Deal dengan parti lawan, biasa dalam politik, samada melibatkan Anwar mahupun Hadi

 


Deal dengan parti lawan, biasa dalam politik, samada melibatkan Anwar mahupun Hadi


Bila tersebar audio perbualan Ds Anwar dan Zahid, Aku ikutkan malas nak komen pun..Soal betul atau tak..bukan lah jadi Soal.. Bukan lah luar biasa..Bagi aku deal dalam Politik ini bukan perkara baru.. Ia dilakukan semua Presiden Parti..

Bagi Ds Anwar pun ianya bukan perkara baru, Sebulan sebelum PRU 13, Anwar pernah deal dengan Najib di Indonesia didepan Jusof Kalla yang ketika itu Naib Presiden Indonesia.. tidak sapa tahu samada PAS mahupun DAP..ianya terdedah bila Jusof Kalla yg juga sahabat Ds Anwar mendedahkan Deal antara Najib dan Anwar dalam satu wawancara oleh blogger Indonesia..

Selepas PRU 13, Pakatan Rakyat Kalah, Ketika itu Ds Anwar tidak dapat menerima keputusan kononnya PR kalah sebab undi hantu, Maka diheretkan lah semua parti dan penyokong ke Jalanraya termasuk aku, Maka wujudlah himpunan Blackout 505..

Ditengah tengah kehangatan Demo Blackout 505, dan akhirnya PAS dan Azmin tarik diri..Masa tu lagi Azmin dah kurang ajar, Suruh Anwar sedar diri.. Azmin dan Zuraidah Khianat ni bukan baru.. sama mcm Haji Hadi.. Azmin masa tu tak puas hati TS Khalid Ibrahim terus dilantik sebagai MB..

Dan akhirnya.. sekali lagi Deal berlaku, Mungkin kita masih ingat gambar Ds Anwar dan Najib minum Teh bersama di Parlimen, Para penyokong protes dan tidur diluar parlimen termasuk geng Reformis dan Chegubard.. Masa tu katanya itu permulaan perkataan Konsolidasi Nasional atau Konsensus Nasional oleh Najib dan Ds Anwar ditawarkan.. Tapi PAS tolak…

Deal dalam Politik ini bukan perkara baru.. hatta wujud dalam PAS..
Sebagai contoh..Haji Hadi pernah lakukan perkara yg sama dengan Paklah ketika menawarkan Kerajaan Perpaduan “Melayu-Islam” yang akhirnya menimbulkan kemarahan TG Nik Aziz.. TG Nik Aziz marah dengan Hj Hadi, buka soal Deal tu..Tetapi ia dilakukan secara rahsia tanpa pengetahuan Parti..

TG Nik Aziz pernah Kata, ”

Apapun bawa ke Mesyuarat Parti.. Kalau PAS setuju, Pakatan setuju..Itu lainlah masalahnya.. Ini PAS pun tak tahu, Pakatan pun tak tahu…PAS tak dibincang, Pakatan tak dibincang..”

akhirnya TG Nik aziz lafazkan, Ini kerja ” BONEKA UMNO “.. Jadi apa yg dikata TG Nik Aziz berlaku hari ini, Jelas Hj Hadi dan PAS jadi boneka UMNO…

Tu sebabnya, Dalam melbatkan deal Politik..Aku setuju ketetapan PH yang baru , Ia mesti jelas, ia mesti dinyatakan secara terbuka.. Ia bukan tanpa pengetahuan parti dan Pakatan.. Deal mesti berdiri atas prinsip bersama, Reform/Islah yg jelas biarpun ada dasar dasar yg kita berbeza…

Sebagai Contoh, Selepas PH tumbang, Tun dan Shafie Afdhal pernah datang mesyuarat bersama PH, Tun tawarkan kerjasama dengan syarat tertentu.. Tapi PKR tolak.. Bagi aku cara tu betul..Nak tolak, Tolak secara terbuka, Deal..deal lah cara terbuka.. Kalau PKR tolak, DAP dan Amanah terima..Itu biasa..

Nak Deal dgn MP UMNO ? Boleh.. secara terbuka…Siapa tak setuju dengan Kerajaan tebuk atap atau PN.. Nyatakan pendirian terbuka.. Secara terbuka kata Kami MP, Parti UMNO sokong Ds Anwar sebagai PM, kalau UMNO Sepondan pondan sajat pun, tarik diri dari PN.. Jatuhlah Kerajaan.. tapi itu tak berlaku..

Kita tak mahu cakap di pentas UMNO lain, Deal belakang belakang lain.. ni tidak lah aku memaksudnya aku percaya Audio tu betul.. Tetapi itulah situasi contoh cara politik yg salah..Kita membuka ruang kepada lawan akibat move atau penasihat tak guna disekeliling kita..

aku sebenarnya dok harap Zahid kekal sehingga PRU 15…Jangan bagi ruang UMNO mengukuh dan berlaku reform dalam parti mereka, Masa tu PH sendiri checkmate.. strategi orang sekeliling Ds Anwar yang buat aku marah.. sebabkgelojohan mereka itu sebenarnya memerangkap Ds Anwar sendiri..

Aku takda masalah pun kalau Ds Anwar bercakap telefon dengan Zahid, Hatta kepimpinan PKR dan UMNO bertemu secara terbuka di parlimen menarik diri dari PN dan Menyokong Ds Anwar..aku alu alukan.. tapi jangan buat deal dan Move tak ketahuan hala sampai pemimpin Amanah dan DAP tak tahu….

Tapi tu lah masalahnya.. Bila Tun Buat Move dan Deal dengan PAS dulu dalam memperkukuhkan dominasi Melayu dalam kerajaan jadi salah.. Kalau pemimpin aku buat Deal.. Habis KLEPTORAT pun jadi sesuci lebaran, Kalau sembang bab Prinsip Islah tu dah macam PAS sembang bab Islam… Last last2 semuanya Sembang… 🙂

Ipohmali




Kantoi! Aktivis kemanusiaan terkenal dicekup ehem bersama teman lelaki di hotel

 


Kantoi! Aktivis kemanusiaan terkenal dicekup ehem bersama teman lelaki di hotel


Seorang aktivis kemanusiaan wanita dan pasangannya ditahan pihak berkuasa di sebuah bilik hotel dekat sini tengah malam kelmarin.

Sumber polis berkata, pasangannya yang juga seorang penulis buku ditahan selepas pihak berkuasa mendapat maklumat daripada orang awam.

Aktivis wanita itu sebelum ini pernah terbabit dalam beberapa misi kemanusiaan bersama badan bukan kerajaan (NGO) termasuk di Gaza sekitar 2012.

Dia pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki Arab dan mengusahakan perniagaan makanan di negara ini.

Sumber itu berkata, pasangan itu ditahan jam 12.45 tengah malam dan dibawa ke Balai Polis Taman Seri Muda untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Pengarah Jais Datuk Mohd Shahzihan Ahmad ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

“Ya. Kita menerima laporan polis berkenaan dan akan bertindak menyiasat lanjut semua perkara yang bersangkutan dengan kesalahan jenayah syariah tanpa memilih dan menilai siapa terbabit,” katanya.



BAGAIMANA JIKA ANWAR GUNA ALASAN YANG SAMA TERHADAP VIDEO HAZIQ


 Ketua Penerangan PN, Azmin Ali melahirkan keyakinan rakaman audio yang bocor yang dikatakan perbualan antara Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim adalah rakaman yang sahih.

Katanya, sebagai bekas pegawai yang pernah berkhidmat lama dengan Anwar sebagai Setiausaha Sulitnya, beliau yakin itu adalah suara Anwar.

“Saya sebagai pegawai yang telah berkhidmat dengan beliau (Anwar) sekian lama, saya yakin itu adalah rakaman yang sahih.

“Ia bagaimanapun akan dibuktikan melalui penyiasatan,” tambahnya.

Azmin seterusnya menuntut pihak berkuasa melakukan siasatan segera bagi merungkai kesahihan rakaman audio itu.

“Saya kira ia (proses siasatan) memberikan ruang kepada mana-mana pihak untuk membela diri mereka.

“Kita berharap kedua-dua individu ini jujur, sekurang-kurangnya kepada ahli parti masing-masing,” tambah Menteri Perdagangan dan Industri itu lagi.

Jika begitu alasan atau hujah Azmin, bagaimana jika berkaitan “video Haziq”, Anwar pula melahirkan keyakinan ia juga rakaman yang tulen berdasarkan Ahli Parlimen Gombak itu adalah bekas Setiausaha Sulitnya untuk tempoh yang agak lama.

Kalau disebabkan berkhidmat lama, Azmin kenal suara Anwar, disebabkan berkhidmat lama dengannya juga, sudah tentu Anwar turut kenal rupa wajah Azmin.

Bolehkah jika Anwar berkata, “oleh kerana Azmin adalah bekas pegawai saya dalam tempoh agak lama, meskipun dikatakan video tersebut adalah kabur dan mempunyai resolusi rendah, saya yakin itu adalah dia.”

Dengan hujah sedemikian, apa lagi setelah pasangannya dalam video tersebut telah pun mengaku beliau bersama Azmin dalam rakaman itu, bolehkah bekas Timbalan Presiden PKR yang melompat parti itu dituntut turut berlaku jujur sebagaimana tuntutannya kepada Anwar dan Zahid Hamidi?

Macam mana sekarang, Azmin?

Berani bersuara lagi selepas ini?


 (Shahbudindotcom 12/04/2021)



‘Kita perlu percaya kata pakar khianat’, netizen sindir Azmin

 


Batal Bazar Ramadan tergesa-gesa, peniaga wajar dibayar ganti rugi

 




Kerajaan Kelantan seharusnya membayar balik wang deposit kepada para peniaga ekoran bertindak membatalkan Bazar Ramadan di saat akhir.

Timbalan Pengerusi AMANAH Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berkata, pembayaran deposit itu perlu dibayar balik kepada para peniaga kerana pembatalan yang dibuat masih dalam tempoh ‘khiyar’.

Selain itu, katanya kerajaan Pas Kelantan juga sepatutnya membayar ganti rugi kepada para peniaga kerana membatalkan operasi bazar Ramadan dengan tergesa-gesa.

“Sejauh manakah Islam telah diamalkan dalam pentadbiran Kerajaan Kelantan, kita tunggu dan lihat apa reaksi Pas sebagai parti yang memerintah Kelantan,” katanya.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Dr Izani Husin memaklumkan Bazar Ramadan dan Aidilfitri di seluruh Kelantan tahun ini dibatalkan susulan lonjakan kes Covid-19 di negeri pantai timur itu.

Menerusi Facebooknya, beliau juga memberitahu Madinah Ramadan juga ditukar menjadi Pusat Rawatan dan Kuarantin Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) sebagai ikhtiar membendung penularan wabak berkenaan.

Berikutan keputusan tergesa-gesa itu, ramai peniaga meluahkan rasa kecewa kerana wang sudah habis berbelanja untuk persiapan berniaga pada Ramadan yang akan bermula esok.

 

PAS UMNO MASIH INTIM

 


Gempar! Tok Mat dedah UMNO dan PAS ‘masih comolot’

Gempar! Tok Mat dedah UMNO dan PAS ‘masih comolot’

Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau tidak tahu jika rundingan kerusi antara parti berkenaan dengan PAS telah ditangguhkan ketika ini.

Beliau berkata setakat ini, rundingan berkenaan masih berlangsung di bawah Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional (MN), yang diadakan setiap dua minggu sekali.

“Saya cuma baca dalam media juga, tetapi dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk MN baru-baru ini, kita (Umno) nyatakan rundingan kerusi Umno dan PAS (masih) diteruskan.

“Bahkan kita setuju (antara formula yang digunakan) kerusi yang dimenangi akan ditandingi oleh parti masing-masing, dan formula kedua kita setuju parti mana yang dapat undi terbanyak, kerusi berkenaan akan diberikan kepada parti berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Program Bangkit 15 di Melaka hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya telah menghantar wakil untuk berunding dengan Bersatu mengenai pembahagian kerusi, dan perbincangan dengan Umno ditangguhkan buat seketika, kerana parti itu kini berdepan kemelut dalaman.

 Mohamad berkata Umno akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada PAS berhubung perkara berkenaan, ketika Mesyuarat Jawatankuasa Induk MN yang akan datang.

Ditanya hubungan antara Umno dan PAS ketika ini, beliau berkata: “Kita masih cium mulut lagi (masih baik lagi).”

Mengulas mengenai desakan segelintir pihak yang mahu Umno mengadakan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan pada Jun ini beliau berkata, ia bergantung kepada keadaan semasa terutama ketika pandemik Covid-19 masih lagi mencatatkan kes yang tinggi.

“Dalam keadaan sekarang kita tengok (kes harian) Covid-19, kerana dalam pemilihan ahli wajib hadir, tapi ketika ini ada kesulitan dalam keadaan Covid-19 masih belum reda. Kita perlu patuh prosedur operasi standard (SOP).

“Macam di (Umno bahagian) Rembau ada 1,100 perwakilan. Kena cari dewan yang boleh muatkan 3,000 orang untuk patuh kepada SOP. Kita tak boleh bawa 20 peratus sahaja yang hadir, nanti mesyuarat tak sah. Itu kekangan-kekangan yang kami sedang teliti,” katanya.


ALAHAI HADI

 

MAN TOBA

Tak sampai 2 tahun ko dan MP khianat rampas kerajaan dah. Kot ya nak cakap manifesto tak tunai tunggu lah 5 tahun.

1 hal lagi, dia sokong Mahathir sangat-sangat, saka tua tu la khianat PH. Siap kata manifesto bukan kitab suci lagi.

Nak maki kang puak-puak  khaldai dia marah pulak. Tapi tu fakta.

May be an image of 1 person, sitting and text that says "Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang 1 hr Facebook for Android … Pakatan Harapan hanya indah khabar dari rupa dengan manifesto yang tidak mampu dikotakan. "Perubahan kerajaan daripada Barisan Nasional (BN) dahulu dengan kelemahan pemerintahannya tidak mampu diubah oleh Pakatan Harapan (PH) seperti yang dijanjikan, hanya indah khabar dari rupa dengan manifesto yang tidak mampu dikotakan." H ulH abdulhadi @abdulhadiawang adi"


 

MENERIMA BUKU DARI GOLONGAN PROFESSOR

 

Menerima buku dari berapa penulis hebat terdiri dari golongan Profesor dan pemikir negara antaranya Prof Dr Azizuddin Sani, Prof Dr Zaid Ahmad dan Prof Abdul Latiff Abu Bakar.

InsyaAllah akan saya baca dan kupas penulisan mereka ini nanti.

Saya juga turut serahkan naskhah Critical Muslim yang memuatkan tulisan terbaru saya terkait keadilan yang menyorot renungan saya tatkala mendekam di dipenjara.

InshaAllah saya akan mengupas lanjut mengenainya nanti bersama Ehsan Masood dan penerbit Muslim Institute yang berpengkalan di London.


May be an image of one or more people, people standing and indoorMay be an image of 4 people, people standing and indoorMay be an image of 1 person, standing and indoor



 

SEKALI DUA KALA, AHMAD MASLAN NI BIJAK JUGA

 

BOB KELANANG

‘Wahai PAS yang ada 18 kerusi, bayangkan jika 15 kerusi lompat’

malaysiakini.com
‘Wahai PAS yang ada 18 kerusi, bayangkan jika 15 kerusi lompat’
Kalau PAS soal 'kenapa gaduh', parti itu kena tahu apa sebab "Umno dan Bersatu tak boleh nak ngam," jelas Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan.


Sekali-sekala Ahmad Maslan ni bijak juga rupanya...

KOH KOH KOH... bilamana dia 'smash' PAS 'direct' terang-terang...

KOH KOH KOH…

Ahmad Maslan cakap...

“Inilah antara sebab Umno dan Bersatu tak boleh nak ngam (serasi)"

“Kalau PAS kata, apa benda ni? (bergaduh). Saya nak bagitahu kepada PAS, wahai PAS yang ada 18 kerusi, bayangkan kalau daripada 18 kerusi itu, katalah 15 kerusi melompat kepada Amanah"

“Lepas itu kita nak paksa PAS yang tinggal beberapa kerusi itu baik dengan Amanah, boleh ke…”

KOH KOH KOH... kan dah kena setepek...

KOH KOH KOH… Adan Uker... bodoh betul la PAS ni...

KOH KOH KOH... benda simple macam ni pun xbole nak pikir... adoilah...

KOH KOH KOH... macam mana nak 'lead' Malaysia ni...

KOH KOH KOH... bodoh tegar... bodo bertingkat2…

KOH KOH KOH… jilaker!!

FUHHH VIDEO INTIM TULIN...

 May be an image of 2 people and text that says "Ûideo intim Haziq tulen- Ketua Polis Negara Astro Awani Julai 18, 2019 15:04 MYT Menurut Abdul Hamid, CyberSecurity Malaysia sahkan video intim Haziq itu tulen. Video intim yang melibatkan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (A.K) Cabang Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan pasangan lelaki mirip seorang menteri kanan disahkan tulen."

MASIH JUGA ADA KLUSTER KAYANGAN

 FAEZUDDIN PUAD


Kerajaan sepatutnya bertindak adil dan wajib tidak memilih bulu apabila hendak menjatuhkan hukuman.

Jika rakyat langgar SOP, terus kompaun. Sengaja atau tidak sengaja, besar atau kecil kesalahan pasti akan dikompaun.

Jika libatkan orang tertentu seperti Menteri, Timbalan Menteri dan orang-orang kaya, pasti kita akan dengar perkataan "kertas siasatan akan dibuka" atau "kita akan panggil untuk beri keterangan".

Kenapa tidak saman terus?

Rakyat tertanya-tanya mengapa harus ada dua undang-undang yang berbeza sedangkan kesalahan yang dilakukan adalah sama?

Sedangkan SOP Pencegahan Covid-19 cuma ada satu.

Mengapa harus ada double standard?

Rakyat tak bodoh, rakyat memerhati.



May be a cartoon of one or more people and text that says "ORANG BIASA BIASA ORANG KAYANGAN TERUS KOMPAUN RM 10,000 MASIH TIADA KOMPAUN"





Apakah Tujuan Audio Itu Dibocorkan Dan Diviralkan?

Anwar Ibrahim: Cukup Nombor Untuk Membentuk Kerajaan, Tapi Tak Payah Lom...

TERKINI - KESELURUHAN CABANG DI NEGERI PAHANG MELULUSKAN USUL TOLAK KERJASAMA POLITIK DENGAN TUN DR MAHATHIR DAN PEJUANG

 

Bermula bulan Mac 2021 yang lalu adalah tempuh bagi 14 Cabang di seluruh Pahang untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) masing-masing sebelum tarikh tutup pada 02 Mei 2021. 


Di Pahang, MATC bermula pada 27 Mac 2021 dengan dua Cabang  iaitu Kuantan dan Temerloh memulakannya  dengan diikuti oleh Cabang-Cabang yang lain mengikut tarikh dan notis yang dikeluarkan oleh Cabang-Cabang berkenaan.  Cabang terakhir melaksanakan MATC adalah Cabang Cameron Highland yang baru sahaja hari ini, Ahad (11 April 2021) mereka selesai melaksanakannya.


Apa yang menarik di dalam MATC kali ini adalah usul berkaitan kerjasama politik dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan parti Pejuang menjadi perhatian di semua Cabang.  Kesemua 14 Cabang meletakkan usul mendesak Parti Keadilan Rakyat menolak sebarang kerjasama politik dengan Tun Dr Mahathir dan partinya, Pejuang sebagai usul utama.  Seperti yang dijangka, usul ini tidak perlu dibahas panjang lebar, terus mendapat sokongan sebulat suara dari semua ahli di setiap Cabang.


Maksudnya, seratus peratus Cabang di Pahang menolak kerjasama politik dengan Tun Dr Mahathir dan partinya Pejuang dan mereka mahukan Parti Keadilan Rakyat di peringkat Pusat membenarkan usul ini dibahaskan di Kongres Nasional nanti agar parti dapat membuat keputusan yang jelas dalam isu ini.


Keadilan Pahang menyokong kesemua ketetapan yang dipersetujui di dalam Retreat PH di Port Dickson baru-baru ini, berhubung dengan kerjasama dengan mana-mana pihak, asalkan menerima prinsip PH termasuk agenda reform yang ingin dibawa.


Kecuali, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pejuang, kerana kita dapat melihat sendiri bagaimana Tun Dr Mahathir sewaktu diberi peluang untuk menjadi ketua kerajaan di dalam PH, beliau langsung tidak  menunjukkan minat bagi melaksanakan agenda reformasi yang kita janjikan kepada rakyat.  Beliau tidak percaya kepada janji-janji di dalam manifesto PH, bahkan beliau memperlekehkannya dengan menyatakan manifesto bukan kitab suci.  


Rata-rata ahli Keadilan menganggap punca kejatuhan kerajaan PH pada Februari tahun lalu adalah kerana niat Tun Dr  Mahathir sendiri untuk neruntuhkan kerajaan PH yang telah mengangkatnya sebagai PM bagi menghalang Anwar Ibrahim menjadi PM berikutnya seperti yang dijanjikan.  Perletakan jawatannya tanpa berbincang dengan Majlis Presiden PH nerupakan satu bukti kukuh akan nawaitunya.  Keengganan beliau menerima nasihat Agung agar beliau tidak meletakkan jawatan menunjukkan bahawa beliau memang serius untuk menjatuhkan kerajaan PH, kerajaan yang rakyat beri mandat pada PRU14 yang lalu.  Akhirnya, hasil dari peluang dan ruang yang diberikan oleh Tun Dr Mahathir, maka memudahkan puak pengkhianat masuk dan merampas Putrajaya dari tangan PH.


Keadilan, bahkan PH itu sendiri wajar menjauhkan diri dari Tun Dr Mahathir.  Beliau sendiri sebut sewaktu menubuhkan Pejuang, iaitu Pejuang tiada kaitan dengan PH.  Pejuang akan membuat keputusan sendiri untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak selepas PRU nanti.  Apakah parti seperti ini akan memperkuatkan PH? Parti seperti ini akan menjadi 'api dalam sekam'.


Pejuang juga diura-urakan akan mengadakan gabungan baru bersama Warisan dan Muda.  Justeru itu, PH perlu bersedia dan memperkukuhkan kerjasama di antara tiga parti yang ada tanpa mengharap dan bergantung lagi dengan Tun Dr Mahathir. 


Penolakan total kesemua Cabang di Pahang terhadap Tun Dr Mahathir dan Pejuang amat membanggakan.  Sikap berani membuat keputusan oleh kesemua Cabang di Pahang mudah-mudahan diikuti oleh kesemua 222 Cabang di seluruh negara.


Syabas Keadilan Pahang!!


WFAUZDIN NS




LIVES Ezam Mohd Nor: Pelacaran Pusat Gerak98 Di Shah Alam

KULI HENTAM ANWAR..TAPI ANWAR JAWAB APA SOALAN YANG DI TANYA...KULI PUN TAK MALU JUGA TAWAR DIRI SENDIRI NAK JADI PM



Anwar Ibrahim: Anwar Akan Bankrapkan Negara Dalam Tempoh 3 Hari Jika Jad...

ANWAR MENIPU? APA MASALAH KALAU ANWAR MENIPU ISU AUDIO? MAHU LAWAN PENIPU KENA TIPU PENIPU....

 

Rakaman audio sahih! Saya bekas setiausaha sulit Anwar, kata Azmin

1.8kShares
facebook sharing button 1.7k
twitter sharing button 138
whatsapp sharing button 22
email sharing button
Ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali yakin rakaman audio itu adalah suara Anwar Ibrahim.


Apa sangat la anwar kalau pun dia menipu bab audio tu....

Nik Beduh pun pernah tak ngaku suara dia...last-last ngaku juga tapi lebai hadi sucikan dia dengan fatwa " boleh menipu demi parti". Hahaha...

 

Tapi, paling best, menipu syarie. Contohnya, Dap menyekat hudud dan RUU 355. Nah...sekarang kerajaan tebuk atap tanpa Dap dan lebai jadi menteri. Mana RUU 355? Hudud jauh lagi la. Hahaha...itulah menipu syarie namanya...

 

Apa la sangat audio Anwar dan Zahid...hanya sembang politik kosong dan Zahid mengaku Anwar guru dia...salah? Anwar tak sebut pun dia guru Zahid...hahaha...

 

Lain la..kalah audio itu sembang pasal sogokan jawatan menteri..jawatan dalam GLC dan sebagainya macam si Muhyiddin tawarkan dalam satu audionya....itu rasuah beb...takkan lebai sokong rasuah? Hahaha...

Lain la kalau klip video semburit...itu lagi serius beb berbanding audio Anwar dan Zahid. Video semburit tu salah seorang pelakunya dikatakan oleh Haziq adalah salah seorang menteri kanan dalam kerajaan tebuk atap sekarang...takkan lebai sokong semburit kot? Hahaha...

 

Isu audio Anwar dan Zahid itu hanya untuk alih perhatian kes audio Muhyiddin dan video semburit. Selain itu, untuk alih perhatian tentang kegagalan kerajaan tebuk atap sekarang ini yang masih gagal buktikan ada majoriti sokongan di parlimen. Itu saja. So, kita jangan jadi bodo macam walauncai dan JKOM.

 

 

WFAUZDIN NS

 

JEMIN DAN LEBAI WAJIB DENGAR : ((GEMPAR)) ZAHID KENA SUMPAH LAKNAT? PRESIDEN PAS DICABAR SUMPAH JUGA! A...

PAS MAIN DUA KOLAM DI PAHANG, UMNO PULA TERPINGGIR



May be an image of 1 person and standing


Majlis Ramah Mesra Perikatan Nasional di Kuala Rompin, Pahang semalam, jelas menunjukkan Pas bersama Bersatu dan PN. Dalam masa yang sama, baru-baru ini MB Pahang nyatakan di Pahang kukuhnya Muafakat Nasional antara Umno dan Pas.

Seperti biasa, Pas jenis makan keliling. Main dua kolam asalkan mereka untung. Mereka tak peduli perasaan dan hati kawan-kawan. Parti yang sering jual agama ini akan berkawan dengan pengkhianat mandat rakyat kalau dapat jawatan di Pusat. Di Pahang, demi mahu jaga Kerusi mereka, mereka kata mereka kawan Umno kerana takut Umno langgar Kerusi yg mereka menangi sekarang. Pas tahu Umno begitu marah dengan Bersatu atau PN, tetapi lebai buat pekak saja asalkan kerusi mereka terjamin.

Ertinya, di Pusat mereka untung, di negeri pun mereka untung. Simpati dengan Umno, yang pemimpin mereka ditekan dan dibuli oleh Bersatu, tapi rakan mereka Pas tidak rasa bersalah pun untuk bersama Bersatu. Itulah nilai persahabatan dengan parti lebai ini.

Keadilan sudah masak berkawan dengan Pas. Umno akan kenal Pas suatu hari nanti....

WFAUZDIN NS

 

GAMBAR-GAMBAR : NURUL RASMIKAN BENGKEL PEMBANGGUNAN WANITA PULAU PINANG


May be an image of one or more people, people standing, headscarf and text that says "WDC ENDER QUALITY SOCIAL USTICE FOR ALL #equality #PWDC #penangleads PWVDC PWDC.ORG.MY USC 2836 261 261"

NURUL IZZAH DAN DR NORLELA ADUN PENANTI


May be an image of 2 people, people sitting and people standing


Merasmikan Bengkel Pembangunan Kepimpinan Wanita 2021 Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga & Sidang Wanita 2020 di Hotel Ixora pagi tadi.

Saya menekankan peranan pemimpin wanita dalam komuniti kerana mereka lah yang akan menjadi mata dan telinga bagi mengenalpasti keperluan masyarakat setempat dan bekerjasama bagi mencapai muafakat dalam merancang dan melaksanakan program pembangunan.

Harapan saya, mereka mengambil peluang melalui platfom ini untuk mempertingkatkan potensi diri demi memperkasakan agenda wanita. Terima kasih dan syabas

Penang Women's Development Corporation-PWDC

di atas pengajuran bengkel ini!

#PermatangPauh

#DemiPermatangPauh

 



HA..HA... SEMBURIT NAK BUKTIKAN APA SEBENARNYA ?

 May be an image of 1 person, standing and text that says "mk malayslakini Malaysiakini BM 5m Azmin mendakwa Anwar bukan sahaja melakukan penghianatan kepada PKR malah mengkhianati komponen dalam PH. -BeritaMkini i Malaysiakini BM Rakaman audio: Azmin yakin sahih, anggap pengkhianatan terbesar Anwar"



WOiii jEMIN...HA.AHA////apa hal kau melalak nih...kau ingat orang PKR bodo kah...tak yah la....kalau pun dia sembang dengan Zahid..apa hal? tidak ada pun pengkhianatan seperti yang kau lakukan terhadap pimpinan kamu selama ini. Sejarah telah membuktkan bahawa kau adalah pengkhianat dengan mengenepikan pimpinan Wan Azizah satu ketika dulu, kau tidak endah pun arahan presiden. malah kau langgar Presiden sendiri kerana kamu tamakkan kuasa.




SELAIN IBRAHIM ALI...RAMAI LAGI DIJANGKA BERTANDING DI GOMBAK...AWAS TAKTIK INI

 


Panas! Selepas Ezam, Ibrahim Ali umum lawan Azmin di Gombak

Panas! Selepas Ezam, Ibrahim Ali umum lawan Azmin di Gombak

Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Ibrahim Ali sedang mempertimbangkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Gombak yang kini dipegang oleh Mohamed Azmin Ali atau kerusi di Kelantan.

Ibrahim bertanding dalam lapan pilihan raya terakhir di Pasir Mas, dengan berjaya mencatat kemenangan tiga kali iaitu pada tahun 1986, 1990 dan 2008.

Dia mengatakan bahawa Putra tidak akan bergabung dengan mana-mana gabungan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), sejajar dengan konsep parti itu yang tidak mahu terikat dengan manifesto blok tertentu.

Namun, Ibrahim menambah bahawa Putra terbuka untuk bekerja dengan pihak yang memiliki mandat untuk membentuk kerajaan jika sokongan mereka diperlukan, asalkan kerjasama itu dapat membantu perjuangan Putra.

“… untuk menubuhkan kerajaan (selepas pilihan raya) pula adalah perkara berbeza.

“Apabila selesai pilihan raya, kita tengok keadaan sekiranya ada parti yang menang memerintah, jika mereka perlukan sokongan kita,” katanya seperti dilapor Bernama selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Putra P116 Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam.

Ibrahim berkata Putra berhasrat untuk bertanding di 45 hingga 49 kerusi Parlimen di seluruh negara pada PRU15 dengan 25 kerusi sudah disenarai pendek.

Dia juga mengesahkan bahawa dia akan bertanding pada PRU dengan pilihan sama ada di Parlimen Gombak atau salah satu kerusi Parlimen di Kelantan.

Sementara itu Utusan melaporkan bahawa Abdul Rani Kulup, telah bergabung dengan Putra dan akan bertanding di kerusi Bandar Tun Razak.

Abdul Rani, yang merupakan Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia mengatakan bahawa dia telah memutuskan untuk bergabung dengan parti politik itu setelah 22 tahun berjuang untuk membawa suara rakyat melalui platform organisasi bukan kerajaan (NGO).

“Selama ini saya berjuang, bersuara di depan balai polis, saya menyuarakan masalah rakyat dengan cara report polis hingga orang gelar saya ‘raja report’.

“Saya mahu melibatkan diri dalam politik sebab saya nak kuasa, kalau tak ada kuasa apa pun tak boleh buat. Jadi andai kata saya masuk politik dalam PRU-15, sokonglah saya.

“Ini peluang saya nak ubah landskap politik tanah air, beri saya peluang ke Parlimen supaya saya boleh bersuara demi agama, bangsa,” katanya.





NURUL LAWAT WARGA EMAS PERMATANG PAUH

 

Rutin di #PermatangPauh, meneruskan ziarahan kasih buat Makcik Pah di Mukim 4. Alhamdulillah, cucu-cucu Cik Pah telah dibantu menerusi Program Bantuan Persekolahan Zakat Pulau Pinang.

Saya bertanyakan tentang keperluan rumah dan bimbingan pendidikan yang diperlukan. InshaaAllah, mereka juga akan diberikan bimbingan kelas tuisyen percuma di bawah inisiatif #KitaBelajar yang saya usahakan semenjak 2018 buat pelajar-pelajar kurang berkemampuan di Permatang Pauh.

#DemiPermatangPauh