Betul ke ni Oghe PASIR PUTEH ?
CopyPaste: OMG Hackers
Mesin Parking Majlis Daerah Pasir Puteh, Sehebat Teknologi Mesir
Purba
Hari ini saya ke Pasir Puteh, Kelantan. Saja saya nak cuba mesin
parking tercanggih di Malaysia ni. Malas guna aplikasi sebab bayar guna
aplikasi pun belum tentu tak kena saman. Ada kawan saya bayar guna aplikasi pun
kena saman juga sebab bayaran tak naik dalam sistem katanya. Kata dia lah, saya
pun tak tahu. Lagipun, melihat aplikasinya pun saya dah naik menyampah. Tambah
nilai minima pun dah RM10.
Hari ni saya ingat nak parking sekejap untuk beli bekalan
ubat-ubatan di farmasi. Parking 10 minit cukup lah. Maka saya pun masukkan
nombor kereta. Skrin yang cukup jelas dibaca bawah terik matahari mengingatkan
saya kepada skrin telefon awam zaman awal 90-an dahulu. Saling tak tumpah.
Skrin kalkulator pun lagi jelas saya rasa.
Saya cuba masukkan nombor kereta. Sangat canggih sekali mesin
ini, keypad pun masih guna T9. Jika anda ingin memasukkan input abjad, anda
harus menekan beberapa kali nombor yang sama. Contohnya, abjad "B".
Sekali tekan, akan jadi nombor 2. Anda harus menekan nombor 2 sebanyak 3 kali,
barulah anda boleh dapatkan abjad "B".
Saya masukkan 30 sen. Di mesin tidak ditulis berapa kadar per
jam. Yang ada, hanya notis tiada baki dan sila paparkan tiket bayaran di
kereta. Lepas bayar, menapaklah anda semula ke kereta di tengah panas hanya
semata-mata untuk paparkan tiket parking. Tapi, saya tunggu punya tunggu, tak
keluar pun resit?
Nasib baik ada juru saman parking sedang bertugas. Terus saya
tanya. Rupanya bayaran minima di mesin adalah 50 sen?! Saya tanya lagi, jadi 30
sen saya tadi macam mana? Dijawabnya memang itu sistem dia. Ikut time based.
Apa yang time based pun saya tak tahu lah. Main sebut saja jargon untuk buat
saya keliru. Saya tanya lagi, macam mana dengan parking saya? Juru saman jawab
kena bayar semula 50 sen. 30 sen saya tadi kira burn.
Mesin yang tercanggih ini tak ada paparkan pula di skrin semasa
pembayaran had minima adalah 50 sen. Mungkin kawan-kawan dari Pasir Puteh boleh
tunjukkan pada semua di mana tertulisnya notis minima 50 sen untuk parking.
Untuk rujukan para pelancong dan anak perantau yang pulang ke Pasir Puteh
kelak.
-M.Wongso