TUUU DIA AIHHH...LAMA BETOI YA....

 

Bekas personaliti TV3 Zalina Azman hilang




facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Ketua Polis Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim berkata, Zalina Azman
 dilaporkan hilang pada 29 Nov tahun lalu, selepas anaknya mendapati
 dia tiada di rumah di Seksyen 3, Shah Alam. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Bekas personaliti TV3 era 90-an, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman dilaporkan hilang sejak tahun lalu.

Ketua Polis Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga Zalina, 58, berhubung kehilangannya pada 29 Nov tahun lalu.

“Dalam laporan itu, pengadu (anak Zalina) cuba mencari dan menghubungi ibunya sejak 24 Nov bagi memaklumkan datuk (bapa Zalina) dimasukkan ke hospital namun gagal.

“Pada 29 Nov, pengadu dan bapa saudaranya pergi ke rumah ibunya di Seksyen 3 dan mendapati kereta ibunya berada di tepi rumah.

“Pengadu mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun. Turut ditemui beg duit milik ibunya yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta serta wang tunai RM600.

“Bagaimanapun, ibunya tidak dijumpai. Segala usaha mencari sudah dijalankan namun gagal menemui mangsa,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Justeru, Mohd Iqbal berkata, polis membuat hebahan berkaitan kehilangan mangsa kepada umum hari ini bagi membantu siasatan kes terbabit.

Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam menyiarkan gambar Zalina dan maklumat berkaitan iaitu berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan kurus dengan ketinggian 158 sentimeter.

Menerusi hebahan itu juga, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat boleh memaklumkan kepada Pegawai Penyiasat Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622.

No comments: