Menukar kerajaan itu bukan jenayah — Aspan Alias

April 04, 2013
4 APRIL — Sekarang kita benar-benar berada dalam minggu-minggu pilihanraya yang ditunggu begitu lama. Pengumuman pilihanraya oleh Perdana Menteri menjadi isu hangat di merata tempat. Di mana-mana sahaja orang ramai bercakap tentang pilihanraya dan masing-masing mempunyai andaian dan telahan masing-masing tentang keputusannya. Apa pun tidak berapa minggu sahaja lagi rakyat akan melakukan tanggungjawab besar iaitu untuk memberikan mandat untuk mentadbir negara dan rakyat seperti yang di peruntukan oleh perlembagaan negara kita.
Rakyat adalah “boss” kepada pimpinan dan mereka boleh melakukan apa sahaja mengikut selera dan cita rasa masing-masing. Rakyat mesti bertanggungjawab untuk memberikan “verdict” yang tepat terhadap pemimpin dan kepimpinan masing-masing. Perdana Menteri telah meminta agar peralihan kuasa jika ia terjadi, dilakukan dengan aman dan tertib dan inilah kenyataan yang pertama kali saya dengar sebagai kenyataan yang “magnanimous” dari Najib Razak sejak akhir-akhir ini.
Walau bagaimanapun yang penting semua pihak mesti akui yang pihak pembangkang sekarang ini tidak akan melakukan kerja yang tidak baik kerana mereka adalah pihak yang telah mengalami kekalahan di setiap pilihanraya dan tidak pernah pula mereka melakukan kerja-kerja yang tidak baik terhadap sesiapa setiap kali tewas dalam pilihanraya.
Kita mesti akui yang dalam demokrasi sifat “gentleman” itu adalah asas kepada sistem itu. Kita mesti tengok contoh yang berlaku kepada Britain dalam pilihanraya umumnya dua tahun yang lalu. Setelah parti pemerintah, Parti Buruhnya telah di tewaskan oleh parti Conservative dan Liberal Demokrat peralihan kuasa berlaku secara aman dalam tempuh enam jam sahaja.
Walaupun Gordon Brown dan partinya merupakan parti yang terbanyak kerusi tetapi tidak cukup untuk membentuk kerajaan. Sebagai parti yang terbesar jumlah kerusi yang dimenanginya, parti itu di berikan keistimewaan untuk menubuhkan kerajaan. Itulah sistem yang di pakai di mana parti yang terbesar dalam Dewan Legislatif itu di tawarkan untuk menubuhkan kerajaan. Tetapi Parti Buruh tidak berdaya untuk menubuhkan kerajaan kerana kekurangan jumlah kerusi maka Parti Conservative dan Liberal Demokrat telah bersatu untuk menubuhkan kerajaan.

Ketua Parti Conservative David Cameroon telah menjadi Perdana Menteri dan Ketua Parti Liberal Demorat, Clegg menjadi Timbalan Perdana Menteri. Tetapi yang penting untuk kita jadikan contoh, peralihan kuasa telah berlaku dalam tempoh enam jam sahaja. Gordon Brown telah menghubungi David Cameroon dan mengucapkan tahniah diatas kejayaan parti itu membentuk kerajaan campuran itu dan itu adalah etika kepimpinan yang perlu di contohi oleh pimpinan BN jika tertewas dalam pilihanraya kali ini.

Saya menyebut isu ini kerana kecenderungan untuk parti pemerintah tewas dalam pilihanraya ini cerah tetapi yang maha penentu adalah Allah SWT jua. Jika berlaku peralihan kuasa, ini adalah kali pertama berlaku di negara kita. Itulah sebabnya elok kita mencari contoh yang baik bagi melakukan peralihan kuasa ini. Bagi saya peralihan kuasa di Britain dua tahun lalu adalah contoh yang paling baru yang ada dalam ingatan saya.


Kita bukannya Uganda semasa pemerintahan Iddi Amin dahulu. Pemimpin kita semuanya berpelajaran tinggi dan diharapkan pelajaran tinggi mereka itu akan membawa kita kepada kepimpinan yang beretika dan bermoral.

Kita akan melakukan kehendak demokrasi dalam beberapa minggu sahaja lagi dan kita tunjukkanlah kepada dunia yang kita juga sudah menghampiri tahap kepimpinan negara maju….yang mengambil alih kuasa itu secara demokrasiyang halus dan menyerahkan kuasa itu pun melakukan penyerahan itu secara halus dan beradap juga.

Bukankah itu budaya dan cara hidup masyarakat timur kita? — aspanaliasnet.blogspot.com

‘Najib takut bertanding di tempat lain selain di Pekan’

‘Najib takut bertanding di tempat lain selain di Pekan’

(Oleh: Aliff Fikri)
KUALA LUMPUR 4 Apr: Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib Razak takut untuk bertanding di kawasan parlimen selain Pekan kerana merasa kedudukannya hanya selamat di situ, kata Dr Afif Bahardin.
Naib Ketua AMK Pulau Pinang itu berkata, ia berbeza dengan keputusan diambil Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku pemimpin nasional yang bersedia bertanding di mana-mana sahaja kerusi Parlimen.


najib-peningSehubungan itu beliau mencabar Najib agar bertanding di kerusi Permatang Pauh, atau berdepan dengan Anwar sendiri di Perak.
“Tindakan Najib mengkritik keputusan Anwar untuk bertanding di Perak adalah tidak relevan kerana beliau sendiri takut untuk bertanding di tempat lain selain dari Pekan.
“Najib sebenarnya tidak ada keyakinan, berbeza dengan Anwar yang tidak mempunyai masalah untuk bertanding di mana-mana saja. Jika Najib berani, mengapa tidak beliau sendiri bertanding di Permatang Pauh atau di Perak?,” katanya ketika dihubungi.

Beliau menambah, keputusan Anwar bertanding di Perak sepatutnya tidak menjadi isu kerana sokongan rakyat terhadap nya bukan hanya di Permatang Pauh, tetapi di seluruh negara.
“Anwar bertanding di Perak atau di mana-mana sepatutnya tidak menjadi soal kerana rakyat seluruh negara memberi sokongan penuh kepada beliau.

“Ini terbukti sejak dari 2008 hingga sekarang, kunjungan beliau di merata pelusuk mendapat sambutan yang begitu hebat dari rakyat.


“Rakyat ternyata lebih berkeyakinan kepada Anwar daripada Najib. Jika Najib dan Umno BN masih mengamalkan budaya politik kotor dan tidak memberikan ruang demokrasi sepenuhnya pada rakyat, mereka tidak mempunyai kaliber untuk mempersoalkan keputusan Anwar,” tegasnya.

Oh komé, bakal PM ke-7 dari Perak, yop! (LM)

Giliran Ahli Parlimen Perak Pula Jadi Perdana Menteri!

Tidak lama selepas Najib mengumumkan pembubaran Parlimen pagi tadi, Anwar yang mengadakan sidang akhbarnya petang ini turut mengesahkan desas-desus bahawa beliau akan bertanding di Perak dalam pilihan raya akan datang ini.



Cis! Mantan PM nak berdebat pun kecut.. (LM)

'Anwar rasa tak selamat di Permatang Pauh'

Mantan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata, keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Perak berpunca daripada rasa "tidak selamat" Ketua Pembangkang itu di Parlimen Permatang Pauh.

Qarun Taib jentik telur bos SPRM... (LM)

Taib enggan beri kerjasama pada SPRM

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau "tidak akan bekerjasama" dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung siasatan mengenai urusniaga belakang tabir didakwa melibatkan anggota keluarganya.

Retire in peace (RIP), wahai mantan PM.. (LM)

Sudah bubar. Sekarang apa?

YANG ditunggu dah tiba setelah sekian lama. 

Sekitar jam 11.30 pagi, Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden United Malays National Organisation mengumumkan bahawa Parlimen yang diwarisinya daripada kepimpinan Abdullah Badawi empat tahun lalu, bubar serta merta hari ini.

Najib dah bubar Parlimen sejak 2012... + klip video (LM)

Wajah sugul Najib bubar Parlimen akan jadi ingatan

3 APRIL — Najib Razak membubarkan parlimen hari ini dalam keadaan sedih dan dukacita.

Apakah yang sebenarnya berlaku? Mengapa tidak ada keceriaan langsung sedangkan membubarkan parlimen itu wajar menjadi satu kepuasan? 

Bacaan seterusnya.. (klip video di dalam):  Najib dah bubar Parlimen sejak 2012...

Akhirnya.. PARLIMEN DIBUBARKAN! (LM)

Parlimen bubar hari ini

Dikemaskini 11.30am: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Parlimen dibubarkan berkuatkuasa hari ini selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.

Beliau membuat pengumuman itu secara langsung pada jam 11.35 pagi ini selepas bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong sebelumnya. 

Bacaan seterusnya:   Akhirnya.. PARLIMEN DIBUBARKAN!

Mahfuz: Orang kampung lebih cerdik berbanding Mukhriz ..Tu dia aihhh mai kot mana bilion-bilion


Nasib orang asal di Pekan


LIMA13: Jangan ulangi skandal scorphene


Graffiti Anwar dalam klip video kumpulan Exist ‘Pasti Kau Ingin’

Graffiti Anwar dalam klip video kumpulan Exist ‘Pasti Kau Ingin’

Sidiqin Omar
 
KUALA LUMPUR 2 APRIL: Lagu ‘Pasti Kau Ingin” dendangan kumpulan Exist ciptaan Jay D dan lirik Musrad atau nama sebenarnya Musa Radhi yang memaparkan graffiti Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini boleh ditonton melalui Youtube.
 
3Dalam masa kurang 12 jam dimuat naik , video yang mula dilancarkan pada 1 April 2013 kini dilayari dan dikongsi semula di facebook oleh lebih 12,000 penonton Youtube dan jumlahnya terus meningkat.
 
Video berdurasi 4 minit 6 saat disusun melalui satu naratif dengan empat plot terpisah memaparkan kugiran di dalam studio, remaja perempuan yang bertengkar dengan gurunya di dalam kelas dan lelaki muda di pejabat yang kelihatan tertekan.
 
4Difahamkan, video klip itu adalah arahan Johan, pengendali laman facebook ‘Malaysian Gags’ dan diterbitkan Eddie Putra, penyelaras informasi pejabat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Di babak akhir video menunjukkan seorang anak muda di jalanan menyembur spray ke dinding menggunakan kaedah ‘stensil’ dengan paparan imej Anwar Ibrahim dan perkataan ‘We Want, We Need’ (Kami Mahu, Kami Perlu)
 
5Meskipun sekadar bermodalkan RM3,000 sahaja, namun video berkenaan berjaya dihasilkan dengan kualiti definisi tinggi (HD), selain memiliki nilai kreativiti menarik.
 
Video klip ‘Pasti Kau Ingin” boleh dilayari DI SINI.

Siaran langsung Merdeka Rakyat ke Kampung Datuk Sulaiman Menteri

jmrJOHOR BAHARU 2 APRIL: Orang ramai boleh mengikuti siaran langsung  Jelajah Merdeka Rakyat  di Jalan Kemboja, Kampung Datuk Sulaiman Menteri di sini, malam ini melalui internet.
Antara yang dijadual berucap ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim,  Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein, Lim Kit Siang, Sallehuddin Ayub, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, R Sivarasa dan lain-lain.
Untuk tonton, KLIK INI.

Zul Kulum Raja Penipu, kantoi lagi... (LM)

Zul Kulum mendakwa kata-kata penghinaannya terhadap agama Hindu, khususnya Patung Murugan di Batu Caves dibuatnya sepuluh tahun lalu ketika bersama PAS sedangkan Patung Murugan hanya dibina sekitar tahun 2006, kira-kira enam tahun yang lalu...

ALAHAI MASLAN....TAK PAYAH TANDING LE..DEBAT DULU CUKUP.ADA BRANI?

Jurucakap Umporno mencabar anwar bertanding di tempat beliau. Kalau hang pi bertanding di PMT Pauh amacam bro?...Tapi bukan standard hang la nak debat atau nak tanding di Permatang Pauh. Malas cakap lah.Hang fikir la sendiri. Debat siaran langsung dalam TV elok kot Maslan??? amacam?? ada brani??
 
 
 
 
MP Umno cabar Anwar bertanding di Pontian
 
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kawasan parlimen Pontian yang diwakilinya.

Cabaran itu dilontarkan Ahmad Maslan sewaktu mengulas tindakan Pakatan Rakyat meletakkan beberapa tokoh untuk dicalonkan bertanding di kubu kuat Umno itu dalam pilihan raya akan datang.

"Kalau Anwar Ibrahim hendak bertanding di Pontian pun, silakan," kata Ahmad selepas majlis Himpunan Barisan 1Malaysia di Kuala Lumpur petang tadi.

Pakatan Rakyat sebelum ini mengumumkan MP popular DAP, Lim Kit Siang akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah.

Selain itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong juga dijangka diletakkan bertanding di kerusi Parlimen di negeri Johor.

Bercakap lanjut, Ahmad menegaskan bahawa Pakatan rakyat sebenarnya masih tidak faham politik Johor apabila menjangkakan pengundi Cina Johor akan mengundi calon DAP.

Menurutnya, rakyat Johor menerima calon BN tanpa mengira warna kulit mereka.

"Johor ini sebati dengan politik Umno BN," katanya.

Tegasnya lagi, Pakatan Rakyat bakal berhadapan saingan yang sengit dari Umno dan BN Johor.

"Cabaran mereka kita akan tentang dengan kesungguhan yang amat tinggi," katanya.

Utusan kini cipta skrip fitnah terlampau (LM)

Utusan Melayu, syarikat penerbit akhbar milik Umno yang menjadi kilang menjana fitnah dan kelucahan, telah betul-betul ketandusan skrip apabila dengan bangangnya menerbitkan fitnah terbaru yang mendakwa seorang pemuda telah mengaku diliwat oleh DS Anwar Ibrahim ketika berada di Penjara Sungai Buloh.

Pemuda yang didakwa berusia 20-an berkenaan mengaku telah dimasukkan ke penjara pada ketika DS Anwar Ibrahim menjalani hukuman penjara, kira-kira lebih sepuluh tahun yang lalu. 

70 peratus cawangan tak didaftar, SAMM heret Umno Baru ke mahkamah

70 peratus cawangan tak didaftar, SAMM heret Umno Baru ke mahkamah


KUALA LUMPUR 31 MAC : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan membawa kes Umno Baru sebagai parti tidak sah dari segi undang-undang ke mahkamah, kata Ketua Penyelarasnya, Badrul Hisham Shaharin.

Badrul Hisham

Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika memperkenalkan ‘Gerakan Haramkan Umno’ di Dewan Auditorium KLSCAH, di sini tengahari tadi.
Badrul atau dikenali Chegu Bard berkata, pihaknya mempunyai bukti termasuk dokumen rasmi dari Pejabat Pendaftar untuk mengheret parti itu ke muka pengadilan.

Menurutnya, selepas Umno diisytiharkan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1988, Pejabat Pendaftar telah menghantar surat arahan kepada pimpinannya bagi penubuhan parti baru.
Arahan itu, katanya, menyebut keseluruhan cawangan yang diharamkan hendaklah didaftarkan semula di bawah nama Umno dengan tambahan perkataan ‘baru’ di belakangnya.

“Namun, hanya 30 peratus cawangan Umno yang mendaftar semula, menjadikan 70 peratus lagi cawangan Umno (Baru) secara undang-undangnya adalah cawangan haram,” ujarnya.


“Kalau mereka nak tubuh persatuan main basikal ke, kelab kancil ke, kita tak perlu besarkan sampai ke mahkamah.
“Tapi sebab mereka nak tadbir negara, jadi mereka perlu terlebih dahulu, ikut laras undang-undang dan perlembagaan,” Katanya.

Umno diisyhtihar sebagai pertubuhan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988 ekoran tindakan sekumpulan ahli Umno yang mencabar keputusan pemilihan presiden parti itu pada 24 April 1987.

Secara teknikalnya, Umno yang ditubuhkan sejak 1946 telah diharamkan dan Umno yang ada pada hari ini adalah Umno (Baru) yang ditubuhkan oleh mantan presidennya, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Febuari 1988.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48792

Ada penglibatan politik ‘luar biasa’ di Lahad Datu- bekas Jeneral ATM

Ada penglibatan politik ‘luar biasa’ di Lahad Datu- bekas Jeneral ATM


KUALA LUMPUR 31 Mac: Bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein membayangkan wujud penglibatan politik luar biasa dalam operasi pasukan keselamatan dalam menangani pencerobahan pengganas Sulu di Lahad Datu.

Bekas jeneral

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN tengah hari tadi, beliau berkata, ada sesuatu yang tidak kena dalam cara kerajaan menangani konflik itu.

“Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan profesion tentera, saya lihat peristiwa di Lahad Datu membayangkan ada penglibatan politik yang luar biasa dalam operasi yang sedang dijalankan,”
“Pertama, kita ada panglima (ATM) di Sabah, ada dua markas tentera di sana. Jadi kalau kita lihat dari segi ‘Command and Control’, tugasan (di Lahad Datu) patut diserah kepada mereka.

“Ini kerana mereka lebih arif dengan keadaan tanah, jalan dan kawasan yang mungkin terdedah kepada ancaman,” katanya.
Namun, Md Hashim berkata, pasukan yang dikerah pada peringkat awal di sana kebanyakannya dari semenanjung Malaysia.
“Pada awalnya di Kampung Tanduo, unit khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Semenanjung yang ditugaskan,” katanya lagi.

Tambahan pula, bilangan penceroboh yang masuk ke Lahad Datu tidaklah terlalu ramai dan pasukan keselamatan yang sudah ada di sana sepatutnya dapat menghadapinya.
“Kenapa kita tugaskan pemerintahan tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PDRM untuk pergi ke sana?

“(Jadi) inilah yang saya lihat tidak kena (dalam cara kerajaan tangani insiden Lahad Datu),” katanya lagi.
Menurut Bernama, sehingga kini, jumlah pengganas Sulu yang ditembak mati adalah 67, manakala jumlah tahanan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) berjumlah 111 orang.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48774


BN masih berpeluang memperbaiki diri: Jadi pembangkang sepenggal dua — Aspan Alias

BN masih berpeluang memperbaiki diri: Jadi pembangkang sepenggal dua — Aspan Alias

March 31, 2013
31 MAC — BN masih dalam kegelisahan. Hari Jumaat yang lepas, saya telah mendengar apa yang dikatakan oleh juruhebah radio yang mereka sedang menunggu pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri pada bila-bila masa sahaja semasa itu. Dalam hati saya “at last, Najib is brave enough to dissolve the Parliament”. Saya terus sahaja berhenti di tempat makan untuk makan tengah hari. Jam semasa itu sudah 3 petang kerana agak teruk juga keadaan di jalan raya selepas solat Jumaat itu.

Saya pun tertunggu-tunggu untuk mendengar pengumuman itu dan saya tidak berhenti-henti menerima sms dari rakan-rakan memberitahu saya yang PM akan membuat ‘press conference’ untuk pembubaran Parlimen tetapi sampai ke malam hari tiada juga pembubaran itu. Pada malamnya dalam perjalanan ke Sekinchan untuk berceramah, saya telah mendapat berita apa yang dikatakan oleh juruhebah radio itu tidak berlaku dan pihak berwajib telah menafikan berita pembubaran itu.

Pagi tadi saya telah difahamkan yang BN masih mempunyai masalah besar yang belum dapat diselesaikan. Masalah ‘inter-party’ dan ‘intra-party’ masih menyelubungi BN dan pengumuman itu terpaksa ditunda lagi. Seorang sahabat saya dari Umno memberitahu saya, “jangan susah, pilihanraya akan diadakan juga, percayalah...selewat-lewatnya sebelum dunia kiamat, Najib akan umumkan tarikh pilihanraya itu,” dalam mood menyindir.

Saya selalu menulis tentang isu ini dalam penulisan saya sejak setahun yang lalu. BN sesungguhnya mempunyai masalah pembahagian kerusi. MCA terlalu meminta-minta kerusi yang lebih sedangkan parti itu tidak mendapat sokongan lagi. Umno sebenarnya sudah menganggap MCA ini sebagai ‘baggage’ yang besar dan tidak boleh mendapat kerusi yang terlalu banyak. Malahan mengikut pandangan ramai ahli-ahli Umno sendiri berpendapat membawa MCA bersama merupakan satu beban yang besar.

Umno sendiri sudah tidak berdaya menanggung bebannya sendiri, tetapi ditambah pula dengan bebanan yang diberikan lagi oleh MCA dan rakan-rakan kongsi yang lain dalam BN itu. Itu masalah ‘inter-party’. Bagaimana pula dengan masalah ‘intra-party’ dalam Umno dan MCA itu sendiri? Apa yang saya jangkakan dahulu sudah terbit buktinya. Dulu saya selalu mengatakan kalau hendak tengok macam mana seriusnya perpecahan di dalam Umno itu.

Saya telah memberitahu yang sejurus sahaja nama-nama calon diumumkan Umno akan berpecah lagi. Sabotaj terhadap parti oleh ahli-ahli dan pekerja pilihanraya mereka sendiri akan memainkan peranan untuk menjatuhkan calon parti mereka. Mensabotaj parti itu merupakan budaya yang tegar dalam Umno sejak sepuluh tahun dahulu sekurang-kurangnya. Kalau apa yang saya katakan ini tidak benar, masakan Dr Mahathir telah memanggil pimpinan peringkat bahagian seluruh negara datang secara bergilir-gilir untuk mengangkat sumpah untuk tidak mensabotaj parti dalam pilihanraya kali ini.

Apa semuanya ini? Kalau terpaksa mengangkat sumpah di depan Dr Mahathir yang mereka tidak akan sabotaj parti, itu menunjukkan yang Umno pada hakikatnya sudah mati keseluruhan semangatnya. Jika Umno menghadapi masalah di kalangan ahli-ahlinya sendiri, bagaimana parti ini diberikan mandat pula? Jangan sekali-kali memberikan sokongan kepada parti yang bermasalah kerana mereka tidak akan mentadbir dengan betul jika mendapat mandat nanti.

Isu pemilihan calon masih tidak dapat diselesaikan bagi setengah kawasan yang diwakili oleh Umno dalam pilihanraya ini. Sedangkan masalah Umno di Perlis, negeri yang terkecil dalam negara itu pun tidak dapat diselesaikan, bagaimana hendak menyelesaikan masalah Umno di seluruh negara? Selagi pimpinan Umno takut kepada ‘warlords’ yang sedang mengambil kesempatan semasa Umno dalam krisis ini, masalah tidak akan selesai walaupun pilihanraya sudah diumumkan.

Blog ini selalu menasihatkan agar Umno menumpukan terhadap masalah dalaman mereka sendiri daripada menumpukan tenaga untuk ‘mengerjakan’ pihak pembangkang. Dalam pembangkang tidak menghadapi banyak masalah seperti yang dihadapi oleh Umno. Lim Kit Siang hendak berpindah ke Gelang Patah dalam pilihanraya kali ini tidak menghadapi masalah.

Penghijrahan pemimpin-pemimpin DAP dan PAS ke Johor itu menunjukkan yang pemimpin pembangkang berani menghadap risiko semata-mata untuk mementingkan demokrasi untuk kebaikan rakyat dan negara. Menang kalah bukan ‘ultimate’ bagi pemimpin-pemimpin ini. Yang terpenting ialah untuk mendidik rakyat untuk melangsungkan demokrasi dengan sepenuhnya. Sallahudin Ayob sanggup meninggalkan kawasan selamat di Kelantan untuk memperjuangkan semangat demokrasi itu.

Kalau dahulu pemimpin-pemimpin dari negeri lain berhijrah ke Kelantan tetapi sekarang keadaan sudah terbalik. Pemimpin dari Kelantan pula yang kembali ke Johor untuk meningkatkan perjuangan seperti juga yang dilakukan oleh Lim Kit Siang. PAS dan DAP adalah parti yang hidup dan berkesan. Sebaliknya, Umno menghadapi masalah-masalah yang masih tidak selesai kerana kali ini merupakan krisis keyakinan yang paling besar mereka hadapi dalam sejarah kemerdekaan negara.

Kedua-dua parti ini telah mengalami puluhan tahun zaman susah mereka kerana tekanan parti pemerintah. Sekarang ini PAS dan DAP sedang menghadapi zaman mudahnya untuk mendekati rakyat dengan lebih hampir lagi.

Hanya media perdana sahaja yang belum lagi membuat perubahan untuk lebih terbuka dalam menghadapi demokrasi yang kian hari kian menjadi tuntutan rakyat. PAS dan DAP sedang mengecapi apa yang disebut dalam peribahasa, ‘berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian’.

Walaubagaimanapun kehendak rakyat kali ini adalah ‘predictable’. Samada Parlimen dibubarkan esok atau penghujung bulan April nanti keputusannya tetap sama. Rakyat mahukan perubahan dan mahukan kerajaan yang baru.

Tindakan untuk melakukan perubahan ini, bukannya satu jenayah.

Dalam pada itu Umno juga boleh mencuba untuk melakukan perubahan tetapi semasa mereka berada di luar kerajaan. Umno akan merasakan nikmat menjadi pembangkang kerana semasa menjadi pembangkang parti itu akan berkesempatan untuk meningkat jati diri mereka dan menjadi parti yang mempunyai perjuangan yang betul.


PAS dan DAP mengalami berada di luar kerajaan puluhan tahun lamanya. Itulah sebabnya parti-parti itu lebih mantap dari segi perjuangan mereka.

Umno akan tetap menjadi parti yang lebih baik jika parti itu melalui proses memperbaiki diri dengan berada di luar kerajaan buat satu atau lebih baik dua penggal pilihanraya. — aspanaliasnet.blogspot.com



* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.



DATO FAUZI BERTANDING DI PARLIMEN INDERA MAHKOTA


Ketua PKR Pahang bertanding Indera Mahkota

Pengerusi Perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman diumum sebagai calon parti itu bagi kawasan Parlimen Indera Mahkota pada pilihan raya umum ke-13 ini.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Fauzi akan menggantikan penyandang Azan Ismail yang bakal bertanding di Terengganu.

"Fauzi adalah sahabat lama saya dan kita memutuskan beliau akan bertanding di Indera Mahkota," katanya ketika berceramah di Balok Makmur, dekat Kuantan malam tadi.

Pada pilihan raya umum 2008, PKR memenangi kerusi kawasan itu menerusi Azan yang mengalahkan calon BN Salamon Ali Rizal Abdul Rahman dengan kelebihan 1,027 undi.

- Bernama

PAPAGOMO DAN HUBUNGAN DENGAN PIMPINAN Umno YB -HUSAM MUSA

 SIDANG MEDIA HUSAM MUSA








DARI DR SITI MARIAH MAHMOOD

ANDA MENGENALI LELAKI DI BAWAH? BENARKAH IA BANGGA MENYEBAR FITNAH, MAKSIAT DAN TAGHUT?!?!?! Lihat siapa penaungnya!














Manusia biasa seperti kita tidak maksum atau sunyi (bebas) dari melakukan dosa kecil atau besar kepada Allah swt. Dosa kepada manusia atau makhluk Allah jauh bezanya dengan dosa atau maksiat kepada Sang Pencipta-Pemilik makhluk. Dosa dan kezaliman yang kita lakukan kepada makhluk wajib memohon kemaafan  kepada individu atau kumpulan yang kita telah zalimi atau fitnah.

Berbeza dengan dosa dan maksiat yang kita lakukan kepada Allah swt. Kita diperintahkan untuk memohon keampunan serta bertaubat dengan taubat nasoha. Maksiat yang kita lakukan dengan menentang perintah serta larangan Allah dek kelemahan atau tidak dapat mengawal nafsu sendiri, usah dilakukan di khalayak ramai, tidak diceritakan kepada orang lain serta tidak merasa bangga dengan maksiat yang telah terlanjur. Setelah melakukan taubat mengikut syarat-syaratnya seperti merasa bersalah dan menyesal akan tidak mengulangi dosa yang sama serta memohon keampunan Allah seraya menambahkan amalan soleh, kita sewajarnya merasa malu yang teramat sangat.

Penulis merasa terpanggil untuk menjelaskan isu menyebarkan cerita maksiat, mengalakkan budaya menfitnah serta menuduh perlakuan seks dan zina tanpa saksi yang cukup syarat dan sekaligus mengajak para remaja serta belia mengamalkan budaya hedonisme, lucah dan tidak bermoral. Kemudian berita fitnah akan dikutip dan disalin sebagai  "copy and paste" di blog dan laman sosial yang lain seperti facebook. Tidak malukah kita sebagai seorang yang mengaku Muslim dan beriman kepada Hari Pembalasan apabila kita ditertawakan serta agama kita diperlekehkan oleh penganut agama lain?

 

Penulis pernah pada tahun 2008 difitnah oleh Jamil Isa dari MyKMU.net yang menuduh penulis telah ditangkap berkhalwat di sebuah hotel (Crystal Crown) di Pelabuhan Klang di suatu malam walhal  penulis telah bersama dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berforum di Kuala Selangor. Penulis serta keluarga dapat  merasakan bagaimana tertekan dan sedihnya apabila dituduh sebegitu rupa oleh "-anjing-anjing UMNO-BN" yang berselindung disebalik slogan-slogan seperti " demi Islam......"



Beginilah personaliti, perangai, syahsiah, perilaku, akhlak dan gaya hidup seorang yang bergelar Muslim yang suka dan berasa bangga dapat menyebarkan fitnah, mengalakkan maksiat, menyokong taghut dan mewujudkan kucar kacir serta keruntuhan moral remaja dan belia dalam masyarakat. Tidak perlu Majlis Fatwa Kebangsaan bersidang untuk membincangkan sama ada perlakuan individu begini apa hukumnya di sisi agama serta wajarkah dihebahkan kedurjanaannya? Kenapa tidak? Individu sebegini menjadi ikutan serta ikon kepada para blogger pro maksiat. Individu sebegini  telah melakukan "  amr bil munkar wan nahyu anil ma'ruf" AtTaubah:67

Apa yang ditulis oleh blogger taghut ini dikutip dan disebarkan oleh para blogger pro hedonisme dan liberalisme.  Jika Singapura mampu memberhentikan biasiswa pelajar Malaysia yang mengendalikan blog seks, inikan pula Malaysia yang diwarwarkan sebagai negara Islam contoh. Di mana Peguam Negara?

Di mana
Di mana

Dalam Islam, semua pintu maksiat dan dosa hendaklah ditutup dan menjadi tanggungjawab Pemerintah untuk  memelihara kemaslahatan manusia sejagat dan menghindari dari kejahatan (mafsadat) baik di dunia dan akhirat,.Tujuan tersebut akan hanya tercapai melalui penguatkuasaan. Waktu yang sama , segala makrufat atau kebaikan hendaklah dipromosikan dan diberi galakan yang sewajarnya bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Dalam konteks melindungi maslahah awam, ianya berkait rapat dengan tiga perkara utama iaitu:


(i) Maslahah daruriyyat iaitu memelihara keperluan asas (agama, nyawa, aqal, zuriat dan harta)

(ii) Maslahah hajiyyah iaitu memelihara kepentingan manusia dalam memenuhi keperluan sampingan.

(iii) Maslahah tahsiniyah iaitu memelihara keselesaan dan keharmonian serta kecerian hidup.


 Dalam masyarakat kita di Malaysia masakini, perasuah, pemfitnah, penyamun, penzalim, pemakan harta anak yatim, pengkhianat negara, penzina, pemabuk dan kaki botol, pengampu, penyalahguna kuasa, pemecah amanah, pemunggah khazanah negara dan seumpamanya diberi pangkat, kedudukan, penghormatan dan sanjungan oleh rakyat dan masyarakat. Kita telah hilang neraca buruk baik atau meter iman kita telah jahanam. Kita tidak dapat membezakan yang HAQ dan yang BATIL, yang HALAL dan yang HARAM, yang SOLEH dan yang TOLEH, yang MENINDAS dan yang TERTINDAS. Lihat sajalah gambar-gambar di atas. KITA KENAL MEREKA, mereka merupakan adik kita, abang kita, jiran kita, saudara kita, besan kita, menantu kita, orang kampung kita, kenalan kita dan PEMIMPIN NEGARA KITA. Sebagai contoh  lihat di bawah profil seorang individu yang dibela dan dijadikan IKON di alam maya memiliki beberapa identiti.


Pangkalan Data Pesalah Rasuah
No Pengenalan Diri    :    RF 142863
Nama   : Wan Muhammad Azri bin Wan Deris
No Kes  : B-06B-68-2011
Mahkamah    :  
Hakim   : Y. A. Linton Albert [HMR], Y. A Datuk Wira Mohtarudin bin Baki [HMR] & Y. A Datuk Mohad Zawawi b
Pendakwaan     : TPR Nik Azrin Zairin bt Nik Abdullah
PeguamBela    : Samsul Sulaiman
Kesalahan    : Seksyen 10(a)(bb) dan seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575)
Jantina                : Lelaki
Warganegara    : Malaysia
Negeri                : Selangor
Kategori    : Penjawat Awam
Majikan                : Polis Di Raja Malaysia
Jawatan     : Koperal
Tarikh sabitan    : 06/09/2012

Pertuduhan :

Pertuduhan Pertama: Bahawa kamu pada 29.11.2004, di antara jam 1.00 petang dan 3.00 petang, di Pandan Indah, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah meminta suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM1000.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama.

Pertuduhan Kedua: Bahawa kamu pada 30.11.2004, di antara jam 11.40 pgai di lorong tidak bernama di belakang sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ampang, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah menyetuju-terima suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM400.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. "


Hukuman :


"Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Pertuduhan pertama: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, penjara 8 bulan) Pertuduhan kedua: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, denda 8 bulan). Hukuman penjara berjalan berasingan. Keputusan Mahkamah Tinggi: Mahkamah telah menolak rayuan Perayu terhadap sabitan. Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dikekalkan. Mahkamah Rayuan: Rayuan OKT ditolak. Mahkamah telah mengurangkan hukuman penjara dari 5 bulan kepada 14 hari dan denda RM10,000.00 id 8 bulan penjara adalah dikekalkan bagi kedua-dua pertuduhan. Hukuman penjara adalah berjalan secara serentak"

skrinshot dpd Jab imigresen
Skrinshot dpd SPR sebelum dipadam

>Ayat cinta Papagomo



RUJUKAN:

http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2008/11/hukuman-jenayah-syariah.html

http://www.mts-mu-brajaselebah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=16%3Adosa&catid=1%3Aartikel&Itemid=2

http://agama.kompasiana.com/2010/08/12/dosa-besar-224137.html

https://www.youtube.com/watch?v=9_6l0owNyIY&feature=youtu.be


http://www.erapasca.com/2013/02/sketsa-papagomo-jadi-lelaki-yang-beriman.html

www.malaysiakini.com/news/224622

www.malaysiakini.com/news/224719

www.malaysiakini.com/news/224944
www.malaysiakini.com/news/224493

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekas-isteri-papa-gomo-akan-dedah-identiti-blogger-di-mahkamah-kata-rafizi/


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-tetap-dengan-pendirian-dakwa-papa-gomo-panik/

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/rafizi-bloggers-ex-wife-to-expose-identity-in-court-soon/

http://www.sprm.gov.my/001-shame.xhtml?id=998&uweb=jtl&mid=844.

Hisham Rais: Sandiwara Al-Lahad Datu (LM)

Cui bono, siapa untung?

Minggu ini saya memperkenalkan satu ayat dalam bahasa Latin - Cui bono - siapa untung. Ayat ini muncul di kota Rom dalam tahun 1604. 

Hari ini ayat ini sedang digunakan oleh FBI, CIA, Mossad, MI5, MI6 atau FSB badan risik yang menggantikan KGB di Rusia.

Ayat ini menjadi kunci untuk apa sahaja bentuk siasatan intel, jenayah dan analisa politik. 

PAKATAN DI JANGKA MENANG DI PAHANG

Sah, PAS Terajui Pembangkang Di Pahang Untuk Buat Kejutan Besar Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 Nanti !

KUANTAN,  - Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Pahang sekali lagi diberi kepercayaan menerajui Pakatan Rakyat (PR) negeri ini apabila diberi peluang bertanding 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Daripada keseluruhan 42 Dun, DAP bertanding 7 manakala selebihnya (14) ditandingi PKR selepas selesai agihan kerusi peringkat Pakatan Rakyat Pahang. Menurut Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Pahang (JPN) Cikgu Abdul Majid Hasan, DUN-DUN yang akan ditandingi PAS ialah N2 Jelai, N3 Padang Tengku, N8 Dong, N9 Tahan, N11 Pulau Tawar, N12 Beserah, N15 Tanjung Lumpur, N16 Inderapura, N17 Sungai Lembing, N19 Panching, N20 Pulau Manis, N21 Peramu Jaya, N24 Luit, N26 Chenor, N28 Kerdau, N29 Jengka, N32 Kuala Semantan, N36 Pelangai, N37 Guai, N40 Bukit Ibam dan N42 Tioman. 
 
 
 Bagi mengetuai cabaran tersebut, PAS dijangka menampilkan lebih 50 peratus muka baru iaitu terdiri daripada ulamak muda lulusan Timur Tengah dan profesional dalam pelbagai bidang. Antaranya di Pulau Tawar, Inderapura, Luit, Kerdau, Beserah, Sungai Lembing dan Chenor. Melihat kepada faktor Pahang tidak terkena tempias tsunami politik 2008, negeri Perdana Menteri dan menempatkan majoriti besar pengundi Melayu, tidak ramai penganalisis yang berani meletakkan PR akan berjaya mencipta sejarah pada PRU 13. Namun menurut Abdul Majid, berdasarkan beberapa perkembangan mutakhir, tidak mustahil PR mampu membuat kejutan. 
 
 
 Antara lain ialah kelemahan kerajaan BN Pahang dalam menangani isu-isu rakyat, kebangkitan rakyat yang celik maklumat dan swing pengundi Cina yang dijangka meningkat sehingga 80 peratus. Satu faktor lagi, terdapat 25 DUN mengandungi kawasan tanah rancangan Felda. Dengan pelbagai isu yang menghantui serta kesedaran warga peneroka dijangka boleh menyumbang ke arah kemenangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum nanti.

Pembangkang Mahu Buat Kejutan Di Pahang Kali Ini

Pada ketika ini empat DUN sudah dimenangi Pakatan Rakyat iaitu dua oleh PAS di Kuala Semantan dan Beserah serta dua oleh DAP iaitu di Triang dan Tras. Kedua-dua parti dijangka tiak menghadapi sebarang masalah untuk mengembalikan semua kerusi masing-masing. Namun yang menariknya terdapat lapan DUN di mana PR hanya kalah di bawah 1,000 undi pada PRU yang lalu iaitu Sabai (145), Teruntum (293), Tanjung Lumpur (496), Damak (509), Tanah Rata ( 575), Jengka (596), Inderapura (873) dan  Ketari (882).  Manakala 8 Dun lagi majoriti kekalahannya di bawah 1,500 ialah Luit (1,068), Bilut (1,108), Padang Tengku (1,188), Cheka (1,280), Tahan (1,357), Benta (1,358), Jenderak (1,374) dan Panching (1,444). Abdul Majid berkata, jika terdapat swing (lonjakan) kurang daripada 5 peratus sahaja trend pengundian terdahulu meningkat ke arah PR, bermakna DUN-DUN seperti Guai (1,941), Semambu (2,136), Lanchang (2,139) Batu Talam (2,415) dan Mentakab (2,439) akan jatuh ke tangan PR sekali gus mendapat majoriti mudah untuk ke Wisma Sri Pahang.
 
  “Itu yang saya katakan PR mungkin boleh membuat kejutan berdasarkan terlalu banyak kelemahan kerajaan BN Pahang dalam menangani isu-isu air dan tanah, muncul aktivitis media baru serta peningkatan sokongan pengundi Cina terutama selepas isu Lynas. “Bagaimanapun saya masih menekankan faktor utama kemenangan ialah jentera pilihan raya yang bertugas di segenap unit peti undi serta jentera kempen selain daripada bertawakal sepenuhnya kepada Allah,” katanya.
 
 
 
 Lonjakan lima peratus yang dikehendaki itu tidak mustahil boleh diperolehi PR berdasarkan peningkatan yang sama diperolehi pada PRU 2008 berbanding PRU 2004. Bagi kerusi parlimen di Pahang pula, Abdul Majid berkata PAS akan bertanding enam daripada 14 iaitu di parlimen Jerantut, Maran, Kuala Krau, Temerloh, Bera dan Rompin. 


PKR kekal bertanding di Indera Mahkota, Kuantan, Paya Besar, Pekan dan Lipis. Sementara DAP kekal di kerusi tradisinya Cameron Highlands, Raub dan Bentong.  Tambah Abdul Majid, Pahang bakal menyumbangkan sekurang-kurangnya lima kerusi parlimen bagi membantu PR ke Putrajaya iaitu mengekalkan Indera Mahkota dan Kuantan. Manakala Jerantut, Raub dan Temerloh juga, dengan izin Allah, akan jatuh ke tangan PR. Katanya, kajian dari pihak BN sendiri yang diperolehi demikian. Menurut angka terbaru jumlah pemilih pada PRU 13 di Pahang seperti dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ialah 727,047 orang iaitu meningkat lebih 20 peratus (603,242) dari tahun 2008. Pecahannya mengikut kawasan parlimen ialah P078 Cameron Highlands (27,774), P079 Lipis (32,005), P080 Raub (53,802), P081 Jerantut (57,774), P082 Indera Mahkota (63, 419), P083 Kuantan (55,577), P084 Paya Besar (47,465), P085 Pekan (79,721), P086 Maran (37,875), P087 Kuala Krau (42,415), P088 Temerloh (65,308), P089 Bentong (61,335), P090 Bera (50,513) dan P091 Rompin (52,064). Peratusan bagi pecahan kaum pula ialah Melayu 72%, Cina 22% dan India 6%. Yang menakjubkan ialah lebih 45% pengundi adalah yang berusia antara 21 tahun hingga ke 40 tahun. Senario ini jelas sekali menggambarkan para pengundi kali ini lebih bermaklumat.

Pakatan Tampil Calon Lebih Mantap Untuk Cabar BN

Bagi calon-calon pula, belum ada pengumuman rasmi meskipun tarikh pilihan raya semakin hampir. Namun begitu, pemimpin tertinggi PAS Pahang dijangka terus kekal bertanding di kerusi masing-masing iaitu Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) di DUN Jengka, Ustaz Yusof Embong di DUN Panching dan Dr Hamzah Jaafar di Parlimen Jerantut. 
 
 
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Dato’ Fauzi Abdul Rahman dijangka bertanding di Parlimen Indera Mahkota menggantikan Azan Ismail yang berpindah ke Terengganu. Sementara Leong Ngah Ngah yang diberi jolokan ‘Lee Lam Thye Pahang’ dijangka beralih ke Ketari. Manakala DUN Triang yang dimenanginya selama lima penggal akan diserahkan kepada Setiausaha Organisasinya Lee Chin Chen. 
 
Sementara itu PKR yang bertanding menampilkan muka baru bagi menentang Bn di Pahang.Dengan tenaga muda dan profesional,Bn dijangka akan menghadapi masaalah dimana Pakatan bertanding.Antaranya di DUN Kemayan,Cheka, Benta, Teruntum,Jenderak ,Lanchang  juga Rompin.
 
 Pengerusi Himpunan Hijau Anti Lynas, Wong Tack dikhabarkan akan bertanding di Bentong atas tiket DAP. Rata-rata menyebut, PR masuk bertanding PRU kali ini lebih bersedia. Ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat diadakan di Kerdau tahun lalu, berjaya dihimpunkan. Pada hari tersebutlah diumumkan tawaran PR Pahang 6 + 3 yang jika betul-betul disampaikan kepada khalayak rakyat, pasti akan memilih PR. Ia berbetulan pula dengan kelemahan kerajaan BN yang sudah terlampau lama berkuasa sehingga menimbulkan terlalu banyak ketidakpuasan hati rakyat. sumber