| Harakahdaily |
| KUALA LUMPUR, 15 Mac: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor Rosmah patut minta maaf kepada rakyat dan kerajaan Jepun kerana sikap tidak sensitivitinya dan juga kepada rakyat Malaysia kerana memalukan negara.
“Malahan, dari insiden ini menunjukkan beliau sebagai isteri Perdana Menteri tidak layak untuk mewakili suara wanita Malaysia, apatah lagi mahu mengangkat diri beliau dengan gelaran First Lady of Malaysia (FLOM),” ujarnya dalam satu kenyataan. Katanya, kenyataan Rosmah yang dilaporkan kepada Awani, menjadi tajuk utama berita antarabangsa CNN, dan kini menjadi pendebatan hangat di laman sosial Facebook dan twitter menunjukkan bahawa Rosmah seolah tiada naluri sensitiviti kepada kesusahan rakyat dan kerajaan Jepun yang kini sedang dalam keadaan getir menghadapi bencana yang melanda. “Ini adalah amat memalukan dan bertentangan dengan pengakuan beliau dan kerajaan Malaysia kononnya sebagai First Lady, beliau banyak membantu dalam hubungan diplomatik dengan negara-negara lain,” katanya yang juga ahli Parlimen Ampang. Akibat komennya yang dangkal, kata Zuraida seluruh Malaysia diketawakan dan dicemuh dunia. Ini, tambahnya lebih teruk kerana ia berlaku selepas kontroversi kartun yang menghina sensitiviti rakyat Jepun dan seluruh dunia. “Mewakili pimpinan PKR, ingin kami mengingatkan seluruh rakyat Malaysia bahawa peristiwa yang berlaku di Jepun adalah kuasa Allah yang telah menjadi ketentuan-Nya,” ujarnya. Malah, tambahnya rakyat Jepun patut dipuji kerana tenang dan menerima ujian itu dengan sabar. Menurutnya lagi, semasa Malaysia dilanda tsunami dalam tahun 2004, Jepunlah antara negara pertama yang menghulurkan bantuan. |
Rosmah patut minta maaf pada k'jaan, rakyat Jepun
Malaysian PM's wife: Japan's earthquake due to negligence
Malaysian PM's wife: Japan's earthquake due to negligence
14 hours ago | Malaysia | Vetting explained
CNN producer note
Wife of Malaysian Prime Minister, Datin Seri Rosmah Mansor said this when asked to comment on Japan's quake-tsunami disaster.
“Japan's earthquake and tsunami is a result of negligence in conducting environmental-friendly developments.
"To me, this is a lesson to other countries, that in everything they do or in whatever development they plan, they should study the surrounding environment and connect it with climate change and green technology," she told private news channel Astro Awani.
A video clip of Rosmah airing her view instantly became a hit among internet users, circulating in sites such as Twitter and Facebook, and being met with sarcastic comments from viewers.
The clip (in Malay language) can be viewed on http://www.youtube.com/watch?v=zuMLtycp_0I
Baginda Pula Jelajah 'Bongkar' Ummi Hafilda
KUALA LUMPUR 15 MAC : Bekas rakan niaga Ummi Hafilda Ali hari ini mengancam menjelajah ke seluruh negara bagi berceramah untuk mendedahkan apa yang dikatakan "skandal" wanita itu di masa lalu.
Baginda Minda, yang mendakwa rakan niaga untuk projek berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkata beliau tidak dapat menahan lagi dakwaan Ummi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Baginda mendakwa, ketika Ummi membuat pelbagai dakwaan, termasuk tentang moral ketua pembangkang itu, wanita itu sendiri mempunyai skandal dengannya di London, lapor Malaysiakini.
Menurut Baginda, Ummi tidak jujur apabila terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau awal bulan ini.
Beliau yang mendakwa cukup mengenali Ummi mendakwa, wanita itu tidak akan melakukan sesuatu perkara jika tidak dibayar.
Menyingkap perbicaraan liwat pertama terhadap Anwar pada lebih 10 tahun lalu, Baginda menuduh Ummi membuat perjanjian dengan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin supaya membuat pengakuan yang menentang ketua pembangkang.
Baginda mendakwa perjanjian itu memerlukan Ummi berbohong di kandang saksi bagi membolehkan diberikan bahagian kecil dalam projek KLIA yang bernilai berbilion ringgit.
Justeru, Baginda mendakwa Ummi telah ditipu Daim yang menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa dan terpaksa "menjaja" isu Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi mendapatkan wang.
Letupan Loji Nuklear : Kadar Radiasi Meningkat Mendadak
TOKYO 15 MAC : Tahap radiasi lebih tinggi 400 kali ganda dicatatkan hari ini di wilayah utara ibu negara Jepun, Tokyo selepas gempa bumi memusnahkan loji kuasa nuklear, lapor Kyodo News.
Mengikut laporan Reuters angin perlahan yang bertiup dari loji nuklear Fukushima Daiishi akan memberi kesan terhadap wilayah Kyoto termasuk Tokyo.
Menurut laporan terkini tahap radiasi kini berada pada tahap yang boleh mengancam kesihatan dan penduduk yang berada pada radius 30km daripada loji nuklear dinasihatkan berada di dalam rumah.
Sebelum ini satu letupan dilaporkan di reaktor tenaga nuklear ketiga di kawasan timur laut Jepun awal hari ini - kejadian ketiga dalam empat hari selepas negara itu dilanda gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu.
Seorang jurucakap agensi nuklear berkata letupan itu didengar sekitar pukul 6.10 pagi tadi (5.10 pagi waktu Malaysia).
Jurucakap berkata, agensi keselamatan nuklear negara berkenaan memberitahu ia sudah dimaklumkan oleh pengendali loji bahawa tahap radiasi di Ibaraki sudah meningkat.
Loji Nuklear Jepun Alami Letupan Ketiga
JEPUN 15 MAC : Satu letupan dilaporkan di reaktor tenaga nuklear ketiga di kawasan timur laut Jepun awal hari ini - kejadian ketiga dalam empat hari selepas negara itu dilanda gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu.
Seorang jurucakap agensi nuklear berkata letupan itu didengar sekitar pukul 6.10 pagi tadi (5.10 pagi waktu Malaysia).
Paras radiasi yang dikeluarkan selepas letupan itu melepasi had yang dibenarkan, lapor agensi berita Kyodo.
Beberapa pekerja di reaktor Unit 2 juga dibawa keluar.
Letupan itu terjadi ketika jurutera-jurutera Jepun cuba memasukan air laut ke dalam Unit 2 loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi selepas paras air pendingin turun, sekali gus mendedahkan rod-rod bahan api uranium.
Dalam pada itu, laporan Reuters menyebut ekoran letupan terbaru pagi ini kadar radiasi telah meningkat empat kali ganda.
Menurut Tokyo Eletcric Power Co, agensi keselamatan telah merekodkan bacaan radiasi yang meningkat sehingga paras 8,217 microsievert sejam pada pukul 8.30 pagi tadi (waktu Jepun) berbanding 1,941 kira-kira 40 minit sebelum itu.
Pihak berkuasa di kompleks tenaga nuklear Fukushima Daiichi, yang rosak teruk ekoran tsunami dan gempa bumi Jumaat lalu, sedang cuba untuk mengelakkan kecairan di ketiga-tiga reaktor yang digunakan.
Pihak berkuasa Jepun berkata tahap itu perlu mencapai paras sejuta atau lebih - peringkat yang boleh menyebabkan masalah kesihatan secara besar-besaran.
Tokyo Electric Power Co juga berkata pihaknya sedang membuka injap pada saluran tekanan reaktor untuk memasukkan air laut.
Unit 1 dan Unit 3 juga sebelum ini menyaksikan penurunan paras air tetapi dimasukkan air laut.
Pakatan Anjurkan Dialog Mengenai Interlok
KUALA LUMPUR, 14 MAC: Pakatan Rakyat akan berbincang dengan semua pihak berkaitan Khamis ini berhubung penggunaan karya Interlok yang dianggap menghina masyarakat India sebagai buku teks sekolah.
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, perbincangan turut melibatkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan beberapa wakil pihak yang menimbulkan keperihatinan berhubung isu karya satera ini.
“Kita putuskan pada hari Khamis jam 1 petang wakil-wakil Pakatan Rakyat termasuk ahli-ahli parlimen akan berbincang dengan wakil-wakil semua pihak termasuk kalangan yang menimbulkan rasa keperihatinan mereka dalam beberapa aspek dan penulisan buku itu yang dianggap menghina maysrakat India,” katanya.
Pakatan Rakyat berpendapat, novel atau hasil karya sastera tidak sepatutnya melibatkan kejadian yang tidak bertanggungjawab seperti pembakaran dan pengharaman buku sebagai sebuah karya sastera.
Perbincangan berkaitan Interlok itu perlu dilihat atas dasar buku teks kerana ia melibatkan sensitiviti semua kaum, kata Anwar.
“Beberapa orang daripada kalangan kita memberikan pandangan, kita mesti mengambil kira keperihatinan dan sesitiviti semua kaum di negara kita,” katanya.
Diari siasatan lengkap dibuat selepas setahun kematian Teoh
15/03/2011
KUALA LUMPUR, 14 Mac – Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock hari ini diberitahu diari penyiasatan yang lengkap mengenai soal siasat bekas setiausaha politik exco Selangor itu dibuat selepas setahun kematiannya.
Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari Putrajaya Arman Alies berkata diari pada Ogos 2010 itu merupakan hasil laporan kedua selepas laporan pertama pada Julai 2009, yang ditulis dalam komputer riba miliknya, hilang akibat diserang virus.
Arman juga memberitahu prosiding hari ini bahawa beliau tidak menyimpan “soft copy” laporan pertamanya itu.
“Laporan pertama yang saya buat telah diserahkan kepada Jawatankuasa Aduan SPRM selepas keterangan saya diambil oleh polis pada 18 Julai 2009,” katanya.
Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.
Arman turut memberitahu hasil laporan kedua itu dibuat berdasarkan ingatannya sahaja dan berpandukan kepada dua helai kertas A4 yang telah dibuat catatan olehnya semasa temu bual dengan Teoh pada 16 Julai 2009.
Ketika ditanya Peguam Edmund Bon, apa tujuannya membuat laporan kedua itu, Arman berkata: “Saya membuat laporan untuk tujuan simpanan saya.”
Beliau turut bersetuju dengan Edmund bahawa perkataan “kekerasan tidak digunakan” ditambah dalam laporan kedua yang disediakan olehnya.
“Saya menambah perkataan itu untuk mengelakkan daripada tohmahan dan saya cerita benda yang benar,” katanya.
Arman juga tidak bersetuju dengan Edmund bahawa beliau tidak menulis perkataan “kekerasan tidak digunakan” dalam laporan pertama kerana beliau tidak berperasaan serba salah mengenai apa yang berlaku di dalam bilik bersama Teoh.
Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya itu, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen memutuskan supaya kesemua komputer termasuk komputer riba dan telefon bimbit milik Arman diambil dan diserahkan kepada penyiasat persendirian Michael Leslie Squires untuk disiasat.
“Kesemua komputer riba dan telefon bimbit milik pegawai lain yang terlibat akan diambil jika perlu untuk mengetahui kandungan dan butiran yang berkaitan,” katanya.
Sebelum ini, peguam Christoper Leong dari Majlis Peguam telah mencadangkan kepada suruhanjaya untuk mengambil semua dokumen termasuk komputer, telefon bimbit dan memo milik pegawai SPRM lain yang terlibat dalam penyiasatan Teoh.
Selain Foong, suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T. Selventhiranathan, Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom.
Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Jan lepas, antara lain bagi menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat ‘‘keputusan terbuka’’ berhubung kes itu. – Bernama
SPRM Digesa Siasat BN Perak, Salahguna Kuasa
PERAK 15 MAC : Sekurang- kurangnya 20 penduduk Gunung Cheroh, Ipoh membuat satu laporan polis kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kepimpinan UMNO Barisan Nasional Perak yang didakwa menyalahgunakan kuasa demi kepentingan peribadi mereka berhubung isu pemberian hak milik tanah kepada syarikat Fasa Unggul Sdn Bhd baru-baru ini.
Adun Buntong, A Sivasubramaniam berkata, selain membuat laporan kepada SPRM pihaknya turut menggesa kerajaan negeri itu bersikap prihatin terhadap kesusahan dan kebajikan rakyatnya.
”Tujuan kita semua datang ke sini adalah untuk membuat laporan terhadap sprm kerana kita dapati ada unsur-unsur penyalahgunaan kuasa di mana kebanyakan penduduk telah menetap di tempat ini lebih kurang 70 tahu,
"Jadi laporan ini akan dibawa kepada tuan atau puan majisteret di mahkamah terhadap kes yang akan didengar pada 23 Mac ini supaya menangguhkan penguatkuasaan terhadap rumah mereka dan kita juga akan turut menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Perak supaya beliau dapat menolong rakyat miskin ini,” kata Siva
Sebelum ini, satu notis mengosongkan kawasan penempatan itu dikeluarkan berikutan pemberian hak milik tanah penempatan tersebut kepada sebuah syarikat pemaju di negeri itu baru-baru ini.
Menurut Sivasubramaniam, tindakan kerajaan negeri memberikan kelulusan kepada pihak lain dan bukan kepada penduduk kawasan terbabit menimbulkan keraguan pihaknya memandangkan penempatan ini sudah didiami sehingga generasi ketiga.
Subramaniam berkata, permohonan penduduk bagi mendapat milikan penempatan ini juga menemui jalan buntu apabila beberapa rayuan yang dibuat tidak diendahkan kerajaan negeri dan Pejabat Tanah negeri itu.
Jelas Sivasubramaniam, laporan tersebut juga berikutan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan terhadap pihak peguambela dan peguamcara V.Selva & Assoc. dengan mengarahkan penduduk di kawasan terbabit mengosongkan tanah yang mereka duduki sejak 80 tahun yang lalu.
Dalam pada itu, seorang penduduk yang ditemui berkata, beliau turut mendakwa Ketua MIC Perak, Thangeswari meminta bayaran RM 10,000 sebagai yuran bagi memperjuangkan keadilan mereka dalam memiliki penempatan tersebut.
Khalid: Bukan Senang Mengawal Risiko Loji Nuklear
KUALA LUMPUR 14 MAC: Susulan insiden kebocoran reaktor nuklear Tepco di Jepun, Pakatan Rakyat sekali lagi menyatakan kesangsiang mereka terhadap cadangan pembinaan loji nuklear di negara ini.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kejadian luar kawalan yang berlaku di negara matahari terbit itu harus dijadikan iktibar.
"Kami Pakatan rakyat sentiasa menyatakan kesangsian kita terhadap projek ini. Kalau kita ada pilihan lain, kita mencadangkan adalah alebih baik kerajaan Malaysia gunakan selain daripada nuklear," kata Khalid.
Beliau berkata demikian selepas perjumpaan bersama kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan wakil Duta Jepun di Kedutaan Jepun pagi tadi, bagi menzahirkan ucapan takziah dan meyuarakan simpati mereka terhadap mala petaka yang menimpa wilayah Timur Laut Jepun itu.
"Pengalaman di Jepun menunjukkan bukan senang mahu kawal kerosakan yang berkaitan dengan nuklear, terutama dengan kesan radiasi dan bahan uranium," ujar Khalid.
Kesempatan itu juga Khalid turut menyampaikan sokongan serta kesediaan Selangor untuk menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan.
Khalid berkata, kerajaan Selangor mencadangkan dua bentuk bantuan dalam usaha membantu mangsa gempa bumi dan tsunami dearah Sendai, Jepun dimana kebanyakan penduduk adalah petani dan nelayan.
Pertama adalah memberikan sumbangan kepada badan sukarelawan antarabangsa, Red Cross dan kedua menawarkan khidmat jururawat terlatih bagi meringankan beban mangsa yang trauma akibat bencana ini.
Khalid turut menyampaikan pesanan daripada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang menyuarakan keprihatinan mereka terhadap mangsa dan menyatakan akan sentiasa berdoa untuk keselamatan serta kesejahteraan rakyat Jepun.
KARPAL BERI AMARAN KEPADA UTUSAN MELOYA....AKHBAR FITNAH TERULUNG NEGARA
KUALA LUMPUR 14 MAC: Peguambela Karpal Singh memberi amaran kepada pihak media arus perdana untuk tidak mengeksploitasi perbicaraan fitnah liwat 2, terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, mana-mana pihak yang berhasrat berbuat demikian untuk bersiap sedia dikenakan tindakan menghina mahkamah.
"Saya memberi amaran kepada sesiapa yang cuba mengeksploitasi perbicaraan ini terutama Utusan Malaysia, kalau mereka tidak berjaga-jaga, bersiap sedia untuk masuk ke penjara," kata Karpal ketika ditemubual di perkarrangan mahkamah pagi tadi.
Selain Utusan, Karpal turut menegur New Straits Times kerana membocorkan maklumat hujah pemohonan pendakwaraya untuk mendapatkan DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim sehari sebelum mahkamah bersidang.
Pendedahan itu disusuli bantahan pertubuhan badan bukan kerajaan pro Umno-BN dan penyokong Umno sendiri di beberapa negeri yang menuntut Anwar menyerahkan DNA untuk tujuan penganalisaan.
Bagaimanapun sambutan terhadap protes itu hambar dengan kira-kira 50 orang sahaja menghadirinya di Petaling Jaya.
Peguamcara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden menafikan di mahkamah bahawa pejabat Peguam Negara bersekongkol dengan Utusan Malaysia dan media lain untuk membocor dokumen hujah beliau sehari sebelum dikemukakan di mahkamah.
Sehubungan dengan itu, Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah memberi amaran supaya tiada mana-mana pihak yang cuba mencampuri urusan mahkamah selagi perbicaraan berlangsung.
Karpal menyifatkan perbuatan membocorkan hujah pendakwaraya bertujuan mempengaruhi hakim untuk mengarahkan Anwar seraya mengaburi mata rakyat tentang hujah pendakwaan yang rapuh.
Tambahnya, semua pihak perlu memandang serius kesalahan menghina mahkamah sekaligus melindungi integriti kehakiman negara.
"Perkara utama adalah apa yang berlaku semalam. Tidak pernah terjadi permohonan disiarkan di internet, ini pertama kali. Serta cara Utusan dan NST membawa perkara itu.
"Saya harap amaran daripada hakim diambil serius," ujar Karpal lagi.
Jelajah 'DNA' Tangkis Serangan Pada Anwar
14/03/2011 Share
Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menggerakkan jenteranya di seluruh negara dengan membangkitkan semula isu kontroversi sekitar kematian model Mongolia Altantuya Shaariibuu yang didakwa sesetengah pihak melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Program itu dirancang sebagai tindak balas kepada demonstrasi bersama - antaranya melibatkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) - bagi mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA kepada pihak pendakwaan di mahkamah.
Ia akan digelar DNA sebagai singkatan untuk "Datuk Najib Altantuya", kata setiausaha agungnya Saifuddin Nasution dalam sidang media selepas mesyuarat majlis tertinggi Pakatan Rakyat di parlimen.
Saifuddin (kiri) yang juga anggota parlimen Machang berkata program itu melibatkan ceramah dan pengedaran risalah.
Ditanya tentang bantahan kumpulan NGO di ibu pejabat PKR semalam, Anwar mengaitkannya dengan usaha Umno untuk menanganinya.
Menurut ketua pembangkang itu, beliau tidak takut menyerahkan sampel DNA, tetapi memandang berat kaedah yang digunakan oleh pendakwaan dan siasatan pihak polis.
Secara sinis, beliau berkata dimaklumkan oleh "Tuan Judi" bahawa sampel itu disimpan dalam kabinet, bukan peti ais.
Justeru, beliau meminta ditunjukkan pakar manakah yang akan menerima keputusan sebegitu.-malaysiakini
Pakatan Bidas Peguam Negara
KUALA LUMPUR, 14 MAC: Pakatan Rakyat menggesa kerajaan Umno-BN supaya menghormati sistem keadilan sejagat dan menjadi ahli Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penentangan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Phatail berhubung keanggotaan ICC sebagai suatu yang aneh.
“Pada pendapat kita kalangan yang takut mahkamah antarabangsa adalah diktator, pembunuh yang melakukan kekejaman terhadap rakyat sendiri. Jadi ini adalah mekanisma antarabangsa yang harus menimbulkan rasa takut di kalangan pemimpin-pemimpin rakus dan zalim supaya tidak meneruskan langkah menzalimi rakyat,” katanya.
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memaklumkan Malaysia tidak perlu mengiktiraf Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) semata-mata untuk kelihatan hebat di mata masyarakat antarabangsa
Beliau berkata jika Malaysia memilih untuk menyertai konvensyen itu, ia perlu bersedia memberikan sumbangan terbaik dan berperanan sewajarnya sebagai negara anggota.
Namun Gani tidak menjelaskan kenapa Malaysia keberatan berbuat demikian.
AWAS...JAGA ANAK KITA..BIAR ORANG UMNO SAJA GUNA..SEBAB MEREKA TAK MEMBACA
14/03/2011 Share
PUTRAJAYA 14 MAC : Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan serta penggunaan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA) berkuat kuasa 1 Mac 2012. Liow Tiong Lai berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak. "Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya. Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini Isnin. "Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai". Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah, Menurutnya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan. Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya. "Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya. Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian. Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing. Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya. Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http://moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my.
Kes Anwar : Campur tangan politik makin jelas, kata Karpal
KALI NI MACAM LAIN PULAK....SAIFOOL TAK BERAK 2 HARI..TARIKH JUMPA PUN BERCELARU...KALAU 2 HARI 2 MALAM TAK BERAK.....AKU TAK TAU LA....KEMUDIAN , AMBIK DNA DI LOKAP, MAI BUBUH KAT PUNGKOQ SAIFOOL...ADOIIII
INGAT ORANG ASAL PUN DAH CERDIK DAH KALAU BACA......POLITIK...POLITIK..POLITIK......
Ditulis oleh Hadri Yaziz
14/03/2011
"Persoalannya tidak timbul malah sebentar tadi DPP (Yusof) mengandaikan sampel DNA telah disahkan. Setakat ini tiada apa yang disahkan. (Dan) undang-undang di negara ini jelas. Anda tidak boleh memaksa seseorang untuk memberi DNA dalam apa cara sekali pun.
"Ia bukan untuk tujuan perbandingan. Saya rasa dia (Yusof) memberi analogi cap jari dan tulisan di mana mahkamah boleh membuat arahan itu dan menyamakannya kepada pengambilan sampel darah. Undang-undang adalah sangat jelas dalam isu ini dan sekiranya ada pihak yang memaksa untuk mendapatkan sampel sedemikian, anda boleh menyaman mereka," tegas beliau.
Silap selangkah hancur kesemuanya: PAS menghadapi cabaran transformasi
Lim Yew Chien
Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila Barisan Nasional menang dalam PRK Merlimau dan Kerdau yang dijalankan serentak. Malah bukan sesuatu yang memeranjatkan apabila BN menang dengan majoriti yang lebih besar. Suasana PRK hanya hangat selepas beberapa hari berkempen. Sepanjang tempoh berkempen, penyokong Pakatan Rakyat mulai merasakan kemungkinan untuk menghakis undi majoriti BN. Jadi, undi majoriti yang besar tetap membeliakkan sesetengah orang.
Banyak mesej yang tercetus dalam pertarungan ini. Sebagaimana di Merlimau, ia menyaksikan berkecainya harapan PR untuk bertapak di Melaka. Yang menerima impak terbesar adalah cita-cita PR untuk menawan Putrajaya. Untuk menawan Putrajaya, PR perlu menerokai gelanggang baru selain kawasan yang dimenanginya ketika tsunami politik pada 8 Mac 2008.
BN hilang bimbang
Mungkin Melaka bukan barisan depan sebagaimana yang dalam percaturan PR. Namun seandainya PR berjaya menghakis undi majoriti BN, maka bertambahlah satu kawasan yang boleh diletakkan harapan untuk PR. Dari segi strateginya, seandainya undi majoriti BN dikurangkan, maka BN akan kehilangan satu kawasan yang "langsung tidak perlu dibimbangkan". Maka, BN terpaksa mengagihkan sumbernya, untuk memastikan semua barisannya dikawal dengan rapi.
Organisasi PAS di Melaka tidak setanding dengan organisasinya di pantai timur dan utara Semenanjung. Isu tempatan, organisasi tempatan malah suasana tempatan mempunyai pengaruh yang kuat di kawasan desa Melayu. Selagi organisasi tempatan UMNO beroperasi dengan lancar, maka agak mustahil PAS menembusi kubu ini.
Pengundi Cina hanya kira-kira 20% daripada jumlah pengundi Merlimau. Meskipun MCA dan DAP masih saling mempertikaikan kecenderungan pola pengundian Cina, namun pertikaiannya tidak hangat sebagaimana di PRK Tenang. Ini kerana nisbah pengundi Cina lebih rendah secara perbandingannya, malah berselerak dan sukar dianalisa.
Pada hakikatnya, seandainya sokongan pengundi Cina tidak kembali kepada BN, maka ia bermakna pengundi Melayu kembali ke pangkuan BN secara mendadak - barulah ia berakhir dengan kesudahan di mana BN meraih undi majoriti yang setinggi itu. Ini mungkin khabar yang lebih buruk buat PR. Sesungguhnya, fokus yang menjadi tumpuan dalam kedua-dua PRK ini adalah pola pengundi Melayu.
Undi Melayu di Galas jadi kayu ukur
Walaupun berjiran dengan Kelantan, negeri yang mana PAS berakar umbi sekian lama, namun Pahang secara tradisionalnya didominasi UMNO, dan bukan senang untuk ditembusi. Jikalau analisa hanya dibuat berdasarkan menang-kalah, maka kekalahan PR di kubu UMNO hanya menunjukkan bahawa lanskap politik UMNO masih tidak tergugat. Ia tidak bermakna bahawa BN semestinya memiliki kelebihan di kawasan yang asalnya dimiliki PR, atau kawasan pinggiran.
Sesungguhnya ia hanya dilihat dari sudut menang-kalah. Namun, keadaannya menjadi kompleks apabila perlu mengambil kira undi majoriti yang bertambah. Peningkatan undi majoriti BN mungkin disebabkan faktor tempatan. Sumber BN lebih tertumpu ketika PRK, ditambah pula faktor lain, ia mungkin menyumbang kepada kemenangan besar BN. PRK yang lalu, khususnya sebelum "tsunami politik", keadaan ini telah berlaku.
Selain faktor tempatan, penambahan undi majoriti BN semestinya mencerminkan pola pengundian Melayu di seluruh negara. Ia agak sukar untuk dikupas kerana terlalu banyak faktor yang saling mempengaruhi. Namun, sudah jelas bahawa ianya bukan sesuatu yang tidak berasas, seandainya didakwa bahawa undi Melayu cenderung untuk kembali ke BN - jikalau diambil kira prestasi BN di kawasan desa Melayu dalam beberapa PRK yang terkini.
Daripada beberapa PRK yang dimenangi BN, Galas adalah kayu ukur yang paling sesuai. Kerusi DUN Galas dimiliki PAS pada asalnya, malah terletak dalam negeri yang selama ini diperintah PAS. Pengalihan sokongan Melayu di Galas tidak boleh dipersalahkan kepada organisasi tempatan. Punca yang mendasar mungkin berkaitan dengan perubahan di seluruh negara.
Peratusan pengundian yang tinggi
Apa yang menarik dalam kedua-dua PRK Merlimau dan Kerdau ini adalah peratusan pengundian yang lebih tinggi berbanding PRU ke-12, dengan 79% sebagaimana yang dicatat Merlimau dan 83% di Kerdau.
Seandainya peratusan pengundian tidak tinggi, maka ia mungkin menunjukkan bahawa wujudnya sesetengah pengundi yang masih sangsi terhadap PAS, pada masa yang sama juga ragu-ragu untuk mengundi BN. Golongan pengundi sedemikian kelihatan belum tahu kepada siapa mereka mahu mengundi sebelum PRU ke-13. Jadi PR masih boleh menaruh harapan kepada golongan pengundi sebegini.
Tetapi kedua-dua PRK ini tidak menunjukkan keadaan peratusan pengundian rendah. Jumlah keseluruhan undi BN memperlihatkan peningkatan yang jelas. Sama ada undi ini datang daripada penyokong PAS ataupun pengundi baru, kecenderungan mereka nampaknya sukar untuk diubah dalam masa yang singkat.
Kedua-dua keputusan PRK ini semestinya tidak mempengaruhi kuasa kerajaan BN di negeri berkenaan. Tetapi mengapa pengundi kampung dari kedua-dua kawasan ini begitu aktif untuk keluar mengundi? Sememangnya sikap yang positif ini (keluar mengundi) sesuatu yang baik untuk proses pendemokrasian, tetapi apakah peratusan pengundian yang tinggi dalam kedua-dua PRK ini betul dijuruskan kesedaran demokrasi? Kalau bukan kerana kesedaran demokrasi, apakah pula yang mengaktifkan pengundi untuk keluar mengundi?
Ada yang membangkitkan kemungkinan bahawa peratusan pengundian yang tinggi ini disebabkan pengundi hantu dan rasuah. Jikapun begitu, ia hanya menunjukkan bahawa kemampuan parti yang terlibat menggunakan "strategi luar biasa" ini telah dipertingkatkan. Ia mungkin sukar untuk dibongkarkan seandainya diulangi pada masa akan datang. Pada hakikatnya, selain ahli parlimen Kota Melaka-DAP Sim Tong Him dan jurugambar China Press yang mendakwa melihat sendiri kejadian membeli undi, operasi "tangkap hantu" yang biasa digerakkan PR dalam PRK dahulu nampaknya tidak berhasil.
Asas PAS ditembusi
Kita ketepikan dahulu kemungkinan kejadian "beli undi" atau pengundi hantu. Fenomena pengundi aktif mengundi menunjukkan bahawa BN berupaya untuk mengerah penyokongnya keluar mengundi. Ia berbalik kepada faktor jaringan hubungan tempatan. Tetapi, seandainya "keaktifan" itu didorong inisiatif pengundi sendiri untuk memastikan kemenangan BN, maka ia menunjukkan penyokong setia ini cuba menghalang kemenangan PR. Di sini ia memperlihatkan perubahan pemikiran pengundi Melayu.
Sama ada penyelewengan, jaringan tempatan mahupun perubahan pemikiran (apa yang lebih mungkin sebenarnya adalah kombinasi daripada faktor-faktor ini), yang menjurus kepada kemenangan BN ini - PAS-PR akan berdepan dengan masa depan yang lebih genting. Faktor penyelewengan dan jaringan tempatan mungkin diulangi di kawasan yang mirip, tetapi perubahan pemikiran Melayu mungkin mengundang kesan yang lebih besar, malah sehingga menembusi asas PAS.
Selepas tsunami 8 Mac 2008, BN menyerang ketiga-tiga parti komponen PR. Untuk PKR, BN merancangkan gelombang "keluar parti", mencetuskan kontradiksi dalaman. Sehingga kini, kita gagal melihat wujudnya apa-apa faktor yang boleh menyekat PKR daripada kehilangan kerusi dan undi secara besar-besaran pada PRU yang akan datang.
PAS perlu berdepan dengan kepahitan
Pada hakikatnya, serangan dan strategi yang digunakan UMNO-BN terhadap PAS tidak kurang daripada apa yang dilakukan terhadap PKR. Antaranya, retorik seperti "perpecahan Melayu", "PAS diperkudakan", "derhaka", "bersubahat dengan DAP" dan sebagainya - diulangi dalam media arus perdana, dan kelihatan telah berkesan terhadap Melayu yang hanya boleh menerima maklumat daripada media arus perdana.
Dalam krisis sebegini, PAS diharap agar tidak mengubat penyakitnya dengan ubat sembarangan, iaitu kembali kepada jalan lamanya yang konservatif. Perjuangan PAS yang berdekad-dekad tidak terelak daripada turun naik dan pasang surut. Untuk mengharungi keadaan merudum ini, ia perlu berpegang kepada prinsip dan semangat perjuangannya. PAS kini telah pun berada di landasan dengan hala tuju yang menunjukkan keterbukaannya. Komuniti Melayu tempatan mungkin belum bersedia dari segi fikrahnya untuk menerima konsep yang lebih progresif, maka PAS mungkin perlu menahan kepahitan di mana sokongan terhadapnya akan merudum buat sementara.
Seandainya PAS berpaling dan kembali ke pangkalnya, maka imej positif yang dibina sepanjang ini akan terkubur, dan kehilangan sokongan pengundi Cina yang bukan senang untuk diperolehi sebelum ini. Malah, PAS tidak semestinya mengembalikan sokongan komuniti Melayu, jika kembali ke jalannya yang konservatif.
Reaksi yang silap bakal mengundang malapetaka
Untuk generasi Melayu yang muda, penafsiran Islam dengan konsep yang konservatif kurang menarik. PAS langsung gagal mengancam UMNO jikalau kembali ke jalan pangkalnya yang konservatif. Ini menjelaskan mengapa Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin tidak keberatan untuk mengkritik PAS apabila PAS mengemukakan pengharaman perjudian.
Malah, jika PAS membuat pusingan "U" sejurus selepas kekalahan, langkah ini hanya mengesahkan tuduhan UMNO bahawa PAS adalah parti yang tidak menentu, mempergunakan agama untuk kepentingan politiknya. Jadi, PAS akan undur ke garisan kubunya di pantai Timur. Jika ia berlaku pada zaman dahulu, maka itu mungkin caranya untuk menyelamatkan diri. Tetapi jika ia berlaku pada zaman sekarang, ertinya menunggu untuk disingkir zaman.
Jadi, golongan pemimpin PAS yang terbuka akan memahami, bahawa kekalahan PRK malah PRU, tidak semestinya memusnahkan PAS. Reaksi silap yang akan membawa PAS ke arah kemusnahan. Menyedari impaknya ini, pemimpin yang terbuka dalam PAS harus cuba sedaya upaya untuk menghalang PAS daripada kembali kepada jalan lamanya - malah jika perlu berdepan dengan keretakan parti sekali pun, ia harus diteruskan agar tidak ditimpa malapetaka "silap selangkah hancur kesemuanya".
Ditulis oleh shuaib ayob
14/03/2011 Share
KORIYAMA 14 MAC : Polis Jepun menjangkakan jumlah angka kematian akibat gempa bumi sekuat 9 richter Jumaat lalu boleh mengorbankan lebih 10,000 orang di daerah Miyagi daerah yang paling teruk dilanda bencana itu, walaupun sehingga kini pegawai lain cuba memberi jaminan kepada orang ramai bahawa reaktor di dua loji nuklear yang rosak, tidak menimbulkan bahaya dalam jangka masa ini.
"Saya menjangkakan angka kematian akan mencecah lebih 10,000 di daerah ini," Ketua polis Takeuchi Naoto-dipetik laporan NHK.
Kira-kira 800 orang disahkan terkorban setakat ini di Miyagi dan beberapa kawasan lain di timur laut Jepun, yang dilanda gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu.
Tiada hubungan langsung dengan kira-kira 10,000 penduduk bandar Minamisanriku.
Polis berkata sebelum ini lebih daripada 2,000 orang terbunuh atau tidak dapat dikesan di kawasan terbabit, lapor agensi berita Kyodo News.
Seorang pegawai perbandaran di bandar Futaba, Fukushima memberitahu Kyodo bahawa kira-kira 90 peratus rumah tiga komuniti pantai telah dihanyutkan oleh tsunami.
Kira-kira 390,000 meninggalkan rumah mereka, dan kebanyakannya berteduh di lebih 1,400 tempat perlindungan sementara bertempat sekolah dan pusat komuniti, lapor NHK.
Sementara itu, pegawai-pegawai Jepun memberi amaran kemungkinan letupan kedua di loji tenaga nuklear yang terjejas kerana gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu ketika negara itu bertungkus-lumus untuk mengelakkan kecairan berganda reaktor.
Perangkaan yang dikeluarkan menunjukkan 180,000 orang telah dipindahkan dari kawasan loji tenaga nuklear manakala lebih 160 orang dilaporkan terdedah kepada radiasi.
Empat loji tenaga nuklear di bahagian timur laut dilaporkan rosak, tetapi paling teruk di kompleks Fukushima Daiichi di mana letupan berlaku kelmarin dan yang kedua dikhuatiri.
Operator-operator pula telah hilang keupayaan untuk mengawal tahap kedinginan di ketiga-tiga reaktor kompleks tersebut dan tiga lagi di kompleks berhampiran menggunakan prosedur biasa.
Semalam, Ketua Setiausaha Kabinet Yukio Edano berkata letupan hidrogen boleh terjadi di Unit 3 Fukushima Daiichi.
Lagi gempa 5.8 magnitud landa Jepun
TOKYO 14 MAC : Gempa berkekuatan 5.8 magnitud melanda perairan timur laut Jepun, di Ibaraki, awal pagi ini menyebabkan bangunan tinggi bergegar di ibu negara Tokyo.
Bagaimanapun, menurut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS), gempa yang berlaku di 140 kilometer di perairan timur laut Tokyo itu tidak menyebabkan ancaman tsunami.
Setakat ini belum ada laporan mengenai kerosakan dan mereka yang cedera. - AFP
Loji nuklear ketiga Fukushima meletup
TOKYO 14 MAC : Satu letupan kuat merosakkan loji nuklear ketiga Fukushima, dengan asap tebal dan api menjulang di reaktor berkenaan, sebentar tadi.
Jurucakap Ketua Kabinet Jepun, Yukio Edano berkata, maklumat yang diperoleh dari pegendali reaktor, TEPCO menyebut ia bagaimanapun tidak membawa kesan kebocoran radiasi yang besar.
Sementara itu, Agensi Keselamatan Nuklear Jepun berkata, letupan itu di reaktor ketiga di Loji Nuklear 1 Fukushima dipercayai disebabkan tekanan hidrogen.
Letupan hidrogen juga berlaku di reaktor nombor satu di loji sama Sabtu lalu, sehari selepas berlaku gempa kuat dan tsunami di perairan timur laut negara itu.
Pihak berkuasa sehingga kini sudah mengisytiharkan zon pemindahan di kawasan lingkungan 20 kilometer dari loji berkenaan dengan 210,000 orang sudah dikeluarkan. - AFP
Kes saman bekas CEO dijangka dedah pelbagai kesalahan Sime dan kerajaan
KUALA LUMPUR 14 MAC : Kes saman RM338 juta Sime Darby Bhd terhadap bekas ketua pegawai eksekutifnya Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid dan empat yang lain dijangka akan mendedahkan segala ‘daki’ memandangkan pegawai-pegawai kanan kerajaan juga akan dipanggil memberi keterangan mengenai operasi konglomerat itu.
Difahamkan defendan juga akan memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan dua bekas penyandang jawatan tersebut iaitu Tun Abdullah Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes yang difailkan Disember lalu.
Ketiga-tiga mereka juga sedang dan pernah mengetuai Kementerian Kewangan.
Saman berhubung kerugian RM2.1 bilion dialami Sime Darby telah menamakan Zubir dan empat yang lain.
Empat yang lain itu adalah Datuk Mohamad Shukri Baharom (bekas naib presiden eksekutif bahagian tenaga & utiliti kumpulan), Abdul Rahim Ismail (bekas ketua pegawai kewangan bahagian tenaga & utiliti kumpulan), Abdul Kadir Alias (bekas ketua unit perniagaan minyak & gas bahagian tenaga & utiliti) dan
Mohd Zaki Othman iaitu bekas pengurus besar kanan Sime Darby Engineering Sdn Bhd.
Tertuduh-tertuduh dijangka mempertahankan bahawa projek konglomerat itu di Bakun dan Qatar memang diketahui umum, malah disedari pemimpin-pemimpin kerajaan.
Sime Darby memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap mereka kerana didakwa melanggar peraturan pelaksanaan tugas.
Syarikat itu berkata saman itu bertujuan menebus kerugian yang dialami oleh Sime Darby Group dalam projek Qatar Petroleum, projek Maersk Oil Qatar (MOQ) dan projek yang berkaitan dengan pembinaan kapal-kapal bagi kegunaan dalam projek MOQ, dikenali sebagai ‘Marine Project’.
Ia menuntut daripada defendan, antara lain, pengembalian wang yang dibayar secara salah, ganti rugi bagi kerugian yang dialami, kehilangan keuntungan, kerosakan teruk dan kos.
Zaid Ibrahim & Co dikekalkan sebagai peguam cara Sime Darby dan Tommy Thomas sebagai peguam.
Sumber-sumber memberitahu, antara perkara yang akan didedahkan dalam perbicaraan itu kelak ialah pembabitan pemimpin-pemimpin kerajaan, Kabinet dan ahli-ahli politik kanan dalam soal pengendalian syarikat senaraian awam itu.
Ini termasuklah dana politik ketika pilihan raya dan pilihan raya-pilihan raya kecil.
Negara telah menyaksikan 16 pilihan raya kecil sejak pilihan raya umum Mac 2008.
Lapan daripada dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) manakala baki oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat (PR).
Wujud spekulasi Sime Darby juga bercadang untuk menyaman Zubir dan beberapa yang lain berhubung peningkatan kos dan pengendalian projek air bawah tanah besar-besaran di Perak serta pembelian tanah di Sarawak.
Sarawak dijangka mengadakan pilihan raya negeri bulan depan.
Sumber-sumber berkata seorang anggota kerabat diraja dan adik kepada pemimpin kanan kerajaan terlibat dalam projek air bawah tanah manakala seorang ahli perniagaan yang rapat dengan pemimpin berpengaruh di Sarawak dikaitkan dengan urusan pembelian tanah.
Difahamkan pegawai-pegawai penyiasat masih meneliti bukti sebelum menyerahkan fail kepada Peguam Negara.
Kes Anwar: Dokumen Pendakwaraya Dibocorkan Kepada Media
KUALA LUMPUR 14 MAC : Ketua Pendakwaraya Datuk Yusuf Zainal Abidin mengaku pihak Peguam Negara bertanggungjawab atas kebocoran dokumen yang bakal di kemukakan oleh beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini bersabit kes fitnah liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim .
Akhbar New Straits Times hari ini menyiarkan dokumen hujah Datuk Yusuf bersabit permohonan supaya Hakim Zaibidin Mohamad diah mengarahkan Anwar untuk mengemukakan sampel DNA.
Yusuf begaimanapun meremehkan kebocoran dokumen itu dengan memberitahu mahkamah bahawa ia tidak memberi impak terhadap perbicaraan berkenaan.
Peguambela Sankara Nair memberitahu pemberita bahawa tindakan membocorkan dokumen kepada media arus perdana mirip kepada apa yang berlaku pada tahun 1998.
Dalam perbicaraan fitnah liwat pertma itu fakta-fakta mengenai pertuduhan terhadap Anwar dibekalkan kepada media sebelum ia di kemukakan kepada mahkamah,.
Tindakan itu adalah sebahagian daripada perancangan untuk memastikan Anwar diaibkan sepenuhnya sebelum dan semasa perbicaraan.
Yusuf hari ini mengaku beliau perlu bertanggungjawab terhadap kebocoroan dokumen terbaru namun tetap berpendirian isu itu tidak harus diperbesarkan.
Peguambela Karpal Singh turut menarik perhatian mahkamah kepada beberapa tunjuk perasaan anjuran penyokong Umno semalam.
Seperti dokumen yang dibocorkan, tunjuk perasaan itu juga dilihat sebagai bertujuan member I tekanan kepada hakim untuk mengarahkan Anwar supaya memberi sampel DNA itu.
Hakim Zaibidin sebelum ini megisthiarkan bahawa polis memperolehi sampel DNA daripada Anwar secara haram apabila menahan beliau dalam lokap pada 16 Julai 2008.
Selepas menahannya semalaman, polis merampas sehelai tuala. Berus gigi dan botol air mineral yang diguna oleh Anwar untuk menjalankan ujian DNA ke atas Ketua Pembangkang itu tanpa kebenaran beliau.
Siasat kewangan Umno Selangor
Bagaimana Umno Selangor mampu menyumbang wang tunai RM500 seorang kepada para pelajar yang kembali belajar ke Mesir?
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat kedudukan kewangan Umno Selangor kerana mampu menyumbang wang tunai RM500 seorang kepada para pelajar yang kembali belajar ke Mesir.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata, “sumbangan RM500 itu disalurkan kepada para pelajar menerusi Yayasan Kelana Ehsan (YKE) bagi pihak Umno Selangor.
“Tindakan Umno Selangor ini menimbulkan keraguan bagaimana sebuah parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan seperti YKE mampu menyediakan dana lebih setengah juta ringgit untuk menyalurkan sumbangan ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Apatah lagi katanya, Umno Bahagian Shah Alam masih mempunyai hutang tertunggak melebihi RM236,000 dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Ujar beliau, “jika Umno Selangor beriya benar membelanjakan lebih setengah juta untuk sumbangan itu, mengapa tidak pula bersungguh-sungguh untuk melunaskan hutang dengan MBSA.”
Hutang Umno dengan PBT
Oleh itu katanya, kerajaan Selangor akan meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menyenaraikan semua hutang Umno kepada PBT dan akan membuat tuntutan dalam tempoh dua minggu.
Faekah berkata, selama ini pemimpin-pemimpin Umno ghairah mengkritik malah sanggup membuat laporan kepada SPRM dengan menuduh Kerajaan Negeri membelanjakan duit rakyat.
“Mutakhir, Umno menuduh Kerajaan Negeri menerusi Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) membelanjakan duit rakyat untuk meraikan tetamu-tetamu Kerajaan Negeri dari Sabah dan Sarawak dalam usaha kerajaan melaksanakan tanggungjawab sosial.
“SPRM pula begitu akur dan bersemangat menjalankan tanggung jawab mereka,” katanya.
