Anwar ziarah kubur anggota bomba yang maut ketika bertugas



KEBAJIKAN TENTERA TERJAGA JIKA ANWAR JADI PM

BEKAS SETERU, RUSLAN KASIM BANTU ANWAR DI PD

DAP YAKIN ANWAR MENANG BESAR DI PD

‘ANWAR AKAN BAWA PORT DICKSON KE TARAF ANTARABANGSA’ – IR KHALID SAMAD

PENJAWAT AWAM ERA BN DIBAYAR RM260K SEBULAN

PH AKAN DAPAT LEBIH BANYAK SOKONGAN MELAYU – LIM GUAN ENG

Mahathir tempelak dakyah pembangkang burukkan hubungan dengan Anwar


Adu domba jentera propaganda pembangkang melaga-lagakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim disanggah apabila Perdana Menteri mengulangi komitmen dan janji bahawa Anwar sebagai pengganti beliau.

“Itu janji saya,” kata Dr Mahathir menjawab soalan dalam Forum Tahunan Kedua Perniagaan Global Bloomberg di New York semalam.

Jelasnya, sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, rakyat sememangnya mahukan perdana menteri baru tetapi tiada pilihan kerana ketika itu Anwar berada dalam penjara dan tidak boleh meneraju parti.

“Justeru, saya bersetuju bahawa saya akan berada di sana mungkin untuk dua tahun dan pemimpin baru akan mengambil alih kepimpinan,” katanya lapor The New Straits Times.

Katanya, beliau tidak akan lama memegang jawatan Perdana Menteri dan berkongsi bagaimana parti komponen Pakatan Harapan melupakan perbalahan silam dan menjalinkan kerjasama untuk menumbangkan Barisan Nasional yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak.

“Saya berjanji bahawa saya tidak akan kekal lama sebagai perdana menteri. Mungkin dua tahun, mungkin lebih, mungkin kurang.

“Apa yang penting ialah kita mempunyai kerja sama empat parti. Beberapa sejarah lalu kami tidak menyumbang kepada kerja sama itu.

“Justeru, kami perlu melupakan perkara lalu dan menumpukan kepada isu penting yang pada masa itu ialah untuk menumbangkan perdana menteri sebelum ini. Untuk itu kami sedia melupakan perbalahan lalu,” katanya.

Laporan ini dibuat selepas Umno mendakwa kononnya sedang menunggu untuk menjadi ‘kerajaan perpaduan’ dengan mana-mana parti Pakatan Harapan. – Roketkini.com


ANWAR BAIK UNTUK PD – SAMAD SAID

CERPEN : ANJING

OLEH : Mohd Hilmi Hilmi
Image may contain: dog and outdoor


Ini anjing,
Hidupnya terkurung,
Didalam pagar kawasan rumahnya sendiri...
Nampak salakannya sangat ganas dan garang,
Bila memasuki kawasan pagarnya, nampak cukup gah dan ditakuti..
Ini anjing,
Suka menyalak segala apa perkara yg dilihat diluar pagar,
Memandang rendah orang lain yg berada di luar pagar dengan salakannya yg katanya ganas dan garang...
Kehidupannya sangat membangga diri sendiri kununnya dialah yg cukup sempurna..
Apa saja orang diluar pagar semuanya salah,
orang berbasikal, salah,
Orang naik kereta, salah,
Orang naik motor, salah,
Orang berkawan, salah,
Semuanya disalaknya...
Tetapi dia lupa, orang diluar jauh berpengalaman segala asam garam kehidupan berbanding dirinya yg hanya berani didalam pagar...
Apabila ada yg mencabarnya keluar pagar,
Pasti ia menyalak mengatakan, ia adalah takdir tuhan dia duduk dalam pagar..
Nah... Sekarang gunakan tuhan untuk menutup ketakutan dan kelemahannya...
Dari lahir dan kini anjing ini semakin tua,
Akalnya semakin melarat,
Kesombongannya semakin menjadi2 atas alasan sudah berpengalaman cukup lama didalam pagar,
Bagi peminat anjing, mereka mengatakan anjing ini masih gah,
Tetapi orang ramai melihat anjing ini semakin sasau dan menjadi anjing gila sebelum mati..
Inilah kehidupan sebenar anjing didalam pagar dari muda hingga tua dan seterusnya mati...
Sekian...
*Kenapa tanding kawasan campur, tak berani tanding kawasan melayu..?

BILIK GERAKAN PD

Image may contain: sky, bus, cloud and outdoorImage may contain: 1 person, outdoor
Image may contain: sky, cloud and outdoorImage may contain: 1 person, bus, sky and outdoor

PELABURAN TAIWAN, SINGAPURA UNTUK PD – ANWAR

KEMPEN GENTELMEN: ANWAR TIDAK JANJIKAN PROJEK

PRK PD: PENCABAR ANWAR HANYA REBUT UNDI PEMBANGKANG

LIVE FROM PD

ANWAR TAK TERGUGAT DI PORT DICKSON....



Berbanding beberapa pilihanraya sebelum ini, pilihanraya kecil Port Dickson yang akan berlangsung pada 13 Oktober depan boleh dianggap satu pilihanraya yang paling banyak memberi kejutan kepada orang ramai.

Sebelum ini ramai yang terkejut apabila Anwar Ibrahim memilih Port Dickson sebagai kawasan untuk ditandingi bagi membolehkannya kembali menjadi Ahli Parlimen dan sebagai persediaan mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir Mohamad.

Ramai yang bertanya dan tertanya-tanya, mengapa Port Dickson jadi pilihan  dan apa istimewanya Port Dickson kepada Anwar?

Seketika, di sebalik keputusan itu, orang Port Dickson kemudiannya secara perlahan-lahan jadi teruja  dengan adanya pilihanraya kecil ini kerana Port Dickson akan melahirkan seorang Perdana Menteri yang tidak pernah terbayangkan oleh sesiapa sebelumnya.

Dengannya ramai yang membayangkan kawasan Port Dickson akan lebih melimpah dengan pembangunan, kedatangan pelabur, pembinaan kilang-kilang, pelbagai kemudahan, keselesaan dan peluang-peluang pekerjaan untuk anak tempatan.

Selepas BN tidak sedia meletakkan calon dan hanya Pas merupakan pencabar yang dilihat sedikit "menggigit" untuk memberi cabaran kepada Anwar dengan meletakkan bekas tentera sebagai calon, Port Dickson seterusnya memberi satu lagi kejutan apabila Isa Samad tiba-tiba mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas.

Dengan kedudukannya sebagai bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selama 23 tahun dan bekas Ketua UMNO Teluk Kemang (sekarang ditukar nama kepada Port Dickson) lebih 30 tahun, kehadiran Isa dilihat sesetengah pihak mampu memberi cabaran yang hebat kepada Anwar.

Apatah lagi dengan BN tidak bertanding, undi UMNO dan Melayu dijangka akan berpindah kepada Isa sebagai anak tempatan berbanding Anwar yang merupakan orang luar.

Tergugatkah Anwar dengan kehadiran Isa?

Malam tadi pula, satu lagi kejutan muncul di Port Dickson di mana daripada lapan calon yang didapati sudah membayar wang deposit untuk bertanding, salah seorang daripadanya ialah Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu Anwar yang terkait dengan kes liwat 2 yang menyebabkan Presiden PKR itu dihukum penjara buat kali kedua.

Kehadiran Saiful tidak lain lantas memunculkan pertanyaan spontan - siapakah yang menajanya bertanding di Port Dickson ini?

Menjelang hari penamaan calon hari ini, kehadiran Isa dan Saiful dalam pilihanraya ini adalah paling banyak sekali diperkatakan orangramai di Port Dickson ini. Kehadiran kedua-duanya hampir menenggelamkan wujudnya Pas yang turut sama meletakkan calon.

Meskipun Isa anak tempatan dan dikenali ramai, tetapi kehadirannya mungkin tidak banyak menggugat Anwar kerana beliau hanyalah calon Bebas yang tidak mampu memberi apa-apa peruntukan kepada rakyat, selain zamannya juga dianggap sudah pun berlalu sekarang ini.

Memang tidak dinafikan akan ada undi Melayu beralih memihak kepadanya, namun ia tidak mungkin mampu menghasilkan kemenangan kepadanya berbanding penampilan Anwar yang dilihat sebagai bakal Perdana Menteri.

Undi Melayu akan berpecah kepada tiga - Anwar, Isa serta Pas dan disertai dengan banyak faktor lain, kelebihan tetap memihak kepada Anwar.

Kalau ada pun kelebihan Isa di Port Dickson ini, mungkin hanya undinya lebih tinggi berbanding Pas.

Begitu juga dengan Saiful, beliau sama ada akan mendapat undi dalam jumlah ratusan saja atau bakal kehilangan wang depositnya. Bertandingnya beliau sekadar gangguan kepada Anwar semata-mata.

Tetapi, kehadiran Saiful menggangu pilihanraya Port Dickson langsung tidak relevan kerana Anwar sudah pun diberi pengampunan penuh oleh Yang Dipertuan Agong, malah jika cerita-cerita liwatnya dijadikan bahan kempen, ia boleh dianggap suatu penghinaan kepada pengampunan yang diberikan itu.

Selainnya, kehadiran Saiful hanya menjanjikan kotornya pilihanraya kecil Port Dickson ini dengan ulangan cerita liwat yang tak berkesudahan dan bagaimana mereka yang bermusuh dan berdendam dengan Anwar nampaknya sanggup berbuat apa saja untuk memastikan beliau kalah dan tidak berjaya menjadi Perdana Menteri.

Baik sama ada dengan kehadiran Isa atau kemunculan Saiful, aura Anwar sebagai bakal Perdana Menteri tidak tergugat dan adalah melebihi penampilan kedua-dua calon tersebut.

Apakah yang mampu disumbangkan oleh wakil Bebas berbanding bakal Perdana Menteri?

Begitu juga dengan keputusan Pas meletakkan bekas tentera sebagai calon, ia dijangka tidak akan mendatangkan kesan yang maksima untuk mengalahkan Anwar. Ia mungkin sekadar menyebabkan undi askar berpecah saja.

Lebih-lebih lagi daripada lapan calon dijangka bertanding dan hanya  Pakatan Harapan sebagai kerajaan satu-satunya yang ada kewibawaan di mata pengundi, tambahan lagi Anwar merupakan Perdana Menteri masa depan, adalah kerugian yang berpanjangan dan "rezeki"  yang tidak datang dua kali jika pengundi Port Dickson tidak memberi undi kepadanya pada 13 Oktober nanti.

Kecuali, jika pengundi dan penduduk Port Dickson tergolong mereka yang menolak untung dan hanya mahu rugi!! (ShahbudinHusin 29/09/2018)