Pertahan DUN Penanti dari kemaraan PN tugas mencabar Ustaz Rosidi


 Oleh: Abdullah Zaid


Dalam memastikan kemenangan, Pakatan harapan (PH) mempertaruhkan muka baru di DUN N12 Penanti sebagai strategi untuk menarik hati pengundi.


Berlatar belakangkan agamawan, Rosidi Hussain atau lebih dikenali sebagai Ustaz Rosidi tidak asing lagi buat pengundi di Penanti yang mengenalinya sebagai penceramah di masjid mahupun surau.


Imej Ustaz Rosidi dianggap kuat menghadapi propaganda Pas seolah olah golongan agamawan tidak berminat kepada Kerajaan Perpaduan yang 'diragui' keimanannya.


"Seminggu saya berkempen di kampung dan kawasan tumpuan, rata-rata masyarakat termasuk anak muda mengenali saya kerana pengalaman saya sebagai seorang pengajar untuk kuliah di masjid atau surau sekitar ini.


"Jadi ia tidak menjadi satu masalah untuk memperkenalkan diri saya sebagan calon Pakatan Harapan," katanya ketika ditemui Suara Keadilan.


Ditanya mengenai kerjasama jentera PH dan Barisan Nasional (PH-BN) di Penanti, Ustaz Rosidi berkata semangat kekitaan jelas terzahir dengan baik terutamanya pada waktu berkempen.


Beliau berharap semangat tersebut akan diterjemahkan sebagai undi pada 12 Ogos nanti kerana berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke 15 lalu gabungan undi diperolehi PH dan BN akan memastikan kemenangan calon dan menidakkan kemaraan PN.


"Pada saya semangat itu berjaya diterjemahkan melibatkan akar umbi yang mana mereka juga mengambil tugas-tugas jentera seperti pemasangan bendera di sekitar DUN Penanti.


"Kita juga mengadakan siri perbincangan dan perjumpaan di antara pemimpin UMNO kawasan yang turut disertai pemuda dan wanita," ujarnya lagi.


Justeru, berbekalkan semangat ‘Penanti Terbaik’ beliau yang juga seorang peguam syariah dan sivil itu menyeru agar pengundi DUN tersebut memberi peluang kepadanya menerajui kerusi itu.


"Setakat ini saya ada membawa tujuh manifesto untuk DUN Peranti.


"Tekad ini mampu direalisasikan dengan adanya sokongan rakyat dan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan," jelas beliau lagi.


Terdahulu, Pada Pilihan Raya Ke-14 (PRU) kerusi DUN Penanti dimenangi oleh Dr Norlela Ariffin yang memperoleh majoriti 2,944 undi menewaskan lagi dua pencabarnya.


Penanti merupakan salah satu DUN dalam parlimen Permatang Pauh. Kekalahan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar pada PRU lalu membuat Pas mendabik dada menyatakan DUN itu adalah kubu kebal mereka.


Dakwaan itu akan berakhir sekiranya Ustaz Rosidi berjaya mengekalkan dominasi PH di kawasan tersebut.

SETELAH SEMINGGU KEMPEN BERJALAN, KEDUDUKAN SETAKAT INI 4-2



Macam mana PRN 12 Ogos ini?


Berapa negeri PH boleh menang dan berapa negeri pula untuk PN?


Sejak dua tiga hari lalu, ke mana saja saya pergi dan terjumpa dengan kawan-kawan, inilah antara soalan yang paling kerap mereka tanyakan.


Mereka yang menghubungi saya melalui telefon atau menghantar pesanan tulisan, itulah juga selalunya pertanyaan mereka.


Untuk itu, sesuai dengan tempoh kempen PRN enam negeri sudah berjalan kira-kira seminggu sejak penamaan calon pada 29 Julai lalu, saya dengan langkah pro bono mengambil peluang untuk menghubungi beberapa kenalan di negeri berkenaan, sementara di Selangor dan Negeri Sembilan, saya sendiri dua tiga kali turun padang membuat tinjauan.


Secara kasar, setelah seminggu kempen berjalan, dapatan yang diperolehi menunjukkan PH masih mendahului di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.


Di ketiga-tiga negeri berkenaan, PH diyakini mampu mengekalkan pemerintahannya, walaupun majoriti kerusi yang diperolehi dijangka akan berkurangan.


Rata-rata mereka yang ditemui dan ditanya boleh dikata berpuas hati dengan pemerintahan PH selama ini dan tiada isu yang mengguris hati atau boleh menyebabkan mereka marah, lalu terdetik keinginan menukar kerajaan kepada PN.


Dalam pemahaman mereka, keghairahan PN untuk menang hanya semata-mata kerana ingin melonjakkan lagi kerakusan terhadap kuasa, sama ada untuk menjadikannya sebagai landasan menjatuhkan kerajaan selepas ini atau untuk mendepani PRU16 akan datang.


Dengan itu, PH lebih menjadi pilihan pengundi untuk meneruskan khidmat kepada rakyat, tambahan lagi prestasi kerajaan perpaduan di peringkat pusat yang memuaskan dan kedudukannya yang selari dengan kerajaan negeri, turut merupakan perkiraan yang banyak melekat dalam hati.


Dalam masa yang sama, isu calon kitar semula, penguasaan calon kem Azmin Ali yang terlalu menonjol dan percikan dalaman antara Pas dan Gerakan berkaitan pencalonan Presiden Gerakan, Dominic Lau diletakkan bertanding di kawasan Melayu di Pulau Pinang, adalah antara hambatan utama yang menipiskan lagi peluang PN di Selangor.


Bagi Negeri Sembilan, masalah utama PN ialah mereka dilihat tidak menampilkan pemimpin yang benar-benar ada merit berbanding PH dan BN untuk menerajui dan mengambil alih kerajaan negeri.


Memang ada sedikit masalah dalaman di sana sini di dalam PH berkaitan pemilihan calon dan terkait hubungannya dengan BN, khusus dalam pembahagian kerusi, tetapi ia tidak sampai menggugat jumlah perolehan kerusi yang dijangka dimenangi.


Meskipun UMNO bertanding lebih banyak kerusi dan berkemungkinan PH, khususnya PKR dan Amanah bakal tewas satu dua kerusi disebabkan masalah dalaman tadi, bagaimanapun adalah dijangka kerusi Menteri Besar akan terus kekal dipegang oleh Aminudin Harun.


Selain Aminuddin dikekalkan kerana ia sudah dijanjikan dan beliau memang sudah pun menduduki kerusi itu, formula sokongan PH kepada Menteri Besar Perak dan Pahang selepas PRU15 lalu, dirasakan akan menjadi pegangan untuk membina kestabilan politik di Negeri Sembilan selepas PRN nanti.


Ertinya, walaupun kerusi yang mungkin dimenangi UMNO adalah lebih, ia tidak menjadikan kerusi Menteri Besar Negeri Sembilan berpindah kepada calon parti itu.


Tambahan lagi, Mohamad Hasan atau Tok Mat yang bertanding kerusi Dun Rantau sudah berada dalam kabinet kerajaan perpaduan di peringkat pusat sebagai Menteri Pertahanan sekarang ini.


Takkan Tok Mat nak jadi Menteri Besar semula?


Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias yang bertanding di Dun Pertang dan turut dilihat berminat untuk kerusi Menteri Besar, rasa-rasanya cukuplah sekadar jadi Exco saja.


Di Pulau Pinang, di sebalik ada kemungkinan majoriti kerusi akan berkurangan, kemampuan PH/BN mengekalkan kekal memerintah lagi tidak pernah diragukan.


Bersama perbalahan Pas dan Gerakan dijangka berlarutan sehingga ke peti undi, semua ini adalah elemen yang akan meningkatkan lagi kemampuan PH memenangi lebih banyak kerusi.


