DUA DUA ADALAH MENTERI BESAR

 




DUA DUA ADALAH MENTERI BESAR

👬 Penduduk hampir sama 1.2juta

Tetapi lihat perbezaannya.

📊 Pelaburan Suku Pertama 2026
✅ Negeri Sembilan: RM3.47 bilion
✅ Terengganu: RM399.8 juta

Lebih menarik, Negeri Sembilan mencapai prestasi ini dengan kira-kira 5,500 penjawat awam negeri, berbanding sekitar 14,000 di Terengganu.

Negeri Sembilan juga tidak mempunyai hasil petroleum atau royalti minyak, namun masih berjaya menarik pelaburan hampir 9 kali ganda lebih tinggi.

Kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan persepsi…

Sedangkan angka rasmi sudah pun memberi jawapannya.

Siapa sebenarnya lebih fokus bekerja?

Pemimpin yang baik bukan semestinya paling lantang beri slogan hidup melayu. Tetapi mereka yang bekerja memberi pulangan pada rakyat. Hasilnya data yang berbicara.

Dato' Seri Utama Haji Aminuddin Harun





‘Tempat dibuang daerah, kini tempat penuh kenangan’ – Bang Mat kembali ke Kuala Pilah

 


Pengalaman pernah dikenakan tahanan daerah di Kuala Pilah lebih dua dekad lalu kembali dikenang Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu, yang menyifatkan episod itu sebagai antara fasa paling bermakna dalam hidupnya.

Dalam satu hantaran di Facebook, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Bang Mat berkata beliau bersyukur kerana berpeluang kembali ke Kuala Pilah dan bertemu semula individu yang pernah menjadi sebahagian daripada sejarah hidupnya.

“Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat dibuang daerah.

“Kuala Pilah sentiasa dekat di hati Bang Mat. Di bumi inilah Bang Mat pernah dikenakan tahanan daerah selama dua tahun,” katanya.

Menurut beliau, antara detik yang paling menyentuh hati ialah pertemuan semula dengan Dato’ Ujang, pegawai polis yang pernah membawanya dari lokap Bukit Aman ke Kuala Pilah ketika dikenakan tahanan daerah.

Mohamad berkata hubungan mereka kekal baik sehingga hari ini kerana beliau tidak pernah menyimpan dendam terhadap mana-mana anggota keselamatan.

“Bang Mat tidak pernah berdendam dengan mana-mana anggota keselamatan. Mereka hanya menjalankan amanah dan tugas yang dipertanggungjawabkan,” katanya.

Selain itu, beliau turut menziarahi keluarga Allahyarham Ustaz Hashim Ghani, guru tafsir al-Quran yang membimbingnya sepanjang tempoh berada di Kuala Pilah.

Menurutnya, walaupun Allahyarham telah lama meninggal dunia, beliau bersyukur kerana masih dapat bertemu dan mengeratkan silaturahim dengan anak-anak Allahyarham.

Mohamad berkata pengalaman dibuang daerah yang pada awalnya dianggap satu ujian akhirnya membawa hikmah besar apabila beliau berpeluang mendalami ilmu tafsir al-Quran di bawah bimbingan Allahyarham Ustaz Hashim.

“Apabila dikenang kembali, pengalaman dibuang daerah itu sebenarnya membawa hikmah yang besar. Di situlah Bang Mat berpeluang mendalami ilmu tafsir al-Quran,” katanya.

Beliau turut mendoakan agar Allahyarham Ustaz Hashim serta guru-guru dan sahabatnya yang telah meninggal dunia dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Al-Fatihah buat semua guru dan sahabat Bang Mat yang telah terlebih dahulu kembali ke rahmatullah. Semoga kita dipertemukan kembali di syurga-Nya, insya-Allah,” katanya.



Tok Min dah capai RM32.1 bilion dalam 18 bulan tapi BN janji RM30 bilion lima tahun

 


Rekod pelaburan kerajaan Negeri Sembilan diterajui Pakatan Harapan (PH) ketika ini jauh mengatasi sasaran dijanjikan Barisan Nasional (BN) dalam manifestonya.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sasaran pelaburan RM30 bilion dalam tempoh lima tahun diumumkan BN perlu dinilai berbanding pencapaian semasa kerajaan negeri.

Aminuddin yang juga calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini menegaskan bahawa kerajaan negeri sudah pun berjaya merekodkan pelaburan lebih tinggi dalam tempoh lebih singkat.

Menurutnya, Negeri Sembilan merekodkan pelaburan RM19.1 bilion pada 2025, selain tambahan RM13 bilion dalam tempoh separuh pertama tahun ini.

“Dalam tempoh setahun setengah kita sudah dapat angka yang hampir sama dengan apa yang mereka janjikan untuk lima tahun. Bayangkan.

“Mereka nak ke belakang atau ke depan? Apa yang mereka rancang sebenarnya untuk anak cucu kita?” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program ramah mesra bersama masyarakat India di Air Kuning, malam tadi.

Tambahnya, rakyat perlu melihat kemampuan sesebuah kerajaan berdasarkan perancangan dan hasil yang telah dilaksanakan, bukannya hanya melalui tawaran dalam manifesto.

Perebutan kuasa

Dalam masa sama, Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan turut menyifatkan pihak lawan lebih memberi tumpuan kepada perebutan kuasa berbanding menawarkan rancangan pembangunan yang jelas kepada rakyat.

“Mereka hanya fikir perkara apa, saya tidak tahu. Mereka mahu kuasa saja pada hari ini,” kata Naib Presiden PKR itu lagi.

Pada PRN Negeri Sembilan ke-16, PH bertanding di semua 36 kerusi DUN iaitu 16 calon dari PKR, 11 mewakili DAP dan sembilan calon Parti Amanah Negara (AMANAH).

Tawaran manifesto PH yang dilancarkan 20 Julai lalu, mengandungi 10 komitmen utama dalam menjadikan Negeri Sembilan negeri termaju yang inklusif.

Terdapat 889,490 orang pengundi berdaftar dalam PRK Negeri Sembilan ke-16 kali ini dengan kira-kira 132,500 atau 14.9 peratus merupakan pengundi India.

Esok merupakan pengundian awal bagi PRN Negeri Sembilan melibatkan 16,884 orang tentera serta pasangan dan 5,455 orang polis manakala hari mengundi pada 1 Ogos.




AMANAH simpati dengan Mahiaddin, PN yang dibentuk dibawa lari oleh Pas

 




Parti Amanah Negara (AMANAH) melahirkan rasa simpati terhadap Tan Sri Mahiaddin Yassin dan ahli Bersatu susulan tindakan Pas yang mengabaikan parti itu dalam percaturan politik Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil berkata, keadaan tersebut memperlihatkan Bersatu seolah-olah ditinggalkan begitu sahaja oleh rakan gabungannya sendiri.

“Kepada rakan-rakan Bersatu, saya sangat bersimpati. Pas tinggalkan Bersatu seolah-olah tergantung tidak bertali.

“Dia ahli PN, tetapi bertanding atas logo Bersatu. Jadi, ini sikap tidak setia Pas,” katanya dalam sidang media Harapan di Seremban baru-baru ini.

Hadir sama dalam sidang media itu, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan dan Timbalan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Shafi Muhammad.

Menurut Faiz, tindakan berkenaan wajar dinilai oleh rakyat Negeri Sembilan kerana ia mencerminkan sikap tidak jujur dan tidak setia dalam hubungan sesama parti.

Sehubungan itu, beliau menggesa pengundi menolak Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

“Saya harap rakyat di Negeri Sembilan betul-betul kenal dan tolak Pas kerana tidak jujur dan tidak setia.

“Dia boleh tinggalkan Bersatu begitu sahaja. Kasihan kepada kawan-kawan Bersatu,” tegasnya.

Faiz berkata, rakyat perlu membuat pilihan tepat bagi mempertahankan kerajaan Negeri Sembilan daripada unsur politik negatif yang hanya akan mengganggu kestabilan negeri.

“Saya benar-benar berharap rakyat dapat membuat pilihan tepat untuk mempertahankan kerajaan ini daripada unsur-unsur negatif,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan Pas sebagai parti yang memecah-belahkan umat Melayu dengan menggunakan sentimen agama dan ketakutan demi meraih sokongan politik.

Menurutnya, suatu ketika dahulu terdapat ahli Pas, khususnya di utara Semenanjung dan Pantai Timur, yang percaya bahawa Umno dianggap kafir akibat pendekatan politik parti berkenaan.




Mengejutkan! Umno dakwa Istana Negeri Sembilan dikawal DAP

 


Kenyataan Ketua Penerangan Umno Rembau, Shukri Samsudin yang mendakwa kuasa negeri termasuk institusi istana dan Menteri Besar Negeri Sembilan dikuasai DAP mengejutkan dan mengundang kecaman orang ramai.

Dalam ceramah kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, Shukri meminta pengundi membayangkan keadaan maruah orang Melayu apabila kuasa negeri didakwa berada dalam genggaman DAP.

“Tuan-tuan bayangkan apa maruah kita, sampai istana, negeri, menteri besar, kuasa negeri habis dipegang oleh DAP ini?

“Sebab itu, ini adalah cara kita bersatu semula, kuatkan balik semangat kita.

“Yang penting sekarang, kita tolak Pakatan Harapan, biar mereka kekal berharap selama-lamanya,” katanya dalam rakaman yang tular yang secara jelas menjentik isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja) itu.

Rata-rata menyifatkan kenyataan pemimpin Umno berkenaan sebagai fitnah dan melampaui batas lantaran mengheret institusi istana Negeri Sembilan demi menang pilihan raya.

Terdapat warganet yang menegaskan bahawa sebagai orang Melayu tidak mempunyai masalah dengan DAP, sekali gus menolak usaha menunggang sentimen kaum dalam kempen pilihan raya.

Tidak kurang juga yang memohon agar Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir diselamatkan, sambil menggesa pengundi menolak Umno-BN yang memainkan isu berkenaan.

Fitnah terdesak

Netizen turut mempersoalkan mengapa ceramah kempen tidak digunakan untuk menerangkan rancangan membantu rakyat dan memperbaiki kawasan yang ditandingi.

“Bukannya ceramah bagitahu macam mana nak bantu rakyat, perbaiki kawasan yang bertanding,” kata seorang pengguna.

Ada juga yang menyifatkan kenyataan tersebut sebagai fitnah terdesak dan mendakwa pengundi kini semakin matang untuk menilai kempen berasaskan ketakutan serta sentimen perkauman.

“Fitnah terdesak. Maaf cakap, ramai dah cerdik,” kata netizen.

Dalam masa sama, ada turut mempersoalkan hukuman terhadap pihak yang menabur fitnah, manakala beberapa komen menyindir kecenderungan BN dan Pas berulang kali menggunakan DAP sebagai modal politik.

“Jahat Umno ni. Apa hukuman tabur fitnah?”

“DAP, DAP, DAP… pening dah BN, UMPAS,” tulis mereka.

Netizen turut mengingatkan bahawa kemenangan yang dibina melalui dakwaan tidak berasas tidak membawa sebarang makna.

“Menang atas fitnah tiada makna,” tegas orang ramai lagi.




PAYAH ZAMAN MADANI...SEMUA SOP DAN TATAKELOLA...1.3 BILLION SIMPANAN NEGERI TOK MIN JAGA N9


Jamzuri Ardani.


 Kalau nak sakau memang susah laa kerjasama dengan PH.




TAK INGAT DOSA PAHALA. DARI MUDA DOK KAPIR UMNO...MAI TUA JILAT UMNO...

 

Che Ibrahim.


Seluruh zaman mudanya digunakan untuk lawan UMNO, bila dah tua tergila gila kepada UMNO pula. 







Ketika BN berkuasa, dia lawan BN. Bila PH berkuasa dia lawan PH... Ambo sekadar bersimpati dan bersyukur kerana berjaya membebaskan diri dari politik perhambaan seperti ini.





DAH MINTA MAAF KAH KE MELAYU GANU ISU FATWA...HABIS KENA KAFIR DAN SOLAT DUA IMAM. TAK RASA BERSALAH DUNIA AKHIRAT ?

 

Che Ibrahim


Melayu, Arab, cina, India atau apa bangsa sekalipun tidak ada nilai di sisi Allah kecuali taqwa. 

Oleh itu pertahankanlah taqwa, bukan pertahan bangsa.





Malaysia Sedia Sambut Kepulangan F1 Ke Litar Sepang – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi perbincangan melalui telefon bersama Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman Hamad Al Khalifa serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif F1 Stefano Domenicali pada 25 Julai 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 26 Jul – Malaysia kini bersedia untuk mengalu-alukan penganjuran semula perlumbaan Formula One (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (Sepang International Circuit – SIC) selepas kali terakhir penganjurannya sembilan tahun lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di media sosial hari ini, Perdana Menteri berkata, SIC bakal menjadi tuan rumah kepada Grand Prix (GP) F1 Bahrain yang akan berlangsung antara 2 hingga 4 Oktober depan.

“Malaysia bersedia untuk mengalu-alukan kepulangan Formula 1, FIA (Persekutuan Automobil Antarabangsa, pasukan-pasukan yang bertanding serta para peminat dari seluruh dunia ke Sepang.

“Kami menantikan peluang untuk mempamerkan infrastruktur bertaraf dunia, kecemerlangan operasi dan layanan mesra kami, di samping terus memperkukuh hubungan erat antara kedua-dua negara melalui acara istimewa ini,” katanya.

Terdahulu, F1 yang dimiliki Liberty Media dalam satu kenyataan ketika berlangsungnya GP Hungary mengesahkan perlumbaan pada 4 Oktober di litar berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu akan dikenali secara rasmi sebagai ‘Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia’.

Ketua Pegawai Eksekutif F1, Stefano Domenicali menyifatkan persetujuan antara kerajaan Malaysia dan Bahrain bersama badan induk Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) serta F1 itu sebagai perkembangan positif buat peminat.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut berkongsi perbincangan beliau melalui telefon bersama Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman Hamad Al Khalifa serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif F1 Stefano Domenicali berhubung kerjasama itu.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada baginda, Kerajaan serta rakyat Bahrain atas kepercayaan dan keyakinan yang diberikan kepada Malaysia… kami berbesar hati dapat menyokong Kerajaan Bahrain, F1 dan FIA dalam penganjuran GP F1 Bahrain di SIC pada tahun ini,” katanya.

Tambah Perdana Menteri, kerjasama ini bukan sekadar penganjuran acara sukan bertaraf dunia, malah mencerminkan persahabatan yang berkekalan, kepercayaan bersama serta hubungan erat antara Malaysia dan Kerajaan Bahrain selain mengulangi kesiapsiagaan serta keupayaan Malaysia untuk menganjurkan acara besar di peringkat antarabangsa.

Perlumbaan GP Bahrain yang sepatutnya berlangsung pada April lalu dibatalkan, selain pusingan di Jeddah, Arab Saudi berikutan konflik Iran serta keadaan tidak menentu di rantau Asia Barat.

Perlumbaan di Malaysia itu akan berlangsung di antara GP Azerbaijan pada 26 September dan GP Singapura pada 11 Oktober.




PRU Negeri Sembilan: ‘BN Nak Ke Depan Atau Ke Belakang?’ – Aminuddin

 


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun hadir pada program ramah mesra bersama masyarakat India di Air Kuning pada 26 Julai 2026. Foto Aminuddin Harun

SEREMBAN, 26 Jul – Datuk Seri Aminuddin Harun mempersoalkan kemampuan Barisan Nasional (BN) membawa pembangunan negeri selepas rekod pelaburan kerajaan negeri ketika ini jauh mengatasi sasaran dijanjikan BN dalam manifestonya.

Beliau berkata, sasaran pelaburan RM30 bilion dalam tempoh lima tahun diumumkan BN perlu dinilai berbanding pencapaian semasa kerajaan negeri yang berjaya merekodkan pelaburan lebih tinggi dalam tempoh lebih singkat.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun hadir pada program ramah mesra bersama masyarakat India di Air Kuning pada 26 Julai 2026. Foto Aminuddin Harun

Katanya, Negeri Sembilan merekodkan pelaburan RM19.1 bilion pada 2025, selain tambahan RM13 bilion dalam tempoh separuh pertama tahun ini.

“Dalam tempoh setahun setengah kita sudah dapat angka yang hampir sama dengan apa yang mereka janjikan untuk lima tahun. Bayangkan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun hadir pada program ramah mesra bersama masyarakat India di Air Kuning pada 26 Julai 2026. Foto Aminuddin Harun

“Mereka nak ke belakang atau ke depan? Apa yang mereka rancang sebenarnya untuk anak cucu kita?” katanya ketika berucap pada program ramah mesra bersama masyarakat India di Air Kuning, malam tadi.

Aminuddin berkata, rakyat perlu melihat kemampuan sesebuah kerajaan berdasarkan perancangan dan hasil yang telah dilaksanakan, bukannya hanya melalui tawaran dalam manifesto.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun hadir pada program ramah mesra bersama masyarakat India di Air Kuning pada 26 Julai 2026. Foto Aminuddin Harun

Beliau turut menyentuh kritikan terhadap usaha kerajaan negeri membangunkan sektor pelancongan termasuk mengangkat produk warisan Negeri Sembilan seperti makanan tradisi dan kawasan rekreasi.

Katanya, pembangunan kawasan seperti Kuala Pilah dan Jelebu dilakukan melalui pendekatan yang mengekalkan nilai tempatan termasuk memperkenalkan ekopelancongan serta kawasan rekreasi tanpa menjejaskan alam sekitar.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun hadir pada program ramah mesra bersama masyarakat India di Air Kuning pada 26 Julai 2026. Foto Aminuddin Harun

“Hari ini kita angkat makanan Negeri Sembilan, masak lemak cili api. Kita perkenalkan kepada satu dunia bahawa makanan ini hebat.

“Di Jelebu kita perkenalkan Hutan Simpan Kenaboi, kita bangunkan kawasan itu sebagai kawasan rekreasi. Hutan tidak perlu ditebang, hasil daripada hutan inilah yang menyumbang kepada hasil negeri,” katanya.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun hadir pada program ramah mesra bersama masyarakat India di Air Kuning pada 26 Julai 2026. Foto Aminuddin Harun

Beliau turut menyifatkan pihak lawan lebih memberi tumpuan kepada perebutan kuasa berbanding menawarkan rancangan pembangunan yang jelas kepada rakyat.

“Mereka hanya fikir perkara apa, saya tidak tahu. Mereka mahu kuasa saja pada hari ini,” katanya.



MALAYSIA HAMPIR CAPAI NEGARA PENDAPATAN TINGGI!


 

RAFIZI JAWAB KATA AFNAN “ANWAR WAJIB BERTANGGUNGJAWAB” ISU KWAP DIPERDAYA eFISHERY


 

PRN NS: Benar kata Zahid, elok Sanusi tak Kempen di NS


 

SAMSURI CABAR ZAHID! DRAMA UMPAS POLIS JAHAT DAN POLIS BAIK JANGAN TERTIPU!


 

KES RUMAH GENERASI KE 2- PMX buka cerita lama bukan untuk mencari salah, tetapi sebagai satu pengajaran besar buat kita semua





BUKAN CERITA BARU, TETAPI DAH LAMA PKR MEMPERJUANGKAN ISU FELDA. PENEROKA SAHAJA YANG TAK TAHU APA PUN.









 

10 KERUSI YANG TIDAK DIJANGKA.PH HARUS MENGUASAINYA.

 







Saya telah semak semula perkembangan terkini setakat 27 Julai 2026. Dengan pengundian awal esok, 28 Julai, dan hari mengundi pada 1 Ogos, saya cadangkan laporan ini dibingkaikan sebagai “10 Kerusi Penentu” — bukan ramalan mutlak, tetapi bacaan strategik berdasarkan calon, pola pertandingan dan perubahan pakatan semasa. SPR/Bernama merekodkan 103 calon bagi 36 DUN; majoriti mudah ialah 19 kerusi. �

PRN Bernama +1

Writing

PRN NEGERI SEMBILAN 2026: 10 KERUSI PENENTU — SIAPA AKAN MENGUASAI WISMA NEGERI?

Oleh: Shahbudin Embun

Penganalisis Politik

PRN Negeri Sembilan kali ini bukan lagi sebuah pilihan raya negeri biasa.

Ia adalah medan ujian terbesar politik Malaysia selepas PRN Johor — dan keputusannya pada 1 Ogos 2026 berpotensi memberikan gambaran awal tentang arah politik negara menuju PRU-16.

DUN Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi. Angka keramat ialah 19.

Sebanyak 103 calon bertanding. PH meletakkan calon di kesemua 36 kerusi, BN di 25 kerusi, manakala 11 kerusi lagi ditandingi parti-parti dalam persefahaman pilihan raya dengan BN. Bersatu pula mengambil haluan tersendiri dengan bertanding di 24 kerusi menggunakan logonya sendiri.

Inilah faktor yang menjadikan PRN ini luar biasa.

BN dan PH merupakan rakan dalam Kerajaan Perpaduan di Putrajaya, tetapi bertembung di Negeri Sembilan. Pada masa sama, BN mempunyai persefahaman pilihan raya dengan kelompok PN untuk mengelakkan pertembungan di beberapa kerusi, sedangkan Bersatu pula bertanding berasingan.

Politik Negeri Sembilan 2026, dengan kata lain, tidak boleh lagi dibaca menggunakan formula lama.

10 KERUSI YANG WAJIB DIPERHATIKAN

1. N32 LINGGI — “PERTARUHAN HIDUP MATI” AMINUDDIN HARUN

Inilah antara pertarungan paling simbolik PRN ini.

Caretaker Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun meninggalkan kubunya di Sikamat dan memilih mencabar BN di Linggi.

Pertandingan tiga penjuru menemukan Aminuddin (PH), penyandang Mohd Faizal Ramli (BN) dan Zamri Md Said (Bersatu).

Jika Aminuddin menang, PH bukan sahaja merampas kubu BN tetapi memperoleh naratif bahawa pengaruh Menteri Besar mampu menembusi kawasan tradisi lawan.

Jika beliau kalah, kesannya jauh lebih besar daripada kehilangan sebuah DUN.

Bacaan saya: Linggi terlalu penting untuk dianggap sekadar satu kerusi. Ia merupakan referendum politik terhadap kepimpinan Aminuddin sendiri.

2. N13 SIKAMAT — BOLEHKAH PH BERTAHAN TANPA AMINUDDIN?

Sikamat merupakan kerusi yang ditinggalkan Aminuddin selepas empat penggal.

Kini Nor Azman Mohamad (PH) berdepan Tun Faisal Ismail Aziz (Bersatu) dan Razali Abu Samah (PN).

Persoalannya mudah tetapi sangat besar:

Adakah Sikamat selama ini kubu PH — atau sebenarnya kubu peribadi Aminuddin?

Jika PH kehilangan Sikamat serentak dengan kegagalan Aminuddin menawan Linggi, kesan psikologinya boleh menjadi amat besar.

3. N14 AMPANGAN — MAJORITI LAMA HANYA 329

Inilah definisi sebenar kerusi marginal.

Rekod pilihan raya sebelumnya menunjukkan PH mempertahankan Ampangan dengan majoriti hanya 329 undi. Kali ini Muhammad Nazri Kassim (PH) berdepan Mohamad Rafie Ab Malek (PN) dan Noor'azah Harun (Bersatu).

Apabila dua kekuatan pembangkang bertembung sesama sendiri, PH mendapat ruang.

Tetapi dengan majoriti asal sekecil 329, sedikit perubahan turnout atau pemindahan undi sudah mampu menukar keputusan.

Ampangan adalah kerusi yang boleh dimenangi atau hilang hanya melalui beberapa peti undi.

4. N15 JUASSEH — MAJORITI 78 UNDI: TIADA SIAPA BOLEH TIDUR LENA

Kalau Ampangan marginal, Juasseh lebih ekstrem.

Majoriti sebelumnya hanyalah 78 undi.

BN menurunkan Ismail Lasim, PH menampilkan Mohd Aidil Abdullah dan Bersatu mempertaruhkan Mohd Zuhaimi Md Yusof.

Dalam kerusi sebegini, tidak ada istilah “undi kecil”.

Setiap keluarga, setiap lokaliti dan setiap pengundi yang keluar atau tidak keluar mengundi boleh menentukan pemenang.

Saya meletakkan Juasseh dalam kategori 50:50.

