KENYATAAN YANG MENIDAKKAN MACAI ATOK 96



MOHD MUKHLIS

Kenyataan ini sangat penting sebab ia menidakkan hujah penyokong Mahathir yang kata dia letak jawatan sebab hilang kepercayaan.

Nasib Mahathir ini sama lebih kurang dengan nasib Hadi Awang, Allah beri umur yang panjang lalu Allah zahirkan apa yang tersembunyi dalam hati mereka; cuma yang taksub masih akan terus tak nampak.

Jadi dia sendiri mengaku yang kekal sebagai PM itu adalah salah satu pilihan, bukan semestinya meletak jawatan.

Lagipun:

1) Letak jawatan itu belum di uji di parlimen, premature.

2) SD yang golongan pengkhianat kumpul adalah untuk dia jadi PM kepada Perikatan Nasional tapi dia backoff at the last stage.

3) Dah la bagi alasan kata tak dapat sokongan ahli parlimen lepas tu calon diri sendiri jadi PM kali ke 3?? What kind of sorcery is this?

Dia tahu kalau dia terus serah kepimpinan pada Anwar, Malaysia would not be in this mess, but his legacy will die. Jadi dia buat orkestra bagi nampak yang dia sudah meletak jawatan tapi Anwar kena berusaha sendiri untuk dapatkan sokongan. (sebab dari hari tu tak henti-henti lekeh yang Anwar tak ada sokongan padahal dia sendiri dah kena pecat dari parti yang dia asaskan)

Itu belum tagline yang kata pembangkang kena bersatu, atau pembangkang lemah. Yang dok echo benda itu geng Muda dan geng luar dari PH. Cliche gila. Agaknya kalau pembangkang bersatu di bawah Mahathir baru di kira kuat kut? Not in a million years. Orang beriman takkan di patuk dua kali di lubang yang sama.

Saya pun duk meluat nak tulis pasal ini, sebab kalau jenis NPD dia memang suka dengan perhatian. Dia dok kondem macam-macam kata ini tak betul, itu tak betul, tapi bila dia jadi PM apa dia kata? Melayu malas, Melayu jangan harap bantuan, pastu manifesto bukan kitab suci.

Tapi bak kata Winston Churchill , “Those that fail to learn from history are doomed to repeat it.” Itu sebab kena cerita juga, jangan bagi anak cucu kita lupa dengan orkestra ini. Yang sanggup biar negara rosak hanya kerana vendetta peribadi 24 tahun lepas.

Yang pasti Pejuang pasti akan bungkus PRU15. Tak percaya? Tengok YB Shaid Adun Jeram sendiri punya tak yakin dengan kekuatan pejuang. Kan dulu kata depa masa dalam Bersatu kata PH menang sebab Mahathir, tapi kenapa berapa kali suruh orang tukar tempat mengundi hanya sebab dia hendak bertanding lagi di situ. Takkan tak yakin dengan aura Mahathir? Tapi kalau Pejuang tak lulus, mungkin boleh pilih logo Petai, cuma rasanya tak ada orang yang waras hendak pilih YB yang IQ tinggi tepek muka sendiri pada beg sekolah kanak-kanak .

Walaupun Sinar kata based on online votes Anwar paling tinggi jadi PM9, yang kelakar ada boleh vote Najib, penjenayah yang sudah di sabit bersalah oleh Mahkamah, terang-terang tak boleh bertanding.

For PRU15, macam saya kata, I dont care if PH win or not, kalau menang bonuslah. Kalau kalah pun janji apa-apa sahaja legasi Mahathir baik Bersatu (termasuklah kartel jemin) , Pejuang atau Muda, termasuk lebai yang duk jilat dia dulu pun turut baham tanah. Kita perlu keluar dari politik kebencian dan gutter yang dah rosakkan negara selama 24 tahun.

Just get restlah Tun, your time is over and outstay your welcome; Malaysia need to move forward; kita dah ketinggalan berpuluh tahun di belakang Singapura dan negara Asean sebab politik kebencian ini.

Cuma nak tanya, ada tak sekali dia minta maaf pasal segala tindakan dia yang buat kita ini, in this hot mess? Cer bandingkan dengan Hadi Awang, ada tak dia minta maaf lepas keluarkan amanat Paradong? Sama tak trait?