Bagi tiga negeri yang kini ditadbir PN, meskipun ada peningkatan sokongan dan arus perubahan mula kelihatan kepada PH, tetapi yang paling berpotensi untuk bertukar kerajaan ialah Kedah.


Dengan pelbagai isu melingkari Sanusi Md Nor, Menteri Besar berciri pelawak dan kerjanya hanya mengata orang tanpa menampilkan tawaran untuk rakyat sebagai ketua sebuah kerajaan negeri, kebarangkalian untuk perubahan dilihat cerah sekali.


Jumlah boleh menang bagi PH/BN setakat ini di Kedah ialah 16 kerusi.


Tetapi, dengan PH/BN bakal meningkatkan lagi serangan kempen mulai minggu depan, 19 hingga 20 kerusi diyakini dapat ditakluki, sekaligus dengan jumlah itu bakal menghantar Sanusi sebagai Ketua Pembangkang semula di Dun Kedah selepas 12 Ogos nanti.


Untuk Kelantan dan Terengganu, tidak dinafikan turut bertiup angin perubahan dan peningkatan sokongan, tetapi PN melalui kekuatan akar umbi Pas, hampir pasti kekal lagi menguasai kedua-dua negeri tersebut.


Kesimpulannya, setelah seminggu kempen berlangsung setakat ini, kedudukan semasa ialah 4-2. – ShahbudinHusin 06/08/2023.


https://shahbudindotcom.net/



FUYOOOO- JANGAN KACAU PARTI GELAKAN...GELAKAN KAWAN KITE.

 



Guane boh? Dah kena marah dengan abang besar ke tu? Siap suruh lindungi Dominic Lau, Presiden Gerakan. Waaa.... Dah upgrade. Sekarang ni PAS dah lindungi penentang hudud la. Hebat! 👏🏻👏🏻👏🏻


Siap ingatkan ahli jangan cuba cabar kebijaksanaan Presiden PAS. Tapi memang dari dulu lagi kan ahli dilarang lebih cerdik dari Presiden. Cuma tak pasti presiden dia tu bijak tak. Yang pastinya, kalau tanya lain, dia akan jawab lain. Itu kita biasa tengok.


Satu lagi, lebai dan walaun dulu kan benci sangat sekolah vernakular. Tapi sekarang lulusan sekolah vernakular pun boleh jadi calon PN. Demi nak kuasa tak peduli dah tu semua. Hipokrit tak? Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


PN SIBUK KATA PH. SEKALI INI YANG TERJADI

 



Ini yang kelakar. PN sibuk nak kata penyokong BN tolak PH, penyokong PH tak terima PN, sekali yang terjadi, walaun tolak Gerakan. Nampak sangat yang kerjasama PN tu pimpinan syok sendiri. Tak direstui akar umbi.


Nampaknya perpecahan PN ni bukan kecil. Kalau sampai Timbalan Pengerusi PN pun kena halau, itu dah parah tu. Lagi kelakar, yang dipanggil ceramah mega tu sebenarnya tak melibatkan Gerakan. Apa kena tu?


Kenapa nak buat ceramah mega tak libatkan parti komponen? Sebab nak cerita benda rasis ke? Itulah susahnya bila gunakan isu rasis sebagai motif tapi dalam masa yang sama masih nak undi berbilang kaum. Kan susah sendiri. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


NOOHHHH. HAAAIIIIHHHH


 

AZMIN AMBIK DARI BIBLE KA?


 

12 KEJAYAAN SANUSI TERMASUK MENJENAMAKAN KEPALA BAPAK SEBAGAI PUJIAN.


 

MASA TANYA DALAM DEWAN PAKAT DIAM. DI LUAR KEMAIN LAGI.


 

PALA BAPAK HANG...KAH..KAH..NUSI TIPU ORANG KEDAH 3 TAHUN DULU....