5. N25 PAROI — PERPECAHAN LAWAN MEMBERI PH PELUANG

Paroi sangat menarik kerana PAS/PN dan Bersatu berentap sesama sendiri.

Kamarol Ridzuan Mohd Zain (PN) berhadapan Ahmad Shahir Mohd Shah (PH) serta Mohd Nazree Mohd Yunus (Bersatu).

Secara matematik politik, perpecahan undi antara PN dan Bersatu memberikan PH satu lorong yang sebelum ini mungkin tidak terbuka.

Inilah paradoks PRN Negeri Sembilan:

BN-PN cuba menyatukan undi anti-PH, tetapi pemberontakan Bersatu boleh memecahkan kembali formula tersebut.

Paroi adalah makmal terbaik untuk menguji teori itu.

6. N28 KOTA — BN DIPERTAHANKAN, PH DAN BERSATU MENYERANG

Penyandang BN Suhaimi Aini dicabar Muhammad Allif Ibrahim (PH) dan Akmal Noradzmi Abd Rahim (Bersatu).

Jika undi tradisi BN kekal dan undi pencabar berpecah, BN mempunyai kelebihan struktural.

Tetapi jika berlaku gelombang anti-incumbent tempatan atau PH berjaya membina pertandingan secara efektif sebagai BN lawan PH, Kota boleh menjadi jauh lebih sengit daripada yang kelihatan.

7. N10 NILAI — PERTEMPURAN LIMA PENJURU

Nilai adalah antara pertandingan paling kompleks.

Arul Kumar Jambunathan (PH), Lai Chien Kong (BN), Saravana Kumar Veerasamy (Bersatu), Zamani Ibrahim (Berjasa) dan calon Bebas Omar Mohd Isa bertanding serentak.

Dalam pertandingan lima penjuru, kemenangan tidak semestinya memerlukan penguasaan majoriti keseluruhan pengundi.

Ia memerlukan blok undi paling kukuh dan turnout paling disiplin.

Nilai juga penting kerana ia memberikan petunjuk tentang tingkah laku pengundi bandar dan bukan Melayu selepas keputusan Johor.

8. N01 CHENNAH — UJIAN BESAR ANTHONY LOKE

Chennah menemukan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dengan calon BN Siow Kong Choon.

Ini bukan sekadar pertarungan calon.

Ia membawa nilai simbolik nasional.

Prestasi Loke akan dibaca sebagai ukuran sejauh mana DAP masih mampu mempertahankan sokongan terasnya ketika landskap hubungan BN-PH di peringkat Persekutuan tetapi persaingan di peringkat negeri menjadi semakin kompleks.

Chennah mesti diperhatikan bukan semata-mata siapa menang, tetapi berapa besar majoriti yang diperoleh.

9. N27 RANTAU — KUBU TOK MAT DAN BAROMETER KEBANGKITAN BN

Rantau merupakan kubu tradisional Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berdepan Azizul Hakim Mahdi daripada PH. Pada 2023, Mohamad Hasan menang dengan 16,957 undi berbanding 6,677, majoriti 10,280 undi.

Justeru persoalan sebenar di Rantau bukan semata-mata sama ada Tok Mat menang.

Persoalannya:

Berapa besar kemenangan itu?

Jika majoriti meningkat, BN boleh mendakwa momentum Johor telah merentas sempadan ke Negeri Sembilan.

Jika majoriti merosot ketara, PH pula mempunyai hujah bahawa fenomena Johor tidak boleh diterjemahkan secara automatik kepada Negeri Sembilan.

10. N33 SRI TANJUNG — LIMA PENJURU DAN POTENSI KEJUTAN

Sri Tanjung menampilkan pertandingan lima penjuru: Achuthan Alagan (BN), Rajasekaran Gunnasekaran (PH), Leevineshwaraan Murugan (Bersatu) serta dua calon Bebas, Saravanan Arumugam dan Islah Wahyudi Zainudin.

Apabila undi pecah kepada lima calon, sedikit perubahan sentimen boleh menghasilkan keputusan yang sukar diramal.

Inilah salah satu kerusi yang saya kategorikan sebagai “wild card” PRN Negeri Sembilan.

TIGA MEDAN PERTEMPURAN SEBENAR

Daripada keseluruhan 36 kerusi, saya melihat tiga perang sedang berlangsung serentak.

Pertama — perang pengundi Melayu.

BN mahu membuktikan momentum Johor boleh diteruskan. PAS dan sekutunya mahu membuktikan kerjasama taktikal mampu menyatukan sebahagian undi anti-PH, sedangkan Bersatu mahu membuktikan ia masih mempunyai kekuatan sendiri.

Kedua — perang turnout pengundi bandar dan bukan Melayu.

PH memerlukan penyokong tradisinya keluar dalam jumlah tinggi. Jika berlaku kelesuan atau protes senyap melalui ketidakhadiran, beberapa kerusi boleh berubah.

Ketiga — perang calon dan jentera.

Dalam pertandingan marginal, poster besar tidak memenangkan pilihan raya. Yang memenangkan pilihan raya ialah keupayaan membawa pengundi sebenar ke peti undi.

FORMULA 19

Di sinilah seluruh percaturan akhirnya bertemu.

19 kerusi = kerajaan.

Saya tidak melihat PRN Negeri Sembilan sebagai pertandingan yang wajar diramalkan semata-mata berdasarkan “gelombang Johor”.

Negeri Sembilan mempunyai demografi, sejarah politik, calon dan dinamika tempatan yang berbeza.

Lebih penting, kewujudan Bersatu di 24 kerusi menjadikan teori bahawa undi anti-PH akan berpindah secara sempurna kepada satu blok sebagai andaian yang terlalu mudah.

Maka bacaan saya menjelang hari-hari terakhir kempen ialah:

PH masih mempunyai laluan mempertahankan Wisma Negeri.

BN pula mempunyai laluan nyata untuk mengambil alih.

Tetapi jalan menuju angka 19 akan ditentukan oleh kerusi-kerusi marginal — khususnya Linggi, Sikamat, Ampangan, Juasseh, Paroi dan beberapa kerusi bandar/campuran.

Jangan sekali-kali membuat kesilapan membaca Negeri Sembilan sebagai salinan Johor.

“KINGMAKER” SEBENAR BUKAN PARTI — TETAPI PENGUNDI YANG KELUAR MENGUNDI

Seramai kira-kira 889,490 pengundi akan menentukan kerajaan baharu Negeri Sembilan. Pengundian awal berlangsung 28 Julai manakala hari mengundi ialah Sabtu, 1 Ogos 2026.

Pada akhirnya, analisis, ceramah, TikTok, Facebook, propaganda dan perang persepsi semuanya akan berhenti di pintu pusat mengundi.

Yang tinggal hanyalah satu soalan:

Siapa berjaya membawa penyokong mereka keluar mengundi?

PRN Negeri Sembilan mungkin tidak menghasilkan tsunami.

Ia mungkin menghasilkan sesuatu yang lebih dramatik —

PERTEMPURAN INCI DEMI INCI MENUJU ANGKA 19.

Dan kerana itu saya melihat 10 kerusi penentu ini sebagai “jantung” PRN Negeri Sembilan 2026.

Siapa menguasai sebahagian besar medan marginal ini mempunyai peluang paling besar menguasai Wisma Negeri selepas malam 1 Ogos.

Shahbudin Embun

Penganalisis Politik

27 Julai 2026

Saya sengaja tidak meletakkan angka ramalan kemenangan PH/BN sebagai fakta muktamad kerana pengundian belum berlaku. Tetapi berdasarkan struktur pertandingan semasa, laporan susulan yang paling tajam selepas ini ialah “RAMALAN AKHIR 36 DUN: PH, BN/PN atau Toss-Up — Kerusi Demi Kerusi”, lengkap dengan unjuran angka 19–17, 20–16 atau 21–15 mengikut tiga senario turnout.

The Straits Times

The Vibes

Negeri Sembilan election: What you need to know



PRN Negeri Sembilan: The battlegrounds, big names and three-cornered fights to watch

July 20

July 18

Saya juga boleh pantau perkembangan kempen sehingga malam 31 Julai dan maklumkan Tuan jika ada perubahan besar yang boleh mengubah ramalan kerusi.