Sindiran banjiri laman Facebook Najib versi bahasa Cina

Sindiran banjiri laman Facebook Najib versi bahasa Cina


Mungkin di luar jangkaan dirinya, cubaan Perdana Menteri Najib Razak untuk mendampingi komuniti Cina melalui Facebook telah mengundang kesan sebaliknya, apabila warga internet membanjiri laman rasmi Facebook versi bahasa Cina ini dengan sindiran dan kritikan yang tajam.

Tidak kurang komen yang menyasarkan isteri Najib Razak, iaitu Rosmah Mansor, misalnya mengajukan soalan nakal seperti "Nak shopping kat mana hari ini bersama isterimu? Apa jenama baru yang boleh kamu perkenalkan?", malah ada yang mengungkit semula nama "Altantuya Shaariibuu", wanita Mongolia yang diletupkan dengan C4 di Malaysia pada tahun 2006.

Laman Facebook ini menggunakan Ah Jib Gor (makna: abang Jib) sebagai namanya, membuatkan tidak kurang yang menganggap laman itu direka oleh warga internet yang sengaja menyindir Najib. Ini kerana "Ah Jib Gor" adalah nama yang digelar oleh pembangkang dalam ceramah, ketika merujuk kepada Najib Razak. Gelaran ini dipopularkan di ruang internet, sedikit sebanyak berunsur "sindiran" ketika digunakan. Bagaimanapun, laman ini akhirnya dikesahkan sebagai laman rasmi oleh Setiausaha Politiknya, Wong Nai Chee.

Ketika ditanya MerdekaReview mengapa laman itu dinamakan "Ah Jib Gor", sedangkan gelaran ini selalu digunakan untuk tujuan menyindir, Wong Nai Chee berkata ramai yang memberitahu Najib bahawa beliau digelar sebegitu. Malah, Najib sendiri menganggap panggilan sebegitu agak mesra, maka tidak mengapa jikalau digunakan, menurut Wong Nai Chee.

Tiada perbincangan politik

Bagaimanapun, laman "Ah Jib Gor" mengundang kritikan sebermulanya apabila menyatakan bahawa "tiada perbincangan politik" di situ. Admin menyatakan, "Sekali lagi anda diperingatkan, bahawa tiada perbincangan politik di sini, 'mengacau' tidak dialu-alukan. Anda boleh masuk dan melihat apa yang ada di sini, tetapi anda diharapkan berniat baik dan neutral, dan bukannya berniat jahat atau sengaja sabotaj. Kami sangat mengalu-alukan seandainya perbincangan berdasarkan fakta, juga perkongsian pengalaman hidup. Terima kasih!"

Kenyataan "tiada perbincangan politik" terus mengundang kritikan warga internet, mempertikaikan "Takkan rakyat bersembang soal cinta dan kasih dengan seseorang Perdana Menteri, jika bukan politik?" Kemudian ada pula yang mengalih topik ke shopping, beg tangan, Altantuya Shaariibuu, kapal selam dan sebagainya, memenuhi kehendak PM yang enggan membincang soal politik di laman ini.

Hampir semua soalan yang diajukan berlapik, misalnya ada yang memohon untuk membela lembu, ada pula ingin mengambil alih kontrak mengendali laman Facebook ini, menyindir peruntukan RM1.8 juta untuk Facebook Kementerian Pelancongan sebelum ini.

Terdapat juga warga internet yang cuba mengaitkan sikap "tiada perbincangan politik" ini dengan MCA pada zaman Ong Ka Ting menyandang jawatan Presiden. Pada ketika itu Ong Ka Ting cuba elak untuk menyentuh agenda besar politik, sebaliknya menumpu kepada soal kebajikan, sehingga mencungkil kritikan. Wong Nai Chee adalah ahli jawatankuasa pusat pergerakan belia MCA, dilihat berada dalam sekta Ong Ka Ting sebelum ini.

Bagaimanapun, Wong Nai Chee (gambar kiri) berkata kepada MerdekaReview bahawa ia bukan bermaksud tiada langsung perbincangan politik. PM akan respon kepada perkara yang mempengaruhi kehidupan orang ramai. Wong Nai Chee menjelaskan, Najib telah memiliki satu laman yang khas dalam bahasa Inggeris, maka laman versi bahasa Cina-nya tidak berniat untuk menjadi tiruan kepada laman tersebut. Lebih-lebih lagi, laman ini tidak berniat menampilkan imej Najib yang serius sebagai PM, tetapi sebaliknya.

Menurut pengamatan wartawan, respon rasmi laman ini terbahagi kepada dua, iaitu jawapan daripada Admin, dan kedua, jawapan daripada Najib setelah soalan diterjemahkan kepadanya. Sesetengah warga internet mengadu komen mereka telah dipadamkan admin, menyindir bahawa tidak usah menubuhkan laman Facebook seandainya tidak berani berdepan dengan kritikan.

Najib baru-baru ini hadir dalam majlis penayangan filem Cina tempatan, Ah Beng The Movie: Three Wishes. Ketika ditanya sama ada beliau faham apa yang dikisahkan filem tersebut, Najib menjawab dirinya cuba memahami jalan ceritanya melalui subtitle, dan adegan yang paling disukainya adalah apabila bapa Ah Beng mengambil keputusan untuk berhenti merokok, dan berjaya mengelak dari kebakaran rumahnya.

Jawapan Najib sedemikian lantas mengundang pertikaian warga internet, "Bagaimana pula pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi Lynas yang bakal menghancurkan rumah orang?"

"Ah Jib Soh"

Tidak lama selepas laman "Ah Jib Gor" ditubuhkan, satu laman dengan wajah Rosmah Mansor ditubuhkan, bernama "Ah Jib Soh" (makna: makcik Ah Jib). Laman itu secara terang-terang menyatakan bahawa ia "perwatakan rekaan", kini menarik lebih 3,000 peminat.

Status yang diperbarui dengan memilih topik-topik tertentu, menyasarkan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, misalnya rambutnya, berat badannya, malah amalan menabung sejak zaman kanak-kanak - untuk membeli cincin intan, yang menjadi bahan sindiran warga internet sebelum ini.

Ahmad Yunus Exco Baru Sukan, Belia dan Adat Resam Melayu

SHAH ALAM, 18 JAN : Pelantikan Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai exco baru melibatkan rombakan kecil di dalam pentadbiran negeri di mana beliau akan dipertanggungjawabkan terhadap portfolio Adat Resam Melayu dan Belia dan Sukan.

Manakala portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam yang dipegang Datuk Dr Hasan Ali sebelum ini akan diambil alih oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Abdul Khalid, rombakan yang berkuatkuasa hari ini dilakukan bagi memastikan kesinambungan kerja dan perkhidmatan kepada rakyat dapat berjalan lancar.

Tambahnya Dr Ahmad Yunus sebelum ini adalah pembantu exco untuk portfolio belia dan sukan.

"Saya percaya Dr Ahmad Yunus boleh menjalankan tugas dengan amanah, telus dan bertanggungjawab. Latar belakang beliau sebagai doktor perubatan telah banyak memberi khidmat kepada rakyat dan boleh membantu beliau menjalankan tugas sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri secara profesional," ujarnya.

Dalam sidang media sama, Abdul Khalid turut mengumumkan bahawa Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman dilantik sebagai Pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (SKIMSEL), manakala Adun Bandar Baru Bangi, Dr Shafie Abu Bakar dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Adat Istiadat Melayu (PADAT) yang sebelumnya disandang oleh Hasan.

"Seperti yang saya katakan, kita gunakan peluang ini untuk cepat selesaikan pentadbiran. Saya berpendapat, Dr Ahmad Yunus mempunyai pengalaman dalam portfolio belia dan sukan, maka beliau sesuai untuk mengambil alih portfolio itu daripada saya bagi menjalankan tugas.

Oleh kerana Datuk Setiausaha Kerajaan adalah ahli MAIS (Majlis Agama Islam Selangor) dan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor), maka mudah bagi saya selaku pengerusi untuk melihat perkembangan hal ehwal Islam di Selangor," katanya.

Dr Ahmad Yunus merupakan lulusan Ijazah Perubatan dan Pembedahan Universiti Malaya pada tahun 1991 dan mempunyai empat orang anak.

Beliau turut memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Selangor dan Ahli Jawatankuasa Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat.




Pemimpin BN Terlibat Bawa RM1.07 Trilion Keluar Negara?

SHAH ALAM, 18 JAN: Ahli Parlimen Selayang, William Leong mempertikaikan samaada ada dikalangan pemimpin BN terlibat dalam pengaliran wang haram keluar negara berjumlah USD291 bilion (RM1.07 trilion) sejak 10 tahun lalu.

Katanya berdasarkan pendedahan Bank Negara bahawa pengaliran wang haram tersebut membuktikan tiada usaha dilakukan oleh kerajaan BN untuk menangani isu tersebut.

"Pengaliran wang haram ke luar negara dalam tempoh 10 tahun berjumlah USD291 bilion (RM1.07 trilion) membuktikan amalan rasuah dan aktiviti haram di negara ini berlaku secara berleluasa.

"Saya pertikai ketelusan kerajaan BN yang tidak mengambil sebarang tindakan drustik berhubung hal ini.

"Apakah hal ini tidak diambil tindakan disebabkan oleh ramai pemimpin BN terlibat. Inilah persepsi rakyat sekiranya kerajaan bersikap lepas tangan dan tidak mengambil sebarang usaha untuk menghentikan kegiatan yang merugikan negara ini.

Kata William, Pakatan Rakyat merasa amat kesal dan bimbang dengan pengaliran aset negara tersebut.

"Amat membimbangkan apabila Malaysia di istihar sebagai negara ke lima di dunia menjadi pusat pengaliran wang haram.

"Jumlah ini bukan sedikit tetapi amat besar serta memberikan imej buruk kepada negara dimata antarabangsa.

"Secara tidak langsung menjadikan negara ini sebagai pusat kegitan haram antarabangsa yang gagal ditangani oleh kerajaan." kata beliau ketika di hubungi TV Selangor.

Beliau yang juga seorang ahli ekonomi berkata masalah pengeluaran wang haram yang telah berlaku sekian lama dinegara ini tidak ditangani oleh kerajaan BN.

"Mengapa isu ini tidak ada pemimpin BN yang bersuara untuk mengatasinya kerana sudak 10 tahun negara berhadapan masalah ini." ujar beliau

Katanya, tidak sukar untuk mengenal pasti isu tersebut kerana transaksi pengaliran wang haram tersebut boleh dilakukan oleh pihak Bank Negara dan Kementerian Kewangan.

"Saya bimbang ada komplot yang besar yang beroperasi di negara ini dan saya menyeru supaya kerajaan segera bertindak menghalang kegiatan ini." tegas beliau

Dalam pada itu beliau berkata sekiranya Pakatan Rakyat di pilih menerajui negara dalam pilihanraya akan datang, usaha untuk memburu dan mengatasi masalah ini akan diberi perhatian utama.

"Kita tidak mahu wang negara dan aset negara dikhianati oleh mereka yang tidak bertanggungjawab." katanya

Hindraf Sertai Gerakan ABU






KUALA LUMPUR, 18 JAN : Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) hari ini menyatakan secara rasmi penyertaannya dalam Gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU).

Koordinator Kebangsaan Hindraf, W. Sambulingam menyatakan pendirian Hindraf sejak awal penubuhannya bahawa Umno/BN seharusnya berkubur demi membawa pentadbiran negara yang lebih telus.

Sambulingam turut berpendapat bahawa untuk menjatuhkan Umno/BN, ABU memerlukan kuasa -kuasa lain seperti yang berlaku sewaktu Pilihanraya Umum 2008 lepas.

"Kami mahu menjadi sebahagian daripada Pakatan Rakyat untuk menyingkirkan Umno dan kami yakin dengan penggabungan ini, kita akan berjaya tawan Putrajaya dalam pilihanraya kali ini.

"Kami juga percaya bahawa ini akan membawa perubahan dalam skala besar untuk Malaysia," ujar Sambulingam dalam satu sidang media di Jalan Klang Lama pagi tadi.

Sementara itu, orang kuat ABU, Haris Ibrahim menyatakan rasa gembira dengan penyertaan Hindraf dalam ABU dan percaya penyertaan badan-badan pertubuhan pro-rakyat akan menguatkan ABU.

"Kami merasa gembira Hindraf menyertai ABU dan ia berada dalam landasan yang sangat menggalakkan untuk menjayakan gerakan ABU. Walaupun terdapat perbezaan namun kami bersedia berbincang untuk menjayakan hasrat kami menghapuskan Umno yang merupakan kanser negara.

"Usaha ini juga akan berjaya sekiranya rayat Malaysia semuanya bersatu menolak Umno. Cabaran paling besar adalah untuk membawa kebenaran kepada orang ramai, yang kebiasaanya disuap maklumat fitnah dan pembohongan oleh media arus perdana," tegas Haris.

ABU ketika ini sudah merangka gelombang pertama dengan penganjuran 11 siri jelajah ABU ke seluruh negara bermula di negeri Selangor diikuti oleh Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Johor.

Sebelum ini ABU sudah mengedar lebih kurang 200,000 ribu salinan VCD DNBN Kuburkan BN yang berdurasi selama 1 jam dan 40 minit, sebuah dokumentari penipuan Umno selama lebih 50 tahun pemerintahan.

Isu Lynas: Debat Fuziah - Adnan Yaakob Pada Februari

SHAH ALAM, 18 JAN - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh bersedia untuk berdebat dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengenai isu kilang Lynas yang mendapat perhatian umum khususnya masyarakat di Kuantan, Pahang.


Ketika dihubungi TVSelangor hari ini, Fuziah berkata, beliau sememangnya bersetuju dan menyambut baik saranan Adnan untuk bersemuka dalam satu sesi perbincangan atau debat secara ilmiah berhubung perkara itu.

Menurutnya, pasti ia adalah medan terbaik bagi orang ramai membuat pernilaian terhadap persoalan Lynas tersebut.

Katanya, pihaknya kini menunggu kata putus dari Kerajaan Negeri Pahang berhubung perkara itu.

"Saya menyatakan persetujuan untuk berdebat apabila diajukan Sinar Harian dan menyambut baik persetujuan Adnan dalam perkara ini. Sinar Harian yang mempunyai pengalaman dalam mengadakan sesi perbahasan seperti Wacana Sinar Harian juga bersetuju untuk bertindak sebagai penganjur.

"Program ini dijangka diadakan di Kuantan pada minggu pertama atau kedua Februari ini," katanya.

Difahamkan sesi perdebatan itu akan menyentuh mengenai soal sama ada wajar atau tidak Lynas diberikan kelulusan untuk memulakan operasinya di Kuantan.

Fuziah berkata, program tersebut akan mempertemukan dua pihak iaitu pihak yang bersetuju serta menentang dan pihaknya akan mengemukakan hujah selain fakta termasuk bukti kukuh yang disokong pakar luar.

"Perdebatan itu juga akan memberi kesempatan kepada rakyat Kuantan untuk memahami isu Lynas dengan lebih lanjut.

"Apa yang kita perkatakan selama ini adalah untuk kebaikan rakyat Kuantan," ujarnya.

Beliau turut menyentuh mengenai keputusan Kerajaan Negeri Pahang yang tidak melanjutkan tempoh meneliti dokumen permohonan lesen peringkat pengendalian sementara syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd sebagai tidak relevan.

Tegasnya, dokumen lebih 100 muka surat yang penuh aspek teknikal itu perlu dikaji secara teliti dan tidak boleh semudahnya diputuskan dalam tempoh singkat.

Video lucah baru bakal tersebar

Video lucah baru bakal tersebar



Laman web Umno Reform mendakwa terdapat dua lagi video yang membabitkan pemimpin pembangkang bakal tersebar tidak lama lagi. Klik disini.


Laman web pro Umno itu tidak bersetuju jika Umno dan Barisan Nasional berterusan bermain dengan politik lucah.


Seharusnya, perdebatan politik sekarang ini telah diangkat ketahap perbincangan polisi dan dasar. Jika politik lucah dan serangan peribadi terus dimainkan, negara akan terus menerus mundur kebelakang.


Kuasa ditangan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak. Mahu dikenang sebagai seorang reformis atau sebagai jaguh politik lucah.

Umno- Bn DIAMBANG KIAMAT

KOMENTAR

Tahun 2012 telah diberikan pelbagai gambaran tragis termasuk terjadinya bencana besar, kekacauan, keruntuhan kerajaan dan peperangan diseluruh dunia yang merintis kepada berlakunya Kiamat.

Tahun 2012 juga akan melibatkan banyak peristiwa besar termasuk kejatuhan ekonomi dunia melibatkan kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika, Eropah, China dan Jepun.

Sebagai umat Islam, urusan hari kiamat hanya ada dalam perbendaharaan Allah dan bukan dalam tanggapan hamba Allah. Manusia hanya di beri hak untuk merancang, mengkaji dan menghujah.

Manakala menurut ahli tasawuf pula pengertian kiamat tersebut boleh di rungkai dalam pelbagai keadaan seperti bencana, kecewa, penyakit, kemalangan dan sebaginya.

Berdasarkan kepada hak merancang, mengkaji dan berhujah yang diberikan Allah kepada manusia tersebut kemungkinan gambaran tersebut ada kebenarannya.

Keruntuhan kerajaan pimpinan Hosni Mubarak selepas 30 tahun menguasai mesir, terbunuhnya pemimpin Libya, Muhammar Gaddafi setelah lebih 36 tahun memerintah dan runtuhnya LDP setelah menguasai kerajaan Jepun selama 40 tahun adalah antara deretan keruntuhan kerajaan yang dicatatkan oleh sejarah dunia.

Di Malaysia, Umno telah menguasai kerajaan selama 54 tahun. Pelbagai kezaliman, rasuah, salah guna kuasa, sogokan, politik wang, pembaziran wang rakyat, fitnah, lucah, ketirisan, kronisme, nepotisme dan pemborosan, semuanya telah sinonim dengan pemimpin-pemimpin Umno.

Ikon-ikon tersebut tidak akan diberikan lebel sedemikian sekiranya tidak ada kebenarannya.Bak pepatah, masakan pokok bergoyang kalau tiada angin. Malah kecelikan rakyat berhubung sumber maklumat memperteguhkan lagi bahawa Umno semakin tersisih ekoran penolakan rakyat.

Kesimpulannya pemimpin Umno sendiri menyedari bahawa pilihanraya Umum (PRU) akan datang Umno/BN sedang berhadapan dengan detik paling getir dalam sejarah.

Pilihanraya Paling Getir

Pengerusi pilihnraya BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui bahawa pilihanraya kali ini adalah amat getir bagi Umno/BN.

Begitu juga dengan kenyataan beberapa menteri kabinet serta pemimpin-pemimpin BN lain yang melihat kesukaran BN untuk menang.

Maklumat dari kenyataan tersebut mungkin datangnya dari risikan polis dibawah cawangan politik yang sememangnya wujud di Bukit Aman bagi mendapatkan maklumat berhubung sokongan rakyat terhadap kerajaan.

Pengunduran Dr Mahathir ekoran penyerahan kuasa kepada Abdullah Badawi juga dipercayai dari maklumat risikan pihak polis.

Bagi Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak pula dilema untuk menetapkan tarikh PRU-13 merupakan suatu keputusan yang amat berat.

Isu-isu berhubung pelbagai penyelewengan wang rakyat seperti isu NFC, PKFZ, isu ekonomi yang mencengkam rakyat selain masalah dalaman Umno/BN yang kucar kacir tidak memihak kepada BN untuk meraih sokongan rakyat.

Begitu juga berhubung isu calon-calon yang masih belum mencapai penyelesaian.

Calon Tikam Belakang

Kebimbangan Najib berhubung calon yang akan menikam dari belakang sekiranya tidak terpilih masih menjadi keutamaan yang belum di selesaikan.

Isu calon menikam dari belakang dan memberi sokongan kepada pembangkang sememangnya banyak berlaku ketika PRU 2008 lalu.

Ini disebabkan bagi Umno, sesiapa yang dipilih menjadi ketua bahagian atau calon bererti akan memperolehi kekayaan dan kuasa. Budaya ini telah lama berkembang dalam Umno/BN sejak 54 tahun mencapai kemerdekaan lagi.

Manakala calon yang tidak terpilih akan dianggap sebagai calon yang gagal dan tersisih. Selain hilang kuasa dan mendapat malu calon serta pengikutnya juga akan terpinggir dari mendapat sebarang projek dan kontrak.

Isu pergaduhan ketika pemilihan di perhimpunan Agong Umno bukan perkara baru. Sengketa antara puak-puak dari pimpinan tertinggi hingga kepada Umno Bahagian telah menjadi budaya yang tidak lagi boleh disembunyikan lagi. Ini termasuk team Muhyiddin dan team Najib sendiri.

Najib Yang Lemah

Ahli Falsafah Yunani, Plato berkata kelemahan seseorang terletak pada keputusan dan tindakan yang diambil bukan berdasarkan apa yang dicakapkan.

Najib pula adalah pemimpin yang terlalu banyak melaung untuk menjayakan tranformasinya dan bersikap 'flip-flop' bila melibatkan tuntutan rakyat sebagimana BERSIH 2.0.

Isu yang membabitkan seorang menteri kabinet beliau berhubung skandal NFC memperjelaskan betapa Najib begitu lemah dan membuat keputusan dan tindakan.


Di pihak parti pembangkang, tindakan Najib mempertahankan Shahrizat Jalil merupakan kondisi yang amat menyenangkan. Ini disebabkan isu ini terus menjadi bahan kempen berpanjangan yang menyegarkan.

Najib mungkin merasakan tindakan beliau membiarkan isu yang membabitkan keluarga Shahrizat itu sebagai tekanan untuk Ketua Wanita Umno tersebut melepas jawatan secara sukarela.

Sebelum ini ramai dikalangan pemimpin Umno termasuk Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Dr M) menggesa Najib bertindak menghukum Shahrizat namun Najib masih membisu.

Manakala kem-kem di dalam Umno juga telah wujud gerakan yang meletakkan kelemahan Najib sebagai asas untuk melobi ahli-ahli Umno menentang beliau.

Tindakan Najib yang juga Presiden Umno yang enggan mengadakan pemilihan ketika perwakilan Umno bersidang dalam beberapa perhimpunan Agung parti itu perjelaskan lagi kebimbangan Najib berhubung perpecahan dalaman parti yang dipimpin beliau.

Najib di kuasai Dr M

Ramai dikalangan pemimpin Umno/BN sendiri menyedari bahawa Dr M masih bertaring di era Najib. Dan Najib pula bukan seorang berani. Beliau tiba dipuncak sekarang bukan disebabkan oleh ketokohan beliau tetapi lebih kepada sikap 'play safe' beliau selama ini.

Najib juga menyedari kejatuhan Tun Abdullah disebabkan oleh gerakan yang dilakukan oleh Dr M dan Muhyiddin yang mengkritik Abdullah secara terbuka ekoran kekalahan teruk BN dalam PRU 12 lalu.

Najib kemudiannya memberikan kerusi Timbalan Menteri kepada anak Dr M (Mukhriz). Dan kemudiannya Dr M mengucapkan terima kasih kepada Najib kerana memberi jawatan tersebut kepada anaknya.

Sejak itu setiap tindakan Najib sentiasa dibayangi oleh Dr M. Najib pula akan meminta pihak media mendapatkan kenyataan dari Dr M berhubung sesuatu yang akan dibuat supaya tidak mendapat tentangan.

Dr M Perlu Kuasai Najib

Dalam Umno tidak ada orang yang paling dimarahi Dr M selain dari Abdullah Badawi. Hingga ke saat ini permusuhan dan saling serang menyerang masih antara mereka masih berlarutan

Kemarahan Dr M bukan sekadar kekalahan teruk BN dalam PRU 2008 sahaja tetapi tindakan membebaskan Anwar dari Sungai Buluh menjadikan beliau tidak dapat memaafkan Abdullah.

Membebaskan Anwar membuktikan Anwar tidak bersalah selain persepsi rakyat bahawa Anwar sengaja di aniaya oleh beliau. Abdullah dianggapnya cuba menjadi hero dengan memalukan beliau.

Selain itu pembebasan Anwar juga menyebabkan pembangkang menjadi kuat kerana ketokohan Anwar sememangnya di geruni beliau sendiri.

Dengan pembebasan Anwar tersebut telah memaksa beliau kembali aktif memantau Umno dari luar selain memberi cadangan dan jalan kepada kepimpinan Umno/BN sekarang.

Dr M tahu, Anwar mempunyai banyak rahsia tentang kelemahan Umno dan rahsia diri dan keluarga beliau. Anwar juga tahu bagaimana Dr M menggunakan dana awam seperti KWSP dan Tabung Haji untuk membantu syarikat-syarikat anak beliau ketika krisis ekonomi 1998.

Di Majlis Rapat Rakyat Perdana Di Alor Setar pada 14 Januari lalu, Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata setelah PR menguasai Putrajaya semua pemimpin negara akan disiasat.

"Dr Mahathir tak boleh lari, Rosmah pun sama," kata beliau di hadapan lebih 50,000 hadirin di malam penutup konvensyen PR itu.

Menurut Karpal lagi, walaupun kes tersebut telah lama berlaku namun tidak ada sebab untuk membolehkan kes itu dibuka semula untuk dibicarakan sekiranya perlu.

Anwar dan Pakatan Rakyat

Tekanan Najib paling hebat datangnya dari pembangkang yang di terajui Anwar Ibrahim. Selepas berjaya menguasai lima negeri Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihanraya Umum 2008 lalu gerakan PR dilihat lebih menyerlah berbanding BN.

Walaupun propoganda media perdana hanya sekadar dapat memujuk diri sendiri namun hakikatnya Umno/BN sedang berada dalam situasi paling sukar.

Ketika Konvensyen PR ke-3 di Alor Star baru-baru ini, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menyatakan beberapa negeri seperti Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu bakal jatuh ke tangan PR.

Selain itu di beberapa negeri seperti Melaka dan Johor di semenanjung serta Sabah dan Sarawak akan mengalami lonjakan kerusi bagi membolehkan PR menguasai Putrajaya.

Ketika PRU-10 pada 1999, ekoran isu pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri, orang-orang melayu bangun dan menolak kepimpinan Umno/BN. Kesannya pembangkang menguasai 42 (PAS-27, DAP-10, ADIL(PKR)-5) kerusi parlimen.

Bimbang dengan kebangkitan Rakyat tersebut, akhirnya Dr M terpaksa berundur setelah menerima maklumat dari jentera pilihanraya pusat dan pihak risikan polis. Susulan maklumat tersebut akhirnya beliau menyerahkan kuasa kepada Tun Abdullah.

RM1.077 Trilion Keluar Negara

Ketika berucap di Konvensyen PR ke-3 baru-baru ini, Pengerusi BERSIH 2.0 yang juga bekas Pengerusi Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan menyarankan supaya PR berusaha membawa balik pulang USD291 billion (RM1.07 trilion) wang negara yang telah dibawa keluar dalam beberapa bulan kebelakngan ini.

Menurut Ambiga, usaha tersebut harus dilakukan sebagai tindakan terawal apabila PR berjaya menguasai Putrajaya kelak.

Katanya wang tersebut merupakan aset negara paling berharga yang telah diseludup keluar melalui pelbagai cara.

Berdasarkan kenyataan tersebut, jelas membuktikan bahawa terdapat segelintir rakyat yang berkepentingan telah dapat menghidu akan berlaku berubahan tompok pemerintahan negara selepas PRU akan datang.

Setakat ini tiada laporan yang menyatakan siapakah individu yang terlibat dalam pengkhianat terhadap aset negara tersebut.

Terpulanglah juga kepada pembaca untuk menafsirkan kedudukan kemudian.

Setakat ini Najib tidak memberi sebarang reaksi berhubung isu tersebut walaupun pelbagai pihak termasuk PR cuba mengenengahkan isu tersebut untuk di tangani.

Apa pun keadaannya, masanya akan tiba juga untuk menyaksikan kuasa rakyat akan meletakkan hakikat kebenaran. Kekalahan akan menjadikan Umno berada di ambang kiamat.

Waktu telah terlewat untuk Umno/BN memperbaiki apa yang telah dirosakkan. Yang ada hanya jalur waktu untuk menunggu detik kiamat tersebut untuk dihakimi rakyat.

Tuan Ibrahim: Hasan Ali Bukan Lagi Ahli PAS

SHAH ALAM, 17 JAN : Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali yang di pecat 8 Januari bebas untuk membuat sebarang kenyataan dan tindakan peribadi memandangkan beliau bukan lagi menjadi ahli PAS.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Hasan tidak mempunyai halangan melancarkan siri ceramahnya ke seluruh negara bagi mendedahkan kononnya terdapat kumpulan 'parasit' dalam PAS.

Beliau menyifatkan usaha tersebut sebagai satu tindakan pribadi kerana ia adalah diluar kawalan dan tanggungjawab parti.

"Kita berlapang dada untuk Hasan meneruskan ceramahnya, kerana beliau bukan lagi ahli PAS dan tidak ada kena-mengena dengan kepimpinan PAS.

"Terpulang kepada orang ramai untuk percaya atau tidak dengan dakwaannya itu, kita tidak boleh halang kerana jelas beliau bukan lagi Ahli PAS," katanya.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim tidak menafikan hak Hasan Ali untuk membuat sebarang keputusan, dan pada masa sama perlembagaan PAS memperuntukkan ahli yang dipecat boleh merayu kepada Majlis Syura dalam tempoh 30 hari, namun terserah kepadanya untuk membuat keputusan.

Hingga ke saat ini Hasan di dakwa tidak mengemukakan sebarang rayuan berhubung pemecatan beliau. Tarikh rayuan tersebut berakhir 7 Februari depan.

Hasan pada sidang medianya semalam berkata, beliau akan mendedahkan kumpulan 'parasit' dalam PAS pada program ceramahnya ke seluruh negara, bermula dua minggu depan.

Hasan mendakwa, kumpulan itu memainkan peranan memesongkan PAS dari perjuangan Islam.

Hasan juga membayangkan, kumpulan berkenaan menduduki jawatan penting dalam parti dan antara lainnya mereka berjaya mengubah hala tuju PAS termasuk dalam isu pemecatan beliau daripada parti itu.

Ketika dihubungi TVSelangor, Tuan Ibrahim berkata, tidak pernah wujud kumpulan 'parasit' dalam kepimpinan PAS seperti yang didakwa bekas Exco Hal Ehwal Islam negeri Selangor itu.

Kenyataan Hasan tersebut juga dianggap tidak munasabah kerana sebarang keputusan parti perlu menerusi perbincangan dalam mesyuarat tertinggi.

"Kita ada majlis syura yang akan menentukan dasar parti dan perkara yang besar pula akan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.

"Jadi dakwaan yang mengatakan wujud kumpulan perosak itu antara punca beliau dipecat langsung tidak boleh diterima, kerana keputusan besar dalam parti adalah keputusan bersama bukannya keputusan antara kumpulan,"katanya.

Dalam perkembangan sama, Tuan Ibrahim berkata keghairahan media arus perdana mengambil kesempatan dengan mendampingi bekas ahli pembangkang sudah diramal.

Namun, bagi PAS, ia tidak menjejaskan perjalanan mereka untuk terus memberi fokus kepada pilihanraya yang bakal tiba tidak lama lagi.

"Fenomena biasa, kalau beliau (Hasan) kritik PAS, media arus perdana akan membuat liputan, tidak ubah seperti apa yang berlaku kepada Zulkifli Nordin dan beberapa pemimpin lain ,"jelasnya.

Lynas akan bina tapak pembuangan sisa nadir bumi di Pahang


Chan Wei See

Sesungghnya Lynas merancang untuk mengitar semula dan mengkomersialkan sisa radioaktif nadir bumi, namun seandainya sisa radioaktif ini gagal dikitar semula sepenuhnya, maka Lynas akan mendapatkan sebidang tanah di negeri Pahang untuk membina tapak pembuangan sisa radioaktif, diletakkan di bawah pengawalan institusi (institutional control) selama 300 tahun.

Dalam laporan Lynas kepada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) untuk mendapatkan lesen operasi sementara, seandainya syarikatnya gagal mengkomersialkan sisa buangan radioaktif yang diproses dan dikitar semula - setelah semua cara digunakan, maka Lynas akan mendapatkan sebidang tanah yang sesuai di negeri Pahang untuk membina kemudahan pengendalian sisa radioaktif kekal (permanent disposal facility).

Menurut laporan, "Ini untuk memastikan pengendalian yang selamat dan pembuang sisa radioaktif dalam masa 300 tahun di bawah pengawalan institusi." Laporan juga menyebut, dalam tempoh 300 tahun itu, tapak pembuangan sisa radioaktif ini akan membina satu papan notis di situ, memberi maklumat terperinci mengenai operasi tapak itu, dan menghalang orang awam dari memasuki kawasan itu tanpa kebenaran.

Lynas belum mengenalpasti lokasi tapak pembuangan sisa radioaktif, namun menyebut bahawa lokasi itu akan mematuhi cadangan yang dikemukakan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), mempertimbangkan faktor ciri-ciri hidrologikal, kedalaman air bawah tanah, ciri-ciri tanah, kegunaan air bawah tanah, aktiviti di atas permukaan bumi, risiko tsunami, populasi manusia, sumber mineral dan sebagainya.

Bagaimanapun, Lynas tidak menyatakan dengan jelas sama ada tanah ini diperuntukkan kerajaan negeri Pahang atau dibeli sendiri. Namun, laporan Lynas menyebut, untuk memastikan sumber kewangan yang mencukupi, syarikatnya akan membekalkan dana yang cukup untuk merobohkan kilang (bila tamat operasi), kerja pembersihan dan pembinaan tapak pembuangan sisa radioaktif.

Tapak pembuangan sisa radioaktif di Papan, setelah tamatnya operasi kilang Asian Rare Earth di Bukit Merah.

Menurut Lynas, penghitungan sekarang menganggarkan kos setinggi USD 25 juta, untuk pembinaan tapak pembuangan sisa radioaktif, pemeliharaan dan kos untuk merobohkan kilang selepas tamat operasinya.

Menurut laporan, ketika kilang pemprosesan nadir bumi beroperasi, sisa radioaktif akan disimpan buat sementara di perkarangan kilang (Residue Storage Facility, RSF). Kemudahan ini direka untuk menampung sisa buangan selama lima tahun. Apabila terlebih muatannya, maka sisa Water Leach Purification Solid (WLP) akan dibawa ke tapak pembuangan sisa kekal.

Apabila kilang pemprosesan nadir bumi berhenti operasi selepas 20 tahun, semua sisa pembuangan radioaktif akan diangkat ke tapak pembuangan sisa radioaktif yang kekal.

Laporan Lynas menegaskan, strategi pengendalian sisa pembuangan adalah, menjadikan Flue gas desulfurization Residue (FGD), Neutralization Underflow Solid (NUF), dan Water Leach Purification Solid (WLP) kepada Synthetic Gypsum, Magnesium Rich Gypsum dan Iron Phospho Gypsum.

Lynas mendakwa, kajian terkini menunjukkan FGD, NUF dan sebahagian besar WLP boleh dikomersialkan, hanya sebahagian kecil WLP perlu dibuang dengan menanamnya di tapak pembuangan sisa radioaktif kekal. Lynas berkata, seandainya situasi terburuk berlaku, iaitu WLP gagal dikitar semula untuk kegunaan lain, maka tapak pembuangan sisa kekal akan direka bina untuk sisa WLP yang dihasilkan semasa kilang pemprosesan nadir bumi ini beroperasi.

Carta dalam laporan Lynas menunjukkan, Lynas merancang untuk menjual FGD pada musim keempat tahun 2012, dan menjual FGD sepenuhnya pada tahun 2013. Kemudian, Lynas mungkin menghasilkan baja yang dibuat dengan FGD pada tahun 2014 hingga 2015, untuk pulangan yang lebih tinggi.

Untuk sisa NUF pula, Lynas merancang membina kilang untuk menghasilkan MgCaSO4 pada musim pertama tahun 2013, dan dijual ke Australia, Malaysia dan Indonesia, malah mula menghasilkan Carbon Mg Gypsum product dari tahun 2014 hingga 2015.

Untuk sisa WLP yang mengandungi radioaktif tinggi, Lynas merancang untuk menjalankan ujian penghasilan road base dan paver pada tahun 2012, malah akan menjalankan eksperimen untuk diaplikasikan pada tahun 2013, untuk membina jalan raya, paver dan sebagainya, seterusnya akan menjalankan eksperimen berulangan pada tahun 2014 dan 2015 - dan menghasilkan produk selepas itu.

Dokumen permohonan lesen peringkat pengendalian sementara daripada syarikat Lynas (M) Sdn. Bhd. (Lynas) kepada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), iaitu Radioactive Waste Management Plan dan Safety Case For Radioactive Waste Disposal telah dipamerkan untuk mengutip pandangan umum di empat lokasi, dari 3 hingga 17 Januari 2012.

Empat lokasi ini adalah Ibu Pejabat AELB, Dengkil Selangor; pejabat sementara LPTA di tapak Lynas Gebeng, Kuantan, Pahang; Pejabat AELB Cawangan Timur, Kemaman, Terengganu dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.

*Chan Wei See ialah Ketua Pengarang MerdekaReview. Disunting dan diterjemah dari teks asal, yang disiarkan pada 5 Januari 2012.

Homoseksual: Jangan terpengaruh dakyah dan fitnah jahat media UMNO

Homoseksual: Jangan terpengaruh dakyah dan fitnah jahat media UMNO

Ahmad Kasim

Seusai pembebasan Anwar Ibrahim dari pertuduhan fitnah pada 9 Januari 2012 yang lalu, media yang dikongkong UMNO terus memintal fitnah baru demi menjejaskan wibawa beliau sebagai seorang muslim, rakyat Malaysia dan pemimpin Pakatan Rakyat. Beberapa hari kebelakangan ini, Anwar Ibrahim dilontar pula dengan tohmahan bahawa beliau mahu menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis) di negara ini.

Fitnah yang dipintal media UMNO seperti Utusan Malaysia itu kononnya dipetik dari jawapan Anwar Ibrahim (gambar kanan) ketika ditanya dalam satu wawancara BBC (British Broadcasting Corporation). Sekiranya diteliti jawapan Anwar Ibrahim itu, ternyata beliau tidak menyebut berhasrat mahu menghalalkan homoseksualiti di negara ini. Saya nukilkan petikan jawapan Anwar Ibrahim tersebut bersama pautan rakaman wawancara BBC itu:

http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-16531714

"We will have to review archaic laws ...and we, muslims and non muslims generally believe and committed to support the sanctity of marriage between man and woman in Malaysia.

..but we should not be seen as punitive and consider the archaic laws as relevant. We need to review them. We do not promote homosexuality in public sphere and domain. We will not make apologies towards that. I think to use this sort of legislation to be punitive, punish innocent people cannot be condoned and be tolerated
."

Berdasarkan jawapan dan petikan itu, pertamanya, ditegaskan sebagai orang Islam, kita menjunjung kesucian hubungan perkahwinan antara lelaki dan perempuan. Anwar Ibrahim tegas menyatakan bahawa beliau, Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat tidak menganjurkan, membenarkan ataupun menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis). Walau bagaimanapun beliau berpendirian undang-undang lapuk yang tidak berlandaskan syarak serta menzalimi rakyat Malaysia wajar disemak. Undang-undang lapuk dan zalim malah boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh kekuasaan untuk menghalalkan fitnah jelik ke atas sesiapapun.

Saya ingin menyeru supaya semua pihak merujuk kenyataan atau jawapan tersebut dan tidak dipengaruhi dakyah jahat media UMNO. Justeru saya juga menyeru agar jangan sesiapapun bersekongkol subahat memintal fitnah ini kononnya atas nama perjuangan Islam. Perjuangan Islam tidak sama sekali membenarkan fitnah sedemikian.

*Kenyataan media oleh HJ Ahmad bin Kasim (gambar kiri) selaku ahli parlimen Kuala Kedah, dan Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat.

Pameran Kartun Zunar di London pada Februari 2012

Pameran Kartun Zunar di London pada Februari 2012

Zunar

Adalah diumumkan saya akan mengadakan pameran kartun-kartun politik di London pada bulan Februari depan bertemakan "To Fight Through Cartoon" (Berjuang Melalui Kartun) dan akan berlangsung selama sebulan di situ.

Sebanyak 80 karya kartun yang menyentuh isu politik, rasuah, penyalahgunaan kuasa serta pelanggaran hak asasi di Malaysia akan dipamerkan. Antara isu yang difokus ialah Konspirasi terhadap Anwar Ibrahim, isu rasuah dalam skandal Scorpene, Isu pembunuhan Altantuya, Isu NFL, Isu isteri Perdana Menteri, BERSIH, Sarawak dan sebagainya. Ia dianjurkan oleh sebuah NGO antarabangsa, Artikel 19 yang memperjuangkan kebebasan bersuara serta informasi dan dibantu oleh rakyat Malaysia di United Kingdom yang bergabung di bawah Rakan Pakatan Rakyat.

Majlis pelancaran akan diadakan di venue pameran tersebut iaitu di Free Word Centre, 60 Farringdon Road pada 15 Februari dan akan dirasmikan oleh pengasas Sarawak Report dan Radio Free Sarawak Clare Rewcastle Brown. Selain saya sendiri, turut berucap di majlis tersebut nanti ialah Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (HAKAM), Malik Imtiaz Sarwar.

Menurut surat jemputan oleh pihak penganjur, tiket untuk majlis tersebut adalah terhad dan ia berdasarkan siapa dulu dia dapat dan boleh ditempah dari sekarang hingga 3 Februari. Kepada orang ramai, terutama yang tinggal di United Kingdom boleh menempah tiket melalui link ini http://article19zunar.eventbrite.com/ atau email kepada sonya@article19.org.

Tema "Berjuang Melalui Kartun" dipilih kerana kartun-kartun politik saya mendapat kekangan dan tekanan dari pemerintah Malaysia. Pada Julai 2010, kerajaan mengharamkan tujuh buku-buku kartun saya dengan alasan kandungannya menjejas ketenteraman awam. Selain tu, pejabat saya di Brickfeilds, Kuala Lumpur sering diserbu pihak berkuasa dan buku-buku saya selalu dirampas.

Kilang pencetak diugut agar tidak mencetak buku saya atau kehilangan lesen dan kedai-kedai di seluruh negara juga diberi amaran agar tidak menjual buku-buku saya. Pada September 2010, saya ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap di bawah Akta Hasutan namun dibebaskan atas arahan mahkamah.

Saya sekarang sedang menyaman kerajaan atas tangkapan tersebut yang pada pandangan saya salah dari segi undang-undang dan kes akan mula didengar pada 18 Januari depan di mahkamah Kuala Lumpur. To Fight Through Cartoon (Berjuang Melalui Kartun) adalah pameran solo saya pertama saya sepanjang 30 tahun berkarya. Sebelum ini pada akhir tahun lepas, saya juga mengadakan dua pameran bersama artis-artis yang lain di Bilbao, Sepanyol.

Rujukan:
*Pada Julai tahun lepas, Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa (CRNI) memberi anugerah "Courage in Editorial Cartooning" (Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial) kepada Zunar.
*Pada Oktober tahun lepas, Zunar dipilih menyertai program tiga bulan "Seni dan Penapisan" anjuran Yayasan BilbaoArte Sepanyol.

*Zunar (gambar kiri) atau nama asalnya Zulkiflee Anwar Ulhaque ialah kartunis politik Malaysia.

Sultan Kedah Puji Kepimpinan Azizan

ANAK BUKIT, 16 JAN: Pembaharuan dan kemajuan hasil pentadbiran kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat Kedah yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mendapat pujian Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Baginda bertitah, penganjuran pelbagai program pembangunan termasuk memajukan sektor pertanian bagi memperkasa kehidupan rakyat kini menampakkan hasil yang memberangsangkan.

“Beta harap aktiviti pembuatan yang kini berkembang pesat dapat terus dimajukan sehingga menjadi tumpuan utama selain menarik pelabur asing dan tempatan untuk melabur dan mendirikan kilang perindustrian di Kulim Hi-tech Park, Sungai Petani, Kuala Ketil, Gurun, Yan dan Bukit Kayu Hitam", titah baginda dipetik akhbar Sinar Harian.

Baginda bertitah pada istiadat menyembah tahniah dan penganugerahan darjah serta bintang kebesaran sempena ulang tahun keputeraannya ke-84, di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, semalam.


Titah ucapan baginda dibacakan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Bendahara, Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Baginda turut melahirkan kesyukuran kerana Kedah terhindar daripada keganasan dan ketegangan antara kaum yang kritikal seperti yang berlaku di beberapa negara lain, selain berpuas hati dengan corak pentadbiran Kerajaan Negeri yang mendokong prinsip keadilan tanpa mengira latar belakang.

“Jentera pentadbiran dan pengurusan negeri yang cekap amat penting untuk merancang dan melaksana dasar dan program Kerajaan Negeri. Oleh itu, anggota perkhidmatan awam perlu berpegang teguh pada konsep amanah dan kepimpinan berintegriti,” titah baginda.

THE TRUE COLOURS OF MCA

THE TRUE COLOURS OF MCA
By: RONNIE LIU


PLEASE FORWARD TO AS MANY FRIENDS and RAKYAT to UNITE and SEND MCA TO THE GRAVE.


SOMEONE hides behind an anonymous name (Lovely Jin ) accusing me of misleading the public about the ‘great’ history of MCA.

The writer showed a serious lack of knowledge and understanding of the role of MCA in the pre-Independence era.

Not only MCA was a political tool of the British colonial power, other Alliance parties like Umno and MIC were also political tools of the British. The British made use of MCA, Umno and MIC to fight the Malay Left and Malayan Communist Party(MCP) in order to protect its economic interests in the then Malaya.

Your browser may not support display of this image. The million-dollar lottery owned and operated by MCA in the pre-Independence era was granted specially by the British colonial ‘master’. All winners of lottery must join MCA as a member.

As a deal, MCA must spend some of the profits from running the lottery on the Chinese living in the new villages (under the Briggs’ plan).

MCA losts the lottery concession shortly after Merdeka under the pressure of Umno. It was replaced by the state-run Welfare Lottery for some years before the former PM Tun Dr Mahathir given the exclusive right away to businessman Ananda Krishnan. Ananda changed the name of the lottery to ‘Big Sweeps’.

The Chinese were confined to various Chinese New Villages under the Briggs’ plan to curb the influence of the MCP. MCA was then granted a license to run the Million Dollar lottery by the British authority to make easy money from the Chinese community.

As a deal, MCA must use part of the profit to win the hearts of the Chinese in the new villagers. This strategy worked well to serve the interest of the British master during the pre-Independence days.

When the time has come to give Independence to Malaya , the British kept its promise by working only with Umno, MCA and MIC.

On the other hand, the real independence fighters including some prominent Malay Left leaders were arrested and locked up in prisons. And the war against the MCP continued with greater intensity.

But true leader like Tan Cheng Lock was sidelined by other MCA and Umno leaders in the run up to the Independence negotiations.

Tan Cheng Lock has promised the Chinese community to present the General Demands of the Chinese Community to the British When his intention was known, he was barred from attending the final round of talks in London .

The MCA was instead represented by
traitors like H.S. Lee and Tahir Tan Tong Hai ( also known as TH Tan ).

According to the late Tunku Abdul Rahman (in one of his writings), Tan Tong Hai threw the entire General Demands document into a waste paper basket in the London hotel room instead of bringing it up to the negotiation table!

That’s the reason why I often tell the young people that the betrayal of MCA could be traced back to its inception.. As a result of this unforgivable sell-out, Malaysian Chinese were treated like second class citizens in our own land.

The Chinese were now stuck with the ‘Non-Bumiputra’ label thanks to MCA.

It was people like
Leong Yew Koh who instigated Tunku to strip the citizenship and teaching license of the foremost Chinese education pioneer Lim Lian Geok. Check with Cikgu Loot Ting Yee. He is one of the mother tongue education pioneers who could testify my story.

The entire history of MCA is filled with betrayals, crimes and sins.

They have failed to preserve and protect the interest and rights of the Chinese community which they have claimed to represent. Take a closer look at these scandals; deposit-taking-cooperative scandals, Chang Min Thien Fund scandal, Aik Hua Holdings scandal, MCA JE Fund scandal… it’s a never-ending list. Where did the money go ? Your guess is as good as mine.

And guess what; most of the victims of these scandals were MCA members and supporters. Mind you, it was MCA that instigated the closure of the original Bai Xiao (SJKC Damansara) in Petaling Jaya. Why ? There were more interested in converting the valuable land into commercial lots and mind you, this land will be part of the greater Tropicana Mall ! These MCA leaders including former PJ MP YB Chew MF was agreeable to the transfer of the school elsewhere in order to reap huge gains.

It was the efforts of SOS Damansara Action Committee and the pressure mounted by DAP, Dong Jiao Zong and the entire Chinese community that brought about the unprecedented speedy construction of the new SJKC Damansara in Tropicana.

It’s a great shame that MCA leaders do not even bother to get accreditation for the certificates, diplomas and degree courses offered by TAR College .

Recently, a young Malaysian Chinese boy’s application was rejected by the PDRM simply because the academic qualifications he obtained from the MCA sponsored TARC were not recognized by both Public Service Department and National Accreditation Board.

Under the current MCA leadership, the Chinese community can only request for a new Chinese primary school when one was ‘dead’.

And all these years, the allocation of fund to the Chinese primary schools remains unfair and unjust; only about 2.4% of the total budget was given to the Chinese stream and about 1% given to the Tamil stream The rest was all given to the Malay (National) primary schools.

None of the MCA ‘taikohs’ (mainly Chinese educated) dare to make noise on this subject.

Yes, Lee Kuan Yew was not totally wrong.

The Umno-led BN government has been systematically marginalized the Chinese and other Non-Malay communities. And what did MCA leaders like Ong Ka Ting and Chan Kong Choy do about it? And why were they keeping so timidly quiet when Umno ultras like Hishammuddin Hussein and Khairy Jamaluddin making all sorts of racist remarks and even waved the Malay keris time and again shamelessly?

MCA is indefensible. That’s why none of the MCA leaders dare to show up for the debate in Machap. And for the same reason, none of them have the courage to rebut me on all those historical facts I raised in my book entitled, ‘Coward? Culprit? Accomplice? The role of MCA in the Chinese Community.’

Last Updated on Wednesday, 22 September 2010 11:49
My three children studied in Chinese Primary School and every year without fail, my wife and I were asked to donate towards upgrading of the school such as the increase of class rooms to accommodate more students (increase in non Chinese enrollment), adding tiles to toilets, building bigger canteens due to overcrowding, adding computers and whatnot.

We had been donating 6 straight years for our 3 children. I am sure all other parents did too !!

What has MCA done for the Chinese beside acting in a 5* movie and singing birthday songs to Mahathir ?

In a nut shell: WHAT HAVE WE DONE TO DESERVE THIS USELESS MCA? THEY ARE BUT A BUNCH OF MUTUALLY CORRUPTED ASSHOLES !!

MCA do have a COLORLESS history. All shits and no brains except wanting to enrich themselves. Yes, many of them becamé 'rich' overnight due to the contracts and negotiated tenders they got from those corrupted civil servants.

Many are now staying in 'Tanjong Rambutan' for failing to look after the interest of we Malaysians esp. the Chinese community.

These are the colors of MCA !

Next general election, we can send them all to 'TANJONG RAMBUTAN' to enjoy their last days in that hospital.

We Chinese will finish them off just like the People of Penang finished Gerakan in 2008.

2011 or 2012 will be the last of MCA. Let us all finish them off once and for all.
--
CY

YB SIM DENGAN PERKHIDMATAN PETI POS UNTUK PENDUDUK





Bayan Baru: Bayangkan Bandaraya seperti Bayan Baru tidak mempunyai perkhidmatan pos? Tak Percaya? Tapi itu kisah benar.


“Selama 30 tahun, 800 keluarga Kg Sg Nibong Kecil tidak mempunyai perkhidmatan pos. Mereka hanya bergantung kepada En Rahim, seorang posmen sukarela sahaja. Kadang- kala surat lewat sampai, ada pula masalah privacy.” YB Sim berkata demikian.


ADUN Pantai Jerejak YB Sim Tze Tzin melancarkan Peti Pos Fasa 2 yang mempunyai 100 peti di Kampung Sg Nibong Kecil pagi tadi. Seramai 81 buah rumah akan mendapat perkhidmatan pos buat kali ini.


Selepas mengetahui kesengsaraan hidup penduduk di kawasan ini, YB Sim telah memulakan projek pembinaan peti pos untuk penduduk kawasan ini. Sefasa demi sefasa, peti pos akan dibina untuk semua penduduk kawasan Kg Sg Nibong Kecil dalam tahun 2012.


“Saya hairan mengapa kerajaan terdahulu tidak berbuat demikian. Ini adalah projek kreatif dan berjiwa rakyat. UMNO/BN sudah kehilangan idea dalam soal berkhidmat kepada rakyat. Dengan adanya peti pos komuniti seperti yang ada pada pangsapuri, sekarang, setiap rumah akan dapat surat tepat masa dan surat tidak akan hilang lagi.” Tambah YB Sim lagi.


YB Sim berkata, sebanyak RM10,000 dibelanjakan untuk menyiapkan peti surat ini. Dia berasa amat berbaloi untuk memberi kemudahan kepada seramai 400 penduduk kawasan tersebut. Lebih-lebih lagi peti surat siap sempena Hari Raya Ponggal dan sebelum Tahun Baru Cina, seumpama hadiah kepada penduduk berbangsa India dan Cina di kampung tersebut.


Fasa pertama peti surat dilancar pertengahan tahun lepas sebagai projek perintis untuk mendapat maklum balas kesesuaian daripada masyarakat. Pengerusi JKKK En Samsudin yang hadir berkata setakat ini, projek ini mendapat sambutan cukup hebat. Fasa 3 dan 4 akan siap dibina tidak lama lagi. Semua penduduk akan dapat peti surat menjelang pertengahan tahun ini.


Dalam majlis tersebut, YB Sim juga menjemput pihak bomba memberi taklimat kebakaran kepada penduduk setempat sebab kawasan tersebut adalah kawasan hitam kebakaran. Pihak bomba juga memberi sumbangan 10 pemadam api kepada penduduk setempat.


Jika ada apa-apa soalan, sila telefon YB Sim 019-472 8099

--
Sim Tze Tzin
ADUN Pantai Jerejak
State Assemblyman of Penang
12-J-2 Jalan Rumbia
11900 Bayan Lepas,
Pulau Pinang
Tel: +6019 472 8099
Fax: 04-2260633
Website: www.pantaijerejak.com
Blog: www.simformalaysia.com
www.facebook.com/simtzetzin
twitter: @simtzetzin

Rakyat tunggu debat Najib-Anwar menjelang PRU13





Rakyat tunggu debat Najib-Anwar menjelang PRU13

Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad,

Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan penggulungannya di Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 sekali lagi mengulangi cabaran untuk berdebat dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menjelang Pilihanraya ke 13 (yang masih tidak diketahui bila tarikhnya akan berlangsung), saya yakin ramai di kalangan rakyat Malaysia yang menanti penuh debaran bila perdebatan antara Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Pembangkang Malaysia ini akan berlangsung.

Lihat sahaja debat bersejarah antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Shabery Chik; sekurang-kurangnya hasil perdebatan ini telah mampu memberikan cetusan untuk rakyat Malaysia berfikir tentang hujah-hujah yang dikemukakan oleh kedua-dua tokoh-pendebat tersebut.

Sewajarnya rakyat Malaysia keseluruhannya mendesak agar Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menerima pelawaan debat daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ini.

Inilah waktu terbaik untuk rakyat Malaysia membuktikan bahawa rakyat Malaysia sememangnya sudah semakin matang, bersedia mendengar terlebih dahulu pandangan-hujah dari pelbagai pihak, berfikiran rasional, adil dalam membuat apa jua keputusan dan menilai apa jua isu dengan penuh kebijaksanaan dan berdasarkan ilmu.

Bukan ingin mencari siapa yang bakal menjadi pemenang, pandai retorik-hujah, petah berkata-kata, hebat pidatonya; apa yang pastinya debat antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim nanti boleh mencetuskan rakyat Malaysia agar berfikir, berfikir, dan terus berfikir, memanfaatkan aqal kurniaan tuhan....

Nik Aziz: BERSIH 3.0 Perlu Di Gerakkan

ALOR SETAR, 14 JAN: Mursidul AM PAS, Tuan Guru Datok Nik Aziz Nik Mat menyeru supaya BERSIH 3.0 di gerakkan bagi memastikan Pilihanraya Umum ke-13 akan datang dilaksanakan dengan adil, telus dan bersih.

Dalam perutusan yang di edarkan hari ini, beliau berkata tindakan Kerajaan Umno/BN yang di terajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggunakankan taktik melengah-lengahkan lapan tuntutan BERSIH 2.0 menerusi Pengistiharan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC).

"Ia satu usaha yang dipertikaikan keikhlasannya.Ini tidak lebih dari usaha pengalih perhatian umum dari menyerang SPR. Ia satu taktik supaya rakyat lupa lapan tuntutan BERSIH 2.0."

Berhubung Konvensyen yang sedang berlangsung, Menteri Besar Kelantan itu berkata perpaduan yang terjalin dengan komponen PR membolehkan PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada masyarakat bukan Islam.

"Umno pula tidak putus-putus mengkhianati perjuangan PAS dengan menuduh PAS menjadi kuda tunggangan DAP.

"Sebab itu Umno tidak layak menjadi rakan PAS dan jauh sama sekali untuk di jemput menjadi rakan dalam PR.

Sehubungan itu menurut beliau sudah tiba masanya menerusi konvensyen ini untuk menggarap dan meningkatkan kerjasama untuk menjayakan agenda BERSIH 3.0 akan menjadi sebuah realiti.

"Ini adalah usaha dan kerjasama yang pasti akan memartabatkan lagi PR selepas 901 iaitu keadilan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, kerjasama politik dalam PR memenuhi prinsip Tahaluf-Siasi yang merupakan kebajikan sejagat yang mendapat keredhaan Allah.

Justeru katanya, keadilan untuk pelbagai kaum yang diperjuangkan PR selepas 901 mempunyai harapan yang cerah untuk menguasai Putrajaya.

Mat Sabu : BN Takut Bebaskan Media




ALOR SETAR, 14 JAN : Meminta Kerajaan Pusat membebaskan peranan media untuk lebih bersikap adil dan saksama, tidak ubah seperti 'meminta sisik pada ikan keli'.

Demikian kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bagi mengambarkan kegelisahan dan ketakutan kerajaan pimpinan Najib Razak berdepan dengan kekuatan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang.

"Kita hadapi kekangan media yang bersikap tidak adil, sedarkah kita, kita mengemukakan lapan tuntutan pilihanraya bersih dan adil (Bersih 2.0), dalam semua tuntutan ini, tuntutan paling sukar dilaksanakan oleh pemerintah membebaskan media.

"Kita hanya ada satu pilihan iaitu menerusi media alternatif, Keadilan Daily, Harakah, termasuklah TvSelangor maka PAS, PKR dan DAP harus memperkasakan media ini,"jelasnya.

Sejajar dengan moto konvensyen "Bersihkan Malaysia", Mohd Sabu menggesa seluruh rakyat bersiap sedia dengan seluruh kekuatan dan persiapan mentaliti yang teguh untuk menentang keangkuhan Umno-Bn yang selama ini menganggap hanya mereka sahaja yang mampu mentadbir negara ini.

"Dalam pemikiran rakyat hari ini, semua memikirkan siapa yang akan menjadi perdana menteri sekirannya An war Ibrahim tertangkap dalam fitnah liwat, Adakah Najib Razak..? Muhyiddin Yassin...? jauh sekali Rosmah Mansor, kerana rata-rata rakyat inginkan Pakatan rakyat yang diterajui Anwar Ibrahim memimpin negara,"

Dalam pada itu menurut Mohd Sabu, negara sedang mengalami arus ke arah bangrap disebabkan pengurusan kewangan negara yang boros dan salah perancangan pengurusan.

Beliau turut memberikan ikon baru "BN Menang Malaysia Bangrap" dan meminta seluruh perwakilan berdiri dan melaungkan ikon tersebut.

Katanya ikon tersebut juga akan dijadikan sebagai salah satu slogan yang akan dijadikan bahan kempen dalam pilihanraya umum akan datang.

PLUS Di Hapus Apabila PR Perintah





ALOR SETAR, 14 JAN: Pakatan Rakyat akan menghapuskan tol Projek Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) sejurus selepas menguasai Putrajaya kelak.

Ketua Menteri Pulau Pinang dalam ucapan penggulungannya berkata tidak mustahil PLUS boleh di hapuskan.

"Kos pembinaan PLUS RM6 bilion, tahun lalu keuntungan PLUS RM24.3 bilion. Jadi untungnya adalah lebih RM18 bilion. Apakah mustahil untuk menghapuskan tol PLUS," kata beliau yang mendapat tepukan gemuruh perwakilan dan pemerhati.

Katanya janji tersebut hanya kepada PLUS dan tidk membabitkan konsesi lebuhraya yang masih belum mendapat keuntungan dan pulangan modal.

"Ini janji Pakatan Rakyat," jelas beliau lagi.

Katanya selain itu, Pakatan juga menjanjikan untuk menurunkan harga barangan dan meningkatkan sara hidup rakyat.

Katanya lagi, janji pakatan tersebut bukan sesuatu yang mustahil di laksanakan sebagaimana tercatat dalam Buku Jingga.

Adam: Berbaloilah tiga sem kena gantung sebab pelajar UPSI telah bangkit!

Tahniah Adam: Berbaloilah tiga sem kena gantung sebab pelajar UPSI telah bangkit! Masih ada yang kononnya buat M.A untuk mendapat ruang menjadi lebih hebat, akan tetapi pandangan macam Proff Kangkong.Gamaknya sebab kelas belajar di UPSI berbayar dan bukannya merit.....

Lim Hong Siang | Jan 14, 2012 02:25:27 pm

Tidak kurang yang terbeliak dengan keberanian mahasiswa, berikutan beberapa kejadian baru-baru ini, terutamanya apabila satu himpunan solidariti untuk Adam Adli di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada awal tahun 2012, berakhir dengan pertembungan berdarah antara polis dengan siswa.

Dalam satu forum berjudul "Adam Adli, Kebebasan Akademik & Kebangkitan Mahasiswa", semalam, Adam Adli berkongsi pengalaman dirinya yang sarat dengan jenaka, dan titisan air mata yang terharu, bersama lebih 150 orang hadirin.

Beliau menafikan dakwaan bahawa himpunan pada awal pagi 1 Januari 2012 di UPSI adalah untuk menghantar memorandum. Sambil berseloroh Adam berkata, sudah dua kali SUHAKAM menerima memorandum daripada mahasiswa, malah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Saifuddin Abdullah mungkin membaca memorandum mereka setiap hari. Maka tiada makna untuk mereka teruskan dengan penyerahan memorandum.

"Kita berkumpul pada malam itu untuk menyambut tahun baru cara aktivis!" katanya, sebelum meneruskan, "Aktivis ni dia lain, instead of going to KLCC, untuk tengok bunga api ataupun (pergi) i-City untuk bersalaman dengan Najib, kita duduk dekat pagar UPSI tu, kita nak ambil gambar, kita nak baca puisi, kita nak menyalakan lilin, tanda solidariti."

"Sebab malam tu memang niat ni. Saya puji rakan-rakan mahasiswa kerana mereka... Seorang jatuh, ratus akan bangun. Itu adalah prinsip yang dipegang," kata Adam, yang diberi notis untuk menghadap Lembaga Disiplin UPSI pada 9 Januari 2012, berikutan perbuatannya menurunkan bendera berwajah Najib di PWTC pada 17 Disember 2011.

"Pada malam itu, tidak ada salahnya kalau mereka ada solidariti untuk Adam Adli, kerana saya sendiri juga, kalau sesiapa sahaja yang jatuh lepas ini, kita akan naik sama-sama. Tak ada masalah!"

Tak dapat kubu AUKU, siswa pula dikuburkan!

Adam berkata tiada senjata dibawa oleh siswa pada malam itu, untuk "aktiviti countdown" selama 16 jam sebagaimana yang dirancangkan. Beliau berkata itu adalah kebebasan mahasiswa, selagi tiada jenayah dilakukan. Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa mereka sebenarnya membawa satu keranda AUKU, yang ingin dikuburkan oleh siswa. Niat asal mereka adalah membaca talkin untuk AUKU, akta zalim yang bakal dikuburkan. "Tak dapat kubur AUKU, siswa pula dikuburkan!" katanya sambil berjenaka.

Adam mendakwa bahawa banyak yang dirinya belajar, lantaran daripada peristiwa berdarah itu. Antaranya kesabaran, cara berdepan dengan polis dan sebagainya. Malah beliau mencerita, bagaimana salah seorang tahanan perempuan ditahan kerana "ditipu" polis, kononnya polis berkata "ada orang nak jumpa cik di dalam (balai polis)", maka perempuan itu mengikut polis, dan kemudiannya diberitahu pula bahawa dirinya sebenarnya "ditahan".

Bagaimanapun, Adam berkata dirinya terkesan dengan ulasan Syed Husin Ali, bekas Timbalan Presiden PKR, selepas peristiwa berdarah itu berlaku. "Kalau tak mampu tunaikan tuntutan pelajar, buat apa pukul?" Ayat yang sangat dalam maksudnya untuk Adam Adli, yang sepanjang ini terlibat dalam perjuangan mahasiswa.

Adam turut mengimbas perasaannya ketika melawat rakan seperjuangannya, Safwan Anang di hospital. Menurut Adam, Safwan berbisik kepada Adam, sebelum Adam beredar, "'Adam, aku nak kongsi sakit dengan semua orang'. Saya (Adam) tak tahu nak cakap apa. Dia (Safwan) minta maaf, kepada kawan-kawan yang masuk lokap. 'Aku tertua tapi tak sampai nak jaga kau orang'."

Tapi untuk Adam, Safwan telah menaruhkan nyawanya pada malam itu, apabila diganasi sehingga darah terkeluar dari mulutnya.

Faham tuduhan=Mengaku salah?

Adam Adli sempat berkongsi pengalamannya ketika masuk ke "mahkamah universiti" pada 9 Januari 2012, duduk berseorangan dalam kamar tertuduh berdepan dengan lapan orang panel yang mengadilinya. Setelah dibacakan tuduhan oleh pendakwa, Adam ditanya Naib Canselornya, juga ahli panel yang mengetuai perbicaraan, "Jadi, Adam, awak faham ke tak tuduhan?"

"Saya kata, ya saya faham. Dia pandang pendakwa, dia senyum, dia cakap, okay, tertuduh dah mengaku bersalah. Ni apa benda ni?" persoal Adam, mencetus gelak dari bawah pentas.

"Saya terkejut. Saya bangun dan kata 'ni apa ni?'" Namun mengikut logik ahli panel, faham tuduhan bermakna tertuduh dah mengaku salah. "Kat situ I dah fed up, saya cakap that's it, saya layan dia orang macam dia orang layan saya! So, saya cakap, 'Saya faham, memanglah saya faham, tapi saya mengaku saya tidak bersalah.' Lepas tu dia tergelak-gelak, kata 'tak apalah, kita baca dulu tuduhan kedua, ya?'"

Menurut Adam lagi, Zainal Kling selaku panel pemerhati, membawa keratan print screen dari internet, mendakwa menurut kajiannya, terdapat 242 ribu carian di Google, bawah nama Adam Adli Abdul Halim, cukup untuk membuktikan bahawa Adam telah mencemarkan nama universiti. Zainal Kling adalah ahli akademik yang mengeluarkan kenyataan bahawa Tanah Malaya tidak pernah dijajah.

"Saya gelak terus. Saya kata 'Tuan, itu bukan mencemar nama universiti, itu bukti saya dah famous-lah (terkenal) tu!" Adam sempat menyindir dalam tepukan dan gelak ketawa, bahawa beliau faham Zainal Kling terpaksa berbuat demikian kerana kontraknya sudah tamat dan perlu disambungkan. Adam mendakwa dirinya malas untuk berdebat dengan panel, melihat keadaannya sebegitu. Beliau meminta untuk tunggu di luar sementara keputusan dibuat, dan beliau kemudian dipanggil masuk dan dibacakan hukumannya selepas 15 minit.

Bagaimanapun, sesuatu di luar jangkaannya menunggu beliau di pintu UPSI, apabila melihat kira-kira 400 orang berkumpul di sana. Adam mendakwa dirinya masih keraguan sama ada kumpulan orang itu penyokong atau orang yang memusuhinya. Apabila ketibaannya disambut dengan sorakan, dan beliau diminta berucap, beliau dengan yakin berkata, "Berbaloilah tiga sem kena gantung sebab pelajar UPSI telah bangkit!"

Turut hadir sebagai panelis adalah aktivis seni Fahmi Reza dan Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik, BEBAS Muhammad Safwan Anang. Forum anjuran Pemuda Dewan Perhimpunan Cina Selangor-KL di auditorim bangunannya itu dipengerusikan oleh Syukri Razab dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Aunty BERSIH, Anne Ooi, dan bekas aktivis siswa yang pertama menyaman kerajaan kerana AUKU, Soh Sook Hwa juga hadir untuk memberi sokongan.

Baca: Bapa Adam Adli tolak tawaran "mohon maaf kepada PM"

Baca: Siswa dipuji Tengku selepas patahkan tiang bendera Filipina, tahun 1968

KISAH LEMBU DI DEWAN









Kisah Pasir Salak












Bapa Adam Adli tolak tawaran "mohon maaf kepada PM"

Bapa Adam Adli tolak tawaran "mohon maaf kepada PM"

Lim Hong Siang

Di sebalik ugutan "menampar dan meludah pada muka Adam", yang disampaikan melalui video di Youtube oleh sekumpulan anggota UMNO, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Reezal Merican Naina Merican telah menelefon bapa Adam Adli, menawarkan agar anaknya memohon maaf kepada Presiden UMNO, berikutan perbuatan Adam menurunkan bendera berwajah Najib Razak.

Reezal Merican (gambar kanan) cuba menjelaskan kepada bapa Adam Adli, tentang perbuatan "biadap" yang telah dilakukan Adam. Namun, menurut Adam Adli, "Ayah saya jawab, 'saya ada facebook, saya pun ada internet. Saya tahu'." Reezal Merican dikatakan menyusul dengan tawaran pertolongan, agar Adam diaturkan untuk memohon maaf kepada Perdana Menteri, tetapi dibalas oleh bapa Adam, "Tak apa-lah, saya minta pertolongan Tuhan."

Demikianlah kisah yang dikongsikan Adam Adli, aktivis mahasiswa yang mencetuskan kontroversi setelah menurunkan bendera berwajah Najib di ibu pejabat UMNO, dan kemudian menaikkan panji kebebasan akademik. Beliau digantung tiga semester oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) lantaran perbuatannya pada 17 Disember 2011 itu.

Ketika ditanya keadaan keluarganya, setelah insiden-insiden ini berlaku, Adam menjawab, "Family saya sangat okay. Mereka juga berjuang." Jawapannya disambut dengan tepukan, sebelum beliau meneruskan, "Mereka yang lahirkan saya. Kerana mereka yang lahirkan saya, mereka lebih kenal saya, dan saya ikut mereka."

Adam Adli berucap dalam satu forum berjudul "Adam Adli, Kebebasan Akademik & Kebangkitan Mahasiswa", bersama Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Muhammad Safwan Anang dan aktivis seni Fahmi Reza. Forum anjuran Pemuda Dewan Perhimpunan Cina Selangor-KL di auditorim bangunannya itu, semalam, telah menarik kehadiran lebih 150 orang, yang kebanyakannya terdiri daripada siswa-siswa.

Ada tawaran dari parti politik

Adam Adli, 22, kini menjadi tumpuan setelah digantung tiga semester pelajarannya di UPSI. Ketika ditanya oleh seorang hadirin sama ada beliau akan melibatkan diri dalam politik partisan, secara jujur beliau mengakui bahawa memang ada tawaran dari parti politik setelah dirinya terlibat dalam insiden tersebut.

Beliau mengisahkan pengalaman bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Abdul Aziz Bari yang sudah hampir pasti akan menyertai parti politik, meluahkan keresahan mereka terhadap pakar perlembagaan tersebut. 【Baca: Aziz Bari mungkin bertanding di Sabak Bernam】

Adam (gambar kiri) berkata kepada Aziz Bari, "Kalau prof masuk politik, prof boleh berjasa kepada satu parlimen sahaja. Prof tak boleh berjasa kepada satu negara. Pandangan prof akan dikecilkan. Prof tidak lagi stand untuk akademik. Tidak lagi dipandang sebagai seorang akademia kerana apa-apa pun pandangan prof, orang akan anggap prof pro ke mana-mana parti politik."

Beliau menyatakan bahawa dirinya tidak berhasrat untuk mengambil pendirian partisan, dan kalau dirinya benar-benar berjuang untuk memenangkan satu parti politik sahaja sebagaimana yang didakwa, maka beliau tidak akan turun untuk terlibat dalam satu demonstrasi di Kolej Universiti Insaniah (KUIN), yang menyasarkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Kedah.

"Saya seorang mahasiswa, kalau saya berapat, memang saya ada kawan dalam parti politik. Saya tak boleh buat macam tu, kerana itu akan menghina perjuangan rakan-rakan saya. Itu pendirian saya," kata Adam, yang masih ditawarkan pentas parti politik sehingga hari ini. Beliau tahu ramai yang akan kecewa seandainya beliau menyertai parti politik.

Sebelum ini, beliau menjelaskan, "Saya tertanya-tanya, siapa musuh saya? Adakah saya bermusuh dengan UMNO, atau bermusuh dengan kerajaan? Adakah saya cari lawan parti politik, atau saya lawan sang penguasa? Orang menganggap saya melawan UMNO, kerana itu adalah Presiden UMNO, itu adalah bangunan UMNO."

"Tapi aku boleh buat apa dengan acedemic freedom? No, aku tak boleh buat apa-apa. Yang boleh adalah kerajaan. The government. Sebab itu saya anggap lawan saya bukannya UMNO. Lawan saya adalah kerajaan. Kerana saya adalah rakyat, bukan parti politik. Lawan UMNO adalah parti politik lain. Saya rakyat, saya lawan dengan penguasa. Itu saja."

Sungguhpun UPSI menyediakan beliau untuk menjadi seorang guru setelah tamat pengajiannya, namun beliau mempersoalkan, "Tapi siapa kata saya hanya boleh jadi seorang guru? Saya boleh jadi sesiapa saja saya mahu, asalkan ada iltizam, saya mahu, saya boleh jadi!" Malah beliau berkongsi impian dirinya, jikapun beliau menjadi seorang guru akhirnya, beliau akan memilih untuk bertugas di kampung orang asli yang tidak bersekolah.

Fahmi: Aku sibuk sebab kau tak sibuk!


Aktivis seni dan pengarah filem, Fahmi Reza pula mengkritik sikap khalayak ramai yang tidak mengambil berat isu mahasiswa. "Isu wanita ada NGO wanita, isu kanak-kanak, ada NGO kanak-kanak. Isu orang asli, ada NGO orang asli. Ada tak NGO untuk mahasiswa? Tak ada, kan?"

"Ke mana kita? Kenapa kita (sebagai) rakyat, tak sokong dia orang ni?" Sambil menyindir diri sebagai "penyibuk", Fahmi (gambar kiri) berkata dirinya bukan mahasiswa tetapi sibuk nak pertahankan mahasiswa, "Mengapa saya sibuk? Sebab kau orang (hadirin) tak sibuk!"

Bagaimanapun, Fahmi mengingatkan bahawa mahasiswa hanya memerlukan sokongan kita, tetapi bukan "pimpinan" kita. Fahmi menambah, sering kali parti politik menganggap mahasiswa perlu dipimpin, namun untuk Fahmi, "Biar mereka (siswa) pimpin dia orang sendiri, kita support dia dari belakang." Malah beliau berkata, siswa mudah terlibat dalam parti politik kerana parti politik memberi sokongan kepada mereka, sesungguhnya dengan harapan untuk menarik mahasiswa ke dalam parti mereka.

Safwan: Kita tak nak tumpang populariti

Sementara itu, Muhammad Safwan Anang turut mencuit sesetengah pemimpin parti politik yang cuba mengambil kesempatan ke atas gerakan yang telah dibina siswa. Mengambil contoh insiden pada awal pagi 1 Januari 2012, sesetengah ahli politik "menghulurkan bantuan tanpa diminta", namun apabila siswa memperjuangkan isu yang beri kepentingan kepada rakyat dan bukan kepada parti tertentu, "di mana mereka?", Safwan mempersoalkan.

"Kita tak nak pun menumpang populariti-populariti yang hanya mencari di awal waktu, yang kemudian ditinggalkan, bayang-bayang pun tak nampak." Safwan (gambar kanan) berkata, beliau tidak menafikan peranan pemimpin politik, "tapi jangan ambil kesempatan, jangan ambil peluang di atas gerakan yang kita bina!"

Baca: Siswa dipuji Tengku selepas patahkan tiang bendera Filipina, tahun 1968

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia.