JAMZURI ARDANI
Apakah unit ini yang
telah ditubuhkan semasa zaman kerajaan PH dulu telah dibubarkan oleh kerajaan
pintu belakang nayu iseley?
JAMZURI ARDANI
Apakah unit ini yang
telah ditubuhkan semasa zaman kerajaan PH dulu telah dibubarkan oleh kerajaan
pintu belakang nayu iseley?
Lebih 100 ahli PKR membuat laporan polis terhadap Najib Razak pagi ini bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat bekas perdana menteri itu berhubung keputusannya menamatkan bayaran tahunan kepada waris Kesultanan Sulu.
Ini berlaku selepas keputusan itu menyebabkan kumpulan Sulu mengheret Malaysia ke proses timbang tara pada Februari, yang menyaksikan mahkamah Perancis memerintahkan Malaysia membayar pampasan kira-kira AS$15 bilion (kira-kira RM67 bilion).
Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli memberitahu Malaysiakini bahawa sekurang-kurangnya 140 bahagian PKR di seluruh negara telah bersetuju untuk membuat laporan polis di lokasi masing-masing setakat malam tadi
“Saya telah membuat laporan pada jam 11 pagi tadi, bersama Nik Nazmi (Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad) di balai polis Setiawangsa.
“Setakat ini, 140 cabang telah bersetuju setakat malam tadi untuk mengambil bahagian dalam membuat laporan,” katanya ketika dihubungi petang ini.
Difahamkan Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai Fahmi Fadzil juga telah membuat laporannya di balai polis Pantai.
Menurut hantaran yang disiarkan di Facebook Rafizi malam tadi, laporan itu dibuat bagi menggesa polis menyiasat dakwaan kecuaian Najib semasa memegang jawatan dengan menghentikan pembayaran tahunan RM5,300 kepada waris Kesultanan Sulu.
Tindakan itu dikatakan telah meletakkan negara berisiko terpaksa membayar berbilion ringgit sebagai pampasan kepada pewaris Kesultanan Sulu.
Rafizi semasa Kongres Nasional PKR baru-baru ini menggesa semua ahli parti di seluruh negara untuk menentang Najib dan naratif Umno dengan membuat laporan polis setiap kali bekas perdana menteri itu “berbohong” kepada orang ramai.
Sementara itu, PKR Hulu Selangor dikatakan telah membuat 43 laporan polis berhubung perkara sama.
Diketuai oleh ketua cabang Dr Sathia Prakash Nadarajan, semua laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Daerah Hulu Selangor, petang tadi.
“Kami ingin membuat laporan polis mengenai kecuaian Najib yang telah menyebabkan negara sedang berdepan dengan tuntutan berjumlah sekitar RM67.5 bilion.
“Tuntutan ini bermula ekoran keputusan Najib menghentikan bayaran tahunan kepada waris Kesultanan Sulu pada tahun 2013. Najib sekali lagi tidak serius dengan notis tindakan saman diambil oleh waris kesultanan Sulu yang dimulakan pada tahun 2017.
“Maka, kami meminta pihak berkuasa menyiasat Najib di bawah peruntukan kanun jenayah sedia ada (Akta 574) dan Peraturan-Peraturan mengikat seorang penjawat awam semasa dalam perkhidmatan seperti perkara 132 (Perkhidmatan-Perkhidmatan Awam) dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menentukan unsur-unsur kecuaian yang dilakukan olehnya,” katanya kepada Malaysiakini.

Kegagalan bekas Perdana Menteri Najib Razak membayar ufti tahunan kepada waris Kesultanan Sulu RM5,300 setahun telah menyebabkan Malaysia ‘perlu membayar’ tuntutan sekitar RM67.5 bilion
Sehubungan itu, mantan calon Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Mustapa Mansor Amer Mohd Isa, membuat laporan polis di Balai Polis Jelapang, Perak hari ini kerana kecuaian pentadbiran Najib yang menyukarkan kedudukan negara di peringkat antarabangsa apabila waris Kesultanan Sulu mula merampas aset aset Petronas.
“Tuntutan ini bermula ekoran keputusan pentadbiran Datuk Seri Najib untuk menghentikan bayaran tahunan kepada waris Kesultanan Sulu pada tahun 2013.
“Sepatutnya, sekiranya beliau tidak cuai dalam menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri, beliau telah memastikan semua langkah diambil untuk menghalang dan menangani tindakan undang-undang susulan setelah bayaran itu dihentikan.
“Keputusan itu mencetuskan langkah balas waris Kesultanan Sulu yang memulakan tindakan saman di peringkat antarabangsa terhadap Kerajaan Malaysia.
