INI AKAN JADI JIKA AKTA 342 DILULUS DI PARLIMEN HARI INI! (16 Dis 2021).
INI AKAN JADI JIKA AKTA 342 DILULUS DI PARLIMEN HARI INI! (16 Dis 2021).
Please share
More cartoons @ www.zunar.my
RM 1 PUN NAK CUKAI RAKYAT.MISKIN SUNGGUHKAH BANK ?
Ibrahim Mat Isa
Dah berpuluh tahun pengeluaran wang di mesin ATM bank di Malaysia tak pernah dicaj setiap kali berurusan, ni dah caj pulak? Dah nak mampos ke kerajaan sekarang ni? Dah la pendapatan rakyat biasa pun habis dengan melayan harga barang yang naik macam tak ada menteri yang jaga, kini bank pulak nak caj bagai.
ARTIS TOLAK DUIT ZAKAT WALAU BERHAK DAPAT. MULIA MEREKA KERANA MASIH TAKUT NAK AMBIL DUIT ORANG RAMAI
ASUWADI ISMAIL
Minggu lepas semasa bawa kereta dengar satu berita seorang artis yang sakit tolak bantuan dari zakat Selangor walau dia layak menerimanya..
Pirane Sarawak formaliti beri kemenangan percuma buat GPS
MSO
SESUDAH SUBUH
LUSA (18 Disember
2021) merupakan hari mengundi untuk pilihan raya negeri (Pirane)
Sarawak. Pengundian awal telah berlangsung semalam. Dalam pilihan raya kali ini
seramai 1,252,014 pemilih berpeluang untuk membuat pilihan ke atas 349
calon.
Seperti lazimnya
perlawanan dalam pilihan raya di Sarawak, membabitkan pertandingan lebih
daripada dua penjuru. Keadaan ini menyebabkan pilihan raya di negeri Kenyalang
itu sebuah pesta setiap lima tahun sekali.
Selepas proses penamaan
calon dijalankan, mengarcakan berlaku pertandingan tujuh penjuru ditujuh
kawasan atau Dun. Lima penjuru di 24 kawasan, empat penjuru di 33 Dun, tiga
penjuru di 13 Dun dan satu lwan satu hanya di empat Dun.
Manakala antara
parti-parti yang mengambil bahagian adalah GPS terdiri daripada Parti Pesaka
Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu (PBS) dan Parti Demokratik
Progresif (PDP) yang merupakan kerajaan sebelum ini, DAP, Keadilan, Amanah dan
Pas. PBBM atau Bersatu dan Umno atau BN tidak meletakkan calon.
Parti-parti PBB, PBS dan
PDP bertanding atas satu nama dan gabungan GPS manakala Dap, Keadilan dan
Amanah walaupun memiliki gabungan bernama PH, tetapi bertanding atas lambang
masing-masing. Ketiga-tiga parti ini seperti sedang mempersiapkan diri untuk
melempar PH?
Tidak ketahui ke manakah
lenyapnya kehebatan Umno dan adik tirinya Bersatu kerana tidak berani
meletakkan walaupun sekerat calon. Dalam soal ini Parti Amanah Negara yang
bersikap berlagak mahu jadi gajah lebih berani berbanding dengan Umno dan
Bersatu. Hatta dengan abang tirinya sendiri Pas, yang meletakkan calon dihanya
satu kerusi sahaja.
Tindakan Pas itu serba
salah dan membazirkan masa sahaja. Ada baiknya kalau ia berpakat dengan Amanah
dan bertanding secara berpasukan dengan mengambil semangat asal dari rahim ibu
dan sperma bapak yang sama.
Amanah telah memberanikan
diri untuk menjadi gajah meletakkan calon di lapan kerusi, kurang empat kerusi
berbanding dalam pilihan raya sebelum ini yang dibuat kononnya untuk
memperkenalkan parti dan lambangnya, Aneh sesudah diperkenalkan parti itu
bertanding kurang daripada sewaktu memperkenalkannya dulu. Apakah ini
menunjukkan parti itu masih belum dikenali dan terkenal lagi?
Tidak diketahui apakah
ukuran, jangkaan dan strategi dibuat oleh parti berlambang huruf "A"
itu sehingga berani meletakkan calon dilapan kerusi? Apakah ia untuk
menunjukkan parti itu mempunyai wang dan mampu membayar deposit berbanding
dengan Pas?
Walhal kalau hendak
dikira Pas yang kini jadi sesuku daripada kerajaan lebih dilihat mempunyai wang
sepatutnya parti pimpinan Tok Dor itu bertanding di semua 82 kerusi. Mungkin
wang deposit calon Amanah itu dibelanjkan menggunakan wang simpanan para
pemimpinnya khasnya yang menjadi menteri kerana mereka katanya diberi pampasan
ratusan ribu?
Atau pun Amanah telah
mengambil alih fungsi dan tanggungjawab Pas selama ini yang bertanding atau
menyertai pilihan raya walaupun tidak nampak bayang kemenangan, tetapi
disertainya juga kerana mahu menjadikan pilihan raya sebagai platform berdakwah?
Tetapi kalau itulah tujuannya dalam pilihan raya Sarawak ini fungsi itu sudah
tidak lagi diamalkan Pas kerana bertandingan hanya satu kerusi sahaja.
Berbalik hakikat pilihan
raya Sarawak itu, walaupun ia berlaku pertandingan disemua 82 kerusi dan
disertai banyak parti termasuk parti pembangkang utama, Dap dan Keadilan,
tetapi kemenangan seperti sudah pasti milik GPS. Ini kerana pilihan raya kali
ini berbeza dan lain kaedahnya, baik dari segi semangat dan pelaksanaanya
berbanding dengan pilihan raya sebelum ini.
Pilihan raya Sarawak iu
diadakan selepas tamat darurat. Justeru begitu ia boleh dianggap sebagai
pilihan raya dalam suasana darurat kerana beberapa peraturan dan kawalan ketat
dikenakan atas alasan pandemik. Situasi itu sudah tentu memberi kelebihan
kepada parti yang menjadi kerajaan kerana mereka boleh menggunakan apa sahaja
ruang dan kemudahan kerajaan yang ada. Lantaran kelebihan itu diyakini GPS akan
menang besar.
Apa yang berlaku dalam
Pirane Melaka beberapa minggu lepas yang mengejutkan bilamana BN menang dengan
majoriti dua pertiga, akan berulang di Sarawak. Tanda-tanda itu sudah jelas
bilamana, peraturan "beruk" dan "hantu" diperlakukan di
Sarawak. Kempen secara terbuka tidak dibenarkan kepada pembangkang. Manakala
para pemimpin parti Keadilan dan DAP disekat daripada memasuki Sarawak. Pilihan
raya Sarawak diadakan dalam keadaan "renyuk tepok".
Dalam masa sama GPS bebas
melakukan apa sahaja. Dengan menggunakan ketua-ketua kaum dan adat serta bebas
mengguna peremis kerajaan seperti balai raya, masjid, surau dan sebagainya GPS
bebas menggnunakan peremis itu untuk berkempen. Pasti juga akan ada rasuah
pengundi, tetapi ia hanya boleh disebut sahaja tindakan tentu sekali tidak ada.
SPRM seperti biasalah bila berhadapan dengan parti kerajaan?
Tindakan atau cara itu
antara satu ketidak-adilan dalam seribu "kerenyukan" pilihan raya
berkenaan. Dalam keadaan seperti itu macam mana parti pembangkang, baik DAP
atau Keadilan atau Amanah untuk menang.
Mungkin kerana sudah
menyedari pilihan raya itu tidak adil dan ia tidak lebih dari mematuhi kehendak
Perlembagaan dimana pilihan raya diadakan selepas tamat satu-satu tempoh atau
penggal lima tahun, maka kemenangan seperti sudah menjadi milik GPS.
Jadi pilihan raya itu
hanya satu formaliti dan bukan hakikat pilihan raya sebenarnya. Mereka
menyertai pilihan raya itu terutamanya pembangkang sengaja membiarkan diri
mereka ditipu dan dianiaya hidup-hidup. Selagi bergantung kepada proses
demokrasi seperti itu maka selama itu rakyat tidak mendapat haknya dengan penuh
keadilan dan perjalanan kerajaan itu tidak murni.
Pirane Sarawak itu
bolehlah disifatkan suatu kaedah untuk memberi kemenangan percuma kepada GPS
sahaja bagi meneruskan kekuasaan mereka di Sarawak. Dan bagi GPS atau mana-mana
parti sekalipun mereka akan bersyukur 40 kali dan bersujud sahwi 105 kali
apabila suasana atau keadaanya berpihak kepadanya walaupun ia dijijik dan
comot.
Pilihan raya atau
demokrasi adalah satu penipuan yang dihalalkan dan diperlembagaakan di negara
ini, merupakan satu permainan tradisi yang disukai oleh sebilangan
rakyat. [wm.kl. 7:48 am 16/12/2021]
Glossori:
Renyuk tepok =
punah ranah, tidak sempurna, atau punah jahanam.'
PH enggan beri sokongan pada RUU pindaan Akta 342
PH enggan beri sokongan pada RUU pindaan Akta 342
Diterbitkan: Dec 15, 2021
Pakatan Harapan (PH) tidak akan menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 yang dibentang semalam dan dijangka bakal dibahaskan esok.
Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail, berkata pendirian itu dibuat walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan tiga pindaan berbanding draf asal pada Akta 342 tersebut.
Kata Saifuddin selepas meneliti pindaan tersebut PH berpendapat RUU berkenaan masih menyediakan ruang yang luas kepada amalan dwistandard serta penyelewengan lain dalam pelaksanaannya.
"Walaupun satu pindaan tambahan dibawa hari ini yang mengurangkan hukuman bagi RUU ini, ahli-ahli parlimen PH berpandangan ia tetap membuka ruang yang luas untuk berlakunya salah guna kuasa, rasuah, serta amalan antara dua darjat," katanya dalam kenyataan malam ini.
ADS
Kerajaan dalam proses meminda Akta 342 bagi membolehkan seseorang pesalah atau badan yang didapati melanggar peraturan dikenakan hukuman lebih berat.
Asalnya pindaan tersebut mencadangkan hukuman maksimum RM100,000 kepada pesalah individu dan RM1 juta untuk badan korporat. Akta sama juga menyediakan peruntukan hukuman penjara sehingga tujuh tahun.
Menurut KKM jumlah kompaun tersebut adalah merupakan had maksimum yang dicadangkan dan ia tertakluk kepada penilaian pihak berkuasa.
Bagaimanapun selepas mendapat bantahan, hari ini KKM menyatakan RUU tersebut akan dipinda bagi mengurangkan jumlah maksimum kompaun dan hukuman penjara.
Akta 342 sekarang memberi kuasa kepada ketua pengarah kesihatan untuk mengenakan denda maksimum hanya RM1,000 terhadap individu yang melanggar prosedur operasi standard, seperti kegagalan memakai topeng muka di tempat awam.
Menurut Saifuddin bangkangan terhadap RUU tersebut sudah disampaikan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini namun kerajaan tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan perbahasan mengenainya.
Justeru kata ahli parlimen Kulim-Bandar Baru itu lagi PH mengambil sikap untuk tidak menyokong RUU dalam bentuk yang telah dibentang.
"PH menggesa kerajaan khususnya Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin untuk menarik balik RUU ini dan mengadakan perbincangan mendalam dengan kami serta pembangkang amnya, agar pindaan yang lebih baik dapat diperolehi dan dipersetujui bersama," katanya.
MANA KAD LAPORAN 100 HARI 4 DUTA KHAS ISMAIL SABRI?
Jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Abdul Latiff
Ahmad semalam mengenai jumlah penasihat khas dan duta khas Perdana
Menteri, Ismail Sabri amat mengejutkan dan membuka mata ramai pihak.
Persoalan pertama yang terlintas di fikiran ialah mengapa Perdana Menteri mempunyai begitu ramai penasihat khas dan duta khas kerana beliau sudah mempunyai Kabinet gergasi yang terdiri daripada 31 menteri dan 38 timbalan menteri dan tidak kurang juga Pesuruhjaya Tinggi dan Duta Besar di seluruh dunia?
Adakah Ismail Sabri bersedia untuk meminta kelulusan khusus daripada Parlimen bagi memberi kuasa kepadanya untuk melantik Penasihat Khas dan Duta Khas?
Jika tidak, ini bukan kerajaan parlimen tetapi Kerajaan Penasihat Khas di Malaysia!
Pada masa ini, Ismail Sabri mempunyai empat duta khas – Abdul Hadi Awang (duta khas ke Timur Tengah), Tiong King Sing (duta khas ke China), Richard Riot (duta khas ke Jepun, Korea, dan Taiwan), S Vigneswaran (duta khas ke India dan Asia Selatan).
Bolehkah empat utusan khas, Hadi Awang, Tiong King Sing, Richard Riot dan Vigneswaran mengeluarkan Kad Laporan 100 Hari mereka?
Jika empat Duta Besar tidak dapat menghasilkan Kad Laporan 100 hari mereka, apakah fungsi mereka ini?
Saya sebelum ini bertanya sama ada duta khas Malaysia ke Timur Tengah telah disekat daripada menjejak kaki ke Arab Saudi, dan tidak pernah melawat Arab Saudi sejak dilantik sebagai duta khas setakat April 2020, tetapi tiada jawapan yang diberikan.
Apa guna Duta atau Duta Khas sesuatu wilayah apabila dia tidak dapat melawat negara atau wilayah yang di bawah tanggungjawabnya?
Berapa kali Tiong Sin King melawat China sejak pelantikannya dan apakah yang telah dilakukannya untuk mewajarkan pelantikannya?
Soalan yang sama ditujukan kepada Hadi, Richard Riot dan Vigneswaran.
Latiff memberitahu Parlimen bahawa Perdana Menteri keenam, Najib Razak mempunyai bilangan penasihat dan duta khas paling ramai semasa menjadi perdana menteri dari 2009 hingga 2018.
Ia tidak bermakna penyelewengan dan salah guna kuasa oleh Najib menjadi justifikasi untuk Ismail Sabri melakukan perkara yang sama apabila menjadi Perdana Menteri.
Jika ya, Ismail sengaja mahu menjadikan Malaysia sekali lagi dikenali sebagai “kleptokrasi yang paling teruk” seperti zaman Najib menjadi Perdana Menteri dan terpalit dengan skandal ala 1MDB yang tersendiri.
Apabila buku penasihat komunikasi politik Najib selama enam tahun, Romen Bose, “Final Reckoning – An Insider’s View of the Fall of Malaysia’s Barisan Nasional Government” mula dijual di kedai-kedai buku semalam, unsur yang mengejutkan bukanlah Bose telah menulis kisah tentang kejatuhan Najib daripada tampuk kuasa, tetapi tiada siapa yang pernah tahu atau mendengar tentang beliau sehinggalah buku hasil tulisannya diterbitkan dan mula dijual.
Kita tidak boleh mempunyai kerajaan rahsia di mana Perdana Menteri mempunyai sepasukan penasihat khas yang dibayar menerusi dana awam tetapi Parlimen dan rakyat tidak tahu mengenainya.
Kerajaan rahsia ini mesti dihentikan segera!
LIM KIT SIANG
Ahli Parlimen Iskandar Puteri.
LANTIK SAJA TUAN IBRAHIM JADI DUTA NEGERI PANTAI TIMUR
NORMAN RADZUAN
Saya nak menasihati PM Mail, boleh tak DS lantik Tuan Ibrahim ini jadi Menteri bertaraf Duta ke Negeri Pantai Timur atau paling kurang Menteri Bertaraf Ketua Penasihat untuk sekalian penasihat2 yg ada...
CELAKALAH BAGI YANG MENIPU RAKYAT
RAMZAN AHMAD
Dan CELAKALAH juga buat penerima DEDAK 90JOOTA dan yang mentekedarah gaji buta tanpa buat apa2 kerja dgn duit hasil cukai rakyat... CELAKAlah juga bagi yg ponteng Parlimengg sedangkan elaun diambil tiap2 bulan...
MoU: PH tidak sokong BN 'membuta tuli', kekal sebagai pembangkang progresif
Tohmahan bahawa Pakatan Harapan (PH) telah merestuai apa sahaja
dasar kerajaan BN termasuk perkauman demi mengekalkan memorandum kerjasama
(MoU) yang ditandatangani dengan Kerajaan Persekutuan pada 13 September lalu
adalah tidak masuk akal.
Semangat baharu pindaan MA63, rakyat Sarawak harus berani berubah - Anwar

Rakyat Sarawak yang mendapat semangat baharu selepas lulusnya
pindaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) semalam seharusnya meneruskan perubahan
dengan melantik Kerajaan Negeri baharu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 18
Disember ini.
Hentikan fitnah, berdiri teguh di belakang kepimpinan Anwar - Farhash
KEADILAN hanya akan memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 dengan
penyatuan seluruh kepimpinan di belakang kepimpinan Presiden parti, Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak, Farhash Wafa Salvador, sebaliknya perbuatan segelintir pemimpin dan penyokong KEADILAN mahu pun Pakatan Harapan (PH) ketika ini yang kerap 'baling batu sembunyi tangan' melempar tohmahan terhadap kepimpinan Anwar tidak akan menguntungkan sesiapa, malah PH berkemungkinan besar akan menghadapi kekalahan dengan cara berpolitik tidak seia sekata itu.
"Berapa kenyataan yang tular sejak kebelakangan jelas kelihatan wujudnya usaha untuk memecah-belahkan semangat perpaduan dalam kalangan anggota KEADILAN serta beberapa usaha dilakukan secara berterusan untuk menyerang Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi surat-surat layang yang disebarkan.
"Secara peribadi, saya mengecam sekeras-kerasnya perbuatan fitnah serta tindakan segelintir pihak yang disifatkan seperti baling batu sembunyi tangan apabila memilih menyerang Presiden KEADILAN dengan dakwaan-dakwaan yang tidak berasas.
"Usaha untuk menganggu-gugat kedudukan Presiden KEADILAN hanyalah bertujuan mengalih perhatian daripada perbincangan perihal dasar kerajaan yang lebih penting pada ketika ini," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau lagi hanya dengan menumpukan kepada isu rakyat sahaja imej KEADILAN dan boleh kembali digilap.
Selain itu, kata Farhash, KEADILAN dan PH yang padu serta tidak bercakaran amat penting bagi mengembalikan keyakinan rakyat bahawa kerajaan menanti adalah lebih baik berbanding kerajaan BN sedia ada.
"Saya menyeru supaya kepimpinan tertinggi kesemua parti di dalam PH untuk berdiri teguh di belakang Pengerusi Pakatan Harapan yang juga Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar kita dapat bergerak ke hadapan bagi menghadapi PRU yang akan datang, sekaligus mengembalikan mandat rakyat yang telah dikhianati pada Februari tahun lalu," katanya lagi.
ADAKAH MOU MENGUNTUNGKAN PH ?
Satu lagi kejayaan MoU. Tapi aku tak rasa PH yang akan dapat keuntungan. Walaupun pindaan ini adalah atas desakan PH, Ismail akan kata kononnya itu atas kebaikan dirinya dan kesetiaan BN kepada janji.
CAITOK DAN KEBODOHAN MELAYU
Ada yang komen, tak habis serang orang tua tu (Mahathir). Tentulah. Aku dah umum Mahathir tu musuh aku. Tentulah aku serang.
KAH..KAH...KAH...TAK TAHU SEPIKING ENGGELISH-
MOHD MUKHLIS
Punya bangga walaun bila Tituiman berucap dalam Bahasa Melayu siap tunggang surah ArRum walaupun negeri depa kuat tebang balak.
Ahli parlimen dedah Azam Baki miliki hampir dua juta saham di bursa

Sivarasa Rasiah (PH-Sungai Buloh) memfailkan usul tergempar di Dewan Rakyat hari ini.
Dia memohon parlimen membincangkan dakwaan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki memiliki saham di dua buah syarikat disenarai di bursa melebihi daripada jumlah yang dibenarkan.
Dakwanya, dia dimaklumkan bahawa Azam, antara 2015 dan 2016 sebagai pengarah siasatan SPRM, memiliki 930,000 saham dalam sebuah syarikat pada 30 April 2015, dan 1,029,000 saham lagi pada 31 Mac 2016.
Sivarasa juga mendakwa Azam, pada 21 Mac 2016, memiliki 2,156,000 waran dalam sebuah syarikat senarai awam.
Sivarasa memetik Seksyen 23 Pekeliling Perkhidmatan 3/2002 yang menyebut seseorang pegawai awam boleh membeli saham tetapi tertakluk kepada syarat-syarat, antaranya tidak melebihi lima peratus daripada modal dibayar atau RM100,000 pada nilai semasa.
“Seksyen 10 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tatatertib ) 1993 juga mewajibkan pegawai awam mengisytiharkan semua harta mereka kepada Ketua Jabatan mereka,” kata Sivarasa.
Mengambil kira keadaan tersebut, ahli parlimen PKR itu berkata terdapat persoalan berbangkit yang mesti dijawab di parlimen, sesuai dengan fungsi pengawasannya.
Antaranya, kata Sivarasa persoalan mengenai sumber dana dan pengisytiharan aset kepada pihak atasan.
MP Sungai Buloh itu juga meminta pihak berkuasa menyiasat kesahihan dakwaan pemilikan saham berkenaan.
Terkini! Rosmah gagal lagi

Mohamed Zaini Mazlan kekal sebagai hakim perbicaraan dalam kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai Rosmah Mansor yang bernilai RM7 juta.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu pagi ini menolak permohonan isteri bekas perdana menteri, Najib Razak yang memohon supaya dia menarik diri daripada membicarakan kes jenayah terhadapnya.
Menerusi permohonan itu, Rosmah mendakwa hakim itu mungkin berat sebelah dan prejudis terhadapnya.
Zaini bukan sahaja mendengar kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai Rosmah, yang masih belum dibicarakan, tetapi juga perbicaraan kes rasuahnya yang berterusan dikaitkan dengan projek tenaga hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Pada 21 Okt, semasa peringkat pembelaan perbicaraan rasuah projek solar Rosmah, hakim membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk mencabar kredibilitinya dengan merujuk kepada pernyataan amaran yang diberikannya kepada SPRM semasa siasatan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukainya.
Terdahulu, pada 18 Feb tahun ini, Zaini mengarahkan Rosmah membela diri dalam kes rasuah projek solar itu.
Sementara itu, Bernama melaporkan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai Datin Seri Rosmah Mansor akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar kes rasuahnya berkaitan projek tenaga solar untuk sekolah luar bandar di Sarawak.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan hari ini menolak permohonan Rosmah supaya beliau menarik diri daripada mendengar kes pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan cukai yang dihadapinya. Mahkamah menetapkan perbicaraan bermula pada 12 Jan 2022.
Hakim Mohamed Zaini berkata beliau akan memastikan isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu, tidak akan diprejudis dalam kes pengubahan wang haram apabila rujukan dibuat kepada kenyataan dalam kes rasuah projek solar kerana hakim dikehendaki mempertimbangkan secara berasingan dan secara bebas keterangan terhadap tertuduh.
“Sebarang dapatan yang saya buat dalam kes solar kekal di sana. Lagipun adalah menjadi tanggungjawab saya atau mana-mana hakim, untuk memastikan tertuduh atau mana-mana tertuduh, dibicarakan secara adil seperti yang termaktub di bawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Beliau juga memetik keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Pendakwa Raya lawan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang memutuskan bahawa seorang hakim, tidak seperti juri, dilatih dalam undang-undang untuk tidak berat sebelah.
Hakim berkata dakwaan Rosmah mungkin berlaku prejudis kerana beliau (Hakim Mohamed Zaini) akan membuat perbandingan antara kenyataan dan pembelaannya dalam kes ini, adalah tidak berasas.
“Dalam kes solar, apabila membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menerima kenyataan bagi mencabar tertuduh, saya memutuskan bahawa tiada soalan perlu ditanya berkaitan fakta kes pengubahan wang haram di sini.
“Semasa membuat keputusan itu, saya memutuskan bahawa nilai probatif bagi isu-isu yang ingin dikemukakan oleh pihak pendakwaan tidak melebihi kesan prejudis yang mungkin dialami oleh tertuduh.
“Dalam apa jua keadaan, peguam responden (Rosmah) semasa membuat penghujahan, meyakinkan saya bahawa isu yang ingin dikemukakan oleh pihak pendakwaan berhubung kenyataan dalam kes solar tidak mempunyai kaitan dengan isu dalam kes ini,” katanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram manakala Rosmah yang tidak hadir di mahkamah hari ini diwakili peguam Datuk Geethan Ram Vincent.
Pada 2 Nov, Rosmah memfailkan permohonan supaya Hakim Mohamed Zaini menarik diri daripada mendengar kes pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atas alasan keterangan dan eksibit telah dikemukakan di mahkamah dalam perbicaraan kes solar itu boleh secara langsung atau tidak langsung boleh mempengaruhi hakim dalam kes pengubahan wang haram tersebut.
Rosmah, 70, berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Dis 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di Kuala Lumpur dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.
Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang lima kali ganda nilai aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pertuduhan mengelakkan cukai pula dibuat mengikut Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang menuntut Rosmah mengemukakan penyata pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 dengan tiada sebab yang munasabah yang bertentangan dengan Seksyen 112 akta sama.





