WARGA ASAL PAHANG PERLU BERUBAH
PAHANG- Himpunan warga asal seluruh Pahang yang berlangsung
baru-baru ini, bertempat di kampong orang asal Panderas Kerdau telah berjaya
membawa hampir 500 warga asal ke perhimpunan tersebut.Turut hadir dalam majlis
yang berjaya ini dan dirasmikan oleh YB Abdullah Sani , ialah Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal Hj
Suhaimi Said, Sdr Bob Manolan Timbalan Pengerusi Felda dan orang asal merangkap
exco Pemuda AMK Pusat, Sdr Nizam Hamid, Timbalan Pengerusi
PKR negeri, Dato Fauzi Abdul Rahman selaku pengerusi PKR negeri, Pak Jabit, Sdr
Micheal Yok dari NGO’s orang asal Sarawak dan juga jawatankuasa biro felda dan
orang asal negeri.
Dalam ucap utama YB Abdullah Sani, beliau telah menjelaskan bahawa betapa kerajaan negeri Selangor telah berjaya
meningkatkan taraf hidup penduduk orang asal, dimana telah berjaya membina dan
membaiki rumah-rumah orang asal di Kuala Langat
“Namun tidak menjadikan orang asal merungut.walaupun hanya mendapat 18 undi
di Kuala Langat”, dan ini harus mendapat sokongan bahawa perubahan ini mesti diserta ioleh orang asal
dan wajib menuntut hak sebagai warga Malaysia dan mengundi selain dari barisan
Nasional..
Menurut beliau lagi perubahan ini harus di nikmati oleh orang
asal dimana setiap tahun baget untuk orang asal di berikan, namun menjadi kemusyikalan dimana wang yang
sepatutnya disalurkan dan ini hanya dapat di jawab apabila pemerintahan
bertukar.Malahan perjanjian hak dan adat untuk orang asal kekal dengan menikmati
kemudahan sama seperti lain-lain kaum.
“Di selangor jika rumah orang asal sudah ada paip dengan air
percuma dan wang yang diberi kepada orang asal yang sama membangun dengan
lain-lain kaum , kenapa di Pahang ini tidak seperti itu,? Ini adalah kerana
dasar pemerintahan yang berbeza. Jika
orang asal di negeri Selango dilayan dengan baik , malahan biasiswa juga
turut diberikan kepada orang asal untuk mereka mendapat hak mereka.” Demikian
jelas beliau lagi.
“Jika kita, orang asal,
tidak mahu tanah kita diubah,dicuri,dan kita hanya mahukan hak kita
sebagai orang asal yang harus dijawan oleh pemierintah yang dan hidup kamu
masih papa kedana dan merempat dan siapa yang tidak mahu merubah ianya akan
menjadikan kamu papa kedana .jika anak-anak kamu besar dan tidak berubah , maka
ia akan meludah kubur kamu kerana kamu masih tidak mahu berubah”, demikian
jelas Yb Abdullah sani lagi.”
Sementara itu pula, wakil orang asal yang juga merupakan
exco pemuda amk pusat yang juga timbalan pengerusi orang feldan dan orang asal
PKR sdr bob manolan menjelaskan bahawa beliau telah membentangkan kertas kerja
mengenai nasib orang asal dan mendapati terlalu banyak kekurangan yang di
hadapi, bermula dari sistem penempatan yang selalu di cerobohi dan diramapas
dengan mengekalkan tanah adapt orang asal melalui pengawalan hak milik
kekal,mengazetkan tanah adapt orang asal menurut peta kemuniti GPS orang asal.
Menurut beliau lagi dari segi politik pula orang asal harus
mempunyai pendirian dan bersatu bagi mengekalkan pendirin yang teah di tetapkan
oleh PBB berkenaan dengan hak orang asal UNDRIP menyusun semula JAKOA supaya
ianya benar-benar dapat menolong orang asal dimana orang asal sepatutnya
diberikan tempat sebagai pentadbir di JAKOA dan dengan ini nasib dan
permasalahan orang asal akan dapat difahami mereka.
Beliau juga menjelaskan bahawa orang asal sepatutnya sedar
bahawa kerajaan yang ada sekarang ini tidak menjelaskan kepada mereka bahawa
hak kerakyatan seharusnya diiktiraf dan tidak di letakkan dibawah bangsa-bangsa
lain.
Sdr Bob Manolan juga menjelaskan bahawa dari segi ekonominya
,orang asal seharusnya diberikan hak dan ruang niaga bagi mengalakkan mereka menceburi
bidang perniagaan khususnya generasi muda.Membayar pampas jika tanah dan hak
mereka di cerobohi.Masaalah menyedikan kouta khas untuk orang asal didalam
projek kerajaan dan tidak termasuk dalam kouta bumiputra.Meningkat ekonomi dn
peluang pekerjaan dalam JPA , menyediakan klinik kesihatan di penempatan orang
asal dan melakukan pemeriksaan berkala
dan klinik bergerak.
Selain dari itu juga
pembentagan juga di lakukan oleh sdr Micheal Yok dari NGO’s orang asal di
Sarawak atau CRIPS ( Centre of ringht for the people
independent of Sarawak) menjelaskan bahawa
orang asal perlu diberikan kesedaran mengenai hak dan peranan meraka mengetahui
akan kawasan yang telah digazetkan tanah mereka.
Menurut beliau lagi, sejarah tentang orang asal dan juga
pemetaan kawasan orang asal adalah penting di ajar kepada orang asal ini ,
malahan dalam perlembagaan persekutuan
bahawa orang asal adalah istimewa ini dan mereka perlu tahu, dalam perkara 150,
ada 3 perkara yang tidak boleh di ubah ialah mengenaiAgama Islam, Adat orang
Melayu dan adat Orang Asal.Jika ini difahami, mereka akan di ajar dan perlu
diketahui dengan mengukur wilayah dan
kawasan yang dituntut.
“Apa yang kita tuntut ialah wilayah kuasa kita. Itu sahaja”,
misalnya tuntutan wilayah oleh Singapura dan Filipina dimana kawasan tanah itu
di gazetkan, kita memberikan pisau kepada orang yang kita harap atau pagar
menjaga padi, namun pagar makan padi.Masaalah ini bukan dengan orang lain akan
tetapi dengan orng yang kita berikan undi kita” demikian jelas beliau..
Di Sarawak sebenarnya dari Lundu ke Lawas boleh dianggap
dari Johor sampai ke Perlis, semua tanah di Sarawak telah di lesenkan kepada
syarikat-syarikat yang ada di Sarawak, dan sekiranya orang asal di
Sarawak tidak faham akan kawasan mereka, maka semuanya akan di rampas oleh
syarkat yang akan menghapuskan tanah mereka sendiri.
“Orang politik hanya 5 tahun sahaja mereka berkuasa, jika
tanah adat ini di jaga dan difahami orang asal , mereka tidak boleh dibuang,
undang-undang boleh dubah oleh yang
demikian jika kita sanggup berubah, maka kita akan berjaya untuk mengekalkan
tanah kita orang asal”, jelas Micheal Jok lagi.
Majlis penutup di rasmikan oleh Pengerusi PKR negeri Dato
fauzi Abdul Rahman.