KAH..KAH...TAK PA ..BAGI JA DIA BERCAKAP SEBAB BUDAK DIA ADA NAMA DALAM TU...TAKKAN TAK KENAI KOT JHO LOW ? TAK KAN ANWAR SAJA CAKAP DAN ADA BUKTI DALAM DEWAN TU..BUKAN CAKAP DALAM FB ?

 

Kertas Pandora tiada kaitan laporan GFI, hanya dakwaan PH, kata Najib



Lebih malang lagi apabila isu laporan GFI dan aliran keluar wang haram ini telah dimainkan oleh PH-DAP sejak 2011 sehingga PRU14, menurut Najib Razak.

PETALING JAYA: Kertas Pandora langsung tidak menyentuh mengenai Laporan Global Financial Integrity (GFI), hanya Pakatan Harapan khususnya DAP yang memainkan sentimen isu aliran keluar wang haram itu berulang kali sejak 2011, kata Najib Razak.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Kertas Pandora hanya mendedahkan senarai individu yang pernah atau sedang memiliki saham atau menjadi pengarah dalam syarikat pesisir.

“Kertas Pandora langsung tak sebut laporan GFI tetapi hanya PH/DAP asyik kaitkan.

“Lebih malang lagi ialah isu laporan GFI dan aliran keluar wang haram ini telah dimainkan oleh PH-DAP sejak 2011 sehingga PRU14 kononnya ratusan bilion ringgit dilarikan oleh ahli politik ke luar negara,” katanya dalam catatan di Facebook.

Najib berkata, laporan Global Financial Integrity (GFI) jelas menyatakan bahawa aliran keluar wang berpunca dari aktiviti “Trade Mispricing” oleh syarikat multinasional (MNC) dan pengimport atau pengeksport untuk mengelak cukai negara.

Bagaimanapun, Najib yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, beliau hairan dengan tindakan PH-DAP yang tidak menumpukan kepada masalah “Trade Mispricing” berkenaan.

“Dan kenapa pula PH mansuhkan GST (cukai barang dan perkhidmatan) yang mampu mengawal aktiviti ‘trade mispricing’ ini serta mengurangkan kadar cukai korporat negara untuk mengurangkan aktiviti tersebut?

“Paling kelakar ialah walaupun PH-DAP telah mainkan isu laporan GFI serta aliran keluar wang haram (akibat trade mispricing) sejak 2011 yang bernilai lebih RM100 bilion, satu patah haram berkenaan laporan GFI ini atau berkenaan aliran keluar wang haram tak pernah disebut oleh (Lim) Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) atau kerajaan PH sepanjang tempoh 22 bulan mereka. Kenapa, ya?

“Seolah-olah mereka okay je dengan aliran keluar wang haram akibat ‘trade mispricing’,” kata Najib.

PH khususnya Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim antara individu yang lantang mahu pendedahan Kertas Pandora dibahaskan di Parlimen yang didakwa menyebabkan negara kerugian lebih RM138.66 bilion akibat aliran wang keluar secara haram oleh individu berpengaruh.

RUNDING PUNYA RUNDING DEPA BOLEH SAKAU...BUKAN BOLEH CAYA NIH....PAK LEBAI BUKAN BOLEH NAK HALANG APA PUN..SEMBANG JA DERAIH..ALASAN MUDAH JA..KAMI BUKAN 100% JADI KERA..JAAN

 

Perbincangan ‘rombakan MAHB’ cetus kebimbangan pengambilalihan Lapangan Terbang Subang




Lapangan Terbang Subang satu-satunya aset MAHB yang tetap memberikan keuntungan ketika pandemik Covid-19.

PETALING JAYA: Perbincangan untuk menggantikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) Mohd Shukrie Mohd Salleh telah mengundang kebimbangan terhadap pengambilalihan Lapangan Terbang Subang yang menguntungkan oleh sebuah syarikat swasta.

Sumber terdekat begitu memuji prestasi Shukrie sepanjang 20 bulan beliau memegang jawatan itu namun, kebimbangan utamanya ialah mengenai kemungkinan yang akan berlaku selepas ketiadaannya.

“Saya tidak tahu sama ada orang yang menggantikannya akan mempertahankan Lapangan Terbang Subang,” kata seorang sumber yang enggan dinamakan.

Sumber itu merujuk mengenai cadangan daripada WCT Holdings Bhd, yang mana menerusi anak syarikat miliknya, Subang Skypark, dilaporkan ingin mengambil alih dan mengoperasikan lapangan terbang terbabit sehingga 2092.

WCT berkata, cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan adalah untuk mencadangkan konsensi semula dan bukan mengambil alih lapangan terbang yang sebelum ini dikenali sebagai Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah itu.

Pakar pengangkutan dan ahli politik termasuk Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki telah membantah cadangan berkenaan.

Bagaimanapun, pemegang taruh utama MAHB dilaporkan ingin menggantikan Shukrie walaupun beliau mendapat sokongan lembaga pengarah dan bekas peneraju organisasi media utama dicanang antara yang bakal mengisi tempatnya.

Kesan buruk

Sumber berkata, pendirian Shukrie terhadap isu Lapangan Terbang Subang menjadi antara perkara yang pernah diperjuangkannya sekiranya beliau diganti.

“Cadangan itu mempunyai implikasi yang besar, bukan hanya kepada MAHB atau pemegang taruh yang termasuk badan kerajaan seperti Khazanah Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), tetapi juga rangkaian perhubungan udara.”

Sumber itu menjelaskan bahawa Lapangan Terbang Subang adalah di antara lapan daripada 39 lapangan terbang di bawah rangkaian MAHB yang menjana keuntungan sebelum pandemik melanda.

Difahamkan, ketika pandemik, Lapangan Terbang Subang adalah satu-satunya lapangan terbang yang kekal untung.

“Keuntungan daripada lapan lapangan terbang itu digunakan untuk membiayai operasi 31 lagi lapangan terbang di seluruh negara bagi memastikan perhubungan udara di seluruh negara. Tanpa lapangan terbang Subang, model subsidi bersilang mungkin terjejas.”

Sementara itu, satu lagi sumber memaklumkan FMT bahawa sementara kerajaan berkata sebarang cadangan pembangunan semula Lapangan Terbang Subang akan dirujuk kepada MAHB terlebih dulu, namun ia tidak bermaksud cadangan WCT itu dihentikan.

“Mohd Shukrie begitu tegas untuk mempertahankan lapangan terbang itu. Dia pemimpin yang begitu fokus untuk mendapatkan hasil dan menjaga kebajikan kakitangan.”

TOLAK ELAUNS DAN GAJI BERTARAF MENTERI ,TERNYATA ANWAR BUKAN KAKI MAKAN DEDAK

 

Sementara setuju dengan tawaran kerajaan tentang jawatan Ketua Pembangkang dinaikkan kepada taraf menteri, Anwar Ibrahim yang sekarang menyandang jawatan tersebut sebaliknya menolak semua gaji dan elaun kenaikan yang diberikan itu.

Berikut adalah gaji, elaun serta kemudahan sebagai Ketua Pembangkang bertaraf menteri yang ditolak Anwar:-

• RM14,907.20 gaji bulanan

• RM12,320 sebulan elaun keraian

• RM1,500 sebulan bayaran khas

• RM4,000 sebulan elaun rumah

• RM833 sebulan elaun selenggara rumah

• RM6,000 elaun pakaian panas (sekali dalam tiga tahun)

• RM1,500 elaun pakaian upacara rasmi (sekali dalam tiga tahun)

• RM1,500 elaun bayaran pakaian ‘black tie’ (sekali dalam tiga tahun)

• Sebuah kereta rasmi serta penggunaan kenderaan peribadi untuk tugas rasmi.

Pengerusi PH dan Presiden PKR itu mengumumkan semua gaji dan elaun yang tidak setuju diterimanya itu akan diserahkan kepada tabung rakyat miskin.

Menaikkan jawatan Ketua Pembangkang setarat menteri adalah antara beberapa perkara yang dipersetujui dalam MOU transformasi dan kestabilan politik antara PH dengan kerajaan yang ditandatangani sebaik Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri.

Oleh kerana MOU itu mengandungi persetujuan yang memberi nikmat dunia secara langsung kepada Anwar atas kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang, seperti juga penyokong Perdana Menteri yang menerima jawatan lain yang bertaraf menteri, pelbagai pihak terlihat mula mengkritiknya kerana dianggap telah menerima dedak daripada kerajaan.

Kata mereka, patutlah MOU itu begitu cepat ditandatangani kerana ia ada ganjaran secara langsung masuk ke poketnya.

Tetapi, dengan Anwar mengumumkan menolak segala gaji dan elaun bertaraf menteri yang sepatutnya beliau terima itu, ia dengan sendirinya mengesahkan beliau bukanlah seorang kaki dedak.

Sejarah panjang perjuangannya selama ini, jika kita singkap, dengan mudah membuktikan beliau sebenarnya tidak hairan pun dengan dedak, walhal jika itu kemahuan dan keinginannya dalam hidup dan menyertai politik, sudah lama beliau dan keluarganya tidur di atas tilam berlapikkan duit yang berkoyan-koyan.

Namun, itu bukanlah matlamat serta keinginan, bukan saja kepada Anwar, tetapi juga kepada isteri dan didikan kepada anak-anaknya.

