WAN AZIZAH TURUN PADANG BANTU CALON PKR



 

Di DUN Johor Lama bagi memberikan sokongan kepada Saudara Omar Mokhtar, Calon no 1 dari KEADILAN.

Sempat juga singgah ke Kilang Nazla Enterprise, pembekal pelbagai makanan sejuk beku seperti karipap, samosa, cucur badak, bergedil, pau, donut dan lain-lain.

#JohorMemilih

 

DIA ANTARA YANG DISEBUT, ANWAR JUGA YANG DIA SABITKAN...





ABDULLAH MAT ISA

Mohd Azizie Abd Aziz

19 h  · 

Akhirnya Dato’ Seri Anwar Ibrahim jugak yg dipersalahkan !!!

Dia yg luluskan, dia yg pegang jawatan CEO Maybank TAPI yang salah Anwar Ibrahim !!!

Masa pinjaman RM2.51 biliion tu diberikan kpd sykt Judi, Anwar ke yg jd PM ?? Anwar ke yg jd Menteri Kewangan ?? Anwar ke yg jd Gabenor Bank Negara ?? Anwar ke yg jd CEO Bank ??

Sape yg uruskan Negara sebelum ini atau sekarang. Sape yg jadi PM Malaysia sekarang atau sebelum ini. Bukan DSAI yg uruskan Negara sekarang atau sebelum ini. Jangan salah kan YB DSAI pulak jika masalah berbangkit terus terjadi di Malaysia itu sahaja.

Zafrul ni tidak faham bahasa melayu kah? Orang tanya mengapa pinjaman tanpa cagaran dan bukan tanya mengapa beri pinjaman kepada syarikat judi!!!

 

MACAMANA NAK BAYAR HUTANG ? PH DAH BERJIMAT CERMAT DAN BERJAYA TAPI LINGKUP BILA ABAHCOW DAN KINI PAK LONG MAIL....NAJIB JANGAN CERITA LA....


KITA PERCAYA ANWAR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DAN RANGKAIAN DENGAN DUNIA ARAB SERTA BARAT JUGA TURKI AKAN DAPAT MENJANA PELABURAN BAGI MEMAKMURKAN NEGARA.TETAPI ADA SEBAHAGIAN BESAR GOLONGAN ALIGARKI YANG TIDAK MAHU BELIAU KERANA AKAN MENJEJASKAN KEKAYAAN YANG SEDIA ADA DAN HUBUNGAN MEREKA DENGAN ORANG YANG SEDIA ADA DAN BERPUTAR SEKELING MEREKA  DAN SEBAGAIMANA DI JELASKAN DALAM DEWAN BERKAITAN PANDORA PAPERS AKAN MEMISKINKAN PENYAMUN DUIT NEGARA.



ABDULLAH MAT ISA

Bagaimana kerajaan hendak membayar hutang-hutang negara sedangkan kerajaan tidak ada duit dan perbelanjaan negara difisit. Berikut adalah hutang dan perbelanjaan negara yang mencemaskan:-

1) Membayar faedah dan hutang 1MDB.

2) Membayar segala macam projek yang mendapat pinjaman besar dari China.

3) Hutang lapuk negara yang sedia ada.

4) Wang untuk membayar elaun Raja-Raja dan kemudahan Raja-Raja.

5) Membayar gaji menteri dan timbalan menteri yang bagitu ramai.

6) Membayar gaji kakitangan kerajaan.

7) Membayar pencen-pencen kakitangan kerajaan.

Description: 😎Membayar untuk infrastruktur negara dan pembangunan negara.

Perkara ini menjadi satu kewajipan dari rakyat untuk menyoal kerajaan agar negara tidak terjerumus kepada negara muflis yang menyusahkan dan kesengsaraan rakyat.

Kerajaan PH 22 bulan telah menunjukkan komitmen yang tinggi mengatasi perkara ini, tapi dijatuhkan secara kianat.

Maka undilah kembali pada PH@Keadilan pada PRN Johor pada 12/3/2022 ini.

 

KENYATAAN TERKINI MENTERI PENDIDIKAN PENGOPERASIAN SEKOLAH SESI PERSEKOLAHAN 2022/2023



TARIKH: 5 MAC 2022


🔹 Sekolah akan dibuka di seluruh negara mulai 21 Mac


MURID SEKOLAH RENDAH


🔹 Murid Sekolah Rendah yang jumlah murid lebih 600 orang akan bergilir untuk murid Tahun 3, 4 dan 5. Murid lain hadir ke sekolah secara bersemuka


🔹Murid sekolah rendah yang kurang 600 murid hadir ke sekolah secara bersemuka


🔹10% murid sekolah rendah perlu jalani ujian saringan kendiri di rumah


MURID SEKOLAH MENENGAH


🔹Semua murid sekolah menengah akan PdPR kecuali sekolah berasrama penuh bermula 21  Mac hingga 3 April 2022


🔹Bermula 4 April 2022, semua murid Sekolah Menengah akan hadir ke sekolah secara bersemuka


MURID SEKOLAH BERASRAMA PENUH


🔹Sekolah Berasrama Sepenuhnya akan masuk ke asrama tanpa penggiliran bermula 4 April 2022 ada murid Tingkatan 2,3,4 ,5 ,6, Pra Universiti, IBDP, Peperiksaan Antarabangsa Setara.


🔹Murid Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh boleh memilih untuk PdPR ataupun menumpang di sekolah harian yang berdekatan rumah.


KOLEJ VOKASIONAL


🔹Sesi persekolahan akan berlangsung tanpa penggiliran


KOLEJ MATRIKULASI/ INSTITUT PENDIDIKAN GURU


🔹Semua murid akan hadir tanpa penggiliran

(AKIBAT TAMAK HALOBA NAK MAIN 2 KOLAM DAN LUPA MENILAI KEKUATAN SENDIRI ) TERIMALAH HAKIKAT MUAFAKAT NASIONAL SUDAH PUN MATI!!

 

Semalam, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan kedudukan Muafakat Nasional atau MN masih lagi belum berkubur.

Katanya, ia sekadar tutup fail saja buat sementara waktu ini.

“Belum ada kubur. Belum ada batu nisan. Dan tak ada sesiapa mengisytiharkan MN sudah ditamatkan.

“Jadi secara prinsipnya, walau dia tak nampak hidup tapi dia tak mati,” katanya.




Beliau bagaimanapun mengakui jawatankuasa bersama UMNO-PAS yang dibentuk melalui MN sudah beberapa bulan tidak bermesyuarat.

Seterusnya Tuan Ibrahim berkata, “Kami akan terus menegakkan PN dan kami tidak akan bercakap mengenai MN lagi buat masa ini,” katanya lagi.

Namun demikian, penegasan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengenai perkara ternampak lebih jelas dan sangat mudah difahami maksudnya.

Katanya, kerjasama UMNO dengan Pas dalam MN itu biarlah diletakkan dalam satu lipatan yang tidak perlu dibuka lagi.

“Bukan kita tidak mahu, malah kita yang memulakan. Kalau hidung tak mancung, kenapa pipi mesti tersorong-sorong,” tambah beliau.

Makna kata, terutama kepada Pas dan Tuan Ibrahim, tak usahlah berdalih dan berselindung dengan pelbagai ayat lagi mengenai kedudukan MN itu.

Terimalah hakikat bahawa MN sudah pun mati dan tidak mungkin dapat dihidupkan kembali.


Kenyataan Zahid Hamidi adalah kata muktamad yang sama maksudnya dengan talak.

Dengan berada di blok yang berbeza, malah bersaing sesama sendiri dalam PRN Melaka dan Johor ini, pastilah dalam PRU15 nanti, mereka akan bertempur sekali lagi.

Melainkan jika keduanya sama-sama cedera parah dan kalah dalam PRU15 nanti, barangkali ketika itu barulah ada kemungkinan untuk mereka rujuk semula.

Jika tidak dan salah satunya mampu berada di anjung kuasa, 60 tahun atau 100 lagi pun, UMNO dan Pas ini tetap akan berkelahi sesama sendiri dan memecah-belahkan orang-orang Melayu di negara ini. – ShahbudinHusin 05/03/2022.


PENGUASAAN NEGARA CHINA MELALUI PELABURAN DIMALAYSIA :



Dizaman Najib Kleptokrasi aka Banduan No.1 negara memerintah kerajaan Malaysia telah banyak tanah kedaulatan negara  telah digadai serta dijual kepada Negara Komunis China.


Pastinya total berbillion Ringgit ( RM ) Komisyen akan disalurkan kepada Najib si Banduan .


Sedangkan Rakyat Marhean mendapat apa ? Adakah sebiji Bunglo mewah diLondon ? Atau rakyat akan mendapat setiap bulan RM 5,000  daripada kerajaan ?


1.  Laluan Keretapi Pantai Timur. USD13 Billion.


2. Melaka Gateway .USD10 Billion.


3. MCKIP Kuantan . USD20 Billion .


4. Forest City Johor Bahru. USD100 Billion .


5. Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi. USD2.92 Billion.


6. Pelabuhan Kuantan - Pembesaran . USD900 juta.


7. Bandar Robotic Future Johor . USD3.46 Billion.


8. The Shore KK Sabah . USD130 Billion.


9. Taman Teknologi Hijau Peka. USD470 juta.


10. Waterfront City Penang. USD540 juta.


Semasa kerajaan BN memerintah sekarang juga Kesemua Pelabuhan Dan Lapangan terbang dikuasai oleh Cina Kafir MCA  ( 100% Cina tiada Melayu Islam ).


Inilah Sebabnya kenapa Rakyat terus menerus dibelengu kemiskinan sedangkan Pemimpin UMNO BN terus menerus kaya raya...


Tengok sajalah Kes 1MDB ...korang sebagai penyokong dan pengundi BN ada bunglow diLondon...?😅😅🤪😛🤭



DIBAWAH HADI AWANG . PAS DIHINA UMNO KAW KAW

 


PAS terbawa-bawa perangai poligami, sindir Nur Jazlan berkait kerjasama MN



Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed turut memberikan bayangan kerjasama MN hanya tinggal ‘jasad namun jiwa sudah mati’ susulan tindakan PAS bertanding di bawah PN melawan BN. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: PAS disindir seolah terbawa-bawa perangai poligami ke dalam politik setelah cuba berdolak dalih mengenai hubungan kerjasama Muafakat Nasional antara parti itu dan Umno.

Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed mendakwa PAS hanya mahu menjalinkan hubungan dengan pihak berkepentingan dan mampu memberikan habuan.

“PAS tu terbawa-bawa perangai poligami ke dalam politik, mereka tengok apa (kepentingan) dia dapat.

“Dia (PAS) dah nampak PN tengah nazak sebab itu dia kata dia masih nak buka perhubungan dengan BN dan Umno,” katanya kepada FMT.

Semalam, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata arah tuju MN yang membabitkan gagasan kerjasama penyatuan ummah antara parti itu dengan Umno akan dinilai semula selepas selesainya PRN Johor pada 12 Mac ini.

Menurut Tuan Ibrahim, persaingan di antara PAS yang bertanding atas tiket PN manakala Umno mewakili BN belum menjadi penamat kepada hubungan di antara dua parti itu dalam MN.

Tuan Ibrahim turut percaya MN yang dimeterai di antara dua parti itu pada September 2019, masih wujud dan belum ada batu nisannya.

Mengulas perkara itu, Nur Jazlan turut memberikan bayangan kerjasama MN hanya tinggal “jasad namun jiwa dah mati” susulan tindakan PAS bertanding di bawah PN melawan BN.

Menurutnya, PAS seakan-akan berdolak dalih apabila kepimpinan PAS sendiri memberi pendirian berbeza mengenai kerjasama MN.

“PAS pun berdolak dalih. Presiden PAS Abdul Hadi Awang kata dah putus hubungan tapi Tuan Ibrahim kata lain,” katanya.

Menurut Nur Jazlan lagi, hubungan antara kedua-dua parti itu akan dimuktamadkan dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU)16 Mac ini.

Sementara itu, Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin ketika diminta mengulas perkara sama berkata Umno sedang menumpukan sepenuhnya kepada PRN Johor dan tidak memikirkan soal kerjasama tersebut.

“Sekarang kita tumpu PRN Johor, tak berfikir pun soal MN. BN akan bekerja keras untuk menang,” katanya.


MAKNA KATA HANG NI MEMANG SUKA CARI PASAL LAH YA.



''Saya mengaku terlanjur kata...'

Dungun, Terengganu: "Nak undur balik tak boleh dan saya akui apa yang berlaku memang kesilapan saya," luah ibu dua anak, Wan Nor Baizura Bharudin.

Wan Nor Baizura, 33, memberi reaksi itu ketika diminta mengulas mengenai videonya dan anak sulung, Muhammad Adam Aqish Mikhail, 8, yang teruk dikecam selepas tular di laman sosial sejak semalam.

Video itu mengundang pelbagai reaksi dengan rata-rata netizen mengecam tindakan Wan Nor Baizura dan anaknya di dalam kedai serbaneka yang dianggap biadab serta keterlaluan.

Berkongsi perasaannya, Wan Nor Baizura yang menetap di Seberang Pintasan, di sini, mengakui terkesan sejak videonya tular di laman sosial kerana bukan hanya dirinya dan anak, malah keluarganya turut terkena tempias.

"Insiden di kedai serbaneka itu berlaku pada Rabu lalu dan saya mengaku terlanjur kata.

"Bagaimanapun, salah faham antara saya dan pekerja kedai serbaneka itu serta pihak pengurusannya sudah selesai, malah kami sudah memohon maaf antara satu sama lain.

"Saya tak boleh lari kerana lebih baik berhadapan saja dengan akibatnya sebab saya yang buat salah. Permohonan maaf dibuat dengan rela hati, bukan kerana paksaan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Wan Nor Baizura turut mengakui kesilapannya kerana merakam dan membuat siaran langsung mengenai kejadian itu hingga video berkenaan tular.

"Saya bukan mahu jadikan anak saya seperti dalam kisah Anakku Sazali cuma sebagai ibu, saya mahu pertahankannya.

"Kucing pun sayangkan anak, inikan saya manusia, namun apa yang berlaku buat saya sedar kesilapan diri.

"Jujurnya, saya tersentap membaca komen segelintir netizen kerana ada yang mengatakan anak saya akan jadi penagih, tetapi saya cuba bersabar dan anggap ini sebagai ujian. Saya akan berusaha mendidiknya dengan lebih baik," katanya yang mencari rezeki sebagai peniaga alat kosmetik di pasar malam.

Sementara itu, berhubung rakamannya di restoran makanan segera yang tular hari ini, Wan Nor Baizura berkata, ia adalah video lama.

"Seingat saya, video itu dirakam pada 2020. Ia tular semula kerana ada netizen 'mengorek' video lama saya.

"Saya harap orang ramai tidak mengaitkan kesilapan saya dengan penduduk di tempat saya menetap.

"Bukan hanya saya dan keluarga, malah penduduk kampung turut terkena tempiasnya. Sedangkan, kesilapan datang daripada saya dan saya harap netizen tidak samakan sikap saya dengan orang Dungun kerana ramai yang baik belaka," katanya.

Menurutnya, dia tidak boleh mengawal mulut netizen daripada mengecam , tetapi ada beberapa individu cuba mengajak orang memboikot perniagaannya.

Katanya, seandainya mereka berterusan mengaibkan dan mencalarkan maruah hingga perniagaannya terjejas, dia akan mengambil tindakan undang-undang.

Sementara itu, suaminya, Mohd Hamizam Abdul Hakim, 38, tahu mengenai kecaman netizen terhadap isteri dan anaknya, tetapi menganggapnya sebagai ujian Allah buat keluarganya.

"Setakat ini, kami mampu berdepan dengan kecaman itu dan semoga semuanya jadi lebih baik selepas ini," katanya.

Sumber: Harian Metro

Oleh: Redzuan Muharam

redzuan.muharam@hmetro.com.my

 

 

Mengapa tiada tindakan lanjut bagi kes Muhyiddin, Tajuddin, SPRM digesa perjelas

 

facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Susulan siasatan, SPRM memutuskan ‘tiada tindakan lanjut’ bagi kes membabitkan Muhyiddin Yassin dan Tajuddin Abdul Rahman.

PETALING JAYA: Kumpulan antirasuah menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan mengapa siasatannya terhadap bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman diklasifikasikan sebagai “Tiada Tindakan Lanjut” (NFA).

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) Muhammad Mohan berkata, butiran lanjut perlu didedahkan untuk meyakinkan orang ramai bahawa tiada salah laku dilakukan.

“Orang ramai tidak akan terima keputusan NFA begitu sahaja, jadi SPRM mesti sediakan lebih banyak maklumat untuk meyakinkan orang ramai,” katanya kepada FMT.

Menegaskan bahawa orang ramai mengharapkan lebih ketelusan daripada kerajaan, Mohan berkata, mendedahkan lebih banyak butiran mengenai siasatan itu akan membantu SPRM menguruskan persepsi orang ramai dan menunjukkan bahawa ia telah melakukan segala-galanya dalam kuasanya untuk menyiasat kes itu.

“Isunya di sini adalah persepsi orang ramai. Sebaik sahaja SPRM mengesahkan bahawa siasatan ke atas dakwaan itu sedang dijalankan, orang ramai akan berharapkan hasil,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) Cynthia Gabriel berkata, ketelusan dalam perkara sebegitu menjadi penting memandangkan timbulnya defisit kepercayaan awam susulan kontroversi perdagangan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.

Cynthia Gabriel.

“Bagi siasatan ke atas dakwaan rasuah terhadap Muhyiddin, jelas perlunya penjelasan yang lebih baik,” katanya.

Pada Rabu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, SPRM telah melengkapkan siasatan terhadap Muhyiddin dan didapati “tiada elemen kesalahan” bawah Akta SPRM.

Dalam rakaman audio yang tidak dapat disahkan dan tular pada 2020, Presiden Bersatu itu didakwa memberitahu Majlis Pimpinan Tertinggi parti bahawa beliau merancang menarik Ahli Parlimen Umno menyertai parti itu dengan menawarkan jawatan dalam Jemaah Menteri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Dalam pada itu, katanya lagi, siasatan terhadap Tajuddin “mendapati tiada keterangan melibatkan salah guna kuasa dan rasuah yang berlaku”, dengan kes itu diklasifikasikan sebagai “NFA”.

Tajuddin ditahan SPRM pada 28 Mei 2021 selepas beliau dipecat sebagai pengerusi Prasarana, bagi membantu siasatan berhubung pelantikan menantunya di syarikat itu. Beliau kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin.

SKIM CEPAT KAYA PUN LELONG NAMA ISLAM

 

Nosoruddin Mat Shah





Bubuh nama arab...acah2 islamik

Janji keuntungan yg berlipat ganda..

Dalam kes ni keuntungan 100% dalam masa satu atau dua hari.

Lepas tu tayang kereta mewah dan rumah mewah serta pakaian mewah...


Meneru neram org melayu pakat melabur...


Ayat racun lagi...

Yg ni utk org kita sahaja...kalau buka kat cina ..kita takdan..


Lepas melabur mula pasang angan2

Sembang pun lain macam

Kalau kita tegur kata ni skim mengarut..

Mula keluar ayat..

Alehhh sebab tu hg tarak apa .. sembang pandai saja...kereta pun katup pintu 4 kali baqu rapat...sambil dia dok check harga kereta mewah....mula sembang sebut Lambo Urus bagai...


Dari melabur skim menipu tu baik melabur dalam masuk 10 cuci 20 ada juga stim free spin



MARI MEMAHAMI SKANDAL 1MDB

 

Mari memahami SKANDAL 1MDB

#Bossku #bosskur #1mdbscandal #1MDB

www.zunar.my



'SPR boleh pelajari sistem pemilihan atas talian KEADILAN'







Kejayaaan KEADILAN membangunkan aplikasi pemilihan jawatan politik pertama di Malaysia diberi nama aplikasi ADIL akan membuka jalan kepada kaedah pilihan raya secara atas talian di negara ini pada masa hadapan.

Perkara itu dibayangkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Katanya dalam era digital, kesukaran mengundi sebagaimana dialami pengundi bangsa Johor yang berkerja di Singapura sepatutnya tidak berlaku andainya Suruhanjaya Pilihan Raya memperkenalkan sistem pengundian atas talian.

Sebaik sahaja seseorang yang layak mengundi mendaftar dalam aplikasi, maka mereka boleh mengundi di mana sahaja sebagaimana anggota KEADILAN melakukannya.

"(Aplikasi ADIL) memperkenalkan sistem pemilihan yang jauh lebih telus dan demokratik. Orang di Singapura 10 batu tak boleh pergi mengundi. Kena undi pos dengan segala kelemahan. Dalam sistem ini kita berada di mana sahaja boleh mengundi.

"Ini menunjukkan .... SPR kita akan undang selepas pilihan raya Johor untuk belajar dari pasukan Dr Zaleha (pengerusi JPP) bagaimana boleh memastikan sistem pengundian di Malaysia lebih demokratik dan telus, dan memberikan makna kepada semua mengambil bahagian dalam demokrasi," katanya.

Menurut Anwar lagi, sistem demokrasi amat perlu kepada seramai mungkin rakyat mengundi bagi mengelakkan pemenang ditentukan oleh kelompok tertentu yang didanai oleh golongan elit.

Sehubungan itu, Anwar mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada pasukan Pengarah Jawatankusa Pemilihan Parti (JPP), Dr Zaliha Mustafa yang berjaya membangunkan sistem pengundian jawatan politik pertama di Malaysia.

 

JANGAN LUPA JASA NAJIB PADA PENEROKA DAN FGV

 

Jasa Najib pada FELDA dan FVG...



OWHH..MUDAH-




Itukah alasannya untuk Muda langgar kerusi Keadilan di Larkin? Muda tiada

 perjanjian dengan Keadilan, cuma dengan Dap dan Amanah saja? Jadi, di kerusi2

 Muda bertanding nanti, tidak perlulah jentera2 dan pengundi2 Keadilan sokong

 kamu? Begitu? Kamu hanya perlukan undi dari Dap dan Amanah saja? Ok....aku

 faham !!

W.FAUDZIN

KELUARLAH MENGUNDI KEADILAN DAN PH-JIKA ANDA TIDAK MAHU MENYESAL




Tahukah anda, jika tidak mengundi dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor kali ini, anda terpaksa tunggu selama lima tahun sebelum berpeluang mengundi sekali lagi?

Mengapa? Kerana mungkin tiada lagi PRN yang akan diadakan serentak dengan pilihan raya umum yang akan diadakan tidak lama lagi.
Ini adalah kerana untuk kali pertama, Johor mengadakan PRN yang berasingan daripada PRU.
Jadi, jangan sia-siakan peluang keemasan untuk melaksanakan tanggungjawab anda sebagai penentu kerajaan negeri baharu dengan keluar mengundi pada 12 Mac ini.

KEH..KEH....SENANG SENANG NAK DAPAT DUIT YA...






Mohd Azizie Abd Aziz

05111iu6o20a982l2mudh2  · 

Bawak member beli kereta pun tak tentu lagi salesman nak bagi imbuhan, dia senang senang je dapat ni. So semua orang boleh dtg office felcra utk jadi introducer ke mcm mana?

 

LEBAI TIPU WALAUN : MUDAH JA NAK TIPU RAKYAT-SOQANG KATA BANJIR DARI THAILAND, SOQANG LAGI KATA BUKAN BALAK...KEH..KEH...GUANO BOH





MAHALNYA YURAN

 

Baru sekejap tadi telefon isteri aku. Bercerita pasal anak-anak. Sekali isteri aku beritahu yuran untuk 3 anak aku yang bersekolah rendah saja sudah mencecah RM800.

Tersentak sekejap aku. Kenapa mahal sangat? Itu baru 3 orang. Aku ada lagi 3 orang anak di sekolah menengah. Nampak macam cecah RM1,500 juga kalau begini.

Rupanya yuran sekolah agama mereka bertiga saja dah lebih RM500. Mana tidaknya. Yuran PIBG je dah RM170. Anak pertama RM70 dan RM50 seorang untuk yang berikutnya.

Aku pun tak faham untuk apa yuran PIBG di sekolah agama ni. Dahlah mahal dari sekolah kebangsaan. Sedangkan sekolah pun cuma sejam setengah ke tiga jam sehari.

Tambah dengan keadaan pasca Covid ni, sekolah cuma dua ke tiga hari saja seminggu. Kutip yuran PIBG mahal-mahal untuk apa sebenarnya?

Fikiran aku tersorot pada keluarga B40. Bagaimana agaknya mereka nak jelaskan yuran semahal itu? Yang pendapatan tak lebih RM1,200 sebulan, nak bayar macamana?

Aku tak pasti kalau cuma sekolah anak aku atau semua sekolah agama yurannya begitu. Yang aku diberitahu, yuran PIBG ditetapkan oleh Jabatan Agama. Betul ke?

Soalnya kenapa kena bayar? Perlukah yuran PIBG ini? Kenapa kerajaan negeri tak tanggung? Rakyat bukan macam pemain dan jurulatih pasukan JDT yang gajinya puluhan malah ratusan ribu sebulan.

Mana pergi duit zakat? Ke manakah wang zakat dibelanjakan? Ramai sangat orang miskin di negeri ini sampai wang zakat tak cukup? Bukan anak yang belajar agama dikira asnaf?

Asnaf fi Sabilillah ni bukan belajar luar negara saja. Asalkan belajar. Bukan mesti anak orang miskin saja. Jadi bagaimana duit zakat itu dibelanjakan? Pelik juga aku.

Kalau tak kira duit zakat pun, aku tetap pelik apa perlunya dikutip yuran PIBG yang sebegitu tinggi? Inikah yang dikatakan pemerintah yang pentingkan rakyat?

Aku beritahu isteri aku, jangan bayar yuran PIBG. Masalah berlaku bila orang macam aku bayar. Jadi yang tak mampu pun terpaksa usahakan untuk bayar.

Tapi kalau semua rakyat sepakat tak mahu bayar, apa agaknya yang sekolah atau Jabatan Agama mahu lakukan. Menarik untuk dilihat. Guane boh?

Raja Gelap

 

TAK GUNA PEMIMPIN PAS DALAM KERAJAAN BN MASALAH BANJIR TAK SELESAI


TIGA GOLONGAN PENGUNDI YANG JADI PENENTU DALAM PRN JOHOR

 

Ada tiga golongan pengundi dalam Pilihanraya Negeri Johor kali ini yang mampu mencorakkan politik Malaysia ke arah yang lebih baik.

Golongan pertama ialah golongan muda yang berumur 18 hingga 20 tahun.

Kedua ialah golongan dewasa berumur 21 hingga 29 tahun yang akan mengundi buat kali pertama kesan perlaksanaan pendaftaran pengundi secara automatik.

Dan ketiga golongan atas pagar yang mengundi secara pertimbangan yang bebas kerana tidak terikat kesetiaan kepada mana-mana parti politik.

Jumlah tiga golongan pengundi ini besar iaitu melebihi 700,000 orang daripada 2.7 juta keseluruhan pengundi Johor yang akan memilih pada 12 Mac akan datang.

Tiga golongan pengundi ini berpendidikan. Ramai yang lulusan kolej dan universiti. Ada sebahagiannya golongan profesional. Ada yang menganggur dan hilang pekerjaan akibat Covid-19.

Tiga golongan pengundi ini boleh dianggap sebagai pengundi ekonomi. Mereka tidak berminat dengan retorik politik perkauman sempit atau politik agama sektarian.

Pengundi-pengundi golongan ini memikirkan tentang masalah kehidupan mereka sendiri.

Isu yang penting bagi mereka ialah soal pekerjaan, jaminan pekerjaan, isu gaji dan pendapatan, isu kos sara hidup yang tinggi dan masalah perbelanjaan keluarga serta persekolahan dan masa depan anak-anak mereka.

Ini bermakna mana-mana parti politik yang serius mengketengahkan agenda ekonomi untuk mengatasi masalah-masalah yang sedang dihadapi rakyat akan mendapat sokongan dari golongan pengundi atas pagar dan pengundi muda ini.

Manakala parti-parti politik yang memainkan sentiment kaum dan agama yang memecahbelahkan rakyat untuk memancing undi akan ditolak oleh pengundi-pengundi golongan ini.

Dalam Pilihanraya Negeri Johor kali ini, pengundi -pengundi ekonomi dari kalangan atas pagar ini akan memainkan peranan kuasa politik mereka untuk mempengaruhi parti-parti politik yang bertanding supaya memfokus dalam soal tatakelola pentadbiran negara yang baik dan dasar-dasar ekonomi pro-rakyat.

Siapa yang jelas membawa agenda rakyat itu, maka merekalah yang akan menang.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang.