Calon Perling dari DAP, Tee Boon Tsong mempersoalkan dakwaan penggunaan premis agensi kerajaan untuk kempen pilihan raya kerana premis itu bukan aset BN.
JOHOR BAHRU, 6 Jul – Pakatan Harapan mendakwa pelajar dari sebuah kolej pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) di Johor dipaksa menghadiri acara politik yang menampilkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Onn Hafiz Ghazi.
Calon Perling dari DAP, Tee Boon Tsong, berkata beliau menerima aduan pelajar dikehendaki oleh kolej mereka untuk menghadiri acara di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kluang pada 4 Julai lalu.
“Kehadiran diwajibkan oleh kolej. Pelajar tidak tahu apa tujuan acara itu. Apabila tiba di lokasi, mereka mendakwa diminta menukar pakaian kepada baju biru untuk ketibaan Onn Hafiz dan dipaksa melaungkan slogan kempen.”
Calon Perling dari DAP, Tee Boon Tsong, berkata beliau menerima aduan pelajar dikehendaki oleh kolej mereka untuk menghadiri acara di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kluang pada 4 Julai 2026.
Tee berkata demikian pada sidang media yang disertai calon DAP lain – J Kartiyaini (Skudai), Andrew Chen (Stulang), Lee Wern Ying (Johor Jaya) dan Nor Zulaila Abd Ghani (Tiram).
Pembantu Onn Hafiz ketika dihubungi menolak dakwaan itu sebagai fitnah namun tidak mengulas lanjut.
Tee mempersoalkan dakwaan penggunaan premis agensi kerajaan untuk kempen pilihan raya kerana premis itu bukan aset BN.
Katanya, laporan polis belum dibuat kerana beliau mahu mendapatkan penjelasan Onn Hafiz dan LHDN terlebih dahulu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Ceramah Mega Pakatan Harapan (PH) bagi memperkenalkan calon DUN Gambir, Serom dan Tangkak di DUN Serom, Ledang pada 5 Julai 2026. Foto PMO
TANGKAK, 5 Jul – Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberi amaran keras bahawa zaman “budaya sakau” dan politik mengkayakan kroni sudah berakhir, sambil menegaskan komitmen Kerajaan MADANI untuk melahirkan barisan kepimpinan yang bersih tanpa mengira latar belakang kaum.
Tegas Perdana Menteri, tumpuan utama kerajaan ketika ini ialah “membersihkan” sistem pentadbiran negara daripada amalan rasuah yang telah berakar umbi bagi memastikan setiap sen hasil bumi Malaysia dipulangkan sepenuhnya demi kebajikan rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Ceramah Mega Pakatan Harapan (PH) bagi memperkenalkan calon DUN Gambir, Serom dan Tangkak di DUN Serom, Ledang pada 5 Julai 2026. Foto PMO
Menyedari wujud perkauman sempit yang sengaja dimainkan pihak tertentu, Anwar mahu rakyat menilai pemimpin berdasarkan nilai integriti dan kejujuran, bukannya sekadar retorik politik yang bertujuan menutup penyelewengan masa lalu.
“Tanya saya, saya tak mahu pemimpin itu jadi pemimpin… saya nak Melayu yang baik, jujur, tak korup jadi pemimpin… saya nak Cina yang baik, tak korup jadi pemimpin,” katanya ketika berucap pada program Jelajah Johor Ke Depan, Undi Harapan DUN Serom di Sungai Mati, di sini malam ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Ceramah Mega Pakatan Harapan (PH) bagi memperkenalkan calon DUN Gambir, Serom dan Tangkak di DUN Serom, Ledang pada 5 Julai 2026. Foto PMO
Turut hadir, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh serta calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Tangkak, Serom dan Gambir.
Anwar, yang juga Pengerusi PH berkata, budaya menggunakan kuasa untuk mengkayakan ahli keluarga dan kroni menerusi kontrak kerajaan perlu dihentikan serta-merta bagi membolehkan Malaysia terus melangkah maju serta dihormati di peringkat global.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Ceramah Mega Pakatan Harapan (PH) bagi memperkenalkan calon DUN Gambir, Serom dan Tangkak di DUN Serom, Ledang pada 5 Julai 2026. Foto PMO
“Bukan guna kuasa, masa inilah bagi anak saya kaya, bagi kontrak kepada bini saya… itu budaya dulu, budaya sakau… kerajaan mesti jaga dan hentikan perangai itu,” katanya.
Beliau berkata, tindakan pihak lawan yang sengaja mencetuskan desakan politik ketika ini adalah didorong oleh agenda peribadi untuk merebut kembali kuasa pemerintahan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Ceramah Mega Pakatan Harapan (PH) bagi memperkenalkan calon DUN Gambir, Serom dan Tangkak di DUN Serom, Ledang pada 5 Julai 2026. Foto PMO
Sehubungan itu, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa tiada sesiapa pun akan dilindungi oleh kerajaan sekiranya didapati terbabit dalam sebarang salah laku rasuah sepanjang tempoh beliau menerajui negara.
Beliau turut menggesa rakyat, khususnya pengundi di Johor, supaya menggunakan hak mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini untuk menolak pemimpin yang tidak berintegriti demi menyelamatkan masa depan generasi akan datang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Ceramah Mega Pakatan Harapan (PH) bagi memperkenalkan calon DUN Gambir, Serom dan Tangkak di DUN Serom, Ledang pada 5 Julai 2026. Foto PMO
Program di Sungai Mati ialah yang kelapan dihadiri Anwar hari ini dalam siri kempen PRU Johor, sekali gus melengkapkan 15 jelajah beliau dalam tempoh dua hari di negeri berkenaan.
PRU Johor kali ini menyaksikan 172 calon bertanding merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan hari pengundian ditetapkan pada 11 Julai ini, manakala undi awal pada 7 Julai.
FELDA perlu melipatgandakan usaha menyelesaikan segala isu yang sekian lama membelenggu warga peneroka, khususnya terkait perumahan generasi kedua dan pemilikan tanah.
Isu-isu ini tidak boleh terus dibiarkan berlarutan dan saya mahukan tindakan segera yang berpaksikan kepentingan warga FELDA, dengan setiap permasalahan diteliti secara cermat dan disusuli pelan penyelesaian yang jelas.
Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh FELDA serta memastikan setiap ikhtiar yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada para peneroka dan keluarga mereka.
Johor-Singapura bukan sekadar pintu masuk negara, tetapi nadi kepada pergerakan rakyat, perdagangan dan pertumbuhan ekonomi serantau.
Sebab itu Kerajaan MADANI terus melaksanakan pelbagai penambahbaikan di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan Bangunan Sultan Iskandar (BSI), merangkumi peningkatan infrastruktur, kecekapan operasi serta pendigitalan perkhidmatan sempadan.
Daripada lorong motosikal dan dewan penumpang yang lebih selesa, kepada penggunaan teknologi digital seperti MYNIISe, Malaysian Automated Clearance System (MACS) dan Variable Message Signage (VMS), setiap penambahbaikan ini bertujuan menjadikan proses keluar masuk negara lebih cepat, cekap dan berintegriti.
Usaha ini juga melengkapkan pembangunan Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ) dan persediaan menjelang operasi RTS Link yang bakal memperkukuh mobiliti rakyat serta merancakkan aktiviti ekonomi antara Malaysia dan Singapura.
Insya-Allah, Kementerian Dalam Negeri akan terus memastikan pintu masuk negara bukan sahaja selamat dan efisien, malah mampu menyokong pertumbuhan ekonomi negara serta memberikan pengalaman yang lebih baik kepada jutaan pengguna setiap tahun.
Ke arah pergerakan rentas sempadan yang lebih pantas, cekap dan berintegriti!
