13 OGOS — Khairy Jamaluddin memberikan reaksi kepada
penghijrahan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional ke Pakatan Rakyat
seperti orang yang sedang merasakan perasaan “jilted” dan bercakap
benar-benar seperti “attribute” yang ada pada Umno.
Khairy bercakap besar dengan mengatakan penghijrahan orang-orang Umno
dan pemimpin BN itu tidak menjejaskan BN kerana mereka semua adalah
orang tidak laku dalam BN khususnya Umno.
Kalau mereka semua tidak laku kenapa Khairy bercakap seperti seorang
yang kena “jilted”? Bunyi kenyataan yang tersiar di dalam akhbar-akhbar
perdana hari ini memaparkan sikap sebenar pemimpin Umno apabila mereka
di tinggalkan dan memberikan reaksi seperti seorang yang “sour grape”.
Khairy sendiri bukannya laku sangat dalam Umno kalau hendak dikaji
secara terperinci dan sekarang beliau sedang menjadi seorang kembiri
politik yang tersohor, mengambil kesempatan penghijrahan
pemimpin-pemimpin BN di Sabah dan tindakan Tamrin Ghaffar keluar dari
Umno.
Saya tidak kisah jika pemimpin lain dalam Umno bercakap seperti yang
dikatakan oleh Khairy itu kerana pemimpin-pemimpin lain di dalam Umno
itu merupakan pemimpin-pemimpin yang tidak laku kepada rakyat yang
ramai-ramai ini. Khairy ini ibarat seorang anak muda yang julung
berkeris. Baru kenal selangkah dua batang pisang pun beliau hendak
sanggah.
Siapa sebenarnya yang tidak laku? Saya berpendapat Khairy sendiri
orang yang tidak laku. Kenapa beliau terlupa yang beliau menduduki
kerusi Ketua Pemuda dengan sokongan kurang dari 50 peratus dari
perwakilan sedangkan beliau telah menggunakan kedudukan beliau sebagai
menantu Perdana Menteri habis-habisan dalam pertandingan itu?
Kenapa Khairy tidak mengindahkan rungutan pengundi beliau di Rembau
sendiri? Kalau Khairy menilai diri beliau betul-betul, apakah yang
menyebabkan beliau boleh duduk ditengah gelanggang Umno tetapi membuka
langkah silat yang tidak berjawab kerana dia adalah menantu Perdana
Menteri semasa itu. Kalau dia sama seperti ahli Umno yang lain nescaya
Khairy tidak mungkin menang untuk menjadi pemeriksa kira-kira cawangan.
Khairy harus sedar yang Umno itu sendiri tidak laku dan tidak ada
maknanya jika dia laku di dalam Umno. Apa faedahnya laku dalam Umno jika
Umno itu sudah tidak laku lagi? Umum faham yang mereka yang baik dan
sepatutnya menjadi pemimpin tidak boleh lama dalam Umno kerana budaya
Umno itu hanya mengambil pemimpin yang kurang berguna atau pun pemimpin
yang mempunyai pengaruh keluarga mereka semata-mata.
Kalau Khairy anak penoreh getah atau anak kepada seorang penyapu
sampah di Majlis Perbandaran Rembau beliau tidak mungkin dikenali oleh
sesiapa waimma dari seorang buruh kasar.
Sekarang elok kita ingatkan Khairy agar sedar diri sedikit semasa
berada dalam Umno itu. Sesungguhnya Khairy mempunyai penyokong yang
ramai di luar Umno. Di dalam Umno Khairy adalah orang tidak laku kerana
beliau bukannya ada sokongan yang “legitimate” dalam parti itu.
Beliau masih boleh bersuara sedikit ialah kerana kejayaan beliau
mendapat kurang dari 40 peratus undi dari perwakilan pemuda beberapa
tahun dahulu. Itu sahaja.
Khairy sepatutnya memberikan tumpuan kepada pergerakkan Pemuda yang
beliau pimpin itu. Khairy harus sedar yang Umno menjadi lemah kerana
pemuda-pemuda nya di cawangan-cawangan Umno tidak bergerak dan tidak di
hormati oleh masyarakat dalam kariah masing-masing. Dulu-dulunya Umno
kuat kerana peranan pemuda di akar umbi. Keadaannya zaman Khairy
memimpin ini, Pemuda hanya bergerak jika ada pemimpin besar melawat atau
jika ada duit untuk bergerak.
Yang Khairy kritik ini adalah pemimpin-pemimpin yang telah banyak
bersusah payah untuk menegakkan Umno dan BN. Semasa mereka bergerak
dahulu Khairy belum lahir lagi dan semasa mereka berada dipesada
kepimpinan Khairy masih berak dalam lampin lagi. Khairy semasa itu belum
pun kenal yang mana satu tangan kanan untuk makan dan yang mana satu
tangan kiri untuk bersuci selepas keluar dari jamban.
Pemimpin-pemimpin yang Khairy kritik ini bukannya dipecat oleh BN.
Mereka keluar kerana tidak berpuas hati dengan perjuangan BN khususnya
Umno yang sudah menyimpang dari perjuangan asalnya. Mereka keluar UPKO
dan BN kerana BN sudah tidak relevan lagi.
Kita ramai-ramai ingin sangat hendak tengok kemana Khairy
kesudahannya, kerana dia begitu sombong dan angkuh. Belum pun tahu dan
faham tentang Umno hendak bercakap seolah-olah beliau hebat dan laku di
mana-mana.
Saya pernah label Khairy sebagai apam tebal… masak diluar mentah di
dalam. Kalau Khairy benar-benar seorang yang laku pastikan yang beliau
tidak di sabotaj oleh ahli-ahli Umno di Rembau sendiri, kerana dia
bukannya laku sangat pun dalam Umno itu.
Yang Khairy anggap tidak laku dalam Umno dan BN itu, sangat laku
kepada rakyat ramai. Ramai di antara yang Khairy anggap tidak laku
inilah yang akan menurunkan Umno dari memimpin negara dalam PRU yang
akan datang ini.
Seperti matematik, formula itu penting. Dalam politik sekarang ini,
mereka yang kuat dalam Umno itu akan kalah dalam pilihanraya yang akan
datang ini. Mereka yang tidak laku dikalangan pemimpin Umno itu akan
menjadi laku dalam PRU yang akan datang.
Apa faedahnya laku dalam Umno, tetapi tidak laku kepada rakyat?
Khairy elok keringkan hingusnya dahulu dan terus melakukan introspeksi
diri secara intensif. Lama kelamaan dia akan akhirnya faham siapa beliau
sebenarnya dalam Umno itu. — aspanaliasnet.blogspot.com
* This is the personal opinion of the writer or publication and
does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.
KEMPEN 114A
Apa itu 114A?
Ia adalah satu pindaan kepada Akta Keterangan 1950 yang membolehkan penguatkuasa undang-undang untuk menjadikan anda bertanggungjawab kerana menyiarkan bahan yang menghasut, memfitnah atau libel secara online, asalkan bahan yang didakwa fitnah itu boleh dijejak kembali ke kata laluan, alat elektronik, atau rangkaian WiFi milik anda. Seksyen 114A mengandaikan anda bersalah kerana menyiarkan bahan terbabit di internet, kecuali jika anda boleh membuktikan sebaliknya. Pendek kata, anda bersalah sehingga dibuktikan tidak bersalah.Mengapa anda patut menyokong kempen ini?
Seksyen 114A mengancam hak kebebasan bersuara dan menakutkan pengguna Internet supaya melakukan tapisan kendiri bagi mengelak sebarang tuduhan palsu di bawah Seksyen 114A. Blogger, sebagai contoh, mungkin perlu lebih menapis komen yang dibuat oleh pembacanya. Oleh sebab itu, Seksyen 114A secara tidak langsung mengekang perbincangan awam tentang isu-isu penting politik dan sosial; serta melindungi pihak berkuasa daripada sebarang penelitian awam.Apa yang kita mahu?
Kerajaan mesti memansuhkan Seksyen 114A.PATUT DIA KALUT UGUT SOAL AIR DAN SYABAS....RUPANYA ADA UDANG SEBALIK MEE
AMK : Noh Omar Perlu Perjelas Memiliki Tanah Seluas 30 Ekar
SHAH ALAM, 3 OGOS – Angkatan Muda Keadilan Selangor (AMK) mendesak Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengemukakan penjelasan kepada rakyat bagaimana beliau boleh memiliki tanah seluas 30 ekar di Tanjong Karang.
Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri mempersoalkan apakah keistimewaan beliau sebagai Menteri Pertanian dan Asas Tani sehingga melayakkan beliau untuk memiliki tanah berkenaan dengan jumlah bayaran premium sebanyak RM 9,760 pada tahun 1995.
“Apa yang kita ingin pertikaikan, bagaimana nama beliau boleh mendapat tanah tersebut dan atas dasar apa yang melayakkan beliau. Yang ini beliau kena jelaskan. Sehingga hari ini beliau tidak menjawab pendedahan yang dibuat oleh YB Ng Suee Lim dalam sidang Dun Selangor baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi TV Selangor.
Pada Sidang Dewan Negeri Selangor pada Julai 12, Suee Lim mendedahkan yang Noh membeli tanah itu pada 13 Jun 1995.
Hasil carian di laman web Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menunjukkan Noh memenangi kerusi Ahli Parlimen Tanjong Karang buat kali pertama pada April 1995.
Dokumen berkenaan mendakwa penglibatan Noh Omar terhadap projek kolam udang di Tanjong Karang disamping penemuan satu kaveat agar Noh terus menyewakan tanahnya seperti dipersetujui kedua-dua pihak.
Dakwanya lagi, dalam dokumen yang perolehinya itu menunjukkan adanya akuan bersumpah yang menunjukkan adanya kerjasama antara Noh dengan syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd yang melaksanakan projek penternakan udang itu.
Di dalam laporan portal Malaysiakini sebelum ini, Noh yang juga Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani berkata beliau menyewakan tanah seluas 30 ekar miliknya kepada syarikat itu dan tidak terlibat mengusahakan projek udang tersebut.
Pengarah Pristine Agrofood, Chu Bak Teck juga turut menafikan penglibatan Noh Omar dan menyatakan beliau hanya menyewakan tanahnya sahaja.
Pada 8 Ogos lalu kira-kira 150 petani dan nelayan mengadakan perhimpunan aman di hadapan pintu masuk projek kolam udang yang didakwa dimiliki Noh Omar di mana kewujudan kolam berkenaan menjejaskan sumber pendapatan mereka.
Azmizam dan AMK Selangor turut mengucapkan terima kasih diatas pendedahan yang dibuat Suee Lim dan selain penghargaan tahniah kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah meluluskan dasar supaya semua wakil rakyat tidak boleh mendapat tanah selain rakyat yang memerlukan.
APABILA CAKAP TAK SERUPA BIKIN
Kumpulan MTPKL pula sebelum ini mencuri perhatian apabila mengadakan
perhimpunan "BERSIH 4.0 Cintakan Negara" di depan rumah Pengerusi
Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Kuala Lumpur pada Jun lalu.
Mereka pada awalnya merancang untuk membuka gerai jualan semasa perhimpunan tersebut, namun dihalang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akhirnya hanya berhimpun dan membawa sepanduk.
Jamal juga mencetuskan sensasi media apabila menawarkan pelbagai hadiah mewah, termasuk Lamborghini dan BMW sekiranya laman Facebook mereka mencapai jumlah sasarah peminat tertentu.
Bagaimanapun, Jamal kemudiannya mendakwa kempen itu menghadapi masalah apabila laman Facebook itu telah digodam.
Berita diatas tu macam dengki ja bunyinya.Tak ganggu peniaga mana pun.Buat pula di Dataran merdeka.Berhimpun bukan nak ganggu gugat restoran ikan bakar pun.Boleh juga orang datang makan ikan bakar, langsung orang tak datang.Sendiri bikin bagi tutup rezeki sendiri.
Sementara itu orang ramai dijangka hadir bagi memberi sokongan keatas akta bagi menyokong tuntutan BERSIH agar pihak kerajaan menunaikan janji tranformasi untuk membantu memulihkan sistem pilihanraya yang bersih dan adil.

ALAAAA...BILA ANWAR KATA KAWANNYA PAK ARAB NAK MASUK MELABUR 10 BILLION....
Bila Anwar dakwa kaum pemodal Arab akan melabur sekiranya beliau berjaya mengambil alih Putrajaya, maka Najib pun membawa seseorang yang kononnya ada 7 billion.Caya ka?Nanti kita lihat apa pula projek yang akan mengantoikan kita rakyat Malaysia..
Brazil tycoon to invest $7.5 billion in Malaysia
KUALA
LUMPUR (AFP) - A Brazilian conglomerate controlled by the country's
richest man has pledged to invest US$6 billion (S$7.5 billion) in
unspecified projects in Malaysia, the government of the South-east Asian
nation said on Thursday.
EBX
group chairman Eike Batista made the pledge during a visit with
Malaysian Prime Minister Najib Razak earlier in the day, the premier's
office said in a statement.
"We
are impressed with the potential that Malaysia has to offer and wish to
announce our commitment of US$6 billion into Malaysia for high-impact
strategic FDI investment to be implemented swiftly," Mr Batista was
quoted as saying. EBX has interests in oil and gas, logistics and other
fields.
ADA ORANG MEROYAN
Di Sabah sikap penduduknya bergantung kepada apa yang berlaku dan perubahan dipucuk pimpinan atau kaum dan tok ketua.Ianya masih lagi bergantung kepada ketua bagi adat .Sekiranya ketau adat berubah , maa berubah lah sikap pengikutnya.
Bumburing bertugas menarik undi Kadazandusun untuk Pakatan
Kalau baca di atas ni, wah...ita ambik lah Anwar..tak mengapa...asalkan kita berjaya ke Putrajaya..Selepas itu kita siasat la apa yang patut.Kita siasat yang pukul orang,kita siasat yang bunuh orang, makna kata kes dibuka kembali...
BM-Premium A IP
KUALA LUMPUR: Satu
himpunan besar-besaran membantah penggunaan bahan kimia berbahaya akan
diadakan pada 2 September jam 2 petang, di Dataran Raub, Pahang.
Himpunan yang dinamakan Himpunan Hijau Raub itu diadakan bagi menuntut kehidupan yang lebih sihat dengan menghentikan proses perlombongan emas yang menggunakan cyanide.
Himpunan yang mensasarkan 20,000 penyertaan dari seluruh negara itu akan dimobilisasikan Himpunan Hijau bersama NGO-NGO lain, beserta Pakatan Rakyat.
Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar, berkata PAS akan mengerahkan ahli-ahlinya untuk menyertai himpunan ini, khususnya di Pahang.
Beliau berkata, PAS sememangnya menyokong sebarang tuntutan rakyat, lebih-lebih lagi hak rakyat untuk mendapatkan kesihatan yang baik.
"Terlalu banyak isu alam sekitar berlaku di Pahang. Di Kuantan dengan isu Lynas, begitu juga di Cameron Highland. Isu ini bukan isu Pahang tetapi seluruh negara. Jika kita tidak bersatu, ia akan membawa kehancuran kepada seluruh negara," tegas beliau pada sidang media yang diadakan di Dewan Himpunan Cina, petang tadi.
Beliau berkata, rakyat tidak menolak sebarang pembangunan yang dibuat kerajaan, namun menginginkan pembangunan yang memikirkan aspek kesihatan dan kesejahteraan semua pihak.
Turut serta pada sidang media itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dr. Hamzah Jaaffar; Timbalan Yang Dipertua PAS Raub, Tengku Shahadan Tengku Jaafar; ahli parlimen Cheras, Tan Kok Wai; dan exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu.
Lombong emas Raub Australian Gold Mine (RAGM) yang beroperasi sejak Februari 2009 dikatakan memberi kesan ke atas lebih 300 penduduk berdekatan, khususnya Kampung Bukit Koman, Raub yang mengadu mengalami masalah kegatalan kulit, kesukaran bernafas dan pelbgai kesan lain ekoran penggunaan cyanide.
Himpunan bantah guna kimia berbahaya 2 Sept
| Anis Nazri, | 02 Ogs 2012 |

PAKATAN SEDIA BERI LALUAN
PETALING JAYA 2 OGOS : Pakatan Rakyat bersedia memberikan laluan
kepada dua mantan ahli Umno-BN Sabah mempertahankan kerusi masing-masing
dengan syarat menyokong dasar bersama yang ditetapkan pada pilihan
raya umum(PRU-13).

Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR pagi tadi.
Dua mantan ahli Umno-BN yang dimaksudkan adalah bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing.
Selain tiga komponen utama Pakatan Rakyat, PAS, DAP dan PKR, mereka turut diberikan keistimewaan memilih tiket bertanding bersama parti politik tempatan di negeri tersebut yang menyokong pembangkang dengan persetujuan pemimpin utama parti berkenaan.
Menurut Anwar, PKR sedia memberi laluan kepada Lajim dan Bumburing sekiranya mereka mahu bertanding di kerusi milik parti itu.
“Mereka boleh bertanding malah ada pilihan sama ada kerusi PKR, PAS atau DAP. atau mana-mana parti yang menyokong dasar Pakatan. Tapi dengan persetujuan dengan pemimpin parti.
“Malah PKR sedia untuk berikan kerusi kepada orang baru dalam Pakatan Rakyat ini jika mereka komited dengan agenda kita,” katanya lagi.

SEBANGSA,SENEGARA,SEJIWA
PETALING JAYA 1 Ogos: Pakatan Rakyat memilih ‘Sebangsa, Senegara,
Sejiwa’ sebagai tema alternatif Hari Kemerdekaan ke-55 bagi menggantikan
tema ‘Janji Ditepati’ oleh kerajaan.
Pengumuman
itu dibuat oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang juga
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Tema Hari Kemerdekaan Pakatan Rakyat
hari ini.
“Dia (kerajaan) kena ingat, (tema ini) datang dari rakyat sendiri. Kalau dia tak nak dengar kita (Pakatan Rakyat) tak apa…tapi dengar kata rakyat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN.
Beliau berkata, tema ini dirangkum daripada tiga elemen utama untuk membina negara sejahtera.
“Kita harus bermula dengan bangsa untuk membina negara. Jadi negara, bangsa dan jiwa itu diambil seringkasnya, dengan tidak ada apa-apa niat kecuali itulah niatnya – untuk menyatakan secara kudus dan tulus.
“Kami rumus dan ranumkan sehingga kami memilih “Sebangsa, Senegara, Sejiwa,” tegas Pak Samad.
Slogan ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ diilhamkan Alhaimi Adam, antara 250 slogan yang diterima Sekretariat Pakatan Rakyat selepas pengumuman cadangan tema alternatif dibuat sekretariat tersebut 24 Julai lalu.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pemilihan tema oleh Pakatan Rakyat lebih inklusif, ada semangat kebersamaan, merangkumi sentimen dan jiwa seluruh rakyat Malaysia.
“Kita turut cadangkan logo dan lagu mesti serasi dan selari dengan tema yang dicadangkan. Kami akan hantar secara rasmi kepada kerajaan Malaysia,” katanya.
Hadir sama, Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Ahli Jawatamnkuasa Bersih, Dr Toh Kin Woon dan Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai.
Jawatankuasa Pemilihan Tema Hari Kemerdekaan turut dianggotai bekas Pengarah Eksekutif Women’s Aid Organisation (WAO), Ivy Josiah dan bekas Pengerusi Proham, Tan Sri Simon Sipaun.

MERAWAT MASYARAKAT DIKTAKTOR
Merawat masyarakat diktator
|
Marwan Bukhari | Aug 01, 2012 01:35:43 pm
|
|||||||||
| |||||||||
Ahli Parlimen Tuaran isytihar keluar BN, sokong Pakatan Rakyat
Ahli Parlimen Tuaran isytihar keluar BN, sokong Pakatan Rakyat
KOTA KINABALU 30 Julai: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing mengisytihar keluar Barisan Nasional (BN) dan menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.Beliau juga menyatakan kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin utama Pakatan dan bakal Perdana Menteri Malaysia ketujuh.
Bercakap pada pelancaran Angkatan Perubahan Rakyat (APS) di Restoran Singgahgora, Tuaran di sini, Bumburing percaya seluruh masyarakat Kadazan-Dusun-Murut akan menumbangkan kerajaan BN Sabah.
Beliau juga akan menjelajah ke seluruh negeri untuk mengajak rakyat melakukan perubahan kerajaan di Sabah, selain di peringkat Persekutuan.
Situasi ini pasti menggerunkan regim Umno berikutan dua pemimpin berpengaruh di Sabah dalam dua hari berturut-turut, meninggalkan BN dan menyokong Pakatan Rakyat.
Semalam, Timbalan Menteri Kabinet, Datuk Seri Lajim Ukim meletak semua jawatan dalam Umno dan menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat, diikuti Wilfred pada hari ini.
Wilfred juga adalah Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), sebuah parti komponen BN Sabah.
Sebelum ini, beliau pernah menyertai parti Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (PASOK) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).
Beliau juga adalah Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilancarkan Tengku Razaleigh Hamzah pada 22 Julai 2011.
Pada pilihan raya umum (PRU) 2008, Wilfred menang dengan undi sebanyak 17,645 menewaskan calon KEADILAN, Ansari Abdullah dan calon Bebas, Ajin Nazin Gagah.
Wilfred Bumburing keluar BN, masuk Pakatan dan akan jelajah Sabah
KUALA LUMPUR, 29 Julai -- Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk
Seri Wilfred Bumburing, hari ini mengisytiharkan keluar dari Barisan
Nasional (BN) dan menyertai Pakatan Rakyat (PR) melalui parti Angkatan
Perubahan Sabah yang baru diumumkan penubuhannya hari ini.
Ahli Parlimen Tuaran itu (foto fail)
juga berkata
beliau akan menjelajah ke seluruh negeri Sabah untuk membantu PR
memenangi negeri itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Antara punca beliau keluar dari BN ialah kerana kegagalan kerajaan Pusat dan kerajaan negeri memantau pendatang tanpa izin.
“Ini adalah ibu bagi segala masalah yang ada dalam negeri Sabah,” kata Wilfred yang berucap melalui siaran langsung dari laman web UStream TV Merdeka Rakyat.
Ahli Parlimen Tuaran itu (foto fail)
Antara punca beliau keluar dari BN ialah kerana kegagalan kerajaan Pusat dan kerajaan negeri memantau pendatang tanpa izin.
“Ini adalah ibu bagi segala masalah yang ada dalam negeri Sabah,” kata Wilfred yang berucap melalui siaran langsung dari laman web UStream TV Merdeka Rakyat.
LAGU GEREJA DI CIPLAK RAIS YATIM
KALAU INILAH TAHAP MANTEL KERAJAAN UMno,ELOK SANGAT LAH KITA TUKAR PEMERRINTAH YANG LEBIH BERWIBAWA.
ATAS LAJU....BAWAH SLOW
ATAS LAJU....BAWAH SLOW
BILA NAK MENGUNDI NI?
|
|||||||
KENA KUTUK BARU TUKAR TEMA
Selepas dikecam hebat antara tema hari Merdeka atau Hari Kebangsaan dari Janji Di tepati , kini di tukar pulak kepada 1 Malaysia. Kalau dah nyanyok buat la cara nyanyok...dok melalut dan idea tak ada buat malu ke generasi muda sahaja.
Mula-mula tiru apa yang dicakap Anwar pada 2008 semasa pilihanraya Permatang Pauh,iaitu melahirkan hari Malaysia dah tu, tiru juga lagi....kali ini tak tiru, tapi tema hampeh..macam tema parti Umno nak tipu Melayu la layaknya...
Dah masuk bulan kemerdekaan dah...baru sibuk nak tukar logo...setakat logo macam tu...nampak sangat pi ke zaman kuno.Aku percaya akan muncul lagi banyak logo yang menarik jika di cipta rakyat.Entah berapa logo ni di tender? mana la nak tahu kot logo pn di tender...
KUALA LUMPUR, Julai 29 — Putrajaya hari ini menukar logo
kontroversi Hari Kemerdekaan ke 55 yang dicipta oleh jurureka dalaman
kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan dan menukarnya dengan
logo 1Malaysia.
Langkah
itu diumumkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk
Seri Dr Rais Yatim awal pagi ini melalui akaun Twitternya.
“Untuk membendung sedikit salah faham kami (akan) hanya (menampilkan) 1Malaysia sebagai logo Merdeka (dan) Hari Malaysia,” katanya melalui akaun Twitternya, @DrRaisYatim.
“Tahun ini seperti tahun lalu tiada logo rasmi melainkan logo 1Malaysia. Cuma temanya ialah 55 Tahun Merdeka Janji ditepati.
“Bahan hiasan (artwork) kini hanya paparan selingan bukan logo rasmi. Ada bbp bahan promo menjelang Hari Merdeka 31 Ogos dan Hari Malaysia,” tambahnya.
Langkah ini dilihat sebagai satu langkah yang memalukan terutamanya bagi Rais yang baru dua hari lalu mempertahankan tema “Janji Ditepati” yang telah menerima krtitikan umum minggu lalu apabila ia diumumkan.
Beliau menjawab kritikan umum itu dalam mesej pada akaun Twitternya dengan mengatakan “segala-galanya boleh dilihat buruk jika minda tertutup”.
“Malaysia telah benar-benar menjadi sebuah negara yang brjaya selepas 55 tahun merdeka. Mengapa tidak boleh kita katakan Janji Ditepati?”Katanya dalam satu respon kepada kritikan terhadap tema yang dikatakan sebagai kempen politik Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum akan datang yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.
Malaysia merayakan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos bagi memperingati ulang tahun hari kemerdekaan Malaya pada tahun 1957 dan meraikan Hari Malaysia pada 16 September bagi memperingati percantuman semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
Rais
dilaporkan oleh Bernama pada 9 Julai bahawa tema Hari Kemerdekaan tahun
ini menandakan program transformasi PM seperti pemberian wang tunai
Bantuan Rakyat 1Malaysia, Kedai 1Malaysia dan lain-lain adalah untuk
kebaikan rakyat.
Tema kemerdekaan lepas adalah variasi agenda 1Malaysia Perdana
Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk “Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan” dan “1Malaysia Menjana transformasi”.
Sebelum Najib mengambil alih pemerintahan pada tahun 2009, tema hari kebangsaan lebih memberi tertumpu kepada mesej perpaduan, dengan tema pada 2008 “Perpaduan Teras Kejayaan”.
PM keenam itu juga telah menjelajah ke seluruh negara ini di bawah program “Jelajah Janji Ditepati” yang dianjurkan oleh TV3, stesen penyiaran swasta utama dibawah Sistem Televisyen Malaysia Bhd (STMB) yang dikaitkan dengan Umno.
Program jelajah tersebut adalah sebahagian daripada kempen untuk mengingatkan pengundi bahawa pentadbiran beliau (Najib) telah melaksanakan janji-janji semenjak beliau mengambil alih jawatan pada April 2009.
Najib memerlukan mandat sendiri pada pilihan raya akan datang kerana mandat kini adalah milik Tun Abdullah Ahmad Badawi yang beliau gantikan selepas pilihan raya umum 2008. Ahli-ahli politik Pakatan Rakyat (PR) telah menuduh kerajaan BN menjadikan sambutan Hari Kebangsaan sebagai kempen pilihan raya.
Mereka juga menuduh BN menyalahgunakan tema dan jentera kerajaan untuk tujuan kempen politik.
Rais, yang memimpin kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan bertanggungjawab untuk tema, terpaksa mempertahankan pemilihan tema menjelang pilihan raya yang paling sengit dalam sejarah yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
“Tema, slogan terbuka kepada persepsi. Jika minda ditutup dan hati keras semuanya boleh dilihat buruk, “katanya dalam perutusan di Twitter hari ini.
Logo Hari Kebangsaan 2012 juga telah menerima kritikan meluas sejak ia dikeluarkan. Warga siber dan pereka grafik mengatakan ia adalah paling buruk yang pernah mereka lihat dan tidak sesuai untuk sambutan hari besar 31 Ogos dan 16 September, yang merupakan Hari Malaysia.
Kerajaan tidak mengadakan pertandingan mereka bentuk logo yang telah dijalankan secara tradisi pada tahun ini, menyebabkan Jabatan Penerangan mengeluarkan logo yang terdiri daripada kata-kata dalam fon berbeza, Jalur Gemilang, logo 1 Malaysia dan tema “Janji Ditepati”, semuanya menggunakan empat warna bendera kebangsaan.
Serangan turut dilakukan kepada penjelasan terhadap logo oleh orang ramai yang menjadikannya sebagai bahan lawak.
Di laman rangkaian sosial seperti Twitter dan Facebook, ramai yang mempersoalkan mengapa Putrajaya tidak mengadakan pertandingan mereka logo seperti yang dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya.
Sebuah kumpulan Facebook yang bernama “Kami berhujah Logo Kemerdekaan Malaysia Ke 55” yang menggunakan slogan “Janji Ditepati” diwujudkan, kerana tindakan kerajaan itu dikatakan tidak masuk akal dan bertujuan politik.
“Untuk membendung sedikit salah faham kami (akan) hanya (menampilkan) 1Malaysia sebagai logo Merdeka (dan) Hari Malaysia,” katanya melalui akaun Twitternya, @DrRaisYatim.
“Tahun ini seperti tahun lalu tiada logo rasmi melainkan logo 1Malaysia. Cuma temanya ialah 55 Tahun Merdeka Janji ditepati.
“Bahan hiasan (artwork) kini hanya paparan selingan bukan logo rasmi. Ada bbp bahan promo menjelang Hari Merdeka 31 Ogos dan Hari Malaysia,” tambahnya.
Langkah ini dilihat sebagai satu langkah yang memalukan terutamanya bagi Rais yang baru dua hari lalu mempertahankan tema “Janji Ditepati” yang telah menerima krtitikan umum minggu lalu apabila ia diumumkan.
Beliau menjawab kritikan umum itu dalam mesej pada akaun Twitternya dengan mengatakan “segala-galanya boleh dilihat buruk jika minda tertutup”.
“Malaysia telah benar-benar menjadi sebuah negara yang brjaya selepas 55 tahun merdeka. Mengapa tidak boleh kita katakan Janji Ditepati?”Katanya dalam satu respon kepada kritikan terhadap tema yang dikatakan sebagai kempen politik Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum akan datang yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.
Malaysia merayakan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos bagi memperingati ulang tahun hari kemerdekaan Malaya pada tahun 1957 dan meraikan Hari Malaysia pada 16 September bagi memperingati percantuman semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
Rais Yatim: Umumkan langkah melalui Twitter.
Sebelum Najib mengambil alih pemerintahan pada tahun 2009, tema hari kebangsaan lebih memberi tertumpu kepada mesej perpaduan, dengan tema pada 2008 “Perpaduan Teras Kejayaan”.
PM keenam itu juga telah menjelajah ke seluruh negara ini di bawah program “Jelajah Janji Ditepati” yang dianjurkan oleh TV3, stesen penyiaran swasta utama dibawah Sistem Televisyen Malaysia Bhd (STMB) yang dikaitkan dengan Umno.
Program jelajah tersebut adalah sebahagian daripada kempen untuk mengingatkan pengundi bahawa pentadbiran beliau (Najib) telah melaksanakan janji-janji semenjak beliau mengambil alih jawatan pada April 2009.
Najib memerlukan mandat sendiri pada pilihan raya akan datang kerana mandat kini adalah milik Tun Abdullah Ahmad Badawi yang beliau gantikan selepas pilihan raya umum 2008. Ahli-ahli politik Pakatan Rakyat (PR) telah menuduh kerajaan BN menjadikan sambutan Hari Kebangsaan sebagai kempen pilihan raya.
Mereka juga menuduh BN menyalahgunakan tema dan jentera kerajaan untuk tujuan kempen politik.
Rais, yang memimpin kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan bertanggungjawab untuk tema, terpaksa mempertahankan pemilihan tema menjelang pilihan raya yang paling sengit dalam sejarah yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
“Tema, slogan terbuka kepada persepsi. Jika minda ditutup dan hati keras semuanya boleh dilihat buruk, “katanya dalam perutusan di Twitter hari ini.
Logo Hari Kebangsaan 2012 juga telah menerima kritikan meluas sejak ia dikeluarkan. Warga siber dan pereka grafik mengatakan ia adalah paling buruk yang pernah mereka lihat dan tidak sesuai untuk sambutan hari besar 31 Ogos dan 16 September, yang merupakan Hari Malaysia.
Kerajaan tidak mengadakan pertandingan mereka bentuk logo yang telah dijalankan secara tradisi pada tahun ini, menyebabkan Jabatan Penerangan mengeluarkan logo yang terdiri daripada kata-kata dalam fon berbeza, Jalur Gemilang, logo 1 Malaysia dan tema “Janji Ditepati”, semuanya menggunakan empat warna bendera kebangsaan.
Serangan turut dilakukan kepada penjelasan terhadap logo oleh orang ramai yang menjadikannya sebagai bahan lawak.
Di laman rangkaian sosial seperti Twitter dan Facebook, ramai yang mempersoalkan mengapa Putrajaya tidak mengadakan pertandingan mereka logo seperti yang dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya.
Sebuah kumpulan Facebook yang bernama “Kami berhujah Logo Kemerdekaan Malaysia Ke 55” yang menggunakan slogan “Janji Ditepati” diwujudkan, kerana tindakan kerajaan itu dikatakan tidak masuk akal dan bertujuan politik.
KERAJAAN PURBA BN
Pakatan ajak rakyat cipta tema kemerdekaan untuk ganti ‘Janji Ditepati’
Tema Sambutan Hari Kebangsaan yang dibuat sama dengan tema Kempen Barisan Nasional adalah tindakan yang tidak dapat diterima rakyat. Ini adalah kali pertama sambutan Hari Kebangsaan yang merupakan hari keramat setiap lapisan rakyat dicabuli dengan agenda parti bertujuan mengekalkan kuasa.Ternyata Dato Seri Mohd Najib gagal mengikuti jejak ayahandanya sebagai seorang negarawan tetapi tanpa segan silu menyalahgunakan kuasa dan kedudukan untuk kekal berkuasa.
Kami juga menghormati hak kerajaan untuk memilih tema tersebut tetapi perlulah bijak memilih tema yang boleh diterima semua lapisan rakyat.
