SAYA ISTIHAR HARTA.

 






Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat) pernah dikaitkan dengan isu sebuah banglo reka bentuk Minangkabau bernilai tinggi di Seremban 2, namun beliau menjelaskan pengisytiharan hartanya telah direkodkan mengikut peraturan pentadbiran kerajaan dan menegaskan nilai hartanya semakin susut berbanding bertambah. [1, 2, 3]
Keterangan Isu Harta

  • Isu banglo bernilai kira-kira RM6 juta di Saujana Duta, Seremban 2, dikaitkan oleh pihak lawan politik dengannya. [1, 2, 3]
  • Tok Mat enggan melayan dakwaan tidak berasas tersebut serta menyatakan rekod harta rasmi beliau sudah ada pada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Sembilan sejak lama. [1, 2]
  • Beliau menegaskan bahawa selepas tidak lagi menjadi Menteri Besar, harta beliau sebenarnya semakin berkurangan dan terpaksa dijual dari semasa kesemasa

TERKILAN

 solisidtor



9 Mei 2018… Tok Mat MB N9 terpaksa akur dengan kekalahan
 BN dan keluar dari kediaman rasmi MB pada malam hari
 yang sama.
Rakyat N9 pada masa itu tolak BN bukan tolak Tok Mat !!!
Sama juga kali ini, rakyat bukan tolak Tok Min tapi tolak PH
 !!!!!!  





Mengejutkan! Umno dakwa Istana Negeri Sembilan dikawal DAP

 

Mengejutkan! Umno dakwa Istana Negeri Sembilan dikawal DAP

Kenyataan Ketua Penerangan Umno Rembau, Shukri Samsudin yang mendakwa kuasa negeri termasuk institusi istana dan Menteri Besar Negeri Sembilan dikuasai DAP mengejutkan dan mengundang kecaman orang ramai.

Dalam ceramah kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, Shukri meminta pengundi membayangkan keadaan maruah orang Melayu apabila kuasa negeri didakwa berada dalam genggaman DAP.

“Tuan-tuan bayangkan apa maruah kita, sampai istana, negeri, menteri besar, kuasa negeri habis dipegang oleh DAP ini?

“Sebab itu, ini adalah cara kita bersatu semula, kuatkan balik semangat kita.

“Yang penting sekarang, kita tolak Pakatan Harapan, biar mereka kekal berharap selama-lamanya,” katanya dalam rakaman tular yang jelas menjentik isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja) itu.

Rata-rata menyifatkan kenyataan pemimpin Umno berkenaan sebagai fitnah dan melampaui batas lantaran mengheret institusi istana Negeri Sembilan demi menang pilihan raya.

Terdapat warganet yang menegaskan bahawa sebagai orang Melayu tidak mempunyai masalah dengan DAP, sekali gus menolak usaha menunggang sentimen kaum dalam kempen pilihan raya.

Tidak kurang juga yang memohon agar Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir diselamatkan, sambil menggesa pengundi menolak Umno-BN yang memainkan isu berkenaan.

Fitnah terdesak

Netizen turut mempersoalkan mengapa ceramah kempen tidak digunakan untuk menerangkan rancangan membantu rakyat dan memperbaiki kawasan yang ditandingi.

“Bukannya ceramah bagitahu macam mana nak bantu rakyat, perbaiki kawasan yang bertanding,” kata seorang pengguna.

Ada juga yang menyifatkan kenyataan tersebut sebagai fitnah terdesak dan mendakwa pengundi kini semakin matang untuk menilai kempen berasaskan ketakutan serta sentimen perkauman.

“Fitnah terdesak. Maaf cakap, ramai dah cerdik,” kata netizen.

Dalam masa sama, ada turut mempersoalkan hukuman terhadap pihak yang menabur fitnah, manakala beberapa komen menyindir kecenderungan BN dan Pas berulang kali menggunakan DAP sebagai modal politik.

“Jahat Umno ni. Apa hukuman tabur fitnah?”

“DAP, DAP, DAP… pening dah BN, UMPAS,” tulis mereka.

Netizen turut mengingatkan bahawa kemenangan yang dibina melalui dakwaan tidak berasas tidak membawa sebarang makna.

“Menang atas fitnah tiada makna,” tegas orang ramai lagi.






COME ON ...JANGAN LAH LEMBAB BERTINDAK

 

Istana bukan modal politik, Tok Min mahu penghasut 3R diambil tindakan

Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan bahawa sebarang cubaan mengheret institusi diraja dalam kempen Pilihan Raya Negeri Negeri Sembilan (PRN) Negeri Sembilan tidak sepatutnya berlaku kerana boleh mencetuskan perpecahan dalam kalangan masyarakat.

Menteri Besar Negeri Sembilan, yang juga calon Pakatan Harapan (PH) DUN Linggi berkenaan berkata demikian mengulas rakaman video yang mengejutkan melibatkan Ketua Penerangan Umno Rembau, Shukri Samsudin.

Menerusi klip tular berdurasi 27 saat itu, pemimpin Umno tersebut berkata, kuasa negeri termasuk institusi istana dan Menteri Besar Negeri Sembilan dikuasai DAP.

“Saya menggesa kepada pihak berkuasa, apabila isu 3R ini, supaya diambil tindakan segera.

“Kita tidak ingin perpecahan yang membuat pertuduhan, hinggakan perkara istana pun dibawa dalam pilihan raya kali ini,” tegas Aminuddin yang mesra dipanggil Tok Min.

Beliau berkata, pihak penguat kuasa perlu bertindak tegas bagi memastikan tidak wujud pihak yang mengapi-apikan sentimen sehingga menjejaskan keharmonian masyarakat di negeri itu.

“Kita tidak ingin melahirkan golongan yang menjadi penghasut kepada perpecahan di Negeri Sembilan ini.

“Saya berharap bahawa pihak penguatkuasa, pihak yang berwajib, ambil tindakan segera,” katanya, dipetik BH.

PRN Negeri Sembilan ke-16 menyaksikan BN semakin terdesak apabila menggunakan sentimen istana dengan mengaitkan DAP dalam kempen politiknya.

BN dilihat hanya mampu menakut-nakutkan pengundi selepas gabungan berkenaan dilihat ketandusan modal untuk menyerang pentadbiran negeri yang diterajui PH sejak 2018.

Terdapat seramai 889,490 orang pemilih yang terdiri daripada 867,151 orang pengundi biasa, 16,884 orang tentera serta pasangan dan 5,455 orang polis.






‘Kami sedar kami sedang berpura-pura’, Umno-Pas disindir berkubang di bendang

 


Selepas saling menyerang dan menuduh antara satu sama lain, Umno dan Pas kini kembali menampilkan imej kononnya bersatu apabila kedua-duanya memerlukan undi Melayu untuk menawan Negeri Sembilan.

Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menggambarkan aksinya berkubang dengan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh di bendang sempena Program Santai Ngoca Sawah di Sungai Serai, Semerbok semalam sebagai permulaan kepada penyatuan dan kerjasama jangka panjang antara kedua-dua parti.

“Kami bergelumang di bendang, tetapi akhirnya kami sedar… kami makan beras yang sama,” kata Afnan menerusi catatan di Facebook.




Menurut Afnan, Pas dan Umno memilih untuk mengetepikan perbezaan atas nama penyatuan, persefahaman dan masa depan yang lebih baik untuk golongan muda serta negara.

Bahkan, dia turut menyifatkan kerjasama itu sebagai penyatuan yang sekian lama diimpikan orang Melayu, dengan matlamat awal untuk menawan kembali Negeri Sembilan.

Namun, rata-rata berpendapat penyatuan itu lebih menyerupai kerjasama bermusim menjelang pilihan raya apabila matlamat merebut kuasa dinyatakan secara terbuka tanpa disertakan rancangan dasar yang jelas untuk rakyat.

Di media sosial, orang ramai menempelak dan menyindir aksi lakonan Umno-Pas itu kerana dilihat hanya strategi sementara untuk menggabungkan undi dan merebut pentadbiran negeri.

“Kami sedar kami sedang berpura-pura.

“Alhamdulillah, dapat mandi bersama-sama walaupun dulu kafir-mengkafir sesama sendiri.

“Penyakau dan penunggang satu jiwa satu matlamat.

“Tak lama lagi gaduh lah nanti.

“Jangan spin nanti tiba-tiba orang kafir lagi yang salah pulak.

“Masa ni minta terjun dalam kubang najis pun terjun.

“Selepas PRN Negeri Sembilan ni kita tengok macam mana,” demikian antara deretan sindiran warganet di ruangan komentar Facebook rasmi Pemuda Pas.





DAH KAMU BUKAN RAKYAT MALAYSIA.

 

Andy Boggart

Punyalah bangsat… boleh lagi nak tanya kenapa dihalau…. dah kau tu bukan rakyat malaysia





TIADA ARAH TUJU TAPI ADA 22 ASET HARTANAH ??? BIAR BETUL

 







TIADA ARAH TUJU TAPI ADA 22 ASET HARTANAH ???

Mungkin ada yang sudah lupa tapi carian google tetap ada. Pada 2019 mantan MB Negeri Sembilan, Tok Mat pernah menyatakan seolah tiada tempat nak dituju selepas keluar dari rumah rasmi MB Negeri Sembilan.
Tiada arah nak dituju ni seperti hidup telah musnah. Langsung tiada harta. Maka jika orang biasa sudah tentu mungkin akan hidup bergelandangan duduk di kaki lima atau bawah jambatan.
Tapi rasanya mustahil la Tok Mat sampai tahap macam tu. Paling tidak jika tiada rumah di Malaysia atau Negeri Sembilan, boleh juga dia duduk di apartment yang dia beli cash RM10 juta di London tu.
Ada tapi lagi, takkan apartment di London je yang dia ada. Sebagai orang yang pernah jual saham bernilai RM12 juta, tentu ada lagi aset-aset lain, kan?
Maka setelah sana-sini aku mencari kebenaran kepada persoalan ini, maka akhirnya terjawab.
Yang paling padu sekali, ada 22 aset hartanah yang 7 daripada adalah kediaman! Tak payah nak pindah London semua aset ni dalam Negeri Sembilan je!
Kat bawah ni senarai asetnya. 22 aset hartanah milik Tok Mat sebagai mantan MB Negeri Sembilan.
Berapa ramai orang Melayu Negeri Sembilan terutama pengundi Dun Rantau yang ada aset sama macam Tok Mat ni? Alih-alih DAP yang salah!





RCI Tabung Haji: Kalau Tak Salah, Pertahankan, Kalau Salah, Dakwa – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Program Semarak Kenegaraan di Dewan Garisson, Kem Syed Sirajuddin, Gemas pada 27 Julai 2026.

TAMPIN, 27 Jul – Tiada mana-mana individu akan dilindungi sekiranya didapati bersalah berdasarkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, prinsip kerajaan jelas iaitu mereka yang tidak bersalah perlu dipertahankan, manakala individu yang terbukti melakukan kesalahan mesti didakwa dan menerima hukuman mengikut undang-undang.

“Kalau tidak salah, pertahankan. Kalau salah, dakwa. Kalau dihukum masuk penjara, masuk penjara. Itu bukan urusan saya,” katanya ketika berucap dalam Program Semarak Kenegaraan di Dewan Garisson, Kem Syed Sirajuddin, di sini, hari ini.

 

Menurut Anwar, proses keadilan di negara ini perlu berjalan secara bebas tanpa campur tangan mana-mana pihak termasuk dirinya selaku Perdana Menteri.

Katanya, siasatan adalah tanggungjawab badan penyiasat, pendakwaan di bawah bidang kuasa Peguam Negara, manakala hukuman ditentukan oleh mahkamah.

“Sistem kita menetapkan siasat, itu badan siasat. Buat pertuduhan, itu Peguam Negara. Hukum, itu hakim. Itu bukan urusan Perdana Menteri,” katanya.

 

Anwar berkata, kerajaan dijangka membuat keputusan berhubung laporan tersebut dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu ini selepas beliau selesai meneliti kandungannya.

“Mudah-mudahan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari Rabu, kita ada keputusan. Ada laporan, saya sudah membacanya,” katanya.



IPCC Terima 1,635 Aduan Sehingga 24 Julai Lalu – Saifuddin Nasution

 


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir pada Majlis Perjumpaan Bulanan KDN pada 27 Julai 2026. Foto Saifuddin Nasution Ismail

PUTRAJAYA, 27 Jul – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) menerima sebanyak 1,635 aduan sejak ia mula dikuatkuasa pada 2023 sehingga 24 Julai lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, daripada keseluruhan jumlah aduan yang diterima sejak 2023, sebanyak 844 aduan atau kira-kira 76 peratus telah diselesaikan, manakala bagi tahun ini sehingga 24 Julai lalu, IPCC merekodkan 372 aduan.

Menurutnya, sebanyak 22 kertas siasatan telah dibuka sejak 2023 dengan lima daripadanya dibuka pada tahun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir pada Majlis Perjumpaan Bulanan KDN pada 27 Julai 2026. Foto Saifuddin Nasution Ismail

Daripada jumlah itu, katanya, 11 kertas siasatan telah selesai manakala baki 11 lagi masih dalam tindakan.

“Kalau aduan itu mempunyai elemen rasuah, IPCC akan menyalurkannya kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) kerana IPCC tidak mempunyai kepakaran seperti SPRM dalam menyiasat kes-kes rasuah.

“Begitu juga jika aduan itu melibatkan unsur jenayah, maka ia akan diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah kerana perkara tersebut berada dalam bidang kuasa mereka,” katanya menerusi sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir pada Majlis Perjumpaan Bulanan KDN pada 27 Julai 2026. Foto Saifuddin Nasution Ismail

Terdahulu, Saifuddin menyaksikan penyerahan Poster Aduan IPCC sebagai manifestasi komitmen berterusan dalam memperkukuh integriti dan akauntabiliti anggota pasukan polis melalui kerjasama strategik pelbagai pihak.

Poster berkenaan akan dipamerkan di sudut informasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai peranan IPCC serta saluran aduan yang disediakan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, antara kategori aduan paling tinggi diterima ialah ketidakpuasan hati pengadu kerana tidak menerima sebarang maklum balas berhubung laporan atau aduan yang dikemukakan kepada pihak polis.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir pada Majlis Perjumpaan Bulanan KDN pada 27 Julai 2026. Foto Saifuddin Nasution Ismail

“Contohnya, mereka membuat aduan kepada pihak polis, kemudian tiada perkembangan atau tindakan susulan. Jadi, kategori aduan tertinggi yang diterima ialah ketidakpuasan hati kerana tiada maklum balas terhadap siasatan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa IPCC yang baru menghampiri tiga tahun penubuhannya mempunyai bidang kuasa yang diperuntukkan secara jelas di bawah Akta IPCC dan tidak mengambil alih fungsi agensi penguat kuasa lain.

“Walaupun secara relatif jumlah 1,635 aduan itu tidak begitu tinggi, ia tetap menunjukkan keyakinan orang ramai terhadap kewujudan IPCC,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 12 anggotanya yang disyaki terbabit dalam kes memeras ugut seorang lelaki warga asing membuktikan pasukan itu tidak berkompromi terhadap salah laku dalam kalangan anggotanya sendiri.

“Hakikat bahawa pihak polis menangkap, menahan dan mengambil tindakan, ini adalah mesej yang jelas bahawa PDRM tidak akan sama sekali bertolak ansur, sekali pun terhadap anggotanya sendiri,” katanya.

Semalam, media melaporkan, polis menahan seramai 12 anggota polis pelbagai pangkat selepas dipercayai memeras ugut seorang lelaki warga Vanuatu sebanyak RM2 juta.



Cuba nafikan isu air keruh, penyokong Pas kena sekolah dengan rakyat Kelantan

 




Satu hantaran penyokong tegar Pas yang cuba menafikan masalah bekalan air keruh di Kelantan dengan menunjukkan bukti bahawa kediamannya sentiasa mendapat air bersih, mengundang reaksi tidak dijangka daripada pengguna media sosial.

Menerusi satu hantaran di Threads, lelaki berkenaan mendakwa pihak yang sering menuduh air paip di Kelantan sentiasa keruh seperti air teh sebenarnya sengaja membina naratif untuk membenci Pas.

Menurutnya, air yang dibekalkan ke rumah banglonya berada dalam keadaan sangat jernih dan diuruskan oleh syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

“Pembenci Pas selalu buat naratif air paip di Kelantan serupa air teh (keruh). Dari zaman arwah TGNA lagi naratif ini di mainkan. Video adalah keadaan air yang sangat jernih yang dibekalkan oleh kerajaan negeri Kelantan yang dikendalikan oleh syarikat AKSB.

“Bekalan air ini untuk rumah banglo ke dua saya atas tanah suku ekar. Bekalan air di rumah banglo pertama saya pun jernih juga airnya yang mula saya duduki pada tahun 2011. Juga dibekalkan oleh AKSB,” kongsinya di Threads.

Bagaimanapun, hantaran itu menerima respons balas daripada ramai orang Kelantan yang berkongsi bukti air paip berwarna coklat dan keruh yang berlaku di kediaman mereka sejak bertahun-tahun.

Hantaran itu juga bertukar menjadi medan penduduk mempamerkan sendiri keadaan bekalan air di kawasan mereka, sekali gus mematahkan dakwaan bahawa isu air keruh di Kelantan sekadar naratif politik pihak yang membenci Pas.

Seorang pengguna berkata, air di rumahnya berada dalam keadaan sedemikian sejak lebih lapan tahun walaupun telah menggunakan penapis.

“Ini air rumah ambo pok cik weyy. Lebih lapan tahun doh gini. Padahal pakai filter doh tu,” tulisnya dalam loghat Kelantan sambil memuat naik video air berwarna gelap memenuhi sebuah bekas.

Seorang lagi pengguna dari bandar Pasir Puteh turut berkongsi video air keruh yang mengalir dari paip rumahnya.

“Nah pokcik, rumah saya bandar Pasir Puteh. Ini bukan naratif jahat, ini adalah fakta,” katanya.

“Pokcik. Pah kiro gano ni rumoh mok kito alah ko Lundang ni? Air kalar gapo ni? Mok kito beli la kolam inflatable untuk cucu dio. Apo air gini. Salah mok kito ko bayar bil air bulan-bulan ko AKSB? Kito dari kecik lagi baju sekolah keno beli banyak pasang tiap-tiap tahun sebab baju sekolah lekat karat air. Pokcik tunjuk rumoh pokcik seorang tidok mewakili the whole demographic. Cuba buko FB AKSB ramai puji ko menyumpah,” kata pengguna lain.

Rata-rata menegur individu tersebut supaya tidak menjadikan keadaan bekalan air di rumahnya sebagai gambaran keseluruhan situasi yang dihadapi rakyat Kelantan.






Hampir keseluruhan manifesto yang dilaksanakan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan sejak 2023 telah berjaya ditunaikan

 



Hampir keseluruhan manifesto yang dilaksanakan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan sejak 2023 telah berjaya ditunaikan walaupun tempoh pentadbiran masih berbaki kira-kira dua tahun.

Calon Pakatan Harapan (PH) N.13 Sikamat, Nor Azman Mohamad, biarpun kerajaan negeri tidak pernah mengemukakan laporan pencapaian atau scoreboard manifesto, namun hampir 100 peratus janji pilihan raya terlaksana.

SANUSI KETURUNAN CINA GAK,,TOK DIA ASAL CINA CHINA. KONG SIKONG SIKONG CINI....BOO CIAK BOO POI.

 

Spark Nauza






Kira Sanusi ni orang Cina gak la kan.. ke camne?.

“Tok wan (datuk) sebelah ayah saya datang sendiri ke sini, dia juga berasal dari Tanah Besar China. Dia kemudian berkahwin dengan tok (nenek) saya yang berbangsa Melayu.
- Sanusi
PRK Ayer Kuning - April 2025.
"Melayu tak ada dah tanah. Melayu ada Tanah Melayu ini saja. Orang India ada India, orang Cina ada Cina, orang Kamboja ada Kamboja, orang Siam ada Thailand. Melayu di mana? Melayu di sini saja,"
- Sanusi
PRN Negeri Sembilan 2026