BEZA UCAPAN PEMIMPIN


 

AMARAN KERAS NIH....HADOI...DAH KENA TANGKAP KA KETUA GEROMBOLAN ? KEH..KEH..HANG TAK TAU DAN RASA LAGI DUDUK DALAM SEL..JANGAN BERANI SANGAT.....


 

NAK TEBUK ATAP LAGI KAH ? SAT NAK TEMBAK JATUH BUANG....


 

ZUNAR CARTOONIST FAN CLUB



PAS TAK ADA KERJA LAIN, HANYA MAIN WAYANG SAHAJA.


 

SELEPAS TAK DUDUK DALAM PAS- NAMPAK SEL OTAK DIA MULA BERFUNGSI




 

HANYA UNDANG2 JALAN TERBAIK TANGANI FITNAH DAN PEMBOHONGAN, TERUTAMA YANG MENGGUNA NAMA ISLAM

 

Setakat ini sekurang-kurangnya dua pemimpin Pas sedang disiasat polis kerana fitnah jahat mereka erhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan mengeluarkan kenyataan yang mengancam keharmonian awam.

Ahli Parliman Baling, Hassan Saad disiasat kerana menuduh Anwar sebagai ejen Israel.

Presiden Pas, Hadi Awang turut disiasat kerana melemparkan tuduhan bahawa PH mempromosi Islamofobia di negara ini.

Calon PN Padang Serai, Azman Nasruddin pula disiasat kerana mengeluarkan kenyataan mendakwa kerajaan perpaduan sekarang yang penubuhannya diilhamkan oleh Agong sebagai “kerajaan zina”.

Semua tindakan itu adalah susulan arahan Anwar kepada pihak polis agar mengambil tindakan segera terhadap mereka yang membuat fitnah atau mengeluarkan kenyataan keterlaluan sehingga boleh mengancam keharmonian negara.

Berikutan tiga siasatan itu, adalah dijangka lebih ramai akan disiasat atau ditangkap dalam hari-hari mendatang ini.

Ini berikutan, jika diperhatikan, terutama Pas dan mereka yang berkaitan dengannya, begitu ghairah sejak perlantikan Anwar sebagai Perdana Menteri ini mengeluarkan pelbagai kenyataan jahat, fitnah dan pembohongan terhadap Perdana Menteri dan juga kerajaan.

Mereka seolah-olah tidak dapat menerima hakikat kegagalan menjadi kerajaan, hilang jawatan dan tiba-tiba tiada lagi gaji bulanan masuk ke dalam akaun bank masing-masing.

Mereka seolah-olah jadi sasau dan meracau sehingga tergamak menuduh Perdana Menteri sebagai ejen Israel serta mempersenda Agong dalam hal perlantikan Anwar.

Dalam hal ini, eloklah pimpinan Pas beristighfar banyak-banyak, sentiasa berwuduk dan kerap bersembahyang agar jiwa lebih tenang dalam menerima kekalahan.

Janganlah menerima kekalahan dan kegagalan menjadi kerajaan dengan tindakan fitnah dan pembohongan sehingga boleh menggugat keharmonian negara dan lupa dosa serta pahala.

Tindakan Anwar mengarahkan pihak polis untuk bertindak tegas dalam hal ini adalah langkah terpuji dan ia mesti disusuli dengan pendakwaan, seterusnya hukuman jika terbukti ada kesalahan dilakukan, tanpa mengira siapa mereka berkenaan.

Jangan dibiarkan fitnah dan pembohongan terus bertebaran, terutama oleh pihak berwajah Islam dan menggunakan nama Islam dalam gerakan sehariannya.

Penebar fitnah, pembawa cerita bohong dan mereka yang bermulut jahat ini harus dihentikan perbuatan jahat mereka dan agar mereka tahu negara ini ada undang-undang yang mengawalnya.

Undang-undang dan penguatkuasaan adalah benteng terbaik menangani kejahatan tersebut kerana kecanduan mereka melakukan perbuatan itu tidak mampu diatasi dengan sekadar penjelasan atau jawapan yang berfakta semata-mata.

Apa juga jawapan dan penjelasan yang diberi, mereka akan sentiasa memutar-belit dan tidak mempercayainya.

Dengan itu, hanya tangkapan, lokap polis, mahkamah, denda atau penjara saja jalan terbaik untuk membendung semua kejahatan itu.