PUISI

 May be an image of 11 people and text

(16) Siri Kembara Puisi Reformasi

Mohd Sayuti Omar:

BURUNG TUKANG DAN BANGSAKU

Burung tukang itu

terus menukang

kung – kung – kung

membaiki kecacatan

nasibnya

bagaikan bangsaku

berbicara mengindahkan

bingkai sejarahnya

yang retak dan renyuk.

Burung tukang itu

terus bertukang

kung – kung – kung

menyiapkan

kerja rutin tradisinya

bagaikan bangsaku

berkhayal

martabat kebangsaannya

yang kian merendah.

Burung tukang itu

terus bertukang

kung – kung – kung

mengusik bayang-bayangnya sendiri

di cermin dirinya

bagaikan bangsaku

mencari rahsia tersembunyi

yang sudah lama dihafalinya

Burung tukang itu

terus bertukang

kung – kung – kung

dari pagi ke petang, dari petang ke malam

membawa ke dini

bagaikan bangsaku

berdebat dan menjerat mengenai masa depan

mengharap terang

yang sudah menjadi suram.

Burung tukang itu

terus bertukang

kung – kung – kung

bagaikan bangsaku

tidak pernah habis berdoa dan berzikir

mencari berkat di dunia

daripada Tuhan kadangkala menghilang

untuk generasi mendatang.

Mohd Sayuti Omar

12 Jun 2008

Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Hak Cipta © 2008 Mohd Sayuti Omar

Semua Hak Terpelihara.

 

KILANG/PEMBINAAN TUTUP EKONOMI BUKA!

 

May be an image of text that says "Noor Hisham Abdullah 1h KUALA LUMPUR: Out of 91 per cent of total number of cases in the Selangor, 81 per cent came from factory clusters and 11 per cent from construction site clusters."


NORMAN RADZUAN


PKPD Selangor/WP... selepas sebulan baru sedar?

KILANG/PEMBINAAN TUTUP EKONOMI BUKA!

Selepas sebulan skg baru mahu lakukan PKPD utk Selangor dan KL. Saya kurang setuju... sepatut PKPD (tutup sahaja kilang/pembinaan dan penempatan mereka sahaja ). Inilah yg kita bisingkan selama hari ini. Kenapa selepas sebulan baru sedar atau sengaja buat2 tidak faham?

Apa yg kerajaan PN lakukan sgt pelik dan dunia pasti terkejut. Seperti dakwaan TS Noor Hisham 91 peratus kes di Selangor melibatkan kluster kilang dan pembinaan. Maknanya jika 3,000 kes hanya sekitar 250 kes sahaja di dlm komuniti masyarakat 6 juta penduduk. Ia sgt kecil sebenarnya.

Ibarat kita demam pergi ke klinik Dr berikan ubat gout. Dr itu sgt pelik, tidak bertanggungjawab dan tidak jujur. Jika saya PM... saya arahkan kilang2/pembinaan dan penempatan pekerja mereka yg 90% warga asing dikuarantin dan PKPD dilakukan selama 14 hari. Dlm tempoh tersebut vaksinasi sepenuhnya kpd warga asing ini.

Saya minta kerajaan benarkan rakyat Selangor dan WP membuka ekonomi mereka dgn SOP. Gerakkan penguatkuasaan ke seluruh negeri utk pastikan SOP dipatuhi sambil program vaksinasi dipercepatkan. Itu sudah memadai. Ingat setiap hari dikhabarkan 2 kes bunuh diri berlaku... kita mesti hentikan segera.

 

YAKINKAH ANDA DGN HANYA SETAKAT PKPD DI SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR?

 





YA...Saya tidak menafikan kemungkinan PKPD di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diperlukan.

Ia bakal menghadkan pergerakan Rakyat tapi adakah kaedah lapok ini SAHAJA yg akan memberi impak positif terhadap penurunan angka jangkitan COVID-19.

Sesungguhnya saya sgt skeptikal ia akan memncapai sasaran jika Kilang dan Industri terus dibuka seperti biasa. Yg pasti jika PKPD dilaksana, Kilang pula tetap beroperasi...pendapatan dan ekonomi Rakyat yg terlibat akan terjejas lagi sdgkan Kluster Kilang terus berkembang.

Wallahualam.