Baru-baru ini Ketua Penerangan Umno telah menjawab bahawa hak memilih Tema Sambutan Hari Kebangsaan adalah hak mutlak kerajaan yang memerintah. Ternyata mereka memilih untuk tidak menghormati pandangan rakyat. Semalam akhbar Sinar Harian Online menyiarkan kajian mereka yang menunjukkan 86% rakyat bersetuju Tema Hari Kebangsaan ditukar.
Untuk itu kami mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk bersama menyarankan tema alternatif untuk Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini. Sebarang cadangan boleh diajukan kepada Sekretariat Pakatan Rakyat di alamat di atas atau emailkan kepada sekretariatpakatan@gmail.com
Tarikh tutup cadangan adalah pada Isnin 30 Julai 2012.
Y.Bhg Dato Mustafa Ali YB Nurul Izzah Anwar YB Teresa Kok
Setiausaha Agung PAS Naib Presiden KEADILAN Setiausaha Pengelola DAP
LAJIM DIJANGKA SERTAI PKR
Lajim Ukin cetus momentum perubahan rakyat Sabah
| Hazayani Zakaria, | 29 Jul 2012 |
Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling berkata, tindakan berani Lajim itu mampu mencetuskan momentum perubahan yang besar kepada rakyat negeri di bawah bayu itu.
"Ini satu sejarah yang baru dalam politik negeri Sabah dan PAS sangat mengalu-alukan momentum perubahan ini kerana ia sudah tentu memberi impak yang besar kepada kepercayaan rakyat terhadap Barisan Nasional," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Semalam, Lajim mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta-merta.
Beliau didakwa berbuat demikian kerana tidak lagi yakin terhadap kemampuan Umno BN membela nasib rakyat Sabah.
Mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau tidak terperanjat dengan pengumuman lajim, Aminuddin menyifatkan ia sebagai 'menyembunyikan kegerunannya'.
"Najib hanya nak sembunyikan rasa gerunnya sahaja kerana pasti akan ada yang mengikuti jejak langkah Lajim ini," katanya.
Difahamkan, Lajim akan membuat pengisytiharan keluar Umno dan menyertai Pakatan Rakyat di rumah beliau, petang ini.
"Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS, Dr Hatta Ramli akan ada bersama petang ini dan kita tunggulah pengisytiharan Lajim," katanya.
Sementara itu, Aminuddin berkata, mood rakyat Sabah mahukan perubahan dan bosan dengan janji kosong BN.
"Kita lihat di Sabah rakyat mahukan perubahan. Mereka sudah bosan dengan BN yang hanya tahu berjanji. Saya yakin kalau Pakatan Rakyat sentiasa menyampaikan maklumat yang tepat kepada mereka, rakyat akan pilih Pakatan Rakyat," katanya.
Mangsa Bkt Koman: 30kg garam diguna untuk ringankan kegatalan
Seorang warga emas,
Chin Thiam Hee, 62 tahun, membentangkan kesnya di mana seluruh tubuhnya
telah mengalami kegatalan kulit, malah terpaksa menggunakan 30 kilogram
garam untuk merawat kegatalannya sejak awal tahun ini. Penduduk Sungai
Lui ini berkata, terdapat ruam pada kulitnya yang menyebabkan kegatalan
sejak bulan Februari 2012, malah telah menular ke bahagian kemaluannya.
Dalam
satu sesi dialog bersama RAGM (Raub Australian Gold Mine) semalam di
sebuah tadika Bukit Koman, Chin Thiam Hee (gambar kanan) menyelak
bajunya untuk menunjukkan bintik merah-keunguan yang ada pada tubuhnya,
"Kulit saya panas, malah menjangkiti vaginitis."
Ketika ditanya wartawan MerdekaReview selepas itu, Chin Thiam Hee menyatakan bahawa beliau mempunyai seorang anak yang bekerja di Kuala Lumpur. "Walaupun pendapatannya ribuan sebulan, (tapi) kos hidup di Kuala Lumpur tinggi. Nak bayar lagi hutang pengajian (PTPTN), hanya mampu menghulurkan RM500 sebulan untuk bapanya sebulan," kata Chin.
Chin Thiam Hee mendakwa dirinya tidak mampu menampung kos untuk rawatan doktor pakar, menyebabkan penyakitnya tidak terubat sehingga hari ini. Minggu lalu, ADUN Tras Chong Siew Onn berjanji untuk membawa Chin Thiam Hee ke Hospital Temerloh bagi mendapatkan rawatan pakar kulit.
Chin Thiam Hee dari keluarga yang miskin hanya bergantung kepada garam kasar untuk meredakan kegatalannya. Dalam jangka tujuh bulan sejak awal tahun, 30 kilogram garam kasar telah digunakan ketika mandi, namun keadaannya tetap tidak sembuh. Akhirnya Chin bergantung kepada cecair enzim yang diberi penduduk kampung untuk meringankan keadaannya.
Lebih
10 kali Chin Thiam Hee pergi ke Hospital Raub untuk mendapatkan rawatan
sejak tahun 2012, dan doktor berkata "tiada masalah", sekadar
memberinya ubat mencegah kegatalan, yang tidak berkesan untuknya.
Semalam, Jawatankuasa Anti-Cyanide Bukit Koman telah menganjurkan satu sesi dialog bersama RAGM, dihadiri dengan kira-kira 400 orang penduduk setempat. Chin mengesyaki penyakit kulitnya disebabkan perlombongan emas yang menggunakan bahan kimia cyanide oleh RAGM. Bagaimanapun, tiada wakil dari RAGM tampil untuk berdepan dengan soalan penduduk.
Ketika ditanya wartawan MerdekaReview selepas itu, Chin Thiam Hee menyatakan bahawa beliau mempunyai seorang anak yang bekerja di Kuala Lumpur. "Walaupun pendapatannya ribuan sebulan, (tapi) kos hidup di Kuala Lumpur tinggi. Nak bayar lagi hutang pengajian (PTPTN), hanya mampu menghulurkan RM500 sebulan untuk bapanya sebulan," kata Chin.
Chin Thiam Hee mendakwa dirinya tidak mampu menampung kos untuk rawatan doktor pakar, menyebabkan penyakitnya tidak terubat sehingga hari ini. Minggu lalu, ADUN Tras Chong Siew Onn berjanji untuk membawa Chin Thiam Hee ke Hospital Temerloh bagi mendapatkan rawatan pakar kulit.
Chin Thiam Hee dari keluarga yang miskin hanya bergantung kepada garam kasar untuk meredakan kegatalannya. Dalam jangka tujuh bulan sejak awal tahun, 30 kilogram garam kasar telah digunakan ketika mandi, namun keadaannya tetap tidak sembuh. Akhirnya Chin bergantung kepada cecair enzim yang diberi penduduk kampung untuk meringankan keadaannya.
Semalam, Jawatankuasa Anti-Cyanide Bukit Koman telah menganjurkan satu sesi dialog bersama RAGM, dihadiri dengan kira-kira 400 orang penduduk setempat. Chin mengesyaki penyakit kulitnya disebabkan perlombongan emas yang menggunakan bahan kimia cyanide oleh RAGM. Bagaimanapun, tiada wakil dari RAGM tampil untuk berdepan dengan soalan penduduk.
*Lu Wei Hoong ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut dan diterjemah dari teks asal.
KAT JOHOR BAKAL ADA 2 LOJI NUKLEAR
K'jaan kenalpasti 7 tapak loji nuklear, dakwa NGO
ELOK JUGA BUAT DI JOHOR.MAMPUS RAKYAT DAN TEMPAT UMNO BERKUBUR DI JOHOR.BARU SEDAR LANGIT TINGGI RENDAH.SOKONG LAGI....NAH KAU UMNO JOHOR.
mengenal pasti tujuh tapak untuk loji janakuasa nuklear unit berkembar, kata jurucakap Gabungan Menentang Nuklear Malaysia (MyCan), Dr Ronald McCoy (kiri).
Tujuh tapak tersebut terletak di empat negeri - satu di Kedah dan masing-masing dua di Perak, Terengganu dan Johor, katanya dalam satu sidang akhbar.
pantai, manakala dua tapak lagi terletak di pedalaman - Tasik Temenggor di Perak dan Tasik Kenyir di Terengganu - kerana jumlah besar air diperlukan untuk menyejukkan reaktor berkembar itu.
Beliau berkata, gabungan itu telah memperolehi maklumat yang tepat dalam tempoh sebulan, tetapi tidak dapat mendedahkan sumber-sumbernya dan kawasan potensi yang tepat untuk melindungi sumber-sumber tersebut.
3000 hadiri bantahan Lynas, Kuantan.
3000 hadiri bantahan Lynas, Kuantan.
Laporan dan foto: Amiruddin AhmadKUANTAN 14 Julai: Lebih 3000 hadir di Bukit Pelindung, Kuantan bagi menyertai Perhimpunan Anti Lynas dan membantah pembinaan loji nadir bumi di Gebeng, Kuantan.
Ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, rakyat yang hadir himpunan itu membantah sikap tamak dan angkuh kerajaan BN yang tidak mempedulikan kesan radioaktif akibat projek tersebut kepada penduduk setempat.
Kerajaan katanya, membenarkan Lynas beroperasi demi mendapatkan pelaburan RM8 bilion tanpa menghiraukan keselamatan rakyat.
“Sambutan di Kuantan ini membuktikan masyarakat Kuantan khasnya tidak mahu akan kilang ini (dibina),” katanya.
Salah satu acara yang dianjurkan petang ini ialah memberi peluang orang ramai mengundi sama ada membantah atau menyokong industri pemprosesan nadir bumi.
Acara itu adalah sindiran kepada kerajaan BN yang tidak mahu melakukan pungutan suara penduduk sebelum membina projek nadir bumi yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara. Turut sama menyertai perhimpunan itu Jawatankuasa Majlis Peguam sebagai pemerhati.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32807
LAPORAN SABTU.BERITA DAN GAMBAR AKAN MENYUSUL KEMUDIAN.
Bahalolisme
Oleh: Ronasina
Bahlul adalah
seorang lelaki berilmu yang dikatakan popular ketika pemerintahan
Khalifah Harun Al Rasyid tetapi berpura-pura bodoh dengan aksi lucunya
untuk menyindir pemerintah. Di sini, Bahalol biasanya dikaitkan dengan
aksi kebodohan oleh si pelakunya. Apabila perbuatan membodoh-bodohkan
diri dan orang ramai menjadi budaya sehingga menjurus ke arah sebuah
ideologi maka jadilah ia apa yang dipanggil "Bahalolisme".
Inilah yang berlaku di Malaysia. Ideologi atau lebih tepat lagi proses indoktrinasi memupuk rakyat menjadi bodoh dengan teori-teori pembodohan yang bodoh lagi membodohkan. Kekalutan sang pemerintah tidak dapat dibendung lagi apabila satu demi satu jenayah penyelewengan dibogelkan melalui alam tanpa sempadan. Cengkaman kuasa yang semakin tiris dan longgar membuatkan sang pemerintah melatah merapu tidak ketahuan laku lalu terciptalah berbagai idea-idea bodoh yang pada mulanya bertujuan untuk menutup salah laku mereka tetapi akhirnya menjadi bahan ketawa rakyat. Hari ini jika ada pun sesuatu yang benar keluar dari mulut pemerintah, rakyat akan menyambutnya dengan hilai tawa dahulu sebelum menimbang ia untuk diterima atau pun tidak.
Tulisan ini tidak membawa sesuatu yang baharu tetapi sekadar cuba menyorot kembali bagaimana bermulanya cubaan penanaman ideologi Bahalolisme ke atas rakyat Malaysia oleh pemerintah yang kalut dan semput.
Segalanya
bermula apabila Perdana Menteri Doktor Mahathir memecat timbalannya
Anwar Ibrahim yang semakin menggugat. Pelbagai alasan digunakan untuk
membuat rakyat percaya tetapi gagal. Timbullah cerita skandal seks
dengan isteri orang, dengan pelacur, rasuah tanpa duit dan semestinya
fitnah liwat sehingga tilam dipanggil menjadi saksi di mahkamah,
pertuduhan pula diubah-ubah tarikhnya atas alasan kesilapan menaip,
insiden saksi lintang-pukang. Kebangkitan rakyat menyokong parti
alternatif membuatkan pasukan pemerintah menjadi paranoid. Rafidah Aziz
ketakutan melihat logo Petronas seperti logo PAS lalu logo itu
ditukar. Untuk menambah lagi rempah kegelisahan, rakyat dimainkan
sandiwara curi senjata yang dipunggah masuk ke dalam kenderaan Pajero di
sebuah kem tentera.
Keprofesionalan perompak senjata itu mudah sahaja dipatahkan apabila mereka semua hanya bersembunyi di sebuah kebun durian di Bukit Jenalik, Sauk. Mereka dituduh cuba berperang dengan Yang DiPertuan Agong. Kumpulan Militan Malaysia dan Al Maunah tadi ditahan ISA dan cuba-cuba juga dikaitkan dengan PAS. Cubaan ini gagal meyakinkan rakyat. Teori Bahalolisme mesti terus dimainkan lagi.
Pada 2001 beberapa orang aktivis Reformasi ditahan ISA dan didakwa mempunyai pelancar roket, molotov cocktail dan galas bebola (Ball bearing) yang MUNGKIN akan digunakan untuk menumbangkan kerajaan. Sehingga ke hari ini kerajaan UMNO gagal membuktikan tuduhan itu meskipun beberapa orang dari aktivis ini sudah pun melompat menyokong mereka.
Kekalahan
teruk sehingga hilang empat buah negeri dalam PRU 12 tahun 2008
menambahkan lagi kekalutan mereka. Indoktrin Bahalolisme diteruskan
lagi dengan membeli beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk
melemahkan sokongan rakyat. Walaupun kerajaan Pakatan Rakyat kehilangan
beberapa buah kerusi dek lompatnya wakil-wakil mereka tetapi cubaan
untuk menggugat keyakinan rakyat terhadap mereka gagal malah imej mereka
semakin melonjak dan simpatisan semakin bertambah. Musuh nombor satu
pemerintah iaitu Anwar Ibrahim kendati pun telah dipilih menjadi Ketua
Pembangkang di Dewan Parlimen secara sah terus cuba diaibkan. Sandiwara
lama diberi nafas baharu. Saiful Bukhari (gambar kanan) bekas
pembantunya muncul mengaku diliwat walaupun tiada kesan tusukan di
duburnya. Ini diperakui oleh empat laporan perubatan yang telah
memeriksa Saiful. Semua ini masih gagal, tampil pula trio Datuk T
dengan video lucah kononnya pelaku di dalam adalah Ketua Pembangkang
Malaysia. Sumpah, Al Quran dan masjid menjadi bahan dagangan untuk
mengolah kepercayaan rakyat terbanyak. Kenyataan tidak konsisten dan
tunggang langgang tentang lokasi sebenar kejadian di dalam video itu
terus menghancurkan kesahan kandungannya.
Apa
lagi rancangan bodoh yang telah disusun? Kita boleh saksikan sendiri
di kaca televisyen atau pun di dada-dada akhbar. Pembodek-pembodek
terus digunakan untuk menjayakan episod Bahalolisme tidak kira sama ada
dari ahli UMNO atau Barisan Nasional sendiri atau pun bekas ahli Pakatan
Rakyat, golongan selebriti seperti pelakon, penyanyi, kartunis dan
lain-lain diheret sama menjayakannya. Satu demi satu gagal. Dari isu
Kristianisasi, tergugatnya Islam-Melayu-Raja ataupun senaman bontot
semuanya lingkup dan punah. Rakyat sudah semakin tidak percaya lagi.
Rakyat mahu pilihanraya diadakan segera kerana tidak sabar lagi hendak
membuang UMNO dan Barisan Nasional ke lubang najis. Zaman ini zaman
internet, ada facebook ada twitter. Jawapan dan tulisan menteri di
laman sosial tersebut menjadi perhatian dan jika tersalah tulis rakyat
sudah tidak segan dan takut untuk membelasah mereka. Gerakan reformasi
sudah mengepung dari semua ruang untuk melibas pembohongan, menumbangkan
rejim zalim dan sudah tentu membunuh ideologi Bahalolisme...
Berpandukan beberapa perkara yang telah disebutkan tadi, percayakah rakyat kali ini dengan peristiwa amuk si Imam Mahadi bersama seorang wanita di Jabatan Perdana Menteri tempoh hari? Saya tidak mahu mengulasnya tetapi sekadar ingin mengajak anda menilai kembali peristiwa-peristiwa yang disenaraikan tadi dan memahami apa itu Bahalolisme. Selamat makan malam Pak Menteri!
Inilah yang berlaku di Malaysia. Ideologi atau lebih tepat lagi proses indoktrinasi memupuk rakyat menjadi bodoh dengan teori-teori pembodohan yang bodoh lagi membodohkan. Kekalutan sang pemerintah tidak dapat dibendung lagi apabila satu demi satu jenayah penyelewengan dibogelkan melalui alam tanpa sempadan. Cengkaman kuasa yang semakin tiris dan longgar membuatkan sang pemerintah melatah merapu tidak ketahuan laku lalu terciptalah berbagai idea-idea bodoh yang pada mulanya bertujuan untuk menutup salah laku mereka tetapi akhirnya menjadi bahan ketawa rakyat. Hari ini jika ada pun sesuatu yang benar keluar dari mulut pemerintah, rakyat akan menyambutnya dengan hilai tawa dahulu sebelum menimbang ia untuk diterima atau pun tidak.
Tulisan ini tidak membawa sesuatu yang baharu tetapi sekadar cuba menyorot kembali bagaimana bermulanya cubaan penanaman ideologi Bahalolisme ke atas rakyat Malaysia oleh pemerintah yang kalut dan semput.
Keprofesionalan perompak senjata itu mudah sahaja dipatahkan apabila mereka semua hanya bersembunyi di sebuah kebun durian di Bukit Jenalik, Sauk. Mereka dituduh cuba berperang dengan Yang DiPertuan Agong. Kumpulan Militan Malaysia dan Al Maunah tadi ditahan ISA dan cuba-cuba juga dikaitkan dengan PAS. Cubaan ini gagal meyakinkan rakyat. Teori Bahalolisme mesti terus dimainkan lagi.
Pada 2001 beberapa orang aktivis Reformasi ditahan ISA dan didakwa mempunyai pelancar roket, molotov cocktail dan galas bebola (Ball bearing) yang MUNGKIN akan digunakan untuk menumbangkan kerajaan. Sehingga ke hari ini kerajaan UMNO gagal membuktikan tuduhan itu meskipun beberapa orang dari aktivis ini sudah pun melompat menyokong mereka.
Berpandukan beberapa perkara yang telah disebutkan tadi, percayakah rakyat kali ini dengan peristiwa amuk si Imam Mahadi bersama seorang wanita di Jabatan Perdana Menteri tempoh hari? Saya tidak mahu mengulasnya tetapi sekadar ingin mengajak anda menilai kembali peristiwa-peristiwa yang disenaraikan tadi dan memahami apa itu Bahalolisme. Selamat makan malam Pak Menteri!
*Ronasina dengan nama asalnya, Mohd Affandi Ramli adalah penulis, kartunis dan aktivis.
Keluarga Mendiang Teoh Beng Hock Dakwa PM Tidak Tunai Janji
SHAH ALAM 13 JULAI: Keluarga mendiang Teoh Beng Hock sehingga kini masih tidak mempercayai apa yang berlaku pada tanggal 16 Julai 2009 dan masih menuntut keadilan sepenuhnya daripada pihak kerajaan meskipun kejadian tersebut sudah berlalu tiga tahun lalu.
Adik mendiang, Teoh Lee Lan berkata, sehingga kini pihak kerajaan masih gagal menegakkan keadilan untuk mendiang seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ketika diwawancara dalam rancangan Terus Terang terbitan TV Selangor, Lee Lan mengimbas kembali pertemuan bersama Perdana Menteri tiga tahun lalu di mana beliau berjanji akan memberi jawapan yang munasabah kepada keluarga dan mereka yang didapati bersalah akan dijatuhkan hukuman berat.
Dengan nada sebak Lee Lan melahirkan kekecewaan kepada pihak kerajaan di bawah pimpinan Najib yang sehingga kini masih gagal mencari keadilan untuk kematian abang beliau.
“Tidak ada keadilan. Kes sebesar ini dilengahkan. Janji kosong diberi, tidak ada kebenaran walaupun semua orang mengambil berat tentang kes ini.
“Kerajaan tidak mengambil berat walaupun rakyat beri sokongan. Perangai kerajaan tidak menghiraukan (kes ini),” kata dalam nada sebak dan kecewa.
Pada 5 Januari 2011, mahkamah memberikan keputusan ‘terbuka’ berhubung punca kematian bekas pembantu Exco Selangor ,Teoh Beng Hock, 30, yang ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberikan keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan tersebut.
Dengan keputusan terbuka itu bermakna mahkamah tidak dapat memutuskan punca yang membawa kepada kematian Teoh yang dibacakan oleh Koroner Azmil Muntapha Abas
Koroner Azmil menolak teori bahawa Teoh mati kerana dibunuh ataupun membunuh diri.
Laporan meluas kes ini ekoran Teoh ditemui meninggal dunia selepas beberapa jam disoal siasat oleh SPRM mengenai dakwaan penyalahgunaan peruntukkan Kerajaan Selangor yang menyaksikan 37 saksi dipanggil memberikan keterangan termasuk patologis Thailand yang terkenal Dr Pornthip Rojanasunand.
Dr Pornthip mendakwa Teoh mungkin dibunuh, menyebabkan mayat Teoh digali semula untuk bedah siasat kedua.
WARGA ASAL PAHANG PERLU BERUBAH
WARGA ASAL PAHANG PERLU BERUBAH
PAHANG- Himpunan warga asal seluruh Pahang yang berlangsung
baru-baru ini, bertempat di kampong orang asal Panderas Kerdau telah berjaya
membawa hampir 500 warga asal ke perhimpunan tersebut.Turut hadir dalam majlis
yang berjaya ini dan dirasmikan oleh YB Abdullah Sani , ialah Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal Hj
Suhaimi Said, Sdr Bob Manolan Timbalan Pengerusi Felda dan orang asal merangkap
exco Pemuda AMK Pusat, Sdr Nizam Hamid, Timbalan Pengerusi
PKR negeri, Dato Fauzi Abdul Rahman selaku pengerusi PKR negeri, Pak Jabit, Sdr
Micheal Yok dari NGO’s orang asal Sarawak dan juga jawatankuasa biro felda dan
orang asal negeri.
Dalam ucap utama YB Abdullah Sani, beliau telah menjelaskan bahawa betapa kerajaan negeri Selangor telah berjaya
meningkatkan taraf hidup penduduk orang asal, dimana telah berjaya membina dan
membaiki rumah-rumah orang asal di Kuala Langat
“Namun tidak menjadikan orang asal merungut.walaupun hanya mendapat 18 undi
di Kuala Langat”, dan ini harus mendapat sokongan bahawa perubahan ini mesti diserta ioleh orang asal
dan wajib menuntut hak sebagai warga Malaysia dan mengundi selain dari barisan
Nasional..
Menurut beliau lagi perubahan ini harus di nikmati oleh orang
asal dimana setiap tahun baget untuk orang asal di berikan, namun menjadi kemusyikalan dimana wang yang
sepatutnya disalurkan dan ini hanya dapat di jawab apabila pemerintahan
bertukar.Malahan perjanjian hak dan adat untuk orang asal kekal dengan menikmati
kemudahan sama seperti lain-lain kaum.
“Di selangor jika rumah orang asal sudah ada paip dengan air
percuma dan wang yang diberi kepada orang asal yang sama membangun dengan
lain-lain kaum , kenapa di Pahang ini tidak seperti itu,? Ini adalah kerana
dasar pemerintahan yang berbeza. Jika
orang asal di negeri Selango dilayan dengan baik , malahan biasiswa juga
turut diberikan kepada orang asal untuk mereka mendapat hak mereka.” Demikian
jelas beliau lagi.
“Jika kita, orang asal,
tidak mahu tanah kita diubah,dicuri,dan kita hanya mahukan hak kita
sebagai orang asal yang harus dijawan oleh pemierintah yang dan hidup kamu
masih papa kedana dan merempat dan siapa yang tidak mahu merubah ianya akan
menjadikan kamu papa kedana .jika anak-anak kamu besar dan tidak berubah , maka
ia akan meludah kubur kamu kerana kamu masih tidak mahu berubah”, demikian
jelas Yb Abdullah sani lagi.”
Sementara itu pula, wakil orang asal yang juga merupakan
exco pemuda amk pusat yang juga timbalan pengerusi orang feldan dan orang asal
PKR sdr bob manolan menjelaskan bahawa beliau telah membentangkan kertas kerja
mengenai nasib orang asal dan mendapati terlalu banyak kekurangan yang di
hadapi, bermula dari sistem penempatan yang selalu di cerobohi dan diramapas
dengan mengekalkan tanah adapt orang asal melalui pengawalan hak milik
kekal,mengazetkan tanah adapt orang asal menurut peta kemuniti GPS orang asal.
Menurut beliau lagi dari segi politik pula orang asal harus
mempunyai pendirian dan bersatu bagi mengekalkan pendirin yang teah di tetapkan
oleh PBB berkenaan dengan hak orang asal UNDRIP menyusun semula JAKOA supaya
ianya benar-benar dapat menolong orang asal dimana orang asal sepatutnya
diberikan tempat sebagai pentadbir di JAKOA dan dengan ini nasib dan
permasalahan orang asal akan dapat difahami mereka.
Beliau juga menjelaskan bahawa orang asal sepatutnya sedar
bahawa kerajaan yang ada sekarang ini tidak menjelaskan kepada mereka bahawa
hak kerakyatan seharusnya diiktiraf dan tidak di letakkan dibawah bangsa-bangsa
lain.
Sdr Bob Manolan juga menjelaskan bahawa dari segi ekonominya
,orang asal seharusnya diberikan hak dan ruang niaga bagi mengalakkan mereka menceburi
bidang perniagaan khususnya generasi muda.Membayar pampas jika tanah dan hak
mereka di cerobohi.Masaalah menyedikan kouta khas untuk orang asal didalam
projek kerajaan dan tidak termasuk dalam kouta bumiputra.Meningkat ekonomi dn
peluang pekerjaan dalam JPA , menyediakan klinik kesihatan di penempatan orang
asal dan melakukan pemeriksaan berkala
dan klinik bergerak.
Selain dari itu juga
pembentagan juga di lakukan oleh sdr Micheal Yok dari NGO’s orang asal di
Sarawak atau CRIPS ( Centre of ringht for the people
independent of Sarawak) menjelaskan bahawa
orang asal perlu diberikan kesedaran mengenai hak dan peranan meraka mengetahui
akan kawasan yang telah digazetkan tanah mereka.
Menurut beliau lagi, sejarah tentang orang asal dan juga
pemetaan kawasan orang asal adalah penting di ajar kepada orang asal ini ,
malahan dalam perlembagaan persekutuan
bahawa orang asal adalah istimewa ini dan mereka perlu tahu, dalam perkara 150,
ada 3 perkara yang tidak boleh di ubah ialah mengenaiAgama Islam, Adat orang
Melayu dan adat Orang Asal.Jika ini difahami, mereka akan di ajar dan perlu
diketahui dengan mengukur wilayah dan
kawasan yang dituntut.
“Apa yang kita tuntut ialah wilayah kuasa kita. Itu sahaja”,
misalnya tuntutan wilayah oleh Singapura dan Filipina dimana kawasan tanah itu
di gazetkan, kita memberikan pisau kepada orang yang kita harap atau pagar
menjaga padi, namun pagar makan padi.Masaalah ini bukan dengan orang lain akan
tetapi dengan orng yang kita berikan undi kita” demikian jelas beliau..
Di Sarawak sebenarnya dari Lundu ke Lawas boleh dianggap
dari Johor sampai ke Perlis, semua tanah di Sarawak telah di lesenkan kepada
syarikat-syarikat yang ada di Sarawak, dan sekiranya orang asal di
Sarawak tidak faham akan kawasan mereka, maka semuanya akan di rampas oleh
syarkat yang akan menghapuskan tanah mereka sendiri.
“Orang politik hanya 5 tahun sahaja mereka berkuasa, jika
tanah adat ini di jaga dan difahami orang asal , mereka tidak boleh dibuang,
undang-undang boleh dubah oleh yang
demikian jika kita sanggup berubah, maka kita akan berjaya untuk mengekalkan
tanah kita orang asal”, jelas Micheal Jok lagi.
Majlis penutup di rasmikan oleh Pengerusi PKR negeri Dato
fauzi Abdul Rahman.
Rafizi: Najib bimbang tergugat ekoran pendedahan skandal LRT Ampang
Saya memandang
berat tingkah laku pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang nampaknya
lebih mementingkan kekuasaan UMNO/BN berbanding keselamatan rakyat.
Tindakan PDRM yang menolak mentah-mentah dari menyiasat campur tangan Najib Razak dalam anugerah kontrak kerja-kerja pembinaan tambahan LRT laluan Ampang (LRT) tetapi cepat-cepat menubuhkan pasukan khas kononnya menyiasat kebocoran maklumat sulit negara apabila dokumen tender mula diketahui umum, mengesahkan persepsi kebanyakan rakyat bahawa pimpinan PDRM meletakkan kepentingan UMNO/BN mengatasi segala-galanya.
Kenyataan Bakri Zinin semalam mengesahkan dua perkara:
1.
Bahawa dokumen-dokumen Kementerian Kewangan termasuk minit yang
ditandatangani oleh Najib Razak dan dokumen lain berkaitan tender
tersebut adalah benar dan asli;
2. Bahawa Najib Razak (gambar kanan) bimbang skandal ini bakal menggugat kedudukan beliau apabila maklumat mengenainya tersebar luas.
Saya kesal dengan kenyataan Bakri Zinin kononnya kebocoran maklumat sebegini menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara.
Apakah beliau tidak memahami bahaya kepada jutaan orang awam yang sedang dan bakal menggunakan sistem LRT laluan Ampang sekiranya sebuah syarikat yang langsung tidak ada pengalaman di dalam sistem LRT dianugerahkan kontrak ini?
Adakah beliau sendiri berani menaiki LRT sistem laluan Ampang saban hari ke tempat kerja sekiranya beliau sedar bahawa seluruh kerja-kerja pembinaan dikendalikan oleh sebuah syarikat yang hanya berpengalaman mengilang meter air?
Paling dikesali, pimpinan PDRM tidak pula bergegas mahu menyiasat kebocoran maklumat pertahanan negara apabila dokumen sulit mengenai strategi dan kekuatan pertahanan negara dijual kepada syarikat asing, seperti yang didedahkan di Mahkamah Perancis baru-baru ini.
Jelas sekali, kepimpinan PDRM berbeza pendapat dengan rakyat Malaysia mengenai makna sebenar "kepentingan awam".
Saya sedar tanggungjawab yang perlu kami galas dan risiko yang perlu dihadapi. Nyawa jutaan rakyat Malaysia yang menggunakan sistem LRT laluan Ampang adalah terlalu berharga dan perlu dipertahankan sehinggalah kontraktor yang layak dan berkemahiran dilantik bagi projek ini.
Sebarang usaha untuk menakut-nakutkan saya dan rakan-rakan dari terus membongkar skandal ini adalah sia-sia.
Saya akan meneruskan siri pendedahan seterusnya pada hari Isnin 9 Julai 2012 seperti biasa. Malah, mulai minggu depan kami akan mula turun ke stesen-stesen LRT untuk mengedarkan risalah maklumat dan melancarkan kempen "Utamakan Keselamatan Rakyat" di seluruh LRT laluan Ampang.
*Kenyataan media oleh Mohd Rafizi Ramli (gambar kiri) selaku Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat.
Tindakan PDRM yang menolak mentah-mentah dari menyiasat campur tangan Najib Razak dalam anugerah kontrak kerja-kerja pembinaan tambahan LRT laluan Ampang (LRT) tetapi cepat-cepat menubuhkan pasukan khas kononnya menyiasat kebocoran maklumat sulit negara apabila dokumen tender mula diketahui umum, mengesahkan persepsi kebanyakan rakyat bahawa pimpinan PDRM meletakkan kepentingan UMNO/BN mengatasi segala-galanya.
Kenyataan Bakri Zinin semalam mengesahkan dua perkara:
2. Bahawa Najib Razak (gambar kanan) bimbang skandal ini bakal menggugat kedudukan beliau apabila maklumat mengenainya tersebar luas.
Saya kesal dengan kenyataan Bakri Zinin kononnya kebocoran maklumat sebegini menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara.
Apakah beliau tidak memahami bahaya kepada jutaan orang awam yang sedang dan bakal menggunakan sistem LRT laluan Ampang sekiranya sebuah syarikat yang langsung tidak ada pengalaman di dalam sistem LRT dianugerahkan kontrak ini?
Adakah beliau sendiri berani menaiki LRT sistem laluan Ampang saban hari ke tempat kerja sekiranya beliau sedar bahawa seluruh kerja-kerja pembinaan dikendalikan oleh sebuah syarikat yang hanya berpengalaman mengilang meter air?
Paling dikesali, pimpinan PDRM tidak pula bergegas mahu menyiasat kebocoran maklumat pertahanan negara apabila dokumen sulit mengenai strategi dan kekuatan pertahanan negara dijual kepada syarikat asing, seperti yang didedahkan di Mahkamah Perancis baru-baru ini.
Jelas sekali, kepimpinan PDRM berbeza pendapat dengan rakyat Malaysia mengenai makna sebenar "kepentingan awam".
Saya sedar tanggungjawab yang perlu kami galas dan risiko yang perlu dihadapi. Nyawa jutaan rakyat Malaysia yang menggunakan sistem LRT laluan Ampang adalah terlalu berharga dan perlu dipertahankan sehinggalah kontraktor yang layak dan berkemahiran dilantik bagi projek ini.
Saya akan meneruskan siri pendedahan seterusnya pada hari Isnin 9 Julai 2012 seperti biasa. Malah, mulai minggu depan kami akan mula turun ke stesen-stesen LRT untuk mengedarkan risalah maklumat dan melancarkan kempen "Utamakan Keselamatan Rakyat" di seluruh LRT laluan Ampang.
*Kenyataan media oleh Mohd Rafizi Ramli (gambar kiri) selaku Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat.
Subscribe to:
Posts (Atom)