Kita mahu bertanyakan isu yang sama kepada Umno Selangor, dari manakah Umno Selangor dan YKE memperoleh begitu banyak dana untuk membiayai sumbangan ini?
“Apakah aset dan perniagaan yang dijalankan oleh YKE sehingga mampu untuk bekerjasama dengan Umno Selangor menghulurkan sumbangan?,” soal beliau.
Beliau berkata, “kita juga mahu SPRM menyiasat perkara ini jika benar SPRM bertindak mempertahankan amalan telus dan kebertanggungjawaban.
“Jangan bersikap ‘double standard’ sehingga akhirnya meletakkan institusi tersebut begitu rendah kredibilitinya,” ujarnya.
ADUN Komtar minta polis segerakan siasatan berhubung hadiah keranda
Kat KOMTAR bukan macam zaman 80an, semua pejabat kerajaan di situ..ramai yang singgah makan.Bn la pindah ke pejabar baru...nak berniaga pun dah slow semacam.Awang yang hang nangoi sangat..Dah lama dah sepi..samdol tol mamat ni..
ADUN Komtar minta polis segerakan siasatan berhubung hadiah keranda
GEORGE TOWN, 14 Mac — Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik, hari ini meminta pihak polis membuat siasatan segera terhadap cubaan Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar (KMA), Mohamed Ghani Abdul Jiman, menghantar sebuah keranda ke rumahnya semalam.
Beliau berkata tindakan itu dianggap sebagai satu ancaman berupa ugutan keselamatan kepada dirinya, keluarga termasuk seluruh penduduk di kawasan yang didiaminya di kawasan Paya Terubong.
“Tindakan itu perlu dikecam kerana ia menggangu dan mengancam keharmonian sosial di negeri ini dan polis perlu mengambil segera tindakan undang-undang terhadap perbuatan itu,” katanya kepada pemberita di sini.
Semalam, Mohamed Ghani telah cuba untuk menghantar hadiah berupa sebuah keranda ke rumah Ng di Happy Valley berdekatan Paya Terubong tetapi gagal, apabila dihalang pihak polis.
Katanya berkata tindakan itu kemungkinan berkaitan dengan arahan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) supaya peniaga kecil di ruang konkos tingkat tiga Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) mengosongkan ruang perniagaan mereka bagi membolehkan kerja menaik taraf dijalankan di ruang itu.
Semua peniaga akur dengan arahan itu kecuali Mohamed Ghani yang bertegas untuk berniada di situ, kata Ng, yang juga setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. — Bernama
PERDANA MENTERI BERI KOMEN
SHAH ALAM 13 MAC : Isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor hari ini membuat kejutan apabila membayangkan tragedi tsunami dan gempa bumi di Jepun adalah akibat kelalaian negara itu melaksanakan pembangunan mesra alam.
Ketika pemimpin kerajaan lain termasuk suaminya menyampaikan takziah kepada Tokyo, stesen televisyen AWANI memetik Rosmah sebagai berkata malapetaka itu memberi pengajaran penting kepada Jepun dan negara-negara lain.
Beliau mengaitkan gempa bumi dan tsunami yang melanda timur laut Jepun kepada pembangunan pesat dan perubahan iklim dunia.
"Ini pada diri saya adalah satu pengajaran kepada negara-negara lain untuk apa-apa pun mereka buat atau sebarang pembangunan yang mereka nak lakukan seharusnya berkait dengan perubahan iklim dan teknologi hijau, " kata Rosmah.
"Ini termasuk juga negara kita,'' tambah beliau.
.
Rosmah menyampaikan rasa simpati kepada kerajaan dan rakyat Jepun terhadap bencana berkenaan.
Angka rasmi kematian gempa bumi dan tsunami yang melanda negara itu kelmarin adalah 689 orang namun jumlah mangsa dijangka meningkat dengan mendadak kerana ribuan rakyat negara itu masih dilaporkan hilang.
Pimpinan Umno 'Menikus' Terhadap Mahathir?
13/03/2011
SHAH ALAM 13 MAC : Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menganggap sikap menikus pemimpin Umno khususnya Datuk Seri Najib Razak setiap kali Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bersuara, adalah disebabkan banyak rahsia pimpinan Umno pada hari ini berada dalam tangannya.
Menurut Johari, perkara itu terbukti apabila Mahathir dengan sewenangnya-wenangnya boleh mengeluarkan kenyataan dan arahan tanpa cabaran dari Perdana Menteri Menteri dan pimpinan tertinggi Umno yang lain.
"Semua Perdana Menteri lepas dia (Mahathir) ada masalah. Ada rahsia kecurangan, korupsi, nepotisme, sebab itu dia pegang dan apa dia cakap, tak ada siapa berani usik. Dan dia guna maklumat ini untuk kukuhkan kedudukan dia dan goncang orang lain,"katanya.
Johari bercakap kepada TV Selangor dalam memberi komen kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li yang mengatakan memoir 'A Doctor In The House' tulisan Mahathir yang dipasarkan sejak minggu lalu sebagai sebuah penipuan politik.
Ku Li mengecam kenyataan Mahathir dalam buku tersebut bahawa beliau yang mengheret parti (Umno) ke mahkamah dan terbabit dengan politik wang semasa bertanding pada pemilihan parti 1987.
Johari bersetuju dengan kenyataan Ku Li tersebut, malah ia terbukti dalam pemilihan selepas itu apabila ramai pemimpin Umno seperti Timbalan Menteri Pertahan, Datuk Dr Latiff Ahmad, ahli Parlimen Bagan Serai dan Pengerusi FELDA Datuk Isa Samad didapati bersalah kerana mengamalkan politik wang.
"Apa yang Ku Li kata itu bertepatan, kerana itulah puncanya politik wang bila pertembungan Ku Li dan Mahathir begitu sengit. Ku Li dah buktikan waktu itu. Mungkin Mahathir sendiri tak beri duit. Tapi guna ejen atau orang dia untuk pemilihan itu hingga Ku Li kalah,"tambahnya lagi.
Menurut Johari lagi, perkara paling merepek ialah kenyataan bahawa Mahathir mengetahui perangai buruk dan salah laku seks Ketua Umum Parti keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya kira memoir Mahathir itu satu pembohongan. Bukan saja isu politik wang tapi isu mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Dia (Mahathir) kata dia tahu Anwar tak bermaruah. Sebagai Presiden dan PM, kalau tahu, mengapa biarkan Anwar lama sebagai Timbalan Perdana Menteri? Sebagai PM, kalau betul nak banteras, sepatutnya tindakan diambil pada waktu itu," katanya.
Anwar: Mahasiswa Dokong Suara Rakyat
BANGI 13 MAC : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuntik semangat baru dalam kebangkitan gerakan mahasiswa dengan menggesa mereka untuk mendokong perjuangan membela rakyat yang tertindas akibat dasar- dasar kerajaan yang zalim.
Berucap kepada 300 wakil persatuan mahasiswa dari seluruh negara, Anwar menegaskan keperluan menghidupkan semula obor perjuangan mahasiswa tahun 70an untuk mempertahankan hak penduduk miskin dan mereka yang teraniaya serta menolak politik perkauman.
"Tahun 70-an itu kita ungkapkan Gerakan Mahasiswa sebagai suara, denyut nadi majoriti rakyat. Kita ada merasakan tanggungjawab terhadap masyarakat majoriti, melihat kepincangan yang masyarakat ada. Maka Mahasiswa dan generasi muda dikaitkan dengan idealisme perjuangan murni dan bukan mahu diheret ke politik kepartian atau perkauman," kata Anwar.
Beliau berkata demikian dalam ucap tama pada Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional ke 2 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor malam tadi.
Kongres yang dianjurkan Kumpulan Pro-Mahasiswa dan Solidariti Mahasiswa Malaysia ini mengumpulkan wakil dari 14 Insitusi Pengajian Tinggi tempatan bagi membincangkan hala tuju gerakan mahasiswa.
Keputusan pemilihan pilihanraya kampus yang banyak memihak kepada calon Pro-Mahasiswa baru-baru ini menguatkan desakan supaya kerajaan UMNO BN memansuhkan Akta Universiti dan Kolej yang mengharamkan pembabitkan pelajar dalam politik nasional.
Anwar berkata dengan kelebihan intelektual yang ada pada mereka, mahasiswa tidak lagi boleh berdiam diri terhadap segala kepincangan di sekeliling mereka yang memberi kesan kepada rakyat.
"Saya yakin sebab kita tak ada pilihan sebab kita nak keluarga kita, yang kerani, guru, petani diberi layanan sebagai rakyat yang berhak dan merdeka. Orang melayu Cina India Kadazan. Adakah mungkin? Mungkin adakah saya yakin? ya, saya yakin. Di Mesir lebih susah, tapi kalau tercetus ledakan semangat rakyat ia boleh berlaku," kata Anwar.
Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat membidas Kerajaan Persekutuan kerana cuba menutup suara mahasiswa menerusi AUKU.
Beliau berkata mahasiswa dan rakyat tidak akan memilih tunjuk perasaan jalanan seperti di Mesir untuk menumbangkang kerajaan, namun kezaliman pemerintah di Malaysia, tegas Anwar akan memakan parti itu sendiri.