- Zus Din

01 Julai 2021

 

Ciritku Dah Okay

Cirit Birit

RAKYAT MARAH DISEKAT SEBEGITU SEKALI WALAU DAH LAMA DUDUK DI RUMAH.

 



Rakyat bukan suka dengan PKP bodoh, SOP tolol yg berubah-ubah ikut selera anak tekak #PNkhianat.

PKPD ni hanya operasi nak periksa Kilang-kilang bukan tutup Kilang?? Kes boleh kurg ke setakat periksa? Aku cukup skeptikal.

Sehinggakan Signboard pun rakyat conteng, sakit hati punya pasal dgn #KERAjaanCIRIT dan #Bangsat.

- Zus Din

02 Julai 2021

KETUA PENGAWAS CIRIT-LAWAK KEMBALI LAGI- KAH..KAH

KENAPA MEREKA TAKUT BENDERA PUTIH?

BONGKAR! SEBAB SEBENAR MUHYIDDIN TERCIRIT DIDEDAHKAN!

Tak Sangka 13 Keluarga Ini Diugut Akan Disaman Rm50K Jika Kibarkan Bendera Putih






KUANTAN – Lain diharapkan lain pula yang berlaku. Itu situasi dilalui 13 keluarga di Bukit Setongkol di sini.

Ini apabila tindakan mereka menaikkan bendera putih untuk meminta bantuan tidak disenangi pihak tertentu hingga diarah diturunkan pada Rabu.

Tindakan penduduk itu dikatakan satu kesalahan dan saman boleh dikeluarkan jika bendera yang dipasang gagal diturunkan.

Bimbang dikenakan tindakan, penduduk akur apabila bendera yang dipasang pada Selasa terpaksa diturunkan pada Rabu.

Ia selepas diarah berbuat demikian oleh seorang individu yang datang bersama tiga anggota polis.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ana, 43, berkata, dia bersama penduduk di situ sepakat untuk menaikkan bendera putih selepas rata-rata mereka hampir terputus bekalan makanan.

Menurutnya, dua bendera putih dipasang di jalan masuk dan belakang kawasan rumah mereka dengan harapan ‘isyarat’ itu disedari pihak-pihak yang prihatin untuk datang hulur bantuan.

“Kebanyakan kami di sini bekerja sebagai peniaga dan buruh hilang sumber pendapatan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika ini.

“Memang selepas bendera itu dipasang ada sebuah persatuan datang hulurkan sumbangan.

Namun selepas itu seorang pemimpin setempat datang menegur minta bendera itu diturunkan segera kerana menjadi kesalahan dan tidak dibenarkan polis,”

Katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chong Siang pada Khamis.

Hadir sama, Pegawai Khas ADUN Semambu, Chan Chun Kuang dan Penyelaras Parlimen Indera Mahkota, Zuraidi Ismail.

Tak Sangka 13 Keluarga Ini Akan DisaJika Kibarkan Bendera Putih

Ana berkata, dia dan penduduk keliru apabila tindakan mereka dikatakan satu kesalahan.

Sedangkan kempen kibar bendera putih yang tular di laman sosial berlaku di seluruh negara malah ada yang berbuat demikian mendapat bantuan sewajarnya.

Video kejadian itu tular di laman sosial selepas dimuat naik pengguna Facebook hingga mendapat pelbagai reaksi netizen.

Sementara itu, Chong Siang berkata, arahan menurunkan bendera putih dinaikkan penduduk yang memerlukan bantuan tidak sepatutnya berlaku.

“Sekiranya betul tindakan ini tidak dibenarkan oleh pihak polis, perkara ini perlu dijelaskan kerana ia tidak menjadi masalah di tempat lain.

“Tujuan kempen ini adalah bagi memudahkan bantuan disalurkan kepada mana-mana pihak yang memerlukan dan amat terdesak,” katanya.

Beliau berkata, sepatutnya pihak terlibat yang menyedari bendera putih itu datang bertanya khabar dan hulurkan bantuan bukan diugut untuk diambil tindakan undang-undang kepada penduduk berkenaan.

Pada lawatan itu, Chong Siang turut menghulurkan bantuan makanan kepada keluarga terlibat.

Komen Netizen

Lain kali ambil gambar dan viralkan

Tak Sangka 13 Keluarga Ini Akan DisaJika Kibarkan Bendera Putih

Cuba buat laporan polis terhadap pemimpin tu

Tak Sangka 13 Keluarga Ini Akan DisaJika Kibarkan Bendera Putih

Orang lain pulak yang datang bagi bantuan

Tak Sangka 13 Keluarga Ini Akan DisaJika Kibarkan Bendera Putih

Sekadar peringatan untuk pemimpin yang gagal melaksanakan amanah

Tak Sangka 13 Keluarga Ini Akan DisaJika Kibarkan Bendera Putih

Setiap orang ada peranan masing2, bukan ugut2 macam2 ni

Tak Sangka 13 Keluarga Ini Akan DisaJika Kibarkan Bendera Putih

Sibuk sangat nk tunjuk kwsn depa baguih sangatla tu

Tak Sangka 13 Keluarga Ini Akan DisaJika Kibarkan Bendera Putih

Malu kot dkt kawasan sendiri banyak org kibar bendera putih

Tak Sangka 13 Keluarga Ini Akan DisaJika Kibarkan Bendera Putih

Sumber Sinar/Netizen Malaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sharnaaz Ahmad jadi ‘ADUN’ bantu 100 keluarga ‘bendera putih’

 

SHARNAAZ AHMAD


SPETALING JAYA – Selepas melantik diri sendiri sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak rasmi, pelakon Sharnaaz Ahmad menyediakan 100 bungkusan bantuan berupa barangan dapur untuk disumbangkan kepada 100 buah keluarga yang terkesan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik dalam Instagramnya, Sharnaaz berkata setakat ini dia telah berjaya menyediakan ratusan bungkusan bantuan yang akan diagihkan bermula hari ini.

“Alhamdulillah saya dan juga pasukan telah menyediakan 100 bungkusan bantuan untuk mereka yang memerlukan. Saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang tidak dilantik kerajaan cuba membantu mereka yang susah.

“Sumbangan ini disumbangkan sendiri pasukan Mamu Legacy dan Sharnaaz TV untuk membantu menyediakan bantuan ini,” katanya.

Menurut pelakon filem Jebat itu, sumbangan yang diberikan tidaklah semewah mana, namun cukup untuk menampung keperluan keluarga selama satu hingga dua minggu.

“Insya-Allah bantuan ini tahan untuk seminggu dua,” ujarnya ringkas.

Dalam pada itu, Sharnaaz turut memberitahu bahawa bantuan yang diberikan itu tidak hanya tertumpu pada satu-satu kaum sahaja, sebaliknya juga melibatkan bangsa lain tanpa mengira agama.

Bercakap tentang isu bendera putih, Sharnaaz turut meminta orang ramai untuk mengenal pasti rumah yang di dapati mengibarkan bendera putih sebagai mesej mereka memerlukan bantuan.

“Saya sedia maklum tentang kempen bendera putih yang dilakukan sekarang. Jadi saya meminta anda untuk mengenal pasti rumah yang ada bendera putih atau mungkin diri anda sendiri yang memerlukan bantuan untuk menghubungi kami di talian 011-2899 5617.

“Setakat ini kami memang hanya ada 100 bungkusan bantuan sahaja. InsyaAllah bila ada bajet lebih, saya akan sediakan lagi,” katanya.

Pada masa sama, Sharnaaz turut menyeru kepada masyarakat yang sudi untuk menghulurkan sumbangan berbentuk wang supaya berbuat demikian menerusi akaun Hong Leong Bank (Fizahan Samudah) di 19300055639.

“Ini sahaja yang dapat saya bantu. Yang mana ada saya tolong,” jelasnya.

Sejak beberapa hari lalu, rakyat Malaysia mula menggerakkan kempen yang dipanggil #benderaputih dalam platform media sosial dengan meminta sesiapa sahaja yang berhadapan dengan waktu susah untuk menggantung bendera putih di rumah.

Tanda itu sebagai simbol untuk golongan yang terkesan akibat pandemik terutamanya bagi mereka yang terputus bekalan makanan dan memerlukan bantuan segera. 

Zunar, kartunis ASEAN anjur pameran kartun hak asasi manusia

 


Kartunis politik terkemuka tanah air Zulkiflee Anwar Haque atau Zunar sekali lagi menganjurkan pameran kartun dalam bentuk digital bersama kartunis-kartunis ASEAN lain bertajuk "Human Rights in ASEAN: The Cartoonists Perspective."

