*PAS Kelantan & Rantau Panjang Terima Kejutan Besar Bila Ustaz Ebit Lew Ziarah Keluarga Duduk Dalam .....

Imej mungkin mengandungi: teks yang berkata '< Dato' Nik Amar 4 hrs Kebaikan yang tidak berakal akan mencetuskan fitnah yang berangkai'

*PAS Kelantan & Rantau Panjang Terima Kejutan Besar Bila Ustaz Ebit Lew Ziarah Keluarga Duduk Dalam Kawasan Pembuangan Sampah Tidak Mampu Diselesaikan oleh Kerajaan Negeri.* - Komen Anak Perantau.

Kata Membangun Bersama Islam? 

Kritik orang No 1, tapi badan sendiri penuh kudis tidak nampak.

Rakyat Malaysia terkejut! Lagi terKejut PAS bila Utz Ebit Lew g tgk rumah daif di kwsn pembuangan sampah @ Kg Cherang Hanggus di Parlimen Rantau Panjang. 

Habis kelam kabut Pas Rantau Panjang, Pejabat Tanah Pasir Mas, Jabatan Kebajikan Masyarakat dll. 

Negeri yang dikatakan berkebajikan dan Membangun Bersama Islam, realitinya rakyat Negeri sendiri pun merempat tiada tanah, cari makan dengan kutip sampah sarap untuk sara keluarga.

YB Zailah, YB Rozi, Ajk2 Pas Kawasan, Pemuda Pas Rantau Panjang, Penghulu dl nampaknya gelabah semua komen2 di Media Sosial nak counter balik. Nak Kaunter apa? Dah berpuluh tahun benda itu berlaku. Ramai yang tahu.

YB Zailah Timbalan Menteri Wanita sekarang, Jabatan Kebajikan Masyarakat dibawah kelolaan beliau. Sepatutnya kerja nya lebih efektif; Bukannya datang lawat dan agih beras dan akanan dll, kemudian biar sahaja mereka disitu berpuluh-puluh tahun. 

Khabarnya di Kawasan Pembuangan Sampah itu juga jadi ‘kawasan gelap’ bagi orang kampung, kerana ramai anak muda terlibat dengan kegiatan jual beli Pil Kuda. Ini juga masalah kronik No 1 di Kelantan, dah jadi Kerajaan Pusat pun benda ini masih tidak di ambil berat. 

Itu belum lagi kes HIV AIDS yang banyak orang tempatan ke Golok, Thailand sempadan Rantau Panjang. Jika tak silap YB Ustaz Nik Abduh pula pernah bagi statement komen Pentadbiran Selatan Thai dulu kes itu, waktu beliau jadi Ahli Parlimen Pasir Mas.

YB Kak Lah pun dah berapa puluh tahun jadi YB situ. YB Abdul Rosol pula Adun situ, sebelum ini Hj Abdul Fatah Harun. 

Tempat pembuangan sampah tu ramai penduduk kampung buat bantahan; kerana isu bau dan waktu banjir sampah sarap hanyut ke rumah orang kg. Nilai tanah jadi merosot, isu sosial bertambah dan pencemaran meningkat.

Banyak isu telah dibangkitkan, keluar surat khabar dan media sosial; Pihak Kerajaan hanya diam membisu. Sampah tetap dibuang, hingga membukit. Soalah-olah tiada cara lain pelupusan sampah. Menteri Alam Sekitar pun Timbalan Presiden PAS sekarang; takkan tidak boleh selesai? Gaji mahal. Dah la jadi Ahli Parlimen di Kelantan.

Majlis Daerah Pasir Mas buat pekak badak aduan rakyat, pembuangan sisa sampah dibawah kelolaan mereka. Mungkin sebab ramai orang politik Pas jadi Ahli Majlis Daerah, jadi tidak efektif. Bab melawat/melancong Luar Negara nampak selalu ada. Tapi tiada result untuk rakyat.

Orang tu sudah lebih 20 tahun duduk situ, tanah tiada nak buat rumah, menumpang tanah orang. Tanah Kerajaan, tempat pembuangan sampah tu telah dipagar. Bukan satu keluarga, berberapa keluarga duk situ. Semua susah.

