SHAFEE ABDULLAH DITAHAN

KRONOLOGI SEDIH KEGAGALAN KARTEL ‘GENG KONGSI GELAP’




22 September 2015
Gagal membunuh Pakatan Harapan. Sedangkan Presiden telah melakukan solat sunat istikharah memohon petunjuk namun dimaki hamun. Parti komponen mula curiga dengan puak penentang PH tetapi berjaya ditenangkan dan PH berjaya ditubuhkan.Inilah wujudnya kata kata Istana Segambut bagi memerli Wan Azizah.



6 April 2016
Pertembungan sesama sendiri antara DAP dan KEADILAN dek kerana sengaja melanggar keputusan pembahagian kerusi PRN Sarawak. Niat cuma satu, memalukan Presiden tetapi watikah tambahan dikeluarkan Timbalan Presiden yang membuatkan Lim Guan Eng marah kepada pengeluar watikah ‘pintu belakang’.


25 November 2016
Penyerahan tugas jawatan Setiausaha Agung dari Rafizi Ramli kepada Saifuddin Nasution Ismail. Geng 25 gagal memecat Rafizi sebaliknya membiarkan pekung mereka terbongkar sendiri.Ini pun dibantah dengan menelefon Kak Wan memandangkan pelepasan jawatan ini kepada Saifuddin kononnya tidak sah.Wan Azizah di kecam.


15 Januari 2018
Pemimpin Pas Selangor membocorkan rahsia mereka masih berunding dengan kartel di Selangor. Konon tanpa Pas, semua kerusi akan kalah namun tanpa Pas, mereka yang cuma tinggal satu kerusi Dun. Muka tak tahu malu.


4 Mei 2018
Memperlekehkan kajian dapatan Invoke yang meramalkan PH akan menang 115 kerusi parlimen. Sedangkan I

DE belaan mereka sendiri mendakwa tetap meramalkan BN kekal di Putrajaya.


10 Mei 2018
Kebimbangan mereka cukup jelas. Anwar Ibrahim pasti akan dibebaskan segera. Cari jalan supaya proses pembebasan ditangguhkan selama mungkin. Namun bila dah kantoi cuba jadi hero bawa surat dari Istana Negara enam hari kemudiannya.


7 September 2018
Mesyuarat kedua akhir bagi memutuskan kerusi buat Anwar. Geng kongsi gelap dapat menghidu namun tidak mampu berbuat apa-apa. Keputusan sudah dibuat. Cuba halang juga konon selesaikan pemilihan parti dulu baru tumpu kerusi sesuai. Sebenarnya mereka mahu Anwar disusahkan laluannya kembali ke parlimen.Adakah Anwar tidak tahu segala peristiwa isteri beliau di"buli"ketika beliau dipenjara?


11 September 2018
Geng kongsi gelap hilang sabar kononnya mereka tidak dijemput dalam mesyuarat biro politik tetapi mereka yang tidak mahu hadir. Alasannya mereka sendiri sahaja yang tahu. Laskar upahan dikerah serang di media sosial tetapi sudah terlambat. Tunggu plan seterusnya tidak lama lagi.#kopiais





PRK PD: PEMBANGKANG TAK PERLU LETAK CALON – PENGANALISIS

MENGAPA PD: DANYAL TETAP AKAN BANTU SAYA – ANWAR

ANWAR DI CLSA FORUM

Image may contain: 1 person, smiling, textImage may contain: text

Anwar bertemu Daim bincang isu semasa ekonomi

Anwar bertemu Daim bincang isu semasa ekonomi

Anwar bertemu Daim bincang isu semasa ekonomi

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim  berkongsi sekeping gambar dilaman facebooknya bersama Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin untuk membincangkan isu-isu semasa ekonomi.
“Perbincangan dengan Tun Daim mengenai keadaan ekonomi semasa dan pengukuhan agensi-agensi Bumiputera, termasuk beberapa perkembangan kontemporari.” ujarnya.
Kedua-duanya adalah bekas menteri kewangan.
Anwar yang merupakan bekas timbalan perdana menteri, pada tahun 1991 manakala Daim sebagai menteri kewangan dalam kabinet yang pernah dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjawat perdana menteri ke-4.
Walaupun Anwar dan Daim tidak secara rasmi berada dalam kabinet Pakatan Harapan kini, mereka masih menggunakan pengaruh bersama apabila mereka menjadi utusan khas negara ini ke China pada Julai lalu bagi menyelesaikan isu-isu ekonomi dan hubungan dua hala  Malaysia-China.

LEBIH BAIK BN, PAS TAK LETAK CALON DI PORT DICKSON.....



Akhirnya sah kerusi yang akan ditandingi oleh Anwar Ibrahim bagi membolehkannya kembali sebagai Ahli Parlimen ialah di Port Dickson, Negeri Sembilan. 

Ini berikutan wakil rakyatnya, Danyal Balagopal Abdullah dengan sukarela mengosongkan kerusi yang dimenanginya pada PRU 9 Mei dengan majoriti 17,710 undi untuk memberi laluan kepada Anwar menjadi penggantinya.

Danyal Balagopal juga dilaporkan sudah menghantar surat perletakan jawatannya  pada hari ini kepada Speaker Parlimen dan sebaik kekosongan kerusi itu dimaklumkan kepada SPR, maka suatu pilihanraya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari berikutnya.

Secara tidak langsung bermakna menjelang pembentangan Bajet 2019 pada November ini, Anwar sudah pun kembali bergelar Ahli Parlimen semula.

Di sebalik beberapa kerusi sebelum ini dispekulasikan bakal ditandinginya oleh Anwar bagi membolehkannya kembali ke Dewan Rakyat dan seterusnya memenuhi konsensus Pakatan Harapan untuk melantiknya sebagai Perdana Menteri ke-8 menggantikan Tun Mahathir Mohamad, ternyata Port Dickson menjadi pilihan yang muktamad.

Kenapa Port Dickson jadi pilihan?

Secara umumnya, Port Dickson adalah antara kerusi paling selamat bagi Anwar. Dengan kemenangan majoriti sebanyak 17,710 undi pada pilihanraya lalu serta PKR telah mengungguli kawasan itu sejak pilihanraya 2008 lagi, di samping komposisi pengundinya adalah Melayu 43%, Cina 33%, India 22% dan lain-lain kaum 2%, Port Dickson ternampak tidak mendatangkan masalah besar kepada Anwar.

Tambahan lagi, dengan kedudukannya sebagai bakal Perdana Menteri, sementara pengundi Port Dickson akan berebut-rebut mahu mengundi dan memastikan kemenangannya bagi merealisasikan Ahli Parlimen mereka menjadi ketua kerajaan, seluruh penduduk Negeri Sembilan juga pastinya turut mengutuskan doa yang tidak putus-putus agar Anwar dielakkan daripada ditimpa sebarang kekalahan.

Sekali pun sekiranya peratusan keluar mengundi yang rendah berlaku sebagaimana di Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong, faktor Anwar sebagai bakal Perdana Menteri tetap merupakan kelebihan kepadanya untuk menang selesa di Port Dickson.

Kemenangan Anwar sebagai Ahli Parlimen di Port Dickson dan  kemudian menjadi Perdana Menteri, dengan sendirinya bermakna Negeri Sembilan buat pertama kalinya akan melahirkan seorang Perdana Menteri buat negeri itu.

Jika sebelum ini Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin diimpikan oleh banyak pihak sebagai bakal Perdana Menteri pertama dari Negeri Sembilan, Anwar ternyata lebih pantas memintasnya dan sekaligus menjadikan beliau kebanggaan baru bagi negeri itu.

Dengan itu, tidak ada sebab untuk Anwar boleh kalah di Port Dickson ini.

Tidak kira siapa pun yang bertanding, baik dikekalkan untuk MIC atau diserahkan kepada UMNO serta dibantu oleh Pas dengan tidak meletakkan calon sekali pun, harapan pembangkang untuk menang adalah tersangat tipis di Port Dickson.

Buang masa dan buang duit saja bagi BN jika masih bermimpi untuk mampu membuat kejutan menewaskan Anwar. Dalam keadaan akaun bank UMNO sedang dibekukan oleh SPRM, lebih baik mereka belajar berjimat dan tidak meletakkan calon di Port Dickson.

Begitu juga dengan Pas, Port Dickson bukanlah kawasan yang selamat bagi parti itu. Bertanding sendirian tidak selamat, membantu UMNO atau membantu MIC sepertimana mereka membantu MCA di Balakong juga tidak selamat sebenarnya.

Jalan paling selamat baik untuk BN, Pas, UMNO atau MIC ialah semuanya tidak meletakkan calon dan memberi kemenangan percuma kepada Anwar.

Dengan demikian itu, duit rakyat untuk perbelanjaan pilihanraya turut dapat dijimatkan. (ShahbudinHusin 12/09/2018)

AHLI PARLIMEN PORT DICKSON GEMBIRA BERI LALUAN PADA ANWAR

ANWAR BUAT KEJUTAN BERTANDING DI PORT DICKSON

BLOG AKAN BEREHAT SEKETIKA

Maaf buat semua pengunjung blog ini dan yang terlibat dengan  kenyataan didalam blog ini kerana ianya tidak dapat lagi diteruskan kerana keadaan semasa yang agak menyukarkan disebabkan  masaalah perhubungan.

Talian seringkali terputus putus dan keadaan ini berterusan agak lama berlarutan dan ini memaksa untuk pihak admin  tidak lagi meneruskannya buat beberapa waktu.

Sekian, Maaf zahir dan batin.
Admin WRLR.

Hishamuddin Rais Kecewa PH Belum Mansuh Akta Hasutan



  
18
 
0
Aktivis sosial Hishamuddin Rais hari ini meluahkan rasa kecewa apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) belum memansuhkan Akta Hasutan seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Katanya, beliau masih lagi ditahan di bawah akta tersebut dan Sesyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang menunjukkan ia bercanggah dengan apa yang dijanjikan kerajaan PH sebelum ini.

TERKINI : “Jho Low Beli Jet Guna Wang Curi” – Tun Dr. Mahathir

TERKINI : “Jho Low Beli Jet Guna Wang Curi” – Tun Dr. Mahathir

 

Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu, kerajaan akan berusaha untuk mendapatkan semula jet peribadi dipercayai milik ahli perniagaan yang ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Low Taek Jho atau Jho Low.
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, jet itu yang kini berada di Singapura akan disiasat terlebih dahulu sama ada ia dibeli menggunakan wang 1MDB atau sebaliknya.
“Kalau jet itu dibeli dengan wang yang dicuri dari 1MDB, jet peribadi itu akan jadi milik kerajaan Malaysia dan kita akan ambilnya semula,” katanya ketika ditemui wartawan selepas merasmikan Hospital Pakar Cardiac Vascular Sentral (CVSKL) Kuala Lumpur Sentral di sini hari ini.




KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menyangkal laporan beliau akan mengosongkan kerusinya dan mewakili PKR dalam pilihan raya kecil Seri Setia.
“Saya tak pernah dengar, saya tak diberikan apa-apa maklumat,” kata pengarah komunikasi PKR itu di lobi Parlimen hari ini.
The Star memetik sumber sebagai berkata, Fahmi mungkin dicalonkan di Seri Setia dan beliau akan melepaskan Lembah Pantai bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi Parlimen itu serta memasuki Parlimen.
Kerusi DUN Seri Setia kosong selepas penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin, meninggal dunia akibat kanser kolon pada 2 Ogos lalu.

Ahli Parlimen Kapar dakwa lanjutan CEP bukti Dr M enggan berundur




 | August 16, 2018
Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, Dr Mahathir Mohamad pernah memberi bayangan hampir sama, apabila mengumumkan beliau akan terus menjadi perdana menteri jika rakyat masih memerlukannya.
Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan Majlis Penasihat Kerajaan tidak akan dibubarkan, walaupun pentadbiran PH akan genap 100 hari kerana khidmat mereka masih diperlukan.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid mendakwa lanjutan perkhidmatan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) bukti Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, Dr Mahathir pernah memberi bayangan hampir sama sebelum ini, apabila mengumumkan beliau akan terus memegang jawatan itu jika rakyat masih memerlukannya.
“Dr Mahathir sendiri bila nak berhenti? Bila nak serah jawatan? Ini perjanjian konsensus, tetapi hari ini beliau sambung (lanjut perkhidmatan) Majlis Penasihat Kerajaan dalam satu jangka masa lagi.
“Maksudnya apa? Maksudnya tidak bersedia menyerahkan kepada Anwar jawatannya,” katanya di lobi Parlimen hari ini.
Terdahulu, Dr Mahathir mengumumkan CEP tidak akan dibubarkan walaupun pentadbiran Pakatan Harapan (PH) akan genap 100 hari kerana khidmat mereka masih diperlukan.
Pengumuman itu bercanggah kenyataannya pada 12 Mei lalu yang CEP akan dibubabarkan selepas 100 hari pentadbiran PH.
Pada 11 Jun lalu, Dr Mahathir dalam lawatan ke Jepun ketika itu berkata, beliau akan terus menjadi perdana menteri, jika itu yang dikehendaki rakyat.









UNTUK JADI PENGGANTI TUN MAHATHIR, ANWAR HARUS BANYAK BERSABAR



Isu kedudukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8 dan bakal pengganti kepada Tun Mahathir Mohamad tidak seharusnya menjadi perdebatan, apatah lagi diragui oleh mana-mana pihak.

Ini kerana soal itu sebenarnya sudah pun selesai sebelum PRU14 lagi di mana telah ada permuafakatan dan persefahaman di kalangan semua parti dalam Pakatan Harapan untuk Tun Mahathir menyerahkan jawatan Perdana Menteri itu kepada Anwar Ibrahim.

Malah seperti pernah diakui oleh Anwar sendiri,  permuafakatan itu juga dibentuk dalam satu perjanjian yang bertulis.

Dalam erti kata lain, kedudukan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri kali ini adalah berbeza dengan ketika beliau dalam UMNO dan memegang jawatan Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri dahulu.

Ketika itu tidak ada langsung persefahaman atau perjanjian bahawa beliau mesti menjadi Perdana Menteri selepas Tun Mahathir.

Kedudukan Anwar sebagai orang nombor dua dalam parti dan kerajaan ketika itu hanyalah secara konvensyen saja dianggap sebagai bakal Perdana Menteri.

Jadi, berdasarkan itu memang tidak logik jika masih ada pihak berasa bimbang sama ada Anwar dapat jadi Perdana Menteri atau sebaliknya.

Jika pihak UMNO atau Pas yang mereka-reka cerita berkenaan perkara itu, ia mungkin boleh difahami kerana mereka ada perasaan dengki dan cuba melaga-lagakan bukan saja antara Anwar dengan Tun Mahathir, bahkan jika boleh, mahu melihat hubungan mesra antara parti dalam Pakatan Harapan turut berkecai sama.

Lebih anih, mengapa pihak yang risau dan bimbang tentang kedudukan Anwar itu datang daripada PKR sendiri?

Apakah mereka tidak percaya kepada parti sendiri yang terlibat secara langsung dalam persefahaman tersebut?

Di mana logiknya Azmin yang sejak dalam UMNO lagi bersama dengan Anwar dan kemudian menjadi sebahagian tulang belakang PKR, tiba-tiba dikaitkan dengan usaha menolak Presiden PKR itu daripada menjadi Perdana Menteri?

Adakah juga mereka tidak percaya kepada Tun Mahathir dalam menunaikan janji persefahaman itu?

Jika Tun Mahathir yang tidak dipercayai, mampukah beliau seorang diri menolak persefahaman dan permuafakatan tersebut?

Ataukah mereka tidak percaya lagi kepada DAP dan Amanah untuk berpegang kepada persefahaman itu?

Mungkinkah pula ia semata-mata bahan kempen kem Rafizi Ramli untuk memenangi pertandingan jawatan timbalan presiden PKR menentang Azmin Ali?

Namun, adakah sesuatu yang sihat jika Rafizi membenarkan perkara itu berlaku dan berterusan sedangkan dalam masa yang sama beliau telah mencemarkan nama  baik Tun Mahathir, Tun Daim Zainuddin, Anwar dan Azmin sendiri?

Rafizi seharusnya bertanding dengan cara yang sihat dan tidak dengan menjual nama Tun Mahathir, Tun Daim dan Anwar atau mengaitkan Azmin dengan komplot yang sebenarnya tidak wujud.

Beliau sewajarnya menawarkan diri dan ideanya sebagai pertimbangan untuk ahli-ahli PKR memilihnya sebagai pemimpin untuk bersaing dengan Azmin bagi merebut jawatan timbalan presiden PKR.

Menggunakan isu Anwar serta menjual nama Tun Mahathir dan Tun Daim langsung tidak relevan kerana soal perlantikan Perdana Menteri ke-8 sebenarnya sudah pun selesai dan dimuktamadkan melalui Pakatan Harapan sebelum pilihanraya 9 Mei lagi.

Cuma yang harus difahami, sebaik saja Pakatan Harapan menang dan Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, ruang masa secukupnya mesti diberikan kepada Pengerusi Pakatan Harapan itu untuk mentadbir negara dalam tempoh waktu yang munasabah bagi merealisasikan janji memulihkan ekonomi dan menyelamatkan negara yang dirosakkan akibat kepimpinan kleptokrat Najib Razak sebelum ini.

Ruang masa itu boleh jadi dua tahun, tiga tahun atau lebih daripada itu. Ia terpulang kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan yang mana Anwar beserta Dr. Wan Azizah Wan Ismail adalah antara anggota majlis tersebut.

Tapi, tentulah tidak munasabah, malah akan menjadi bahan ketawa dunia jika sekiranya Tun Mahathir hanya menjadi Perdana Menteri bagi tempoh kurang dua tahun atau setahun atau enam bulan dan kemudian terus menyerahkannya kepada Anwar kerana tidak banyak pembaharuan yang dapat dilakukan dalam tempoh sesingkat itu.

Tempoh dua tahun dan kurang juga barangkali tidak cukup untuk memberi kepuasan kepada Dr. Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam menabur khidmat baktinya kepada rakyat setelah menjadi Presiden PKR demi menjulang perjuangan Anwar selama kira-kira 20 tahun sebelum ini.

Dalam ini, Anwar juga harus menghargai pengorbanan Dr. Wan Azizah yang mana sifat sabar dan sedia berkorbannya tidak banyak dimiliki oleh isteri-isteri lain dengan turut memberi masa yang munasabah untuk isterinya itu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri selama mungkin yang boleh.

Oleh yang demikian, semua pihak, termasuk kem Rafizi dan Anwar sendiri, sebaik-baiknya haruslah 'alun-alun', banyak bersabar dan lebih memahami realiti sebelum tergesa-gesa mahu mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir. (ShahbudinHusin 16/08/2018)