 

RAFIZI KUTUK NIK ZAWAWI YANG BODO-PERBODOHKAN ORANG KAMPUNG. APA DIA BUAT MASA JADI TIM MENTERI DULU- PI MAKAN KENDURI SAJA.


 

TRY LA....

 

Ana Tahu


Try la alang-alang orang dah offer tu. Ko guano? Sayang ko Nik Amar lagi ko?




MAT JARGON SAKITKAN HATI PENIAGA ROTI CANAI MELAYU....LEKEH LA HANG NI.

 




Pempengaruh pro-PN, terkesan sungguh dengan posting saya mengenai WAF. 


Katanya apa masalahnya? Dia suka Roti Canai Melayu buat dari Mamak buat. 


Kalau orang biasa cakap, tu oklah. Orang tak kisah. 

Kalau bekas Menteri yang cakap, tu “miskin diplomasi” namanya brother. 


Cuba terbalik kan, contoh: Najib Razak kesayangan brother cakap “Saya suka lagi Roti Canai Mamak dari yang Melayu buat” Rasanya apa perasan peniaga Melayu kita? Apa impak kepada perniagaan mereka? 


Ini kerana pemimpin politik lain bezanya. Tuntutan EQ dan diplomasi. Tak boleh hanya cakap apa saja dalam kepala. Bukan macam rakyat biasa. 


Dia nak tunjuk dia gah, katanya sampai benam WAF punya Twitter. Apa lah sangat orang lain buat. 


Set2 macam ni tak boleh tengok orang lain buat juga, kena tunjuk mereka lagi hebat 😅 ok lah. Ambik lah… 


Chill2 ja brother. Kita troll politician pun. Bukannya troll awak. 


Ini ha coverage miskin diplomasi WAF. Netizen dok troll dan bantai. Bukan sister saja ok?


Kalau dah salah tu, salah lah. Jangan sebab nak backup parti, WAF salah pun di back up. Walhal dulu dia yang juga troll tak sudah 😅✌🏼


~LM~



NAK JADI PM ATAS KEJAYAAN ORANG LAIN.



DKH-KD HARON.



Masa TSMY tadbir negara 18 tu apa dia buat. 

1.Pertamaarlimen digantung, negara darurat,

 2.rakyat dilarang keluar dan bekerja. 

3.harga barang melambung tinggi,

 4. kos sara hidup rakyat begitu tinggi, 

5. mata wang jatuh, 

6. pelabur lari tinggalkan negara,

 7. pelabur luar tak masuk, 

  8. mati sakit dan mati bunoh diri,


9. PM ketika itu TSMY gagal lalu letak jawatan.

 

Kinimuncul semula mahu jadi PM diatas kejayaan orang. 

Tikam belakang dalam langkah Sheraton. Rompakan besar besaran wang negara tanpa perlu kelulusan parlimen, rasuah bermaharajalela. Apakah rakyat buta ke???.

Dok dalam gua ke apa.. tak nampak apa yg kerajaan perpaduan dah buat.



APA HAL SELANGOR..HABIH KELANTAN APA CER..

 




Yang miskin, Kelantan. Yang ada masalah air, juga Kelantan. Malah yang pernah tersangkut gaji para penjawat awam pun di Kelantan juga. Tapi yang PN tawarkan bantuan air percuma, bantuan dan bonus kakitangan awam semuanya di Selangor. Kelantan apa cerita?


PN ni cuma tahu belanja duit yang ada je. Tak ada idea pun nak penuhkan kantung negeri. Kalau nak perabis dia tahu la. Tapi kalau untuk tambah, otak mereka tumpul dan mandul. Sama macam mereka buat ketika 33 bulan mentadbir Putrajaya dulu.


Nampak sangat PN tak ada idea. Tak cerita pun apa langkah bakal diambil untuk tingkat ekonomi. Yang cerita cuma habur duit. Memang betul gamaknya kalau PN yang memerintah Selangor, maka negeri itu akan jatuh miskin macam negeri PN yang lain. Guane boh?


 

Raja Gelap 



TAKDIRRR- SIAP HANG SANUSI...MAMPOIH LA KENA SAMAN KIRI KANAN...TINGGAI TELOQ..



SAFT BATU TIGA .RINA HARUS YANG TERUS DIPERTIKAI KELULUSAN BELIAU

 SAFT BATU TIGA 





Ketua Wanita PN akan bertanding di Batu Tiga PRN ini. Melawan Calon Perpaduan, Danial Al Rashid. 


Saya cuba lah nak cari CV Bekas Menteri kita ni. Dalam FB dia tak upload. Rupanya hanya diedar kepada pengundi di Batu Tiga. Di bawah ini yang disampaikan pada saya. 


Banyak betul kesangsian yang timbul. 


1. Macam mana dia buat Diploma UiTM dia serentak dan sama tahun dengan Ijazah di US? Hebat tu! 

2. Setelah disemak juga, Universiti Northwood ni universiti private juga. Bukan Public University. Saya cuba cari dalam MQA untuk akreditasi. 

3. Selalunya tempoh Ijazah di USA 4 tahun. Yang ni 2-3 tahun saja. Boleh kah?


Benda ni bukan perkara baru. Dulu tahun 2019 lagi orang dah bangkitkan. Tapi beliau jawab beliau tak kisah pun orang nak mengata. Dia nak fokus khidmat dia kepada rakyat saja. 


**************************


Rina Harun antara yang kekal jadi Menteri post PRU14. Dilantik oleh 3 PM berturut2: PM7-PM9. 


Tapi persoalannya, apa yang telah dibuat? Selain isu sebutan “doubt” ketika Mesyuarat di PBB dan episod dia cuci najis unggas, benda lain saya tak ingat. 


Dia pindah dari Titiwangsa ke Sepang. Kalah masa PRU15. Walaupun caretaker Minister ketika itu. La ni dia nak berentap di Batu Tiga. 


Pada saya, dia dah masuk golongan politikus dinosaur. Harus pupus. Tiada signifikan lagi dalam dunia politik negara. Boleh bagi peluang orang lain pula. 


Lawannya, Saudara Danial melalui CV nampak mantap dan berkaliber. Ada pengalaman sebagai ahli Majlis dan masih muda. 


Dan kita pun tahu kita perlukan lebih ramai Pemimpin Hang Nadim dalam negara. Boleh jadikan dia GIANT KILLER, bekas Menteri pula. 


Kalau saya jadi pengundi Batu Tiga, beliaulah pilihan saya. Kita harus pupuskan pemimpin dinosaur bila kena masanya. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



BERSAMA WARGA DELL TECHNOLOGIES






Usai bersama anak-anak di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang saya terus ke sesi dialog dan minum petang bersama warga Dell Technologies.

Saya punyai banyak kenangan manis dengan pengasas Dell yang memperkenalkan saya kepada dunia teknologi terutamanya komputer peribadi.

Saya juga hargai usaha Dell Technologies yang membantu merancakkan ekonomi negara dengan menggaji lebih tujuh ribu pekerja di seluruh Malaysia. 

Saya berharap usaha mereka ini tidak terhenti di sini sebaliknya terus menggembangkan pelaburan di negara kita.

Dalam sesi dialog ini saya turut ditanya berkenaan perancangan kerajaan untuk menstabilkan nilai ringgit berbanding mata wang asing terutama dolar Amerika.

Saya jelaskan isu ini amat kompleks kerana ia ada hubungan dengan kesan tindakan ekonomi yang diambil oleh Amerika Syarikat yang di luar kawalan Malaysia. 

Bagi mengurangkan impak terkait isu ini, saya nyatakan bahawa sebarang urus niaga perlu dilakukan dengan menggunakan mata wang negara masing-masing.

#MalaysiaMADANI