Kerajaan Pas sentiasa duk agih lot lot tanah, antaranya tanah yang Felcra teroka sekitar Pejabat Pas Rantau Panjang, dan yang terkini tanah rizab haiwan di Mukim Repek. Agih kat orang politik aje ke? Makcik tu takleh?

Banyak sangat isu tanah orang kg, yang bayar premium/Permohonan tanah baru, akhirnya bertukar tangan kepada orang-orang yang ada kabel politik dan pejabat tanah? Tanya.

Soal orang kg, pada siapa mereka agih tanah? Sedangkan rakyat susah tidak dapat. 

Orang kg sekitar situ tahulah bertapa ‘mewah’ nya tanah orang-orang politik Rantau Panjang. Boleh rujuk isu isu tanah sebelum ini. Bayar resit kuning, lepas bertahun-tahun dapat tahu tanah lot yang dibayar dapat pada orang lain itu biasa.

Duit RM400 JUTA yang Kerajaan dulu bagi buat apa agaknya? Duit hasil minyak pun dah masuk Akaun Kerajaan Negeri dan Majlis Agama Islam Kelantan lebih RM50 juta setahun. Kemana duit itu dibelanjakan. Takkan nak bayar sewa rumah untuk keluarga tu macam Ustaz Ebit buat pun tak boleh?

Mb, Tmb, Exco haritu dapat kereta Mercedes Mewah sebijik seorang, dapat pula Elaun RM50,000 seorang. Waktu COVID 19, bantuan tunai hanya diberikan kepada kakitangan Kerajaan Negeri dan orang politik sahaja, rakyat tak dapat apa. Kemana duit itu dibelanjakan? 

Duit banyak, Takkan nak bayar sewa rumah untuk keluarga tu macam Ustaz Ebit buat pun tak boleh? Jawab lah depan Allah Swt nanti.

Dulu PAS boleh la jaja Kerajaan tiada duit, sekarang dah jadi Kerajaan Pusat dan dah dapat duit, takkan takda hasil juga? Masalah Air belum masuk lagi, raya dah dekat. Air kuning dan keluar angin ja musim PKP aritu.

Apa nak jdi dengan Negeri Kelantanku? Sedih. Laungan Islam tu hanya di slogan, tidak di amalan. 




Anak Perantau Kelantan Sedih

KEMUNCAK KEROSAKAN PAS ADALAH APABILA BERSEKONGKOL DENGAN PENGKHIANAT

1 HUKUM HUDUD MANSUH IKUT UMNO – INFO TERKINI POLITIK, SOSIAL DAN ...Wak Sempoi - Gara-gara PN rampas kuasa secara haram, maka ...

Kenapa sewaktu Kjaan Pas Perak di bawah YB Nizar dijatuhkan oleh tiga ekor pengkhianat pada tahun 2009 dulu, Pas menghukumnya sebagai pengkhianat dan dilaknat, sehingga ada tiga empat ekor lebai sanggup berbaring di tengah jalan depan istana perak untuk menghalang angkat sumpah MB baru?  Tidakkah menghalang kenderaan sultan itu satu derhaka? Kalau mati kena langgar waktu itu mati syahid?

Dijawab oleh lebai waktu itu, hukumnya kami wajib berjihad lawan pengkhianat kerana yg hilang itu adalah jawatan MB milik Pas.

Pada tahun 2020, Muhyidin dan Azmin serta gerombolan pengkhianat telah keluar dari PH dan mengajak umno serta Pas untuk bergabung tubuhkan kerajaan pintu belakang tanpa mandat rakyat.
YANG MANA SATU PAS MAHU? - Shahbudin dot comNegara Insider - BUBAR PARLIMEN SEGERA! Ekonomi semakin... | Facebook

Tanpa rasa malu, jauh lagi rasa bersalah atau berdosa, Pas dengan pantas menukar keputusannya daripada menuntut dibubarkan Parlimen kepada menyokong kumpulan pengkhianat kerana Pas dapat jawatan paling besar dalam dunia iaitu duta khas untuk Presidennya, dan menteri jaga tempat sampah atau alam sekitar untuk timbalan presidennya.

