MAT SABU DITAHAN DAN DISOALSIASAT




Saya disoalsiasat di Bukit Aman pagi ini atas isu membela rakyat, flash mob bantahan kenaikan harga barang dan telefon bimbit saya telah dirampas.

Berikut kenyataan peguam saya:

Hari ini Presiden Amanah YB Mohamad Sabu memberikan keterangan kepada pihak Polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Saya menemani beliau sebagai peguam.

Siasatan berkaitan video pra-flashmob harga barang. Keterangan bermula pada jam 11.15 pagi dan berakhir jam 1.15 tengah hari tadi. Siasatan yang dibuat menurut seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Sesi siasatan berjalan agak panjang memandangkan pihak polis meminta telefon bimbit dirampas walaupun telah dibantah dengan hujah nas undang-undang. Ini satu tindakan yang tidak wajar memandangkan video tersebut tiada kaitan dengan telefon bimbit YB Presiden.

Saya telah menerima arahan YB Presiden untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak Polis kerana bertindak melanggar hak privasi dan prinsip keadilan yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Faiz Fadzil

Peguam

 

No comments: