BILA GLC PUN BERKIRA…



BOB KELANANG


100% pekerja kontrak pembersihan di Hospital Bahagia Ulu Kinta terdiri dari warga Malaysia. Warga negara Malaysia... bukan orang lain... bukan warga Myanmar, bukan warga Indonesia... bukan... bukan...

Dan mereka semua sebenarnya bekerja di bawah satu syarikat yang dimiliki oleh sebuah Syarikat Bekepentingan Kerajaan (GLC)... Khazanah Nasional nih la yang biasanya bayar gaji/elaun/bonus sampai jutaan RM buat Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah dan CEO kan??

Takkan la nak bayar tambahan RM30 untuk pekerja seramai 40 orang pun nak berkira... xabis pun sekitar RM1200 sebulan tambahan kos...

Adoilah...

PAS mana?? Dah mampus kojol ka??

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1944607812383619&id=100005032563860

 

Dr Dzulkefly Ahmad: Jangan Memangsakan Selangor Sebab Dah Mencadang Perk...



MOHD MUKHLIS

Dr Dzul cerita benda ini dari Julai 2021 lagi, antara perkara yang penting adalah speed, frekuensi dan volume. Sebab senggang waktu 3-5 hari itu sangat lama, dalam masa 3 hari orang tadi boleh jadi silent spreader.

Waktu itu depa duk taksub dengan RTK-PCR. Dr Dzul echo benda yang sama, kita tak takut kes yang banyak, janji kita tahu apa yang kita buat. Sebab itu nisbah positif ( kadar positif/kadar testing) itu kena cakna. Ini sampai 19% adalah sangat bahaya.

Bila dah terlambat baru nak accept RTK-AG ( yang lebih sesuai untuk mass testing dan speed). Ini dia tuan-tuan beza Qawwi dan Amin. Ini yang pembangkang duk bergaduh dalam parlimen tu sampai bertekak dan bising; semua untuk kepentingan rakyat juga. Sebab mereka tak sanggup tengok jumlah kematian yang tinggi, yang dead on arrival, brought in dead itu sangat tinggi.

 


PANAS!!! KINI PEMIMPIN 'DISEMBAH'?

Komitmen PH kepada PM dalam MoU itu ada dua perkara yang penting;


Jamzuri Ardani


1. PH tidak menyokong sebarang undi tidak percaya kepada PM sehingga parlimen dibubarkan.  Saya tidak ada masalah tentang ini kerana kalau PH tolong jatuhkan PM pun, PM yang baru tu nanti bukan boleh dari PH pun. Sebabnya ... ermmm malas nak komen panjang bab ni. 


2. PH akan menyokong belanjawan yang dibentangkan oleh kerajaan dalam parlimen.  Saya juga tidak ada masalah dalam isu ini sebab tahun lepas, tanpa sebarang MoU pun PH secara umumnya tidak menentang belanjawan pun. 


Adapun komitmen PM terhadap PH dalam MoU itu ada 4 perkara utama;

1. Perlaksanaan Undi18 untuk PRU15.

2. Kelulusan RUU Akta Lompat Parti 

3. Belanjawan bipartisan. 

4. Pengukuhan institusi parlimen. 


Secara umumnya dan dari sudut kandungan MoU, ianya adalah suatu yang win-win untuk rakyat dan negara. 


Masalah utamanya bagi saya ialah saya tidak percaya kerajaan akan melaksanakan apa yang dijanjikan dalam MoU tersebut.


SELAMATKAH HARI MALAYSIA?


Satu persoalan. Please share. More @ www.zunar.my




Tanpa pindaan Perlembagaan Persekutuan, Undang-undang Anti-Lompat parti tidak mencukupi

 


Undang-undang Anti-Lompat Parti walaupun baik untuk reform institusi dan pemulihan demokrasi, namun tidak konklusif untuk mengekang pengkhianatan mandat rakyat selagi mana Perlembagaan Persekutuan tidak dipinda.

Pengamal Undang-undang Faiz Fadzil berkata, walaupun diluluskan Akta Anti-Lompat Parti, Ahli Parlimen masih boleh menjatuhkan kerajaan atau menukar perdana menteri tanpa perlu melompat parti kerana pilihan adalah ditentukan Ahli Parlimen sendiri dan bukannya parti.

“Bagaimanapun ahli politik perlu mempunyai tekad politik (political will) untuk menghormati mandat rakyat dan demokrasi,” katanya.

ADUN Permatang Pasir itu juga berkata, mekanisme yang cuba dicari kerajaan ataupun PH, peruntukan Perkara 43 yang perlu dipinda, bagi menghalang penukaran perdana menteri atau kerajaan di tengah tempoh Parlimen.

“Dalam erti kata lain, tiada PM yang boleh ditukar kecuali dalam keadaan mati, tidak berupaya kesihatan (fizikal atau mental) atau PM meletak jawatan,” katanya.

Faiz berkata, Akta Anti-Lompat Parti bukanlah konklusif menghalang perbuatan lompat parti ini berulang kerana setiap warganegara mempunyai hak untuk memilih parti mana yang disukainya yang dijamin Perkara 10(1) (c) Perlembagaan Persekutuan sepertimana diputuskan Mahkamah Agong dalam kes Nordin bin Salleh v Dun Kelantan.

Tambahnya, kedudukan wakil rakyat sama ada Ahli Parlimen atau Adun yang melompat parti hilang kelayakan sebagai wakil rakyat adalah satu dilema yang masih belum dimuktamadkan.

“Apakah mekanisme terbaik menghurai permasalahan ini masih belum dibincangkan secara lumat.

“Yang menjadi isu dan aduan adalah tindakan melompat parti sehingga jatuhnya sesebuah kerajaan atau bertukar PM.

“Perkara ini yang perlu dikekang supaya demokrasi dihormati pada setiap masa dan seterusnya keluhuran Perlembagaan dijunjung bagi mengekalkan kestabilan politik dalam negara,” katanya lagi.

Beliau juga berkata, mandat rakyat dikembalikan adalah paling penting, yang disebut “recall election” di mana sekiranya ada wakil rakyat yang melompat parti (bukan dipecat), maka rakyat berhak melalui jumlah peratusan tertentu petisyen menuntut kerusi yang diwakili tersebut dikosongkan dan diadakan pilihanraya semula.

“Ia bukan kehilangan kelayakan sebagai wakil rakyat secara automatik kerana ada keadaan di mana parti membuat keputusan bertentangan dengan agenda asal atau aspirasi rakyat, maka wakil rakyat berhak melompat parti.

“Keadaan ini pernah berlaku ketika mana Pas membuat keputusan keluar dari Pakatan Rakyat (PR) dan wakil rakyat parti itu keluar parti dan membentuk parti baru.

“Maka, dalam keadaan ini, apakah adil kerusi tersebut dikosongkan secara automatik atau petisyen “recall election” pilihan lebih baik. Persoalan ini masih belum ada solusi yang tuntas,” ujarnya.

Bagi mengekang perbuatan melompat parti, ramai ahli politik mencadangkan diwujudkan Akta Anti-Lompat Parti. Cadangan ini bukan sahaja satu usaha reform institusi bagi mengangkat amalan demokrasi yang lebih baik, tetapi juga bagi memelihara kesucian demokrasi supaya peristiwa hitam ‘Langkah Sheraton’ tidak lagi berulang.

Perbuatan melompat parti ini yang telah menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah satu pengkhianatan kepada mandat rakyat dan mencabul kesucian demokrasi di mana ‘parti yang kalah jadi kerajaan, parti yang menang jadi pembangkang’

Panas! Pemimpin Pas berang Pas sahaja yang dipersalahkan bila umat Islam tak boleh solat jemaah di masjid, surau

 Panas! Pemimpin Pas berang Pas sahaja yang dipersalahkan bila umat Islam tak boleh solat jemaah di masjid, surau


Tahap bencinya adun Titi Serong pada PAS sampai merendahkan akal budinya ke tahap sampah. Dulu PAS, keluar PAS masuk Amanah, menang bertanding, jadi EXCO, hilang jawatan EXCO kerana bertukar kerajaan, menangis melolong macam budak kecil berhingus hilang mainan, road show beberapa tempat, hentam kerajaan baru, tiba-tiba, kering je air mata, lompat jadi bebas kejap, sokong kerajaan PN dan MB Peja, masuk BERSATU, tak dpt tempat dalam kerajaan, sokong pulak usul yang Adun UMNO bawa untuk tolak Peja, sokong UMNO jadi MB, kena pecat pulak dari BERSATU, sekarang cakap merapu-rapu.

Orang macam ni boleh pakai ke kepala otak dia.

Di Pusat dulu, Menteri yang jaga agama bukan dari PAS, bekas Mufti Wilayah yang dipilih sendiri oleh PM, dia sudah buat yang terbaik waktu itu, tetapi tetap tidak boleh mengatasi kuasa Agung dan Sultan dalam hal ehwal agama.

Sekarang baru PAS ambil alih, tak sampai sebulan pun, gaji pertama Menteri pun tak dapat lagi. Menteri Agama, YB Ust Idris sudahpun buat kenyataan mengarahkan JAKIM menyediakan SOP baru berkaitan Solat di Masjid dan Surau supaya bagi peluang umat Islam solat di masjid dan surau terutama Solat Jumaat, itupun tertakluk kepada kerajaan negeri yang hal ehwal agama pula di bawah kuasa Tuanku Raja-Raja Melayu yang kita muliakan.

Sebab itu, di Perak yang keluarkan pekeliling berkaitan dengan agama seperti SOP solat di masjid datangnya dari Majlis Agama Islam Perak (MAIPK), ia bawah Tuanku. Pejabat Setiausaha kerajaan negeri @ pejabat YAB MB yang jaga agama tak keluarkan pekeliling berkaitan dengan agama.

Sebenarnya kamu pertikai Raja-Raja Melayu yang bertanggungjawab akan hal ehwal agama di setiap negeri. Tapi kamu tak berani dicop derhaka kerana pertikai Sultan, PASlah yang jadi mangsa akibat kedangkalan dan kejahilan berfikir kamu.










SIAPA TIMBALAN YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT?

GEMPAR!! - AHMAD SAID "DEDAH SALAH LAKU" EXCO PAS | DUN TERENGGANU


Pendedahan penyalahan kuasa dan rasuah oleh EXCO PAS Terengganu. Butiran pembayaran mengenai pelaburan Yayasan Terengganu yang masuk akaun sendiri! Adakah PAS akan sorokkna bawah karpet?

PH Bijak Menerima MoU? MoU Ismail Bertindak Sendirian Tampa Persetujuan ...

DULU PAS MEMBERI DALIL, SEKARANG PAS MEMBERI DALIH


May be an image of 1 person and text that says "Sinar ONLINE TELUS TULUS Kenapa tak tutup kedai arak?"


Tulisan Norman Radzuan

-

Jika hanya diberi 2 pilihan antara PAS dan UMNO...saya pilih UMNO. Sb UMNO tipu atas nama bangsa... mahu atau tidak saya akui walaupun pemimpinnya terpalit dgn rasuah bukan alang kepalang punya 'balun' tapi mereka boleh buat kerja.

Mereka boleh bercerita soal belanjawan, defisit, baik-out, pendidikan, pelaburan dan lain2...cuma mereka tidak amanah. Jika amanah negara ini sudah sehebat Korea, Jepun atau Singapura.

Tapi Pas mereka mengelirukan ahli dan penyokongnya dgn menggunakan agama. Kesian sb mereka (ahli) mengharapkan syurga. Dulu mereka memberi dalil2 kenapa perlukan laksanakan hudud.

Dibaca pelbagai ayat Quran sebagai dalil kenapa mereka mahu kilang arak bila ditutup, baju pramugari mesra Islam, haramkan kedai nombor ekor dan kenapa mereka mahu laksana hudud...

Bila mereka menjadi sebahagian dari kerajaan jgn kata mahu bawa usul di Parlimen... bersuara pun tak berani. Lihat DS Anwar dan pemimpin PH walaupun sudah tandatangan MoU tapi di Parlimen mereka tetap berhujah dan melahirkan rasa tidak puas hati jika kerajaan tidak menyebelahi rakyat.

Kini pemimpin2 PAS mencari dalih bukan hanya kerana mereka tidak bawa usul tapi kenapa mereka tak berani bersuara. Antara dalihnya...Step by step la, dahulukan perkara lain, akui bukan mudah laksanakan hudud, dulu pembangkang dan bermacam macam lagi sekadar utk menyakinkan ahli mereka.

Sebenarnya selama ini mereka hanya omong kosong. Pemimpin parti agama ini tiada kemahiran atau tidak mampu utk bercerita bab ekonomi, pendidikan, bail out, defisit, korupsi pun.... sb itu mereka tidak berani sidang akhbar atau wacana secara spontan. Jika ada pun ditanya lain...lain dijawab.

Sebab itu mereka bermain dgn hukum sahaja... seolah olah negara cukup sekadar diurus dgn hukum. Ekonomi tak bagus konon sb tak laksana Islam.

Lucunya formulanya tidak diberi hanya cukup sekadar menyebut Islam... sungguh menyedihkan kerana tidak bertanggungjawab dgn hujah. PAS dulu mereka memberi dalil dan skg mereka dalih. Nasib baik malaikat tak tidur...biarlah mereka terpesona dgn duniawi.

 

BENTERAS RASUAH DAN RAKYAT JANGAN JADI PENGUNDI YANG DIBELI



May be an image of 1 person and text that says "24,855 kes sembuh (9 Sept 2021) Malaysia COVID19 Updates @malaysia 24,813 kes sembuh (13 Sept 2021) HOME NEWS BERITA TOKYO 2020 OLYMPICS Malaysia COVID 9/9 Confirmed 1,919,774 [+19,307] 6 imp Discharged 1,657,486 [+24,855] Deaths 19,486 +323] ICU: 967 +63] Intubated 464 [+34] Active Case 242,802 -5,871] Vac 8/9 Partial Vac: 20,943,582 (+128,0 (64.13%) (64 Fully Vac: 16,492,295(+192,414) 6,492,295 (50.50%) 16,073 kes Covid-19 rekod tertinggi 24,813 kes sembuh FMT Reporters September 2021 PM 15:25 09/09/ Twitter Web App KENAPA KERAJAAN KERAP MENIPU?"May be an image of 1 person and text


ZUWAIRI MOHD YUSOF

Rakyat harus merakyatkan semula politik & parlimen.Akibat sekian lama amalan rasuah menjual undi oleh pengundi@rakyat, politik & parlimen jadi elitis. PUTUSkan rantaian ini. Stop jual undi, ambil balik kuasa menentukan siapa yg kita nak pilih untuk jadi pengurus ladang kita ini.The term GLC (Government Linked Company) should be changed to Rakyat Owned Companies (ROC).Jenayah rasuah tidak boleh di letakkan kesalahan sepenuhnya kepada penjawat awam sahaja jika tiada individu atau pihak berkepentingan yang mulakan pemberian.Budaya kronisme dan nepotisme menjadi benteng kepada pemberi dan penerima rasuah untuk berselindung dalam sesebuah organisasi terutama pentadbiran kerajaan.Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay melancarkan perang terhadap rasuah, serta menyatakan keiltizamannya untuk membanteras gejala jijik itu.

Kempen Politik #MalaysiaTanpaRasuah anjuran Pasukan Rasuah Busters menampilkan enam tuntutan utama untuk dilaksanakan oleh kerajaan bagi memerangi rasuah.Gerakan yang dilancarkan secara besar-besaran pada 11 September 2021 itu berjaya mencetuskan satu gelombang baharu dalam kalangan rakyat Malaysia untuk melawan rasuah yang semakin berleluasa.Pelancaran kempen itu dijayakan Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub; Pengerusi Bersih 2.0, Thomas Fan; Pengerusi Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), Badlishah Sham Baharin; Pengasas dan Pengarah Eksekutif Pusat Untuk Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4 Center), Cynthia Gabriel; Pengarah Advokasi dan Pengasas Bersama Undi18, Tharma Pillai; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Tricia Yeoh serta Ketua Sekretariat Rasuah Busters, Nurhayati Nordin.

Ismail Buffalo lantik PM8 yg gagal 18 bulan jadi Pengerusi MPN itu rasuah.Menteri SOP gagal teruk di bawah PM8 naik jadi PM9 itu pun rasuah.PM9 kekalkan 95% barisan kabinet Abah Cow ke kabinet Ismail Buffalo itu pun rasuah.Peja jadi punasihat PM8 untuk tak sampai 30 hari tetap di bayar gaji itu di kire rasuah.Hadi Awang selaku Duta Khas Timur Tengah makan gaji elaun buta layak di anggap rasuah.MP Bera,Pahang BN UMNO guna premis tentera untuk perjumpaan politik BN UMNO itu salah guna kuasa selaku bekas Menteri Pertahanan.Menawarkan Anwar Ibrahim jawatan Ketua Pembangkang bertaraf Menteri itu jelas cubaan merasuah pejuang rakyat marhen satu penghinaan bukannya penghormatan yg sudah pasti di tolak DSAI mentah2.

Hamzah melantik budak2 kita dalam PDRM itu salah guna kuasa yg memalukan.Bersepah Menteri,Timbalan yg 18 bulan bawah Mahiaddin kini bawah Ismail ramai yg kaki rasuah salah guna kuasa sekian lama.Baik Azmin Ali,Zuraida,Rina Harun,Hishamudin,Annuar Musa,Mustapa Mohamed,Saifudin Abdullah dan lain2.Dalam kabinet pun dah bersepah kaki rasuah ape lagi dalam GLC2,Agensi2 penguatkuasa yg ade seperti PDRM,SPRM,LHDN,KASTAM,JPJ dan PBT2 yg ada.Masalah rasuah takkan berakhir selagi ade kartel2 di semua agensi2 yg terlibat.Kamu jangan ingat kongsi gelap,kumpulan samseng ja ade KARTEL dalam kerajaan pun ramai KARTEL termasuk dalam PARTI POLITIK dan NGO.

#KerajaanGagal2 #KabinetKitarSemula #FailGovernment2 #RecycledCabinet #Kerajaan69 #69Government

 

11-09-2021 Dr Rozaimi | Toqqi | Dr Nik Mohd | En. Ismail | Muhd Izzat = ...

BETULKAH ATAU SEKADAR MEMBONGAK AHLI SENDIRI ?


May be an image of 1 person, standing and text that says "HOME FMTH MAPRTIN NEWS BERITA TOKYO 2020 OLYMPICS CA Bukan soal kurang lantang, tapi agenda PAS akan dilaksana secara berperingkat, kata Nik Zawawi FMT Reporters September 16, 2021 7:31 PM 131 Shares 98 ©freemalaysiatoday.com Nik Muhammad Zawawi Salleh meminta semua pihak di luar parti supaya bertenang kerana agenda yang diperjuangkan PAS selama ini akan dilaksanakan satu persatu secara berperingkat. PETALING JAYA: Pemimpin PAS komited agenda parti"


ZULAIFA RAHMAN

Kalau benarlah,cuba perhatikan dalam tempoh 17 bulan yang lepas smasa Pas bersama dengan krajaan PNipu agenda apa yang telah Pas buat ? apa drafnya,apa nama peringkat-peringkatnya dan bgaimana pula dengan perlaksanaan,pencapaian dan kebekersanannya dalam keadaan berperingkat-peringkat itu?

 

NAK MBOHONG KEPADA RAKYAT,NAK KENCINGKN AUN TAKSUB PUN BIAR LAH BERPADA-PADA, ADA LOGIKNYA DAN BERMUNASABAH!!!! PEGANG 17 BULAN PUN HANYA MENJADI HAMPAS!!

 

APALAGI BILA DOK YOYA-YOYA BERTEMPIK KONONNYA BOLE SELESAI DALAM 5HARI SAHAJA RUPA-RUPANYA KANTOI MANTOI.!!

 

DUTA TT PULA APA KHABAR ? DALAM TEMPOH 17 BULAN TU BANYAK KE PELABURAN YANG DIBAWA MASUK???MANA GAMBAR JUMPA DUTA DUTA ASING TU? SEKEPING PUN TAK NAMPAK ? MENIPU KE ?

 

INI LAH PAS

 

May be an image of 1 person and text that says "JANGAN JADI PUTAR ALAM MACAM YB DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG PRESIDEN PAS"


AKU PINJAM KATA KATA . CUKUP PADU UNTUK WALAUNTAIK PAS BACA .

Man Rani

Penasihat Ekonomi Bertaraf Penyamun

Hangpa tok sah la dok pelik, kalau orang pas kata, MOU  kerajaan dgn PH ni dirintis oleh  PAS . Lama dah, semua benda PAS  akan kata dia punya, idea dia, usaha dia.

Hangpa ingat dak dulu², masa dlm PR , semua kerusi pilihanraya PAS  mengaku dia punya. Sampai bertindan calon lawan sama sendiri di kota damansara.

Bukan takat kerusi, islam pun depa mengaku depa punya. Depa saja yg berjuang islam. Orang lain pejuang sekular.

Tapi ya lah... Bila kita kata, islam pun depa mengaku depa punya, depa akan bangkang. Depa kata, dak aih, kami tak kata pun islam kami punya.

Bila kita kata, dulu hangpa kata sapa keluaq PAS , kigha lawan islam. Lawan PAS , lawan islam. Depa kata, dak aih, kami tak kata lagu tu pun.

Depa tu, tang depa nampak depa nak untung, depa mengaku depa punya, idea depa, kerja depa. Bila nampak kena batang hidung depa, dan-dan depa tak mengaku.

Hangpa tengok la sikit hari lagi. Bila depa nampak PAS  nak rugi dgn MOU ni, depa kata lagu lain pulak. Hangpa simpan taruh hat aku cakap ni.

Tak percaya, hangpa tunggu tengok.

 

Isu padang Bukit Jalil: TMJ tempelak Peja jangan tukar cerita, ramai saksi malam itu

 Isu padang Bukit Jalil: TMJ tempelak Peja jangan tukar cerita, ramai saksi malam itu


Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan dakwaan beliau salah tafsir mengenai kos RM10 juta bagi baik pulih padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Ia susulan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjelaskan jumlah itu bukan hanya untuk SNBJ, tetapi bagi kebanyakan padang stadium yang memerlukan baik pulih atau penambahbaikan di seluruh negara.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi satu komen pada akaun Instagram, malayantigerfans, menjelaskan ramai saksi ketika pertemuannya dengan Ahmad Faizal yang ketika itu memaklumkan kos untuk baik pulih padang stadium berjumlah RM10 juta.

“Saya ada ramai saksi malam itu beliau cakap 10 juta, apabila saya tanya berapa bajet buat padang SNBJ. Jadi, jangan tukar cerita,” tulisnya.

Sebelum ini, TMJ mempersoalkan kos RM10 juta yang diperlukan untuk membuat padang baharu di SNBJ.

Katanya, kos itu terlalu tinggi kerana beliau hanya memerlukan RM1.4 juta untuk membuat padang menggunakan rumput jenis Zoysia di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) yang lengkap dengan sistem perpaipan, perparitan, tanah dan pelbagai lagi.

Namun, kelmarin, Ahmad Faizal Azumu menafikan kos membuat padang baharu di SNBJ membabitkan belanja RM10 juta, sebaliknya menjelaskan ia turut merangkumi kos membaikpulih padang di seluruh negara.

Sumber | BH

Chong Wei sumbang RM243,000 kos projek Hospital Bukit Mertajam

 

Bekas pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei telah menyumbang sebanyak RM243,000 bagi keperluan menambah kapasiti Hospital Bukit Mertajam untuk merawat pesakit Covid-19.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim berkongsi berita gembira itu di Facebooknya sebentar tadi dan memaklumkan kerja-kerja pembinaan telah bermula.

Projek pembinaan bermula hari ini dan dijangka mengambil masa lebih kurang 2 minggu. Selepas siap, HBM akan mempunyai tambahan 32 katil Covid-19.

“Beberapa minggu yang lalu, saya telah berbincang dengan Dato’ Wira Lee Chong Wei tentang keperluan menambah kapasiti Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk merawat pesakit Covid-19.

“Selepas perancangan dengan pihak HBM, hari ini kerja-kerja pembinaan bermula,” kata beliau.

Steven berkata, dengan pembinaan baru ini, HBM akan mempunyai tambahan 32 katil.

Dr Goh pengarah HBM dan Dr Lyana ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma memberikan taklimat kepada saya dan YB Dr Kelvin Yii tentang pengurusan kes-kes Covid-19 di HBM.

Dengan peningkatan kapasiti ini, katanya membolehkan kes-kes Covid-19 yang serius mendapat rawatan awal di sini sementara menunggu ICU di Hospital Pulau Pinang.

“We must do everything to prevent more death!

“Terima kasih Yayasan Lee Chong Wei yang menyumbang penuh kos projek sebanyak RM243,000,” ujar beliau.




Peja tempelak timbalan menterinya isu pembukaan gimnasium

 Panas! Peja tempelak timbalan menterinya isu pembukaan gimnasium


Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini tampil memohon maaf kepada pemilik dan pengendali gimnasium susulan salah faham mengenai pembukaan gimnasium di negeri di bawah Fasa Dua dan Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), yang sebelum ini dilaporkan dibuka bermula hari ini.

Memetik laporan The Vibes, Ahmad Faizal berkata, bagaimanapun pihaknya akan menggesa agar gimnasium dibenarkan dibuka semula secepat mungkin.

“Saya mohon maaf atas salah faham. Saya percaya timbalan saya tersalah sebut atau salah maklumat.

“Kami akan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikannya dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya seperti dilapor portal tersebut, pada Jumaat.

Terdahulu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker dilapor berkata gimnasium di negeri Fasa Dua dan Tiga, di bawah PPN akan dibenarkan beroperasi hari ini dan hanya mereka yang lengkap divaksin sahaja dibenarkan masuk.

Bagaimanapun, Ti menjelaskan semula kenyataannya dengan memaklumkan gimnasium hanya boleh beroperasi semula selepas prosedur operasi standard (SOP) tambahan diwartakan.

“Buat masa ini tiada isu pembukaan gimnasium cuma sedang menunggu SOP tambahan sebelum pengusahanya dibenarkan beroperasi,” katanya dipetik sebagai berkata.

Setakat ini, kerajaan membenarkan aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal melibatkan pengoperasian fasiliti sukan dan rekreasi terbuka dan tertutup kepada individu telah lengkap divaksin menerusi tempahan, di negeri Fasa Dua dan Tiga PPN.

Pemimpin AMANAH tempelak Shahidan, buat kenyataan yang menjengkelkan

 Panas! Pemimpin AMANAH tempelak Shahidan, buat kenyataan yang menjengkelkan


Kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim di Dewan Rakyat bahawa kerajaan tidak akan masuk campur dalam pembangunan Kampong Bharu dan membiarkan pemilik tanah berurusan sendiri dengan pemaju adalah satu kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab dan menjengkelkan.

Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri Asaád Khuzami berkata, pihaknya kesal dengan kenyataan tersebut memandangkan Menteri Wilayah itu sepatutnya menjaga kebajikan dan hal ehwal rakyat khususnya di Wilayah Persekutuan.

“Amanah Wilayah Persekutuan kesal dengan kenyataan tersebut yang secara langsung memberikan mesej bahawa kerajaan yang kononnya mewakili ‘Keluarga Malaysia’ ini ingin berlepas tangan dalam perkara penting yang melibatkan kebajikan dan urusan hartanah milik penuh orang Melayu di kawasan segi tiga emas di bandar raya Kuala Lumpur.

“Sekiranya itulah pendirian yang diambil oleh kerajaan, Amanah Wilayah Persekutuan mempersoalkan apakah fungsi dan peranan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PPKB) yang ditubuhkan dan diberikan bajet yang besar setiap tahun.

“Ia kerana fungsi utama PPKB ini seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 14 Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 (Akta 733) ialah untuk mengurus, menyelaras dan membantu para pewaris dan pemilik tanah dalam segala urusan yang melibatkan pembangunan Kampong Bharu,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah Ahmad Zamri, jika kerajaan mengambil sikap mudah membiarkan segalanya diuruskan oleh pemilik tanah dan pemaju, beliau mencadangkan agar lebih baik PPKB ditutup dan dimansuhkan kerana ia hanya membazirkan duit rakyat dan tidak berfungsi sepertimana objektif utama penubuhannya di bawah Akta 733 tersebut.

Dalam kenyataan yang sama, beliau turut mempersoalkan peranan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Rina Harun yang sehingga hari ini masih diam membisu dan gagal memberikan apa-apa solusi atau menyuarakan permasalahan pemilik serta pewaris tanah Kampong Bharu berkenaan hala tuju pembangunan di kawasan tersebut meskipun kini bergelar menteri.

“Berbeza dengan konsep pembangunan yang dicadangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini dengan harga RM1,000 sekaki persegi yang ditawarkan dan empat model pembangunan yang dicadangkan serta beberapa kelebihan lain yang telah pun mendapat persetujuan sebahagian besar pemilik tanah.

“Rakyat melihat bahawa kerajaan hari ini masih gagal untuk menawarkan satu bentuk perancangan ataupun mekanisme pembangunan yang komprehensif dan terbaik di Kampong Bharu.

“Akhirnya menteri dengan mudah berlepas tangan dan tidak langsung menjaga kebajikan serta kepentingan penduduk dengan menyerahkan segalanya kepada pemilik untuk berurusan sendiri dengan pemaju di samping ugutan untuk menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960,” katanya.

Ujar beliau, sikap tersebut amat dikesali dan pihaknya percaya rakyat akan mengajar kerajaan yang tidak bertanggungjawab ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang akan datang.

Sumber | SH

ANWAR BAKAL DAPAT DUIT SAMAN LAGI

 


Tiada lagi penangguhan, rayuan KJ terhadap saman Anwar perlu diteruskan, kata hakim








Anwar Ibrahim menyaman Khairy Jamaluddin yang ketika itu menteri belia dan sukan dan naib ketua Pemuda Umno pada 7 Mac 2008, mendakwa Khairy membuat kenyataan memfitnahnya dalam ceramah di Lembah Pantai pada 20 Feb tahun sama dan menyebabkan klip video bertajuk ‘Anwar and kin no threat’ disiarkan di portal berita.

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memberi amaran bahawa tiada lagi penangguhan dalam pendengaran rayuan Khairy Jamaluddin berhubung pembayaran ganti rugi RM150,000 kepada Anwar Ibrahim dalam saman fitnah 13 tahun lalu.

Hakim Lee Swee Seng, yang mengetuai panel tiga hakim berkata, kes rayuan pada 2017 itu adalah kali terakhir ditangguhkan selepas pihak pembelaan memohon penangguhan kerana ketua pasukan pembelaan Muhammad Shafee Abdullah tidak dapat menghadiri prosiding dalam talian hari ini kerana kurang sihat.

“Tidak kira apa pun, kita perlu meneruskan kes ini. Kami bersimpati dengan isu kesihatan tetapi ini adalah kes rayuan pada 2017 dan kes ini perlu dilupuskan secepat mungkin tahun ini.

“Pihak pembelaan seharusnya menyediakan peguam lain untuk penghujahan jika ketua pasukan pembelaan kurang sihat. Ini adalah penangguhan terakhir,” kata Lee kepada peguam Sarah Malini Abishegam semasa bersidang bersama-sama hakim Vazeer Alam Mydin Meera dan Darryl Goon Siew Chye.

Terdahulu, Sarah Malini, yang mewakili Khairy memberitahu panel hakim bahawa beliau menerima panggilan daripada Muhammad Shafee yang memaklumkan beliau deman ekoran sakit artritis reumatoid yang lama selain mengalami kesakitan di pergelangan tangan dan bahu kanannya.

Lee kemudian mengarahkan supaya perkara itu ditetapkan untuk pengurusan kes dan tarikh pendengaran baharu kes rayuan itu oleh pendaftar mahkamah.

Peguam Anwar, J Leela tidak membantah dengan permohonan penangguhan itu dan kemudian memberitahu media bahawa mahkamah menetapkan 2 Nov ini untuk mendengar rayuan tersebut.

Anwar, yang juga presiden PKR, menyaman Khairy, yang ketika itu menteri belia dan sukan dan juga naib ketua Pemuda Umno pada 7 Mac 2008, dengan mendakwa Khairy membuat kenyataan memfitnahnya dalam ceramah di Lembah Pantai pada 20 Feb tahun sama dan menyebabkan klip video bertajuk ‘Anwar and kin no threat’ disiarkan di portal berita.

Pada September 2017, hakim Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan memerintahkan Khairy membayar RM150,000 sebagai ganti rugi am kepada Anwar.

Pada 19 Feb 2018, Mahkamah Rayuan menolak rayuan tersebut atas sebab teknikal tanpa mendengar meritnya.

Bagaimanapun, pada 15 Dis tahun lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Khairy terhadap penolakan itu dan mengarahkan Mahkamah Rayuan mendengarnya.



Pelaut terkejut naikkan ikan berwajah khinzir

 

FMT REPORTER


Ikan dikenali sebagai Angular Roughshark itu ditangkap seorang pelaut di Itali baru-baru ini.

Ciptaan Tuhan datang dalam pelbagai bentuk dan rupa. Hakikatnya setiap kejadian itu hadir dengan fungsi dan manfaatnya yang tersendiri sesuai dengan keseimbangan alam.

Bercakap mengenai rupa, umum mengetahui hidupan akuatik seperti Blobfish, Monkfish dan Jerung Goblin
adalah antara ikan yang paling hodoh dan pelik kejadiannya.

Tetapi jangan terkejut kerana seorang pelaut di Itali baru-baru ini berjaya menangkap seekor ikan yang menyerupai khinzir.

Ikan yang disifatkan memiliki badan seperti jerung dan berwajah khinzir itu dinaikkan di perairan Darcena Medice dekat bandar Portoferraio di Pulau Elba, Itali, lapor The Mirror.

Pelaut yang menaikkan ikan tersebut amat terkejut dan seram dengan wajahnya yang pelik. Dia juga pada mulanya menyangka ia sejenis ikan mutasi yang terlepas ke laut.

Ikan pelik itu sebenarnya adalah Angular Roughshark yang hidup 2,300 kaki di bawah permukaan laut. Ia turut dikenali sebagai jerung pig-face.

Gambar jerung tersebut dikongsi di laman Facebook Isola d’Elba App Jumaat lalu dan mula tular sejak itu.

Ramai yang pelik dan terkejut dengan makhluk berwajah luar biasa itu dan tidak kurang juga yang mengecam pelaut tersebut kerana menyangka ia sengaja ditangkap.

Angular Roughshark baru-baru ini disenaraikan sebagai spesies yang terancam oleh International Union for the Conservation of Nature (IUCN).

Walaupun terancam, jurucakap Elba Aquarium, Yuri Tiberto berkata ikan tersebut sering dilihat di kawasan tersebut.

“Ia biasanya dipanggil ‘ikan khinzir’ kerana setiap kali timbul di permukaan air ia akan mengeluarkan satu bunyi seakan mendengus,” tambahnya.

10 RAGU RAGU YANG SERING DITANYA BERKAITAN MoU PH DAN KERAJAAN 69

 


Setelah termetarai MoU Pakatan Harapan dan Kerajaan Pusat sudah tentu pelbagai persoalan akan timbul daripada penyokong kedua-dua pihak.

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim percaya ramai yang mengemukakan pertanyaan kepada kepimpinan Pakatan Harapan yang sanggup mengadakan MoU dengan kerajaan Ismail Sabri Yaakob daripada pelbagai sudut.

Justeru melalui pendapat peribadinya beliau sedia memberi jawapan-jawapan kepada 10 soalan yang biasa ditanya oleh para penyokong Pakatan Harapan berhubung MoU itu.

Soalan No.1 : Adakah Pakatan Harapan (PH) telah menyerah kalah kepada kerajaan Ismail Sabri Yaakob apabila menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Kerajaan?
Jawapan No.1 : Tidak. PH tidak menyerah kalah. PH tetap memainkan peranannya sebagai pembangkang yang bertanggungjawab di dalam Parlimen dan di luar Parlimen.

Soalan No.2 : Benarkah PH tidak lagi memainkan peranan sebagai pemantau kepada Kerajaan dalam melakukan semak dan imbang?
Jawapan No.2 : Tidak benar anggapan itu. Malah di dalam Memorandum Persefahaman itu disebut secara bertulis tugas dan peranan PH sebagai Pembangkang untuk melaksanakan tugas semak dan imbang.

Soalan No. 3: Tidakkah dengan menandatangani Memorandum Persefahaman tersebut PH telah dianggap mengiktiraf Kerajaan Ismail Sabri Yaakob?
Jawapan No.3: Isu mengiktiraf Kerajaan sekarang tidak berbangkit. Ismail Sabri Yaakob telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong secara sah. Jemaah Menterinya juga telah dibentuk secara sah. Kerajaannya sah dari segi undang-undang dan Perlembagaan.

Soalan No. 4: Adakah PH tidak berminat lagi untuk membawa usul Undi Percaya atau Undi Tak Percaya terhadap Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri di Dewan Rakyat?
Jawapan No.4: PH tidak berhasrat untuk membawa usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri. Kerajaan yang patut membawa Usul Percaya terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri seperti yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 17 Ogos 2021 di Istana Negara di hadapan ketua-ketua semua parti politik.

Soalan No.5 : Adakah benar tujuan Perdana Menteri Ismail Sabri menandatangani Memorandum Persefahaman ini untuk mempastikan Kerajaan pimpinanya tidak tumbang di Parlimen?
Jawapan No.5 : Saya percaya itu adalah satu daripada banyak sebab.

Soalan No.6 : Kenapa PH tidak berusaha lagi untuk mendapatkan semula mandat rakyat untuk menjadi kerajaan sebelum Pilihanraya Umum ke-15?
Jawapan No. 6 : Pilihanraya umum Ke-15, tidak lama lagi. Ada baiknya masa sekarang kedua-dua pihak, parti pembangkang dan parti kerajaan tumpukan kepada dua perkara utama, iaitu melawan wabak Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi.

Soalan No.7 : Apa kesan penting dari Memorandum Persefahaman yang ditandatangani itu dari segi ketenteraman dan kestabilan politik?
Jawapan No.7 : Di persetujui di dalam Memorandum Persefahaman tersebut bahawa PRU-15 tidak akan diadakan sebelum 31 Julai 2022. Ini membawa makna terdapat keadaan yang pasti dan tempoh bertenang. Di pihak kerajaan boleh tumpukan kerja-kerja mentadbir negara untuk melawan pandemik Covid-19 dan pemulihan ekonomi.

Soalan No. 8: Apa pentingnya tempoh 31 Julai 2022 itu kepada PH?
Jawapan No.8: Dalam tempoh 10 bulan itu, adalah masa yang cukup untuk Kerajaan melaksanakan kebanyakan terma-terma yang telah dipersetujui di dalam Memorandum tersebut. PH akan turut memantau perlaksanaan Memorandum tersebut. Kejujuran dan kesungguhkan Kerajaan akan dapat diukur dan dilihat dalam tempoh tersebut.

Soalan No.9 : Adakah tempoh terakhir persefahaman itu pada 31 Julai 2022?
Jawapan No.9: Tempoh itu untuk menwujudkan satu tempoh yang memberi kepastian bahawa tidak ada pilihanraya umum diisytiharkan dengan mengejut. Parlimen tidak dibubarkan oleh Perdana Menteri sesuka hatinya sebelum 31 Julai 2022.

Soalan No.10: Apa pendirian PH jika Perdana Menteri Ismail Sabri berhasrat kerajaannya terus mentadbir sehingga tempoh penuh Parlimen Ke-14 ini hingga tahun 2023?
Jawapan No.10 : Hak kuasa prerogative Perdana Menteri untuk menentukan tarikh pembubaran parlimen dan mengadakan pilihanraya tertakluk kepada persetujuan Yang di-Pertuan Agong seperti kehendak Perlembagaan Persekutuan tidak akan diganggu oleh PH. PH hanya mahukan kepastian seperti yang telah dipersetujui di dalam Memorandum Persefahaman bahawa PRU-15 hendaklah diadakan selepas 31 Julai 2022. Jika Perdana Menteri Ismail Sabri mahu mengadakan PRU-15 pada tahun 2023 misalnya, PH tidak ada halangan. Tidak ada bantahan.