PUTRAJAYA: Segala isu berbangkit yang melibatkan warga FELDA mesti diselesaikan dengan segera dan penuh berhemah khususnya berkaitan perumahan generasi kedua serta pemilikan tanah peneroka, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam pertemuan bersama pengurusan FELDA, beliau berkata, masalah yang telah berlarutan sekian lama tidak boleh terus dibiarkan tanpa penyelesaian konkrit.
“Saya mahukan tindakan segera yang berpaksikan kepentingan warga FELDA.
"Setiap isu mesti diteliti dengan cermat, disusuli pelan penyelesaian yang jelas agar kebajikan peneroka dan masa depan generasi mereka terus terbela,” katanya.
Anwar turut menegaskan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkukuh institusi FELDA, memulihkan keyakinan terhadap pengurusannya serta memastikan segala usaha yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada peneroka dan keluarga.
“Kerajaan MADANI kekal komited memperkukuh institusi FELDA, memulihkan keyakinan terhadap pengurusannya serta memastikan segala usaha yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada para peneroka dan keluarga mereka,” ujar beliau.
Kenyataan Perdana Menteri ini dilihat sebagai mesej jelas bahawa FELDA tidak boleh lagi dibelenggu isu berpanjangan, sebaliknya mesti bergerak ke hadapan dengan penyelesaian menyeluruh demi kesejahteraan peneroka dan generasi seterusnya.
Dia ni kata dia kesian dengan Umno, dan Pas nak tolong Umno. Dia ni dahulu orang Umno baru jumpa pintu syurga yang dibuka oleh Pas.
Macam mana orang yang baru masuk Pas nak tolong bekas partinya. Kalau diri sendiri pun kena buang macam mana nak selamatkan Umno. Diri aendiri dalam Pas belum tentu selamat. Kalau bak bbual buvi ke dia nilah.
Ziarah Kasih MADANI Kampung Bangas, Ladang Selumpur, Kuala Paya dan singgah menziarahi adik Lisa di Kampung Padang Kiambang.
Bagi saya, tiada yang lebih bermakna daripada turun sendiri bertemu masyarakat. Saya lebih memilih untuk berada di tengah-tengah rakyat, mendengar sendiri setiap luahan, memahami setiap kesusahan, dan menyelami setiap harapan yang mereka titipkan.
Setiap rumah yang saya kunjungi membawa kisah yang berbeza. Ada yang berkongsi cabaran kehidupan, ada yang menyuarakan isu kampung, dan ada juga yang hanya mengharapkan seorang wakil rakyat yang sudi mendengar.
Insya-Allah, setiap suara yang saya dengar bukan sekadar akan menjadi catatan, tetapi akan saya bawa dan perjuangkan sebaik mungkin. Amanah ini bukan sekadar tentang meraih sokongan, tetapi tentang memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
Terima kasih atas layanan begitu mesra dan doa yang diberikan.
Hari ni saya baca kenyataan saksi di dalam satu kes yang melibatkan salah laku pengurusan harta negara. Anda carilah sendiri berita itu.
Jika anda tak tahu, anda mungkin jenis yang tak peduli. Ketidak pedulian masyarakat ini menyebabkan orang-orang yang ada deretan kes mahkamah masih digilai walaupun mereka telah berlaku curang kepada kita semua dan negara.
Apa yang saya nak sentuhan ialah peranan mahkamah di dalam masyarakat moden. Ianya adalah tempat di mana keadilan dilaksanakan oleh hakim-hakim yang bijaksana, adil dan bebas.
Kes-kes jenayah dan sivil diadili berdasarkan saksi dan bukti. Macam hari ini, ada seorang saksi yang menerangkan bagaimana projek diproses dan dianugerahkan di ketika dia dan bos dia berkuasa.
Apabila dia menyebut berkenaan surat-surat arahan yang dia terima, mahkamah akan mengesahkan ketulinan surat berkenaan dan siapa yang mengutusnya. Sekiranya ianya bukan diutus oleh orang yang dituduh, kaitan dan pengaruh tertuduh kena dibuktikan.
Ni kes yang ada hitam putih. Bayangkan kes-kes rasuah dan salah guna kuasa yang tidak berdokumen. Kebergantungan kepada saksi menjadi amat tinggi.
Saksi-saksi pula tidak akan dibiarkan membuat kenyataan tanpa dicabar. Pihak pembelaan akan menanyakan pelbagai soalan untuk menyanggah dan menjadikan keterangan saksi disangsikan kebenarannya.
Pihak yang menuduh di dalam kes jenayah seperti kes ini serta kes-kes seperti SRC dan 1MDB (saja nak ulang-ulang jenayah yang dah diputuskan) kena membuktikan kes melangkau keraguan yang munasabah.
Sebaliknya, orang-orang yang dituduh hanya perlu menimbulkan keraguan yang diterima sebagai munasabah oleh hakim.
Di dalam kes jenayah, sekurang-kurangnya ada 7 hakim yang terlibat. Satu di mahkamah tinggi, 3 di mahkamah rayuan dan 3 di mahkamah persekutuan, sekiranya rayuan sampai ke situ.
Ramai juga ahli masyarakat yang tidak arif berkenaan dengan sistem keadilan kita. Mereka ingat kes mahkamah macam perlawanan bolasepak, sokong berdasarkan siapa yang kita suka, bukannya menilai bukti dan saksi.
Ada juga usaha yang mahu keputusan dibuat berdasarkan kedudukan dan taraf di dalam masyarakat, bukannya berdasarkan satu piawaian sahaja yang terpakai kepada semua rakyat.
Jika kita tidak pedulikan apa yang jadi kepada sistem keadilan kita, kita sebenarnya tidak peka kepada kehendak agama. Ada banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Nabi saw yang mengkehendaki kita menegakkan keadilan.
Janganlah di satu ketika kita laung nak agama tetapi apabila geng-geng kita tertangkap dan dihukum, kita nyayikan lagu lain pulak.
Sejarah politik Malaysia membuktikan bahawa perpindahan pemimpin daripada satu parti ke parti yang lain bukanlah suatu perkara luar biasa. Fenomena ini berlaku dalam hampir semua parti politik dan lazimnya didorong oleh perbezaan haluan, strategi atau keyakinan terhadap wadah yang dianggap lebih sesuai untuk meneruskan perjuangan.
Dalam konteks itu, saya melihat perkembangan mutakhir membabitkan Dato' Puad Zarkashi menarik untuk diperhatikan. Kemunculan beliau di pentas bersama YAB Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, bagi menyokong agenda pembangunan Johor telah mencetuskan pelbagai tafsiran dalam kalangan pemerhati politik.
Ada yang melihatnya sekadar sokongan terhadap dasar pembangunan negeri. Ada pula yang membuat pelbagai spekulasi mengenai hala tuju politik beliau. Setakat ini, sebarang andaian tentang langkah politik beliau pada masa depan kekal sebagai spekulasi dan belum disahkan oleh beliau sendiri.
Saya teringat ungkapan sahabat lama saya, Saifuddin Nasution Ismail, yang pernah menyebut:
"Tukar parti bukan tukar agama."
Ungkapan itu membawa maksud bahawa parti politik ialah sebuah wadah atau vehicle untuk memperjuangkan cita-cita dan dasar yang diyakini. Dalam demokrasi, yang lebih penting ialah prinsip, integriti dan sumbangan kepada rakyat, bukannya semata-mata lambang parti.
Sekiranya pada masa hadapan berlaku perubahan wadah politik dalam kalangan mana-mana pemimpin, sejarah akan menilai keputusan itu berdasarkan sebab, prinsip dan manfaat yang dibawa kepada rakyat, bukan sekadar emosi atau sentimen kepartian.
Politik sentiasa bergerak. Yang kekal ialah tanggungjawab pemimpin untuk berkhidmat kepada rakyat dan membina masa depan negara. Akhirnya, rakyat akan menjadi hakim yang menentukan nilai sesuatu perjuangan melalui proses demokrasi.