Dengan gaji dan pelbagai elaun yang ditolaknya kini, beliau boleh dikata menjalankan tugas serta peranannya sebagai Ketua Pembangkang dengan percuma dan tidak sesekali untuk meraih nikmat peribadi.

Apa yang beliau perjuangkan sebenarnya tidak lain ialah untuk mengangkat jawatan Ketua Pembangkang itu agar diberi pengiktirafan sewajarnya seperti di banyak negara demokrasi lain di dunia ini.

Selebihnya, ini juga suatu perjuangan Anwar dan PH untuk kesejahteraan serta keselesaan mereka yang memegang jawatan Ketua Pembangkang selepas ini.

Begitu pun, jika kita perhati, tanpa semua ganjaran itu beliau tetap berperanan dengan baik serta sangat berkesan di Parlimen, malah merupakan Ketua Pembangkang yang terbaik setakat ini.

Kritikan kepada kerajaan, membela rakyat dan mengangkat isu-isu sejagat tetap menjadi keutamaan serta matlamat perjuangannya.

Selain telah banyak perkara diperjuangkannya selama ini, terbaru dalam isu Pandora Papers misalnya, kesungguhan dan kegigihan Anwar bercakap di Parlimen mengenai hal itu jelas memperlihatkan kesungguhannya sehingga akhirnya siasatan sudah pun bermula dan Ismail Sabri sendiri turut memberi jaminan tentang kebebasan siasatan yang bakal diadakan.

Dengan sikap Speaker yang bak peguambela dan usulnya pula ditolak begitu saja, manakala suara di pihak kerajaan dan pejuang Islam tidak kedengaran apa-apa, beliau terus bersuara dan tidak mudah mengalah agar Pandora Papers itu ada tindakan penyelesaian akhirnya.

Itulah Anwar yang hanya Ketua Pembangkang jawatannya, bayangkan jika sosok punya jiwa segagah ini dan tidak pula gila harta, dapat menerajui negara dan memperjuangkan nasib kita sebagai rakyat yang perlukan pembelaannya? – ShahbudinHusin 17/10/2021.


SAPU-SAPU BOLEH KE SINGAPORE- www.zunar.my

 




Now Showing in Netflix!

Please Share

More @ www.zunar.my

Selangor buktikan DAP bukan ancaman kepada Melayu dan Islam

 

Oleh BORHAN AHMAD / October 17, 2021

Rekod kerajaan negeri Selangor sejak tahun 2008 sehingga kini membuktikan bahawa DAP tidak pernah menggugat kepentingan orang Melayu dan agama Islam walaupun mereka berada dalam sesebuah kerajaan.

Description: https://malaysiadateline.com/wp-content/uploads/2021/10/khalid-16.jpgPengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berkata, DAP telah berada dalam kerajaan negeri Selangor sejak tahun 2008 lagi dan kepentingan Melayu dan agama Islam terjaga dengan baik di negeri itu.

“Serangan kepada DAP ini hanya sentimen perkauman untuk menarik sokongan politik sahaja,” kata Khalid mengulas kempen sentimen membenci DAP yang giat di jalankan semula sekarang.

“Terbukti, tidak ada apa-apa masalah dan gugatan kepada kepentingan orang Melayu dan Islam di Selangor walaupun DAP sudah berada dalam kerajaan Selangor sejak 2008 lagi.

“Orang Melayu dan agama Islam di Selangor tidak pernah terjejas, masjid dan suraunya diimarahkan dengan baik penuh dengan aktiviti keagamaan dan ilmu,” kata Khalid.

Menurut beliau, pada tahun 2008, kerajaan Pakatan Rakyat ditubuhkan di Selangor yang terdiri dari PKR, Pas dan DAP.

Sejak tahun 2018 pula, kerajaan Pakatan Harapan yang terdiri dari PKR, AMANAH dan juga DAP memerintah Selangor.

Oleh itu, katanya, dakwaan DAP ini mengancam kepentingan orang Melayu dan Islam adalah mengarut dan tohmahan untuk mengajak orang Melayu membuat keputusan berdasarkan sentimen dan emosi semata-mata.

“Itu semua tohmah, fitnah dan dakyah nak takutkan Melayu dan mahu orang Melayu membuat kputusan berdasarkan sentimen.

“Yang rosakkkan orang Melayu ini Melayu juga, merekalah sebenarnya yang memusnahkan kepentingan Melayu dan Islam.

“Tengoklah kerajaan Melayu Islam yang ada. Judi mereka naikkan dari lapan yang kita benarkan dinaikkan kepada 22 kali.

“Dulu masa kerajaan PH yang ada DAP kita bagi bantuan kepada sekolah-sekolah tahfis, sekarang mereka dah tak bagi lagi.