Selepas pilihan raya berakhir dan setelah kerajaan perpaduan terbentuk atas titah Agong, semua pihak seharusnya berlapang dada dan berjiwa dingin untuk lebih memikirkan kepentingan negara daripada hawa nafsu serta kepentingan politik sendiri.

Kepada Anwar yang kini menerajui kerajaan dan pihak polis yang menguatkuasakan undang-undang, teruskanlah dengan langkah tegas itu demi masa depan negara ini.

Jangan lagi dibagi muka kepada penyebar fitnah dan pembohongan itu, terutama jika melibatkan kaum serta agama dan yang boleh mengancam keharmonian dan menjejaskan kehidupan rakyat berbilang kaum.

Sudah sampai masanya ia wajib dihentikan dan Anwar jika terus tegas dalam hal ini, percayalah, majoriti rakyat akan berdiri teguh di belakangnya. – ShahbudinHusin 30/11/2022.



2 BULAN SEBELUM PILIHANRAYA, BELIAU KE INDIA DAN DISAMBUT SEBAGAI PM.


 

DSAI MENJAWAB DENGAN TENANG


 

BANYAK AGEN RAHSIA- ANWAR PALING HEBAT DALAM DUNIA


 

LEPAS UCAP MANA MUHYIDDIN MENYEPI


 

SILA SIASAT DOKUMEN PERJANJIAN SULIT APAKAH ANTARA ISMAIL SABRI DAN MUHYIDDIN YASSIN


 

CERAMAH PENUH SARKASTIK, LUCU TAPI PEDAS OLEH YB SANY HAMZAN DI CERAMAH ...

TAK SALAH JANGAN TAKUT




Ada orang dalam ketakutan ke tu? Hahaha... Relax la bro. Kalau takde buat salah, nak takut apa? Nama pun witch hunt. If you ain't a witch, you won't be hunted. Simple.

Satu lagi Wan Saiful kata Rafizi dengan melobi jawatan Menteri Kewangan. Wow.! Dia yang duduk luar parti boleh tahu eh? Hebat sangat. Kalau bukan fitnah bermakna betul dia witch. Guna kuasa sihir untuk menelek.

Tapi DS Anwar dah kata beliau tak berminat untuk mengorek kisah lalu oleh kerajaan sebelum ini. Dah chill la bro. Takyah takut sangat. Mamam sikit eh? Guane boh?

Raja Gelap

.

ELOK MAKAN PANADOL





Berkat makan kismis minda, ingatan pemimpin PAS dah kembali pulih. Tapi sayangnya terlewat sedikit. Dah lepas PRU baru nak makan kismis minda tu.

Masa 33 bulan dalam kerajaan, langsung tak sentuh pasal RUU355 ni. Tiba-tiba jadi pembangkang, baru nak ingat. Itu pun dia suruh orang buat. Bukan dia.

Ini bukan apa. Ucapan ni sebagai pemula kata. Jadi lepas ini, senang sikit nak gunakan isu RUU355 ni untuk kafirkan PH, DAP dan DS Anwar. Guane boh?

Raja Gelap

 

JOM KITA TENGOK FAKTA UEC








UEC

Banyak geng PN/ PAS guna UEC sebagai modal perkauman.

Mari kita tengok fakta yang ada.

Ketika PH memerintah 22 bulan, bukan saja UEC tidak diiktiraf untuk kemasukan ke IPTA, malah masuk Maktab Perguruan pun tidak boleh guna UEC. Itu keputusan Jemaah Menteri.

Ini menyebabkan DAP dibantai oleh Gerakan dan MCA. DAP terciduk. Walhal benda tu masuk dalam manifesto.

Parti Gerakan juga cukup gembira bilamana UEC diiktiraf di Sabah. Siap puji melambung. Tahun 2019, Parti Gerakan siap sound Menteri Maszlee Malik kenapa nak tunda pengiktirafan UEC.

Sekarang parti Gerakan dah duduk sekolam dengan PN/ PAS. Tapi bab ni mereka senyapkan.

Zaman PN jadi Menteri Pendidikan, tahun 2020 mereka pun iktiraf UEC untuk masuk buat program perguruan. Itu takde pulak nak diberitahu. Saya kepilkan bukti kenyataan Kementerian Pendidikan tahun 2020 masa Menteri Radzi Jiddin berkuasa.

Peliknya, zaman DAP dalam Kerajaan, UEC tak diiktiraf bukan saja untuk kemasukkan IPTA, nak jadi cikgu pun tak boleh. Zaman PN/PAS dibolehkan pula. Pastu dok canang benda ni jadi retorik politik kaum dan agama.

Tu sebab kalau propaganda kaum ni, kita kena hati2 betul. Mereka menangguk di air keroh.

Pada saya, kalau pun nak iktiraf UEC, ketatkan syaratnya. Jangan bagi begitu saja la. Kita hanya ada satu Dasar Pendidikan Negara. Boleh masukkan syarat ketat kena dapat kredit dalam Kertas SPM Bahasa Melayu dan Sejarah serta kena hadir kursus Kenegaraan sebulan.

Kalau tak sampai sudah tak settle. Kutu2 ni pulak buat modal politik nak berkuasa. Bila mereka naik, 2x5.

Salam hormat,

Liyana Marzuki


Calon PN hina Agong, fitnah kerajaan perpaduan sebagai ‘kerajaan zina’

 


Calon PN hina Agong, fitnah kerajaan perpaduan sebagai ‘kerajaan zina’


Calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin digesa membuat permohonan maaf selepas membuat kenyataan kononnya kerajaan yang dibentuk ketika ini adalah ‘kerajaan zina’.

Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Mohamad Sofee Razak, berkata kenyataan Azman itu tidak wajar dan dilihat sebagai menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Semua orang tahu Kerajaan Perpaduan dicadangkan Al-Sultan Abdullah, jadi sangat tidak wajar beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu, ini seperti menghina baginda.

“Saya menggesa beliau memohon maaf di atas kenyataan berniat jahat dan mempunyai implikasi negatif itu,” katanya ketika ditemui BH Online selepas majlis Kenduri Kesyukuran PH di Padang Serai di sini, hari ini.

Malam tadi, Azman dilaporkan berkata, beliau yakin ada isyarat jelas penolakan terhadap PH dan Barisan Nasional (BN), susulan pembentukan Kerajaan Perpaduan yang disifatkannya sebagai ‘kerajaan zina’.

Ketika berkempen malam tadi, Azman berkata, ‘perkahwinan’ PH dan BN itu tidak direstui sebahagian pimpinan dan ahli pada peringkat akar umbi.

Mohamad Sofee berkata, sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan masih aktif sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), Azman sepatutnya lebih menjaga pertuturan di khalayak ramai.

Sementara itu, calon BN, Datuk C Sivaraj berkata, kenyataan Azman itu bersifat angkuh dan terlalu agresif untuk diselitkan dalam ucapan ketika berkempen berikutan rakyat negara ini daripada pelbagai kaum dan agama.

Katanya, Azman perlu mengelak bermain politik kotor dan jijik untuk menanam kebencian rakyat terhadap BN mahupun dirinya sebagai calon PN.

“Beliau tidak seharusnya menggunakan ayat sebegitu ketika berkempen, ia tidak sesuai untuk menarik pengundi, sebaliknya boleh merosakkan minda anak muda dengan penggunaan ayat berkenaan,” katanya.

Selain Sivaraj, Mohamad Sofee dan Azman, Parlimen Padang Serai yang menyaksikan pertembungan enam penjuru turut membabitkan calon PEJUANG, Hamzah Abd Rahman, Mohd Bakri Hashim (WARISAN) dan Sreanandha Rao (Bebas).

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Padang Serai ditangguhkan selepas calon PH yang juga penyandang, M Karupaiya meninggal dunia pada 16 November lalu, dua hari selepas dimasukkan ke Hospital Kulim akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memutuskan penangguhan PRU15 di kerusi terbabit kemudian menetapkan 7 Disember ini sebagai tarikh pengundian.


RENTASAN 1260 | GEMPAR!! KINI HADI AWANG GUNAKAN SUKAN BOLA SEPAK SEBAGA...







MENARIK DALAM RENTASAN 1260
1. PONTENG, AMBIL GAJI DAN GEMAR MENGHASUT - EJEN APA PULA? 2. PRESIDEN PAS HASUT RAKYAT DERHAKA 3. SEMOGA TERKAMBUS LUBUK EMAS KAKI SAKAU 4. MANA PERGI RM600 BILION?




Datuk Zaharin Respon Kenyataan Perli YDPA Oleh Haji Hadi Dan Video Viral...

OOOO FAHAM FAHAM- SEBAB TU MAKAN GAJI BUTA. TAK PERNAH PUN DIA BAWA ISU HARGA BARANG NAIK KA- AIR KARAT DI KELANAN KA...DLL TAPI DIA KATA IKUT DIA LAH


 

PH, BN kongsi pentas ceramah DUN Tioman malam ini..Nak heraan apa PAS pernh peluk DAP

 

PH, BN kongsi pentas ceramah DUN Tioman malam ini.


Poster ceramah umum DUN Tioman yang memaparkan pemimpin BN dan PH berkongsi pentas ceramah di tempat letak kereta Pasar Besar Rompin, malam esok.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan berkongsi pentas ceramah pilihan raya umum ke-15 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman.

Ceramah umum tersebut akan diadakan di tempat letak kereta Pasar Besar Rompin malam esok melibatkan beberapa pemimpin utama PH dan BN.

Antara nama besar daripada kedua-dua parti yang bakal berkongsi pentas buat kali pertama adalah Pengerusi BN Pahang Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi PH Pahang Amirudin Shari dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Sebelum ini, PH meletakkan calon mereka daripada Amanah, Mohd Fadzli Mohd Ramly bertanding di DUN berkenaan.

Bagaimanapun awal hari ini, FMT melaporkan, Setiausaha Agung Amanah, Hatta Ramli berkata keputusan telah dibuat bagi memberi laluan kepada BN untuk bertanding di kerusi tersebut.

Hatta berkata, tindakan itu diambil bagi melahirkan tanda kesepakatan kerajaan perpaduan di peringkat negeri dan nasional.

Pilihan raya umum DUN Tioman membabitkan pertandingan lima penjuru di antara penyandang Mohd Johari Hussain daripada BN, Nor Idayu Hashim (Perikatan Nasional), Osman A Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH) dan calon Bebas Sulaiman Bakar.

Hari pengundian DUN Tioman telah ditangguhkan sehingga 7 Dis selepas kematian calon PN, Md Yunus Rami akibat serangan jantung pada sebelah pagi hari pengundian pada 19 Nov lalu.


OK..OK...FAHAM FAHAM KENAPA DOWN SANGAT

 

Hahaha.....

Barulah Ana faham kenapa dia semakin gila, merapu tak ketahuan hala tuju... hahaha...

Bahaya juga ekkkk... penyakit gila Jawatan dan Kuasa ni yeaaa.... nauzubillah....




 

NI HA...OK JA NI

 


Anwar julung kali hadap Agong sebagai PM


Anwar Ibrahim ketika menghadap Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara hari ini. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Anwar Ibrahim julung kali menghadap Yang di-Pertuan Agong sejak dilantik sebagai perdana menteri minggu lalu.

Pertemuan itu diadakan di Istana Negara pada 5 petang tadi.

Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10 di hadapan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Khamis lalu, selepas kebuntuan politik hampir seminggu susulan keputusan pilihan raya umum ke-15.

Anwar mengetuai kerajaan perpaduan yang terdiri daripada Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah, dengan sokongan daripada Ahli Parlimen Muda, Warisan, Parti Bangsa Malaysia, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat dan dua wakil rakyat bebas.


MASUK DEWAN : KISAH BAGAIMANA BAGI DUIT PILIHANRAYA


 

TAZKIRAH YANG AMAT BAIK - JANGAN KAFIRKAN ORANG -KITA TAK DAKWAH MEREKA DAN KITA SALAHKAN MEREKA






 

INGAT- JANGAN LANTIK PEMIMPIN YANG KHIANAT


 

KEH..KEH....SENANG KERJA LA....


 

KAH..KAH..KAH.....LAWAK WOIII....MENANG PARLIMEN SOH ORANG LAIN JAGA....HANG BUAT PA..DOK SAJA..


 

RUPANYA RAMAI YANG BERNAZAR UNTUK ANWAR

 

Hari Isnin semalam, sempena cuti umum berikutan Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri, saya mengambil peluang untuk pulang ke kampung di Perak.

Tujuannya sekadar menziarahi rumah pusaka sambil menjenguk kakak kandung yang masih ada bersama keluarganya.

Apabila saya sampai ke rumah kakak selepas waktu tengahari, saya diberitahu beliau dan seorang anak perempuan yang tinggal bersamanya sedang berpuasa.

Tujuan asal saya ke rumahnya untuk makan tengahari bersama lantas tidak kesampaian.

Oleh kerana semalam hari Isnin, saya menyangka mereka hanya meneruskan amalan berpuasa sunat Isnin dan Khamis saja.

Setelah berbual-bual kemudiannya, kakak saya memberitahu, dia dan anaknya yang baru tamat pengajian dan menunggu pekerjaan itu berpuasa kerana nazar yang disekalikan dengan puasa sunat hari Isnin.

Nazar apa, tanya saya.

Nazar sebab Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, kata kakak saya dengan tersenyum.

Rupa-rupanya bukan saja kakak saya, anaknya yang merupakan anak saudara saya juga berpuasa nazar kerana Anwar menjadi Perdana Menteri.

Sungguh saya agak terkejut dengan nazar yang mereka lakukan kerana selama ini tidak pernah saya mendengar mereka merupakan penyokong Anwar, PKR mahu pun PH.

Sebagai bekas guru, kakak saya tidak begitu mencampuri soal politik dan hanya sesekali berbual mengenai isu politik semasa.

Tetapi, dengan nazar yang mereka lakukan itu, tahulah juga saya bahawa tentulah mereka mengundi PH dalam PRU15 yang lalu.

Berbual-bual lagi kemudiannya, kakak saya memberitahu, selain ada beberapa jirannya yang turut bernazar puasa jika Anwar menjadi Perdana Menteri, ramai lagi kawan-kawannya yang turut berbuat demikian.

Diberitahu kepada saya, mereka bernazar puasa itu tidak lain tujuannya melainkan kerana yakin dalam situasi sekarang, hanya Anwar yang mampu menjelmakan perubahan demi kebaikan rakyat serta negara.

Masya Allah…sungguh tak diduga sampai begitu sekali ada rakyat yang amat berharap Anwar menjadi Perdana Menteri dan memohon kepada Tujan agar pengharapan mereka dimakbulkan.

Dalam hal ini, saya yakin dan percaya, ramai lagi rakyat biasa di tempat-tempat lain di seluruh negara yang turut bernazar puasa demi mengharapkan Anwar menjadi Perdana Menteri, walaupun mereka tidak pernah bersua muka, kenal atau bersalaman dengannya.

Yang saya tahu dan sedar sejak Anwar mengangkat sumpah pada Khamis, 24 November lalu ialah ramai kawan dan kenalan yang membotakkan kepala sebagai nazar berikutan apa yang mereka harapkan sudah menjadi kenyataan.

Di media sosial, sejumlah mereka telah pun memuat-naik gambar-gambar yang memperlihatkan rambut masing-masing telah dicukur licin.

Di waktu yang sama, tidak kurang ada yang bersedekah pulut kuning untuk diberikan kepada jiran dan kawan-kawan sebagai tanda kegembiraan berkaitan hal yang sama.

Rasanya inilah julung kali rakyat melakukan pelbagai nazar sebagai ikhtiar kepada Tuhan dalam soal perlantikan Perdana Menteri.

Mudah-mudahan tertakdirnya Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 ini, antara sebabnya ialah kerana adanya doa-doa ikhlas daripada rakyat yang tidak mengharapkan apa-apa, melainkan hanya kebaikan untuk masa depan negara yang tercinta.

Anwar pula, jika beliau menyedari begitu tinggi pengharapan rakyat terhadapnya – bekerjalah dengan bersungguh-sungguh dan jangan sesekali menghampakan harapan tersebut. – ShahbudinHusin 29/11/2022.



KEH..KEH...KENAPA LA KAU CABAR ORANG SOH REPORT..KAN DAH KENA REPORT....JANGAN DOWN KALAU HILANG DUIT DAN JAWATANG.


 

BERITA BERKAITAN DAP LAGI. KALI NI HADI AWANG KATA DAP BUAT BAGI ORANG TAKUT KEPADA ISLAM. BUKAN HADI AWANG KAH YANG BUAT ORANG TAKUT NAK DEKAT PADA ISLAM ?


 

ANWAR IBRAHIM BERCERAMAH DI KALANGAN RAKYAT INDIA DI INDIA


 

HABIS YANG PERINTAH SELAMA NI MELAYU KA INDIA KA CINA ? BAGI KUASA TAK BOLEH NAK BUAT APA ...


 

KISAH DULU DULU- JADI KALAU HANGPA DENGAR CERITA PONG PANG PONG PANG- ITU BIASA DARI PARTI PAS



 NI KERATAN AKHBAR TAHUN 1985- KALAU TAK SILAP