VIDEO ANTARA NYAWA RAKYAT DAN INDUSTRI KASINO
Polis sahkan terima laporan wanita dakwa dirogol kenalan ADUN

MINISTER MUST DO MORE TO MAKE SCHOOLS SAFE PLACES FOR STUDENTS

Malaysia has been shaken in the last couple of weeks by
allegations that female students in certain schools have been subjected to
invasive “period spot checks” and other forms of horrific sexual harassment,
including rape jokes by a teacher.
These incidents are unacceptable: schools must be safe places
for their students. There can be no compromise or exceptions to this.
It is appalling that the Senior Minister and Minister of Education
Radzi Jidin has so far not taken more proactive actions on this matter, beyond
vague promises
to investigate the claims.
These were anyway immediately undermined by his comment that
“…we're drilling until now, we are checking one by one, we've asked all
divisions and the answer was no (such practices existed).”
Indeed, the Minister has not been shaken out of his
lackadaisical approach despite the Malaysiakini news portal on 4 May 2021
having sent him as well as other officials the names of 15 schools where the
“period spot checks” were alleged to have occurred.
The Minister hence ought to, can and must be more proactive in
addressing the allegations that have been raised to him.
At the same time, this is a teachable moment for Malaysia to
improve its standards of safeguarding and protecting of minors—the Minister is
squandering this golden opportunity for reasons only he knows.
The youth of Malaysia are facing crises on many fronts:
educations disrupted because of the Covid-19 pandemic, a bleak job market and
potential disenfranchisement due to the government’s flip-flopping over the
Undi18 constitutional reforms.
The failure to adequately safeguard schools is yet more proof
that this current administration cares nothing for the young.
NIK NAZMI NIK AHMAD
KEADILAN PARLIAMENTARY SPOKESPERSON FOR EDUCATION
MEMBER OF PARLIAMENTARY SELECT COMMITTEE FOR EDUCATION
MEMBER OF PARLIAMENT FOR SETIAWANGSA
TIBA MASA RAKYAT KENA BUAT KEPUTUSAN SENDIRI. BILA KES NAIK MENDADAK, RAKYAT DIPERSALAHKAN

NORMAN RADZUAN
Bila kes naik mendadak rakyat dipersalahkan
Jika Kementerian Pendidikan arahkan buka sekolah 12/13 Jun
nanti, kita buat keputusan jgn hantar anak ke sekolah kecuali anak kita Form 5/
6. Kita dah beritahu dulu berisiko dan tiada keperluan terdesak dlm Pandemik
ini utk anak ke sekolah tapi Menteri dan kerajaan degil, sombong dan seolah
olah keputusan mereka menjadikan anak kita bahan uji kaji.
Bila kes naik, ibu bapa yg menghantar anak ke sekolah didapati
anak positif Covid pula akan didenda. Manalah rakyat ada alat pengesan Covid
ini. Bila kes naik rakyat saja dipersalahkan sdgkan rakyat sendiri keliru.
Perlu diingat bila sekolah dibuka ia membuatkan pergerakan 3-4 juta ( anak dan
ibu bapa ) yg aktif di seluruh negara.
Jadi apa salahnya kita rakyat yg buat keputusan utk tidak
menghantar anak2 ke sekolah. Pasti Kementerian terpaksa akur, yelah buka
sekolah tiada pelajar. Biar kementerian pendidikan kembali memulakan PdPR dgn
lebih efektif. Tgklah ada Menteri Pendidikan mengakui dia tersilap buat keputusan...
jgn harap... tetap rakyat yg salah.
Kita sudah sarankan biar ekonomi negeri sahaja bergerak. Jgn
kita kalah 2-0... kalah Covid dan kalah ekonomi. Dua2 boleh buat rakyat sakit
dan mati. Biar ekonomi negeri bergerak sendiri dgn menutup pintu sempadan negeri
buat sementara. Sehingga kes kita berada di paras bawah 500 kes dan 80% rakyat
kita divaksin pintu sempadan negeri dibuka.
Wang KWSP iaitu wang rakyat sendiri telah ramai gunakan utk
modal berniaga, jika ditutup apa lagi yg mereka tinggal. Sebab itu kerajaan
mesti buka ekonomi negeri jika tidak ramai yg lebih merana. Tutup pintu
sempadan negeri itu sahaja jalan terbaik buat masa ini dari menutup terus
ekonomi.
Hinggakan jumlah kes mendadak naik, majoriti rakyat menganggap
kerajaan menipu sekaligus tempias terkena kpd KKM. Apatah lagi bila Parlimen
tidak mahu dibuka dan VIP2 seronok ke sana ke sini dgn melanggar SOP tanpa
dihukum. Rakyat dah bosan kegagalan kerajaan menguruskan Pandemik, sikap double
standard dan menggunakan Pandemik utk kepentingan politik peribadi.
HEK ELEH… KURA-KURA DALAM PERAHU, BUAT-BUAT TAK TAHU LA PLAK…
BOB KELANANG
Dulu masa mamat ni dok pegang jawatan menteri... apa jer yang dia xbuat... sembang la kata dia xtau ape campurtangan orang politik dalam perkhidmatan awam...
Serupa bangsat ja...
Sekarang boleh kata dia xpaham ape itu campurtangan orang politik
dalam pengurusan DAN perkhidmatan awam... Poodah la... Ini serupa macam sendiri
berak tapi xmau nak ngaku taik dari lubang dubur dia... Aper daa...
Sembanglah kalu kata tak pernah kacau... sembanglah...
Bangsat betul la... jilaker!!

YA BETUL. ANWAR BUKAN JENIS IKUT NASIHAT UNTUK BANTU ANAK BERANAK JADI KAYA RAYA DAN PELINGKUP DUIT NEGARA

Panas! Mahathir kata Anwar bukan jenis yang ikut nasihat
Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan sukar bagi dirinya untuk kembali menyertai Umno selepas dirosakkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau menyifatkan kepimpinan Najib jauh berbeza berbanding ketokohan ayah Ahli Parlimen Pekan tersebut iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang terkenal dengan gelaran Bapa Pembangunan.
“Nak masuk jadi ahli Umno, sukar bagi saya. Yang merosakkan Umno ialah Najib. Parti yang ditubuhkan oleh bapa dia (Barisan Nasional), dia yang rosakkan. Ini satu perbuatan yang tidak cukup baik.
“Kalau dia akur kepada bapa dia, dia tak akan jadi macam ini. Bapa dia baik dengan saya. Bahkan, saya anggap peluang saya jadi Perdana Menteri pun kerana Tun Abdul Razak.
“Tun Razak yang pilih saya jadi menteri. Lepas itu dia syorkan kepada Tun Hussein, dengan itu saya jadi Perdana Menteri. Tetapi Najib bukan macam bapa dia,” tegasnya dalam wawancara bersama portal berita Malaysiapost, malam tadi.
Untuk rekod, pada tahun 1972, Tun Razak menjemput Mahathir yang disingkir pada 1969, kembali ke pangkuan Umno ekoran surat peribadi beliau kepada Tunku Abdul Rahman.
Pada 1973, Barisan Nasional (BN) dibentuk sebagai gabungan besar 11 parti di bawah kepimpinan Tun Razak dan kali pertama ke gelanggang Pilihan Raya Umum 1974 dengan kemenangan besar.
Dalam wawancara malam tadi juga, Mahathir yang kini Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bahkan menegaskan tidak akan memaafkan Najib atas kerosakan yang dilakukan anak lelaki sulung Allahyarham Tun Abdul Razak itu.
“Dia (Najib) dulu baik dengan saya, kawan saya. Saya biasa nasihatkan diri walaupun biasanya dia tidak terima tetapi perbuatan seorang Perdana Menteri curi duit adalah sesuatu yang saya tidak boleh terima.
“Bila Perdana Menteri curi duit, dia telah merosakkan seluruh jentera kerajaan sampai pegawai-pegawai kerajaan juga terlibat dengan rasuah.
“Sebab itu saya tidak boleh maafkan dia kerana dia yang telah merosakkan parti saya. Saya dulu jadi Perdana Menteri dan Presiden Umno.
“Masa 2003, Umno masih menang bahkan menang 90 peratus, (rekod) lebih (baik) daripada saya. Tetapi Najib telah rosakkan… daripada kita sebagai Harimau Asia kita telah menjadi kleptokrasi, negara dipimpin pencuri. Tak malukah kita?” bidas Mahathir lagi.
Untuk rekod, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta pada 28 Julai 2020 selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).
Najib, 67, bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin RM2 juta berserta dua penjamin sementara menunggu rayuan kes itu selesai.
‘Dok bercakap saja’
Ditanya peluang Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri, Mahathir berpendapat Presiden PKR itu tidak mendapat majoriti yang kukuh bagi membentuk kerajaan.
“Kita lihat dia tidak pernah mendapat majoriti. Bila dia cakap dia ada majoriti, bila bilang tak dapat. Dah berapa kali dah.
“Dulu lepas Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) pun, dia kata dia boleh buat kerajaan… nak pergi angkat sumpah tapi tak jadi.
“Kemudian dia kata kepada PH kononnya dapat sokongan ramai. Jadi, PH pun pilih dia (jadi calon PM). Tapi dia tak dapat cukup (majoriti). Dia ada 92 (sokongan 92 Ahli Parlimen) saja. Kalau bagi pada saya, dapat (sokongan) 154 (Ahli Parlimen), tapi tak dapat.
“Kemudian (Anwar) panggil media seluruh dunia mengatakan dia Perdana Menteri dan Muhyiddin sudah tidak jadi Perdana Menteri lagi kerana kononnya dia dapat majoriti tetapi akhirnya, tiada. Dok bercakap saja.
“Saya berpendapat kalau diundi, dia tidak mendapat majoriti dalam Dewan Rakyat,” kata Ahli Parlimen Langkawi itu berterus-terang.
Mahathir turut mengimbas pengalamannya dengan Anwar semasa berdepan krisis kewangan negara antara 1997 hingga 1998.
“Dia (Anwar) bukan jenis yang ikut nasihat. Saya berpengalaman (dengan Anwar)… dia Menteri Kewangan, saya lihat dia hanya nak ikut apa yang IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) suruh saja.
“Saya cakap kepada dia, kalau kamu ikut cakap IMF, satu hari nanti kita tiada duit nak bayar gaji pun. Sebab itu, saya terpaksa ambil alih daripada dia.
“Walaupun dia pandai berpidato dan popular tetapi kebolehannya, saya khuatir,” luah Mahathir lagi yang bakal mencecah usia 96 tahun pada 10 Julai nanti.
KM PENANG ..JANGAN PEDULI MB SELUT NI.JANGAN JUGA BAGI APA APA CADANGAN DAN JANGAN JUGA LAIN KALI BANTU APA PUN.

Panas! Sanusi bagi last warning pada Pulau Pinang, jangan suka-suka campur tangan urusan Kedah
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memberi amaran terakhir kepada kerajaan negeri Pulau Pinang dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk tidak mencampuri urusan negeri itu khususnya berkaitan kawasan tadahan air di Ulu Muda.
Menurut beliau, kerajaan negeri membantah sekeras-kerasnya cadangan penubuhan Lembaga Lembangan Ulu Muda (LLUM) oleh Pulau Pinang bagi menguruskan sumber air Sungai Muda.
Tegas beliau, perkara itu dianggap telah melanggar kedaulatan negeri Kedah, yang mempunyai wilayah yang ditadbir Sultan dan kerajaan serta berpegang kepada Undang-Undang Tubuh Negeri.
Jelasnya, cadangan penubuhan LLUM oleh PBAPP yang dikatakan bertujuan untuk mengawal Sungai Muda sehingga ke kawasan hulu termasuk di Empangan Muda, Pedu dan Ahning, dilihat tidak selari dengan cadangan penubuhan Lembaga Lembangan Sungai Muda (LLSM) oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).
Tegas Sanusi, kekerapan negeri jiran itu dalam menyentuh dan ‘berminat’ untuk bercakap mengenai kawasan Ulu Muda adalah bukti bahawa negeri itu bergantung kepada sumber air Kedah.
“Pulau Pinang melalui kenyataan PBAPP mencadangkan Rancangan Lembangan Ulu Muda yang dia nak ambil kira sampai ke hulu sampai ke kawasan (yang berada di bawah wilayah) negeri Kedah,
“Saya ingin nasihatkan PBA (Pulau Pinang) untuk tidak mencampuri urusan dalaman negeri Kedah, (Kedah adalah) sebuah negeri berdaulat ada kerajaan, ada rakyat, ada sultan, ada menteri besar, ada exco ada wilayah berdaulat ada undang-undang tubuh kita, jadi jangan suka suka campur tangan dalam Wilayah Kedah, Ulu Muda adalah Wilayah Kedah,” tegas Menteri Besar itu lagi.
Sanusi berkata demikian ketika sidang media selepas Mesyuarat Mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman, di sini pada Rabu.
Dalam perkembangan sama, beliau turut mengumumkan, dua daripada 14 projek Projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) di Sungai Muda sudah diluluskan pembinaannya dengan salah satu daripadanya sedang dibina di Kampung Ekor Kucing, Pantai Perai.
Pada Isnin, Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Datuk Jaseni Maidinsa berkata, pihaknya menyokong cadangan KASA untuk menubuhkan LLSM.
Penubuhan lembaga berkenaan, kata beliau, dilihat akan menyelesaikan pertelingkahan antara Kedah dan Pulau Pinang ke atas Sungai Muda seperti dinyatakan Ketua Setiausaha KASA, Datuk Seri Zaini Ujang.
Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat perbezaan dari segi konsep membabitkan penubuhan LLUM dan LLSM yang mana cadangan yang dibuat KASA itu hanya terbatas kepada melindungi lembangan Sungai Muda.
Sebaliknya, LLUM akan berperanan untuk melindungi tadahan air di Empangan Muda, Pedu dan Ahning.
INGATAN YANG SUDAH DILUPAKAN

A.KADIR JASIN
Peringatan yang sudah diketepikan.
Pemimpin sengaja buat-buat lupa.
Rakyat jelata yang buta sejarah diperkuda. Agama, bangsa dan
negara sudah jadi kata-kata basi (clichƩ).
Kalau kita mahu selamatkan Malaysia, kita wajib nyahkan politik
toksik dengan segera.
Generasi pewaris wajib tampil ke hadapan mengambil alih
kepemimpinan.
Terima kasih.
(Pesanan di bawah adalah daripada Almarhum Sheikh Abdullah Fahim
kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra ketika Tunku meminta nasihatnya
mengenai tarikh Merdeka.)
PN perlu henti jual aset negara – DPIM

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) digesa agar tidak mengikut corak pentadbiran Pakatan Harapan yang terkenal dengan modus operandi menjual aset-aset negara secara lambak kepada negara asing.
Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan berkata, kerajaan PN seolah-olah mengulangi corak penjualan lambak aset negara apabila Mitsui sudah membuat tawaran untuk membeli baki saham yang dimiliki oleh Khazanah dengan harga RM13 bilion.
Kini, secara rasminya syarikat pegangan milik Malaysia sudah bertukar tangan kepada negara Jepun, katanya.
“Khazanah diamanahkan untuk menyimpan dan menguruskan aset komersial Kerajaan dan melaksanakan pelaburan strategik untuk negara.
“Khazanah memainkan peranan sebagai pemangkin dalam memacu pelbagai industri strategik dan inisiatif negara, memupuk pembangunan industri tersebut dalam usaha memenuhi kepentingan ekonomi jangka panjang Malaysia.
“Khazanah juga memacu pembentukan nilai pemegang saham, meningkatkan keuntungan kecekapan dan meningkatkan tadbir urus korporat dalam syarikat-syarikat yang dikawal oleh kerajaan, yang dikenali sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan atau GLC.
“Syarikat-syarikat utama yang tersenarai dalam portfolio Khazanah terdiri daripada beberapa syarikat terbesar dan terpenting di Malaysia, termasuk Axiata Group Berhad, CIMB Group Holdings Berhad, Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia Berhad, Malaysia Airports Holdings Berhad, IHH Healthcare Berhad dan UEM Sunrise Berhad,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Shahir menambah, pada November 2018, Khazanah bersetuju untuk menjual 16 peratus pegangan saham IHH Healthcare Berhad kepada Mitsui & Co Ltd untuk RM8.42 billion (US$2 billion) secara tunai.
Ujarnya, sebelum ini, Khazanah merupakan pemegang saham terbesar IHH Healthcare Berhad melalui Pulau Memutik Ventures Sdn Bhd dengan nilai pegangan saham sebanyak 40.8 pertus. Pemegang saham kedua terbesar adalah Mitsui & Co Ltd dengan nilai pegangan saham sebanyak 18.3 peratus.
Jelas beliau, keadaan itu berubah selepas penjualan 16 peratus pegangan saham di mana Mitsui & Co Ltd bakal menjadi pemegang saham terbesar sebanyak 34.3 peratus manakala, Pulau Memutik Ventures Sdn Bhd menyusut kepada 24.8 peratus.
“Pada September 2019, IHH yang kini pemegang saham terbesarnya adalah Mitsui & Co Ltd dilaporkan telah menandatangani perjanjian untuk membeli keseluruhan saham Pulau Memutik Ventures untuk mengambil alih kepentingan Prince Court Medical Center Sdn Bhd (PCMC) pada harga RM 1.02 billion.
“Pengambilalihan ini menunjukkan kerajaan Pakatan Harapan menerusi Khazanah terus mencairkan aset-aset penting pelaburan negara,” jelasnya.
Katanya lagi, persoalan lain yang wajar diterangkan kepada rakyat dan anak muda selaku pewaris negara adalah mengapa hutang negara makin bertambah walaupun aset-aset negara dijual.
“Ke manakah perginya duit hasil jualan lambak aset-aset negara ini? soalnya.
Jangan ‘denial’, ambil tindakan, kata Guan Eng

PETALING JAYA: DAP meminta Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengetuai mesyuarat harian Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menangani kemelut ekonomi negara dan krisis Covid-19.
Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata, lonjakan jangkitan Covid-19 serta pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) di beberapa negeri utama telah melembapkan proses pemulihan ekonomi.
Lim dalam kenyataan berkata, ini disebabkan kegagalan pengurusan krisis kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang
“dipenuhi dwistandard, ‘flip-flop’ dalam polisi dan ‘pusingan-U’ SOP.”
Lim menuduh kerajaan cuba mengalihkan bebanan kepada rakyat, dengan memetik amaran pihak berkuasa mengenai kemungkinan berlaku lebih 5,000 kes harian Covid-19 selepas Hari Raya Aidilfitri serta ugutan untuk menangkap atau menahan mereka yang melanggar sekatan PKP.
“Rakyat bukannya berang kerana undang-undang ini sebaliknya disebabkan penguatkuasaan dua darjat apabila golongan VIP terlepas tanpa hukuman, atau dengan hukuman yang ringan berbanding rakyat biasa,” tambahnya.
Walaupun negara dalam Darurat dan Parlimen ditangguhkan, Lim berkata krisis kesihatan semakin teruk, malah MKN berterusan dengan pendekatan yang gagal mengekang penularan.
Katanya, negara masih dalam kemelesetan ekonomi walaupun kerajaan membelanjakan RM622 bilion dalam pakej rangsangan ekonomi dan Belanjawan Persekutuan 2021.
Beliau turut menyentuh mengenai kadar vaksinasi rendah. Katanya, kurang daripada sejuta rakyat Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, bererti sasaran untuk memvaksin 80% daripada 32 juta penduduk negara ini menjelang Disember sebagai sesuatu yang mustahil.
Katanya, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin nampak seperti ‘terasing’ daripada isu-isu ini dan sepatutnya bertindak dengan mengadakan mesyuarat harian bersama MKN.
UJIAN ASID PERTAMA ACYRL SANI
Tamrin Tun Ghafar
Sabtu - 08/05/2021
( 1 - 26 )
1. Saya memohon maaf kerana TERPAKSA membuat komen ini tambah pula
ianya dilakukan dalam Bulan Ramadhan
Al Mubarak ini.
2. Tahniah diucapkan kepada Acyrl Sani, Ketua Polis Negara yang menggantikan Hamid Bador mulai 3hb Mei 2021.
3. Ada yang memberi pandangan mengapa Hamid HANYA BERANI mendedahkan KEPINCANGAN Hamzah Zainuddin, Menteri Dalam Negeri di penghujung perkhidmatan beliau;
tidak dilakukan sebelum ini.
4. Ada pula suara yang mengatakan Hamid sepatutnya menggunakan saluran tertentu.
5. Sebagai Anggota Kerajaan beliau TERHALANG dengan Akta Perkhidmatan Kerajaan yang TIDAK MEMBOLEHKAN beliau MENGKRITIK SECARA TERBUKA Menterinya sendiri.
6. Hamid TELAH melakukan apa yang sepatut dilakukan oleh mana - mana kakitangan Kerajaan; beliau telah pun melaporkan HASRAT JAHAT Hamzah kepada Mahiaddin sebanyak 2 kali dan juga dengan Ketua Setiausaha Kerajaan atau KSN - itu adalah langkah dan contoh terbaik yang telah diambilnya.
7. Hamzah ialah salah seorang pencatur atau mastermind RAMPASAN KUASA sehingga tertubuhnya KERAJAAN PINTU BELAKANG atau KERAJAAN TEBUK ATAP yang diketuai Mahiaddin Md. Yasin.
8. Sikap Hamid mendedahkan secara terbuka KEPINCANGAN DAN SALAHLAKU Hamzah Zainuddin, Menteri Dalam Negeri yang juga merupakan salah seorang penasihat Mahiaddin AMAT DIALU - ALUKAN.
9. Apakah tujuan sebenar Hamzah beria - ia sangat MAHUKAN kuasa penuh atau
'full control' Perkhidmatan Polis, Wallahulam !!
10. Oleh kerana tidak ada sebarang penjelasan maka berbagai cerita atau teori sedang berlegar dikalangan rakyat; ini semua dakwaan atay alegasi, justeru SIASATAN PENUH DAN RAPI PERLU DIADAKAN SEGERA.
i. Kononnya Hamzah mahu menggunakan polis khususnya Cawangan Khas atau Special Branch untuk menyenangkan beliau jadi orang nombor 1 negara akhirnya.
ii. Ada pula yang mengatakan mungkin beliau mahu menjadi 'orang terkaya' di Malaysia dengan MELINDUNGI penjenayah.
iii. Ada juga mengatakan salah seorang anak Hamzah terlibat dengan MACAU SCAM yang heboh diperkatakan, maka dengan kuasa yang dikehendaki itu bolehlah beliau MENUTUP aktiviti - aktiviti jahat itu.
11. Sebenarnya Kabinet atau Pemerintah adalah PEMBUAT DASAR dan Pegawai Kerajaan adalah PELAKSANA sebarang dasar yang digubal oleh Pemerintah atau Kabinet; justeru adalah BERTENTANGAN dengan Perlembagaan jika ada campurtangan Pembuat Dasar dalam Pentadbiran Negara.
12. SPRM, Polis dan Pejabat Peguam Negara atau AG Chambers BOLEH DAN MESTI bertindak terhadap segala penyelewengan kuasa dan amalan rasuah oleh sesiapa TERMASUK Perdana Menteri, apatah lagi Menteri dan Kakitangan Kerajaan.
13. Apakah Acyrl BERANI bertindak tegas seperti Hamid atau beliau sanggup merela atau
meredhakan dirinya dengan apa yang dikatakan Hamzah
" don't worry he is 'MY BOY' " dalam perbualan telefon yang diakuinya sendiri baru - baru ini ATAU yang lebih dashyat lagi menggambil kesempatan melakukan sendiri perkara - perkara yang bertentangan dengan undang - undang seperti melindungi penjenayah dan penyangak dan melakukan rasuah?
14. Saya teringat Anwar Ibrahim dipenjarakan selama 5 tahun atas tuduhan mencampuri hal ehwal polis; justeru apakah bezanya tindakan yang dilakukan Hamzah?
15. Ada 3 UJIAN ASID atau 3 ASID TEST bagi Acyrl, Ketua Polis Negara atau IGP yang baru ini iaitu MENYIASAT DAN MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS terhadap:
i. MAHIADDIN
Selain dari dakwaan hubungan seks beliau dengan Gee Siew Yee atau Nika Gee yang KETIKA ITU isteri kepada Dato Stanley Clement Augustin ( difahamkan Clement SUDAH PUN membuat Akuan Sumpah atau Statutory Declaration berhubung perkara tersebut ), terdapat pula dakwaan 2 orang anak kandung beliau TERLIBAT dengan ratusan juta wang IMDB; jika benar, ia satu penipuan yang tak boleh dimaafkan.
ii. AZMIN ALI
Pengakuan sendiri oleh Haziq Aziz seorang lelaki bahawa beliau TELAH melakukan hubungan seks sejenis atau lebih dikenali dengan perkataan SEMBURIT dengan Azmin, maka WAJIB polis bertindak membawa Azmin ke Mahkamah dan dipenjarakan; tambah pula telah disahkan kesahihan videonya oleh pakar - pakar penyelidikan di Laboratory di Amerika Syarikat, Indonesia dan beberapa buah negara maju yang lain.
Azmin kini sedang melakukan apa saja TEMASUK sanggup menyapu sebahagian ruang kecil Masjidil Haram di Mekah bagi MENUTUP kes SEMBURITnya itu.
iii. HAMZAH ZAINIUDDIN
Beranikah Acyrl mengambil tindakan undang - undang TERHADAP BOSSnya sendiri yang sudah terang MENCAMPURI hal ehwal Polis seperti tuduhan terhadap Anwar dahulu, dan menyiasat, dan jika didapati benar penglibatan salah seorang anak beliau dalam skandal MACAU SCAM, menghadapkan beliau juga ke Mahkamah.
16. Apa pun akhirnya terserah kepada Mahiaddin yang gila kuasa dan Peguam Negara ; pilihlah antara Dunia dan Akhirat, antara Kuasa Dunia dan Kuasa ALLAH SWT - semoga amalan yang kita sedang lakukan MEMBERI KEINSAHFAN dan KEKUATAN DIRI.
17. Selain dari apa yang telah disebut diatas , 9 orang Raja - Raja Melayu KHUSUSNYA Agong, jika mereka BERJIWA rakyat atau masih mempunyai belas kasih kepada rakyat BOLEH juga mengambil beberapa tindakan :
i. SERTA MERTA TARIK BALIK Perintah Darurat dan mengarahkan Parlimen bersidang semula seperti biasa.
ii. Jika tidak Tarik Balik Darurat, Majlis MAGERAN diwujudkan SERTA MERTA dengan melantik seorang Pentadbir atau Pengerusi bagi MEMULIHKAN ekonomi negara yang sedang menanggung hutang kira - kira RM1.3 trillion atau 89.2 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK ) seperti yang diumumkan Zafrul baru - baru ini, juga bagi mengatasi rata - rata kesusahan rakyat yang NAZAK ini.
iii. Mahiaddin , Hamzah dan Azmin DIREHATKAN sementara bagi segala siasatan dijalankan dengan rapi dan bebas hingga selesai TANPA sebaang gangguan dan campur tangan mereka yang disiasat.
18. Sudah sampai masanya Raja - Raja Melayu TIDAK BOLEH LAGI berpeluk tubuh - inilh masanya mereka menggunakan kuasa yang diamanahkan demi rakyat dan negara.
19. Diharap cakap - cakap kononnya Agong terlibat dengan pelbagai projek raksaksa hanya cakap - cakap kosong tanpa bukti saja.
20. Hanya yang saya tidak boleh pertahankan ialah 2 persoalan :
i. MENGAPA sehingga kini Agong yang diiktiraf sebagai Lambang Negara dan Rakyat sehingga kini sunyi dan TIDAK BERANI menganmbil tindakan undang - undang sama ada di sini mahupun di London terhadap Clare Rewcastle Brown dari Sarawak Report yang MEMBONGKARKAN pembelian oleh Tengku Mahkota Pahang sebuah rumah di Kota London dengan harga RM350 juta dengan kos penyelenggaran sebanyak RM2 juta sebulan - tidak menjadi kesalahan membeli rumah atau apa - apa pun tetapi rakyat ingin tahu apakah TUDUHAN Clare itu benar dan jika benar dari mana punca pendapatan tersebut - adakah ianya juga dari Raja Arab?, dan jika hasil keuntungan syarikat, sudahkah Cukai Pendapatan dibayar seperti rakyat biasa.
ii. Apakah benar tuduhan mengatakan Agong mencadangkan sahabat baiknya, Tengku Zafrul sebagai Menteri Kewangan?
21. Rakyat memerlukan PENJELASAN agar segala keraguan dapat diredakan.
22. Sebagai peringatan bersama :
TIADA RAKYAT
TIADA RAJA
TIADA RAJA
TIADA AGONG
23. Semoga Agong yang diberi kesempatan tinggal di rumah besar dan indah yang digelar Istana Negara HASIL titik peluh rakyat selama mana beliau dilantik oleh 9 orang Raja - Raja Melayu akan juga MENDENGAR RINTIHAN DAN KELUHAN RAKYAT , bukan setakat mendengar atau menggunakan nasihat seorang yang BERKEPENTINGAN yang TIDAK ADA SOKONGAN MAJORITI Ahli Parlimen.
24. Sabda Rasulullah SAW: Barang Siapa Di Antara Kamu Melihat Kemungkaran, Hendaklah Dia Mencegah Kemungkaran Itu Dengan Tangannya. Jika Tidak Mampu, Hendaklah Dengan Lisan Dan Jika Tidak Mampu Juga,!Hendaklah Mencegah Dengan Hati, Itulah Selembut - Lembut Iman ( Hadis Riwayat Muslim ).
25. SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA dan SELAMAT MENYAMBUT ADIL FITRI.
26. Diharap tulisan ini dibaca dengan hati terbuka oleh Agong, Raja - Raja Melayu dan Ketua Polis Negara.
Wassalam
Terima Kasih.
Beberapa daerah, mukim di Pahang, Pulau Pinang dan Perak bawah PKP

PETALING JAYA: Kerajaan akan menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan (PKP) di beberapa daerah dan mukim di Pahang, Pulau Pinang dan Perak selama 14 hari bermula 10 Mei.
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, berkata ia membabitkan seluruh daerah Kuantan, Pahang, mukim Hulu Kinta meliputi Ipoh, Lahat, Chemor, Tanjong Rambutan, Pengkalan Hulu dan Belukar Semang, di Perak.
PKP turut dikenakan di tiga daerah dan tiga mukim di Pulau Pinang membabitkan Timur Laut, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan dan Mukim 12, Barat Daya, Bandar Butterworth, Seberang Perai Utara, serta Mukim 14, Seberang Perai Utara.
Katanya, pelaksanaan PKP di kawasan terbabit susulan berlaku peningkatan jangkitan Covid-19.
“Pelaksanaan PKP di kawasan ini untuk memudahkan KKM melaksanakan tindakan pengawalan seterusnya mengekang penularan jangkitan Covid-19 ke kawasan lain,” katanya.
PKPD di beberapa kawasan di Pahang
Ismail turut memaklumkan, perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan di beberapa kawasan di Pahang bermula 10 Mei selama 14 hari.
Ia membabitkan Kampung Meripoh, Kota Bahagia, Muadzam Shah, di Rompin, Genting View Resort, Apartment Meranti, Windmills Condo, Vista Residence, Apartment Mawar, Midhill Apartment dan Apartment Ramin.
Sementara itu, PKPD di Kampung Dambai Inanam, Kota Kinabalu, dan Bandar Sri Indah serta Kampung Titingan, Tawau, Sabah ditamatkan bermula esok.
Cerita dulu dan sekarang
A.KADIR JASIN
1. Dalam beberapa hari kebelakangan ini timbul pula cerita dan
rakaman video yang didakwa membabitkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri
(Adun) Selangor yang juga Setiausaha Politik kepada seorang Menteri Kabinet
dari Bersatu.
2. Seperti selalu, dia pun menafikan kandungan video itu dan
mendakwa dia mangsa fitnah. Dia pun menafikan juga yang dia ada menghantar
surat mengenai perkara itu kepada Perdana Menteri, Mahiaddin Md. Yasin @
Muhyiddin.
3. Boleh jadi inilah peluang Ketua Polis Negara yang baru, Acryl
Sani Abdullah Sani membuktikan yang dia lebih
hebat
daripada KPN yang baru bersara, Abdul Hamid Bador, dengan
membuka kertas siasatan.
4. Abdul Hamid hanya berjaya cam salah seorang daripada dua
pelakon video berahi (passionate) Sandakan. Kalau Acryl Sani berjaya cam dua
atau lebih watak dalam video terbaru ini, dia menang "hands down".
5. Kalau nak lagi
hebat
, dia boleh "review" atau siasat balik video Four
Points by Sheraton itu. Sekiranya dia cam pelakon yang Abdul Hamid tak cam,
memanglah dia
hebat
. Kalau banyak orang anggap Abdul Hamid
hebat
, kita mahu Acryl Sani jadi IGP yang lebih
hebat
. Lagi pun dia kena buktikan secara sahih yang dia bukan
"budak" sesiapa.
6. Itu cerita sekarang. Ini cerita dulu-dulu pula - cerita pada
tahun 1960-an dan 70-an masa saya bersekolah dan kemudian bekerja di Alor Star.
Kami mengenali seorang penjawat awam yang jauh lebih dewasa daripada kami. Dia
mempamerkan perwatakan yang memberi gambaran bahawa dia mempunyai orientasi
seksual yang bercanggah dengan kebiasaan.
7. Kalau dalam bahasa Inggeris pada masa itu, orang macam dia
digelar "bugger". Mengikut pengertian waktu itu, ia membawa maksud
seorang lelaki yang sukakan budak-budak lelaki jambu (pretty boys). Kamus
Merriam-Webster, antara lain, mentakrifkan "bugger" sebagai
"sodomite" (peliwat).
8. Mengikut seorang sahabat yang sama-sama penjawat awam
dengannya, dia mempunyai "code word" bagi budak-budak jambu menarik
minatnya iaitu "and the Renault". Waktu itu kereta Renault buatan Perancis
sedang diminati ramai. Rujukan kepada Renault adalah kerana dua model kereta
tersebut yang bernama Dauphine dan Gordini mempunyai enjin di belakang.
9. Pada penghujung 1990-an, seorang wartawan Amerika bertanya
saya mengenai kegiatan homoseksual dalam masyarakat Melayu-Islam di Malaysia.
Saya rasa jawapan yang saya bagi lebih 20 tahun lalu itu tepat dan masih
releven sampai hari ini memandangkan kes-kes liwat, pencabulan kehormatan dan
kegiatan homoseksual yang melibatkan tenaga pengajar dan petugas institusi
pendidikan agama serta kelompok politik.
10. Di kalangan agamawan pun terdapat kecenderungan menerima
kelakuan luar tabi'i ini atau, setidak-tidaknya pun, toleran terhadapnya atas
alasan ia sukar untuk dibuktikan mengikut syariah, bersangka baik dan tidak
mahu aibkan orang.
Sekian adanya. Terima kasih.
Gambar hiasan: Renault Dauphine
BILA BARUA MCA BERSUARA
Kak Ani setuju
Para pejuang Melayu Isley mane ni x nmpk pun
Xkanla sibuk tukar langsir wt kuih kot
Bukan boleh raya beria pun
Meh la kita tgk para pemimpin Melayu Isley jual harta negara ni
Next PRU kita maki DAP deh
Baru la kita leh jd bodo smpai mampos

Tahiniah la
X padan ngan kerusi minoriti
Betul jugak kan
Xkanla nk lantik Tar Snake pulak
Dia kan bodo
Acane para pejuang Melayu Isley semua?
X abis teraweh lg ke?
Senyap je