“Ini yang terbaru ni, ada arak bernama Timah pula yang dilancarkan. Semuanya berlaku dalam kerajaan Melayu dan Islam,” kata Khalid Samad.

Bagi beliau, dasar sesebuah kerajaan ditentukan bersama bukan oleh DAP walaupun mereka berada di dalam kerajaan.

“Masa kita (AMANAH) dalam kerajaan pusat dahulu, kita cadangkan dasar kerajaan adalah Rahmatan lil alamain, Dap setuju, tak ada masalah padahal Rahmatan lil alamin itu dari Al Quran,” kata ahli Parlimen Shah Alam itu.

Menjelang pilihan raya umum ke 15, kempen anti DAP kembali dihidupkan oleh Umno dan Pas.

Ia juga dimainkan oleh pemimpin Umno Melaka kononnya mereka tidak rela bekerjasama dengan DAP di Melaka.

Padahal, Umno Melaka sendiri mengaku, mereka sudah berunding dengan DAP untuk bekerjasama bagi membentuk kerajaan bersama, namun ditolak oleh DAP.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan rundingan tersebut berlangsung sebelum tumbang kerajaan Melaka yang dipimpin Ketua Menteri (KM) Datuk Seri Sulaiman Md Ali sehingga menyebabkan Dewan Undangan Negeri (DUN) terpaksa dibubarkan.

“Saya cakap terus terang saya berunding malam sebelum itu dengan kepemimpinan DAP, saya menawarkan beberapa solusi untuk kita membendung supaya ini (kerajaan negeri tumbang) tidak berlaku.

“Tetapi adalah lebih malang saya melihat ia tidak diterima pimpinan DAP pada waktu itu,” katanya dalam wawancara secara maya dengan sebuah portal.

Jelasnya, beliau diberi tanggungjawab mewakili partinya iaitu Umno untuk berunding dengan pimpinan DAP Melaka, ia diatur oleh seorang pemimpin atasan Umno yang enggan dinamakannya.

“Ini bukan kerajaan negeri, ini antara parti. Saya tidak mewakili kerajaan negeri sewaktu saya berjumpa dengan pucuk pimpinan DAP,” katanya.

 





OOOO..KAMI FAHAM..KAMI.FAHAM...CARI LA KALAU KALAU ADA AHLI SENDIRI YANG LEBIH BAIK...KAT YADIM CONTOHNYA.....ENTAH APA DEPA BUAT

 

jaminan

Pengerusi TH letak jawatan kerana tekanan politik? Ini kisahnya..Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Marzuk Shaary menjelaskan ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri, Pengerusi Tabung Haji (TH), Tan Sri Md Nor Yusof, dikekalkan sedangkan beliau dilantik ketika zaman Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya ini sekali gus menunjukkan peletakan jawatan Md Nor semalam tiada kaitan dengan tekanan politik, sebaliknya ia adalah proses peralihan biasa.

Jika benar ia membabitkan tekanan politik, pertukaran boleh dibuat apabila Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan selepas PH tumbang tahun lalu, katanya.

“Tiada tekanan politik kerana (bekas) pengerusi ini bermula dari zaman PH lagi, maka sepatutnya kalau tekanan politik, masa PN (jadi kerajaan), Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, lagi kita tukar,” katanya dipetik daripada laporan BH, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk berkata peletakan jawatan Md Nor adalah proses peralihan biasa berdasarkan kepada kesesuaian zaman dalam perancangan strategik untuk membawa TH ke tahap lebih baik.

“Kita melihat kepada kesesuaian zaman ini dan barangkali ada perancangan strategik yang lebih memerlukan kepada kepakaran lain untuk kita bergerak lebih laju membawa TH,” katanya.

Semalam, TH mengumumkan Md Nor melepaskan jawatannya serta-merta setelah menjadi Pengerusi TH mulai 13 Julai 2018 menggantikan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Azeez adalah Ahli Parlimen Baling mewakili UMNO sejak 2013 dan menjadi Pengerusi TH sejak itu hingga digantikan pada akhir Mei 2018 susulan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 kepada PH. Azeez kini berdepan beberapa pertuduhan di mahkamah berkaitan kes rasuah.

Susulan peletakan jawatan Md Nor spekulasi timbul berkemungkinan kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mungkin akan meletak orang UMNO bagi mengetuai agensi tersebut, mengulangi langkah sama pernah dilakukan sebelum ini.

Sumber memberitahu Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO sedang menimbang beberapa nama pemimpin dalam parti itu untuk diletak menerajui TH, malah sebelum ini terdapat desakan sama ketika era pentadbiran Muhyiddin supaya orang politik mengetuai TH, tetapi beliau tidak melayannya.