Waktu sekarang, hukumnya wajib pertahankan pengkhianat dan haram pertahankan atau kembalikan mandat rakyat, kerana Pas dapat untung dari perbuatan khianat itu.
Bubar Parlimen berbeza dengan langkah 'sumbang'

Itulah kemuncak kerosakan parti Pas.  Malang sekali parti yg ditinggalkan oleh Almarhum Tok Guru Nik Aziz ini sekelip mata dijual prinsipnya  oleh Hadi.

WFAUZDIN NS

ANAK TIRI DAH BEBAS..YAHOOO

https://www.hmetro.com.my/utama/2020/05/578241/riza-aziz-dilepas-tanpa-dibebaskan

1. Sensasi, mengejudkan dan membimbangkan.

2. Anak tiri Mohd Najib Abdul Razak dan anak Rosmah Mansor, Riza Shahriz Abdul Aziz, dilepaskan tanpa dibebaskan daripada tuduhan pengubahan wang haram AS$248 juta (kira-kira RM1.25 bilion).

3. Tolong baca berita surat khabar yang dipautkan sebelum buat komen. Pengulas yang membuat komen mengandungi maki-hamun dan lucah menghadapi kemungkinan disekat (block).

4. Ikut laporan media massa arus perdana, pihak Peguam Negara dan Timbalan Pendakwa Raya,  Gopal Sri Ram, telah mencapai beberapa persetujuan dengan tertuduh di mana kerajaan akan terima sejumlah wang "bernilai jutaan ringgit".

5. Sekiranya syarat-syarat persetujuan itu dipenuhi, tertuduh akan dibebaskan.

6. Timbul beberapa persoalan (posers) di sini. Mohon izin meminta penjelasan mengenai persoalan berikut:

i. Apakah ini keputusan yang bersendirian dan berasingan atau meripakan pratayang kepada kes-kes berprofil tinggi lain, khususnya yang berkaitan skandal 1MDB?

ii. Adakah dengan memulangkan duit yang dicuri, jenayah akan diampunkan dan pertuduhkan digugurkan?

iii. Adakah pengadilan kes jenayah berprofil tinggi ini berdasarkan duit semata-mata atau yang lebih utama adalah menghukum penjenayah?

iv. Apakah ada perubahan dasar dan pendekatan di pihak Pejabat Peguam Negara dan Pendakwa Raya terhadap kes-kes jenayah berprofil tinggi sejak pengambilan alih pemerintahan negara oleh kerajaan Perikatan Nasional?

v. Riza dituduh mengubah wang haram 1MDB lebih RM1 bilion. Berapa banyakkah yang akan dia pulangkan kepada rakyat jelata Malaysia?

Tanpa prajudis dan dengan permohonan maaf. Wallahuaklam. Terima kasih.


BUAT KEBAJIKAN KENA MINTA IZIN KERAJAAN ISLAM


WAN SIDEK

Parok , pah buat kebajikan kena minta restu kerajaan negeri dulu? blaja mano isle gitu?
Kesian Ustaz Ebit Lew, hari tu dah kena kecam dengan Abu Syafiq. PAROK BOHH.
Kalau selalu singgah tak ada lah keluarga yang tercicir macam gini.....

Komen

KETAWA MENDENGAR CERAMAH HAJI HADI |REAKSI EMOSI POLITIK|



MUHYIDDIN TERBUKTI PENAKUT.DAH 3 KALI MENGUBAH SIDANG PARLIMEN




Hanya kira-kira dua bulan lebih sikit memegang jawatan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin telah tiga kali mengubah peraturan Sidang Parlimen semata-mata kerana takut hilang jawatannya.
Pertama, sebaik mengangkat sumpah pada 1 Mac lalu, beliau telah menangguhkan tarikh asal Sidang Parlimen yang telah ditetapkan pada 9 Mac kepada 18 Mei.
Ketika itu, jika Sidang Parlimen tidak diubah tarikhnya, Muhyiddin lebih mungkin hanya merasa duduk sebagai Perdana Menteri untuk tempoh 9 hari saja.
Lantaran takut hilang jawatan dan tidak mahu tercatat sebagai Perdana Menteri 9 hari, Muhyiddin lalu menangguhkan tarikh Sidang Parlimen kepada 18 Mei.
Kedua, beliau menetapkan Sidang Parlimen pada 18 Mei itu hanya untuk sehari saja iaitu bagi upacara pembukaan dan perasmian oleh Yang Dipertuan Agong serta pembentangan usul-usul kerajaan seperti perlantikan Ketua Pembangkang, perlantikan Pengerusi PAC atau Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan lain-lainnya.
Membahaskan ucapan Yang Dipertuan Agong turut ditanggungkan kepada Sidang Parlimen Julai akan datang.
Tidak pernah dalam sejarah Sidang Parlimen diadakan hanya sehari, lebih-lebih lagi selepas upacara perasmian oleh Yang Dipertuan Agong.
Tetapi, Sidang Parlimen yang dijadual sehari pada 18 Mei ini mungkin berubah jumlah harinya berikutan Speaker Parlimen membuat keputusan menerima usul Ahli Parlimen Batu Sapi, Liew Vui Keong yang memohon sidang dilanjutkan sehingga lapan hari.
Speaker turut menerima usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin yang dibawa oleh Tun Mahathir Mohamad untuk dibahaskan.
Ketiga, apabila ternampak kedudukannya kian tergugat berikutan kedua-dua usul itu diterima, Muhyiddin sekali lagi mengubah peraturan Parlimen dengan menetapkan sidang pada Isnin depan hanya untuk acara pembukaan semata-mata.
Tiada usul kerajaan akan dibentangkan dan selepas saja acara pembukaan, semua Ahli Parlimen kena balik ke rumah atau negeri masing-masing.
Dengan yang demikian, untuk tempoh sekurang-kurangnya sehingga Julai akan datang, negara kita tidak mempunyai Ketua Pembangkang dan Pengerusi PAC berikutan usul perlantikan kedua-duanya yang sepatutnya pada 18 Mei ini turut ditangguhkan.
Perubahan yang ketiga itu diumumkan Speaker semalam setelah beliau menerima surat yang ditandatangani oleh Muhyiddin selaku Ketua Majlis Dewan Rakyat yang mengarahkan ketetapan sedemikian.
Dengan itu, adalah jelas semua perubahan yang dilakukan oleh Muhyiddin adalah semata-mata untuk mengelak usul undi tidak percaya terhadapnya.
Lebih-lebih lagi, perubahannya yang diarahkannya semalam setelah mengetahui usul tidak percaya terhadapnya diterima Speaker, Muhyiddin boleh dianggap telah menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadinya.
Sudahlah menjadi Perdana Menteri melalui tebuk atap dan berbohong berkenaan keputusan mesyuarat MPT Bersatu dalam isu membawa keluar parti itu daripada PH, lebih buruk dan tidak bermoral kerana Muhyiddin juga sengaja mengubah-ngubah tarikh dan peraturan Sidang Parlimen semata-mata untuk mengelak kehilangan jawatannya.
Dalam sejarah Malaysia, tidak pernah kita ada Perdana Menteri yang sebegini penakut dalam berhadapan dengan realiti dan cabaran dalam politik.
Najib Razak pun hanya lari daripada program “NothongToHide” saja, tetapi tidaklah pernah sampai memendekkan Sidang Parlimen sepertimana yang dilakukan oleh Muhyiddin ini.
Dengan tindakannya sampai tiga kali mengubah peraturan Sidang Parlimen hanya dalam tempoh dua bulan bagi mengelak usul undi tidak percaya terhadapnya, ternyata Muhyiddin kini sudah hilang wibawanya sebagai seorang Perdana Menteri.
Selepas ini, tidak ada jaminan Sidang Parlimen bulan Julai depan akan diteruskan selama 15 hari seperti yang dijadualkan.
Mungkin ketika itu, jika rasa-rasa tidak lepas juga dalam usul undi tidak percaya terhadapnya, lain pula helahnya untuk mengelak daripada usul tersebut.
Orang penakut akan selamanya menjadi penakut dan adalah malang bagi negara jika mempunyai pemimpin seperti ini untuk tempoh yang lebih lama lagi. 
(ShahbudinHusin 14/05/2020)



ADOII....MENTERI..


Pertama kali ada org bodo tahap gaban dlm kerajaan. Semua sekolah cukup ka bilik kelas utk belajar dgn jumlah 17 org. Kalau tak cukup yg lebihan pelajar tu nak belajar kat mana. HOTEL ka. Tambahan guru nak ambil kat mana. Pelarian ROHINGYA ka...



Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks mungkin yang mengatakan 'malaysiakini Menteri Sembang Kari Bila sekolah buka, maksimum 17 pelajar saja sekelas 2May 2020, 12:12pm Dikemaskini hari lepas Satu kelas biasanya 35-40 org. Jika 1 kelas bahagi 2, kenalah tambah kelas, tambah guru. Secara praktikal, sekolah tak mampu buat. Tak cukup kelas, tak cukup guru. Menteri Pendidikan sembang kari bolehlah.'

MUHYIDDIN BAKAL KENA PECAT PULAK....?


Wah , kecoh betul ni....kali ni PM kena pecat dengan parti sendiri, dan ini memang lah sesuatu yang amat mengejutkan. Adakah PM bakal menjadi PM bebas selepas ini?





NAJIB MERASA KONON-KONONNYA NYA DIA KERAMAT SEBAB SUMPAH LAKNAT DIA MAKA KERAJAAN PH TUMBANG?


Sampai tahap situ Najib kleptokrasi ini perasan. Beliau perasan, bila beliau melakukan sumpah laknat, maka selepas itu kerajaan PH tumbang angkara khianat. Konon-kononnya nak beritahu beliau tidak bersalah dalam rompakan terbesar skandal 1MDB.
Wahai Najib, kamu lupakah bahawa kamu juga pernah bersumpah di Permatang Pauh dahulu bahawa kamu tidak mengenali Altantuya? Selepas sumpah itu Kerusi Permatang Pauh dimenangi oleh Keadilan. Kamu bersumpah lagi sebelum PRU14 bahawa kamu tidak terlibat di dalam skandal 1MDB dan tidak kenal Jho Low. Betul kah kamu tidak kenal Jho Low yang pernah datang bertemu kamu? Dan, selepas sumpah itu kerajaan kamu tumbang. Kamu lupakah itu?
Kamu bersumpah, kerajaan kamu tumbang secara demokratik apabila rakyat menolak parti kamu, bukannya kerajaan kamu tumbang kerana khianat seperti apa yang berlaku sekarang. Jauh bezanya kerajaan yg kami menangi secara demokratik dan bermaruah hasil mandat rakyat berbanding naiknya kerajaan sekarang hasil dari perbuatan jijik pengkhianatan yang seluruh dunia tidak akan terimanya sebagai kerajaan bermaruah.
Jadi, tidak usahlah mahu kaitkan dengan sumpah budak-budak yang kamu lakukan itu. Kerana sumpah itulah kamu terhina sekarang. Satu dunia kenal siapa raja kleptokrasi. Rakyat masih ingat beberapa hari kerajaan PH berkuasa, rumah kamu digeledah dan rakyat terkejut apa yang memenuhi trak-trak yang mengangkut barang-barang dari rumah kamu. Jutaan ringgit tunai ditemui beserta barang-barang kemas, beg-beg barang mahal dan jam tangan berjenama dikumpulkan seperti barangan jualan banyaknya. Keaiban kamu terdedah angkara sumpah kamu. Lupakah kamu ?

Hingga hari ini kamu masih bergelut dengan berbagai kes di mahkamah. Tidak pelik jika kamu sekarang memuji memuja Muhyidin yang kamu campakkan dari Umno dulu kerana kamu berasa 'nyawa' kamu ditangannya. Semoga kamu berjaya membodeknya.

WFAUZDIN NS

PROJEK KUIH RAYA: CINA DAP TOLONG MELAYU.MELAYU ISLAM BUAT APA? REBUT GHANIMAH?



Projek kuih raya: rakyat dibantu, pasukan hadapan disantuni


Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini ternyata berbeza berbanding tahun-tahun lain. Penguatkusaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi memerangi penularan pandemik berbahaya, Covid-19 telah membawa impak yang besar kepada kehidupan rakyat.
Ramai peniaga terutama penggiat industri kecil dan sederhana (IKS) terkesan ekoran PKP. Ramai dikatakan menjadi orang miskin baru (OMB) akibat terputus gaji. Ramai juga dilaporkan kehilangan pekerjaan. Golongan-golongan ini perlu diberi perhatian segera.
Sehubungan itu, prihatin terhadap nasib golongan tersebut, wakil-wakil rakyat DAP telah tampil menggerakkan inisiatif projek kuih raya dalam usaha membantu golongan memerlukan memperoleh sedikit rezeki sebelum Syawal menjelma.
Projek ini juga mempunyai misi serampang dua mata tersendiri iaitu membantu peniaga kuih raya daripada aspek pemasaran, ia juga bertujuan menyantuni para petugas barisan depan yang bertungkus-lumus memberi perkhidmatan terbaik dalam memerangi pandemik terbabit.
Inisiatif ini sekali gus mencerminkan pendekatan proaktif wakil-wakil rakyat DAP ini dalam mendengar denyut nadi rakyat yang terjejas terutama menjelang musim perayaan.
Di Seremban, Negeri Sembilan, ahli Parlimennya, Anthony Loke Siew Fook telah mengambil inisiatif untuk mengumpulkan sekumpulan suri rumah untuk menghasilkan 5,000 balang biskut raya.
Semua biskut raya tersebut dihadiahkan kepada petugas pasukan hadapan di seluruh Negeri Sembilan sebelum Hari Raya Aidilfitri sebagai penghargaan terhadap pengorbanan mereka melawan Covid-19 demi keselamatan kita semua.
Setiap balang biskut yang dihasilkan akan dibayar RM20. Melalui pendekatan ini, mereka yang terlibat dalam projek tersebut juga boleh mendapat sedikit rezeki sebelum Raya.
Inisiatif ini mendapat sambutan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Suri Rumah Rahmah (SRR) yang menzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada Anthony.
Pertubuhan itu berkata, usaha murni tersebut adalah selari dengan misi mereka di SRR untuk menjuarai advokasi isu berkaitan suri rumah.
“Kami menyambut baik initiatif mulia seperti ini.
“Keperihatinan YB kepada golongan suri rumah untuk memberi sumbangan kepada masyarakat adalah sebuah bentuk pengiktirafan bagi memartabatkan kerjaya suri rumah di Malaysia,” katanya dalam hantaran Facebook baru-baru ini.
SRR turut berharap lebih ramai suri rumah terinspirasi dengan usaha sebegini dan cuba mengambil peluang untuk berperanan dalam masyarakat mengikut kapasiti masing-masing.
Sementara itu, di Kluang, Johor, ahli Parlimennya, Wong Shu Qi menggerakkan inisiatif program Kuih Raya Sayangi Kluang. Pihaknya menyumbang bahan, membantu buat tempahan, serta menjalankan pemasaran.
Usaha ini dilihat dapat mempertingkatkan kebolehpasaran produk usahawan wanita yang terlibat dalam program berkenaan sekali gus memberikan pengguna lebih banyak pilihan.
Dalam pada itu, di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, ahli Parlimen, Steven Sim memaklumkan, Team I Love BM telah melawat beberapa keluarga kurang bernasib baik di Bukit Mertajam.
Melalui projek Kuih Raya I love BM ini, keluarga-keluarga miskin di kawasan tersebut akan dipilih dan dibantu untuk menjana pendapatan melalui penghasilan kuih raya. Golongan tersebut akan membuat kuih raya, manakala pihaknya akan membeli.
Seterusnya, kuih raya itu akan dihadiahkan kepada pasukan hadapan termasuk di hospital, balai polis, balai bomba, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Rela, Angkatan Pertahanan Awam sebagai menghargai jasa mereka berkhidmat pada sepanjang PKP.