KENAPA ALLAH IZINKAN PENGKHIANATAN BERLAKU SIRI 2


KENAPA ALLAH IZINKAN PENGKHIANATAN BERLAKU : ANDA MUSLIM YANG BAIK ? JOM BACA SIRI 2

 

 

Allah tahu yang penunggang agama ini selalu berdagang ayat-ayat Allah demi sedikit habuan dunia, lalu Allah zahirkan apa yang tersembunyi di dalam hati-hati mereka. Tanpa tertubuhnya kerajaan al-ghadr ini, kita tidak tahu orang yang berpuluh tahun berjuang bersama kita adalah pengkhianat. Kita tidak tahu orang yang mereka berpura-pura jadi king maker dan menipu pengundi sedangkan mereka sendiri sudah menyucikan kleptokrat tadi.

 

Kita juga kini tahu yang ada sarjana kedoktoran, muhaddisin juga boleh menjadi perisai pengkhianat. Kita juga tidak tahu yang "fatwa" pandai baca doa dan jadi imam solat bukan ciri-ciri pemimpin dalam Islam; dia berlaku zalim dengan jawatan dan ilmu yang Allah beri sedangkan seluruh fuqaha bersetuju yang ciri-ciri pemimpin yang baik adalah yang Qawwi dan Amin. 

 

Allah izinkan pengkhianatan pemimpin politik, mufti, sarjana dan ahli2 parlimen hanya untuk menguji siapa yang beriman dan siapa yang tertewas dengan ujian.

 

Allah izinkan pengkhianatan yang mereka rancang berbulan-bulan sampai mereka sanggup menjual Allah, rasul dan prinsip-prinsip yang mereka dahulu perjuangkan. 

 

Cuma mereka lupa yang IZIN ALLAH JIKA TIDAK DATANG BERSAMA REDHANYA akan JADI ISTIDRAJ. 

 

Bila sudah kena istidraj ini yang mereka lagi hanyut. Makin kuat mereka memfaraid harta awam, pecat orang yang berkelayakan demi ghanimah politik, belanjawan negara di guna sesuka hati macam duit sendiri, parlimen di tutup kerana takut hilang kuasa dan pelik yang Allah terus mudahkan urusan mereka untuk terus merompak hasil negara. 

 

Ekonomi makin teruk, inflasi mengila, harga barang naik macam tak ada siapa yang pantau, tapi pelik tak ada orang yang menjerit terancam lagi. Itu belum masuk bab kedaulatan negara dengan kapal halimunan sampai sekarang tak siap-siap.  

 

Mereka kira mereka hebat dapat menipu Allah, tetapi mereka sebenarnya menipu diri sendiri.

 

Saya juga melihat ini sebagai hijab yang Allah sengaja angkat untuk melihatkan hipokritnya Kerajaan Melayu Isley dalam perjuangan mereka. Dahulu siapa yang berani persoalkan pasal RUU355 terus dianggap kafir, kini mereka sendiri kata itu bukan keutamaan. 

 

Kini BMF ke laut, kes arwah Adib KIV, Dong Zong tak di haramkan lagi, konsert kalau mereka buat boleh cemburu musuh islam, fesyen show mencolok mata pun tak apa, komunis langgar perairan dan Isr@el terbang di ruang udara. 

 

Juga antara hikmah bila mereka mendapat kuasa dengan cara berkhianat ialah supaya bila mereka berjumpa dengan Allah nanti, langsung tidak ada alasan lagi untuk tidak melaksanakan hudud kerana telah di beri peluang. Dahulu mereka salahkan UMNO, lepas tu salahkan DAP, kini mereka sudah ada kuasa, kawan pula dengan Gerakan yang pernah saman hudud, dan hudud masih tidak terlaksana, itu adalah salah mereka sendiri; nampaknya macam mizan kebaikan mereka sedang dikosongkan tapi mereka masih lagi tidak sedar dan bertaubat.

 

Sebab itu mereka selama ini tak pernah menang ikut jalan yang betul, Allah pinjamkan kuasa pada mereka dengan cara yang paling hina, sebab Allah hendak uji apa yang berada dalam hati manusia. 

 

Bagaimana cara hidupmu, begitu jugalah pengakhiran riwayat mu.

 


KAH..KAH...HADIR PARLIMEN 17/71 KHABORNYE





MMMS

Ni mesti dah khatam balaghah al-hayawan dan mula nak masuk bab malaikat dan syaitan. 


Semalam bab mimpi jumpa nabi,  


Minggu depan lebai explore bab syurga dan neraka pula. 


Hebat betul starter kit penunggang, tapi yang hairan kedatangan ke Parlimen terpaling corot sekali.



KELUAR UNDI. JANGAN PILIH AHLI POLITIK YANG TAK BERGUNA. KERAJAAN AKAN STABIL. TELOQ AYAM PUN TAK BOLEH JAGA....

 

KABINET PERANG 

 

1. Dulu masa Perang Dunia Kedua, England punya Kabinet Perang. Perdana Menterinya, Winston Churchill lantik Menteri Kabinet dari kedua2 blok. Blok Kerajaan dan Pembangkang. 

 

2. Tujuannnya ada 2, masa perang, mereka perlukan “the best brains” yang ada. Jadi amat perlu lantik Menteri berkaliber, walaupun datang dari parti lawan. 

 

3. Tujuan kedua pula, Churchill nak kan stabiliti politik. Kalau dia dah letak parti lawan dalam Kabinet, sama2 chip in untuk negara, parti lawan nak hentam banyak pun tak boleh. Orang depa dalam tu. Nak kata apa. 

 

4. Sama juga dengan Indonesia. Presidennya punya otak yang sama. Masa menang pilihanraya Presiden baru-baru ini, Jokowi lantik lawannya jadi Menteri Pertahanan. Ramai terkejut. 

 

5. Kena ingat Menteri Pertahanan tu mengawal bala tentera Indonesia. Punya powerful. Bila-bila boleh rampas kuasa, tapi selamba Jokowi beri portfolio itu pada lawannya. 

 

6. Bukan itu saja, Jokowi lantik juga geng parti lawan lain dalam Kabinetnya. Makanya, politik Indonesia sekarang stabil sekali. Mereka fokus bangunkan negara sama2. Kurang sangat in fighting dalam negara. Orang2 Indonesia sekarang pun tenang-tenang saja. 

 

7. Punya baiknya pemerintahan Jokowi ini, banyak rakyat dah suruh Kerajaan pinda Perlembagaan. Bagi membolehkan Jokowi memerintah 3 penggal. 

 

8. Tapi itu cerita di Indonesia. Presidennya sudah berkuasa lama. Di Malaysia pula, satu penggal sampai 3 Perdana Menteri. 

 

9. Jatuh menjatuhkan sesama sendiri. Bukan oleh parti lawan sahaja, malah oleh parti sendiri. Pastu parti ni buat propaganda mereka hendak kan stabiliti? 🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️

 

10. Kerajaan yang stabil versi politikus yang dangkal, ialah bilamana mereka punya 2/3 majoriti. Takpun, mereka perlu kerusi paling dominan sekali. Dengan punya kuasa begitu, pada mereka, mereka boleh buat apa saja. Pihak lawan tak boleh buat apa. 

 

11. Kerajaan yang stabil versi Rakyat jelata, apabila politikus ini sama2 buat kerja. Sama2 betulkan dan bangunkan negara. Bukan bergaduh nak kuasa sahaja. Tapi bila naik tak pandai buat kerja. Menyusahkan kita lagi ada. 

 

12. Pada saya, at this juncture, amat bahaya kalau kita undi Kerajaan yang dominan dengan 2/3 majoriti. Pada mereka kononnya itulah stabiliti. Pada kita akan memudaratkan nanti. 

 

13. Ada parti yang terpalit teruk dengan rasuah dan salahguna kuasa. Ada juga blok yang punya isu minority control majority. Blok lagi satu, geng2nya tak kompeten pula. Makanya kalau serahkan mereka kuasa cukup dominan, dengan 2/3 majoriti, apa pun boleh terjadi pada negara. Tak baik untuk rakyat juga. 

 

14. Itu sebab saya dari awal dulu, promosikan konsep Kabinet Perang/ Kerajaan Perpaduan. Siapa pun naik jadi Perdana Menteri, tolonglah pertimbangkan. Lantik Menteri yang berkredibel walaupun dari parti lawan. Elakkan patron politik dan Menteri tangkap muat. 

 

15. Mulai tahun depan, kita perlu mula berperang. Bukan perang angkat senjata. Tapi perang menggunakan minda. Ekonomi dunia akan lebih menjunam. Recession makin menghampiri. Pemimpin kita kena fokus dan sedar diri. 

 

16. Perangnya mengadap apa yang datang dari luar. Bukan perang sesama sendiri. Kabinet Perang lah  jawapannya. Itulah makna stabiliti. Bukan versi 2/3 majoriti, yang Parti Keramat amat ingini. 

 

17. Tugas kita sebagai rakyat biasa, MESTI keluar mengundi. Deny them 2/3 majoriti. Undi calon bukan hanya undi parti. Kita kena angkat MP berkualiti. Agar bila habis PRU15, PM punya banyak pilihan nak lantik Menteri. Set2 berkualiti. 

 

18. Siapa pun Perdana Menteri selepas ini, pertimbangkanlah Kabinet Perang ini. Kena ingat tugas anda untuk menyelamatkan negara, bukan hanya menangkan parti. 

 

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

 

SELEPAS MENGGEGARKAN TAMBUN ,KEMUDIAN TAWAN PERAK DAN TAWAN NEGARA- ITU AKAN MENGGEGARKAN DAN MENGHAPUSKAN RASUAH SERTA PENGKHIANAT.

 

Anwar nak gegar Perak? Kata nak gegar negara tak gegar juga, kata Hamzah




Hamzah Zainudin berkata, PN tidak gentar dengan kehadiran Ketua
 Pembangkang Anwar Ibrahim yang diletakkan bertanding di Parlimen
 Tambun. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pengumuman Pakatan Harapan (PH) yang akan meletakkan pengerusinya Anwar Ibrahim bertanding di Parlimen Tambun sekaligus dinamakan sebagai perdana menteri pakatan itu tidak akan menggegarkan Perikatan Nasional (PN) Perak.

Setiausaha Agung PN hamzah Zainudin berkata, sebelum ini sudah beberapa kali ketua pembangkang itu menyatakan hasrat mahu menggegarkan negara tetapi tidak ada apa-apa yang berlaku sehingga kini.

“Siapa kata Anwar akan menggegarkan PN di Perak? Anwar sudah lama mengaku dia nak gegarkan negara tapi tak gegar-gegar juga,” katanya lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian selepas Program Perhimpunan PN di Dewan Terbuka Taman Seri Permai, dekat Larut hari ini.

Sementara itu Hamzah yang juga setiausaha agung Bersatu berkata, PN yakin mampu memenangi lebih banyak kerusi di negara ini khususnya di Perak pada pilihan raya ke-15 (PRU15).

“Melihat kepada gelombang rakyat yang mahukan pemimpin yang lebih bersih serta berintegriti dan mampu menjaga kebajikan rakyat serta memulihkan ekonomi negara, sudah tentu Perikatan Nasional menjadi pilihan utama mereka.

“Kita amat yakin dapat memenangi lebih banyak kerusi di negeri ini khususnya kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sebelah utara.

“Malah, kita yakin untuk menang 4-0 di Larut pada PRU15 nanti,” katanya yang juga penyandang kerusi Parlimen Larut.

PKR sasar tawan semula kerusi ‘khianat’, kata Anwar.Nurul kemungkinan kekal di Permatang Pauh



Anwar Ibrahim berkata, PKR akan ketengahkan calon yang wibawa
 bertanding di kerusi Parlimen yang sebelum ini dikhianati. (Gambar
 Bernama)

PETALING JAYA: PKR sasar untuk merampas semula kerusi PKR yang dimenangi dan dikhianati oleh penyandang sebelum ini, kata presidennya Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, PKR akan meletakkan calon yang cukup wibawa untuk diketengahkan di kawasan yang sebelum ini dikhianati.

“Calon yang cukup wibawa. Calon calon yang diketengahkan di kawasan-kawasan khianat atau kawasan lain, ia bukan isu calon, orang yang berwibawa dan dasar yang jelas tapi orang khianat, tiada tempat di mana mana sejarah dalam dunia.

“Dalam dunia demokratik, orang akan tolak, tidak mungkin orang percaya orang yang khianat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Pakatan Harapan Pulau Pinang di Georgetown malam ini.

Sementara itu, ditanya PKR akan meletakkan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bertanding di kerusi Parlimen Ampang yang sebelum disandang bekas naib presiden PKR Zuraida Kamaruddin yang kemudian berpaling tadah, Anwar berkata perkara itu akan dipertimbangkan.

Bagaimanapun katanya, Izzah berkemungkinan besar diletakkan kekal bertanding di kerusi Permatang Pauh yang disandangnya sebelum ini.

“Kemungkinan besar (kekal Permatang Pauh), kemungkinan yang amat besar ke arah itu lah,” katanya.

Aminuddin jadi taruhan BN lawan Anwar, Peja di Tambun

 

Ketua Umno Tambun Aminuddin Md Hanafiah mungkin jadi taruhan BN
 untuk menentang Anwar Ibrahim dan Ahmad Faizal Azumu di Parlimen
 Tambun. (Gambar Facebook Umno Online)

PETALING JAYA: Ketua Umno bahagian Tambun Aminuddin Md Hanafiah dicadangkan Umno Perak untuk bertanding di kerusi Parlimen Tambun yang akan ditandingi dua calon heavyweight dari Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, Aminuddin bakal berdepan dengan Pengerusi PH yang juga Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu.

“Untuk calon BN di Parlimen Tambun, nama yang dicadangkan oleh Badan Perhubungan UMNO negeri ialah Datuk Aminuddin iaitu ketua Umno bahagian (Tambun) yang juga setiausaha perhubungan Umno negeri,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Aminuddin adalah bekas ADUN Hulu Kinta yang kalah kepada calon PKR, Muhamad Arafat Varisai Mahamad pada PRU14.

Dalam pada itu, Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengalu-alukan percubaan PH untuk menawan Perak pada PRU15 apabila mempertaruhkan Anwar bertanding di Parlimen Tambun.

Menurutnya, sebagai negara demokrasi, tentunya mana-mana calon yang ingin bertanding, bebas untuk bertanding, sama ada seseorang itu ahli biasa atau pun presiden sesebuah parti.

“Perak adalah tempat, kubu kuat BN, namun, kalau mana-mana parti mahu mencuba, kita mengalu-alukannya percubaannya,” katanya.

Pada Konvensyen PH di Ipoh kelmarin, Anwar mengumumkan akan bertanding di Parlimen Tambun dan akan menentang Faizal yang juga penyandang kerusi Parlimen itu.

Anwar dilaporkan berkata, beliau bertanding dengan keyakinan untuk merampas Parlimen Tambun dan negeri Perak.

Mengenai Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman yang digantung keahlian dalam Umno, Zahid berkata, sama ada bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi itu akan bertanding pada PRU15 atau sebaliknya, akan diserahkan kepada Jawatankuasa Pemilih parti untuk membuat keputusan.

“Begitu juga Khairy Jamaluddin (Ahli Parlimen Rembau), saya serahkan kepada Jawatankuasa Pemilih parti,” katanya.

Sebelum ini Khairy mengesahkan beliau tidak akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Rembau selepas diarah mengosongkannya oleh Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan, yang mahu bertanding di kerusi itu.

Namun, setakat ini Khairy mengakui beliau belum ada kawasan yang akan ditandingi pada PRU15.


APA YANG RAKYAT KISAH IALAH PERASUAH PERLU DIHADAPKAN DI MAHKAMAH DAN TIADA LAGI RASUAH.



Rakyat bukan kisah "Ayor atau Ayaq". Rakyat hanya nak pilih "Perasuah, pengkhianat atau penentang rasuah". Nak sembang "Ayor", hanya di Selangor "ayor" percuma. Harapkan Peja, buang ayor kat kelab malam boleh lah...


W.FAUDZIN




 

PENGAMPUNAN ANWAR TAK SAH: ISMAIL SILA SEMAK FAKTA


KERJA KUAT, BUKAN SAHAJA TAMBUN, PERAK TUMBANG


BN MENANG NAJIB BEBAS-ROSMAH TIDAK DIPENJARAKAN...


 

ISU PEMBUANGAN KERJA ZAMAN PH. YANG DIBUANG TU KAKITANGAN YANG UMNO BELA UNTUK UMNO..BUKAN KAKITANGAN AWAM LANTIKAN JPA.


 

BN TIDAK AKAN MENDAPAT MAJORITI. BUKIT AMAN BAGI INFO TIDAK TEPAT?


 

MSO- KENYATAAN MAHATHIR ITU TIDAK PERLU DISAMBUT


 

MASAALAH YANG DIUTARAKAN IALAH KEMBALIKAN KEKUATAN TENTERA . YANG PELINGKUPNYA IALAH PIMPINAN YANG MEMANG SEDIA TUNGGU DIDAKWA. DAN JUGA SEGALA KRONI YANG MELINGKUP

 


Semua pihak perlu ‘di landasan sama’ selesaikan isu aset usang tentera laut.




Kerajaan sedang berusaha mendapatkan kumpulan kedua kapal misi
 pesisir lengkap dengan persenjataan yang sesuai, bagi mengatasi isu
 aset usang tentera laut, kata Menteri Pertahanan
 Hishammuddin Hussein. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Semua pihak terutama Kementerian Pertahanan, Kementerian Kewangan, dan pengguna akhir perlu berada di landasan sama dalam usaha menyelesaikan isu aset pertahanan usang yang dihadapi tentera laut kini.

Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein berkata semua pihak yang terlibat perlu tahu apa yang sepatutnya diberi keutamaan dalam soal pertahanan, di samping menjaga kebajikan anggota tentera.

“Kita tidak boleh cakap mengenai aset (pertahanan) hari ini tetapi dalam masa sama nak cari berbilion ringgit untuk bina rumah anggota kita, kemudian hendak bina hospital untuk anggota tentera kita, sekolah untuk anak anggota kita juga perlu dibincangkan.

“Isu penyelenggaraan, ada aset banyak pun tiada duit untuk penyelenggaraan isu juga. Jadi, apa pendekatan yang kita nak lakukan mesti secara menyeluruh dan segalanya berkisar tentang kestabilan negara. Kalau negara stabil senang kita buat perancangan,” katanya pada sidang media.

Semalam, Panglima Tentera Laut Laksamana Mohd Reza Mohd Sany berkata aset tentera laut sudah berusia serta kurang daya tempur, dan tanpa peruntukan mencukupi ia menjejaskan keupayaan untuk mengekalkan tahap kesiagaan yang tinggi dan bertindak terhadap ancaman.

Hishammuddin berkata bagi mengatasi isu aset usang tentera laut, kerajaan sedang berusaha mendapatkan kumpulan kedua kapal misi pesisir (LMS) lengkap dengan persenjataan yang sesuai.

“Selain sokongan daripada kerajaan Perancis, pihak lain yang terlibat juga telah tunjukkan komitmen dalam usaha untuk kita selesaikan isu kapal LCS (kapal tempur pesisir). Jadi perancangan kita untuk selesaikan isu LCS ini berjalan, tetapi hendak tunggu LCS siap ambil masa jadi saya usahakan kumpulan kedua LMS,” katanya.

LMS keempat dan terakhir kumpulan pertama iaitu KD Rencong selamat ditauliahkan pada 28 Jan lepas dan ditempatkan dalam Skuadron LMS ke-11 TLDM bersama tiga lagi iaitu KD Keris, KD Sundang, dan KD Badik di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.

Sementara itu, katanya, secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan tahap kesiagaan angkatan tentera di Sabah bagi memastikan segala perancangan serta inisiatif keselamatan di negeri ini dilaksanakan dengan optimum.

“Bagaimanapun, seperti saya tegaskan berulang kali usaha memperkukuh pertahanan di Sabah ini berterusan dan akan terus ditingkatkan dari semasa ke semasa. Sebab itu, sejak menerajui semula Kementerian Pertahanan, pelbagai usaha telah dan akan dilaksanakan,” katanya.

Antara usaha itu ialah pembinaan kem baharu di Felda Lahad Datu, pembinaan Kem 5 Briged dan Kem 19 Rejimen Askar Melayu Diraja di Kota Belud, atur gerak enam helikopter MD530G bagi mengukuhkan keselamatan Sabah, menubuhkan Stesen Udara Kota Kinabalu, penempatan empat LMS, dan pembinaan jeti Markas Wilayah Laut 2 di Sandakan.

MERCEDES BARU PULAK KALI NIH SET KITO ...BAB AYAQ TUNGGU 30 TAHUN LAGI


 

DS SAIFUDDIN! PENCERAHAN BERKAITAN TUN M!

[FULL] Rafizi - FELDA Sukar Untuk Dipulihkan, Dirosakkan Oleh Pemimpin U...

PRU15: Anwar jawab Peja

Bukan ‘iblis’ tu dah melompat waktu sheraton hari tu? Duk sekali dengan parti ana dah tu…





 

TAK BERANI GUNA LOGO PN KER??






Nak tipu pengundi yang totok ni senang jer... tunjukkan logo apa yang mereka dah biasa pangkah... cuba kalau letak logo Perikatan Nasional (PN)... sure kojol awal xkena undi...

Hahaha...

Saluran 1 dan Saluran 2 di Kelantan memang totok PAS... jadi terpaksa la semua pihak berlakon dan guna logo PAS... xberani guna logo PN...

Hahaha...

Nampak sangatnyer memang xkuat mana pun Perikatan Nasional ni...

Hahaha... kita nak tunggu pulak apa depa ni nak bawak di Terengganu dan Kedah... logo mana yang depa pakai...

Hahaha...


TUJUAN ANWAR BERALIH KE TAMBUN KUATKAN PH SEBELAH UTARA


HADI NI NAK KELENTONG LAGI ATAU MANA SATU YANG BETUL..ZAHID KATA HADI YANG KELUPOQ KIOK NAK JUMPA DIA.....

 

Zahid minta nak jumpa saya tapi dekat media kata saya nak jumpa dia: Hadi

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memutarbelit fakta berhubung pertemuan sebelum ini dengan mengatakan kononnya beliau yang meminta untuk berjumpa.

Hadi mendedahkan Presiden UMNO itu yang sebenarnya meminta untuk berjumpa dengan beliau bagi membincangkan berhubung bentuk kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), bagaimanapun sebaliknya memberitahu media perkara yang tidak benar.

“Yang mutakhir dia jemput saya jumpa. Bukan saya jemput dia. Dia jemput saya jumpa.

“Dia sebut dalam media, saya minta nak jumpa dia… Terbalik, tapi tak apalah kita pergi,” katanya semasa Himpunan Penyatuan Ummah yang diadakan di Kelantan malam tadi.

Untuk rekod, ia bukan kali pertama Zahid memutarbelitkan cerita, malah sebelum ini pernah kantoi dalam satu klip audio rakaman perbualan dengan cikgunya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zahid pada awalnya menafikan rakaman tersebut palsu tetapi Anwar sebaliknya mengakui berhubung perbualan dalam klip audio tersebut yang merancang untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Semasa pertemuan dengan Zahid tersebut, Hadi berkata Zahid memberinya kata dua sama ada memilih kerjasama dengan UMNO atau Bersatu, malah memberi tempoh beberapa hari kepada parti Islam itu untuk membuat keputusan.

“Bila pergi jumpa, dia beri syarat. Kalau nak masuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), mesti putus dengan Bersatu. Dia (Zahid) panggil hari Rabu, dia beri tempoh sehingga hari Jumaat pukul 12 malam. Ooh sedap, dia nak ajar kita PAS.

“kita bincang-bincang takkan kita nak berpisah dengan Bersatu rakan kita yang pertama kita ajak. Sebab itu kita ajak, kita sama-sama perpaduan ummah mesti melibatkan semua bukan PAS dengan UMNO saja,” katanya lagi.

Selepas membuat pertimbangan susulan syarat diletak UMNO, Hadi berkata PAS memilih untuk meneruskan kerjasama dengan Bersatu bersama-sama dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) dan menolak Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan (PH).

“Kalau PAS dengan UMNO sahaja bukan perpaduan ummah kerana ia mesti melibatkan semua.

“Akhirnya kita ambil keputusan, ringkas ceritanya kita tolak PH kita tolak BN kita bersama dengan Bersatu dengan rakan-rakan parti lain,” katanya lagi.

Hadi menjelaskan langkah menolak PH disebabkan terdapat parti dalam gabungan itu yang menolak Islam secara terang-terangan dan mahu Malaysia menjadi sebuah negara sekular dan liberal.

Sementara BN pula, Hadi menyifatkan UMNO masih terdapat pemimpinnya yang terpalit dengan kes rasuah dan masih tidak insaf.

 

GERAKAN YANG TAK DIBERKATI TUHAN AKHIRNYA MENINGGALKAN KEGAGALAN DALAM NEGARA. KAMU PULA MENDAPAT JAWATAN TETAPI MAKAN GAJI BUTA DAN DIHINA RAKYAT

 

Saya gerakkan Langkah Sheraton, calonkan Muhyiddin sebagai PM, kata Hadi.




Abdul Hadi Awang berkata, Langkah Sheraton digerakkan selepas
 perhimpunan besar-besaran membantah ICERD di Kuala Lumpur.

PETALING JAYA: Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengakui beliau menjadi penggerak Langkah Sheraton pada 2020 yang menamatkan riwayat kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas parti pemerintah pada ketika itu dilihat berusaha menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu.

Penyandang kerusi Parlimen Marang itu berkata, langkah itu dibuat selepas himpunan besar-besaran di Kuala Lumpur menghalang ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum (ICERD).

“…selepas Presiden Bersatu (Muhyiddin Yassin) bersetuju, diadakan pula rundingan dengan Umno,

“Hasil persetujuan itu maka digerakkan langkah di mana Muhyiddin mengumumkan keluar daripada PH.

“Saya mencadangkan presiden Bersatu sebagai calon perdana menteri baharu,” lapor Harakahdaily memetik ucapan Hadi pada sebuah majlis di Terengganu semalam.

Hadi berkata, Umno turut bersetuju ketika itu sehingga muncul kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi menggantikan PH.

“Kewujudan kerajaan PN bukan secara tebuk atap atau pintu belakang. Ini kerana pelantikan Muhyiddin mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Pada penghujung Februari 2020, beberapa Ahli Parlimen PKR yang diketuai oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bergabung dengan Bersatu, Barisan Nasional dan PAS merencana Langkah Sheraton bagi menumbangkan kerajaan PH yang baru berkuasa selama 22 bulan.

Kata Hadi lagi, Umno mahu PAS memutuskan hubungan dengan Bersatu selepas parti itu mendapat jawatan perdana menteri menggantikan Muhyiddin.

Beliau mengingatkan rakyat supaya memilih pemimpin yang mampu mentadbir negara berlandaskan cara Islam.

“Jangan pilih pemimpin yang menabur duit dan membuat pelbagai janji,” katanya.

Dato Husam Tarik Diri Bert



Ini perjelasan saya dapat dari AMANAH KOTA BHARU.


Untuk kepastian saya sendiri telah hubungi Timbalan Ketua Kawasan AMANAH Kota Bharu pagi ini berkaitan komen Dato Wan Rahim di ruangan komen FB Mohd Zaidi Mokhtar, seperti dilampirkan.


Memandangkan tulisan ini diviralkan secara serius oleh G12 dan keluar Malaysia Dateline, jadi sebagai Aktivis SAVE KELANTAN kami mahukan kepastian jelas apa perkara sebenar.


Berikut adalah jawapan mereka; 


Tidak timbul isu tidak mahu bertanding Parlimen sebab Mesyuarat Amanah Kota Bharu memang mencadangkan nama;


1. Dato Husam Musa - Calon Utama

2. Dr Hafizah Mustakim 

3. Dato Wan Rahim 


Sebagai calon Parlimen KB untuk PRU15. Borang telah di isi dan nama mereka semu telah di angkat ke AMANAH NASIONAL. 


▪️Timeline


1. 2 Oktober 2022; Perjumpaan Dato Wan Rahim dan Dato Husam. (Tidak tahu bubar Parlimen sahaja untuk Kelantan)


2. 10 Oktober 2022; Pembubaran Parlimen pada 


3. 13 Oktober 2022; PAS Kelantan/Pusat istihar tidak bubar DUN, bermakna PRN Kelantan dijangka Mei 2023.


▪️Faktor pemilihan Dato Husam sebagai Calon Utama Parlimen PH di Kota Bharu untuk melawan Dato Takiyuddin Hassan atas faktor beliau;


✔️Bekas Calon PH PRU14 dan kalah tipis dengan PAS (satu satunya kerusi Parlimen paling berpotensi di Kelantan untuk sumbang kepada PH tawan Putrajaya)


✔️Pengalaman beliau dalam Pengurusan Organisasi Parti dan Pentadbiran Kerajaan Negeri;


• Mantan YDP PAS Kubang Kerian

• Mantan Timbalan Persuruhjaya PAS Negeri Kelantan

• Mantan Naib Presiden PAS Pusat

• Mantan Pengerusi PH Kelantan

• Mantan Naib Presiden AMANAH 

• Mantan Bendahari PH Nasional

• Mantan Ahli Parlimen Kubang Kerian - Newsmaker or The Year - Malaysiakini 

• Mantan Exco Kewangan, Ekonomi dan Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan 

• Mantan Pengerusi KADA 

• Ketua AMANAH Kota Bharu merangkap Penyelaras PH Kota Bharu sebelum ini.


✔️Pengerusi Gerakan SAVE KELANTAN yang serius menyerang Kerajaan PAS Kelantan dengan pendedahan kontruktif sejak Feb 2022 hingga kini dan berani hingga  disaman RM60 Juta kerana mendedahkan penyelewengan Balak di Kelantan.


Sekian maklumat saya terima, memandangkan komen tersebut telah viral oleh pihak G12, jadi amat wajar saya dari Aktivis Save Kelantan berkongsi maklumat kami terima. 


Sekadar berkongsi maklumat. Terima kasih 


Moga Allah SWT memberikan kekuatan kepada Dato Husam Musa untuk memimpin gerakan Save Kelantan daripada PAS. amen. 


Syam Ghaz 


Nota; Dato Husam Musa disokong oleh kumpulan G17 (majoriti) dan saya tidak termasuk dalam G17. Jadi tulisan ini tidak bias.



INGATAN KEPADA SEMUA KELOMPOK DALAM PH – TUN MAHATHIR ADALAH BAPA SEGALA PENGKHIANAT, MESTI DIJAUHI DAN JANGAN SESEKALI DIDEKATI

 

Meskipun semalam Setiusaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail telah menjelaskan bahawa PH akan mendepani PRU15 akan datang ini tanpa penyertaan Tun Mahathir Mohamad, GTA dan Pejuang, rupa-rupanya masih ada kelompok yang teruja dengan bekas Perdana Menteri itu.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad nampaknya tidak faham bahawa respon Anwar Ibrahim tentang kesediaan PH bertemu GTA itu hanyalah sekadar respon biasa kepada pelawaan Tun Mahathir dan tidak lebih daripada itu.

Sedemikian, kenyataannya yang mengalu-alukan kesediaan Anwar bertemu Tun Mahathir, kononnya inilah langkah terbaik dalam usaha menyekat UMNO dan BN, adalah seumpama lebih sudu daripada kuah.

Jika beliau membaca dan faham kenyataan Saifuddin semalam, sebagai bekas menteri dan pemimpin kanan PH, beliau seharusnya malu dengan kenyataannya itu.

Sebelum ini juga, apabila ditanya wartawan, Anwar turut memberi respon yang sama dan ia lebih memperlihatkan sifat berbudi bahasanya semata-mata.

Dalam kedua-dua respon Anwar itu, ia kemudian segera disusuli dengan jawapan tegas bahawa PH dan PKR tidak mahu, enggan dan menolak sama sekali untuk bekerjasama dengan Tun Mahathir.

Kali pertama, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil yang berbuat demikian, manakala yang terbaru semalam, giliran Saifuddin pula membuat penegasannya.

Dalam kedua-dua kenyataan itu adalah jelas bahawa Tun Mahathir sudah tiada dalam pertimbangan jiwa Anwar bekerjasama dalam PRU15 ini.

Berikutan Tun Mahathir dirasakan akan terus mengeluarkan kenyataan ingin bekerjasama dengan Anwar kerana tahu masa depan gelap bakal menantinya dan ada pula pihak tertentu dalam PH yang masih teruja dengan beliau, maka adalah penting agar PH memuktamadkan pendirian tidak melayan lagi Ahli Parlimen Langkawi itu.

Hendaklah disedari, salah satu matlamat utama PH dalam PRU15 ini, selain mendapat semula mandat rakyat, ialah juga untuk menyingkirkan pengkhianat yang menyebabkan berlakunya Langkah Sheraton dan jatuhnya PH sebagai kerajaan pada 2020 lalu.

Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan kumpulannya yang keluar PKR serta Mahiaddin Md Yasin dan kumpulannya daripada Bersatu adalah mereka yang dikategorikan sebagai pengkhianat oleh PH.

Mereka itu diikrarkan untuk dilawan dan dikalahkan dalam PRU15 pada 19 November ini atas kecurangan politik yang mereka lakukan setelah beroleh kuasa melalui PH dan atas tiket PKR pada PRU tahun 2018.

Malah, keputusan Anwar bertanding di Tambun melawan Ahmad Faizal Azumu atau Peja daripada Bersatu adalah sebahagian daripada agenda untuk menyingkirkan pengkhianat yang sama.

Tetapi, sedarkah kita siapa sebenarnya pengkhianat yang sebenar, malah lebih besar lagi sifat khianatnya dan boleh dianggap sebagai bapa pengkhianat kepada PH?

Tidak lain orang itu ialah Tun Mahathir sendiri – diulang – orang itu ialah Tun Mahathir sendiri.

PH tidak akan berkocak dan tidak mungkin bermasalah jika beliau sejak awal lagi tidak berdolak-dalik berkenaan janji penyerahan kuasa kepada Anwar.

PH tidak akan berkocak dan tidak mungkin bermasalah jika Tun Mahathir tidak membawa Azmin yang sudah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi serta melantik senarai yang diberi PKR untuk lantikan menteri dalam kabinetnya.

PH juga tidak akan berkocak dan tidak mungkin bermasalah jika Tun Mahathir tidak menarik gerombolan Ahli Parlimen daripada UMNO untuk menyertai Bersatu yang mereka itulah kemudiannya mencetuskan pelbagai ketidaktentuan dalam kerajaan, termasuk menganjurkan Himpunan Maruah Melayu.

Semua perkara diatas tidak akan berlaku tanpa restu Tun Mahathir, bahkan pada petang berlakunya Langkah Sheraton, semua ketua-ketua parti yang menyokongnya agar tidak menunaikan janji peralihan kuasa kepada Anwar telah mengadakan pertemuan di kediamannya di The Mines.

Selepas itu, susulan Bersatu keluar PH dan tanpa berunding serta menolak sebarang rayuan, Tun Mahathir telah menghantar surat perletakan jawatan yang tujuannya ialah supaya beliau dapat dilantik semula sebagai Perdana Menteri dengan sokongan mereka yang datang ke kediamannya itu, sekaligus mengenepikan PH dan janji serah kuasa kepada Anwar.

Jadi, tidak syak lagi Tun Mahathir adalah bapa segala pengkhianat dan kekecamukan politik yang berlaku setelah PH beroleh kuasa adalah hasil perancangan serta restunya, walhal majoriti yang diperolehi PH sebagai kerajaan adalah cukup stabil untuk bertahan sehingga habis penggal.

Dengan itu, kalau semua pengkhianat seperti Azmin, Mahiaddin, Zuraida dan Hamzah ingin dilawan serta dijauhi, kenapa Tun Mahathir yang merupakan bapa segala pengkhianat ingin didekati dan mahu dibuat kawan?

Kalau mahu bekerjasama dengan Tun Mahathir, lebih baik mereka yang tak habis-habis masih teruja dengan bapa pengkhianat itu agar turut mencadangkan PH bekerjasama dengan semua pengkhianat kecil lain yang mana mereka itu sekadar suruhan saja sebenarnya.

Jika tidak, berhentilah mahu tunjuk baik dengan bapa pengkhianat yang keinginannya berkhianat lagi sentiasa membara selagi yang ada di depannya ialah manusia bernama Anwar. – Shahbudin Husin 22/10/2022.