Julai lalu, Ismail Sabri ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri juga mengumumkan kerajaan bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 bagi menyiasat isu berbangkit mengenai pengurusan dan operasi TH.

Ismail Sabri berkata berkata siasatan merangkumi hasil pengauditan perunding seperti PricewaterhouseCoopers (PwC), Ernst & Young (EY) dan Roland Berger dari 2014 hingga 2020.

Penubuhan RCI itu dibuat susulan tekanan daripada Pemuda UMNO supaya satu siasatan menyeluruh dibuat bagi mencari kebenaran di sebalik pelbagai urusan TH yang diputuskan ketika PH mentadbir kerajaan

HAI ..MAIN UGUT LA PULAK...MASAALAH KALAU DUDUK DAN BERKAWAN DENGAN GOLONGAN TAK CERDIK NI : Macam tak percaya dengan tajuk berita ni, especially bila kenyataan ini datangnya dari seorang Menteri Kesihatan.

 



SAIFUL IZHAM RAMLI


Saya PRO-vaksin, tetapi saya juga tidak anti kpd glgn yang menolak vaksin. Mereka juga ada hak yang sama disisi perlembagaan.
Saya sekeluarga juga sudah lengkap mengambil vaksin, namun saya tetap tidak bersetuju dgn pandangan utk menyusahkan glgn yg enggan mengambil vaksin.
Mengambil vaksin adalah sekadar suatu ikhtiar manusia utk menguatkan sistem antibodi tubuh kita bagi melawan jangkitan Covid-19.
Ianya tidak menghalang jangkitan Covid-19, sama ada terhadap yg divaksin atau yg tidak divaksin. Dan kedua2 glgn ini tetap boleh menjadi pembawa dan penyebar jangkitan pandemik Covid-19 ini.
Kaedah yg
terbaik
adalah melalui pendidikan.
Mendiskriminasi glgn ini dengan pelbagai tindakan di luar batas insan, dgn menggunakan pelbagai tekanan perundangan, tidak akan membantu membina masyarakat berteraskan Insan & Ehsan.
You should learn to understand the Rakyat more YB Menteri, especially those yang bukan dari kalangan yang se-KAYANGAN dengan kamu.
For this kind of DISCRIMINATION & HARRASSMENT, I will stand by my anti-vaksin brothers and sisters...
#############################
*Kita akan 'susahkan' kehidupan golongan anti-vaksin* -Khairy
October 16, 2021 - Isu Semasa, Khairy Jamaluddin
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan komited untuk terus menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menerima vaksin malah akan ‘menyusahkan’ kehidupan harian golongan anti-vaksin jika mereka terus menolak penerimaan vaksin.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, walaupun vaksin tidak diwajibkan namun kerajaan tidak akan memberi muka kepada golongan anti-vaksin kerana mereka sendiri memilih untuk menolak vaksin.
“Kita mungkin tidak akan melaksanakan satu undang-undang Persekutuan iaitu mewajibkan di peringkat negara tetapi saya menggalakkan adalah undang-undang sektoral.
“Mungkin berbunyi sedikit kasar tetapi pendekatan kita juga adalah untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang memilih untuk tidak menerima vaksin.
“Ini adalah kerana anda sendiri memilih untuk tidak menerima vaksin melainkan anda tidak boleh menerima vaksin atas faktor kesihatan dan dikecualikan juga dalam sistem MySejahtera tetapi jika sebaliknya, maka memang kami akan susahkan hidup anda,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas pelancaran 11th National Acute Myocardial Infarcation Course (NAMIC) 2021 di sini hari ini.
Khairy turut menegaskan, Kementerian Kesihatan berkemungkinan mewajibkan golongan yang menolak atau melengahkan pengambilan vaksin untuk menjalankan ujian calit Covid-19 secara mingguan dan kerajaan tidak akan menanggung perbelanjaan itu.
Setakat ini, golongan yang belum menerima vaksin tidak boleh makan di restoran dan masih tidak boleh memasuki pusat beli-belah. Dijangkakan lebih banyak batasan yang akan ditetapkan kemudian.
Menurut Khairy, pihaknya tidak mahu hanya fokuskan pada sektor pendidikan tetapi juga untuk sektor awam keseluruhannya.
“Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan pekeliling iaitu pada November nanti adalah wajib untuk penjawat awam divaksinasi. Kita juga menggalakkan perkara ini untuk syarikat swasta,” katanya.
-UTUSAN

TEMBELANG DAH MAKIN HARI MAKIN TERDEDAH PUNCA PH TUMBANG - JADI KEPADA PENGUNDI MELAKA HATI HATI JIKA NAK UNDI PARA PEMBELOT INI

 

 JBON JBON


√ Tak Mahu Anwar Jadi PM

√ Geng Azmin Buat Onar Dalam PKR

√ Takde Cara Lain Selain PPBM Keluar PH

√ Kalau Tak Keluar PH Anwar Akan Jadi PM

√ Ada Banyak Lagi Punca Dan Agenda2 Lain

MENGATUR STRATEGI

√ Atur Pakatan Sulit - Azmin Hisham Yidin

√ Kapala Besarnya Adalah Tun Mahathir

√ Cth 1 - Rosakkan Imej PH Dari Dalam

√ Cth Isu - Manifesto Bukannya Kitab Suci

√ Cth Isu - Kes Kuil & Adib Di Adun Di Olah

√ Cth Isu - Tangkap Dan Tuduh Kes LTTE

√ Cth Isu - Konvensyen Maruah Melayu

√ Cth Isu - PTPTN ..... Langgar Manifesto

√ Cth Isu - Depan Media Anwar Ganti Saya

Di Ulang Ulang Di Ulangb Ulang

Beri Gambaran Anwar Tak Sabar

Banyak Lagi Contoh2 Lain

LOMPAT SHERATON

√ Mahathir Dalang Utama Krisis Hari Ini

√ Pertemuan Sulit Di Hadiri Ketua2 Parti

√ Atok Azmin Eddy Abg Joe Shapie Zaid

√ Dan Beberapa Lagi Individu2 Hadir

√ PPBM Putuskan Keluar Daripada PH

√ Atok Letak Jawatan Tanpa Rujuk PH

√ Geng Kartel Azin Ikut Keluar Dpd PKR

√ PH Tumbang Kerana Hilang Majoriti

BUKTI ATOK DALANG

√ Audio Meeting PPBM - Bukti Yg Jelas

√ Pertemuan Ketua2 Parti-Dia Pengerusi

√ Atok Lepaskan Jawatan P. Menteri

√ Tubuh PN Secara Berpilih Dgn Umno

√ Jilat Balik Kahak Dgn Jadi PM Interim

√ Jadi Calon PM Mengadap Agong

Dah Letak Jawatan - Nak Jadi PM Balik

Apa Erti Semuanya Itu - Sekat Anwarlah

Jgn Bodohkan Rakyat Reka2 Cerita Lain

Mengapa Masih Gairah Tubuh Parti Lagi

Tommy Thommas Dlm Buku Terbarunya

My Story ~ Justice In The Wilderness

Mendedahkan Plot2 Culas Mahathir Dll

Dia Tak Gentar Jika Ada Yg Menyaman

Jika Dia Bacul Dia Tidak Akan Terbitkan

Buku Yg Di Kira vCukup Berisiko Baginya

NAMPAK GAYA

Tommy Sudah Cukup Bersedia Untuk

Bertarung Di Gelanggang Mahkamah

Bg Mempertahankan Pendedahannya

Cantik Di Mahkamah ~ Biar Terlondeh

 

Pandora Papers: SPRM mahu Anwar kongsi maklumat

 M. Kula Segaran Members of Parliament buying MPs MP support Perikatan Nasional PN MACC logo Datuk taxi company owner bribery UMNO legal advisor Paul Geoffrey Stadlen MACC 1MDB scandal Mohd Hafarizam Harun Malaysian Anti-Corruption Commission


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia serta agensi siasatan lain bagi menyiasat isu pendedahan Pandora Papers seperti yang telah dibangkitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia serta agensi siasatan lain bagi menyiasat isu pendedahan Pandora Papers seperti yang telah dibangkitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen.

Langkah itu menyusul selepas Ketua Pembangkang dan Presiden PKR itu telah mengemukakan notis usul kepada Speaker Dewan Rakyat berkenaan perkara itu baru-baru ini.

“Sehubungan itu, SPRM juga meminta Datuk Seri Anwar untuk memberi kerjasama sekiranya beliau mempunyai maklumat lanjut tentang isu tersebut,” kata agensi antirasuah itu dalam satu kenyataan malam ini.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dalam kenyataan hari ini mengesahkan, Polis Diraja Malaysia telah menerima empat laporan polis terhadap isu Pandora Papers itu mengenai dakwaan wang Malaysia ke luar negara sacara haram.

“Manakala PDRM telah pun membuka kertas siasatan bagi dua lagi laporan polis dan menjalankan rakaman percakapan pengadu yang membuat laporan polis mendesak siasatan dalam kes ini,” ujar Abd Jalil.

Terdahulu, Setiausaha DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini juga mempertikaikan SPRM yang didakwanya tidak mahu menjalankan siasatan dalam kes Pandora Papers.- MG.

Kesian! Isteri barisan hadapan minta cerai kerana suami sibuk sangat

 


Kesian! Isteri barisan hadapan minta cerai kerana suami sibuk sangat


IKATAN perkahwinan yang terjalin selama hampir sedekad antara Amir dan Diana (bukan nama sebenar) akhirnya bertemu noktahnya.

Perceraian tersebut berlaku ekoran rasa tidak puas hati Diana terhadap Amir yang dianggap terlalu komited dengan pekerjaan.

Sepanjang perkongsian hidup, pasangan yang menetap di Lembah Klang itu tidak dikurniakan zuriat.

Amir merupakan pemilik merangkap pemandu sebuah syarikat penyedia perkhidmatan ambulans di ibu kota, manakala Diana pula berkhidmat dalam sektor kerajaan.

Sebagai pemilik syarikat itu dan pemandu ambulans, tugas harian Amir sangat padat.

Dia bukan sahaja perlu menguruskan urusan di pejabat, malah membantu orang yang berada dalam kesusahan.

Ada ketikanya, Amir pulang ke rumah pada tengah malam dan terpaksa keluar semula awal pagi sekiranya terdapat permintaan daripada pelanggan.

“Kerja seperti saya ini tidak tentu masa. Saya perlu uruskan hal di pejabat serta memandu ambulans sekiranya terlalu banyak permintaan.

“Hendak harapkan pekerja, mereka pun tidak menang tangan. Tidak sangka pula, kesibukan saya itu membawa kepada perceraian kami,” ujar Amir sewaktu ditemu bual baru-baru ini.

Imbas pemuda berasal dari Ampang, Selangor itu, pergolakan dalam rumah tangganya bermula apabila pandemik Covid-19 melanda negara.

Dia memaklumkan, sepanjang tahun lalu, permintaan terhadap perkhidmatan ambulans meningkat secara mendadak terutamanya daripada mereka yang disahkan positif Covid-19.

“Selama saya hidup dengan Diana, kami berdua bahagia dan saling memahami tugas masing-masing. Disebabkan Covid-19 melanda negara, kerja saya sebagai seorang yang boleh dianggap frontliners atau petugas barisan hadapan kian bertambah dan hampir tiada masa di rumah.

“Permintaan terhadap ambulans meningkat begitu mendadak. Kami terima banyak permintaan untuk menghantar pesakit Covid-19 ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” jelasnya.

Ekoran itu, Diana sering berkecil hati dengan Amir yang terlalu komited dengan kerja sehingga membiarkan dirinya tinggal keseorangan di rumah.

Apabila pulang ke rumah, Diana kerap mempersoalkan tugas Amir sehingga membawa kepada pertengkaran.

“Diana seperti tidak faham kerja saya. Dia mahu saya duduk di rumah pada hujung minggu dan menghabiskan masa bersamanya. Malangnya, kerja macam saya ini tidak menentu. Ditambah pula, penularan kes Covid-19 agak serius ketika itu dan ramai memerlukan perkhidmatan ambulans,” tegasnya.

Pertengkaran antara mereka sampai ke kemuncaknya selepas Amir tidak pulang ke rumah selama tiga hari disebabkan tugas.

Selain itu, Amir turut bimbang virus maut itu menjangkiti isterinya kerana pekerjaannya berisiko untuk dijangkiti.

Situasi tersebut membuatkan Diana yang tidak mampu lagi bersabar naik angin serta meminta supaya Amir segera melepaskannya kerana tidak tahan lagi dengan keadaan itu.

“Saya ini seorang yang banyak bersabar dan bertolak ansur. Saya bukan tidak mahu pulang ke rumah ketika itu, tetapi saya bimbang dijangkiti virus dan membawanya ke rumah.

“Justeru, saya pilih untuk tinggal di tempat kerja sementara menunggu keputusan ujian calitan Covid-19. Tetapi, dia anggap saya sengaja berbuat demikian,” tegasnya.

Selepas kerap diasak oleh Diana serta keadaan emosinya yang terganggu, akhirnya Amir memilih untuk menceraikan isterinya menerusi panggilan telefon.

Jelas Amir, sewaktu dia memberi penerangan mengenai situasinya, Diana seperti tidak boleh menerima alasan diberikan sehingga membuatkan Amir akhirnya hilang pertimbangan.

Amir telah menceraikan Diana dengan talak satu menerusi panggilan telefon itu sebelum membuat pengesahan di mahkamah syariah dua minggu kemudian.

“Sewaktu perbicaraan di mahkamah syariah, hakim menasihati mereka bahawa dalam perkahwinan perlu ada tolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain.

“Saya tidak menyalahkan Diana 100 peratus terhadap perceraian ini. Saya juga sedar kekurangan diri ini,” tegasnya.

Ketika ini, Amir kekal menduda dan belum memikirkan untuk mencari pengganti kerana bimbang bakal isteri tidak memahami bebanan kerjanya yang masih tinggi kala ini.

Pakar ekonomi dakwa kerajaan bukan tiada wang, tapi salah belanja

 Pakar ekonomi dakwa kerajaan bukan tiada wang, tapi salah belanja


Kerajaan bukan tiada wang namun dilihat salah belanja, demikian tegas pakar ekonomi, Muhammed Abdul Khalid.

Beliau yang juga Pengarah Urusan DM Analytics berkata, wang banyak dibelanjakan kepada perkara yang tidak perlu ketika negara berdepan krisis ekonomi akibat pandemik COVID-19, sekali gus menjejaskan tahap kepercayaan terhadap kerajaan.

“Kepercayaan adalah perkara yang paling penting untuk melaksanakan dan memastikan segala perancangan berkesan dan mencapai sasaran.

“Kepercayaan adalah perkara yang paling penting untuk melaksanakan dan memastikan segala perancangan berkesan dan mencapai sasaran.

“Kepercayaan juga penting untuk memberi isyarat. Jika anda memberi isyarat bahawa anda tidak utamakan kepentingan utama, contohnya apabila kerajaan kata tiada wang namun berbelanja RM30 juta untuk perbaiki rumah,

“Apabila anda kata tiada wang tetapi belanja untuk membina tiga dewan, ini sangat tidak bertanggungjawab. ini aadalah isyarat jelas anda tidak serius,” katanya dalam webinar anjuran MIER.

Muhammed merujuk kepada kerja kerja pengubahsuaian Seri Perdana bernilai RM30 juta.

Justeru Muhammed berkata penting untuk kerajaan memastikan ketelusan dalam perbelanjaan dalam tempoh pemulihan ini.

Sementara itu, beliau turut menegaskan kerajaan tidak membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana dengan bersungguh-sungguh ketika sektor itu terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

“Jika kita lihat dalam jumlah satu juta PKS dan agihan bantuan melalui TEKUN dan modal kerja, ia tidak sampai tiga peratus pun (daripada jumlah PKS).

“Setiap bulan majikan kita membayar upah sebanyak RM25 bilion dan kerajaan hanya menyediakan RM1 bilion subsidi upah. Itu baru empat peratus. Kalau saya bayar upah RM100, kerajaan hanya beri RM4. Bagaimana nak bertahan?.

“Jika anda lihat Singapura membayar sekitar 75 peratus, UK juga sehingga 75 peratus dan 80 peratus. Kita tidak serius (dalam membantu PKS),” katanya.

Tambahnya lagi, ekonomi negara belum lagi pulih namun masih dalam pemulihan dan keadaan ini memerlukan langkah rangsangan sedia ada diteruskan.

[[LIVE]]16.10.21 Logo PH atau LOGO PKR? Prn Melaka Bln Depan



Logo mana pilihan utk pru? Najib kata UMNO kalah kerana suka menunjuk atau korupsi? Pilihanraya Melaka bulan depan?

DULU PAS BALUN PH[ALLAH TAKDIRKAN PAS JADI KERAJAAN!SEMUA JANJI TAK LAKS...



MENTERI AGAMA DAN MENTERI UNDANG UNDANG PUN GAGAL NAK BUAT..MENTERI JAGA AIR PUN CAKAP 30 TAHU LAGI..TU LA DIA  PARA LEBAI KELENTONG WALAUN.
DULU KATA BUKAN JADI KERAJAAN..TAPI BILA JADI TAK LARI GUNUNG DI KEJAR...
DULU WALAUN PAS KATA BILA NAK BUAT SIKIT SIKIT...WALAUN KATA  NAK TANAM DI JIRAT CINA..KALAU TAK SOKONG HUDUD.....

Kertas Pandora Bakal Jadi Punca Anwar Ibrahim Menarik Semula MoU PH?



Datuk Kamal mengulas sikap pelik Speaker Dewan Rakyat yang masih enggan memberi laluan kepada Anwar Ibrahim untuk mengusulkan perbahasan mengenai Kertas Pandora.

ZIARAH CAKNA MB N9

 


Berada di Gemas pada pagi tadi bersama isteri saya bagi program Ziarah Kasih anjuran BAKRIYAH Negeri Sembilan dengan kerjasama Penyelaras DUN Gemas.
Kami berkesempatan menziarahi mereka yang kurang bernasib baik di sekitar FELDA Pasir Besar, Kampung Pasir Besar serta Kampung Kurnia Diraja.
Selain menyampaikan sumbangan, saya serta semua yang hadir turut menadah tangan mendoakan kesihatan dan kesejahteraan mereka yang diziarahi.
Insya-Allah, semoga sumbangan yang dihulurkan serta doa yang dititipkan meringankan beban yang ditanggung mereka.