“Notis tindakan saman yang diambil telah dihantar kepada pentadbiran beliau pada 2 November 2017 semasa Dato’ Seri Najib masih menjadi Perdana Menteri,” katanya dalam laporan polis berkenaan.
Justeru, Mustapa mahu Najib disiasat di bawah sebarang akta yang bersesuaian kerana menyukarkan kedudukan negara akibat kecuaian beliau.
“Sebagai rakyat Malaysia, saya meminta supaya pihak berkuasa menyiasat Datuk Seri Najib di bawah peruntukan Kanun Jenayah sedia ada (Akta 574) dan peraturan-peraturan yang mengikat seorang penjawat awam semasa dalam perkhidmatan, seperti Perkara 132 (Perkhidmatan-Perkhidmatan Awam) dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 di bawah Perlembagaan Persekutuan (P.U.A. 395) untuk menentukan unsur-unsur kecuaian yang dilakukan Datuk Seri Najib dalam menangani isu ini,” katanya
Beliau berharap laporan tersebut akan membuka kertas siasatan untuk memastikan penjawat awam menjalankan tugas dengan penuh ketelitian
“Saya membuat laporan ini demi menjalankan tanggungjawab sivik saya sebagai seorang rakyat Malaysia,” katanya lagi.

PETALING JAYA: Kedah mencatatkan peningkatan kes penipuan dalam talian sebanyak 82% melibatkan kerugian berjumlah RM5 juta dari tempoh 1 Jan hingga 30 Jun lalu, berbanding tempoh sama pada 2021.
Timbalan Ketua Polis Kedah Mohd Roze Shaari, berkata peningkatan itu dilihat membimbangkan kerana masih ramai masyarakat yang mudah terpedaya dengan modus operandi penjenayah.
“Saya sendiri berasa hairan apabila ada antara mangsa yang berpendidikan tinggi turut ditipu dalam aktiviti ‘scam’ ini. Di sini, saya ingin menegaskan bahawa polis sama sekali tidak akan menemu duga atau meminta pengenalan diri mana-mana individu melalui panggilan telefon.
“Kalau ada sebarang kes, individu berkenaan akan dipanggil ke balai polis untuk tindakan selanjutnya. Sekiranya mereka ada menerima panggilan yang mencurigakan, jangan takut untuk maklumkan kepada pihak polis,” katanya menurut Bernama.
Beliau turut meminta mana-mana individu yang telah ditipu dan melibatkan kerugian wang supaya segera melaporkannya kepada polis bagi membolehkan tindakan susulan diambil dengan lebih cepat.
“Kena pergi lapor awal-awal, ini bila sudah kerugian wang sehingga berpuluh-puluh ribu baru hendak buat laporan polis. Antara alasannya mereka takut dan bimbang akan dipersalah sedangkan mereka merupakan mangsa.
“Bagi kes penipuan haji pula, polis telah membuka kertas siasatan yang melibatkan tiga kes iaitu satu di daerah Kuala Muda dan dua di Kota Setar yang melibatkan jumlah kerugian RM48,000. Ketiga-tiga kes ada kaitan dengan penipuan haji dari agensi yang sama di Kuala Lumpur baru-baru ini,” katanya.
Terdahulu, Roze menyambut ketibaan Konvoi Kempen Pencegahan Jenayah Komersial Anti Scam 2022 yang diketuai legenda rock negara, Awie, dan disertai puluhan penunggang motosikal berkuasa tinggi di Alor Setar, hari ini.
Konvoi itu dijadualkan berlangsung dalam tiga fasa dengan yang pertama bermula hari ini hingga 22 Julai meliputi empat negeri di utara Semenanjung iaitu Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Perlis diikuti fasa kedua di pantai timur dan fasa ketiga di selatan.
Awie, atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, berkata menerusi siri jelajah ini pihaknya berharap masyarakat akan lebih peka berhubung isu scam itu selain dapat memainkan peranan dalam membanteras jenayah tersebut yang kini menjadi musuh nombor satu negara.
Pengarah Eksekutif Program Makanan Dunia (WFP) memberi amaran
yang bekalan makanan semakin sukar didapati tahun hadapan kesan krisis yang
berlaku di tahun ini dan 2 tahun sebelumnya.
Perang Russia-Ukraine, (Ukraine pengeksport gandum terbesar),
perubahan cuaca dan kesan dari kawalan pergerakan ketika pandemik Covid-19 dulu
telah memburukkan lagi keadaan.
Untuk krisis bekalan makanan ini, aku tak salahkan kerajaan.
Sebab perkara ni berlaku di seluruh dunia. Tapi kan, bila dah ada amaran awal
begini, aku nak tahu juga apa persediaan yang kerajaan buat?
Kita import lebih separuh bekalan makanan kita daripada luar.
Tapi bila banyak negara telah mula hentikan eksport, apa akan terjadi kepada
kita? Apa langkah proaktif yang telah dan bakal diambil?
Harga makanan juga akan naik. Rakya akan makin terhimpit. Dah
diberi amaran awal-awal, fikirkanlah sekarang! Bukan bila dah terjadi baru nak
bertindak. Jangan asyik nak cerita soal kuasa je. Guane boh?
SAVE KELANTAN
Sebelum pulang keluar dari Pos Gob, singgah sebentar ke Gua Cha,
di dalam wilayah Depak, Gua Musang.
Gua Cha mencatat pelbagai peristiwa sejarah penting. Antaranya
ia menjadi tempat bukti kewujudan & bermulanya tamadun Orang Asli Temiar di
negara ini serta menjadi lokasi penemuan rangka tulang manusia terpanjang di
dunia dan pelbagai artifak mempunyai artifak yang membentuk kronologi sejarah
awal Kelantan sejak beribu tahun lalu.
Gua ini telah terjejas terus akibat mendapan lumpur daripada
aktiviti pembalakan yang mengundang kepada banjir besar.
Malangnya, Gua ini bukan sahaja tidak terurus, tetapi akan
lenyap selama-lamanya apabila ditenggelami air daripada pembinaan empangan
hidroelektrik Nenggiri.
Kesimpulannya, Kerajaan Negeri Kelantan memang tidak pandai
menjaga & menguruskan khazanah alam, warisan dan sejarahnya kerana
mementingkan duit, kepentingan kapitalis & ekonomi tidak mampan sahaja.
credit : hafizuddin nasiruddin
Kenyataan Media
19 Julai 2022
Saya ambil maklum keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah
meluluskan usul menaikkan saraan Ketua Menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) dan anggota pentadbiran negeri yang lain.
Saya kesal dengan keputusan ini sedangkan rakyat sedang bergelut
dengan permasalahan kos sara hidup yang tinggi.
Saya ingin mengingatkan semua pemimpin agar sentiasa
mementingkan kebajikan rakyat berbanding kepentingan diri mereka, terutamanya
waktu yang sangat memprihatinkan saat ini.
Saya menggesa agar keputusan ini tidak diteruskan dengan
mengambilkira kesusahan dan kepayahan rakyat.
ANWAR IBRAHIM
KEADILAN Cabang Temerloh telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak atas kecuaian beliau menyebabkan negara berdepan tuntutan berjumlah RM67.5 bilion dari waris Kesultanan Sulu.
Ianya diketuai oleh Naib Ketua Cabang Temerloh, Sdr Rosli Ismail pada jam 5 petang tadi.
Pertemuan dengan Ketua Oposisi Parlimen Malaysia-DSAI siang tadi di Bangunan Parlimen.
Pertemuan beliau dengan delegasi CAMU mengenai pindaan Akta Kesatuan Sekerja, 1959.

Laporan mengenai Keputusan Peguam Negara Malaysia, Tan Sri Idrus Harun dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membatalkan siri perundingan dengan peguam Low Taek Jho (Jho Low), diaturkan oleh bekas Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali mengejutkan rakyat Malaysia.
Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang yang juga seorang peguam, Hassan Abdul Karim, tindakan Peguam Negara membatalkan rundingan tersebut adalah sesuatu yang betul, namun masih timbul persoalan apakah rundingan wajar dilakukan untuk mengelakkan Jho Low dibicarakan.
“Mana boleh berlaku tawar-menawar antara si penjenayah Jho Low dengan kerajaan Malaysia?
“Adakah sistem keadilan Malaysia boleh dijual beli dengan tawaran RM1.5 bilion dari Jho Low?
“Adakah Jho Low kini cuba merasuah kerajaan Malaysia?
“Adakah pada pandangan Jho Low Jabatan Peguam Negara dan badan Kehakiman Malaysia bersekongkol dengan penjenayah sepertinya, dan boleh diajak berunding tawar menawar untuk menggugurkan pertuduhan jika ada harga yang sesuai boleh dibayar?
“Syabas kepada Peguam Negara sekarang dan pegawai dari SPRM serta pegawai-pegawai Jabatan Peguam Negara yang mengambil pendirian betul menolak tawaran Jho Low yang biadap itu,” kata Hassan dalam satu kenyataan.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) SPRM, sebaliknya menyarankan agar Jho Low kembali ke Malaysia dan diadili secara saksama sekiranya beliau mempunyai maruah dan yakin dirinya tidak bersalah.
Bagaimanapun, Hassan tertanya tanya adalah sikap yang betul bekas Peguam Negara Apandi Ali terlibat sebagai perantara di antara Jho Low dan kerajaan Malaysia.
“Dengan tindakan Jho Low melantik firma guaman Kobre & Kin berpejabat di Washington dan seterusnya firma guaman dari Amerika Syarikat itu melantik pula Mohamed Apandi Ali, bekas Peguam Negara sebagai orang perantaraan perundingan dengan kerajaan Malaysia, maka tindakan Jho Low adalah satu pengakuan dia berbuat kesalahan jenayah menipu syarikat 1MDB dan Kerajaan Malaysia.
“Jika dia tidak berbuat salah mengapa Jho Low menawarkan sehingga RM1.5 bilion sebagai balasan semua pertuduhan ke atasnya di mahkamah Malaysia digugurkan?
“Sedihnya mengapa pula bekas Peguam Negara, Mohamaed Apandi Ali tergamak jadi orang perantaraan antara Jho Low dengan pihak Kerajaan Malaysia?
“Adakah betul dari segi undang-undang jenayah di negara ini pertuduhan kesalahan jenayah boleh digugurkan jika ada bayaran wang dibuat, apatah lagi jika bayarannya sebesar RM1.5 bilion,” katanya.
Justeru Hassan berkata, kes Jho Low sepatutnya tidak dikompromikan sejak dari awal kerana penjenayah itu menyebabkan kerajaan Malaysia kerugian RM50 bilion dengan penipuannya.
Tegas beliau, perundingan seperti itu hanya akan menjatuhkan martabat penguatkuasaan undang undang Malaysia dan sepatutnya ditolak pada peringkat awal tanpa mengadakan beberapa siri pertemuan sebagaimana dilaporkan.

Sempat mengalami pasang surut dalam hampir setahun, akhirnya Rang Undang Undang (RUU) Anti Lompat parti masuk ke dalam susunan usul untuk dibahas dan diluluskan dalam sidang Dewan Rakyat sesi Julai – Ogos ini.
Menurut Anggota Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik, Fahmi Fadzil, RUU berkenaan telah pun masuk senarai jadual perbahasan yang bermakna akan diluluskan berdasarkan Memorandum Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan yang dimeterai pada September 2021 lalu.
“Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen telah menyerahkan Pindaan RUU Anti Lompat Parti kembali ke Dewan Rakyat pagi ini (semalam).
“This is the Anti Hopping Bill!” kata Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dalam ciapan di Twitter, pagi ini.
Dewan Rakwat akan bersidang dari 18 Julai hingga 4 Ogos bagi sesi Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Keempat Belas yang bermula hai ini.

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, menjelaskan keberadaan fatwa mengenai amanat Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dalam portal fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Beliau berkata, Jakim telah menaik taraf portal sedia ada iaitu e-SMAF kepada i-FIQH yang menghimpunkan semua pandangan hukum Jawatankuasa Muzakarah MKI dan fatwa negeri mengikut kesesuaian dan keutamaan terkini.
Katanya, senarai pandangan hukum dan fatwa yang terkandung dalam portal terbaru itu telah disusun semula.
“Hanya pandangan hukum muzakarah yang majoriti difatwakan oleh negeri-negeri sahaja dimasukkan untuk hebahan kepada masyarakat,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.
Idris berkata, berdasarkan semakannya, hanya Melaka sahaja yang memfatwakan “Amanat” Hadi di Banggol Peradong, Terengganu.
Beliau berkata demikian menjawab soalan lisan Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) yang bertanya mengenai kedudukan kenyataan dibuat Hadi pada April 1981 yang lebih dikenali sebagai “Amanat Hadi”.
Mahfuz meminta penjelasan sama ada benar atau tidak terdapat negeri yang menfatwakan kenyataan Hadi di Banggol Peradong, sebagai sesat.
Mahfuz juga meminta kepastian jika benar fatwa mengenai “Amanat Hadi” itu sudah dikeluarkan daripada portal fatwa Jakim.
Pada 21 Jun tahun lalu, Jakim berkata akan menyemak dahulu dakwaan mengatakan pihaknya telah memadam fatwa berkaitan “Amanat Hadi” di laman sesawang rasminya.
Sebelum itu, tular tangkap layar seorang pengguna Twitter bertanyakan Jakim adakah pihaknya telah memadam fatwa “Amanat Hadi”.
“Amanat Hadi” merujuk kepada sedutan ceramah presiden PAS itu di Kuala Terengganu pada 7 April 1981.