KEH..KEH...PISHANGGG - IDRIS TAK JAWAB DENGAN JUJUR KOT ISU AMANAT HADI..

 

Menteri agama perjelas status ‘Amanat Hadi’ di portal Jakim







Tangkap layar seorang pengguna Twitter bertanya Jakim adakah pihaknya telah memadam fatwa Amanat Hadi.

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, menjelaskan keberadaan fatwa mengenai amanat Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dalam portal fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau berkata, Jakim telah menaik taraf portal sedia ada iaitu e-SMAF kepada i-FIQH yang menghimpunkan semua pandangan hukum Jawatankuasa Muzakarah MKI dan fatwa negeri mengikut kesesuaian dan keutamaan terkini.

Katanya, senarai pandangan hukum dan fatwa yang terkandung dalam portal terbaru itu telah disusun semula.

“Hanya pandangan hukum muzakarah yang majoriti difatwakan oleh negeri-negeri sahaja dimasukkan untuk hebahan kepada masyarakat,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Idris berkata, berdasarkan semakannya, hanya Melaka sahaja yang memfatwakan “Amanat” Hadi di Banggol Peradong, Terengganu.

Beliau berkata demikian menjawab soalan lisan Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) yang bertanya mengenai kedudukan kenyataan dibuat Hadi pada April 1981 yang lebih dikenali sebagai “Amanat Hadi”.

Mahfuz meminta penjelasan sama ada benar atau tidak terdapat negeri yang menfatwakan kenyataan Hadi di Banggol Peradong, sebagai sesat.

Mahfuz juga meminta kepastian jika benar fatwa mengenai “Amanat Hadi” itu sudah dikeluarkan daripada portal fatwa Jakim.

Pada 21 Jun tahun lalu, Jakim berkata akan menyemak dahulu dakwaan mengatakan pihaknya telah memadam fatwa berkaitan “Amanat Hadi” di laman sesawang rasminya.

Sebelum itu, tular tangkap layar seorang pengguna Twitter bertanyakan Jakim adakah pihaknya telah memadam fatwa “Amanat Hadi”.

“Amanat Hadi” merujuk kepada sedutan ceramah presiden PAS itu di Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

No comments: