DEMI MARUAH PARTI, TENTANG MUDA HABIS-HABISAN

 

Awalnya nak ke tempat lain. Tapi bila Muda langgar Larkin, bersemangat pulak nak ke Larkin. Sekarang kita nampak tujuan parti muda ini ditubuhkan, bukan untuk rakyat jauh sekali untuk anak2 muda.

Dia gunakan keldai2 dalam PH untuk dia tunggang bagi dia dapatkan apa yang dia mahu. Dia pinang anak dara orang, bila tak dapat dia bawa lari.

Sebab itu, kita dari awal memang berat mahu terima khemah besar. Khemah besar yg mahu diisi dengan Muda yg sikapnya seperti ini? Khemah besar untuk tarik pejuang dan warisan yg skrg ini dia langgar PH di Johor?

Peliknya, ada beberapa ekor keldai dalam PH yang sanggup jadi kuli batak muda. Aku nak tengok sejauh mana korang sanggup ditunggang oleh Muda.

Kepada semua penyokong Keadilan, hentikan sebarang kerjasama dengan Muda, parti tamak dan rakus ini. Kita pertahankan maruah parti kita dan jangan jadi keldai seperti mereka.

WFAUZDIN NS

 

 

HAI MENGAKU BUAT KERJA KAH...BUKAN CINA AMBIK ALIH DAH KA ?MUKA TAK MALU BETOI YAK


 

PLUS akhirnya jawab mengapa laluan RFID Plaza Tol Jalan Duta beratur panjang baru-baru ini

 

PLUS akhirnya jawab mengapa laluan RFID Plaza Tol Jalan Duta beratur panjang baru-baru ini


Pada pagi hari Isnin lepas, ada pengguna PLUS mengadu terpaksa beratur panjang di laluan RFID di Plaza Tol PLUS Jalan Duta. Sehubungan itu, pengendali lebuhraya tersebut telah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menjelaskan tentang perkara tersebut, kerana masalah yang terjadi bukan akibat RFID.

Berdasarkan siasatan yang dijalankan, PLUS mendapati terdapat beberapa pemandu tidak memiliki baki mencukupi dan cuba membuat tambah nilai Touch n Go eWallet mereka di laluan RFID pada waktu puncak, antara pukul 8 pagi sehingga 8.59 pagi pada hari Isnin, 21 Februari 2022. PLUS memohon maaf tentang masalah yang timbul dan akan membantu pengguna dengan baki tidak mencukupi, untuk dengan membawa kenderaan mereka ke tempat yang selamat dan tidak mengganggu trafik di laluan RFID untuk menambah nilai eWallet.

Pastikan baki eWallet mencukupi

Tidak kira sama ada menggunakan kad fizikal Touch n Go, SmartTAG atau RFID, semua pengguna perlu memastikan untuk memiliki baki yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan. Untuk mengelakkan rasa malu akibat “BAKI KURANG” terpapar di plaza tol di masa hadapan, pengguna RFID digalakkan untuk mengaktifkan fungsi “auto-reload” atau tambah nilai automatik pada aplikasi Touch n Go eWallet. Ia boleh dilakukan di dalam aplikasi dan nilai untuk ditambah boleh ditetapkan mengikut keinginan pengguna.

Pengguna RFID juga diingatkan untuk masuk dan keluar lebuhraya PLUS menggunakan cara pembayaran yang sama. Kalau masuk dengan RFID, maka harus keluar dengan RFID juga. Jika tidak, pengguna akan dikenakan penalti iaitu caj tertinggi penggunaan lebuhraya. Untuk pengguna RFID kali pertama, dinasihatkan untuk bergerak perlahan di laluan RFID dan pastikan ada jarak yang agak jauh dari kenderaan di hadapan.

Cara untuk menetapkan tambah nilai automatik TNG eWallet

Untuk mengaktifkan tambah nilai automatik di Touch n Go eWallet, ikuti langkah berikut:

  1. Lancar aplikasi Touch n Go eWallet
  2. Tekan pada ‘Reload’ di sudut kiri atas, kemudian tekan ‘eWallet Balance’
  3. Tekan pada ‘Auto Reload’ di sebelah kanan
  4. Tetapkan nilai terendah untuk tambah nilai automatik dibuat, dan nilai yang mahu ditambah
  5. Pilih kad yang mahu digunakan untuk tambah nilai automatik dan tekan ‘Save’

Lain-lain masalah RFID

Selain tidak cukup baki, terdapat juga kes kenderaan tanpa RFID memasuki laluan RFID. Laluan RFID dikhususkan untuk pengguna RFID sahaja dan tidak berfungsi untuk pengguna SmartTAG dan kad fizikal Touch n Go.

Ada juga laporan menyatakan masalah pengesanan RFID kerana pemasangan yang tidak sempurna. Touch n Go, penyedia tag RFID mencadangkan untuk tag RFID dipasang di luar kenderaan sama ada di cermin sebelah penumpang atau di lampu hadapan. Ia juga perlu dipasang jauh dari besi di kenderaan, sekurang-kurangnya 5cm.

Terdapat pengguna yang memasang RFID dengan cara yang tidak disyorkan, seperti memegang tag dengan tangan atau memasangnya di dalam kenderaan di pemegang RFID. Mungkin cara ini berjaya tetapi ia juga mungkin tidak berjaya kerana masalah lapisan cermin atau faktor gangguan lain. Antara ciri keselamatan tag RFID adalah ia tidak boleh digunakan jika dicabut selepas dipasang. Jika anda tidak tahu, tag RFID yang dijual Touch n Go pada harga RM35 datang dengan satu kali penggantian percuma.


BAPAK NGAN ANAK SAMA SAJA..KAKI KELENTONG..AWAT RAKYAT BODO SANGAT KOT ..?


 Korang percaya pari-pari wujud? Aku sebenarnya tak percaya. Tapi lepas baca ni, rasanya lebih mudah nak percaya pari-pari daripada cerita dia.

Ayah dia PM. Gunakan kabel paling besar. Tapi cuma untuk jawatan power point and coffee girl? Aje giler. Nak kerja begitu, di BSN pun boleh dapat!
Tak agak-agak nak menipu. Ingat otak kami rakyat ni macam otak ahli parlimen dan penyokong BN? Kena tipu pun masih panggil bossku? Guane boh?

Gempar! Tim Leissner mengaku bantu curi berbillion dollar dana 1MDB

 


Gempar! Tim Leissner mengaku bantu curi berbillion dollar dana 1MDB


Bekas jurubank Goldman Sachs, Tim Leissner, yang mengaku membantu menggelapkan berbilion dolar daripada dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), memberi keterangan dia turut mencuri puluhan juta dolar daripada rakan jenayah dalam penipuan itu.

Leissner, 52, yang juga saksi utama kerajaan dalam perbicaraan rasuah membabitkan bekas rakan sekerjanya, Roger Ng, memberi keterangan itu semalam di mahkamah di Brooklyn, New York.

Katanya, ‘sebahagian besar’ daripada AS$6.5 bilion (RM27.3 bilion) diperoleh melalui tiga perjanjian bon 1MDB yang dibuat bersama Ng digunakan untuk membayar sogokan dan rasuah kepada pegawai di Malaysia serta Abu Dhabi.

Namun, menurut Leissner, wang sogokan bernilai AS$60 juta (RM252 juta) yang disimpan untuk dirinya sendiri tidak mencukupi.

Apabila pembiaya dari Malaysia, yang juga dalang skandal itu, Jho Low, memintanya ‘memegang’ 145 juta Euro (AS$162 juta) dalam sebuah syarikat di Mauritius, beliau melihatnya sebagai satu peluang.

Disebabkan kebanyakan wangnya dilaburkan dalam aset tidak cair, Leissner memberitahu juri dia menyimpan AS$80 juta (RM336 juta) untuk dirinya, sendiri selain turut meminjam AS$1.25 juta (RM 5.25 juta) daripada Ng.

Leissner berkata, penahanannya pada 2018 menghalang beliau membayar balik wang berkenaan kepada Ng.

“Saya mempunyai niat untuk membayarnya kembali dari semasa ke semasa tetapi tidak mendapat peluang,” katanya kepada juri.

Untuk rekod, Leissner mengaku bersalah pada 2018 kerana bersubahat untuk melanggar undang-undang antirasuah Amerika Syarikat dan bersetuju untuk bekerjasama dengan harapan dijatuhkan hukuman yang lebih ringan.

Pada perbicaraan hari keempat, beliau memberi keterangan dalam perbicaraan yang menyelidik kehidupan peribadinya termasuk bagaimana dia berbohong, mencuri dan menipu.

Leissner berkata dia menggunakan sebahagian wang yang dicuri daripada Jho Low untuk membeli bot bernilai AS$50 juta (RM210 juta), sebahagian pasukan bola sepak Inter Milan dan pangsapuri di 68th Street serta Madison Avenue, Manhattan.

Sebahagian wang turut digunakan sebagai bayaran pendahuluan sebuah rumah di Los Angeles, yang dikongsi dengan isterinya, Kimora Lee Simmons, seorang bekas model antarabangsa.

Selain itu, dia juga melabur dalam syarikat multimedia, All Def Digital Inc dan syarikat minuman tenaga, Celsius Holdings Inc.

Leissner dijangka menyambung semula keterangannya, Isnin depan.



Najib dalam senarai sogok Jho Low, kata Leissner

 

Bekas eksekutif Goldman Sachs, Tim Leissner berkata, Jho Low mampu mendapatkan penjamin daripada dana kekayaan Abu Dhabi.

PETALING JAYA: Juri di Amerika Syarikat diberitahu, Low Taek Jho yang dikatakan dalang skandal 1MDB menyatakan Najib Razak dan seorang sheikh Arab Saudi antara pegawai yang perlu dibayar untuk mendapat kelulusan mengumpul dan membelanjakan berbilion dolar dana 1MDB.

Bekas eksekutif Goldman Sachs, Tim Leissner yang merupakan saksi utama pendakwaan terhadap bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng, menerangkan sistem pembayaran itu kepada juri di Brooklyn, New York, pada Rabu, lapor Bloomberg.

Leissner mendedahkan satu pertemuan di rumah Low di Mayfair, London, di mana ahli perniagaan buruan itu menamakan individu yang menurutnya perlu disogok.

Dalam senarai itu ialah pegawai dari Malaysia dan Abu Dhabi, termasuk Najib yang juga Perdana Menteri Malaysia ketika itu dan Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan, Timbalan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Leissner memberitahu juri, Low menyatakan sheikh itu enggan berganjak daripada USD100 juta.

Sheikh Mansour tidak didakwa melakukan sebarang salah laku oleh AS. Pejabat media kerajaan dan Kementerian Luar UAE tidak menjawab permintaan Bloomberg untuk mengulas.

Leissner memberi keterangan terhadap Ng, yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan pengubahan wang, konspirasi dan rasuah. Leissner mengaku bersalah pada 2018 dan kerjasamanya dalam perbicaraan mungkin boleh meringankan hukumannya.

Pertemuan yang didedahkan Leissner itu berlaku pada 2012, tidak lama sebelum Goldman mula berusaha mengumpul USD1.75 bilion untuk 1MDB.

Leissner dalam keterangannya berkata, 1MDB memerlukan penjamin luar untuk hutang itu, dan Low boleh mendapatkan jaminan itu daripada dana kekayaan Abu Dhabi dan anak syarikatnya.

Leissner memberitahu mahkamah, dalam pertemuan itu, Low mengeluarkan sekeping kertas dan “mula melukis petak”. Di satu bahagian kertas itu adalah beberapa petak untuk pegawai Malaysia yang perlu disogok dan satu lagi bahagian ialah petak bagi pegawai Abu Dhabi.

Menurut Leissner, Low memaklumkan di peringkat atas, bayaran kepada pihak Malaysia dan Abu Dhabi dalam perusahaan jenayah itu “mesti sama dan dianggap sama”.

“Dalam fikiran saya, itu bermakna kedua-dua pihak perlu mendapat USD100 juta. Saya tidak boleh kata saya terkejut,” katanya dipetik Bloomberg sambil menambah berdasarkan pengalamannya dalam pasaran baharu muncul selama bertahun-tahun, rasuah dan sogokan kadangkala dikaitkan dengan projek membabitkan pegawai kerajaan.

Leissner dalam keterangannya berkata, di akhir pembentangan, Low memberitahu beliau dan Ng akan “dijaga”.

“Saya tentunya gembira kerana saya akan dapat wang tambahan. Saya mahu cari lebih banyak wang, walaupun saya dibayar gaji tinggi di Goldman Sachs,” katanya kepada juri.

Isu masuk Islam kanak-kanak bawah umur wajar rujuk Majlis Raja-raja, kata Mufti P Pinang

 

Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor berkata langkah merujuk isu itu kepada Majlis Raja-raja selari kedudukan agama Islam sebagai ‘agama persekutuan’ seperti tercatat dalam Perlembagaan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Isu pengislaman kanak-kanak yang memperlihatkan percanggahan antara keputusan Mahkamah Persekutuan dan hukum Islam wajar dirujuk kepada Majlis Raja-raja untuk memperoleh penyelesaian terbaik, kata Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor.

Wan Salim juga berkata sesiapa yang tidak berpuas hati berhak menggunakan proses perundangan untuk menyemak semula keputusan tersebut.

Pengislaman tiga anak Loh Siew Hong tanpa kebenarannya oleh Jabatan Agama Islam Perlis menjadi polemik setelah pelbagai pihak menyatakan tindakan itu bercanggah keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2018, yang menetapkan kebenaran ibu dan bapa wajib untuk menukar agama anak bawah umur.

Mufti Perlis, Asri Zainul Abidin, menegaskan pengislaman itu dilakukan dengan kebenaran bapa tiga beradik itu yang berusia 10 dan 14 tahun, sekali gus menepati undang-undang syariah negeri itu.

Wan Salim akur keputusan Mahkamah Persekutuan “didapati bercanggah” dengan hukum Islam yang menetapkan agama kanak-kanak yang belum “mumayyiz” mesti mengikut agama bapanya yang beragama Islam, manakala yang mencapai umur “mumaiyyiz” bebas memilih agama ingin dianutinya.

“Mumayyiz” merujuk seseorang yang mampu membezakan antara baik dan buruk sesuatu perkara.

“Dalam kes yang berbangkit sekarang, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan penukaran agama kanak-kanak di bawah 18 tahun hendaklah mendapat persetujuan kedua-dua ibu bapa, walaupun tafsiran (syariah) antara negeri berbeza berpunca daripada perkataan ‘parent’ di dalam bahasa Inggeris (dalam Perlembagaan),” kata Wan Salim.

“Maka saya berpandangan, cara terbaik untuk menyelesaikan percanggahan ini adalah negeri-negeri merujuk kepada Majlis Raja-raja memandangkan ke bawah Duli-duli Tuanku adalah Ketua Agama Islam di negeri masing-masing.”

Beliau berkata langkah merujuk isu itu kepada Majlis Raja-raja juga selari kedudukan agama Islam sebagai “agama persekutuan” seperti tercatat dalam Perlembagaan.

SPRM BEKU SEMUA ASET ROHANA ROZHAN

 

Aset dan akaun bank milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Memetik sumber SPRM, perintah pembekuan berkenaan dibuat selepas agensi berkenaan memulakan siasatan ke atas dakwaan pemilikan rumah oleh Tim Leissner yang dibeli menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tindakan pembekuan itu membabitkan larangan ke atas Rohana daripada melakukan sebarang transaksi melibatkan akaun bank miliknya di United Kingdom (UK).
“Pembekuan aset itu dibuat di bawah Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA 2001)
“Ia dibuat ketika pihak SPRM memulakan siasatan terhadap dakwaan bekas pegawai bank Goldman Sachs, Tim (Leissner) yang mendakwa telah diugut untuk membelikan sebuah rumah bernilai AS$10 juta di London,” kata sumber SPRM, ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
SPRM, sebelum ini, dilapor mengambil keterangan Rohana pada pagi Khamis dan siasatan dibuat berdasarkan Seksyen 4(1) AMLA 2001.
Ini susulan dakwaan yang Rohana dipercayai membayar harga sebuah rumah di London menggunakan separuh daripada jumlah wang yang didakwa diberikan oleh Leissner, sementara baki wang itu disimpan dalam sebuah akaun di UK.
Terdahulu, Rohana dalam satu kenyataan pada Jumaat, mengesahkan kehadirannya ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada Khamis, untuk memberi keterangan dan bersedia bekerjasama membantu siasatan.
“Saya merujuk kepada dakwaan pihak media terhadap saya.
“Saya telah hadir ke SPRM dan memberikan kerjasama penuh dalam siasatan mereka,” kata Rohana, melalui pejabat peguamnya, Valen, Oh & Partners.
Dalam prosiding berkaitan 1MDB di Amerika Syarikat, Leissner yang berkata dia merupakan bekas kekasih Rohana turut memetik beberapa nama lain.
Leissner turut mengakui membelikan bekas kekasihnya itu rumah pada 2013 selepas Rohana dakwanya mengancam mendedahkan penglibatannya dalam 1MDB.
Leissner mengaku bersalah pada 2018 kerana terlibat dalam pelanggaran undang-undang antirasuah Amerika Syarikat dan konspirasi pengubahan wang.

Calon KEADILAN DUN Larkin fokus isu kos sara hidup, pemilikan tanah


 

Calon KEADILAN DUN Larkin, Dr Zamil Najwah Arbain akan fokus memperjuangkan isu berkaitan kos sara hidup penduduk di bandar yang menghadapi gelombang kenaikan harga barang.

Bercakap dalam sidang media pagi tadi, Dr Zamil berkata, kenaikan harga menyebabkan golongan B40 mengalami masalah sama ada memberi makanan cukup gizi kepada anggota keluarga, mahu pun rawatan perubatan.

"Saya rasa dalam 6 bulan ini beberapa kali barang naik. Kalau duduk di Johor Bahru mereka lagi banyak terkesan

"Saya nampak beban kos sara hidup makin meningkat. Kita doktor yang praktis (membuka klinik) di swasta nampak patern itu. Kalau harga barang, kita tahu harga ayam (melambung), saya rasa golongan ini kita perlu bantu. Terutama golongan miskin bandar," katanya.

Dr Zamil juga berjanji akan memperjuangkan isu hak milik tanah pajakan yang didiami oleh banyak keluarga di Larkin dan Majidee.

Katanya, hak pemilikan sesetengah penduduk semakin cukup tempoh pajakan dan hal berkenaan perlu diselesaikan oleh Kerajaaan Negeri bagi memudahkan generasi seterusnya menetap di kawasan berkenaan.

"Saya akan perjuangkan (isu hak milik tanah). Saya rasa masalah ini terlalu lama, isu tanah pajakan yang berbangkit generasi kedua akan berasa serba salah nak duduk sini, atau keluar ke tempat lain," katanya lagi.


Rumah mewah RM41 juta untuk tutup skandal 1MDB?, kekasih gelap Tim Leissner akan dedah segalanya February 26, 2022

 


Rumah mewah RM41 juta untuk tutup skandal 1MDB?, kekasih gelap Tim Leissner akan dedah segalanya


Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan Astro Malaysia Holdings Bhd, Rohana Rozhan mengesahkan dia sudah berjumpa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

The Edge memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh peguam Rohana di Tetuan Valen, Oh & Partners hari ini, yang berkata dia akan memberikan kerjasama penuh kepada agensi antirasuah itu dalam siasatannya.

“Saya merujuk kepada dakwaan yang muncul dalam media mengenai saya. Saya telah hadir di pejabat SPRM dan memberi mereka kerjasama penuh dalam siasatan mereka,” katanya.

SPRM dipercayai mengambil keterangan Rohana semalam.

Laporan Utusan Malaysia yang memetik sumber berkata, SPRM menjalankan siasatan susulan pendedahan bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner dalam kes 1MDB di AS berhubung pemberian sebuah rumah di London bernilai AS$10 juta kepada Rohana.

Menurut sumber yang dipetik laporan itu, siasatan dilakukan mengikut mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (Amla) 2001.

Perbicaraan kes 1MDB di AS mencuri tumpuan selepas Leissner memberi keterangan yang dia mempunyai hubungan dengan Rohana.

Ketika ditanya oleh pendakwa raya, Drew Rolle mengenai hubungan berkenaan, Leissner mendakwa hubungannya dengan Rohana berlanjutan sejak 2003 hingga 2013.

Leissner mendakwa dia pernah membelikan Rohana sebuah rumah pada 2013 selepas Rohana mengancam mendedahkan penglibatannya dalam 1MDB.

Leissner ialah saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan 1MBD yang sedang dijalankan terhadap bekas jurubank Malaysia Roger Ng.

Ng merupakan bekas ketua pelaburan perbankan Goldman Sachs di Malaysia. Dia didakwa bersubahat dengan Leissner untuk mengubah wang yang melanggar undang-undang anti-rasuah AS.

Leissner mengaku bersalah pada 2018 kerana terlibat dalam pelanggaran undang-undang antirasuah AS dan konspirasi pengubahan wang.

Selain Rohana, Leissner turut mengaku menjalinkan hubungan sulit dengan dua lagi wanita Malaysia – anak saudara kepada bekas ketua menteri Sarawak dan anak perempuan duta Malaysia ke AS..

KEH...KEH....


 

NETIZEN KECAM KERAJAAN . KALAU DAH MENYUSAHKAN. KERAJAAN GUNA BUAT APA LAGI RFID INI ?

 

RFID buat hal lagi, gambar tular pengguna lebih raya tersangkut di Tol Jalan Duta buat netizen bengang


Genap pada satu bulan lalu, orang ramai meluahkan ‘cabaran’ yang perlu dihadapi apabila penggunaan RFID telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang melampau daripada biasa.

Pada awal pagi tadi, salah seorang pengguna lebuh raya Jalan Duta, @ad4mjohnston telah berkongsi satu situasi di mana beliau dan ramai lagi pengguna lebuh raya tersebut perlu beratur panjang di lorong RFID, yang sebelum ini didakwa memudahkan serta mempercepatkan urusan orang ramai.

Ciapan tersebut telah mendapat perhatian warganet yang berkongsi pelbagai pendapat realiti keberkesanan penggunaan RFID pada hari ini. Ada yang menyatakan RFID sangat menyenangkan urusan mereka. Pada masa sama, ada yang mengalami pelbagai masalah sehinggalah ke hari ini.

Ada juga netizen yang mempersoalkan kenapa tidak gunakan sahaja lorong SmartTag atau Touch ‘n Go yang kelihatan lengang. Namun, disebabkan ada sesetengah laluan tol menggunakan closed system toll, jadi sesiapa yang masuk lorong RFID pada tol sebelumnya perlu keluar menggunakan lorong yang sama sahaja.

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK GAGS MALAYSIA

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK GAGS MALAYSIA

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK GAGS MALAYSIA

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK GAGS MALAYSIA

Sementara sistem tol tanpa palang dapat dilaksanakan sepenuh pada masa akan datang, nampaknya pengguna tol perlu ‘bersabar’ buat seketika sehinggalah pihak bertanggungjawab berjaya mencari solusi terbaik dalam menjayakan ‘lebuh raya bebas kesesakan’ di negara ini.



30 TAHUN KAMPUNG INI LENYAP. TIBA TIBA MUNCUL KEMBALI

 

Kampung lenyap selama 30 tahun tiba-tiba muncul kembali gemparkan penduduk sekitar


Sebuah perkampungan di Aceredo di Sepanyol, yang sebelum ini ‘hilang’ selama 30 tahun kerana pembinaan empangan, kini dapat dilihat semula apabila paras air empangan turun mendadak selepas kemarau.

Menurut Mirror UK pada 19 Februari 2022, melaporkan kawasan kampung yang tenggelam itu dapat dilihat selepas kawasan berkenaan tidak dilanda hujan selama hampir dua bulan.

Ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk melihat bumbung bangunan di permukaan empangan Lindoso di barat laut Sepanyol itu. Malah, penduduk tempatan dapat melihat kereta berkarat dan jalan lama.

Ketika musim kemarau, kampung lama itu akan muncul semula selepas ditenggelami 30 tahun lalu selepas pembinaan empangan hidroelektrik yang menyebabkan kampung itu tenggelam.

Bagaimanapun, kini adalah musim sejuk, tetapi hampir keseluruhan kawasan kampung itu dapat dilihat.

Kapasiti air empangan itu pada masa ini hanya 15 peratus. Ia sekali gus mendedahkan bangunan dan struktur di kampung itu dengan sebahagian bumbung runtuh, batu bata dan serpihan kayu bertaburan di sekeliling.

“Saya pernah pergi ke bar bersama rakan-rakan selepas pulang dari memancing, seluruh tempat ini dahulunya adalah ladang anggur, pokok oren dan semuanya hijau..ia cantik,” kata Jos Luis Penn, yang kini berusia 72 tahun.

Penduduk tempatan berkata adalah luar biasa untuk melihat kampung yang tenggelam semasa musim sejuk yang basah. – Foto REUTERS.
Orang yang tinggal di kampung Aceredo telah diarah berpindah dari rumah mereka pada tahun 1992 untuk pembinaan empangan. – Foto AFP/Getty Images.
Salah satu rumah di perkampungan Aceredo yang telah ditenggelami air pada tahun 1992. – Foto REUTERS.

Skandal1MDB menyulitkan tarik pelabur asing, wajib bahas di Parlimen - Anwar

 





Keterangan bersumpah bekas pengurus kewangan Goldman Sachs, Tim Leissner yang terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di New York beberapa hari ini memberi imej buruk kepada pihak berkuasa kewangan Malaysia.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Amwar Ibrahim berkata, perbicaraan salah laku rasuah di peringkat antarabangsa itu dan ketiadaan perubahan meyakinkan di pihak pentadbiran kewangan Malaysia telah menyulitkan usaha menarik pelaburan langsung asing ke negara ini.

"Saya telah bangkitkan keprihatinan kita tentang pembabitan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam 1MDB. BNM telah beri jaminan prosedur yang ketat dipatuhi dan apa sahaja keterangan diperolehi mereka disampaikan ke badan penguatkuasa.

"Namun saya percaya kecuaian ini (pemindahan berbilion dana dari Malaysia keluar negara) telah menghakis keyakinan dan tuduhan dilemparkan ini memberi imej yang buruk kepada negara dan rakyat.

"Kita perlu BNM yang mengekalkan integriti yang kukuh. Tetapi keterangan Leissner di AS menunjukkan suatu muslihat jaringan penipuan, jenayah, seks yang menyebabkan skandal 1MDB itu berterusan bertahun tahun," katanya.

Menurut Anwar, keterangan Leissner itu juga menunjukan bahawa Goldman Sachs turut terlibat dalam beberapa pelakuan yang mengejutkan walaupun selama ini kerajaan Malaysia menyatakan mereka telah menyelesaikan isu korupsi itu dengan ganti rugi dari firma kewangan antarabangsa tersebut sejak 2020.

Tegas Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, isu 1MDB yang beliau lontarkan pada 2010 setelah 12 tahun masih menghantuhi negara dan memberikan dampak ekonomi yang amat buruk

Oleh itu, katanya, tidak banyak jalan boleh diambil Malaysia selain membersihkan skandal berkenaan dengan membahaskannya di parlimen dan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap para perasuah yang berada di negara ini.

"Badan penguatkuasa keseluruhannya perlu mempunyai tekad yang lebih tegas dan membawa yang bersalah kepada proses hukum. Tidak boleh ambil tindakan dalam kes kecil atau sederhana sahaja.

"Sekarang dunia tak baca isu lain melainkan skandal rasuah yang jelek dalam negara kita.

"Kita perlu ada pimpinan berwibawa menentang rasuah. Kelompok kaya ini ada kekuatan pengaruhi media, tokoh politik agar lunak terhadap mereka.

"Sebab itu minggu hadapan saya akan mendesak Speaker untuk memberi ruang kepada Ahli Parlimen bahas kes 1MDB, juga yang terkait SPRM dan polis," katanyanya.

Tambah Anwar, skandal 1MDB tersebut telah terlalu lama membelit sistem kewangan negara.

Sejak itu, katanya pelbagai tindakan jahat telah dilakukan terhadapnya untuk menghalang pendedahan lanjut namun hari ini terbukti skandal tersebut semakin memburukkan nama Malaysia di mata dunia.

 

KAYANGAN BUAT MAKSIAT

 Beb... Kayangan ni bukan setakat buat jenayah je lepas, buat maksiat pun selamat gak.

Bayangkan, kalau orang miskin berzina, dekat hotel murah pun kena cekup. Dekat dalam rumah sendiri pun kena ketuk pintu. Yang kesian baru first timer, baru nak belajar buat dah kena tangkap basah.
Tapi kalau kayangan, 10 tahun bersekedudukan, eh tak kena serbu pulak ek? 10 tahun bhai. Bukan 10 hari. Kalau orang biasa, 10 minit dah kena intai.
Sebagai pengajaran, kalau nak buat maksiat, kena keluar modal besar. Sewa rumah mewah ke, hotel 7, 8 bintang ke, kompom selamat. Penguatkuasa tak jumpa jalan. Jangan kat hotel murah atau kereta.
Penguatkuasa nak tangkap orang miskin.je. Sebab dorang sayang orang miskin. Orang kaya dorang tak sayang. Biarkan dorang masuk neraka. Gitew... Guane boh?

INI MASA MEMONTENG WAKTU KERJA GAMAKNYA


 

KAH..KAH...SELAMBE DIA LANGGAR KERUSI PH


W.FAUDZIN


 PRN Sabah, kita amat hormati Warisan di sana, tak langgar kerusi mereka. Tiba di Johor, selamba je Warisan langgar PH. Itu pun ada pemimpin dlm PH nak seret mereka masuk 'Khemah besar". Nak kata bodo kang marah...


1MDB dakwa Jho Low, Najib ‘pengarah bayangan’ syarikat

 

1MDB mendakwa Najib Razak dengan penglibatan Jho Low mengarahkan penyingkiran Ernst & Young sebagai juruaudit syarikat itu untuk menyembunyikan kerugian 1MDB akibat pelesapan dana melalui penipuan. (Gambar Reuters)

KUALA LUMPUR: 1MDB mendakwa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low adalah “pengarah bayangan” dalam syarikat pelaburan strategik itu kerana beliau merupakan proksi bekas Perdana Menteri, Najib Razak dalam memberi arahan kepada lembaga pengarah dan pengurusan kanan 1MDB.

1MDB dan empat anak syarikatnya, iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited dan Global Diversified Investment Company Limited selaku plaintif berkata demikian dalam jawapan kepada pernyataan pembelaan Jho Low yang difailkan oleh Tetuan Skrine di Mahkamah Tinggi di sini, pada 23 Feb lalu.

1MDB mendakwa Jho Low mempunyai kewajipan fidusiari terhadap plaintif dan pada setiap masa material merupakan pemegang amanah kepada aset kesemua plaintif.

“Pembelaan yang didakwa oleh defendan pertama (Jho Low) bahawa dia tidak pernah mengaku liabiliti dalam prosiding yang difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, semuanya adalah tidak relevan,” kata 1MDB dalam pernyataan jawapan itu.

1MDB mendakwa Jho Low telah mendapatkan proksinya untuk bekerja dalam 1MDB, termasuk bekas Pengarah Kewangan 1MDB, Terrence Geh Choh Heng; bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan; bekas Pengarah Eksekutif 1MDB, Casey Tang Keng Chee dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil.

“Proksi tersebut memegang jawatan pengurusan kanan utama dalam plaintif pertama (1MDB) antara lainnya untuk memantau pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB, melaksanakan keputusan penting menurut kehendak Jho Low dan Najib bagi memudahkan penggunaan dana plaintif dengan niat penipuan Jho Low dan Najib,” dakwa 1MDB dengan menambah bahawa Najib juga “pengarah bayangan” 1MDB.

Menurut 1MDB, Jho Low telah menerima dana milik plaintif dan beliau mengetahui bahawa dana tersebut milik semua plaintif dan wang tersebut telah dipindahkan kepadanya secara pecah amanah dan pelanggaran tugas fidusiari.

“Tindakan (saman) terhadap Jho Low antaranya adalah untuk pemulihan wang amanah kepunyaan semua plaintif yang diterima oleh Jho Low dan beliau mengetahui wang tersebut telah dipindahkan kepadanya secara pecah amanah antara lainnya oleh Najib.

“Oleh itu, defendan pertama (Jho Low) juga adalah pemegang amanah konstruktif plaintif berkait wang yang diterima olehnya,” kata 1MDB.

Selain itu, 1MDB mendakwa setelah dimaklumkan tentang memorandum Ernst & Young bertarikh 26 Mac 2010, Najib, yang ketika itu sebagai pihak pemegang saham tunggal 1MDB, iaitu Menteri Kewangan (Diperbadankan) dengan penglibatan Jho Low, mengarahkan penyingkiran Ernst & Young sebagai juruaudit 1MDB melalui surat bertarikh 16 Ogos 2010.

Menurut 1MDB, tindakan itu adalah untuk menyembunyikan kerugian syarikat itu akibat pelesapan dana secara penipuan dan menghalang siasatan serta penemuan fakta dan bukti material berhubung penipuan tersebut.

“Selain USD700 juta yang telah diterima Jho Low pada 2009, semua wang telah dibayar kepada Jho Low selepas Mac 2010. Oleh itu, ia tidak dapat diterima bahawa kausa-kausa tindakan hanya terakru pada Mac 2010 seperti yang didakwa.

“Dalam apa jua keadaan, tuntutan plaintif adalah termasuk pecah amanah secara penipuan oleh Jho Low dan untuk mendapatkan semula daripadanya harta yang dipegang secara pecah amanah bagi pihak plaintif yang telah ditukarkan untuk kegunaannya sendiri,” menurut 1MDB.

Pada 7 Mei 2021, 1MDB dan empat anak syarikatnya memfailkan saman terhadap Jho Low, ayah dan ibunya Larry Low Hock Peng dan Goh Gaik Ewe, kakaknya May Lin, adik lelakinya Taek Szen serta rakan sekutunya Eric Tan Kim Loong.

Berdasarkan writ itu, 1MDB menuntut USD661 juta daripada Jho Low dan masing-masing USD41 juta, USD397 juta, USD608 juta dan USD1.9 bilion daripada Jho Low dan Tan serta USD325 juta daripada Jho Low dan ayahnya.

1MDB Global Investments Limited pula menuntut USD630 juta daripada Hock Peng, Jho Low dan Tan serta USD2 juta daripada Taek Szen, Jho Low dan Tan.

Plaintif turut menuntut USD3.5 juta daripada May Lin and Jho Low serta USD1.695 juta daripada Goh, Jho Low dan Tan berhubung pembelian barang kemas serta keuntungan rahsia, selain USD25.5 juta daripada Jho Low, Tan, Hock Peng dan Taek Szen.

Jho Low dalam pernyataan pembelaannya mendakwa, beliau tidak mempunyai sebarang jawatan atau kewajipan fidusiari dalam 1MDB serta empat anak syarikatnya dan saman itu harus ditolak kerana gagal menyatakan kausa tindakan munasabah berhubung dakwaan pecah amanah atau kewajipan fidusiari.

Jho Low mendakwa beliau tidak pernah menjadi pengarah atau pemegang saham dalam 1MDB atau keempat-empat anak syarikatnya dan juga bukan ahli lembaga penasihat dana kekayaan negara itu atau sebahagian daripada pasukan pengurusan kelima-lima plaintif.