
20 POSTING HINGGA KINI. LAGI BERITA AKAN MUNCUL
LAGI BERITA AKAN MENYUSUL. SILA TEKAN > UNTUK
MEMBACA BERITA AWAL PAGI.SOKONGAN ANDA AMAT
DIHARGAI.

Hal kisah BMF yang gagal
SEMBANG SERAMBI Oleh TAUFEK YAHYANovember 17, 2020
Setahun dua dahulu, heboh kedengaran kempen Buy Muslim First (BMF) atau beli barangan Muslim yang digerakkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Melayu. Kempen ini turut didokong parti-parti politik pembangkang Melayu khususnya Umno dan Pas.
Tujuan kempen ini secara mudahnya adalah untuk menggalakkan orang Melayu dan Islam di negara ini untuk membeli barangan buatan pengusaha muslim. Walaupun tujuannya murni namun kaedahnya tidak semurni tujuan asal. Kempen ini disulami rasa curiga dan benci kepada produk-produk buatan bukan Melayu-Islam. Malah kempen beli barangan Muslim ini dijadikan modal politik pula dengan mainan sentimen agama dan bangsa yang keterlaluan.
Akhir-akhir ini, kempen BMF ini agak sunyi lebih-lebih lagi selepas Umno dan Pas bersama beberapa parti lain membentuk kerajaan di peringkat persekutuan melalui proses di luar tabi’ie Mac lalu. Tidak kedengaran lagi suara-suara lantang menggesa orang Melayu membeli barangan Muslim, malah kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diposisikan sebagai pakatan politik berteraskan Melayu dikritik sekutu NGO-nya kerana dianggap tidak serius mempromosikan BMF setelah berkuasa.
Apakah punca sebenar gagalnya kempen BMF ini?
Jawapannya mudah. Seperti dinyatakan di awal artikel ini, BMF ini bertujuan murni tetapi kaedahnya tidaklah semurni tujuannya. Memulakan satu-satu kempen dengan bermodalkan kebencian dan kecurigaan tidak mampu menjadikan ia bertahan lama apatah lagi jika bersandarkan sentimen dan meminggirkan realiti.contoh yang nyata , pak lebai nak sedekah makanan pada orang ramai, dianggutnya barang dari kedai bukan Melayu.
Menyeru umat Islam membeli barangan buatan muslim tiada silapnya. Namun jika ia dibuat bersekali dengan seruan memboikot barangan syarikat bukan Muslim, ia adalah sesuatu yang keterlaluan apatah lagi jika bermotifkan politik sempit.Mana mungkin jika nak mengimport bawang pun Melayu tak dapat lakukan. .
Perlu diingat bahawa Malaysia adalah sebuah negara pelbagai kaum dan agama. Setiap rakyat mempunyai hak yang sama dalam perlembagaan untuk hidup secara aman dan harmoni termasuk di bidang ekonomi dan perniagaan.
Persaingan dalam semua bidang kehidupan di negara majmuk ini perlu berlangsung secara jujur dan bertanggungjawab. Tidak seharusnya sentimen agama dan bangsa dijadikan sandaran dalam apa juga kempen apatah lagi jika ia bersulamkan kebencian dan rasa curiga.
Kegiatan ekonomi khususnya makanan yang diusahakan bukan Islam tidak harus dijadikan bahan kebencian selagi ianya halal dan mematuhi peraturan dan undang-undang negara. Apatah lagi jika perusahaan itu menggaji pekerja Muslim dan mematuhi peraturan halal yang ditetapkan pihak berkuasa agama.
Sebenarnya banyak barangan buatan muslim di pasaran tempatan yang diterima ramai bukan kerana sentimen agama dan bangsa, tetapi kerana kualiti barangan dan perkhidmatannya. Namun tidak kurang syarikat dan barangan yang dipasarkan atas sentimen agama dan bangsa terkandas di tengah jalan dan gagal di pasaran kerana tidak berkualiti dan rendah mutu perkhidmatannya.
Lihat sahaja produk makanan segera dikeluarkan Ramli Burger, produk barangan makanan keluaran Adabi Industries dan rangkaian pasaraya Mydin (sekadar menyebut beberapa nama) yang terus gah di pasaran tanpa perlu memainkan sentimen bangsa dan agama. Produk dan perkhidmatan yang diterajui muslim ini diterima ramai dan gah di pasaran kerana kualiti barangan dan perkhidmatannya.
Jadi tidak perlulah kecewa dengan kegagalan kempen BMF. Yakinilah kemampuan orang Melayu-Islam untuk bersaing di bidang ekonomi secara sihat dan bermaruah tanpa perlu menanam rasa benci dan curiga kepada orang lain.
—-
Taufek, bekas ketua pengarang Harakah dan pernah menjadi setiausaha akhbar Ketua Menteri Melaka.
‘Keluar AMANAH bukan kecewa sikap parti terhadap Anwar’
Oleh ARIF ATAN Foto: WAN ZAHARI WAN SALLEHNovember 17, 2020
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan tindakan mana-mana individu keluar dari AMANAH tidak harus dikaitkan sebagai reaksi kecewa dengan sikap parti itu terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Naib Presiden AMANAH berkenaan berkata, cakap-cakap kononnya AMANAH mengambil arus berbeza menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad adalah tindakan berniat jahat memburukkan imej parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu.
Apatah lagi, ujar Pengerusi Pembangunan Sumber Manusia AMANAH itu, dengan ‘menyerang’ peribadi Presiden AMANAH, Mohamad Sabu sebagai penyebab perpecahan dalam AMANAH.
“Pihak yang bertanggungjawab atas naratif ini harus meminta maaf atas usaha memburukkan AMANAH ini secara sengaja atau tidak dan sekali gus merosakkan kesatuan dalam PH yang merugikan.
“Jangan kaitkan sama sekali tindakan individu seperti Adun Meru (Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar) atau sesiapa sahaja dari ahli AMANAH sebagai respons kepada ‘kekecewaan sikap parti AMANAH terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.’
“Adun Meru tidak wajar membayangkan demikian walau sekelumit pun kerana hakikatnya tindakan YB tersebut adalah atas pilihan dan masalahnya tersendiri dan tidak ada kena mengena dengan fitnah keretakan kepercayaan AMANAH terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Sejak kelmarin, tular dakwaan bekas Naib Ketua Pemuda AMANAH tersebut menyertai PKR dengan mendaftar di bawah Cabang Petaling Jaya.
AMANAH Selangor kemudiannya mengesahkan Fakhrulrazi meninggalkan parti itu untuk menyertai PKR.
Tindakan Fakhrulrazi itu, kata Setiausaha AMANAH Selangor, Kamarul Hisham Yeop Hashim, menyebabkan semua jawatan parti yang disandang terbatal serta-merta.
Mengulas lanjut, Mujahid berkata, AMANAH akan tetap konsisten dengan pendirian setia bersama rakan-rakan seperjuangan dalam PH.
Dalam masa sama, beliau berharap kesetiaan AMANAH itu tidak disia-siakan dengan mengambil ringan soal individu AMANAH yang mempunyai kepentingan diri bertukar rumah rakan sesuka hati.
KALAU BAJET LULUS PUN KERAJAAN MEMINJAM BAYAR GAJI?
Kalau bajet lulus pun kerajaan meminjam bayar gaji?
Ipohmali
Kata menteri Banker.. Jika Belanjawan tidak diluluskan, Kemungkinan Kerajaan tak mampu bayar gaji kakitangan awam terutama frontliner.. Sebenarnya aku bimbang, Jika Belanjawan ini diluluskan pun belum tentu tentu kerajaan mampu bayar gaji kakitangan awam.. Sebab apa ? Sebab Kerajaan telah bunuh dan runtuhkan ekonomi dan akhirnya melibatkan hasil Negara..
Kalau sebab tak lulus tak boleh bayar Gaji..Ehh Sebelum ni tak bawa Parlimen pun boleh bagi BPN.. PM tebuka atap berucap depan TV..Boleh lancarkan Pakej rangsangan suntikan Fiskal lebih Rm 45 Billion..
Setiap suku tahun kewangan, Kerajaan terpaksa Belanja lebih RM 20 Billion untuk Emolumen iaitu gaji kakitangan Awam..Setahun lebih RM 80 Billion.. Pencen saja Kerajaan terpaksa tanggung setahun lebih RM 28 Billion.. Soalnya dari Mana Kerajaan nak dapat duit tahun ini..Ini yg Tun Kata sungguh menakutkan…
Ini belum masuk perbelanjaan dalam Perkhidmatan dan Bekalan yang menjadi rezeki Peniaga dan kontraktor yg bergantung hidup pada Kerajaan lebih RM 40 Billion setahun.. Bagaimana Belanja Kenaan tetap dan Bayaran Khas seperti Kebajikan..seperti BRIM.. Itu saja lebih RM 100 Billion…Apakah Kerajaan mampu lunaskan..
Belanjawan tahun ini lebih RM 320 Billion pada anggaran defisit 85 Billion.. Perbelanjaan Mengurus sahaja sudah melebihi unjuran pendapatan yang tak realistik.. Kita harus ingat, Malaysia antara negara yang terpaksa menanggung perbelanjaan mengurus dan eomolumen paling tinggi.. Hampir 100% dari hasil..
Tun kata ramalannya Kerajaan bukan hanya defisit lebih RM 80 billion seperti alam unjuran..tetapi mungkin melebih 150 Billion.Atau hutang akan mencecah Rm 1.3 trilion.. Maknanya apa, Untuk Bayar gaji kakitangan awam, pencen saja kerajan mungkin terpaksa Pinjam dan sakau dari tabungan rakyat.. Itu hampir pasti..
Jadi mahu terus PKPB ? Mahu terus bunuh ekonomi Atau mahu Cagar tanah dana set negara ini kepada China seperti mana Sri Lanka… Jadi ini masanya Selamatkan Negara.. Kerajaan tebuk atap bukan saja sedang membunuh ekonomi rakyat..Hatta Memufliskan Negara.. 🙂
PENYUMBANG CUKAI KERAJAAN DILANDA COVID?
Penyumbang cukai kerajaan dilanda Covid?
Oleh: Pentadbir
Ipohmali
Top Glove adalah Syarikat Peneraju penghasilan sarung tangan getah.. Top Glove antara Syarikat pengeskport terbesar Dunia produk yg berkait pharmasetikal.. kebetulan Malaysia menguasai 65% penguasaan pasaran Dunia dari produk berkaitan latex..
Ketika banyak Syarikat gergasi seperti Petronas rugi.. Syarikat seperti Supermax, Kossan,Ruberex menjadi penyumbang terbesar jumlah eksport dan cukai kepada Kerajaan mencatatkan keuntungan berganda disebabkan permintaan tinggi seluruh Dunia disebabkan wabak..
Tapi itulah.. Dalam banyak banyak Kilang, Allah datangkan wabak itu di Kilang Top Glove yang menakutkan pekerja mereka…. Kilang yang menyumbang hasil cukai yang besar kepada Kerajaan.. ada ketika kita kena membaca bahasa alam dan petandanya..
Mudah faham..jangan sesekali menzalimi hak peniaga kecil, rakyat bawahan..Ketika mereka dipaksa tutup.. hilang pendapatan..Kilang dan Industri milik kapitalis dibiarkan bebas beroperasi.. Ketika Masjid ditutup., Hiburan dibiarkan.. Nabi kata, Ketika kelompok kaya dan mulia dibiarkan, rakyat biasa dihukum..tunggulah saat kebinasaan..
Apapun..Ia bukan lah gambaran bahawa Kerajaan hari ini Kerajaan yg dirahmati Tuhan sepertimana kata dan pembohongan Mufti Utara.. Sebagaimana aku sentuh bagaimana kita dipandu untuk berfikir dan menjadi kelompok Ulul Albab…
sebagaimana firman Allah..
قُلْ لَا يَسْتَوِي الْخَبِيثُ وَالطَّيِّبُ وَلَوْ أَعْجَبَكَ كَثْرَةُ الْخَبِيثِ ۚ فَاتَّقُوا اللَّهَ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ..
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya. .. “
(Surah Al Maidah : ayat 100)
TANGGUH SPM, STPM PROSES MASUK KE IPT 2021 TUNGGANG LANGGANG?
Tangguh SPM, STPM proses masuk ke IPT 2021 tunggang langgang?
Oleh: Redzuan RF8 Media
Tindakan Kerajaan Perikatan Nasional beberapa kali menggantung sesi persekolahan rendah dan menengah sepanjang 2020 dan terbaharu kerana perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bakal menghuru-harakan proses kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tahun hadapan.
Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berkta, penangguhan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) hingga 22 Februari 2021 dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) hingga 8 Mac 2021 menyebabkan kemasukan ke IPT tempatan akan tertangguh sehingga bulan September 2021.
Namun isu yang kritikal, katanya, dengan SPM dan STPM yang akan berakhir pada hujung Mac 2021, bermakna kertas peperiksaan perlu disemak, ditanda, serta mengesahkan keputusan harus mengambil masa kurang dari tiga bulan, iaitu paling awal pada bulan Jun.
“Ini bermaksud kita ada bulan Julai untuk Unit Pengambilan Universiti (UPU) memasukkan keputusan ke dalam sistem dan bulan Ogos untuk pelajar mendapatkan keputusan mereka pada bulan September. Jangan lupa, pada masa ini juga UPU akan berhadapan dengan keputusan dari pelajar matrikulasi dan asasi.
“Kerja-kerja ini tidak akan dapat dilaksanakan tanpa menggunakan teknologi baru atau inovatif untuk menyemak kertas peperiksaan, pengeluaran keputusan dan permohonan pelajar ke universiti.
“Sistem semasa tidak akan dapat menanganinya melainkan tarikh pengambilan ke universiti ditangguhkan seperti yang telah dilakukan dengan peperiksaan,” kata Nik dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, Nik Nazmi yang juga merupakan Jurucakap Parlimen KEADILAN bagi Pendidikan melontarkan beberapa cadangan yang harus diambil oleh kementerian untuk membantu pelajar dan guru mengatasi masalah tersebut.
Katanya, kementerian harus mewujudkan satu pasukan dengan pemegang taruh dan pakar dari dalam serta luar kerajaan untuk membuat versi SPM dan STPM yang diperkemaskan.
“Kerajaan harus membatalkan semua syarat kerja kursus untuk kumpulan SPM 2020/2021 dan 2021, kecuali untuk mata pelajaran praktikal sangat penting seperti vokasional.
“Selain itu, kenal pasti bahagian kurikulum mana yang harus diajar secara bersemuka dan yang boleh dilakukan secara dalam talian.
“Penciptaan kandungan untuk pengajaran dan pembelajaran dalam talian harus mempunyai perancangan. Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian boleh membantu. Subjek yang boleh dinilai atau mampu diadakan peperiksaan dalam talian, perlu diputuskan.
“Jemaah Nazir juga harus bekerjasama dengan sekolah untuk membantu mengatur kelas atau bahkan pergi ke lapangan dan mengajar. Kita juga boleh merekrut guru sementara dan interim, sebagaimana saya bangkitkan dalam pertemuan rombongan PH bertemu Menteri Kewangan (sebelum ini) untuk membantu pelajar sepenuh masa dengan pembelajaran secara fizikal atau dalam talian,” katanya lagi.
Menurut Nik Nazmi, kumpulan pelajar sesi 2020 merupakan anggota termuda dari “Generasi Covid”, mereka mungkin memerlukan pemantauan dan bantuan untuk masa yang lama.
Sebagai permulaan, katanya, kerajaan harus meningkatkan kapasiti matrikulasi dan tingkatan enam dalam masa terdekat. Ini untuk membantu mempersiapkan pelajar Generasi Covid dengan lebih baik, kerana mereka telah kehilangan satu tahun persekolahan untuk pendidikan tinggi.
Manakala untuk kursus diploma, kolej dan universiti mesti dipertimbangkan untuk memperkenalkan kursus pengajian pra-pengajian tinggi (dengan kos minimum) untuk membantu kedua-dua kumpulan SPM dan STPM mengikuti pengetahuan yang diperlukan dalam bidang yang berkaitan.
PERJUANGKAN NASIB RAKYAT BUKAN CERITA DONGENG
Perjuangkan Nasib rakyat bukan cerita dongeng
Oleh: Redzuan RF8 Media
Puad Zarkashi
Tidak pelik pun bila YB PAS dari Pasir Mas menyindir sokongan bersyarat BN terhadap Bajet 21 yang dibahaskan secara berfakta oleh Datuk Seri Najib.
Tiba tiba ia disanggah dengan fakta dongeng dan hikayat oleh YB PAS dari Pasir Mas. Teruk dia dibelasah oleh netizen.
Kita tidak pelik kerana dia ahli parti politik. Mereka juga mahu kuasa. Mereka ada jawatan dalam PN. Sebab itu kita faham biila YB Pasir MAS sokong Bajet tanpa syarat.
Memperjuangkan nasib rakyat yang terkesan teruk kerana COVID-19 bukan cerita dongeng. Moratorium automatik dan pengeluaran dari akaun 1 KWSP bukan cerita hikayat. Ia adalah suara rakyat untuk kesenangan rakyat.
Ia tidak melibatkan pertambahan perbelanjaan. Akaun 1 adalah duit rakyat. Moratorium automatik pula hanyalah penangguhan sementara membayar pinjaman kepada bank yang masih untung.
Syarat Puteri Gunung Ledang adalah sindiran jangan jaga kepentingan diri tetapi jaga rakyat susah. Sokongan bersyarat BN ialah untuk rakyat. Bukan kerana kesenangan dan kuasa.
7 dulang hati kuman dan 7 dulang darah anak sendiri bukan syarat BN. Sebaliknya BN mahu “hati” rakyat senang dan “darah” keringat rakyat dihargai. Ramai hilang kerja dan bankrup. Rakyat susah.
Apakah YB Ahmad Fadhil mahu tukar Pasir Mas kepada Jambatan Emas seperti dalam cerita dongeng itu demi menjaga kepentingan kelompok sendiri bukan rakyat?
68 RIBU PEKERJA PUSAT BELI BELAH BAKAL MENGANGGUR
68 ribu pekerja pusat beli belah bakal menganggur
Oleh: Redzuan RF8 Media
Presiden Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPK), Tan Sri Teo Chiang Kok meramalkan 68,000 pekerja di pusat beli-belah bakal menganggur jika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terus dilanjutkan.
Menurutnya, jualan di pusat-pusat perniagaan yang beroperasi di dalam kompleks di seluruh negara hanya mencatatkan perolehan sekitar 20 hingga 30 peratus berbanding kebiasaan sebelum ancaman pandemik sejak pandemik Covid-19.
“Kesan PKPB kali kedua jauh lebih besar berbanding Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu,” dipetik Utusan Malaysia hari ini.
Beliau menjelaskan ketika PKP sebelum ini, majoriti peniaga masih ada simpanan untuk menyokong kelangsungan perniagaan manakala masyarakat pula ada lebihan tunai kerana moratorium automatik enam bulan.
Ujarnya, ramalan tersebut semakin terbukti melalui penutupan operasi jenama-jenama besar seperti Robinsons Dept. Store, pawagam, beberapa rangkaian francais serta jenama makanan dan minuman (F&B) tempatan.
PM PILIHAN MAHATHIR SEMUANYA PILIHAN YANG SALAH, YANG TAK DIPILIHNYA ITULAH CALON YANG TEPAT
Dalam beberapa ucapannya sebelum ini, Tun Mahathir Mohamad sering menyebut beliau adalah seorang yang tidak pandai memilih penggantinya.
Entah kenapa, pilihan pengganti saya selalu saja salah, demikian lebih kurang kata-kata Tun Mahathir.
Beliau menyebut perkara tersebut sebagai merujuk kepada Tun Abdullah Abdullah Badawi yang dipilihnya untuk mengambil alih tempatnya sebagai Perdana Menteri pada 2003 dan kemudian Najib Razak yang diusahakannya untuk menggantikan Tun Abdullah Badawi pada 2009.
Kedua-dua pemimpin tersebut telah dijatuhkan oleh Tun Mahathir sendiri kerana beliau tidak puas hati dengan prestasi mereka, selain kerana tidak lagi memperdulikan kata-katanya setelah mereka berada di puncak kuasa.
Setelah Najib dijatuhkan pada 2018, Tun Mahathir sendiri menjadi Perdana Menteri buat kali kedua bersama PH dan dengan sokongan tidak berbelah bagi oleh Anwar Ibrahim yang ketika itu berada di dalam penjara.
Setelah Tun Mahathir meletak jawatan dan PH tumbang pada Februari 2020 lalu, jawatan Perdana Menteri seterusnya diisi oleh Muhyiddin Yassin sehinggalah sekarang.
Walaupun Tun Mahathir ternampak kecewa dengan gerakan politik Muhyiddin dan melabelnya sebagai pengkhianat, tetapi beliau juga pernah bersetuju memberi laluan untuk Presiden Bersatu itu mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripadanya.
“Ada kemungkinan beliau dicalonkan (jadi PM). Jika semua pilih Muhyiddin, saya OK,” katanya kepada media pada 27 Februari lalu.

Dalam erti kata lain, sebagaimana Tun Abdullah Badawi yang dipilihnya sendiri untuk menggantikan tempatnya dan Najib yang dinaikkannya selepas itu, berjayanya Muhyiddin sebagai Perdana Menteri juga adalah melalui pilihan secara tidak langsung oleh Tun Mahathir.
Hari ini, sebagaimana terbukti tindakan Tun Mahathir memilih Tun Abdullah Badawi dan menaikkan Najib adalah pilihan yang salah sehingga beliau terpaksa menjatuhkan kedua-duanya, Muhyiddin juga adalah pilihan salah beliau yang berikutnya.
Malah, Muhyiddin jauh lebih teruk berbanding Tun Abdullah dan Najib di mana hanya dalam tempoh lapan bulan saja kepimpinannya sudah sarat dengan pelbagai masalah, rungutan dan rasa tidak puas hati rakyat.
Sebagaimana dilakukannya terhadap Tun Abdullah Badawi dan Najib, Tun Mahathir juga sedang berusaha menjatuhkan Muhyidddin melalui usul undi tidak percaya di Parlimen.
Walaupun sehingga ini belum ternampak ada tanda-tanda kejayaan ke arah mengemukakan usul tersebut, namun dunia tahu bahawa Muhyiddin tiada sokongan majoriti berikutan cadangannya mahu mengisytiharkan darurat serta menggantung Parlimen.
Hakikat yang nyata di sini, sebagaimana Tun Abdullah Badawi dan Najib merupakan pemimpin yang bermasalah kepada negara kerana merupakan pilihan yang salah oleh Tun Mahathir, Muhyiddin juga termasuk dalam kategori yang sama lantaran turut direstui oleh oleh Tun Mahathir.
Dalam usaha untuk mengembalikan mandat rakyat dan memberi kestabilan kepada politik negara, Anwar Ibrahim selaku Pengerusi PH dan Ketua Pembangkang dilihat satu-satunya pilihan yang terbaik mengemudi negara ketika ini.
Bagi tujuan tersebut, Anwar malah disokong oleh pelbagai pihak, termasuk daripada dalam kerajaan PN sendiri.
Tetapi, tidak seperti Tun Abdullah Badawi, Najib dan Muhyiddin, Tun Mahathir sentiasa saja berusaha menghalang kemaraan Anwar.
Baik ketika dalam UMNO, sewaktu bersama PH dan sehingga dalam keadaan tidak berparti sekarang ini, sisa nafas dan denyut nadi Tun Mahathir adalah semata-mata untuk menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri.
Maknanya apa?
Tidak lain, tentangan itu memberi maksud Anwar adalah pilihan yang tepat dan terbaik untuk negara.
Kalau yang dipilih dan direstui Tun Mahathir terbukti semuanya merupakan pilihan yang salah dan mendatangkan masalah, maka tentulah yang bukan pilihan dan tidak direstuinya itu sebenarnya pilihan yang tepat dan terbaik.
Lantaran itu, khususnya buat kelompok tertentu dalam PH, belajarlah melupa dan mengabaikan Tun Mahathir serta tidak lagi memperdulikan kata-katanya yang terus menolak Anwar sebagai Perdana Menteri seterusnya.
Lebih buruk, dalam usaha terakhirnya menolak Anwar dengan mempromosi kerajaan perpaduan kononnya, Tun Mahathir jelas mahu menaikkan dirinya sekali lagi sebagai Perdana Menteri.
Dan memilih diri sendiri ini adalah pilihan yang jauh lebih salah dan merosakkan berbanding tindakannya memilih Tun Abdullah Badawi, menaikkan Najib dah merestui Muhyiddin sebelum ini.
(Shahbudindotcom 17/11/2020)
INI DIA TUKANG BUAT KAJIAN TENTANG MUHYIDDIN
Nizam Aka
Si Anak bantu Si Abahnya buat kajiselidik untuk up abahnya..
Alahaiiiiii..kartun..kartun..Hokkk Alohhhh..JASA lah sangat..😂😂😂😂😂😂
PANAS! CIA Dedah Pembabitan Tun Mahathir Dalam Skandal BMF 1982...
CIA DAKWA WUJUD BUKTI PEMBABITAN MAHATHIR DALAM SKANDAL BMF TAHUN 1980an.
Berita tahun 2017 ini hanya dinafikan oleh PT95. Ada dia saman CIA dan TV3 kerana siarkan ini? Yillek..!!
Nafi kosong je lah....Elok juga kalau tanya Ku Li. Adakah DSAI tahu sesuatu?
Wallahualam.
- Zus Din
𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐎𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐍𝐃𝐈𝐑𝐈 𝐓𝐀𝐊 𝐅𝐀𝐇𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍.

𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐎𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐍𝐃𝐈𝐑𝐈 𝐓𝐀𝐊 𝐅𝐀𝐇𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍.
𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐙𝐀𝐅𝐑𝐔𝐋 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐊 𝐅𝐀𝐇��𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐑𝐀 𝟏𝟎𝟐 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍
𝐓𝐄𝐑𝐒𝐄𝐑𝐋𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐂𝐄𝐑𝐃𝐈𝐊𝐍𝐘𝐀 𝐙𝐀𝐅𝐑𝐔𝐋 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀𝐔 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐋𝐀𝐘𝐀𝐊 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐒𝐔𝐍𝐆 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐌𝐄𝐌𝐈𝐊𝐔𝐋 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐆𝐉𝐀𝐖𝐀𝐁 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍.
𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀
𝟏𝟓 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟎
Menteri Kewangan membayangkan sekiranya Belanjawan 2021 yang
dibentang kerajaan Perikatan Nasional tidak diluluskan, maka ia tidak akan
dapat membayar segala komitmen termasuk pembayaran gaji penjawat awam dan akan
mengesankan para petugas barisan hadapan yang berjuang memerangi COVID-19.
Saya fikir ini satu kenyataan yang bersifat hambar dan berbaur
ugutan serta sebahagian dari rencana untuk mengenepikan suara majoriti Ahli
Parlimen.
Saya yakin bahawa kita mampu mengemukakan belanjawan atau
pindaan yang lebih baik untuk kepentingan rakyat.
Seperti mana yang saya tegaskan tatkala membahaskan belanjawan
di Parlimen, soal emolumen penjawat awam, perbelanjaan mengurus dan utamanya
perbelanjaan untuk barisan hadapan serta kelengkapan perubatan dan kesihatan
tetap dipertahankan.
Saya ulangi gesaan untuk kerajaan teliti semula Belanjawan 2021.
Pembangkang hanya mendukung sekiranya ia benar-benar belanjawan untuk memerangi
COVID-19.
𝐀𝐍𝐖𝐀𝐑 𝐈𝐁𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌
𝟏𝟓 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟎
Kredit: FB Page Anwar Ibrahim
(EDISI AKHIR ULAS BERKAITAN PARTI AMANAH. IANYA TIDAK MENGUNTUNGKAN PH) FINALLY...!! LAMA DAH PENYOKONG2 PH DOK SURUH BUKAN SETAKAT KHALID SAMAD TAPI #K3 TEGUR PT95 TU. Better late than NEVER
FINALLY...!! LAMA DAH PENYOKONG2 PH DOK SURUH BUKAN SETAKAT
KHALID SAMAD TAPI #K3 TEGUR PT95
TU. Better late than never...tapi bila
nak tegur Anai-ANAI PANtuk?
Selama ni, selain pemimpin Keadilan, hanya beberapa kerat shj
seperti Ramkarpal Singh, Dato' Husam Musa yg berani tegur PT95. Yg lain mcm
tarak teloq atau respect terlebih kat Org Tua tu.
Tahu pulak Khalid Samad yg bergaduh sesama sendiri tu takde guna
dan tak menguntungkan Pembangkang. Setakat tegur PT95 tak cukup, Anai2 PANtuk
Oren Masam bila hg nak tegoq Lid? Depa ni lah punca penyokong berbalah secara
berpanjangan.
Kalau depa STOP serang PENGERUSI PH, STOP dok promote PT95 ORANG
LUAR dan BUKAN PH tu sehingga mengeji DSAI, kami pun takde sbb nak serang puak
tu.
Sampai ke hari PANtuk ni tarak akai atau #K3 pun sama
biol?
- Zus Din
17 November 2020
***************************************
AMANAH gesa tumpu usaha kembalikan mandat rakyat
Serangan terhadap Anwar tidak membantu
Serangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Presiden PKR, Datuk
Seri Anwar Ibrahim dianggap sebagai satu kenyataan yang tidak perlu dan tidak
membantu sama sekali dalam usaha mengembalikan mandat rakyat.
Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abd Samad berkata, teguran
bekas Perdana Menteri itu pasti akan dibalas oleh penyokong Anwar yang akhirnya
akan menyebabkan sengketa sesama parti berterusan.
“Kenyataan Mahathir tidak mengambil kira hakikat bahawa Pakatan
Harapan adalah kerajaan yang bersandarkan konsep pertanggung-jawaban bersama
iaitu keputusan bukan di tangan Perdana Menteri seorang.
“Tun sendiri pasti ingat semasa beliau Perdana Menteri,
perbahasan panjang dan mendalam merupakan kebiasaan kami dan ada juga yang
dibuat tidak mengikut pendapat Tun pada asalnya.
“Dalam suasana sekarang, kita perlu menumpu segala kekuatan
untuk menghalang kemaraan PN yang sedang bergerak licik untuk mengekalkan
kedudukan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, Mahathir mendakwa Anwar tidak berkemampuan untuk
memimpin negara terutama ketika berhadapan dengan krisis ekonomi ketika ini.
Beliau berkata, ianya berdasarkan pengalamannya bersama ahli
Parlimen Port Dickson itu ketika mentadbir negara.
Perkara tersebut kemudiannya mendapat respon PKR yang membidas
tokoh berkenaan cuba untuk mengkhianati dan menggagalkan usaha PH menjadi
kerajaan semula.
Malah, ianya merupakan peluang untuk melonjakkan kedudukan
pembangkang bagi mendapatkan kembali kedudukan sebagai kerajaan.
“Kalau PN masih memerintah selepas membentang satu belanjawan
yang terburuk dalam sejarah negara, ianya bukan kerana parti itu kuat.
“Tetapi sebaliknya kerana pembangkang tidak sepakat dan hilang
tumpuan serta sibuk berbalah satu sama lain,” katanya lagi.
https://malaysiadateline.com/amanah-gesa-tumpu-usaha.../...



Zubaidi Sudin
Sangat tepat kena ke batang peliarq ...eh...batang hidung Din Ghuyub sendiri yang mendewa-dewa kan Kepala Penyamun dan Perompak...!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
