri itu, apakah jangkaan paling mudah untuk masa depan Anwar seterusnya?
Secara mudah, kalau kita bertanya kepada 10 orang, hampir semuanya sepakat mengatakan keputusan PRN itu meletakkan masa depan Anwar dalam bahaya.
Untuk mudah difahami lagi, daripada 10 orang yang ditanya itu, paling minima enam daripadanya pasti dengan berani mengatakan Anwar dan kerajaan perpaduan akan tamat riwayatnya pada PRU16 nanti.
Apa yang nyata, keputusan PRN lepas menunjukkan PH gagal mendapat sokongan pengundi Melayu yang memadai atau mencukupi untuk memenangi lebih banyak kerusi di enam-enam negeri terbabit.
Kemenangan kerusi PH lebih banyak disumbangkan oleh kesatuan sokongan daripada pengundi bukan Melayu semata-mata.
Dalam keadaan sedemikian, lebih malang lagi kerana UMNO yang merupakan rakan kongsi PH dan diharapkan dapat menambah sokongan, hampir secara total ditolak oleh pengundi-pengundi Melayu sendiri.
Dengan pengundi Melayu lebih memilih PN, khususnya Pas, terbentang kini ialah keberadaan UMNO tidak memberi nilai tambah dan tidak juga memberi tambah nilai kepada PH serta kerajaan perpaduan.
Apakah sekarang ini Anwar, pimpinan PH, BN dan kerajaan perpaduan turut menyedari hakikat yang sedang ditunjukkan Tuhan di depan mata sebelum tibanya PRU16?
Apakah plan B PH untuk menambah sokongan pengundi Melayu melalui kekuatan mereka sendiri atau berasakan sudah cukup dengan sokongan pengundi bukan Melayu saja?
Kalau benar-benar disedari, mengapa setelah hampir seminggu sejak keputusan PRN diumumkan, masih tiada apa-apa tindakbalas bimbang yang kedengaran ditunjukkan?
Kenapa semua senyap sunyi dan tiada sebarang mesyuarat khas parti diadakan?
Bila lagi Anwar hendak melakukan perubahan, rombakan dan menukar mana-mana pemegang jawatan dalam kerajaan, termasuk menteri, yang sejak lapan bulan lalu didapati gagal berfungsi dengan baik?
Bilakah juga mahu menggerakkan perancangan untuk menambah baik komunikasi, penyebaran maklumat, menjawab, menangkis serta melakukan serangan terhadap fitnah-fitnah yang berleluasa di media sosial terhadap kerajaan perpaduan?
Apakah agensi tertentu dan mereka yang terkait dengan komunikasi dan penyampaian maklumat kepada rakyat, di mana sebahagian besarnya dicop gagal oleh kalangan yang dekat dengan PH, PKR dan Anwar sendiri, masih mahu dikekalkan bergentayangan dengan jawatan masing-masing selepas keputusan PRN yang sepatutnya memberi pengajaran?
Atau masing-masing yang berada dalam kerajaan sudah berpuas hati dengan keputusan PRN itu iaitu Anwar selaku Perdana Menteri akhirnya tidak tergugat dan kerajaan perpaduan masih mampu bertahan selama empat tahun lagi?
Ataukah semua orang tidak peduli lagi apa nak jadi pada PRU seterusnya lantaran berasa sudah memadai dapat kekal bertahan hingga PRU16 di mana masing-masing sudah merasa jadi menteri, timbalan menteri, nikmat mendapat pelbagai jawatan dan kemudian tersedia pula pencen lumayan?
Ingatlah, jika semua masih ada rasa cinta untuk mempertahankan kerajaan perpaduan ini, tempoh kira-kira empat tahun lagi sebelum tibanya PRU16 bukanlah jangka masa yang lama.
Pejam celik pejam celik, menerpalah detik itu di depan mata kita semua.
Tidak segera melakukan sesuatu samalah seperti seorang yang sakit yang hanya menunggu detik kematian dengan berbaring di katil saja sepanjang masa.
Kepada PKR dan PH, apakah mereka juga mahu Anwar jadi Perdana Menteri selama sepenggal saja?
Selepas Anwar, tidak mahukah mereka melihat pemimpin PKR lain turut berpeluang jadi Perdana Menteri? – ShahbudinHusin 17/08/2023.
https://shahbudindotcom.net/
AHLI DAP YANG DIPECAT BUAT POSTING MENGARUT
MOHAMAD SAFIRI BAHAROM
Saya buat carian dari mana timbulnya idea yang begitu mengarut
ini..
Idea dan cadangan AGAR MB Selangor dilantik daripada ahli
parlimen DAP yg bernama Jamaliah, YB Bandar Utama.
Ok. Mula² siapa pengeluar idea ini?
Dia adalah bekas Ahli Parlimen.
Wee Choo Keong ini adalah bekas ahli DAP yg dipecat pada tahun
1998.
Ya dia sudah lama dipecat oleh DAP.
Kemudian karier politik nya berkembang dengan Cacamarba.
Menerima sesuatu berita itu, tanggungjawab dan tugas seorang
MUSLIM adalah TABAYYUN.
Tuan Puan. Allah suruh Tabayyun dan Iqra'.
Selangor ini negeri berdaulat.
Di bawah kepimpinan Sultan Selangor.
Logik lah sikit. Kalau Sultan Selangor nak terima idea ni..
Aduhai.. Sedih mikir orang Melayu begini sekali mudah
ditakutkan...
Sikap mudah percaya dan terus terima telah mencetuskan ketakutan
di kalangan orang Melayu dan melagakan antara kaum.
Kemudian disebarkan dengan begitu meluas untuk menakutkan bangsa
Melayu. Termasuk keluarga dan saudara sahabat kenalan saya..
Allah telah memilih Negara dan negeri ini untuk menjadi tempat
tinggal berbilang kaum.
Dah begitu takdir tanah bertuah ini.
Hiduplah dengan harmoni.
Bertakwa lah kepada Allah.
Cerita Benda Benar.
Jangan sebar naratif jahat.
Kredit FB KakMa Abdullah
Perkhidmatan air: Tanggungjawab siapa?
NIK HASYUDEEN
Adalah penting untuk kita memahami sejarah penstrukturan
industri air di Malaysia supaya kita faham berbezaan tanggungjawab kerajaan
persekutuan dan negeri.
Sebelum tahun 2005, tanggungjawab ke atas perkhidmatan air
adalah di bawah kerajaan negeri sepenuhnya kerana ianya termaktub di dalam
jadual kuasa negeri di dalam perlembagaan persekutuan. Kerajaan persekutuan
memberikan pinjaman kepada kerajaan negeri untuk menguruskan industri air
masing-masing.
Walau bagaimana pun ini menjadi cabaran besar negeri-negeri
kerana kos infrastruktur air yang tinggi. Paip-paip lama perlu diganti dan
loji-loji rawatan air baharu kena dibina. Ada negeri yang mengswastakan perkhidmatan
air dan ada yang mengurusnya sendiri:
Oleh kerana perkara ini sudah sampai satu tahap kritikal,
kerajaan persekutuan telah masuk campur dan membawa formula baharu.
Di dalam tahun 2005, perlembagaan persekutuan dipinda menjadikan
air dimasukkan ke dalam jadual kuasa bersama. Di dalam tahun 2006 Suruhanjaya
Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Akta Perkhidmatan Industri Air (WASIA)
diwujudkan.
Mengikut model baharu ini, kerajaan pusat melalui Pengurusan
Aset Air Berhad (PAAB) akan memiliki aset-aset air manakala negeri akan terus
menguruskan sumber-sumber air. Negeri juga akan menjalankan perkhidmatan air
kepada rakyat melalui pengkorporatan entiti-entiti air negeri.
Syarikat-syarikat air ini akan memajak aset dari PAAB.
Ada beberapa negeri lagi yang belum menyelesaikan proses
penstrukturan ini.
Berdasarkan kaedah ini, perbelanjaan modal yang sebelum ini
ditanggung oleh negeri menjadi perbelanjaan mengurus dan dipadankan dengan
kutipan bayaran air yang dipunggut. Walau bagaimana pun, pengurusan syarikat-syarikat
air kena bijak dan cekap supaya mereka boleh membayar bayaran pajakan kepada
PAAB. Pembayaran ini akan membolehkan PAAB membayar balik pinjaman yang
dibuatnya untuk membiayai kos pembelian/pembangunan aset-aset air.
SPAN adalah agensi kawal selia yang mempastikan polisi dan
pelaksanaan penstrukturan ini berjaya.
Oleh kerana kos penstrukturan ini memakan jumlah dana yang
besar, secepat mana aset-aset air baharu boleh dibangunkan dipengaruhi juga
oleh kedudukan kewangan kerajaan persekutuan. Walaupun PAAB menerbitkan
bon/sukuk, ianya tetap berkait dengan sokongan kewangan kerajaan persekutuan
(boleh rujuk laporan penarafan sukuk PAAB). Apabila hutang kerajaan persekutuan
sudah mencecah RM 1.5 trilion, ianya akan memberi kesan ke atas penerbitan
sukuk seterusnya.
Bagi menambah aset-aset air di negeri-negeri, cadangannya kepada
kerajaan persekutuan bukan sahaja kena tepat dari segi teknikal tetapi kena
mencadangkan model kewangan yang munasabah. Ianya bukan jalan mudah untuk
melepaskan tanggungjwab menjalankan operasi syarikat air negeri dengan berdaya
maju supaya kosnya ditanggung oleh kerajaan persekutuan.
Rajah yang dikongsikan hanyalah untuk memberikan gambaran kasar
penstrukturan semula ini. Banyak perkara yang lebih terperinci tidak diambil
kira. Jika terlalu terperinci, susah nak faham pula. Faham?
MUHYIDDIN PATUT LETAK JAWATAN GAGAL TAWAB 2 NEGERI
Pengerusi PN Mahiaddin Yassin masih meroyan mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 11 apabila meminta Pengerusi Kerajaan Perpaduan serta Pengerusi BN meletak jawatan selepas prestasi Pilihan Raya Negeri (PRN) di 6 negeri yang kurang memberangsangkan semalam.
Bagi Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Razeef Rakimin, Mahiaddin sebaliknya harus bermuhasabah kelemahan dirinya sendiri kerana beliau juga gagal mengotakan janji PN sapu bersih 5 negeri sebagaimana kempen pilihanraya.
“Saya melihat kenyataan Mahiaddin dalam hal ini sebagai sangat gopoh, malah dalam sidang media beliau yang diadakan semalam beliau seolah-olah telah memenangi majoriti Parlimen di Malaysia, sama seperti yang beliau buat selepas PRU-15 lalu.
“Adakah Muhyiddin terlalu laparkan kedudukan sebagai Perdana Menteri?
“Muhyiddin sendiri gagal merampas Selangor, Pulau Pinang atau Negeri Sembilan daripada Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional, adakah beliau berani mengambil tanggungjawab meletakkan jawatan?” tanyanya dalam satu kenyataan.
Tegas Razeef, Mahiaddin lebih baik bersedia untuk menunggu 4 tahun lagi sebelum berangan angan sekali lagi untuk menjadi PM.
Sebelum itu, katanya, sebaik baiknya beliau mengumumkan kepada partinya, Bersatu strategi untuk mendapatkan negeri pertama untuk parti itu.
“Mahiaddin boleh terus bermimpi untuk menjadi PM kerana kempen dengan memainkan sentimen perkauman dan agama yang sebelum ini mereka gunakan tidak selamanya boleh ditunggang oleh beliau.
“Adalah lebih baik beliau mencari jalan bagaimana seorang Menteri Besar dari parti beliau, Bersatu wujud. Kerana di semua negeri tidak ada seorang pun Menteri Besar mahupun Ketua Menteri dari Bersatu.
“Mungkin beliau boleh fokus untuk mengangkat seorang Menteri Besar dari Bersatu di Kedah memandangkan Pas memimpin Terengganu, Kelantan dan Perlis. Kasihan melihat Bersatu terus ditunggang Pas tanpa diberi tempat sewajarnya,” katanya lagi.
Strategi kempen PN pada PRN lalu adalah merampas Selangor dan Negeri Sembilan.
Dengan cara itu Ahli ahli Parlimen sekutu PH akan ketakutan berdepan survival mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke 16.
Ketakutan itu diharap menyebabkan beberapa parti meninggalkan Kerajaan Perpaduan.
Dengan kukuhnya Negeri Sembilan dan Selangor di tangan PH – BN maka strategi PN bolehlah dianggap gagal.
[viral] KAKI FITNAH HARUS DIKENAKAN TINDAKAN! SAMAN WALAUPUN SUDAH MEMIN...
[gempak] PMX JAWAB MUHYIDDIN TUMPU KES! JANGAN FIKIR HENDAK TEBUK & RAMP...
KAMI KEKAL TIGA NEGERI & MAJORITI DUA PERTIGA TAK BERUBAH – LOGIK APA SURUH SAYA BERHENTI, ANWAR TEMPELAK MAHIADDIN
Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas seteru politiknya Muhyiddin Yassin kerana mendesak dirinya supaya berundur susulan prestasi buruk Pakatan Harapan-BN pada pilihan raya negeri Sabtu lalu.
Bercakap kepada pemberita pagi ini, Anwar mempersoalkan logik di sebalik desakan pengerusi Perikatan Nasional itu, dan berkata gabungan PH-BN masih menguasai majoriti di parlimen.
“Dia buat perkiraan apa? Kita kekal kemenangan (di) tiga (negeri) , kita masih dapat majoriti dua pertiga ahli parlimen.
“Saya nasihatkan dia tumpu kes di mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin Madani serta Pusat Penjaja Madani di Desa Tasik Sungai Besi di Kuala Lumpur hari ini.
Sehari selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, Muhyiddin berkata kemenangan besar gabungan PN yang diterajui oleh PAS dan Bersatu adalah tanda rakyat menolak kerajaan perpaduan yang dipimpin Anwar dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.
Justeru, katanya, mereka perlu meletak jawatan dengan serta-merta.
Pada PRN 12 Ogos itu, PH-BN kekal di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan manakala PN juga terus berkuasa di Kedah, Terengganu dan Kelantan.
Sementara itu, Anwar juga tidak bersetuju dengan pendapat sesetengah pihak yang menyalahkan orang Melayu susulan prestasi buruk Pakatan Harapan-BN dalam enam pilihan raya negeri yang berakhir Sabtu lalu.
Katanya, keputusan tersebut – yang menyaksikan gabungan itu tewas di banyak kerusi majoriti Melayu – sebaliknya harus dijadikan sebagai cabaran oleh PH dan BN untuk menyantuni rakyat supaya memahami konsep Madani.
“Ia mengambil masa, saya tak setuju sesetengah pihak menyalahkan orang Melayu, menyalahkan (kononnya) kefahaman mereka bahawa mereka itu mudah terpengaruh dengan hasutan kaum dan agama, menakut-nakutkan Cina dan DAP.
“Saya tak setuju, ini satu cabaran dan kita cuba menyantuni dan jelaskan pada mereka,” katanya lagi.
Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/676001
BILA MUDAH BERKATA KATA- DUIT KEDEKUT DAN BERKIRA- PROBONO BUAT KERJA BILA KALAH MERATA.ITU PUN TAK DIAMBIL KIRA.
Perlu kerja kuat menangi pertempuran media sosial - Najwan
Kekalahan mengejut calon Pakatan Harapan (PH) di DUN DUN Selangor yang dipertahankan biar pun mereka berprestasi tinggi dan telah melakukan tugas dengan baik memerlukan Kerajaan Negeri menumpukan perhatian kepada penerangan di media sosial.
Bagi Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik, Najwan Halimi, arus media sosial yang mempengaruhi generasi muda pada waktu ini kelihatan amat aneh kerana mereka tidak memikirkan mengenai program ekonomi, sosial atau peluang pekerjaan sebaliknya percaya kepada tohmahan di Tiktok yang tidak sahih malah tidak masuk akal.
"Zaman sekarang zaman digital, zaman informasi. Penting cara mana kita parti politik mengawal atau menguasai kaedah serta teknik penyampaian komunikasi ini
"Sekarang kalau kita ikut Tiktok macam macam informasi ada. Informasi separuh masak. Informasi tidak betul pun ada. Anak muda yang mengikuti media sosial itu lebih mudah terdedah kepada informasi.
"Kalau satu pihak beri informasi A salah. Bila tak ada pihak yang counter, jadi mereka menganggap pendapat (A salah) itu betul
"Itu saya rasa penting untuk PH atau Kerajaan Perpaduan untuk mula bekerja kuat memenangi perang di media sosial," katanya kepada Suara Keadilan.
Menurut Najwan lagi, selagi penyampaian maklumat tidak sampai ke bawah masalah menarik pengundi khususnya dalam kalangan generasi muda akan berlaku, tidak kira bagaimana hebatnya skim bantuan atau prestasi khidmat ADN kepada rakyat.
"Bagi saya dari segi jentera komunikasi itu perlu kita tambah baik, penyampaian maklumat. Banyak dasar dasar kerajaan yang bagus dilaksana untuk rkayat, tetapi dari segi penyampaian maklumat ia tak sampai ke bawah
"Hal ini mempengaruhi pola pengundian (12 Ogos lalu) khususnya pengundi muda," katanya.
Di antara ADN yang dianggap melakukan tugas dengan baik tetapi tewas dalam PRN lalu adalah Exco Selangor Khairuddin Othman dan Zawawi Mughni yang dikalahkan oleh undi anak muda biar pun telah berkhidmat dengan penuh dedikasi di kawasan yang dipertahankan.

