"Apakah kita pilih cara di Mesir, tidak. Kita pilih cara undang-undang cara aman, termasuk parti. Cara pilihan raya. Tapi nak beri amaran kepada Datuk Seri Najib, jangan perbodohkan rakyat. Jangan guna media (dan) SPR, Undi pos dicurah dari langit. Rakyat akan bangkit menentang kezaliman ini," tegas beliau disambut tepukan gemuruh mahasiswa.
Anwar ulangi agenda menawan Putrajaya
Hafiz Zainuddin
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim mengulangi hasrat untuk menawan Putrajaya dan menyeru kerajaan agar menjalankan pilihan raya yang adil dan bebas. "Kita mesti menang semua kerusi. Parlimen di Selangor mesti kita tawan semua untuk kita pergi ke Putrajaya".
Selain itu, Anwar (gambar kanan) meletakkan harapan yang sama kepada kerusi parlimen di Pulau Pinang. Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan yang ada sekarang ini tidak boleh zalim kepada rakyat dan menuntut agar rakyat membuat perubahan.
Pakatan Rakyat dilihat komited dengan cita-cita "merampas Putrajaya" dari BN. Demikian inti utama yang terkandung dalam ucapan hampir 60 minit Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat tersebut. Anwar berucap di hadapan kira-kira lebih 2,000 orang audien yang hadir ke Majlis Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Negeri Selangor yang bertempat di Dewan Sukan MPK Sri Andalas Klang. Majlis yang dianjurkan oleh PKR Kota Raja itu juga dihadiri oleh wakil-wakil dari PAS dan DAP.
Antara mereka yang hadir adalah Timbalan Presiden PKR merangkap ahli parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali, ahli parlimen Kota Raja Siti Mariah Mahmud, EXCO Selangor Ronnie Liew dan ramai lagi. Turut memberi ucapan adalah ADUN Sri Muda Suhaimi Shafie.
Anwar Ibrahim mengingatkan seluruh jentera Jakatan Rakyat agar memperkukuh kerjasama (work together) antara satu dengan yang lain dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang. Dalam ucapannya Anwar menyatakan perkara perlu diutamakan adalah memberi kefahaman dan informasi sebenar kepada rakyat Malaysia mengenai dasar-dasar Pakatan Rakyat dan perkara yang akan dilaksanakan sepertimana terkandung dalam Buku Jingga. "Kita perlu baca dan faham Buku Jingga - Kuatkan Pakatan Rakyat PAS, PKR dan DAP," katanya.
Pada kali ini secara jelas beliau mengulangi hasrat Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak, mengurangi tarif elektrik dan pada masa yang sama berusaha meningkatkan pendapatan rakyat. Jentera Pakatan Rakyat juga diingatkan agar bekerja keras (work hard) dalam meraih sokongan rakyat.
Dalam ucapannya, Anwar menaruh harapan yang tinggi kepada anak-anak muda untuk melakukan perubahan politik di Malaysia sambil menggungkapkan beberapa potong ayat al- Quran dari surah Al-Kahfi yang antara lain menyingkap mengenai golongan "pemuda yang beriman dan kental semangat". Tidak ketinggalan juga, beliau sempat menyorot kembali bagaimana bermulanya Revolusi di Tunisia dan kebangkitan golongan anak-anak muda di Mesir melawan pemerintah yang zalim, "Kita akan lawan agar rakyat menang..."
Berucap sebelum itu, Anwar juga sempat mengulas mengenai tuduhan rasuah dan cercaan peribadi oleh UMNO kepada Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat, beliau menempelak mereka dengan isu skandal berbilion-bilion ringgit duit negara yang didiamkan. Pada masa yang sama menekankan bahawa rakyat perlu tahu mengenai isu penyelewengan yang berlaku.
Menyifatkan golongan itu (UMNO) sebagai golongan kaya - golongan atasan selamat dan seolah-olah boleh buat apa sahaja termasuk bunuh dan rogol tetapi apabila ada rakyat bersalah "curi ayam" pun dikenakan tindakan. Ujarnya lagi "sebab itu, rakyat kena tahu. Dalam Negara merdeka, bebas dan berdaulat. Rakyat yakan menentukan. Sebab itu saya katakan, suara rakyat suara keramat...," disambut dengan tepukan dan sorakan audien.
Pada masa yang sama, Anwar tidak mahu ketinggalan menyentuh isu salah urus pemberian kontrak Petronas sebanyak RM 23 billion kepada tiga syarikat yang berkait rapat dengan keluarga mantan PM Mahathir dan Abdullah juga sebuah syarikat yang berkait rapat dengan Najib-Rosmah.
Mengakhiri ucapan beliau, Anwar menyeru seluruh pejuang Pakatan Rakyat dan golongan agar mempunyai kekuatan moral dan percaya serta yakin dalam membawa misi perubahan dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.
*Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas.
Anwar : Pilih Pemimpin Berkebolehan Untuk Manfaat Rakyat
KUCHING 12 MAC : Pemilihan pemimpin tidak seharusnya dilihat dari sudut perkauman tetapi aspek yang penting perlu diambil kira adalah daripada segi kebolehan memimpin negara dan sekaligus memberi manfaat kepada rakyat jelata.
Demikian kata, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Konvensyen PKR di Sarawak, hari ini.
"Isunya bukan Cina, India, Melayu, Melanau, Iban atau Bidayuh, isu dia, melantik orang yang berwibawa yang tidak curi wang rakyat," katanya.
Tambahnya lagi, tugas seorang pemimpin bukan hanya pandai mengumpul kekayaan untuk diri sendiri dan keluarga sahaja dengan cara membolot duit rakyat dengan rakus yang pentinag adalah melaksanakan agenda membela rakyat.
"Jadi isunya bukan isu kaum, isunya adalah mempastikan wakil tersebut pegang prinsip yang sama iaitu pegang amanah, bukan untuk memperkayakan diri, isteri dan anak-anak tapi untuk bela nasib rakyat semua kaum di negeri ini," katanya.
Anwar berkata Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang berjaya meletakkan negeri itu salah satu penyumbang pelaburan tertinggi di Malaysia membuktikan keupayaan pimpinan Pakatan Rakyat membela rakyat.
"Sebab itu masih dia (Lim Guan Eng) ambil alih Pulau Pinang itu defisit, kerugian negeri tu dari segi pendapatan sejumlah RM1 billion , dua tahun dia urus Pulau Pinang, pendapatan hasil Pulau Pinang ada lebihan RM2 billion ringgit," katanya.
Tambahnya lagi, sebuah lagi negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Selangor, kira-kira RM 700 juta telah diperuntukkan kepada rakyat negeri terbabit dalam program-program yang telah disediakan, tetapi masih lagi mempunyai lebihan pendapatan.
"Di Selangor macam mana boleh buat? dan pendapatan bertambah, jumlah yang curah pada rakyat ni ratus juta ringgit, setakat sekarang ini kira-kira berjumlah RM 700 juta (dalam program TAWAS, SMUE, MES, dan lain-lain) tapi pendapatan bertambah, lebihan masih ada, pelaburan asing unggul di Malaysia masih Pulau Pinang dan Selangor," katanya.
Konvensyen itu mensasarkan kurang 300 anggota, tetapi mengagumkan apabila dihadiri melebihi 500 orang.
Turut serta dalam konvensyen itu, Ahli Parlimen Kuching, Chong Chien Jen dan puluhan pimpinan pakatan negeri dan pusat.
Anwar : Halang MP Masuk Sarawak Persis Regim Mubarak
KUCHING 12 MAC : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan Ketua Menteri Sarawak,Tan Sri Taib Mahmud yang melarang Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa daripada memasuki Sarawak awal pagi tadi.
Katanya lagi ini merupakan salah satu contoh pemerintahan kuku besi persis pemerintahan Mesir di bawah regim Mubarak.
"Ini stail Mubarak bawah Mesir, kalau masyarakat Sarawak, Malaysia dan luar negara nak tahu apa erti sistem kuku besi, kerajaan autokratik, salah guna kuasa inilah contohnya," ujar Anwar.
Beliau juga menyifatkan Malaysia terutamanya negeri Sarawak, masih berada dalam kongkongan pemerintah yang bersifat kuku besi, di mana prinsip kebebasan tidak didokong dalam negara ini.
"Dan ini menunjukkan bahawa Malaysia khususnya di Sarawak masih ditahap dan dianggap negara yang belum maju dari segi kebebasan dan demokrasi dan masih tertakluk kepada sistem keras kuku besi seperti Ben Ali, Mubarak, dan At Taffi," katanya,
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Konvensyen PKR di Sarawak.
Pagi tadi Sivarasa dilarang daripada memasuki Sarawak setibanya beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kucing.
Beliau yang tidak dibenarkan masuk tanpa alasan yang kukuh diberikan dan hanya arahan yang dikeluarkan oleh pejabat Ketua Menteri Sarawak.
Sebelum ini, pada tahun 2009 Sivarasa juga tidak dibenarkan masuk ke negeri tersebut .
Masalah yang dicetuskan oleh First Lady
| Mohd Rashidi Hassan | |
| BERDASARKAN jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohamad Nazri Aziz di Parlimen 9 Mac lepas, suatu division baru yang dinamakan FLOM memang wujud pada asalnya. Ia dipaparkan dalam laman web www.pmo.gov.my (Prime Minister Office), tetapi ia kemudiannya ditarik balik kerana dipertikaikan wakil Pakatan Rakyat. Nazri dalam jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke, menafikan kewujudan FLOM, tetapi mengakui paparan mengenainya ditarik balik kerana beliau mendakwa 'pembangkang keliru'. Tetapi Nazri tidak sedar, kekeliruan itu sebenarnya dicetuskan oleh kerajaan sendiri. Jika tidak mahu 'pembangkang' atau rakyat keliru, mengapa paparan mengenai FLOM, dibina menggunakan alamat website rasmi kerajaan Malaysia yang menggunakan singkatan gov.my di internet? Nazri juga memperakui bahawa Datin Seri Rosmah Mansor dan rombongannya membelanjakan wang rakyat sebanyak RM134,317.76 wang negara (wang rakyat) untuk lawatan ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh. Rosmah melakukan lawatan dari 6-10 Januari ke Riyadh, 16-18 Januari ke Muscat dan 20 Januari 2011 ke Dhaka. Ahli rombongan yang telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri adalah terdiri daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, serta isteri Menteri-Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri serta beberapa pegawai kerajaan yang terliba, kata Nazri. Ada beberapa persoalan besar yang harus ditimbulkan di sini. Jawapan Nazri ini adalah jawapan rasmi kerajaan, selepas beberapa bulan isu berkaitan isteri PM dibangkitkan rakyat. Sebelum ini, kerajaan dan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak sendiri diam membisu. Membangkitkan isu Rosmah bukan isu peribadi. Mempersoalkan kewajaran peranan Rosmah, juga bukan bertujuan menyentuh hal-hal peribadi PM Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri. Dalam pertemuan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan karyawan Harakah di Pejabat Agung PAS 3 Mac lepas, beliau mengingatkan para wartawan agar tidak menyerang peribadi Rosmah. Menyerang peribadi yang dimaksudkan beliau ialah, sebagai pengerak Harakah Islamiyah, kita tidak harus melabel Rosmah dengan gelaran yang menghina peribadi beliau. Antara yang disebarkan dalam emel, facebook, blog dan sebagainya, ada pelayar internet menggelarkan beliau sebagai 'bik mama' (big mama), ada yang kata 'the fat lady'. Semua gelaran ini tidak wajar dan tidak menepati kehendak Islam. Namun masalah timbul, apabila Rosmah menggelarkan dirinya First Lady of Malaysia (Wanita Pertama Malaysia), atau singkatannya FLOM (FLOM). Sebelum ini, isu berkaitan Rosmah menjadi serius apabila kerajaan tidak menjawab tentang kewujudan jabatan baru yang dinamakan sebagai FLOM di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Khabarnya dalam perancangan sebelum ini, FLOM ditempatkan pada aras yang sama dengan pejabat PM. Mempunyai pegawai yang tersendiri. Kewujudan FLOM disahkan melalui paparan dalam laman web rasmi JPM. Bagaimanapun, paparan tersebut dibuang selepas didedahkan media. Namun hanya paparan yang dibuang. Lain-lain persoalan mengenai kewujudan FLOM, dana mana yang digunakan untuk membiayai perjalanan Rosmah ke luar negara, siapa yang membayar gaji pegawai-pegawai FLOM, semuanya didiamkan kerajaan. Namun daripada jawapan Nazri di Parlimen, jelas menunjukkan Rosmah menggunakan wang kerajaan untuk memenuhi undangan negara terbabit. Yang lebih teruk sekali ialah apabila Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga menjadi anggota delegasi. Bila Menteri jadi anggota delegasi, maka sudah tentu Rosmah menjadi ketua rombongan. Persoalannya, atas kapasiti apa seseorang yang tidak menjawat jawatan rasmi dalam kerajaan, boleh menjadi ketua rombongan, jika ianya majlis rasmi yang dibayar sepenuhnya oleh kerajaan. Persoalan lain yang harus dibangkitkan, jika undangan tersebut khusus untuk Rosmah berucap atau menghadiri seminar, mengapa harus dibawa anggota rombongan yang besar? Mengapa harus diangkut seluruh isteri Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri dan pegawai-pegawai kerajaan? Atas kapasiti apa kerajaan meluluskan peruntukan sebesar ini? Mengenai FLOM, gelaran First Lady memang biasa digunakan, bagi merujuk kepada isteri Ketua Negara, sama ada dalam sistem beraja mahupun dalam sistem negara republik. Namun, diterima juga gelaran First Lady bagi negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi seperti di Malaysia. Apa pun, ramai di kalangan rakyat yang mempertikaikan hasrat Rosmah menjadi FLOM kerana dalam sistem perundangan negara, Malaysia mempunyai Yang di-Pertuan Agong, manakala Raja Permaisuri Agong seharusnya menjadi First Lady. Dalam konteks kuasa eksekutif berpusat kepada PM, mungkin Rosmah mahu First Lady dirujukkan kepada beliau. Bagaimanapun, lima PM Malaysia sebelum ini, dari Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj hingga Tun Abdullah Ahmad Badawi, isteri mereka tidak pernah menggelarkan diri sebagai First Lady. Justeru, apa yang dilakukan Rosmah adalah menyalahi precedent atau menyalahi amalan biasa yang diamalkan oleh isteri lima PM sebelum ini. Tidak dinafikan wanita yang menjadi isteri kepada PM ada peranan tertentu yang harus dimainkan, untuk mendukung kerjaya suaminya. Tetapi peranannya membantu suami (PM) harus dikhususkan. Isteri PM, isteri Menteri, isteri MB dan KM sama sekali tidak harus terbabit dalam business dealing, tender dan sebagainya. Rosmah sudah pergi lebih jauh daripada lima isteri PM sebelumnya. Beliau pergi berkempen ke PRK Kerdau dengan menaiki helikopter. Masuk ke Felda dan berkempen untuk BN. Harus dipersoalkan helikopter yang digunakan beliau milik siapa? Jika kos penerbangan tersebut dibiayai oleh ahli politik atau ahli perniagaan pro Umno-BN itu kita tidak persoalkan. Kita cuma mahu memastikan wang rakyat tidak disalahgunakan. Masalah yang ditimbulkan oleh Rosmah bukan sahaja tidak disenangi Pakatan Rakyat, malah orang-orang Umno sendiri pun tidak menyenanginya. Harus diingat, semasa PM, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berkuasa dahulu, bloggers Umno sendiri yang melabel pemerintahannya sebagai 'kerajaan tiga beranak'. Hari ini bloggers Umno sendiri yang melabel pemerintahan Najib sebagai 'kerajaan suami isteri'. Kita tidak mahu menuduh lebih daripada itu, tetapi yang harus diperhatikan ialah kecenderungan kerajaan untuk membenarkan pihak tertentu terlalu berkuasa sehingga semua peraturan tatacara kerajaan dilanggar. Malah wang rakyat dibelanja sewenang-wenang untuk keperluan First Lady juga tidak wajar. Kita mencabar kerajaan, jika apa yang dilakukan Rosmah tidak menyalahi peraturan, sila kemukakan bukti, butiran perbelanjaan beliau yang telus. Sila buktikan beliau tidak menggunakan wang rakyat sewenang-wenangnya. Jika bukti-bukti ini tidak dikemukakan, hanya dijawab dengan mengatakan 'itu fitnah pembangkang', maka jangan sesekali dipersoalkan jika wujud persepsi buruk terhadap isteri PM. Jika persepsi buruk ini tidak diatasi, apakah bezanya Rosmah dengan Leila Tablisi, Suzanne Mubarak dan Imelda Marcos? Jangan-jangan FLOM bakal jadi flop! |
MP Subang Dilarang Masuk Ke Sarawak
Ditulis oleh shuaib ayob
12/03/2011 Share
SHAH ALAM 12 MAC : Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa dilarang daripada memasuki Sarawak setibanya beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kucing, pagi ini.
Beliau yang ketika dihubungi TV Selangor pada waktu itu sedang diiring oleh pegawai khas kembali ke pesawat untuk di hantar kembali ke Kuala Lumpur.
Ini merupakan kali kedua Ahli Parlimen itu daripada memasuki negeri Sarawak.
"Saya dilarang masuk ke Sarawak, dan sekarang sedang di eskot balik ke pesawat untuk pulang ke Kuala Lumpur," katanya.
Menurut beliau lagi, tiada alasan kukuh yang diberikan dan hanya arahan yang dikeluarkan oleh pejabat Ketua Menteri Sarawak.
"Tiada alasan apa-apa, hanya mereka katakan arahan telah dikeluarkan oleh pejabat Ketua Menteri untuk melarang saya dari memasuki," katanya.
Sivarasa turut tidak menolak kemungkinan kerajaan Barisan Nasional khuatir dengan kehadiran beliau di Sarawak, serta menyifatkan tindakan kerajaan Sarawak sebagai satu yang tidak wajar dan telah melanggar hak asasi.
"Saya pun tak tahu apa yang mereka takutkan terhadap saya dan saya anggap ini sebagai satu salah guna kuasa dan melanggar hak asasi saya sebagai seorang wakil rakyat dan ahli parlimen dan tindakan ini adalah tidak patut," katanya.
Sivarasa memberitahu, beliau mendarat pada jam 10.10 pagi dengan penerbangan AirAsia bersama ahli exco kerajaan negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar.
Kedua-dua mereka ke Sarawak bagi menghadiri konvensyen PKR yang dijadualkan hari ini.