Adilkah laksanakan Pilihan Raya Umum dalam suasana Covid 19?

 


Kemungkinan Umno mengarahkan para pemimpinnya yang berada di dalam kabinet berundur dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada Ogos ini hangat diperkatakan.

Sekiranya ketetapan Perhimpunan Agung Umno pada hujung minggu lalu dikuatkuasakan dan darurat tamat pada Ogos maka tidak mustahil kerajaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan tumbang.

Jatuhnya kerajaan PN akan membuka jalan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 dilaksanakan.

Namun bagi Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid satu persoalan yang perlu ditanyakan, adakah adil kepada rakyat sekiranya PRU diadakan dalam suasana pandemik Covid 19 yang belum reda?

"Kita (KEADILAN) anytime (bila-bila masa), tiada masalah soal itu tetapi adakah adil dalam keadaan Covid dan isu vaksinasi (yang belum selesai ini)?

"Persoalan ini perlu dijawab dahulu, jika tidak adil tidak boleh.

"Adilkah sekiranya kita adakan PRU sekarang dalam keadaan Covid yang tidak selesai?" katanya ketika dihubungi.

Menurut Abdullah, KEADILAN lebih mengutamakan agenda rakyat yang perlu diuruskan terlebih dahulu sebelum sebarang PRU diadakan.

Katanya, biar pun Umno ingin diadakan PRU sejak sebelum Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 lagi namun terdapat pilihan lain untuk memastikan rakyat boleh mendapat vaksin terlebih dahulu sebelum diadakan pilihan raya bagi menghindari risiko kesihatan.

Pilihan itu termasuklah, melantik Ahli Parlimen yang mendapat majoriti terbanyak dan diyakini oleh Ahli-ahli Parlimen untuk diangkat sebagai Perdana Menteri baharu sehingga ke satu tempoh yang sesuai diadakan PRU.



keh..keh..keh....Dalam PAU bukan main semangat, jumpa Muhyiddin lain pula jadinya

 

Dalam PAU bukan main semangat, jumpa Muhyiddin lain pula jadinya


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata dia telah menemui para menteri dari Umno dan menasihati mereka untuk kekal dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Muhyiddin berkata pertemuan itu dibuat pada Isnin lalu, iaitu sehari selepas tamatnya Perhimpunan Agung Umno (PAU).

“(Dalam pertemuan itu) Mereka meminta nasihat saya mengenai kedudukan mereka dalam Kabinet, berikutan keputusan PAU bahawa parti itu akan memutuskan hubungan dengan Bersatu pada PRU15.

“Saya telah menasihati mereka supaya terus kekal berada dalam Kabinet. Ini mengambil kira kepentingan rakyat dan negara.

“Alhamdulillah, atas nasihat yang saya berikan, kesepakatan telah dicapai bahawa semua menteri Umno akan terus kekal berada dalam Kabinet,” katanya dalam kenyataan.

Selain memuktamadkan keputusan tidak lagi bekerjasama dengan Umno, PAU 2020 turut memberi mandat kepada Presiden Ahmad Zahid Hamidi dan Majlis Tertinggi (MT) untuk menentukan tarikh menarik diri daripada kerajaan PN.

Zahid berkata, apabila tarikh itu diputuskan, semua ahli parlimen yang dilantik sebagai menteri, timbalan menteri atau pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan meletak jawatan bersama.

 

Pada masa sama, dia turut mencabar seorang menteri daripada Umno, yang didakwanya ‘menikam’ parti dari belakang, untuk letak jawatan.

Muhyiddin berkata lagi, dengan keputusan yang dicapai dengan barisan menteri Umno, Kabinet akan terus berfungsi seperti biasa.

“Beberapa orang menteri dari Umno memegang portfolio penting yang berkaitan dengan fokus utama kerajaan pada masa ini (untuk memerangi wabak Covid-19).

“Justeru, saya tidak mahu peletakan jawatan mereka menjejaskan segala perancangan kerajaan untuk mengatasi masalah Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara,” katanya lagi.

Terdahulu, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan membayangkan Umno akan menarik diri daripada kerajaan pada Ogos ini, iaitu apabila penguatkuasaan darurat dijadual tamat.

Para pemimpin Umno dalam kerajaan juga membayangkan mereka akan kekal dalam kerajaan atas “kapasiti individu” sehingga waktu itu.




((KONFLIK UMNO-PPBM)) SHAHIDAN, HISHAMUDDIN, ANNUAR MUSA & KJ AKAN DIPEC...

Selepas Hans Isaac, Afdlin Shauki pula umum sertai PKR

 


Selepas Hans Isaac, Afdlin Shauki pula umum sertai PKR


Penghibur popular tanah air Afdlin Shauki menyertai PKR sebagai wadah perjuangan politiknya.

Afdlin dipetik Astro Awani berkata semangat kental Presiden PKR Anwar Ibrahim menjadi sumber inspirasinya.

“Jiwa besar Datuk Seri Anwar dalam memaaf dan menerima kembali orang yang pernah masukkan beliau dalam penjara merupakan hal yang membuka mata dan fikiran saya.

“Datuk Seri Anwar tidak pernah lelah dalam perjuangannya, begitu dedikasi dan komited untuk membela rakyat di sebalik kesengaraan yang beliau dan keluarga lalui.

“Nilai yang ada dalam diri Datuk Seri Anwar itu membuatkan saya tidak fikir panjang untuk menyertai PKR,” kata Afdlin.

 

Selain Afdlin, penyanyi Altimet juga dispekulasi akan menyertai PKR, lapor Astro Awani lagi.

Sementara itu, Afdlin berkata keputusannya menyertai PKR atas kemahuannya sendiri walaupun dia pernah bersama wadah politik Umno.

“PKR adalah parti yang menjaga semua kaum walaupun ketuanya orang Melayu. Inilah wadah yang saya dambakan.

“Orang Melayu menjadi ketua tanpa mengabaikan hak serta kebajikan kaum-kaum lain.

“Dan Datuk Seri Anwar adalah pemimpin yang sentiasa mengutamakan rakyat pelbagai kaum.

“Sebagai rakyat Malaysia, pemimpin sebegini yang negara perlu ada,” kata Afdlin.






((KECOH)) SINDIRAN DAHSYAT MAHFUZ BELASAH PAS! SIKAP PAS MAIN KAYU TIGA ...

WEIIIII MAKAN GAJI BUTE KE?

 

HAMZAH RIE NA


Masa Hishamuddin pergi Arab Saudi.. Lebai tak pergi

Masa PM pergi Arab Saudi juga.. Lebai tak pergi

Menteri Agama pergi Arab Saudi pun.. Lebai tak pergi gak

Gaji sebulan RM85,227.20 ko buat apa??!

Ka sibuk sangat jaga binatang-binatang..?

#MakanGajiButa

SR

 May be an image of 2 people and text that says "malaysiakini Ini kali ketiga kerajaan ke Arab Saudi.. BERITA SR suara akyat Menteri akan ke Arab Saudi, dapatkan perincian SOP ibadah haji SEKALI LAGI DUTA KHAS KE TIMUR TENGAH LEBAI HADI DUDUK DI MALAYSIA Dikemaskini sejam lepas APA HUKUM MAKAN GAJI BUTA?"

HAH… KORANG NAMPAK TAK??

 

BOB KELANANG


HAH… KORANG NAMPAK TAK??


Keputusan mesti secara kolektif, kata MCA ulas isu letak jawatan

malaysiakini.com
Keputusan mesti secara kolektif, kata MCA ulas isu letak jawatan
Kenyataan itu dibuat Wee ketika dia ditanya mengenai kesediaannya melepaskan jawatan jika Umno bertindak begitu.


Bukan senang Auns nak letak jawatan... tambah plak dengan jawatan tu... income boleh masyuk... sama ada income secara sah ataupun secara xsah...

KOH KOH KOH… jangan kata senang... susah Auns nak letak jawatan ni sebenarnya...

Tak percaya ka???

Tengok apa MCA cakap... tengok apa Wee Ka Siong cakap... Dia sekarang ni menjawat jawatan Menteri Pengangkutan... satu jawatan yang pada aku dia xbuat apa kerja pun... langsung tak bergerak... isu-isu berkaitan dengan dunia e-hailing DAN p-hailing pun dia xamik port... isu berkenaan lesen DAN permit serta cukai jalan pun slow... isu APAD pun dia xberapa nak cakna...

Tapi bila ada ura-ura disuruh letak jawatan oleh Pengerusi BN iaitu Ahmad Zahid Hamidi.... nampaknya Wee Ka Siong sedang bersilat lidah... berpusing-pusing cari jalan nak selamatkan jawatan dia...

KOH KOH KOH…

Itulah sikap sebenar MCA dan MIC... kalau dah dapat jawatan tu... bukan senang la nak lepaskan... sama gak macam Annuar Musa...

KOH KOH KOH… mimpi la kalau korang nak tengok Annuar Musa nak lepaskan jawatan dia dalam Kerajaan Perikatan Nasional walaupun diminta DAN diarahkan oleh Majlis Tertinggi UMNO... mimpi la Auns...

So... xder nya diorang nak letak jawatan...

 

SIAPA SELAYAKNYA JADI PERDANA MENTERI??

 





DSAI berani bercakap soal Demokrasi di Malaysia di hadapan peserta luar negara, masyarakat antarabangsa dan Duta-duta asing.

Beliau sering dikunjungi Duta-duta negara asing membincangkan hubungan dua hala Malaysia dan negara-negara berkenaan. Beliau punya karisma dan merupakan PM material. Itulah KETUA PEMBANGKANG Malaysia.

PM kita buat apa? Khabarnya alasan dia nak elak jumpa wartawan sebab rakyat resah, hidup susah, nak makan takde duit, maka tak cukup makan? Dah setahun dah ni PN jd kerajaan dan Abah Kau jadi PM, hampir 800,000 org menganggur. Semua dah cukup makan ke bila Abah Kau tak jumpa wartawan?

Masyarakat antarabangsa meraikan DSAI bukan shj kerana ketokohan, karisma, kelayakan beliau disamping hubungan baik atau contact antarabangsa yg pernah disebutkan oleh Tun Musa Hitam, tapi juga kerana PM Malaysia ketika ini MUNGKIN dok bertapa dalam GUA atau mungkin juga PERIGI BUTA. Nak ckp dgn wartawan pun tak berani, mcm mana nak hadap peserta-peserta forum antarabangsa? Boleh terkincit dgn soalan-soalan peserta dibuatnya.

JIKA Rakyat Malaysia masih tak boleh nampak lagi, tak mampu nak berfikir, tak reti menilai mana intan permata dan mana kaca, memang sistem nilai rakyat Malaysa sudah terlalu kronik diracun dengan pembodohan akal yg sistemik. Ramai lah kena scan otak sbb masih sokong puak PNkhianat, PNyamun dan Perompak.

Tanya diri...SIAPA SELAYAKNYA JADI PERDANA MENTERI??

- Zus Din

30 March 2021

 



DAKWAAN HUSAM ADA ASAS?

 

Nota Senja



May be an image of 1 person and indoor


Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini telah menolak saman Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) terhadap Sen Husam Musa berkaitan pertikaian Husam terhadap satu tander dikeluarkan oleh syarikat itu kepada kontraktor yang meragukan.

Kerana tidak senang dengan isu dibangkitkan Husam AKSB bertindak menyaman bekas Exco Kanan Kerajaan Kelantan itu untuk membersihkan diri.

Husam menyoal apakah tander itu dibuat secara telus atau pun tidak, kerana dari maklumat diperolehinya proses tander itu itu meragukan.

Kesimpulannya keputusan dibuat hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh itu setiap pendedahan dan pertikaian oleh Husam terhadap beberapa isu penyelewengan dan salah laku dalam kerajaan Kelantan sebelum ini ada asasnya. Sebelum ini Husam banyak mendedahkan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pentadbiran kerajaan Kelantan.

Sebaik baiknya jika sesuatu tuduhan itu dibuat, pihak kerajaan tidak mudah dan terburu-buru mengambil tindakan kepada individu membangkitkannya. Sebaik-baiknya periksa dan buat siasatan dalaman terlebih dahulu. Kerana bila dibawa ke mahkamah dan kalau ia didapati benar atau ada kes tindakan itu memalukan kerajaan negeri yang mengaku mentadbir beradaskan Quran dan Hadith.

Mahkamah tidak boleh dijadilan aling-aling oleh kerajaan negeri untuk menunjukkan dirinya bersih. Kebersihan itu perlu dipraktikan bukan diretorikkan.

Apa yang berlaku perlu diambil pengajaran semua pihak. Trims.

 

PEDULI APA UMNO KATA, ' NO ANWAR, NO DAP, NO BERSATU' ? KEADILAN PUN ADA SLOGAN ' NO MAHATHIR, NO PEJUANG, NO PENGKHIANAT"

 



May be an image of text that says "Selamat Bermesyuarat MATC KEADILAN |0| Jangan Lupa!! X Bawa usul desak KEADILAN tolak kerjasama dengan Mahathir!!"



Timbalan Ketua Pemuda Amanah ingatkan Anwar agar buat pendekatan lain dalam PH setelah jelas Umno sebut, " No Anwar, No Dap dan No Bersatu".

Apa yang Timbalan Ketua Pemuda Amanah ini merepek? Apa kaitan pendirian Umno dengan pendekatan serta prinsip yg dibawa oleh Anwar dalam PH? Semenjak bila Anwar bergantung dengan keputusan atau dasar Umno? Peduli apa Umno tolak Anwar pun kerana berkali2 Anwar sebut samada Keadilan mahupun PH tidak pernah berurusan dengan Umno.

Usahkan Umno, Mahathir yang korang sanjung tu pun dah lama tolak Anwar. Ada Anwar hairan? Imej Anwar sikit pun tak terjejas dengan apa jua keputusan Umno.

Apa yang penting, jika Umno ada slogan 'No Anwar, No Dap, No Bersatu", kami dalam Keadilan pun ada slogan ' No Mahathir, No Pejuang, No Pengkhianat".

WFAUZDIN NS

 



OWHHH LAWATAN SAMBIL DIKERJAKAN.....

 May be an image of text

DIA UGUT,DIA NAK SEKAT,DIA NAK SAMAN,NAK MINTA BAYARAN DAN NAK BUAT MACAM MACAM KAT PENANG SEBAB AIR...AKHIRNYA MUKA KULIT BEWAK MINTA BANTUAN.....



Muka tak malu....apa dia tak cakap..semua dia nak buat..akhirnya dia melutut kepada negeri yang di ugut macam-macam..tak ada sebarang perjanjian sejak zaman tok nadoq ..dia cari pasai..anak Kedah merempat di Kedah mai cari makan di Penang, beli rumah tak mau balik, dia tak sedaq diri...bangsat punya lebai  muka tempek kulit bewak...



 May be an image of 1 person and text that says "astro WANI Kedah mohon bantuan Pulau Pinang bekalkan air Oleh MALAYSIA DATELINE March 30, 2021"

SABARLAH SIKIT KJ

 

Secara tiba-tiba, di sebalik hiruk-pikuk dalam UMNO berikutan ketetapan PAU Ahad lalu, Khairy Jamaluddin atau KJ menggesa agar pemilihan UMNO disegerakan sebelum PRU15 diadakan.

Melalui catatan di media sosialnya, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu menulis seperti berikut:-

“Hanya satu cara untuk menyelesaikan kemelut dalaman UMNO. Segerakan pemilihan parti. Jangan tangguhkan sehingga selepas pilihanraya umum.

“Sepatutnya pemilihan diadakan tahun ini. UMNO mesti menghadapi PRU dengan kepimpinan yang mempunyai mandat yang jelas dan yang boleh mendapat sokongan rakyat.

“Segerakan pemilihan parti. Do the right thing, Majlis Tertinggi. You know we cannot continue like this”.

Rasanya tiada siapa membantah mengenai keperluan untuk UMNO mengadakan pemilihan tersebut, lagi pun memang tahun 2021 adalah tahun pemilihan bagi UMNO setelah pemilihan sebelumnya adalah pada 2018 lalu.

Dalam pemilihan 2018 itu, KJ yang turut bertanding jawatan Presiden UMNO bersama Tengku Razaleigh Hamzah, telah ditewaskan oleh Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid Hamidi mendapat 99 undi, KJ 61 undi dan Ku Li 30 undi.

Tetapi, harus diingat, PAU yang baru berakhir Ahad lalu adalah PAU bagi tahun 2020 yang dianjakkan tarikhnya berikutan pandemik Covid19.

Untuk itu, bagi PAU tahun 2021, oleh kerana sekarang sudah penghujung Mac, mustahil ia dapat disegerakan atau diawalkan sebagaimana diminta KJ itu.

Paling mungkin PAU tahun 2021 yang bersekali dengan pemilihan UMNO hanya akan diadakan menjelang hujung tahun ini.

Ia berikutan persidangan tahunan cawangan dan mesyuarat perwakilan bahagian perlu diadakan terlebih dahulu sebelum PAU 2021 hendak diadakan.

Dan sememangnya sebelum ini, Zahid Hamidi telah memberi jaminan pemilihan UMNO tidak akan ditangguhkan seperti sebelum-sebelum ini.

Katanya, walaupun tarikh pemilihan parti belum ditentukan, namun ia akan diadakan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

“Perhimpunan agung parti wajib diadakan setiap tahun, namun Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang sepatutnya diadakan tahun lalu terpaksa ditangguhkan ke tahun ini berikutan pandemik COVID-19.

“Tetapi saya sudah berjanji dan memberi jaminan pemilihan di peringkat cawangan, bahagian dan nasional akan tetap diadakan tahun ini,” katanya lagi.

Kalau UMNO tarik sokongan lebih cepat terhadap kerajaan PN dan ia berlaku dalam waktu terdekat ini, terpaksalah berdepan PRU15 dulu sebelum pemilihan UMNO, tetapi sekiranya UMNO mampu bertahan lama lagi dalam kerajaan ini, mungkinlah sempat pemilihan UMNO dahulu sebelum PRU diadakan.

Jadi, kepada KJ, tidak kira sama ada beliau mahu mencuba sekali lagi merebut jawatan Presiden UMNO atau tidak, sabar-sabarlah sikit ya…


(Shahbudindotcom 30/03/2021)









Bersatu bagi amaran kerajaan UMNO Johor boleh tumbang bila-bila masa

 

Panas! Bersatu bagi amaran kerajaan UMNO Johor boleh tumbang bila-bila masa


Timbalan Pengerusi Bersatu Johor, Md Nasir Hashim mengingatkan bahawa kerajaan negeri Johor yang diterajui Menteri Besar Hasni Mohammad dari Umno boleh tumbang pada bila-bila masa.

Ini, katanya jika mana-mana dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang membentuk kerajaan negeri kecewa dengan pendirian Umno Johor.

“Bersatu Johor amat kecewa dengan kenyataan Menteri Besar Johor dalam ucapannya di perhimpunan agung Umno baru-baru ini yang jelas memperlekehkan kedudukan dan sumbangan Bersatu dalam pemuafakatan kerajaan Johor.

“Hingga kini, Bersatu masih lagi parti yang membantu kerajaan Johor sekali gus membolehkan kerajaan negeri berfungsi dengan baik,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Pada perhimpunan agung Umno Ahad lalu, Hasni yang juga adalah pengerusi Umno Johor, secara terbuka dikatakan bukan sahaja menghina Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin selaku perdana menteri malah turut memperkecilkan parti berkenaan.

Menurutnya, Umno Johor sedia bertembung dengan Muhyiddin di kubu kuatnya, iaitu kerusi Parlimen Pagoh, pada PRU15. Justeru, Hasni meminta kepimpinan parti memberi kuasa autonomi kepada Umno Johor untuk membuat perancangan menghadapi PRU tersebut.

Mengulas lanjut, Md Nasir berkata, Hasni sepatutnya lebih matang dan cermat dalam membuat kenyataan membabitkan parti yang mendukung kerajaan Johor hari ini.

“Saya ingin mengingatkan Hasni, sekiranya terdapat mana-mana dua Adun daripada parti yang membentuk kerajaan Johor kecewa dengan kenyataan dan pendirian beliau, kerajaan yang ada sekarang boleh tumbang bila-bila masa.

“Sebagai seorang menteri besar, beliau sepatutnya lebih berhemah dengan menghormati Bersatu sebagai parti yang mendukung kerajaan negeri dan kedudukan beliau sendiri sebagai menteri besar,” katanya.

 

Perikatan Nasional (PN) hanya mempunyai 29 kerusi DUN di Johor, berbanding 27 dari PH. Pembelotan seorang sahaja Adun PN dikatakan cukup untuk menyaksikan DUN Johor tergantung.

Hasni dilantik sebagai menteri besar baru bulan Februari 2019 setelah presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, yang juga Adun Gambir, membawa partinya keluar dari PH.

Dia menggantikan Dr Sahruddin Jamal dari Bersatu yang dilantik sebagai menteri besar ke-17 pada 14 April, 2019.

Pelantikan menteri besar Johor itu adalah buat kali ketiga dalam tempoh kurang tiga tahun selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei 2018. 






Mat Sabu: Pidato Khas 30/03/2021

BERSATU JANGAN BERPURA-PURA!



"Tetapi saya tidak mahu sombongkan diri, nanti rakyat marah. Saya faham dengan kenyataan pemimpin UMNO ketika Perhimpunan Agung UMNO kerana saya juga pernah ada di situ suatu masa dahulu," katanya, dipetik beberapa media. Muhyiddin berkata beliau mengelak daripada berbahas tentang kerusi, bukan kerana takut, tetapi kerana rakyat resah, hidup susah, nak makan tiada duit, makan tidak cukup untuk alas perut.










[🔥SIRI 103🔥] "PASCA PAU - APA OPTION KITA?"

Mahfuz Omar: PAU UMNO 2020, Harapan PN & MN Berkacai

RENTASAN 857 | GEMPAR!!! KINI MALAYSIA DIPINGGIRKAN KERAJAAN AMERIKA SYA...






MENARIK DALAM RENTASAN 857
1. HIDUP BERCERMIN BANGKAI 2. MENGAPA RUMAH PUTIH TERTINGGAL PUTRAJAYA? 3. BURUH PAKSA - PUNCANYA DI MANA? 4. HUSAM MENANG LAGI





OWHH...LAGU TU NO...


 

PREBET ADAMMENINGGAL DUNIA


Mohd Shah Rim


 Innalillahi wainna ilaihi raji’uun



Adam Jaafar @ Prebet Adam yang terkenal dengan kes menggemparkan negara di Chow Kit pada 11 Oktober 1987 meninggal dunia tengahari tadi di Hospital Besar, Pulau Pinang.


Allahyarham berasal dari Sungai Pinang, Georgetown. Semoga Allah merahmatinya.


Innalillahi lillahi wainna Ilaihi rajiun


JOM DEGHAIH LETAK JAWATAN


 

DAH LA KENDURI TAK IKUT SOP...BOLEH PULA HONEYMOON KAT LANGKAWI ????...KAYANGAN LA KATAKAN.,

 

Kecoh di medsos kisah pengantin kayangan Neelofa dan suaminya berhoney moon di Langkawi,  sedangkan ada larangan merentas negeri.. untuk berlaku adil,  setelah aku check, Neelofa dan suami merentas negeri melalui agent pelancong, ni dibenarkan oleh SOP.. bijak Neelofa..




JANGAN SEMBANG KARI..IKUT RESAM UMNO SEMBANG KARI

 

Harap-harap ini bukan sembang kari dan  diharapkan menteri agama yang juga menteri nikah kahwin serta beberapa menteri lain yang telah dilaporkan media  melanggar SOP betul2 diambil tindakan....




TEMU ANWAR DI AMPANG BERSAMA ALTIMED N AFDLIN SHAUKI

 Khamis ini di Ampang! 






Join saya dan Dato Menteri Besar Selangor YAB Amiruddin Shari bersama Altimet dan Afdlin Shauki.


Daftar kehadiran di: bit.ly/meetanwar


#MeetAnwar

NI UNIT UNIT DALAM TENTERA PAS NI..,KENA PAHAM YA BAJU BAJU...



Ahmad Shahril


 Mau dia orang tak goyang unit udara,darat,laut semua ada...yang putih tu opkos la unit laut,ni nak bagi tau yang  uniform raincoat tu itu unit payung terjun...putih tu Laksamana tu.


uniform raincoat tu itu unit payung terjun...

Jangan tunggu lagi, letak jawatan segera - Tengku Razaleigh

 

Irwan Muhammad Zain

Jangan tunggu lagi, letak jawatan segera - Tengku Razaleigh
Ku Li menegaskan, desakan agar semua ahli parlimen UMNO yang berada dalam kerajaan meletak jawatan dibuat agar parti itu tidak dipersalahkan sekiranya ada perkara yang rakyat tidak puashati dengan Perikatan Nasional. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli-ahli UMNO di seluruh negara mengharapkan agar Ahli-Ahli Parlimen parti itu yang kini menganggotai Kabinet segera meletak jawatan, dakwa Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.
Ia susulan Perhimpunan Agung UMNO 2020 memutuskan untuk tidak lagi bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.
Tengku Razaleigh berkata, apabila keputusan itu dibuat, perwakilan dan ahli UMNO mengharapkan satu kejutan besar iaitu peletakan jawatan serentak menteri dan timbalan menteri serta pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Ahli Parlimen Gua Musang itu menegaskan, desakan agar semua Ahli Parlimen UMNO yang berada dalam kerajaan meletak jawatan agar parti itu tidak dipersalahkan sekiranya ada perkara yang rakyat tidak puas hati dengan Perikatan Nasional.
Tegas beliau, apabila parti telah membuat satu keputusan besar seperti yang diumumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu, ia perlu diikuti dengan peletakan jawatan menteri dan timbalan menteri serta pengerusi GLC dari UMNO.
"Berhenti serentak ramai-ramai, supaya kita memberi kejutan kepada kerajaan bahawa keadaan bukanlah seperti yang biasa diamali, ataupun dirasa oleh rakyat. Tetapi itu tidak berlaku malah ada yang tunggu sampai Ogos.
"Jadi pelik, saya sendiri pun susah nak terang kepada orang kerana dalam satu segi kita mendokong kerajaan ini, satu segi lagi kita bukan anggota kerajaan ini cuma sebagai pendokong... dokong apa tak tahu.
"Ada yang cakap kepada saya, sepatutnya sudah putus kerana ini kehendak akar umbi. Jadi dengan sendirinya kita mesti berundur, tidak boleh terlibat lagi sedikitpun dengan kerajaan ini.
"Macam saya sebut tadi, yang jadi menteri berundur dari jadi menteri, alah tak berapa sen pun rugi jadi menteri. Takkan lah kita nak pegang lagi jawatan yang tak bermakna lagi kepada perjuangan parti," katanya kepada Astro AWANI.
Menurut Tengku Razaleigh, beliau dan ramai lagi ahli-ahli UMNO kecewa dengan sikap Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang berada dalam kerajaan kerana masih enggan meletak jawatan biarpun telah dibuat keputusan tidak ada kerjasama dengan Bersatu pada PRU15.
Jelas beliau, Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang memegang jawatan dalam kerajaan sepatutnya memberi tumpuan kepada gerak kerja parti untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 bukan mempertahakan jawatan yang disandang.
Ini bukan kali pertama, Tengku Razaleigh membuat gesaan agar Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang memegang jawatan menteri, timbalan menteri dan pengerusi GLC agar segera meletak jawatan.

Demokrasi Malaysia hampir terkubur ekoran Parlimen digantung - Anwar

 




Demokrasi di Malaysia hampir dikuburkan berikutan pergantungan Parlimen yang tidak diketahui bilakah akan berakhir.

Bercakap dalam sesi wacana ‘Democracy Forum’ atas tema “Charting the Future of Parliamentary Democracy in Malaysia” anjuran International Strategy Institute (ISI) di Kuala Lumpur pagi tadi, Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan mengenai soal semak dan imbang yang pincang selepas Parlimen tidak dibenarkan bersidang.

"Saya bangkitkan soal demokrasi di negara ini yang malap dan terkubur ekoran penggantungan sidang Parlimen, dan tekankan juga bahawa aspek semak imbang terus terancam di bawah pemerintah sekarang.

"Saya juga sentuh isu kemiskinan dan kesenjangan yang semakin meruncing ketika ini kesan dari wabak Covid-19. Saya berikan beberapa angka kemiskinan yang membimbangkan melibatkan kaum Melayu dan Bumiputera, komuniti Cina, masyarakat India serta kaum etnik Sabah dan Sarawak yang perlu diwacanakan dengan lebih terperinci," katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Port Dickson itu juga berbicara mengenai isu rasuah yang dianggapnya menghakis etika kebertanggungjawaban institusi penting kerajaan sejak kebelakangan ini.

"Masalah rasuah dan kebejatan juga terus menghakis keyakinan kita pada institusi-institusi kerajaan dan etika kebertanggungjawaban.

"Agensi atau suruhanjaya yang berkaitan harus dicukupkan sumber serta diberi kebebasan untuk menjalankan tanggungjawab dalam membanteras gejala rasuah dan penyelewengan," katanya.

Selain itu, Pengerusi Pakatan Harapan itu menegaskan perlunya usaha meningkatkan kesedaran rakyat berhubung demokrasi dengan wacana berkaitan topik berkenaan harus dibawa ke segenap peringkat.

“Untuk meningkatkan kesedaran rakyat ia tidak harus terbatas pada wacana di bilik-bilik hotel tapi mesti turun ke bawah.

“Cerdik pandai dan golongan elit jangan hanya duduk selesa. Mereka mesti anggap ini sebagai tanggungjawab bersama,” katanya lagi.

 

[VIDEO] Pegawai Khas Sanusi hentam Kerajaan PN Kedah

 

[VIDEO] Pegawai Khas Sanusi hentam Kerajaan PN Kedah


Ucapan Pegawai Khas MB Kedah yang mendedahkan aktiviti tidak bermoral, “BULI” dan “MENJATUHKAN MARUAH” berlaku di kalangan pegawai dari parti Pas di Pejabat MB Kedah!

OOOOOO...DUNIA JANGAN LUPA...

 Risau kalah dalam pilihanraya, Menantu Hadi harap kerjasama tiga parti di Perak diteruskan

Risau kalah dalam pilihanraya, Menantu Hadi harap kerjasama tiga parti di Perak diteruskan

Pas Perak menaruh harapan tinggi agar kerjasama antara tiga parti Melayu bersama UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang membentuk kerajaan negeri ketika ini diteruskan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Pas Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, jalinan kerjasama antara tiga parti itu telah membentuk suasana harmoni di negeri ini bukan sahaja di peringkat pentadbiran, malah kepimpinan akar umbi.

“Apa yang saya lihat kerjasama tiga parti dalam mentadbir Perak ini sangat erat sehinggalah ahli majlis dan jawatankuasa kampung juga hubungannya berjalan dengan baik dan harmoni.

“Sebab itu, harapan besar kita supaya kerjasama yang berlaku hari ini dikekalkan sehinggalah selepas PRU15. Saya yakin ia bukan harapan besar Pas sahaja, tetapi daripada rakyat juga yang mahu melihat parti-parti besar Melayu Islam bekerjasama dan bersatu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Selasa.

Menurutnya, dalam konteks kerajaan Perak, pendirian UMNO sepertimana disuarakan dalam perhimpunan agung yang berakhir Ahad lepas tidak akan menjejaskan hubungan kerjasama antara tiga parti itu.

“Sama ada itu pendirian parti atau hanya cadangan daripada perwakilan, itu kita tidak pasti tetapi ia tidak jejaskan hubungan baik yang kita bina di peringkat negeri,” katanya.

Perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 telah memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu dan menolak pembentukan gabungan politik bersama Perikatan Nasional (PN).

Mengulas lanjut, Mohd Akmal berkata, buat masa ini pihaknya tidak bercadang untuk mendedahkan jumlah kerusi yang akan ditandingi pada PRU15 akan datang.

Katanya, adalah tidak sesuai untuk menyatakan perkara itu terutama selepas UMNO memuktamadkan pendirian mereka.

“Mana-mana parti pun dah kenal pasti kerusi mana mereka nak tanding, jika tanya kepada Pas, kita juga sudah ada jumlah kerusi berkenaan, cuma kita akan maklum kemudian.

“Baru lepas perhimpunan (UMNO), tak kan lah tiba-tiba kita nak umumkan, biar ambil masa dahulu,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad memaklumkan akan bertanding di semua 27 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pada pilihan raya umum lalu serta dua kerusi yang kini diwakili Bersatu iaitu di Sungai Manik dan Tualang Sekah.

Pada PRU14 lalu, Pas menang di tiga kerusi DUN iaitu Gunung Semanggol, Selama dan Kubu Gajah.

Mohd Akmal yang menang di Selama dan Razman Zakaria di Gunung Semanggol telah dilantik membarisi anggota Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak bersama tiga wakil Bersatu dan lima wakil rakyat daripada UMNO.

Sebelum itu, Mohd Akmal yang juga Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau hadir merasmikan Seminar Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Seminar Pematuhan Syarat EIA sempena Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat negeri Perak di sini pada Selasa.