BILANGAN MENTERI OPTIMUM...TAPI KERJA TAK BOLEH BUAT.....BUAT APA ? MEMANG TAK BERGUNA BANYAK DARI BERGUNA...HARGA AYAM TELUR,BERAS KEPERLUAN ASAS PUN TAK BOLEH KAWAL...BUAT APA ADA 70 MENTERI TAPI TAK GUNA

 

Bilangan menteri pada tahap optimum, kata kerajaan




Timbul gesaan agar Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengecilkan
 saiz Jemaah Menteri atau mengurangkan elaun menteri susulan
 kenaikan kos sara hidup.

PETALING JAYA: Putrajaya mempertahankan bilangan anggota Jemaah Menteri Ismail Sabri Yaakob dengan berkata, ia memenuhi keperluan negara buat masa ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Abdul Latiff Ahmad berkata, bilangan menteri dalam pentadbiran adalah pada tahap optimum.

“Kerajaan berpandangan jumlah dan pelantikan anggota pentadbiran adalah yang terbaik berdasarkan keperluan, cabaran dan tanggungjawab serta kepakaran
yang diperlukan buat masa ini,” katanya.

Dalam jawapan bertulis Parlimen, beliau memberi jaminan bahawa anggota Jemaah Menteri yang dilantik melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi demi menjaga kebajikan rakyat Keluarga Malaysia.


No comments: