JATUH BASIKAL

 











Saya suka mengarang pojok, seperti yang anda sedang bacakan ini. Saya sudah menulis ruangan pojok di majalah dan akhbar sejak beberapa lama, malah saya menulis sejak 1992 iaitu ketika masih di bangku sekolah. Saya juga mencatat secara berkala untuk beberapa penerbitan. Ada majalah dan akhbar yang saya gulati itu bahkan sudah terkorban seperti Detik, Tamadun, dan Dunia Islam, manakala ada yang masih berdenyut seperti Harakah, Eh! dan In-Trend.

Tulisan atau rencana saya itu memang aneka macam. Ada yang mengenai hal-hal kebiasaan hidup seperti dikumpulkan kemudiannya dalam sebuah buku berjudul Kitab Ramalan Hidup (2017) terbitan Dubook. Ada yang lebih sarat politik, agama, seni, dan budaya sepertinya dalam ‘Aku__, Maka Aku Ada’ (2015) juga terbitan Dubook, yang kemudian diwartakan sebagai karya haram oleh Kementerian Dalam Negeri pada 28 September 2017. Pengalaman diharamkan (tujuh kali) itu kisah pahit saya sebagai seorang seniman. Ia jauh lebih menyakitkan dari insiden jatuh basikal.

Saya berkenal-kenal dengan seni pojok menerusi kerja-kerja Salleh Ben Joned, Amir Muhammad, Sheryll Stothard, dan Kam Raslan di News Straits Times, The Sun, Star, dan Men’s Review. Tulisan pojok Amir seperti yang dipenakannya pada 1994 dengan judul “A Khinzir’s Eye View of the World” bukan sahaja menggelikan hati tetapi juga merupakan satu tamparan komedi hitam yang menghiris.

Tulisan Sheryll lebih tajam di mana saya masih ingat beliau menulis pada 1996 mengenai “Law and Order”, sebuah nukilan telus tentang keadilan dan penghakiman. Manakala catatan Kam seperti “3000 Weddings and a Rendang” terbit 1996 sangat sinis. Itu belum lagi catatan Salleh Ben Joned yang menurut saya, setiap satunya adalah kanun, baik pada muatan mahupun bentuk.

Jadi saya dibesarkan oleh tulisan mereka. Kemudian sempat berkawan dengan beberapa orang dari mereka. Itu kisah manis saya sebagai seorang seniman. Ia jauh lebih mendebarkan dari insiden jatuh basikal.

Jika tiada aral, 2021 ini sebuah lagi buku yang menghimpunkan tulisan pojok saya akan diterbitkan oleh Gerak Budaya dengan judul Sastera Adalah Makanan Anjing. Saya percaya ia akan menggemparkan meskipun belum pernah ada lagi satu kerja sastera menjadi lebih geruh atau sensasi dari kejadian jatuh basikal.

Sebahagian besar tulisan puncak saya yang tular dan dibincangkan orang ada termuat dalam Sastera Adalah Makanan Anjing. Saya berani mengatakan ia merakam detak nubari bangsa Malaysia (bukan Melayu sahaja ya) sebelum dan selepas pengkhianatan di Sheraton. Ia adalah rakaman dan rekod tahun-tahun tipu daya, putus asa, kebangkitan rakyat, dan kemudian kembali mandat rakyat dicabul dengan leluasa. Saya layangkan lembaran keluhan nestapa dan sakit saya sebagai seorang seniman. Ia jauh lebih menggeramkan dari insiden jatuh basikal.

Saya sebetulnya bukan sangat ingin memperihalkan mengenai Sastera Adalah Makanan Anjing. Yang saya ingin babadkan adalah perihal tulisan pojok. Gabriel Garcia Marquez penerima Hadiah Nobel 1982 pernah memberitahu pembaca; “Saya tidak mahu dikenang kerana ‘One Hundred Years of Solitude’, apatah lagi kerana Hadiah Nobel, tetapi lebih baik dikenang kerana tulisan saya di surat khabar.”

Padahal “One Hundred Years of Solitude” itu adalah karya fenomenal mendiang. Pun, Marquez lebih mahu dikenang sebagai penulis pojok. Tahun 2019, kumpulan tulisan pojok Marquez yang dihimpun dari akhbar-akhbar El Heraldo (1950), El Spectador dan Cronica (1954), Elite (1957), Momento (1958) dan Revista de Casa de las Americas (1977) diterjemahkan ke bahasa Inggeris dan diterbitkan sebagai koleksi tulisan “The Scandal of the Century and Other Writings”.

Sebetulnya Marquez bermula dengan pojok. Malah Marquez tahu, tidak semua orang betah membaca karya seni seperti novel. Apatah lagi jika novel itu sesukar “One Hundred Years of Solitude”. Akan tetapi, dengan pojok Marquez dapat merakyat. Marquez dapat menyusur ke akar-akar masyarakat. Pojok adalah nyawa setiap sasterawan. Saya bersyukur diberi banyak kesempatan berkincah di pojok. Peluang menulis pojok ini jauh lebih membara dari insiden jatuh basikal. Pojok adalah ibarat berlari maraton.

Saya kira bukan Marquez sahaja tersohor dengan tulisan pojok, atau berkala. Sasterawan dan jurnalis terkemuka Indonesia, Goenawan Mohamad juga berkuku dengan ruangan atau pojok. Itu beliau lakukan di majalah Tempo. Ruangan beliau yang berkepalakan Catatan Pinggir hadir satu halaman, ringkas-padat; dan lebih mempesonakan ia menyuguhkan sasterawi.

Pojok Goenawan itu begitu menggoda dan dengan alat seperti sejarah, seni-budaya, serta kadang-kala agama. Goenawan bebas menghakimi juga memberi pendapat kepada masyarakat, malah penguasa. Jika kita membaca tulisan Goenawan kita akan menemukan beliau menguasai ilmu sosial, atau ilmu kemanusiaan, dengan begitu utuh sekali. Goenawan tidak sekali pernah lelah menitipkan catatannya. Membaca Goenawan menyebabkan kita terlupakan sakit jatuh basikal.

Esei-esei Goenawan yang lebih tajam terdapat bertaburan, dan semua karya eceran itu ada dihimpunkan di sana sini. Antara yang saya miliki ialah himpunan esei beliau dengan tajuk Setelah Revolusi Tak Ada Lagi (2001). Dalam esei Sebuah Catatan Lain saya misalnya belajar menulis seperti Goenawan, kata dia; “Jangan-jangan kita cenderung melupakan bahwa batas rasialisme negara dan rasialisme orang ramai sering kabur, atau, seperti penyakit, saling tular-menular.”

Saya jadi lebih tersihir oleh esei-esei Arundhati Roy seperti ditampilkan dalam “My Seditious Heart” (2019) hadir dengan pelbagai kisah dan ceritera dari benua India. Isi atau muatannya hampir sama yang kita temui di negara ini; iaitu tipu daya, putus asa, kebangkitan rakyat dan kemudian kembali mandat rakyat dicabul dengan leluasa.

Saya juga semakin berpendapat, Roy lebih dikenali dan jauh lebih berwibawa dalam benak pembaca atau masyarakat negaranya menerusi esei dan kadang pojok pendek nukilannya. Dia akan diingati dengan rencana yang menghasut berbanding kisah perit-pahit seperti dalam karya sasteranya “The God of Small Things” dan “The Ministry of Utmost Happiness”. Agenda kiri jauh lebih langsung dan tidak bertapis dalam kerja esei dan pojok Roy. Kita memahami gagasan dan niat luhurnya sebagai pengarang menerusi karya non-fiksinya ini.

Roy boleh mengungkapkan setiap insiden kecelakaan dalam kalangan masyarakat India sehingga kita merasakan peristiwa jatuh basikal dek terperosok lubang begitu enteng.

Esei atau tulisan kontot yang dihimpunkan dalam “Sastera Adalah Makanan Anjing” ada yang merupakan karya paling diingati di portal ini, iaitu di Free Malaysia Today di mana antara lain diketengahkan semula tulisan seperti Jawi, dan Maruku Ikan Popo Thien Cheong, Awang Selamat Mati Tersenyum Kambing, Cina Gemuk Belakang Rumah, dan Kami Mahu Negarawan, Bukan Abah. Bezanya kali ini, tulisan pojok saya ini telah mengalami satu proses pengarcaan, di mana kurator atau editor yang baik di rumah penerbitan Gerak Budaya telah mengkategorikan, memberikan ia tema, serta menyuluh dengan lebih teratur gagasan dan idea-idea saya sejak kebelakangan ini.

Terima kasih pembaca kerana mengekori saya di kolum. Penguasa hari ini bisa mengharamkan semua novel saya, tetapi jangan ambil pojok daripada saya, dengan pojok saya dapat menjadi bendera negara ini. Sebagai bendera, kita berkobar justeru berkibar lagi dihormati.

Buat masa ini, sehingga hari ini, Sastera Adalah Makanan Anjing amat mewakili siapa saya, dan watak penulisan saya. Ia bukan sekadar rakaman rasa dan resah, tetapi juga detak keperluan memahami sejarah, menyanggah feudalisme yang sakit, memberi rasio kepada kehidupan beragama dan memuhasabah iklim politik mahupun seni. Saya berusaha mendatangkannya dengan penuh sasterawi dan inderawi.

Saya yakin kesaktian membaca Sastera Adalah Makanan Anjing kelak akan jauh lebih memuaskan berbanding pengalaman seseorang itu jatuh basikal. Demikian saya memasuki 2021, dengan harapan dan keinginan yang menggebu-gebu. Saya ingin sekali, menerusi Sastera Adalah Makanan Anjing untuk menawarkan kemanusiaan kepada manusia. Saya tahu itu susah sekali, kerana manusia hari ini sudah berwatak anjing belaka.

Pun, siapa tahu sastera dapat memujarabkan manusia supaya lebih manusiawi, dan supaya manusiawi lebih dimengerti.

 

2021 semoga tiada lagi agamawan munafik



 KENA TIPU

RUU 355: Dulu galak serang PH, sekarang Pas perlu 'pertimbangan, penelitian  secara menyeluruh' – Malaysia Dateline



ISU DAGING HARAM mengakhiri tahun 2020 dengan bermacam reaksi dari masyarakat Malaysia.

Ada yang buat TUDUHAN bahawa ianya telah berlaku selama 40 TAHUN , ada yang kata sejak 2014 saja.

Apa pun bukan tarikh dan masa ianya berlaku yang aku nak cuit , aku cuma nak cuit tentang DI MANA PEJUANG² ABATA yang kuat menyalak dahulu.

Suatu ketika dahulu…

  1. SANGGUP BERBASIKAL dari jauh untuk ke padang Merbok semata² nak berkumpul untuk RUU355 , sekarang siapa yang bertanya tentang RUU355 akan di anggap sebagai BISIKAN DARI SYAITAN pula , memang hanat puak ni.
  2. SANGGUP menyerbu kedai² runcit yang menjual arak , walhal yang minum arak TIDAK SERAMAI YANG MAKAN DAGING HARAM , dan SEKARANG arak sudah di ganti dengan perkataan “beer” dan terus boleh di jual di kedai² runcit , kepala atok dia lah.
  3. Pertandingan ratu cantik adalah HARAM ketika mereka bukan kerajaan , sekarang TIDAK MENGAPA asal di tukar sahaja TAJUK pertandingan itu , “lebai kolop” memang suka bab² seks ni.
  4. Cabutan khas JUDI yang hanya 8 kali setahun di zaman DAP dalam kerajaan TELAH DI TAMBAH MENJADI 22 kali setahun di zaman PAS & MELAYU ISLAM berada di dalam kerajaan….dua kali hanat ni.

PENDEK KATA , mereka semua adalah PEJUANG² MUNAFIK yang sedang berada di dalam kerajaan hari ini.

BILA TIBA bab kes DAGING HARAM tidak ada seekor munafik pun yang hendak BERSUARA atau MENYALAK SEPERTI ANJING seperti waktu MEREKA TIADA KUASA dahulu.

Malah MENTERI AGAMA yang MENYOKONG PEMUKA² MUNAFIK itu dahulu di lihat TIDAK TAHU BERBUAT APA² berkenaan kes daging haram ini , ( inilah bahana meletak orang yang bukan arif memegang jawatan ).

Siapa dalang , dan siapa bersubahat aku taknak tegur , itu urusan pihak berwajib menjalankan tugasnya , apa yang aku harap UNDANG² BERKENAAN PEMAKANAN ORANG² ISLAM HENDAKLAH DI PERKETATKAN dan HUKUMAN BAGI YANG MELANGGARNYA HENDAKLAH BERAT MELEBIHI DARI SETIMPAL.

Orang Melayu….. TERUTAMA orang Melayu KELANTAN & TERENGGANU , aku nak bagitau satu sahaja , korang adalah orang² yang BERSUBAHAT dan akan di soal di akhirat kelak kerana korang yang TERUS²AN MENYOKONG PEMUKA² MUNAFIK INI , azab yang ALLAH akan beri kepada yang bersubahat adalah berat , tinggalkan mereka² tersebut sebelum menjadi lagi teruk , lagipun MENINGGALKAN PEMUKA² MUNAFIK YANG BERSERBAN , BERJANGGUT & MENJUAL AYAT ALLAH tidak akan menjadikan korang kafir.

SAJA NAK BAGITAU , kepada orang² Melayu lainnya , JADILAH ORANG BIJAK , cukuplah terus²an DI BODOHKAN dengan ayat DEMI MELAYU , DEMI ISLAM , mereka semua yang menyuarakan ayat itu kencing pun belum tentu cuci bersih.

SELAMAT DATANG 2021.

SHUKUR MOHAMAD

KAH..KAH...WOOOOOIII LEBAI KONTOT LEBIH BAIK DIAM DARI BERCAKAP....WALAUN

 


MN ‘bergolak’: Mokhtar Senik salahkan PH

MN ‘bergolak’: Mokhtar Senik salahkan PH

USAHA BERTERUSAN MEMECAHKAN MN.

Saya lihat agak konsisten jugak pendokong PH menyerang Muafakat Nasional. Termasuk pimpinan yg agak kanan dlm PAN, DAP, PKR dan Vatren UMNO. Itu tidak kira lagi cybertroooer2 yg sedang kelaparan. Presiden PAN minta ahli PAS kenang balik peristiwa Memali. Ku Li minta UMNO jgn biarkan PAS tompang tuah UMNO.

Pendek kata semua statment2 itu sarat dengan harapan agar PAS dan UMNO kembali berperang dan MN terburai ikatannya. Sakit benar hati mereka melihat persaudaraan PAS UMNO. Saya yakin mereka tidak akan berjaya kecuali jika ada pimpinan UMNO atau PAS yg menari mengikut irama sumbang mereka. Persaudaraan Aus dan Khazraj ini perlu dijaga rapi. Kerana org2 Abdullah bin Ubai sentiasa mencari ruang dan peluang.

Salakan mereka jgn dilayan. Cantiknya kalau pimpinan2 yg tak berkenaan tutup mulut. Biar pucuk pimpinan tertinggi sahaja yg bercakap dan buat statment. Harap2 tidak ada dikalangan PAS atau UMNO ini pimpinan yg “gila Mic”. Elakkan membuat statment balas yg bukan pandangan parti. Waktu2 sebeginilah pentingnya walak diamalkan.

Saya yakin saranan Mat Sabu agar ahli2 PAS mengenang peristiwa Memali tidak memberi apa2 kesan kepada PAS. Kami org PAS telah diajar dengan akhlak Islam. Berbaik dengan UMNO tidak bermakna menafikan kemurnian perjuangan para syuhada memali. Kerana kedua2 zaman itu berbeza. Yg mengajak para sahabat Nabi mengingati kejahatan dan perseteruan dengan Abu Sufian hanyalah para munanfik madinah. Mereka tidak senang melihat persaudaraan berlaku antara para sahabat dengan Abu Sufian selepas Fathul Makkah.

Manakala Ku Li pula cuba menyemarakkan kembali semangat asobiyyah UMNO. Dengan memberi amaran agar UMNO jgn biarkan tuah UMNO di kongsi dengan PAS dan Bersatu. Hakikatnya tiada siapa yg bertua samaada PAS atau UMNO atau BERSATU jika meninggalkan Islam dan penyatuan ummat Melayu. Rupanya2 Ku Li sudah jauh tertinggal dibelakang berbading ahli2 UMNO yg lain. Ketika ahli2 UMNO yg lain sedang bercakap soal gagasan penyatuan Ummat Melayu Muslim dlm MN, Ku Li masih terkial2 mencari jati perjuangan yg sebenar. Tidak hairan jika Ku Li sudah berkali2 menjadi pelanduk yg masuk perangkap Tun.

SYALLAH.. sinar suria permuafakatan ini akan lebih bersinar bila kedua2 pihak dlm MN saling berteguh janji dan tidak berjoget mengikut paluan rebana PH dan para munafik yg berkeliaran dimana2.

UMS
Kuantan Pahang.
30. 12.20

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3777510022308629&id=10000149005850

Kesilapan terbesar Umno ialah bersekongkol dengan Azmin dan Bersatu

 

Kesilapan terbesar Umno ialah bersekongkol dengan Azmin dan Bersatu


Kesilapan terbesar UMNO adalah memilih untuk bersekongkol dengan pengkhianatan BERSATU dan Azmin Ali

Kesan baik kepada UMNO yang kita dapat lihat adalah, UMNO kembali sebagai kerajaan dalam tempoh 22 bulan kehilangan kuasa.

Namun, apa terjadi pada UMNO kini adalah lebih mudarat pada diri mereka berbanding sewaktu menjadi pembangkang.

1. Kekuatan terbesar mereka, dan merupakan ancaman terbesar PH, Muafakat Nasional, bakal terkubur tanpa nisan.

2. UMNO kehilangan kerusi potensi mereka yang terpaksa diserahkan kepada BERSATU. Bahkan kerusi yang dimenangi mereka pada 2018 tapi mp terbabit lompat ke BERSATU, turut bakal ke Bersatu ( Kes duluan – PRN Sabah)

3. Perpecahan dalaman UMNO yang pro PN dan Pro BN, kita lihat kita beberapa pergaduhan terbuka antara Annuar Musa dengan Puad Dzarkasi, Shabery Cheek, Nur Jazlin, dll

4. UMNO terpaksa bayar lebih dan tiada pilihan pada PRU15 akan datang. Jika mereka menarik diri dari PN :

Tiga penjuru akan berlaku antara PH – PN – BN, ini akan mengulangi PRU14 , hanya sedikit kelebihan untuk mereka jika idea Grand Coalition PH gagal dan berlaku 4 penjuru, padang mungkin kembali rata. Tapi idea GC dilihat akan berjaya.

Jika UMNO kekal dalam PN maka point nombor 2 diatas mengambil tempat.

Jika berlaku pertembungan DUA penjuru, PH akan punyai kelebihan di kerusi *******, terpaksa dirahsiakan huraian. 🤣

5. Kekuatan UMNO adalah dengan tertubuhnya Muafakat Nasional, Usaha bersama PAS itu menjadi satu gerakan raksasa yang berupaya melumpuhkan kekuatan Pakatan Harapan di kerusi majoriti melayu , namun apabila hadirnya pihak ketiga iaitu BERSATU, UMNO terpaksa bersaing dengan parti serpihannya itu. Sekaligus meranapkan MN, ia berita gembira buat PH.

PRU 15 mungkin berlangsung seawal Jun 2021, kerana pada Julai, Undi 18 bakal terlaksana dan melahirkan jutaan pengundi baharu, ia bukan sesuatu yang baik untuk kerajaan hari ini berdepan kerana mereka adalah kelompok terjejas kerana kegagalan kerajaan mengawal penularan Covid-19, serta membaiki ekonomi. Walau kita faham ia diluar kawalan namun dalam politik, persepsi itu lebih utama.

Muammar Qaddafi



Kami tak kata Hatok tu xde penyokong


Norshidah Mohd Daud


Jika Pru 14 unsur rakyat memilih PH pun ada banyak sebab tapi dalam banyak sebab tu pun Bersatu hanya mampu menang di 13 kerusi, itu pun atas undi Cina dan sedikit undi ahli Umno yang beralih arah 

Sebelum nk kata Hatok ada pengikut yang boleh menangkan PH tu dangkal dan alasan terlalu lemah hanya untuk bersetuju dengan bos kau tu je 

PI tgk statistik pengundi Pru 13 dulu dol berapa PR dapat dari BN? 

Pru 14 kemuncak sebenarnya rakyat jelak dgn BN dan mahukan perubahan tapi Hatok tu apa yang dia buat semasa 22 bulan?

Adakah dia berjaya membuat PH popular? 

Setau kami Hatok lah yang menjatuhkan populariti PH tu dengan beberapa kenyataan bodoh dari dia dan tindakan belakang tabir bertemu musuh politik

Banyak lagi nak tulis dol tapi cukup nak bagitau, setara ulasan ko tu dol, baik kau jangan ulas bab politik la 

Mungkin rakan-rakan kau tu boleh di bodohkan tapi bukan kami ye



SEMUA "MATI" SYAHID...

 

Rina Hamzah

Arwah semua ni dulu garang, walaupun tak berjawatan Menteri mahupun kroni GLC.

Andai hidup lagi sudah pasti ratusan ribu rakyat akan brhimpun di Padang Merbok..

#LebihSayangkanJawatan


SR




Usul tolak kerjasama dengan Bersatu bakal hangatkan mesyuarat Umno Perak

 


Usul tolak kerjasama dengan Bersatu bakal hangatkan mesyuarat Umno Perak

Usul menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka menghangatkan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian empat peringkat di Perak yang bermula Jumaat ini.

Ketua Penerangan UMNO Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, perkara berkenaan tidak mustahil menjadi fokus utama perbahasan memandangkan ia berkait rapat dengan isu semasa politik di peringkat Pusat dan negeri ketika ini.

“Perbahasan usul ini sebenarnya tertakluk kepada bahagian masing-masing tetapi ada kemungkinan (kerjasama UMNO dan Bersatu) akan dibincangkan di peringkat akar umbi membabitkan bahagian, wanita, pemuda dan puteri.

“Ini kerana ia juga sebahagian langkah kita untuk memperkasa dan mengatur strategi yang lebih baik dalam menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Menurutnya, persidangan kali ini bukan untuk memenuhi kehendak daftar pertubuhan semata-mata tetapi lebih penting kesiapsiagaan kepimpinan dari pelbagai peringkat untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka diadakan tahun depan.

“Jadi apa juga berkaitan hal kepartian, pastilah ia akan menjadi fokus perwakilan untuk dibahas dan dibincangkan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput itu berkata, persidangan di semua 24 bahagian Perak kali ini tidak akan membabitkan kehadiran wakil Pas bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kehadiran orang ramai di dalam dewan.

“Kali ini kehadiran terhad untuk UMNO sahaja, kita ambil contoh di Sungai Siput yang mempunyai lebih 400 perwakilan, tetapi oleh kerana ada SOP perlu dipatuhi dari segi penjarakkan dan sebagainya, kapasiti di dewan mungkin boleh memuatkan 250 orang sahaja,” katanya.

Terdahulu, Mohd Zolkafly yang juga Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri merasmikan Kempen Bijak Guna Tenaga dan Air Perak 2020 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.



MANA ORANG KUAT JAKIM...SEMBUNYI JUGA KAH?

 


PKR persoal kenapa timbalan menteri KPDNHEP beri jaminan halal, bukan Jakim?

PKR persoal kenapa timbalan menteri KPDNHEP beri jaminan halal, bukan Jakim?

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail mempertikai jaminan status halal daging dalam pasaran negara ini oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Rosol Wahid.

Sedangkan, kata Azan, seliaan halal adalah di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Meskipun Rosol bagi jaminan, namun status halal adalah di bawah seliaan agensi-agensi lain seperti majlis berkuasa agama Jakim.

“Setakat ini untuk meredakan kebimbangan umat Islam malaysia, Jakim dan agensi berkaitan sepatutnya yang memberi jaminan.

“Adakah Rosol seperti Rasul untuk sewenang- wenangnya bagi jaminan halal kepada semua daging dalam negara selain daging babi di dalam pasaran?” katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Terdahulu Bernama melaporkan KPDNHEP akan membuat pemantauan secara berterusan dan serbuan secara berkala terhadap syarikat atau pengedar berkaitan daging import tanpa sebarang notis pada bila-bila masa.

Rosol berkata kementerian itu belum ‘cuci tangan’ berkaitan isu tersebut dan pemantauan berterusan bertujuan memastikan semua daging yang diimport masuk ke Malaysia adalah halal.

“Kementerian juga memberi jaminan bahawa semua daging import yang ada di pasaran ketika ini adalah halal…..apa yang berlaku baru-baru ini, kita telah dapat bendung dan kenal pasti.

“Tanggungjawab kita memastikan semua daging yang nak masuk ke Malaysia wajib halal kecuali daging babi, ia dalam kategori yang lain,” kata Rosol.

Sebelum ini Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan Jakim, Sirajuddin Suhaimee menjelasakan peranan Jakim adalah memeriksa sama ada sesebuah rumah penyembelihan di luar negara mematuhi hukum syarak dari aspek proses penyembelihan sehinggalah daging itu dibungkus dan dimasukkan ke dalam kotak dalam keadaan bebas cemar.

Manakala permit mengimport daging dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

Apabila produk itu sampai ke pintu masuk negara, kastam akan melihat dari segi cukai dan apabila berada di gudang di dalam negara ia tertakluk bawah Akta Perihal Dagangan 2011 bawah KPDNHEP.

Dalam pada itu Azan berkata, apakah KPDNHEP yang ada ketika ini berupaya untuk memastikan tahap halal seluruh negara dipatuhi.

“Berupayakah dia dengan kakitangan KPDNHEP yang ada memeriksa tahap halal pasaran seluruh negara?.

“Sedangkan agensi yang sepatutnya bertindak dalam pematuhan sijil dan kesahan halal adalah agensi Jakim dan pihak berkuasa agama Islam.

“Mengapa prosedur aduit Halal yang telah sekian lama dituntut tidak dilaksanakan?” soal Azan.


Bagaimana jika PH mentadbir semula esok?

 

Oleh Nor Miswary Ramli

(Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Segambut)

Yang selalu ditanya orang; jika esok diadakan Pilihanraya Umum (PRU), adakah Pakatan Harapan (PH) boleh menang? Rakyat rata-ratanya melahirkan rasa sangsi kemampuan PH memenangi PRU jika ia diadakan esoknya. Ini disebabkan beberapa perkara yang di dakwa tidak disepakati di kalangan mereka sepanjang pergelutan membiasakan diri menjadi pembangkang semula selepas tragedi Langkah Sheraton.

Ada yang nakal sehingga turut mencongak-congak aka adanya kerusi Parlimen sebahagian pemimpin PH yang mungkin terlepas ke tangan lawan. Kesangsian tersebut mungkin ada asasnya, biarpun asasnya mungkin berubah pada hari membuang undi.

Sebaliknya, bagaimana pula kalau Pakatan Harapan memerintah semula esok? Apakah yang akan berlaku? Apa yang anda jangkakan? Biar saya kembangkan imaginasi ini kepada anda.

Selepas Perdana Menteri yang baharu mengangkat sumpah di Istana Negara, yang terawal yang akan beliau lakukan ialah, pengumuman barisan kabinetnya yang jauh lebih kecil daripada kabinet mega Perikatan Nasional seperti sekarang. Kabinet yang lebih kecil bertujuan menjimatkan duit rakyat serta membuktikan Kerajaan PH kali ini benar-benar berbeza daripada kerajaan pintu belakang tebuk atap Perikatan Nasional dan sebelum itu. Kerajaan PH tidak mahu pisang berbuah dua kali (walaupun bukankah elok kalau pokok pisang boleh berbuah dua kali?)

Menteri Kesihatan yang dilantik tentunya akan lebih cerdik dari yang ada sekarang, Beliau tidak akan mudah hilang dalam radar Dewan Rakyat semasa sesi perbahasan. Menteri Kesihatan Kerajaan PH yang besoknya ini akan bersedia menjawab soalan Ahli Parlimen Perikatan Nasional di dalam Dewan. Beliau juga tidak akan mudah-mudah ajar kita minum air suam untuk mencegah diri dari terkena Covid-19.

Parlimen akan bersidang penuh sehingga petang sebagaimana yang diamalkan semasa pemerintahan PH selama 22 bulan. Saringan Covid-19 yang dibuat 2 minggu sekali sudah memadai untuk kesemua Ahli Parlimen berada di Dewan Rakyat membahaskan isu-isu rakyat di kawasan mereka. Menteri dan Timbalan Menteri Kerajaan PH tidak akan menggunakan Covid-19 sebagai alasan untuk mengelakkan diri bertembung dengan pihak pembangkang.

Kerajaan PH tentunya tidak akan mempunyai Menteri yang menjaga kebajikan masyarakat dan hal-ehwal wanita yang terjerit-jerit cuba untuk menenggelamkan suara ahli parlimen pembangkang sementara menunggu Speaker Dewan bersuara menyelamatkannya. Perdana Menteri yang baharu tahu benar perkara ini.

Adakah kabinet PH ini akan mempunyai Menteri Kanan juga? Beliau boleh jadi seseorang yang dilantik berdasarkan pengalaman panjang beliau dalam pentadbiran Kerajaan. Beliau akan berperanan menasihati Kabinet dalam soal tadbir urus wang negara dan membangunkan semula negara sebagai Harimau Asia, dan beliau mungkin tidak berseorangan.

Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan mengeluarkan SOP yang mengelirukan atau pada saat akhir. Anggota-anggota kabinet PH akan menyelaras semua SOP di antara kementerian agar ianya selari, wajar dan bersesuaian. Pelajar universiti dan para ibu bapa pasti lega!

Semua petugas barisan hadapan pula akan menerima apa yang mereka berhak terima. Mereka tidak akan dibeza-bezakan untuk menerima elaun khas Covid-19. Menteri PH akan memaklumkan perkembangan pandemik Covid-19 dengan lebih terperinci setiap hari dan tidak akan membuang masa menukar ganti kapal terbang di rak kabinet pejabat.

Isu kebajikan rakyat semasa pandemik Covid-19 tentunya menjadi fokus paling wahid Kerajaan Pakatan Harapan. Isu bakul makanan yang tidak sampai ke tangan rakyat semasa Perikatan Nasional memerintah dulu terlalu sakit untuk ditelan. Maka, kali ini nasib mereka yang terlepas daripada mendapat bakul makanan seperti yang turut dihadapi di Sabah pasti akan di atasi segera. Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri akan memberi tumpuan khusus kepada isu ini tanpa kompromi. Masakan tidak, beliau pun datang dari sana!

Maka apabila ditanya orang, bagaimana jika esok diadakan pilihanraya umum, lalu saya mahu menganjurkan rupa bentuk kemenangan yang akan Pakatan Harapan capai dan raikan besoknya – ia dicapai melalui kesatuan gabungan yang lebih besar dan tidak pernah terjangkau oleh kita.





TUNGGU ALIH AIR SUNGAI MUDA...KAH....KAH.....LAIN KALI RAJIN RAJIN LAH CARI PELABUR...

 

Caj Air: Pulau Pinang siap siaga tunggu tindakan Kedah

Caj Air: Pulau Pinang siap siaga tunggu tindakan Kedah

KAH...SETANG BISU.....

 

Pas terus membisu seperti menghalalkan judi

Pas terus membisu seperti menghalalkan judi

Writ saman pengundi Gombak tak serah ikut prosedur, kata peguam Azmin

 

Peguam Nizamuddin Hamid berkata, tiada usaha dilakukan untuk menyerahkan writ saman itu kepada Azmin Ali sendiri di kediaman atau pejabatnya.

KUALA LUMPUR: Kenyataan seorang peguam yang Menteri Kanan (Ekonomi), Azmin Ali tidak diwakili semasa pengurusan kes saman difailkan 10 pengundi Gombak terhadapnya atas dakwaan menipu dan melanggar kewajipan fidusiari, tidak benar serta mengelirukan.

Peguam Nizamuddin Hamid, yang mewakili menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu, turut menyangkal kenyataan Yohendra Nadarajan, peguam mewakili kumpulan pengundi terbabit, yang saman itu sudah diserahkan kepada Azmin pada 1 Dis lalu.

“Saman itu dikatakan telah diserah kepada seorang individu di pusat khidmat masyarakat Azmin. Justeru, ia merupakan pelanggaran peraturan mahkamah secara terang-terangan.

“Writ saman mesti diserahkan mengikut prosedur ditentukan dalam peraturan mahkamah. Ini adalah amalan biasa dan kami terkejut apabila beliau dengan begitu cepat mengumumkan saman itu diserahkan kepada Azmin pada 1 Dis,” kata peguam Tetuan Zharif Nizamuddin itu dalam kenyataan.

Selain itu, katanya, tiada usaha dilakukan untuk menyerahkan saman itu kepada Azmin sendiri di kediaman atau pejabatnya.

Nizamuddin berkata, peguam itu juga tidak menulis surat kepada anak guamnya untuk meminta diadakan janji temu bagi menyerahkan saman berkenaan.

“Azmin menghormati sistem keadilan dan sekiranya plaintif menyerahkan saman itu mengikuti prosedur ditetapkan undang-undang, beliau akan segera hadir.

“Apa yang dikesalkan adalah mereka memilih untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada sebuah portal berita dalam kes yang sedang berlangsung di mahkamah.”

Azmin, yang juga Ahli Parlimen Gombak, dilaporkan tidak diwakili peguam semasa pengurusan kes secara dalam talian di depan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Maslinda Selamat pada 28 Dis lalu.

Yohendra dipetik sebagai berkata, beliau akan memfailkan permohonan bagi mendapatkan penghakiman ingkar jika tiada peguam yang tampil mewakili Azmin pada prosiding pengurusan kes seterusnya 14 Jan depan.

Semua 10 pengundi berdaftar di kawasan Parlimen Gombak itu memfailkan saman berkenaan pada 27 Nov lalu terhadap Azmin atas dakwaan menipu dan melanggar kewajipan fidusiari menerusi “Langkah Sheraton” yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang Februari lalu.

Menurut pernyataan tuntutan mereka, semua plaintif antara lain memohon pengisytiharan Azmin, selaku Ahli Parlimen Gombak, melanggar kewajipan fidusiarinya, menipu serta memungkiri representasi yang dibuat kepada mereka dalam pilihan raya umum bagi kawasan berkenaan.