Menurut Zunar, Pameran yang berlangsung dari 1 hingga 31 Julai 2021 itu dianjurkan bersama Fredrich Naumann Foundation (FNF).

"Pameran kali ini bertemakan "Hak Asasi di ASEAN", ia mempamerkan 87 kartun kritis hasil karya 38 kartunis dari negara-negara ASEAN.

"Mereka adalah 13 dari Malaysia, 13 dari Indonesia, 4 dari Thailand, 6 dari Filipina dan 2 dari Myanmar," katanya.

Jelas Zunar, antara isu yang difokus dalam galeri utama ialah Perintah darurat di Malaysia; Undang-undang mengenai raja di Thailand; Pembunuhan atau peperangan dadah di Filipina; Rampasan Kuasa di Myanmar and Ekstrimis Agama di Indonesia.

"Mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik akan merasmikan pameran ini secara atas talian pada 3 Julai, jam 2 petang," katanya lagi.

Turut berucap di majlis pelancaran tersebut, kata Zunar, adalah Eddin Khoo, PUSAKA Founder-Director and Executive Editor, Culture, News Features, Southeast Asia Desks - The Vibes, Sdr. Moritz Kleine-Brockhoff, Regional Head of FNF Southeast & East Asia serta Zunar sendiri.

Pameran kartun ini terbuka dan boleh dilayari secara percuma. Pengunjung boleh melawat galeri di http://www.craftora.com

Kali terakhir Zunar menganjurkan pameran bersama kartunis ASEAN adalah pada Mei lalu bertema: "Hak Asasi Manusia di Negaraku", yang mempamerkan 100 karya kartun oleh 37 kartunis dari rantau ASEAN..

Tak nanti rakyat talifon, MP Lembah Pantai sediakan 1,500 bakul makanan untuk kawasan PKPD

 


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menyediakan 1,500 bakul makanan untuk dua kawasan yang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Beliau berkata, bakul makanan itu akan diserahkan di PKPD Taman Bukit Angkasa dan PKPD PPR Pantai Ria bermula pada minggu depan, selepas PKPD berkuatkuasa pada hari ini sehingga 14 Julai ini.

"Di PKPD Taman Bukit Angkasa, difahamkan ada 2,161 pintu yang merangkumi lebih kurang 13,000 penduduk seluas 21 blok.

"Beberapa perkara sedang diatur, termasuk base medik Pejabat Kesihatan untuk kemudahan penduduk.

"Saya akan sediakan 1,000 bakul makanan untuk penduduk di sini, dan 500 bakul makanan akan saya hantar ke PKD PPR Pantai Ria. Insya-Allah awal minggu depan," katanya.

Pada masa sama, katanya, kedai-kedai runcit dibenarkan beroperasi dan satu pos penghantaran barangan beroperasi di pintu masuk utama (antara blok 19 dan 15).

"Namun sama ada ia akan terus dibenarkan atau tidak tertakluk kepada arahan pihak berkuasa.

"Insya-Allah saya akan sampaikan maklumat terkini, termasuk isu penangguhan vaksin, isu pekerja dan majikan, serta isu-isu berkaitan," katanya.

 

KEADILAN PAHANG MEMBANTAH KERAS PIHAK YANG MENGUGUT RAKYAT YANG MENAIKKAN BENDERA PUTIH


Keadilan Pahang melahirkan rasa simpati kepada beberapa penduduk di sekitar Indera Mahkota dan Kuantan yang mengadu bahawa mereka telah diugut untuk diambil tindakan sekiranya mereka mengibarkan bendera putih bagi memberi isyarat mereka perlukan bantuan segera.

Sewajarnya kita membantu mereka yang terpaksa bertindak sedemikian demi mendapatkan sedikit bantuan makanan untuk keluarga mereka. Ini bukan isu politik tetapi ini soal kemanusiaan. Di Indera Mahkota, sewajarnya Ahli Parlimen Indera Mahkota, seorang menteri di bawah kerajaan tebuk atap sekarang masih "berhutang" dengan penduduk Indera Mahkota yang mengundinya dahulu. Beliau telah mengkhianati mandat yang diberikan dan beliau patut turun membantu masyarakat di parlimen tersebut bukan membiarkan mereka ditekan dan diugut sedemikian rupa. Paling menyedihkan pihak berkuasa telah digunakan untuk menakutkan penduduk.

Mengapa perlu takut kepada bendera putih? Apakah kamu bimbang semakin ramai mengibarkan bendera putih membuktikan kerajaan pusat dan kerajaan negeri telah gagal ?

Keadilan Negeri Pahang membantah sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan itu. Kami telah mengarahkan semua jentera parti di seluruh Pahang untuk memantau mana-mana kawasan dan memberikan bantuan sekadar keupayaan kami agar rakyat tidak mati kelaparan.

Terima kasih kepada jentera Keadilan Cabang Indera Mahkota dan Kuantan di bawah YB Puan Hajjah Fuziah Salleh, MP Kuantan, YB Lee Chean Chung, Adun Semambu, YB Sim Choon Siang, Adun Teruntum serta seluruh jentera dan sukarelawan yang terus menghantar bantuan ke rumah mereka yang memerlukan. Terus kibarkan bendera putih jika anda perlukan bantuan kerana tiada undang-undang yang melarangnya. InsyaAllah, kami akan sampai ke rumah anda.

WAN FAUZULDIN WAN SAMAD

Ketua Komunikasi

KEADILAN Pahang

 

MEMPERLEKEHKAN KIBAR BENDERA PUTIH TANDA HATI TELAH HITAM

 

Mengibar bendera putih sebagai tanda seseorang itu memerlukan bantuan akibat kesusahan hidup disebabkan Covid19 yang melanda negara sekarang seolah-olah sudah menjadi suatu fenomena.

Sudah ramai yang mengibarkannya dan serentak dengan itu, bantuan yang diperlukan pun tiba dengan segera.

Mengibar bendera putih atau apa-apa saja yang berwarna putih di luar rumah sebagai isyarat mereka sedang dalam kesusahan atau putus makanan dan memerlukan bantuan adalah idea yang cukup bernas dan berkesan, walaupun agak simple.

Sehingga ini bukan saja sudah ramai yang telah mendapat manfaat atau bantuan daripada tindakan mengibarkan bendera putih, bahkan beberapa syarikat besar dan pasaraya ternama juga turut tampil memberi sokongan dengan menyediakan bantuan makanan yang diperlukan.

Sebilangan besar wakil rakyat, baik Ahli Parlimen dan Adun juga menyokong penuh idea mengibar bendera putih ini dengan meminta sesiapa saja yang ternampaknya agar segera memaklumkan kepada pusat khidmat atau pejabat mereka agar bakul makanan dapat dihantar dengan segera.

Selebihnya, kibaran bendera putih ini juga dapat merangsang sesiapa saja di kawasan kejiranan masing-masing untuk lebih peka dan ambil tahu kesusahan di persekitaran mereka.

Selain mereka boleh memaklumkannya kepada pusat khidmat wakil rakyat yang berdekatan kiranya ternampak ada bendera putih dikibarkan, seseorang itu juga boleh menghulurkan bantuan peribadi secara langsung jika mereka berkemampuan berbuat demikian.

Pokoknya, kalau tiada bendera putih dikibarkan, susah untuk mengetahui kesusahan yang dialami orang lain.

Di musim pandemik ini, selain wakil rakyat, banyak NGO, hampir semua masjid, surau tertentu dan rumah ibadat bukan Islam juga tidak lupa memainkan peranan mereka menghulurkan bantuan kepada rakyat yang dalam kesusahan dan tidak cukup bekalan makanan.

Makanya, dengan bendera putih dikibarkan sebagai isyarat bantuan diperlukan, mudah-mudahan tiada yang kelaparan atau mati tak makan dapat segera dibantu.


Harus kita sedar, bukan semua orang tahu di mana untuk meminta bantuan ketika mereka dalam kedaaan susah dan tak cukup makan.


Sesetengah masyarakat kita pula masih tebal perasaan malu untuk meminta-minta atau pergi ke pejabat wakil rakyat memaklumkan mereka perlukan bantuan makanan dan sedang dalam kesusahan.


Mereka ini lebih sanggup menggadai barang kemas atau menjual perabot serta hiasan di rumah dan berhutang bagi memperolehi wang untuk membeli makanan.


Sejak pandemik ini melanda lebih setahun yang lalu, bukan saja ramai di antara kita yang jadi susah, hilang pendapatan dan tiada pendapatan, malah jumlah golongan B40 juga turut telah bertambah.


Sebab itu, semalam Anwar Ibrahim tidak lagi menyebut golongan miskin di negara ini sebagai B40 iaitu mewakili 40 peratus penduduk negara seperti yang biasa disebut banyak pihak sejak sekian lama, tetapi mengubahnya kepada B60.


Hakikat yang mungkin kita terlepas pandang, dengan sebahagian besar daripada golongan pertengahan yang mewakili 40 peratus dalam masyarakat atau M40 sudah jadi B40 akibat kejatuhan ekonomi, kemerosotan pelanggan, pengurangan pendapatan dan tutup perniagaan, peratusan golongan tersebut sebenarnya sudah pun mengecil.


Daripada 40 peratus ia hanya tinggal mungkin 20 peratus saja di mana 20 peratus lagi telah berubah menjadi B40 yang menjadikan kedudukan terkini golongan miskin ialah 60 peratus atau dikenali sebagai B60.


Apa yang disuarakan Anwar itu adalah sesuatu yang realistik di waktu yang berlarutan sejak lebih setahun dan kerana itu, beliau menuntut bantuan tunai harus dipertingkatkan lagi kepada golongan B60 agar mereka tidak terperangkap ke jurang kemiskinan yang menyakitkan.


Lantaran itu, melalui kaedah mengibar bendera putih ini ia mampu menyelesaikan masalah mereka yang malu atau tidak tahu ke mana untuk meminta bantuan.


Dengan hanya mengibarkan bendera putih, kain putih, baju T putih atau apa-apa saja yang berwarna putih di luar, orang yang lalu-lalang atau jiran persekitaran dengan sendirinya akan tahu ada yang sedang memerlukan bantuan.


Bukankah ia kaedah yang cukup berkesan untuk membantu mereka yang memerlukan?


Dengan itu, tanpa keraguan bahawa mereka yang menolak, memperlekeh dan mempersenda idea mengibar bendera putih termasuk dengan mengatakan lebih baik mengangkat tangan berdoa kepada Tuhan daripada mengangkat bendera putih yang ditafsirkan sebagai lambang kegagalan atau mengaku kalah, juga mendakwa ini adalah agenda pembangkang dan macam-macam lagi, semuanya adalah golongan yant hatinya telah hitam.


Mereka tidak melihat bahawa apabila ada kesusahan atau orang memerlukan bantuan, ia bukanlah semata-mata ujian kepada golongan terbabit, tetapi ia juga adalah ujian kepada mereka yang kaya dan berkemampuan.


Jangan sesekali menolak, mempersenda dan memperlekeh idea mereka yang sedang berusaha mahu menolong dan membantu, sedangkan mereka sendiri tiada usaha lebih baik daripadanya.


Dalam memberi bantuan atau menolong orang dalam kesusahan juga, agenda politik mestilah diketepikan dan tidak seharusnya dijadikan keutamaan.


Seterusnya, dengan mengibar bendera putih bukanlah bermakna tidak berdoa kepada Tuhan, tetapi ia sebahagian daripada usaha atau ikhtiar yang sememangnya dituntut untuk sesiapa pun juga melakukannya.


Kalau hanya berdoa semata-mata dan tidak membawa tin milo ke merata-rata tempat ceramah sambil menjerit “derma jihad”, “derma jihad”, “derma jihad”, tin tersebut tidak berisi buat selama-lamanya.


Begitu juga, jika waktu pilihanraya tidak dikibarkan bendera parti, sebaliknya hanya dengan berdoa saja, tentulah nama calon dan parti diwakili tidak dikenali oleh pengundi.


Maknanya, mengibar bendera putih adalah salah satu usaha untuk meminta pertolongan dan memudahkan pihak yang mahu memberi pertolongan menyampaikan bantuan.


Hanya golongan berhati hitam saja yang tergamak menolak, memperlekeh dan mempersenda idea kibar bendera putih yang sebenarnya bermatlamat suci murni, lebih buruk lagi imej yang kelihatan jika yang mempertikaikan itu adalah golongan yang sentiasa mengaku berjuang atas nama agama, syurga dan ketuhanan. 

(ShahbudinHusin 01/07/2021)